kandungan - takaful-malaysia.com.my · keuntungan tahunan* daripada caruman tunggal sekaligus...

33

Upload: phunglien

Post on 30-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mukasurat| 2

KANDUNGAN

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN

4

PROFIL DANA

6

TINJAUAN PRESTASI DANA 8

LAMPIRAN: TINJAUAN PRSTASI KELA ASET SECARA BERASINGAN 13

1. INDEKS PENDAPATAN TETAP NEGARA EROPAH 13

2. INDEKS LOGAM BERHARGA 15

3. SPOT TEMBAGA 17

4. INDEKS EKUITI SAHAM MEWAH ASIA 19

5. INDKES REIT JEPUN 21

KOMISEN RINGAN OLEH SYARIKAT PENGURUSAN

23

PENYATA PENGARAH

24

LAPORAN JURUAUDIT

25

PENYATA ASET DAN LIABILITI PADA 19 JUN 2013

27

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

28

PENYATA PERUBAHAN DALAM NILAI ASET BERSIH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

28

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

29

NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 30

JADUAL PERBANDINGAN PRESTASI

32

Mukasurat| 3

KAMI TERUS MELINDUNGI ANDA DAN PELABURAN ANDA

Pelan Takaful myAl-Afdhal adalah pelan berkaitan pelaburan tertutup 5 tahun yang membolehkan para peserta melabur

dalam produk pelaburan berstruktur mematuhi Syariah. Dengan memiliki ciri-ciri perlindungan prinsipal, para peserta

akan menikmati perlindungan di sepanjang tempoh sambil menikmati keuntungan pulangan pelaburan dalam bentuk

Keuntungan Tahunan* daripada Caruman Tunggal sekaligus mereka.

Portfolio pelaburan berstruktur mematuhi Syariah diperuntukkan melalui Citibank Berhad (“Citibank”) yang mempunyai

penarafan kredit institusi kewangan AAA/P1, dengan masa depan yang stabil oleh RAM Holdings Berhad (“RAM”) pada

21 Januari 2013.

* Tertakluk kepada prestasi sebenar pelaburan. Pulangan daripada produk pelaburan berstruktur akan dibuat berasaskan kepada pelaburan

Aset Rujukan sementara prinsipal akan hanya dilindungi, jika pelaburan dipegang sehingga matang.

PENAFIAN: Laporan ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pendapat yang terkandung di dalam laporan ini

diperoleh atau dihasilkan daripaa sumber yang kami percayai sebagai boleh berwibawa.Syarikat Takaful

Malaysia Berhad tidak membuat sebarang janji atau jaminan, menyatakan atau bermaksud, berhubung

ketepatan, kesempurnaan atau kewibawaan maklumat yang terkandung di dalam laporan ini dan ia tidak boleh

dianggap sedemikian.

Mukasurat| 4

PENYATA PENGARAH URUSAN KUMPULAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Takaful myAl-

Afdhal bagi tahun kewangan kelima dan terakhir yang berakhir pada 19 Jun 2013.

Ekonomi global menunjukkan beberapa tanda penstabilan pada suku pertama 2013 walaupun suasana tidak pasti

masih terlihat di rantau Euro. Pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat telah menunjukkan sedikit pemulihan pada suku

pertama 2013. Kadar pertumbuhan 2.4% dari suku-ke-suku adalah jauh lebih teguh daripada 0.4% yang dilaporkan

pada suku keempat 2012. Sementara itu, laporan keyakinan terkini dan petunjuk utama menunjukkan bahawa

ekonomi Amerika Syarikat akan terus pulih. Bacaan keyakinan yang dihasilkan oleh University of Michigan berada

pada tahap 83.7, ketara lebih tinggi daripada bacaan bulan lepas 76.4. Ini merupakan bacaan terbaik sejak musim

panas 2007 dan membuktikan daya tahan Amerika ketika mereka berhadapan dengan cukai yang lebih tinggi dan

pengurangan perbelanjaan persekutuan. Ramai percaya bahawa peningkatan keyakinan ini adalah hasil daripada

tahap catatan rekod pasaran ekuiti Amerika Syarikat tertinggi dan permulaan pemulihan sektor perumahan.

Ekonomi Negara euro kekal dalam kemelesetan bagi tiga bulan pertama 2013 dengan KDNK menguncup untuk suku

keenam berturut-turut. KDNK Negara euro merosot sebanyak 0.2% dari suku ke suku pada suku pertama 2013.

Ekonomi Jerman hampir terjerumus ke dalam kemelesetan pada suku pertama 2013 dengan KDNK berkembang

0.1% dari suku ke suku berikutan penguncupan 0.7% pada suku keempat. Sementara itu, KDNK Perancis merosot

0.2% selepas mengalami penguncupan yang serupa pada suku sebelumnya.Namun, suasana positif dilihat dalam

peningkatan pengeluaran perindustrian Negara euro sebanyak 1.0% dari bulan ke bulan (MoM) pada bulan Mac.

Sebahagian besar peningkatan disebakan oleh tenaga, walau bagaimanapun, barangan pengguna tahan lama dan

barangan modal juga menampilkan peningkatan,

Ekonomi Jepun kelihatan mengalami pemulihan tegih pada suku pertama 2013 apabila KDNK berkembang 3.5% dari

tahun ke tahun selepas meningkat 1.0% pada suku keempat 2012. Pemulihan pada suku pertama ini didorong oleh

ekonomi domestik dan juga eksport. Dari segi luaran, ia menunjukkan percubaan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk

melonjakkan ekonomi sementara ini membuahkan hasil. Negara ini meletakkan harapan yang besar ke atas stretegi

Abenomic. Ideanya adalah untuk meringankan lagi, berserta dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk

merangsang ekonomi dengan melonjakkan harga dan mengakhiri deflasi, yang secara tidak lansung mendorong

pertumbuhan teguh bagi ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Di China, pertumbuhan KDNKnya dijangka akan berkurangan kepada 7.7% pada suku pertama 2013, turun daripada

7.9% pada suku akhir 2012. Kadar tersebut adalah lebih rendah daripada jangkaan kebanyakan pasaran, tetapi kekal

di atas kadar 7.5% iaitu sasaran tahun penuh yang ditetapkan oleh kerajaan bagi 2013.

Dalam menggambarkan peningkatan Aset Rujukan, Nilai Aset Bersih (NAV) setiap unit Takaful myAl-Afdhal telah

mengalami peningkatan mencapai rekod tertinggi RM1.083 pada 23 Februari 2012 sejak pelancarannya. Pada akhir

tahun kewangan 19 Jun 2013, harga NAV seunit mencatat keuntungan 5.3% untuk ditutup pada RM1.037 berbanding

dengan penutup tahun kewangan lepas RM0.985.

