sistem pembayaran

28
Sistem Pembayaran Pembayaran melalui kad kredit Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai saudagar yang mempamerkan jenama kad kredit anda, baik di dalam mahupun di luar negara. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda kemudian nanti. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, anda dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh. Kad kredit juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM ('Automated Teller Machine') dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit. Walau bagaimanapun, selain daripada dikenakan caj kewangan, anda akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali anda berbuat demikian. Tidak ada tempoh tanpa faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai. Caj kewangan akan dikira bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat.

Upload: shuibing

Post on 14-Sep-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

chapter e-dagang

TRANSCRIPT

Sistem PembayaranPembayaran melalui kad kreditKad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai saudagar yang mempamerkan jenama kad kredit anda, baik di dalam mahupun di luar negara. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat pembayaran kepada saudagar terlebih dahulu bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda kemudian nanti. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, anda dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah (biasanya 20 hari) di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki belum jelas. Pengeluar kad kredit akan hanya mengenakan caj kewangan (faedah) ke atas baki belum jelas, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh.Kad kredit juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM ('Automated Teller Machine') dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit. Walau bagaimanapun, selain daripada dikenakan caj kewangan, anda akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai setiap kali anda berbuat demikian. Tidak ada tempoh tanpa faedah diberikan bagi pendahuluan wang tunai. Caj kewangan akan dikira bermula dari tarikh pengambilan pendahuluan wang tunai berkenaan dibuat. Pengeluar kad kredit akan menghantar kepada anda penyata bulanan kad kredit yang mencatatkan butir-butir pembelian anda termasuk pendahuluan wang tunai (jika ada), jumlah baki belum jelas, jumlah bayaran minimum dan tarikh akhir untuk membuat pembayaran.

Memahami Caj-Caj Yang Berkaitan Dengan Kad Kredit Memahami jenis-jenis caj yang terlibat dalam penggunaan kad kredit adalah penting. Selagi anda menggunakan kad kredit secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan.

Berikut adalah caj-caj yang lazim dikenakan ke atas anda:Yuran penyertaanPengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan kad kredit. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu institusi pengeluar kad kredit dengan yang lain.

Yuran tahunanIni adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.

Caj kewangan (faedah)Ini adalah caj yang dikenakan kepada anda oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang tidak dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian. Anda dinasihatkan supaya meminta pengeluar kad kredit anda memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Yuran pendahuluan wang tunaiIni adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada anda. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit anda. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.

Caj bayaran lewatIni adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurang- kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika pembayaran dibuat selepas tempoh tanpa faedah berakhir, anda bukan sahaja dikenakan caj kewangan ke atas baki belum jelas tetapi juga caj bayar lewat ke atas jumlah bayaran minimum bulanan.

Tip-Tip Untuk Mengurangkan CajAnda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh mengecapi manfaat yang diperolehi daripada penggunaan kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya:a) Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluar kad kredit yang tidak mengenakan sebarang yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertamab) Gunakan kad ATM anda untuk membuat pengeluaran tunai. Pendahuluan wang tunai melalui kad kredit harus dilakukan sebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagi pendahuluan wang tunai adalah tinggic) Elakkan daripada dikenakan kos kad kredit yang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan seperti yang tercatat pada penyata kad kredit. Pastikan alamat anda yang disimpan oleh pengeluar kad kredit adalah tepat agar penyata bulanan diterima dengan secepat mungkind) Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahap minimum akan melengahkan tempoh pembayaran balik dan meningkatkan jumlah faedah yang harus anda bayar. Langsaikan baki belum jelas anda supaya faedah tidak akan dikenakane) Hadkan jumlah kad kredit yang dipegang berasaskan keperluan dan kemampuan pembayaran andaf) Berwaspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah. Sebagai contoh, pengeluar kad kredit anda mungkin akan menaikkan yuran atau menukar syarat-syarat pemegangan kad kredit

