alat pembayaran perniagaan masa kini

8
Alat pembayaran perniagaan masa kini .

Upload: nurul-anis-abdullah

Post on 28-May-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Alat pembayaran perniagaan masa kini

.

Page 2: Alat pembayaran perniagaan masa kini

• Kita boleh membeli pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam perniagaan. Pembayaran yang dibuat boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Alat pembayaran yang digunakan ialah wang tunai, kad kredit, cek, kad prabayar, kad pintar, dan pembayaran elektronik (e-pay).

Page 3: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Wang Tunai Wang tunai paling mudah dan kerap idgunakan dalam pembayaran. Keadaan ini berlaku kerana semua orang boleh menggunakan wang tunai untuk membeli barang atau perkhidmatan.

Page 4: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Kad Kredit• Pemilik kad kredit boleh membeli barang tanpa

mengguankan wang tunai. Belian yang dibuat oleh pembeli akan dibayar oleh syarikat kad kredit kepada penjual. Pemegang kad kredit ini akan membuat pembayaran kepada syarikat kad kredit sama ada secara ansuran atau sekali gus.

Page 5: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Cek• Cek merupakan kemudahan yang diberikan oleh

bank kepada pemegang akaun semasa. Pembeli boleh membuat bayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan menggunakan cek. Nilai barang yang dibeli akan dibayar oleh bank kepada peniaga berdasarkan nilai yang tercatat pada cek.

Page 6: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Kad Prabayar• Pada masa ini, terdapat cara membayar yang

menghendaki pengguna membayar terlebih dahulu sebelum mendapat sesuatu barang atau perkhidmatan. Contohnya, kad prabayar caj telefon selular.

Page 7: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Kad Pintar• Kad pintar ialah kad yang mempunyai pelbagai

fungsi. Pada kad ini terdapat pelbagai maklumat tentang pemiliknya. Kad ini juga boleh berfungsi sebagai kad ATM. Oleh itu, pemilik kad ini boleh membuat pembayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli dengan syarat diterima oleh peniaga. Contoh kad pintar ialah kad pengenalan Malaysia, iaitu MyKad.

Page 8: Alat pembayaran perniagaan masa kini

Pembayaran elektronik (e-pay)

• Pembayaran cara ini memerlukan pembeli mempunyai akaun di bank dan kemudahan Internet. Pembayaran bagi belian yang dibuat boleh dilakukan dengan melawat laman web peniaga. Nilai belian barang atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga kepada pembeli akan ditolak daripada akaun pembeli secara automatik.