Mukasurat| 5

Di samping itu, kami bersukacita untuk memaklumkan bahawa struktur pelaburan di mana pembayaran dibuat

berasaskan kepada portfolio prestasi terbaik sama ada “Kelompok Defensif” atau “Kelompok Pertumbuhan” terbukti

bermanfaat kepada para pelabur kami yang dihargai. Berdasarkan kepada prestasi suku tahun purata bagi 20 suku

tahun sejak permulaan penggunaan Dolar AS.Imbangan Defensif mencatat keuntungan 38.2% berbanding dengan

Imbangan Pertumbuhan yang masih mencatatkan pulangan negative 16.5%.

Sehubungan itu, selepas mengambil kira faktor penukaran matawang asing dan kos berkaitan yang lain perlu dibayar

oleh Dana, kami dengan sukacitanya ingin memaklukmkan bahawa Dana dengan ini mengisytiharkan pengagihan

keuntungan kasar tahunan sebanyak 4.03 peratus sebelum cukai dan pengagihan keuntungan bersih 3.71 peratus

bagi tahun kewangan kepada para pelabur kami.

Tahun ini adalah tahun terakhir bagi Rakaful myAfdhal, Produk berkaitan pelaburan Takaful iaitu pelaburan tertutup 5

tahun yang dilancarkan pada 2008; kerana semua sijil telah mencapai kematangan pada 19 Jun 2013. Oleh itu, kami

ini mengambil kesempatan ini untuk mengucaptkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemegang sijil yang

telah bersama-sama kami sehingga ke akhir tempoh ini. Kami amat berharap anda akan terus menyokong dana

Barkaitan Pelaburan kami yang berpelbagai bagi memenuhi keperluan khusus dan penerimaan risiko anda sambil

kami berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan mencapai misi kami menjadi insurans

pilihan ramai.

Semoga Allah memberi kita hidayahNya, Amin.

DATO’ MOHAMED HASSAN MD KAMIL Pengarah Urusan Kumpulan

Mukasurat| 6

PROFIL DANA

Takaful myAl-Afdhal adalah pelan pelaburan tertutup 5 tahun yang membolehkan para pesertanya melabur dalam

produk pelaburan berstruktur mematuhi Syariah. Dengan ciri melindungi pelaburan prinsipalnya jika dipegang

sehingga matang, peserta akan menikmati perlindungan di sepanjang tempoh sambil mendapat keuntungan daripada

pulangan pelaburan dalam bentuk Keuntungan Tahunan* daripada Caruman Tunggal sekaligus mereka.

Prestasi pelaburan Takaful myAl-Afdhal adalah tertakluk kepada prestasi aset asas yang meliputi bon Negara

Eropah, pasaran ekuiti Asia, komoditi logam bernilai dan tembaga serta pasaran hartanah Jepun (“Aset Rujukan”).

Aset Rujukan berikut digunakan sebagai asas dalam mengira prestasi pelaburan tahunan:

Aset Rujukan Keterangan

European Sovereign Fixed Income Index Indeks bagi bon kerajaan Negara Euro

Indeks Logam bernilaio Indeks komoditi yang menjejaki prestasi emas dan perak

Spot Tembaga Harga Tunai Tembaga di bursa logam terkemuka

Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia Indkes yang meliputi 50 syarikat Saham Mewah Terbaik Asia

Indeks REIT Jepun Indeks Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) yang tersenarai di Bursa Saham Jepun

Aset Rujukan dikumpulan kepada dua kelompok pelaburan iaitu Kelompok Defensif dan Kelompok Pertumbuhan.

Nisbah bagi setiap Aset Rujukan dalam suatu kelompok telah ditetapkan terlebih dahulu. Sebagai contoh, Kelompok

Defensif meliputi 75% Indeks Logam Bernilai sementara baki 25% adalah daripada Indeks Pendapatan Tetap Negara

Eropah.

Kelompok Defensif Kelompok Pertumbuhan

* Tertakluk kepada prestasi sebenar pelaburban, Pulangan daripada pelaburan produk berstruktur akan dibuat berdasarkan kepada prestasi

Aset Rujukan sementara principal akan hanya dilindungi jika pelaburan dipegang sehingga matang.

Indeks Logam

Bernilai, 75%

Indeks Pendapatan

Tetap Eropah,

25% Tembaga, 50%

Indeks Ekuiti

Saham Mewah

Asia, 25%

REIT Jepun,

25%

Mukasurat| 7

Daripada kedua-dua Kelompok ini, dua portfolio pasif diwujudkan –Portfolio Lebihan Defensif dan Portfolio Lebihan

Pertumbuhan. Setiap Portfolio Pelaburan dirangka menggunakan bahagian tetap Kelompok Defensif dan Kelompk

Pertumbuhan.

Portfolio Lebihan Defensif

Portfolio Lebihan Pertumbuhan

Pengagihan Keuntungan Tahunan Takaful myAl-Afdhal* akan menjadi rujukan kepada portfolio berprestasi terbaik.

* Tertakluk kepada prestasi sebenar pelaburan. Pulangan daripada produk pelaburan berstruktur akan dibuat berasaskan kepada prestasi Aset Rujukan sementara pinsipal akan hanya dilindungi jika pelaburan dipegang sehingga matang.

Kelompok Pertumbuh

an, 40% Kelompok Defensif,

60%

Kelompok Pertumbuha

nt 60%

Kelompok Defensif,

40%

Mukasurat| 8

TINJAUAN PRESTASI DANA

Tinjauan Prestasi Dana Tahunan bagi tempoh berakhir 19 Jun 2013

Prestasi indeks yang berkaitan dengan Takaful myAl-Afdhal seperti Pendapatan Tetap Negara Eropah dan Indeks

Logam Bernilai telah meningkat pada tempoh yang ditinjau walaupun berhadapan dengan beberapa kepincangan

ekonomi, malapetaka alam serta kemelut politik.

Langkah agresif yang dilaksanakan oleh pembuat dasar di Eropah untuk mengelakkan perpecahan zon Euro telah

menyokong keuntungan dalam Indeks Pendapatan Tetap Negara Eropah.Sementara bagi Indeks Logam Bernilai,

selepas beberapa tahun mencatat kenaikan, harga emas akhirnya mengalami penurunan ketara pada April 2013.