Dilayari pada http://www.nccc.org.my/v2/index.php/kad-kredit

Kelebihan menggunakan pembayaran melalui kad kredit1. Memudahkan urusan seharian tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang besar/banyak membeli belah urusan pembelian barang-barang dan perkhidmatan menggunakan kad pembayaran bil elektrik, air, telefon banyak premis perniagaan menerima urusan pembelian menggunakan kad kredit. bayar bil pada akhir bulan

2. Selamat Pemilik kad kredit tidak bimbang Kurang risiko kecurian Kehilangan kad dilaporkan kepada institusi pengeluar kad Pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi Kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai Sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad tandatangan

3. Kemudahan pinjaman tunai Boleh mengatasi kes-kes kecemasan Boleh buat overdraf Menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu

4. Tawaran istimewa Perlindungan insurans insurans kemalangan, insurans perjalanan Hadiah promosi telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian Kadar faedah renda atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu Insurans kemalangan, insurans perjalananKelemahan pembayaran melalui kad kredit1. Penipuan Urusan menggunakan komputer mudah berlaku penyelewengan Maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan Kad boleh diklonkan digunakan oleh orang lain untuk berbelanja Pemilik menanggung akibat buruk proses mahkamah yang menyulitkan

2. Beban hutang Boros bebas berbelanja tanpa had Boleh digunakan pada bila-bila masa tidak dapat mengawal nafsu untuk membeli Terpengaruh membeli barang yang tidak perlu Perbelanjaan idak dikawal belanja lebih daripada pendapatan Banyak hutang kerana tidak mampu membayar penuh dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun Boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita

3. Kemelesetan ekonomi Tabiat berbelanja yangtidak terkawal menyebabkan inflasi Harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran Berlaku inflasi dalam negara ekonomi akan melesit

4. Kekangan penggunaannya Tidak semua premis perniagaan menerima kaedah pembayaran menggunakan kad kredit Terdesak sekiranya menghadapi situasi kecemasan

Pembayaran melalui kad debitKad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda.

Tips dan Maklumat tentang Penggunaan Kad Debit Tiada hutang dengan kad debitDi dalam situasi-situasi yang biasa, kad debit anda menggunakan wang dalam akaun bank anda untuk membuat bayaran. Jadi secara asasnya, anda membelanjakan wang yang anda sedia ada dengan menggunakan kad debit. Secara ringkas, tidak mungkin anda terlibat dengan hutang dengan kad debit melalui cara ini.

Masih boleh terlibat dengan hutang melalui kad debitNamun begitu, jika anda mempunyai kad debit dengan kemudahan overdraf (iaitu yang membenarkan anda untuk berbelanja lebih daripada jumlah yang ada dalam akaun anda), itu memberikan kebebasan pada anda untuk berbelanja lebih daripada jumlah simpanan anda. Sudah tentu ini bermakna anda masih boleh terlibat dengan masalah hutang dengan kad debit.

Boleh tetapkan had untuk mengawal perbelanjaan Kebanyakan bank di Malaysia menetapkan had perbelanjaan RM3,000 pada kad debit anda. Jika anda mahu, anda boleh menaikkan atau menurunkan had tersebut mengikut keperluan anda. Ia adalah cara yang sangat baik untuk mengawal perbelanjaan anda jika anda kurang berdisiplin dengan wang.

Ada caj-caj yang terlibat dalam kad debitBiarpun dengan tanggapan yang biasa dibuat, yuran dan caj tetap menjadi sebahagian daripada kad debit yang dimiliki. Caj-caj biasa termasuk: yuran tahunan yuran pengeluaran tunai (RM1) di ATM MEPS yuran pengeluaran tunai (RM8) di ATM lain faedah yang dikenakan apabila anda menggunakan kemudahan overdraf

PIN anda tidak menjadikan kad debit anda kalis penipuanKerana ia disertakan dengan PIN, kebanyakan orang melihat kad debit sebagai instrumen bayaran yang lebih selamat berbanding kad kredit. Walaupun ini, dalam hal tertentu, benar; apa yang sepatutnya menjadi alat keselamatan anda (iaitu PIN), juga boleh menjadi laluan ke akaun-akaun anda (jika seseorang berjaya mendapat PIN anda). Jadi pastikan anda sentiasa berwaspada dalam melindungi kepentingan anda apabila anda menggunakan kad debit.