Para pelaburan berpendapat bahawa emas sebenarnya terlebih nilai dan ia telah mencatat keuntungan yang panjang

mengikut pengalaman masa lalu. Selain itu, peranan emas sebagai simpanan yang selamat semasa krisis kewangan

mula merosot memandangkan ekonomi global mula memperlihatkan pemulihan.Walaupun harga emas lebih stabil

dan menunjukkan aliran sederhana, prestasi keseluruhan Indeks Logam Bernilai masih berupaya mencatat pulangan

positif bagi tempoh yang ditinjau.

Sehubungan itu, pada tempoh yang ditinjau, Nilai Aset Bersih (NAV) Takaful myAl-Afdhal menunjukkan arah aliran

meningkat, sejajar dengan kelas aset yang diletakkan dalam Kelompok Defensif, terutamanya Pendapatan Tetap

Negara Eropah dan Indeks Logam Bernilai sementara Kelompok Pertumbuhan terus memperlihatkan peningkatan

dengan prestasi yang lebih baik ditampilkan oleh Tembaga dan Indeks Saham Mewah Asia. Pada 19 Jun 2013,

harga NAV seunit ditutupa pada RM1.037 berbanding dengan penutup tahun kewangan lepas iaitu RM0.985. Ingin

dinyatakan bahawa NAV telah mencecah tahap tertingginya iaitu RM1.083 pada 23 Feb 2012.

0.800

0.850

0.900

0.950

1.000

1.050

1.100

Ju

n-0

8

Se

p-0

8

Dec-0

8

Ma

r-0

9

Ju

n-0

9

Se

p-0

9

Dec-0

9

Ma

r-1

0

Ju

n-1

0

Se

p-1

0

Dec-1

0

Ma

r-1

1

Ju

n-1

1

Se

p-1

1

Dec-1

1

Ma

r-1

2

Ju

n-1

2

Se

p-1

2

Dec-1

2

Ma

r-1

3

Ju

n-1

3

NA

V p

er

un

it

NAV Terendah:

10 Sep 2008 RM0.850

NAV Tertinggi: 23 Feb 2012

RM1.083

Prestasi seunit Takaful myAl-Afdhal NAV

Mukasurat| 9

Pengiraan prestasi pulangan adalah berdasarkan kepada purata 20 suku tahun bermula pada 16 September 2007 hingga 17 Jun 2013 adalah seperti berikut:

Kelompok Defensif

Purata Pulangan Sukuan

bagi 20 Suku Tahun

% lebihan dalam

kelompok Prestasi kelompok

Indeks Pendapatan Tetap Negara Eropah 19.26% 25% 38.17% Indeks Logam Bernilai 44.48% 75%

Kelompok Pertumbuhan

Purata Pulangan Sukuan

bagi 20 Suku Tahun

% lebihan dalam

kelompok Prestasi kelompok

Tembaga (12.80%) 50% (16.48%)

Indeks Saham Mewah Asia (10.68%) 25%

Japanese REIT Index (29.66%) 25%

Prestasi Portfolio 1

Kelompok Defensif Kelompok

Pertumbuhan Prestasi Portfolio

Portfolio Lebihan Defensif

22.90% (6.59%) 16.31%

60% x 38.17% 40% x (16.48%) 22.90% + (6.59%)

Portfolio Lebihan Pertumbuhan 15.27% (9.89%) 5.38%

40% x 38.17% 60% x (16.48%) 15.27% + (9.89%)

1Prestasi setiap portfolio dikira sebagai jumlah daripada prestasi kedua-dua kelompok, yang dikira berdasarkan kepada kandungan setiap kelompok

bagi portfolio tersebut. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, Kelompok Defensif yang mempunyai peruntukan tetap 25% dalam

Indeks Pendapatan Tetap Negara Eropah dan 75% Indeks Logam Bernilai telah mencatatkan pulangan positif

38.17% pada tempoh yang ditinjau. Selain itu, Kelompok Pertumbuhan yang meliputi 50% Tembaga, 25% Ekuiti

Saham Mewah Asia dan 25% REIT Jepun masih mencatatkan pulangan negative iaitu 16.48%walaupun prestasi

Indeks Saham Mewah Asia dan Indeks REIT Jepun yang lebih baik. Walau bagaimanapun, portfolio Lebihan

Pertumbuhan meningkat selanjutnya kepada 5.4% daripada 1.6% pada tahun lepas. Sementara itun, portfolio

Lebihan Defensif kekal teguh pada 16.3% berbanding 11.8% sebelumnya.

Mukasurat| 10

Tinjauan prestasi dan masa depan kelas aset rujukan ditunjukkan secara terperinci dalam Lembaran laporan ini.

0%

50%

100%

150%

200%

250%

16-J

un-0

8

16-A

ug-0

8

16-O

ct-

08

16-D

ec-0

8

16-F

eb-0

9

16-A

pr-

09

16-J

un-0

9

16-A

ug-0

9

16-O

ct-

09

16-D

ec-0

9

16-F

eb-1

0

16-A

pr-

10

16-J

un-1

0

16-A

ug-1

0

16-O

ct-

10

16-D

ec-1

0

16-F

eb-1

1

16-A

pr-

11

16-J

un-1

1

16-A

ug-1

1

16-O

ct-

11

16-D

ec-1

1

16-F

eb-1

2

16-A

pr-

12

16-J

un-1

2

16-A

ug-1

2

16-O

ct-

12

16-D

ec-1

2

16-F

eb-1

3

16-A

pr-

13

16-J

un-1

3

European Sovereign Fixed Income Index Precious Metal Index

Asian Blue Chip Equity Index Copper Spot

Mukasurat| 11

Yuran/Caj Yang Dilevi kepada Dana Syarikat Takaful Malaysia Berhad dibenarkan untuk mengecaj yuran Pengurusan Dana sehingga 1.0% setahun

daripada Nilai Aset Bersih (NAV).

Maklumat Terperinci Pengagihan Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah mengisytiharkan pengagihan keuntungan kasar tahunan sebanyak 4.03

peratus sebelum cukai dan pengagihan keuntungan bersih sebanyak 3.71 peratus bagi tahun kewangan ini.

Tahun Kewangan Berakhir 19 Jun 2013

Pengagihan seunit Pengagihan keuntungan kasar Pengagihan keuntungan bersih

4.03 sen 3.71 sen

Kesan ke atas NAV seunit timbul daripada pengagihan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 19 Jun 2013 adalah seperti berikut:

Tahun Kewangan Berakhir 19 Jun 2013

Nilai aset bersih sebelum pengagihan Tolak: Pengagihan bersih seunit Nilai aset bersih selepas pengagihan

RM1.037

(RM0.037)

RM1.000

Keterangan mengenai sebarang perubahan dalam Objektif dan Strategi Dana Tiada sebarang perubahan ketara dalam objektif dan strategi Dana bagi tempoh berakhir 19 Jun 2013.

Mukasurat| 12

Tinjauan prestasi&masa depan kelas aset secara individu

1. Indeks Pendapatan Tetap Eropah

2. Indeks Logam Bernilai

3. Spot Tembaga

4. Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia

5. Indkes REIT Jepun

LAMPIRAN

Mukasurat| 13

LAMPIRAN

TINJAUAN PRESTASI&MASA DEPAN MENGIKUT KELAS ASET SECARA

INDIVIDU

1. INDEKS PENDAPATAN TETAP NEGARA EROPAH

Strike Permulaan

(16.06.08)

Suku 1

(16.09.08)

Suku2

(16.12.08)

Suku3

(16.03.09)

Suku4

(16.06.09)

Suku5

(16.09.09)

Suku6

(16.12.09)

Suku7

(16.03.10)

Suku8

(16.06.10)

143.84

149.89

(+4.2%)

156.25

(+8.6%)

157.90

(+9.8%)

158.94

(+10.5%)

164.51

(+14.4%)

166.48

(+15.7%)

168.59

(+17.2%)

168.75

(+17.3%)

Suku9

(16.09.10)

Suku10

(16.12.10)

Suku11

(16.03.11)

Suku12

(16.06.11)

Suku13

(16.09.11)

Suku14

(16.12.11)

Suku15

(16.03.12)

Suku16

(16.06.12)

Suku 17

(17.09.12)

172.05

(+19.6%) 166.66

(+15.9%)

167.81

(+16.7%)

167.76

(+16.6%)

173.31

(+20.5%)

171.92

(+19.5%)

178.84

(+24.3%)

179.22

(+24.6%)

184.90

(+28.6%)

Suku18

(17.12.12)

Suku19

(18.03.13)

Suku20

(17.06.13)

Pulangan Purata bagi 20 Suku

190.92

(+32.7%) 192.31

(+33.7%) 194.16

(+35.0%) 19.3%

Nota : Perubahan peratus harga dalam nilai dikira dengan membandingkan kepada Strike Permulaan

100.0%

105.0%

110.0%

115.0%

120.0%

125.0%

130.0%

135.0%

140.0%

16-J

un-0

8

16-S

ep-0

8

16-D

ec-0

8

16-M

ar-

09

16-J

un-0

9

16-S

ep-0

9

16-D

ec-0

9

16-M

ar-

10

16-J

un-1

0

16-S

ep-1

0

16-D

ec-1

0

16-M

ar-

11

16-J

un-1

1

16-S

ep-1

1

16-D

ec-1

1

16-M

ar-

12

16-J

un-1

2

16-S

ep-1

2

16-D

ec-1

2

16-M

ar-

13

16-J

un-1

3

Peru

baha

n d

ala

m n

ilai pela

bura

n (

%)

Mukasurat| 14

Tinjauan

Kebimbangan terhadap kemelut politik di Itali dan Sepanyol mengakibatkan beberapa ganggung ke atas

pasaran kewangan Eropah pada awal Februari, tetapi ini diikuti oleh peningkatan yang lama berikutan janji

Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), pada bulan Julai 2012 untuk melakukan “apa sahaja” untuk

menyelamatkan matawang tunggal tersebut. Hasil hutang Negara dalam ekonomi bermasalah di bahagian

selatan dan barat 17 negara zon euro mengalami kejatuhan besar sejak itu, walaupun ECB tidak perlu untuk

melaksanakan komitmennya (bersyarat) untuk membeli tanpa had bon kerajaan jangka pendek Negara-negara

yang memohon dan mendapatkan bantuan daripada dana penyelamatan kawasan utama euro. Kenaikan ini

berlanjutan secara meluas, dengan kenaikan besar turut dicatat oleh pasaran ekuiti.

Terdapat beberapa perubahan dalam ekonomi euro zon.Defisit akaun semasa yang telah bertambah secara

mendadak dalam dekad pertama pengenalan euro zon telah semakin berkurangan di Negara-negara seperti

Portugal dan Sepanyol.Ireland pula kembali mencatatkan lebihan.Baki bajet utama merupakan langkah penting

untuk menentukan daya tahan pembiayaan awam telah pulih, dengan defisit menguncup dan Itali kembali

mencatat lebihan.

Disokong oleh langkah agresif yang dilancarkan oleh ECB yang mendorong kepada pemulihan di beberapa

buah negara di zon Euro bagi tempoh yang ditinjau, Indeks Pendapatan Tetap Negara Eropah terus

mencatatkan pulangan purata positif sebanyak 19.3%.

Mukasurat| 15

2. INDEKS LOGAM BERNILAI

Strike Permulaan

(16.06.08)

Suku 1

(16.09.08)

Suku2

(16.12.08)

Suku3

(16.03.09)

Suku4

(16.06.09)

Suku5

(16.09.09)

Suku6

(16.12.09)

Suku7

(16.03.10)

Suku8

(16.06.10)

137.08

114.77 (-16.3%)

122.93 (-10.3%)

135.46 (-1.2%)

137.49 (0.3%)

151.96 (+10.9%)

167.27 (+22.0%)

164.88 (+20.3%)

179.72 (+31.1%)

Suku9

(16.09.10)

Suku10

(16.12.10)

Suku11

(16.03.11)

Suku12

(16.06.11)

Suku13

(16.09.11)

Suku14

(16.12.11)

Suku15

(16.03.12)

Suku16

(16.06.12)

Suku17

(17.09.12)

187.12 (+36.5%)

207.64 (+51.5%)

216.67 (+58.1%)

234.66 (+71.2%)

276.54

(+101.7%)

236.46

(+72.5%)

246.63

(+79.9%)

238.19

(+73.8%)

261.61

(+90.8%)

Suku 18

(17.12.12)

Suku19

(18.03.13)

Suku20

(17.06.13)

Pulangan Purata bagi 20 Suku

249.79

(+82.2%) 233.89

(+70.6%) 197.68

(+44.21%) 44.5%

Nota : Perubahan peratus harga dalam nilai dikira dengan membandingkan kepada Strike Permulaan

60.0%

80.0%

100.0%

120.0%

140.0%

160.0%

180.0%

200.0%

220.0% 16-J

un-0

8

16-S

ep-0

8

16-D

ec-0

8

16-M

ar-

09

16-J

un-0

9

16-S

ep-0

9

16-D

ec-0

9

16-M

ar-

10

16-J

un-1

0

16-S

ep-1

0

16-D

ec-1

0

16-M

ar-

11

16-J

un-1

1

16-S

ep-1

1

16-D

ec-1

1

16-M

ar-

12

16-J

un-1

2

16-S

ep-1

2

16-D

ec-1

2

16-M

ar-

13

16-J

un-1

3 P

eru

bahan d

ala

m n

ilai pela

bura

n (

%)