Perbezaan Rupa Kad ATM dan Kad Debit

Kad ATM = Tiada logo Visa/MastercardKad Debit dan Kad Kredit = Tertera logo Visa / Mastercard

Penggunaan Kad Debit di Tempat Jualana)PINAnda perlu memasukkan PIN anda pada masa jualan. Kad-kad debit yang berdasarkan PIN ini hanya boleh digunakan dengan saudagar yang dibekalkan dengan pangkalan pemprosesan kad dalam talian yang dipasang dengan alat yang istimewa untuk memasukkan PIN anda.

b)Tandatangan Anda menandatangani satu resit untuk pembelian itu, sebagaimana anda akan lakukan dengan kad kredit. Kad debit tandatangan boleh digunakan di saudagar yang mempunyai kedua-dua pangkalan pemprosesan kad dalam talian dan pangkalan luar talian. Ada kad debit yang direka bentuk untuk berfungsi dengan satu PIN sahaja, yang lain boleh digunakan dengan satu PIN atau tandatangan. Kad yang boleh berfungsi dengan kaedah tandatangan lazim mungkin menawarkan lebih banyak kefleksibelan, terutamanya apabila berurusan dengan saudagar yang tidak mempunyai alat yang diperlukan untuk memproses transaksi PIN. Semak dengan institusi kewangan tempatan anda apa jenis kad debit yang ditawarkan.

Dalam mana-mana kes, dana ditolak terus secara automatik daripada akaun anda. Untuk kedua-dua jenis kad debit, anda akan memerlukan PIN untuk pengeluaran tunai di ATM. Bank anda mungkin akan memberikan satu kepada anda apabila kad anda dikeluarkan.

Kelebihan Kad Debit

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kad debit. Antaranya membolehkan pengguna membayar barang-barang yang mereka beli tanpa perlu menggunakan duit tunai. Dalam erti kata lain apabila pengguna hendak membeli-belah, kad sekeping itu pun boleh digunakan untuk membayar barang yang hendak dibeli.Apabila pengguna membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus daripada akaun, maknanya pengguna tidak perlu risau tentang hutang pada hujung bulan. Tetapi pastikan baki dalam akaun adalah mencukupi untuk memudahkan proses pembayaran.Selain itu, kad debit boleh membantu pengguna mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi daripada apa yang telah rancang. Kad debit juga boleh mendidik pengguna supaya lebih berjimat, hal ini demikian kerana apabila penggunaan kad debit meningkat, wang tunai dalam akaun akan berkurangan, untuk memastikan baki dalam akaun sentiasa mencukupi, pastikan pengguna tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah.