Mukasurat| 16

Tinjauan

Selepas mencatat harga tinggi untuk satu tempoh yang lama, harga emas akhirnya mengalami kejatuhan

ketara pada April 2013 kerana pelabur berpendapat bahawa emas kelihatan seperti terlebih nilai dan mengikut

pengalaman masa lampau, ia telah mengalami peningkatan harga untuk satu jangka masa yang lama. Di

samping itu, peranan emas sebagai jaminan semasa krisis kewangan mula pudar apabila ekonomi dunia mula

pulih. Walaupun harga emas menunjukkan aliran yang lebih stabil dan sederhana, Indeks Logam Bernilai masih

berupaya untuk mencatatkan pulangan purata positif sebanyak 44.5% yang telah memberi sumbangan positif

kepada Kelompok Defensif Takaful myAl-Afdhal.

Mukasurat| 17

3. SPOT TEMBAGA

Strike Permulaan

(16.06.08)

Suku 1

(16.09.08)

Suku2

(16.12.08)

Suku3

(16.03.09)

Suku4

(16.06.09)

Suku5

(16.09.09)

Suku6

(16.12.09)

Suku7

(16.03.10)

Suku8

(16.06.10)

8,255.00

6,841.00 (-17.1%)

3,020.50 (-63.4%)

3,690.00 (-55.3%)

5049.00 (-38.8%)

6,315.50 (-23.5%)

6,946.00 (-15.9%)

7,341.50 (-11.2%)

6,592.50 (-20.1%)

Suku9

(16.09.10)

Suku10

(16.12.10)

Suku11

(16.03.11)

Suku12

(16.06.11)

Suku13

(16.09.11)

Suku14

(16.12.11)

Suku15

(16.03.12)

Suku16

(16.06.12)

Suku17

(17.09.12)

7,670.00 (-7.1%)

9,050.00 (+9.6%)

9,354.50 (+13.3%)

9,011.5 (+9.2%)

8,781.50 (+6.4%)

7,340.00 (-11.1%)

8,620.50 (+4.4%)

7,521.00 (-8.9%)

8,293.00

(+0.5%)

Suku18

(17.12.12)

Suku19

(18.03.13)

Suku20

(17.06.13)

Pulangan Purata bagi

20Suku

8,001.00

(-3.1%) 7,555.50 (-8.5%)

7,020.50 (-15.0%)

-12.8%

Nota : Perubahan peratus harga dalam nilai dikira dengan membandingkan kepada Strike Permulaan

20.0%

40.0%

60.0%

80.0%

100.0%

120.0%

140.0%

16-J

un-0

8

16-S

ep-0

8

16-D

ec-0

8

16-M

ar-

09

16-J

un-0

9

16-S

ep-0

9

16-D

ec-0

9

16-M

ar-

10

16-J

un-1

0

16-S

ep-1

0

16-D

ec-1

0

16-M

ar-

11

16-J

un-1

1

16-S

ep-1

1

16-D

ec-1

1

16-M

ar-

12

16-J

un-1

2

16-S

ep-1

2

16-D

ec-1

2

16-M

ar-

13

16-J

un-1

3

Peru

bahan d

ala

m n

ilai pela

bura

n

(%)

Mukasurat| 18

Tinjauan

Selepas mengalami lebihan pengeluaran pada separuh kedua tahun 2012, pasaran tembaga merasai kesan

harga negatif berikutan perubahan daripada deficit kepada lebihan dalam pasaran. Chile, pengeluar terbesar di

dunia dengan bekalan lebih kurang 30%, menyaksikan pengeluaran yang kukuh pada Januari 2013, dengan

pengeluaran meningkat 8.6% dari tahun ke tahun (YoY) (+38 kt). Negara-negara pengeluar yang lain juga

mencatatkan peningkatan besar. Dalam Januari dan Februari 2013, jumlah pengeluaran tembaga di China,

pengeluar kedua terbesar di dunia, meningkat 10.6% YoY.

Kesan lanjutan bagi tahun ini dirasai di mana-mana, daripada harga yang semakin lemah di LME (London

Metal Exchange), kepada penurunan premium fizikal, peningkatan inventori dan Caj Rawatan dan Penapisan

(TC/RCs) yang lebih tinggi. Pada akhir tempoh, harga tembaga masih mencatatkan pulangan negatif purata

-12.8%. Namun, ia lebih baik daripada pulangan purata tahun lepas sebanyak -14.4%.

Mukasurat| 19

4. INDEKS EKUITI SAHAM MEWAH ASIA

Strike Permulaan

(16.06.08)

Suku 1

(16.09.08)

Suku2

(16.12.08)

Suku3

(16.03.09)

Suku4

(16.06.09)

Suku5

(16.09.09)

Suku6

(16.12.09)

Suku7

(16.03.10)

Suku8

(16.06.10)

480.91

372.24 (-22.6%)

292.10 (-39.3%)

255.75 (-46.8%)

356.03 (-26.0%)

430.22 (-10.5%)

438.74 (-8.8%)

429.13 (-10.8%)

413.99 (-13.9%)

Suku9

(16.09.10)

Suku10

(16.12.10)

Suku11

(16.03.11)

Suku12

(16.06.11)

Suku13

(16.09.11)

Suku14

(16.12.11)

Suku15

(16.03.12)

Suku16

(16.06.12)

Suku17

(17.09.12)

445.42 (-7.4%)

485.45 (+0.9%)

490.73 (+2.0%)

492.86 (+2.5%)

433.95 (-9.8%)

412.23 (-14.3%)

483.63 (+0.6%)

436.21 (-9.3%)

472.16

(-1.8%)

Suku18

(17.12.12)

Suku19

(18.03.13)

Suku20

(17.06.13)

Pulangan Purata bagi 20 Suku

501.83

(4.4%) 482.07 (0.2%)

460.19 (-4.3%)

-10.7%

Nota : Perubahan peratus harga dalam nilai dikira dengan membandingkan kepada Strike Permulaan

40.0%

60.0%

80.0%

100.0%

120.0%

16-J

un-0

8

16-S

ep-0

8

16-D

ec-0

8

16-M

ar-

09

16-J

un-0

9

16-S

ep-0

9

16-D

ec-0

9

16-M

ar-

10

16-J

un-1

0

16-S

ep-1

0

16-D

ec-1

0

16-M

ar-

11

16-J

un-1

1

16-S

ep-1

1

16-D

ec-1

1

16-M

ar-

12

16-J

un-1

2

16-S

ep-1

2

16-D

ec-1

2

16-M

ar-

13

16-J

un-1

3

Peru

bahan d

ala

m n

ilai pela

bura

n (

%)

Mukasurat| 20

Tinjauan

Pada bulan Mac, pasaran maju meningkat sebanyak 2.4% dan sekali lagi mengatasi pasaran sedang

berkembang yang jatuh sebanyak 1.57% bagi bulan tersebut. Peningkatan prestasi dan permintaan pelabur

bagi aset berisiko mendorong AS kepada pulangan pertengahan satu digit, begitu juga dengan Jepun yang

mengalami keuntungan teguh. Sementara Eropah masih menghasilkan pulangan negatif yang rendah

disebabkan oleh ketidakpastian berkaitan dengan Cyprus, ketidakpastian politik di benua tersebut,

mengakibatkan pasaran utama Eropah mencatatkan keputusan negatif pada bulan tersebut.

Bagi Asia, keperluan pembiayaan yang lebih ketat berhubung dengan pasaran hartanah menjejaskan lagi

pasaran China. Asia merosot sebanyak 2.32% bagi bulan ini, tetapi dengan keputusan yang bercampur-

campur. China dan Korea Selatan masing-masing merosot lebih 4% disebabkan oleh kebimbangan berhubung

kelembapan pertumbuhan dan inflasi. Rantau ASEAN pula mencatatkan keputusan yang positif sedikit kertana

pertumbuhan pelaburan dan peningkatan penggunaan domestik mewujudkan keyakinan di Malaysia dan

Indonesia. Bagi tempoh dalam tinjuan, indeks masih menunjukkan pulangan purata negatif -10.7% daripada

nilai permulaannya tetapi meningkat daripada pulangan purata tahun lepas sebanyak -13.3%.

Mukasurat| 21

5. INDEKS REITJEPUN

Strike Permulaan

(16.06.08)

Suku 1

(16.09.08)

Suku2

(16.12.08)

Suku3

(16.03.09)

Suku4

(16.06.09)

Suku5

(16.09.09)

Suku6

(16.12.09)

Suku7

(16.03.10)

Suku8

(16.06.10)

1,424.31

1,177.84 (-17.3%)

901.18 (-36.7%)

782.05 (-45.1%)

884.57 (-37.9%)

1,002.96 (-29.6%)

866.54 (-39.2%)

927.16 (-34.9%)

915.32 (-35.7%)

Suku9

(16.09.10)

Suku10

(16.12.10)

Suku11

(16.03.11)

Suku12

(16.06.11)

Suku13

(16.09.11)

Suku14

(16.12.11)

Suku15

(16.03.12)

Suku16

(16.06.12)

Suku17

(17.09.12)

904.10 (-36.5%)

1,094.42 (-23.2%)

985.90 (-30.8%)

1,030.79 (-27.6%)

932.47 (-34.5%)

834.42 (-41.4%)

993.80 (-30.2%)

908.7 (-36.2%)

984.76

(-30.9%)

Suku18

(17.12.12)

Suku19

(18.03.13)

Suku20

(17.06.13)

Pulangan Purata bagi 20 Suku

1,072.43

(-24.7%) 1,524.34 (7.0%)

1,299.32 (-8.8%)

-29.7%

Nota : Perubahan peratus harga dalam nilai dikira dengan membandingkan kepada Strike Permulaan

40.0%

60.0%

80.0%

100.0%

120.0%

16-J

un-0

8

16-A

ug-0

8

16-O

ct-

08

16-D

ec-0

8

16-F

eb-0

9

16-A

pr-

09

16-J

un-0

9

16-A

ug-0

9

16-O

ct-

09

16-D

ec-0

9

16-F

eb-1

0

16-A

pr-

10

16-J

un-1

0

16-A

ug-1

0

16-O

ct-

10

16-D

ec-1

0

16-F

eb-1

1

16-A

pr-

11

16-J

un-1

1

16-A

ug-1

1

16-O

ct-

11

16-D

ec-1

1

16-F

eb-1

2

16-A

pr-

12

16-J

un-1

2

16-A

ug-1

2

16-O

ct-

12

16-D

ec-1

2

16-F

eb-1

3

16-A

pr-

13

16-J

un-1

3

Peru

bahan d

ala

m n

ilai pela

bura

n (

%)

Mukasurat| 22

Tinjauan

Prestasi REIT Jepun telah meningkat dengan ketara pada suku tahun terkini berikutan perlantikan Perdana

Menteri baharu Shinzo Abe yang disusuli oleh pertukaran pentadbir Bank of Japan (BoJ).Gabenor baharu

Haruhiko Kuroda mengumumkan hasrat beliau untuk menggunakan segala langkah yang boleh beliau lakukan

untuk merangsang ekonomi. Dengan usaha kerajaan dan bank pusat untuk mendorong ekonomi dengan

sasaran inflasi 2%, pelabur global yakin bahawa “ini adalah sesuatu yang berbeza” di Jepun dan telah

menyalurkan pelaburan yang besar dengan harapan bahawa perubahan kepada keadaan yang lebih akan

dicapai.

REIT Jepun merupakan penerima manfaat langsung daripada perubahan dasar BoJ kerana bank tersebut

menambah aktiviti pembelian sahamnya, dengan matlamat untuk melabur lebih kurang 1.3 bilion dalam sector

REIT.Gabungan minat yang besar dan pembelian saham secara langsung oleh BoJ ini telah menyebabkan

harga saham REIT Jepun meningkat lebih 50% pada suku ini.Walau bagaimanapun, lonjakan besar ini mula

kendur apabila BoJ mengumumkan bahawa 95% daripada program JREIT telah diselesaikan pada akhir suku

tersebut. Sungguhpun demikian, Indeks REIT Jepun masih mencatatkan prestasi negative dengan pulangan

purata -29.7% daripada nilai permulaannya tetapi prestasinya lebih baik berbanding pulangan purata tahun

lepas sebanyak -33.5%.