Pindahan KreditPemindahan Baki Kad Kredit ialah pemindahan baki belum jelas dalam akaun kad kredit anda kepada akaun kad kredit baru dengan bank baru (atau syarikat kad kredit baru). Manfaat mengikuti program Pemindahan Baki Kad Kredita) Kadar faedah rendahBank dan syarikat kad kredit rancak menggalakkan Pemindahan Baki Kad Kredit sebagai cara menarik pelanggan berpindah kepada mereka. Jadi mereka selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan yang dikenakan oleh bank sedia ada anda. Ringkasnya, anda akan membayar bil kad kredit yang lebih rendah dalam jangka panjang.b) Tempoh tanpa faedah Banyak syarikat kad kredit akan memberi tempoh tanpa faedah kepada pelanggan Pemindahan Baki Kad Kredit (iaitu, baki belum jelas anda tidak dikenakan faedah untuk tempoh tertentu). Bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih, tempoh tanpa faedah boleh jadi beberapa bulan atau beberapa tahun.c) Penyatuan beberapa akaun kad kreditBagi mereka yang mempunyai sebilangan kad kredit, Pemindahan Baki Kad Kredit membolehkan anda menyatukan akaun-akaun kad kredit anda menjadi satu akaun. Anda tak perlu lagi mengingati pelbagai tarikh bayaran dan pelbagai fasal syarat setiap kad kredityang mana akan meringkas dan memudahkan anda mengurus penggunaan kad.d) Mengurus hutang kad kreditMelalui proses mencari kadar faedah yang paling rendah dan memilih pelan yang paling sesuai, Pemindahan Baki Kad Kredit memaksa anda meneliti kedudukan sebenar akaun kad kredit anda. Jika anda buntu bagaimana nak bayar balik baki yang telah terkumpul selama beberapa tahun, Pemindahan Baki Kad Kredit mungkin dapat bantu memulakan penyelesaiannya.Cek ElektronikCek elektronik digunakan bagi menjalankan proses bayaran secara elektronik antara dua pihak melalui orang tengah. Tidak ada perbezaan ketara antara cek elektronik dengan sistem cek biasa, melainkan cek elektronik dikeluarkan dan ditukarkan secara online. Orang tengah pula merekodkan nilai cek dalam akaun pelanggan dan memindahkannya kepada akaun penjual.

Kad PintarKad pintar ialah sejenis kad bersaiz poket yang dipautkan dengan litar bersepadu. Ia diperbuat daripada pelastik, biasanya polvinil klorida (PVC), namun kadang-kadang poliester berasaskan polyethylene terephthalate, akrilonitril butadiena stirena atau polikarbonat.Kad pintar boleh digunakan untuk pengenalan, pengesahan, penyimpanan data dan pemprosesan aplikasi. Kad pintar mungkin menyediakan pengesahan keselamatan yang kuat untuk daftar diri tunggal (SSO, single sing-on) dalam pertubuhan-pertubuhan besar.Faedah Faedah kad pintar berkaitan secara langsung dengan bilangan maklumat dan aplikasi yang diaturcarakan untuk digunakan pada sesebuah kad. Sebuah kad pintar sentuh atau tanpa sentuh boleh diaturcarakan dengan pelbagai kelayakan perbankan (banking credential), kelayakan perubatan (medical entitlement), kelayakan lesen memandu atau pengangkutan awam, dan sebagainya. Pengesahsahihan berbilang faktor dan hampiran (proximity) boleh dan telah dibenamkan ke dalam kad-kad pintar bagi meningkatkan keselamatan untuk kesemua perkhidmatan pada kad berkenaan. Contohnya, sebuah kad pintar boleh diaturcarakan supaya hanya membenarkan urus niaga tanpa sentu jika ia juga sedang berada dalam jangkauan sebuah peranti lain. Ini dapat meningkatkan lagi keselamatan bagi kad pintar berkenaan.Debit langsung (Direct Debit)Debit langsung adalah proses bayaran yang di debit terus dari akaunsimpanan atau akaun semasa pengguna.

Perkhidmatan PelangganPerkhidmatan pelanggan yang menjadi asas utama kepada pendekatandelighting the customer adalah memenuhi ciri-ciri kualiti dalam tiga kategori,iaitu fizikal, penyampaian dan emosi seperti di Rajah 1.

PenyampaianKebolehpercayaan

Menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti dan menepati piagam yang ditetapkan.

Responsif

Menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan perkembangan sehingga urusan selesai.

Menepati masa

Menyampaikan perkhidmatan yang menepati standard masa yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan.

Ketepatan

Menyampaikan perkhidmatan dan maklumat yang tepat dan betul untuk memudahkan urusan pelanggan.

Mudah diperolehMenyediakan perkhidmatan yang mudah diperoleh dan pelanggan tidak perlu menunggu lama atau bersusah payah ke lokasi yang jauh untuk mendapat perkhidmatan.

Mudah difahami

Menyediakan arahan, borang, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat berkaitan yang mudah difahami serta tidak mengelirukan pelanggan.