Mukasurat| 23

KOMISEN RINGAN OLEH SYARIKAT PENGURUSAN

Komisen ringan yang diterima daripada broker boleh disimpan oleh Syarikat Pengurusan bagi pihak dana dengan syarat perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan pengurusan dana berkaitan pelaburan dan mempunyai manfaat yang boleh dibuktikan kepada pemegang sijil seperti keperluan Fasal 6.2 Garis Panduan Perniagaan Insurans / Takaful Berkaitan Pelaburan. Pada tahun kewangan dalam tinjauan, Syarikat Pengurusan telah menerima bagi pihak dana, komisen ringan dalam bentuk bahan-bahan penyelidikan dan penerbitan daripada Citibank Berhad, yang bersesuaian dengan pengurusan pelaburan dana.

Mukasurat| 24

PENYATA OLEH PARA PENGARAH SYARIKAT PENGURUSAN

Pada pendapat Syarikat Pengurusan, penyata kewangan Dana Berkaitan Pelaburan Takaful Al Afdhal („Dana”) setakat

19 Jun 2013 dan bagi tahun berakhir seperti yang dibentangkan di muka surat 27 hingga 31, dari segi semua aspek

penting, telah disediakan menurut Garis Panduan Perniagaan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan yang dikeluarkan

oleh Bank Negara Malaysia.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut resolusi Pengarah:

…………………………………………………………

Dato’ Paduka Ismee Ismail

…………………………………………………………

Dato’ Mohamed Hassan Kamil

Kuala Lumpur,

Tarikh:

Mukasurat| 25

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS kepada pemegang unit Dana Berkaitan Pelaburan Al-Afdhal Takaful Malaysia (No. Syarikat131646-K) (Diperbadankan di Malaysia)

Laporan mengenai Penyata Kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Dana Berkaitan Pelaburan Al Afdhal (“Dana”) Takaful Malaysia, yang

merangkumi Penyata Aset dan Liabiliti pada 19 Jun 2013, dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang berkaitan,

Penyata Perubahan dalam Nilai Aset Bersih dan Penyata Aliran Tunai bagi tempoh yang berakhir itu, dan ringkasan

dasar-dasar perakaunan penting dan nota-nota penjelasan lain, seperti yang dinyatakan di muka surat 27 hingga 31.

Tanggungjawab para Pengarah terhadap Penyata Kewangan

Para Pengarah syarikat Pengurus bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan menurut dasar

perakaunan yang dinyatakan dalam Nota 1 kepada penyata kewangan dan Garis Panduan mengenai Perniagaan

Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan. Para Pengarah juga bertanggungjawab terhadap kawalan dalamannya seperti

yang perlu menurut pertimbangan para Pengarah bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas

daripada salahnyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan ini berasaskan kepada audit

kami. Kami telah menjalankan audit kami mengikut piawaian audit yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut

memerlukan kami patuh terhadap syarat-syarat etika dan merancang serta menjalankan audit bagi memperoleh

jaminan yang munasabah sama ada penyata kewangan ini bebas daripada salahnyata yang ketara.

Audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk mendapatkan bukti audit mengenai amaun dan pendedahan di dalam

penyata kewangan. Prosedur yang dipilih berasaskan kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko salahnyata

yang ketara pada penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian

risiko tersebut, kami mengambil kira kawalan dalaman yang bersesuaian dengan penyediaan penyata kewangan entiti

bagi merangka prosedur audit yang sesuai mengikut keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat

mengenai keberkesanan kawalan dalaman entity tersebut.Audit juga meliputi penilaian tentang kesesuaian dasar-dasar

perakaunan yang diguna pakai dan kewajaran anggaran perakaunan yang dibuat oleh para Pengarah Syarikat

Pengurusan, serta penilaian pembentangan keseluruhan penyata kewangan.

Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh adalah mencukupi dan sesuai untuk memberi asas kepada

pendapat audit kami.

Mukasurat| 26

No. Syarikat131646-K

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan Dana setakat 19 Jun 2013 dan bagi tahun berakhir telah disediakan, dalam

semua aspek penting menurut dasar-dasar perakaunan yang dinyatakan dalam Nota 1 kepada penyata kewangan dan

Garis Panduan mengenai Perniagaan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan.

Perkara-perkara Lain

Laporan ini disediakan hanya untuk para pemegang unit Dana Berkaitan Pelaburan Al Afdhal Takaful Malaysia, sebagai

sebuah badan, menurut Garis Panduan mengenai Perniagaan Insurans/Takaful Berkaitan Pelaburan dan bukan untuk

tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak lain berhubung kandungan laporan ini

KPMG Desa Megat & Co.

Nombor Firma: AF 0759

Akauntan Berkanun

Petaling Jaya, Selangor Tarikh:

Mukasurat| 27

PENYATA ASET DAN LIABILITI PADA 19 JUN 2013

2013

2012

Note RM

RM

ASET

Pelaburan berstruktur mematuhi Syariah 2 60,753,445

63,241,999

60,753,445

63,241,999

LIABILITI SEMASA Liabiliti lain

567,952

1,001,496

567,952

1,001,496

Nilai Aset Bersih

60,185,493

62,240,503

DIWAKILI OLEH

Modal Pemegang Sijil

55,980,068

57,438,472

Pendapatan terkumpul dibawa ke hadapan 4,205,425

4,802,031

60,185,493

62,240,503

Unit dalam peredaran

58,010,433 59,521,733

Nilai asset bersih seunit

1.037 1.046

Mukasurat| 28

PENYATA PERUBAHAN DALAM NILAI ASET BERSIH BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

2013

2012

Nota RM

RM

Pendapatan

Keuntungan modal direalisasi daripada kematangan pelaburan berstruktur

4,522,897

-

Keuntungan modal tidak direalisasi daripada pelaburan berstruktur

-

2,418,250

Pendapatan lain 3 -

224,226

Jumlah pendapatan

4,522,897

2,642,476

Wang keluar Kerugian modal tidak direalisasi daripada

pelaburan berstruktur

(1,105,325)

-

Yuran pengurusan pelaburan

(267,639)

(558,954)

Perbelanjaan lain

(74,647)

(397,283)

Jumlah wang keluar

(1,447,611)

(956,238)

Lebihan pendapatan berbanding wang keluar mewakili pendapatan komprehensif bagi tahun

3,075,286

1,686,238

2013

2012

RM

RM

Nilai asset bersih pada awal tahun kewangan

62,240,503

71,469,997 Pembatalan unit

(1,516,274)

(8,705,263)

Pengagihan kepada pemegang unit

(3,614,022)

(2,210,469)

Pendapatan bagi tahun

3,075,286

1,686,238

Nilai asset bersih pada akhir tahun kewangan

60,185,493

62,240,503

Mukasurat| 29

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 19 JUN 2013

2013

2012

RM

RM

Lebihan pendapatan berbandingwang keluar

3,075,286

1,686,238

Pelarasan bagi: Keuntungan modal direalisasi semasa kematangan

pelaburan berstruktur

(4,522,897) - Kerugian / (Keuntungan) modal tidak direalisasi daripada pelaburan

1,105,325

(2,418,250)