Kompeten

Pegawai/kakitangan yang kompeten dan berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

KredibilitiKredibiliti perkhidmatan hendaklah sentiasa dipelihara apabila melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

KeselamatanMemastikan semua maklumat dan transaksi pelanggan terjamin keselamatannya dan tidak berlaku sebarang pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Emosi Mesra dan adil

Memberi perkhidmatan yang mesra dan saksama kepada semua pelanggan yang berurusan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Mendengar danmemahami(empati)

Bersedia mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan, seterusnya mengambil tindakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan yang dapat membantu pelanggan berurusan.

MenghormatiMemastikan semua pelanggan diberi layanan dengan penuh rasa horma

FizikalPersekitaran yangKondusif

Menyediakan tempat dan ruang untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang berurusan seperti ruang menunggu yang selesa, tempat duduk dan bilangan kaunter yang mencukupi serta tandas awam yang bersih.

KemudahanSokongan

Menyediakan kemudahan sokongan untuk keperluan pelanggan seperti kantin, telefon awam, tempat riadah untuk kanak-kanak, mesin ATM dan sebagainya.

Promosi dalam e-DagangEnjin pencarian Enjin caran ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah computer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam computer peribadi. Tetapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti perniagaan pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web yang menggunakan kata kunci perniagaan akan dipaparkan. Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

E-mail sasaran Email adalah singkatan dari Electronic Mail yang artinya adalah surat elektronik. Email berfungsi sebagai sarana untuk mengirim surat atau pesan melalui jaringan Internet. Dengan menggunakan Email, kita hanya membutuhkan waktu sebentar agar dokumen yang dikirimkan sampai ke tujuan, dan tidak perlu menunggu berhari-hari seperti halnya mengirim dokumen biasa melalui kantor jasa pengiriman surat/dokumen (pos).Sarana promosi produk barang atau jasa.Seorang penjual atau agen pemasaran produk atau jasa yang handal perlu memanfaatkan segala cara untuk mendapatkan seorang pelanggan. Penggunaan email dalam pemasaran langsung (direct marketing) merupakan sebuah cara efektif yang dapat membantu pemasaran produk perusahaan secara lebih luas dan tepat. Keberadaan email sangat menghemat biaya, tenaga dan waktu. Biaya pengeluaran pun dapat ditekan dengan adanya email.Cara melakukan email sasarana) Judul email harus singkat tetapi mewakili seluruh isi email.b) Jangan gunakan huruf besar semua atau terlalu banyak di dalam judul mahupun isi email kerana akan dianggap spam oleh kebanyakan server email.c) Jangan terlalu banyak mengirim email dalam tempoh waktu tertentu. Sesuaikan dengan aturan main server anda.d) Usahakan jangan melampirkan file.e) Mengisi email fokus kepada satu perkara sahaja. f) Ukuran huruf menggunakan standard jangan terlalu besar.g) Jangan terlalu komersial.

e-baye-Bay merupakan sebuah syarikat internet Amerika Syarikat yang menguruskan eBay.com, sebuah tapak web pelelongan atas talian dan membeli-belah di mana orang dan perniagaan membeli dan menjual barang-barangan dan perkhidmatan secara menyeluruhi dunia. Selain daripada tapak web AS asalnya, eBay telah memulakan tapak web setempat di 30 buah negara yang lain. eBay Inc juga memiliki PayPal, Skype, dan perniagaan yang lain.Cara Melakukan Promosi Setelah anda mengenalpasti perkhidmatan yang ingin anda tawarkan, langkah seterusnya yang perlu anda ambil ialah untuk mempromosikan perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. Anda perlu ingat sekiranya anda mempunyai kelayakan formal seperti ijazah berkaitan atau pengalaman kerja yang lama untuk perkhidmatan tersebut adalah lebih baik, tetapi jika anda tidak memiliki sebarang kertas kelulusan, anda masih boleh menawarkan perkhidmatan anda kerana bukan semua jenis perkhidmatan memerlukan kertas kelulusan. Sebahagian besar cuma memerlukan pengetahuan dan kepakaran anda di dalam melakukannya.Selain itu, untuk menyediakan posting eBay dan Lelong yang baik untuk sesuatu perkhidmatan, anda bolehlah cuba untuk menarik perhatian pelanggan anda dengan memberikan penumpuan kepada masalah mereka. Sebagai contoh, anda boleh fokuskan kepada tajuk yang menekankan masalah mereka Adakah anda inginkan laman web sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang modal yang besar?. Selanjutnya, anda boleh nyatakan apakah perkhidmatan anda yang boleh menyelesaikan masalah pelanggan tadi. Sebagai contoh tajuk tadi, anda boleh menyatakan Kami pakar menyediakan laman web pada harga yang berpatutan mengikut keperluan anda. Di sini anda bolehlah menyenaraikan butiran tawaran anda untuk pertimbangan para pengunjung. Akhir sekali, anda perlu menekankan call to action iaitu untuk menyuruh si pengunjung bertindak mendapatkan perkhidmatan anda pada masa itu juga. Sebagai contoh, kenyataan terakhir di dalam diskripsi jualan perkhidamatan anda adalah Inilah peluang yang anda tunggu-tunggu. Dapatkan laman web anda sendiri pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran SEKARANG!Setelah selesai mengarang diskripsi jualan, anda bolehlah memaparkan perkhidmatan anda di portal eBay dan Lelong untuk tujuan promosi. Namun anda perlu berhati-hati untuk tidak memasukkan alamat URL luar di dalam posting anda, melainkan URL kedai online anda yang berada di dalam portal eBay dan Lelong sendiri. Namun, anda tidak dilarang daripada mempunyai laman web atau blog luar yang mempunyai pautan kepada jualan anda di dalam portal eBay dan Lelong. Menetapkan harga jualanSeterusnya, anda perlu menetapkan harga jualan bagi perkhidmatan anda. Maklumat harga perkhidmatan anda perlu disertakan di dalam diskripsi jualan anda. Ini adalah untuk memudahkan para pengunjung untuk mempertimbangkan tawaran perkhidmatan anda. Namun, bagi sesetengah perkhidmatan, agak sukar untuk memberikan harga tetap, seperti perkhidmatan menterjemah dari satu bahasa ke bahasa yang lain, ia akan bergantung kepada tahap kesukaran perkataan dan frasa yang digunakan di dalam bahasa asal. Dalam situasi ini, anda boleh memberikan anggaran harga dan menyatakan di dalam diskripsi bahawa harga mungkin berubah bergantung kepada kerja sebenar. Teknik jualan terbaikKini anda telah tiba ke peringkat akhir sebelum diskripsi perkhidmatan anda mula ditawarkan di portal eBay dan Lelong. Anda perlu menentukan teknik jualan terbaik bagi perkhidmatan anda. Anda disarankan untuk membuat kajian ringkas mengenai permintaan pelanggan. Sekiranya terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu perkhidmatan, seperti membina lawan web atau mengedit kertas kerja, anda mungkin boleh memilih kaedah jualan Auction. Sebaliknya, sekiranya terdapat permintaan yang sederhana, atau anda boleh memberikan perkhidmatan berterusan, anda bolehlah memilih kaedah jualan Buy It Now.Sekiranya anda sudah memiliki laman web perkhidmatan sendiri, anda boleh menggunakan portal Lelong dan eBay untuk meluaskan jaringan pelanggan anda. Sekiranya anda belum lagi memiliki laman web perkhidmatan, portal Lelong dan eBay akan dapat membantu anda untuk memulakan langkah pertama di dalam perniagaan perkhidmatan anda kerana kedua-dua portal tersebut sudah memiliki jumlah ahli yang besar untuk memudahkan anda mendapat pelanggan.

http://ko-tau.blogspot.com/2011/11/cara-menjual-barang-di-ebay-sebuah.html

printhttps://support.google.com/business/answer/2911778?hl=ms