Kerugian daripada operasi sebelum perubahan dalam aset operasi

(342,286)

(732,012)

Kutipan daripada kematangan / pelupusan pelaburan

5,906,126

11,103,670

(Kurangan) / Tambahan dalam liabiliti

(433,544)

544,074

Tunai dijana daripada operasi

5,130,296

10,915,732

Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan Keuntungan diagihkan kepada peserta

(3,614,022)

(2,210,469)

Pembayaran bagi pembatalan unit

(1,516,274)

(8,705,263)

Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pembiayaan

(5,130,296)

(10,915,732)

Tambahan bersih dalam tunai dan bersamaan tunai

-

-

Tunai dan bersamaan tunai pada awal tahun

-

-

Tunai dan bersamaan tunai pada akhir tahun

-

-

Mukasurat| 30

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

Pengurusan dan aktiviti utamanya Pengurus Dana, Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat tanggungan terhad awam, diperbadankan dan bermastautin di Malaysia dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.Alamat pejabat berdaftar dan tempat utama perniagaan Pengurus terletak di: Tingkat 26, Blok Annexe Menara Takaful Malaysia No.4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Syarikat pada umumnya terlibat dalam pengurusan perniagaan takaful keluarga dan am. Perniagaan takaful keluarga termasuk produk berkaitan pelaburan.Dana berkaitan pelaburan Al Afdhal (“Dana”) telah matang pada 19 Jun 2013 selaras dengan dokumen sijil. Penyata kewangan Dana telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Pengurus pada _______________. 1. Ringkasan dasar perakaunan penting

Dasar-dasar perakaunan yang dinyatakan di bawah telah digunakan secara konsisten oleh Dana kepada tempoh

pembentangan di dalam penyata kewangan ini, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

(a) Asas perakaunan Penyata kewangan Dana telah disediakan mengikut nota-nota yang dinyatakan dalam Nota 1, Garis Panduan bagi Perniagaan Insurans / Takaful Berkaitan Pelaburan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia – Garis Panduan menegnai perniagaan Berakitan Pelaburan dan keperluan dokumen sijil.

(b) Matawang fungsi dan pembentangan Penyata kewangan ini dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM), yang merupakan matawang fungsi Dana

(c) Pelaburan Pelaburan berstruktur yang meliputi deposit dan opsyen berstruktur dinyatakan pada nilai saksama berasaskan kepada penilaian oleh Citibank Berhad (yang merupakan Agen Pengiraan) pada tarikh laporan. Pulangan daripada pelaburan berstruktur akan dibuat berasaskan kepada prestasi Aset Rujukan berikut sementara principal akan hanya dilindungi jika pelaburan dipegang sehingga matang.

Aset Rujukan Keterangan

1. Indeks Pendapatan Tetap Kerajaan Eropah

Indeks bon kerajaan di Negara Euro

2. Indeks Logam Bernilai Indeks komoditi yang menjejaki prestasi emas dan perak

3. Spot Tembaga Harga Tunai Tembaga di bursa logam terkemuka

4. Indeks Ekuiti Saham Mewah Asia

Indeks yang meliputi syarikat Mewah Asia

5. Indeks REIT Jepun Indeks Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) yang disenaraikan di bursa saham Jepun

Mukasurat| 31

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

(d) Penerbitan Bersih Unit

Penerbitan bersih unit mewakili caruman yang dibayar oleh peserta sebagai bayaran bagi sijil baharu.Penerbitan bersih unit diikitraf mengikut asas penerimaan.

(e) Pembatalan Bersih Unit Pembatalan bersih unit mewakili pembatalan unit yang timbul daripada penyerahan dan pengeluaran oleh peserta.Pembatalan bersih unit diiktiraf semasa penyerahan sijil takaful berkaitan.

(f) Yuran pengurusan pelaburan Yuran pengurusan pelaburan diakru menurut peruntukan dokumen sijil yang merupakan jumlah sehingga 1% setahun daripada nilai aset bersih.

2. PelaburanBerstruktur Mematuhi Syariah

Pelaburan berstruktur meliputi aset berikut:

Deposit berstruktur Opsyen Jumlah RM RM RM 19 Jun 2013

Kos 56,538,679 1,657,208 58,195,887

Keuntungan nilai saksama tidak direalisasi

2,484,737 72,821 2,557,558

Nilai saksama 59,023,416 1,730,029 60,753,445

19 Jun 2012

Kos 54,353,887 5,227,846 59,581,733

Keuntungan nilai saksama tidak direalisasi

3,339,105 321,161 3,660,266

Nilai saksama 57,692,992 5,549,007 63,241,999

3. Pendapatan Lain

Pada tahun lepas, pengurusan memutuskan untuk mengecualikan yuran pengurusan terakru berhubung tahun kewangan lepas, berjumlah RM224,226 dan ini ditunjukkan sebagai pendapatan lain.

Mukasurat| 32

JADUAL PERBANDINGAN PRESTASI

Data prestasi sejak permulaan adalah seperti berikut:

2013

19-Jun-13

2012

19-Jun-12

2011

19-Jun-11

2010

19-Jun-10

2009

19-Jun-09

Komposisi Dana

(a) Deposit dengan institusi kewangan 97.15% 91.23% 87.52% 94.99% 96.93%

(b) Opsyen 2.85% 8.77% 12.48% 5.01% 3.07%

Nilai Aset Bersih (NAV) dan Unit dalamEdaran

Jumlah NAV (RM) 60,185,493 62,240,503 71,469,997 82,660,285 89,502,239

Bilangan unit 58,010,433 59,521,733 67,787,723 87,854,284 98,976,909

NAV seunit (RM) 1.037* 1.046* 1.054* 0.941 0.904

NAV tertinggi seunit (RM) 1.037 1.083 1.067 0.972 0.965

NAV terendah seunit (RM) 1.013 1.019 0.940 0.878 0.850

Jumlah Pulangan Tahunan (% p.a) a) Pertumbuhan Modal (termasuk pengagihan pendapatan) (0.96) (0.66) 12.06 4.05 (6.29)

b) Pengagihan Pendapatan 3.71 6.10 3.00 Nil Nil

Pulangan Tahunan Purata (%)

Satu Tahun (0.96) (0.66) 12.06 4.05 (6.29) Tiga Tahun

3.48 5.15 3.27

*NAVseunit adalah sebelum pengagihan pendapatan

Mukasurat| 33