menjalankan operasi perniagaan - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • mempertimbangkan...

12
Menjalankan Operasi Perniagaan Perkhidmatan atau Kedai Runcit Menjalankan Operasi Syarikat Pengeluaran Pengurusan Rantaian Bekalan 154 157 161 MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN

Upload: ngoduong

Post on 13-Jul-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

Menjalankan Operasi Perniagaan Perkhidmatanatau Kedai Runcit

Menjalankan Operasi Syarikat Pengeluaran

Pengurusan Rantaian Bekalan

154

157

161

MENJALANKANOPERASI PERNIAGAAN

Page 2: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan154

SALE

MENJALANKANOPERASI PERNIAGAAN

Kebanyakan perniagaan runcit meliputi pembelian barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar, pemborong, agen, pengimport atau peruncit yang lain dan menjualnya kepada pengguna akhir.

Ciri-ciri untuk dipertimbangkan:

MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN ATAU KEDAI RUNCIT

TIPS

Bagi perniagaan perkhidmatan dan runcit, pelaburan yang tinggi diperuntukan untuk menampung kos tenaga kerja manakala bagi syarikat pembuatan pula, lebih cekap proses pengeluaran anda, lebih berwibawalah anda sebagai pengeluar.

1. Pengurusan kedai Dua elemen utama adalah

reka bentuk dan susun atur kedai. Reka bentuk kedai perlu menitikberatkan suasana, imej, hiasan dalaman dan hiasan luaran yang mampu memberikan suasana positif kepada pelanggan. Susun atur kedai pula melibatkan susunan barangan di dalam kedai.

Menguruskan operasi syarikat di peringkat permulaan kelihatan kompleks dengan penggunaan perkataan-perkataan seperti logistik, rantaian bekalan, pembangunan produk dan perolehan. Adalah lebih mudah untuk sentiasa memastikannya operasi dijalankan semudah mungkin. Operasi ialah aktiviti membeli, membina dan menyediakan produk atau perkhidmatan untuk jualan. Antara operasi yang utama ialah sumber bahan mentah, penggajian pekerja, memperoleh kemudahan dan peralatan serta penghantaran produk akhir. Ciri-ciri ini adalah berbeza bergantung sama ada anda seorang pengeluar, peruncit atau pemberi perkhidmatan. Jika anda bermula sebagai perniagaan runcit, anda perlu mengambilkira perkara seperti inventori dan pengedaran, manakala sebuah syarikat perisian akan lebih fokus kepada keperluan lokasi pejabat dan kelengkapan komputer.

Page 3: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 155

JENIS SUSUN ATURKEDAI RUNCIT3

Pelan Lantai Gridbiasa digunakandi kedai runcit, big box dan conveniencestores. Juga dikenali sebagai susun atur lurus.

Pelan Lantai Gelungmemaksimumkan dinding ruang paparan dan mendedahkanpelanggan kepada semua produk bersama laluan yang ditetapkan. Juga dikenali sebagai susun atur pacuan kuda.

Pelan Lantai Aliran Bebas membenarkankreativiti dan banyakdigunakan sebagai tetapan di butik kecil yang khusus dan berkelas tinggi.

Pelan Lantai Sesuai Untuk Contoh Susun Atur

Peruncit kecil yangmembawa inventori yang besar daripada stok barangan seperti buku dan majalah, mainan, makanan istimewa, perkakasan, kad dan hadiah kecil,peralatan dapur danrumah.

Pakaian, aksesori,mainan, perkakas rumah, perkakas dapur, penjagaan diri dan kedai runcit khusus.

Pakaian mewah,aksesori, penjagaan peribadi, jenama khusus dan perniagaan campuranseperti kedai roti dan deli yang juga menjual barang yang siap dibungkus.

Page 4: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan156

2. Pengurusan Stok• Membinajaringanpembekal(Operasisatu

pembekal utama atau banyak pembekal) dengan mengambilkira penghantaran “tepat pada waktu”.

• Mempertimbangkanperjanjianpembekalan jangka masa panjang dengan pengeluar barangan.

• Membuatjadualpenghantaranbekalanberdasarkan masa dan aliran wang tunai.

• Simpanstoksecarasistematikcontohnyabilikstordenganrak,mudahdicapai dan lain-lain.

• Mempunyaiinventoriyangmencukupiberdasarkantrenddanmusim.

3. Syarat Pembekalan • Kaedahpembayarantunaiataukredit• Jikakredit,apakahsyaratnya,30atau

60 hari?• Syaratpenghantaranstok

4. Pembayaran Sistem titik jualan automatik (Kod produk, resit pelanggan,

pembayaran tunai dan kredit)

• Menggunakansistemberkomputeruntukmenerimadan memeriksa stok (perisian pengurusan runcit boleh digunakan untuk mengesan rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok).

5. Pelanggan• Pernyataandasarperniagaanyang

boleh dilihat termasuk kaedah pembayaran, syarat pemulangan barang dan sebagainya.

• Menawarkaninsentifyangmenggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian seterusnya dengan cara berkongsi maklumat perhubungan mereka dengan peniaga.

• Mengutamakansuasanamesradankhidmat pelanggan yang berkualiti.

• Memaksimakanwaktuoperasiperniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mengimbanginya dengan kos tetap seperti sewa dan utiliti.

Page 5: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 157

6. Pekerja• Menumpukanperhatiankepadaurusan

pengambilan pekerja dengan menyediakan maklumat terperinci berkaitan kontrak pekerjaan bagi jawatan-jawatan utama dan juga membuat pelaburan bagi latihan pekerja.

• Penggunaseringmembentuktanggapanterhadap sesuatu perniagaan dengan menilai tenaga jualannya.

Bahagian ini akan membincangkan tentang operasi harian perniagaan: lokasi, peralatan, pekerja, proses dan suasana persekitaran. Antara keperluan utama yang harus dititikberatkan oleh usahawan adalah seperti berikut:

MENJALANKAN OPERASI SYARIKAT PENGELUARAN

• Mewujudkanjadualkerjayangmemaksimumkanproduktivitidanmengurangkan kos tenaga kerja. Lebih ramai pekerja pada waktu puncak. Mempunyai rekod pemohon berkelayakan yang boleh dipanggil apabila diperlukan.

• Melatihpekerjaberkenaanmaklumatproduk,kemahiranmenyelesaikanmasalah, bahasa dan pengurusan pelanggan.

7. Aspek Keselamatan Menyediakan ciri-ciri keselamatan

di premis perniagaan supaya pelanggan berasa selamat dan juga untuk menggelakkan kes kecurian.

• Jumlahjamoperasihariandantahunan.Masayangdiambil untuk menyiapkan satu unit pengeluaran.

• Kilang,keperluanmesindanperalatanyangdiperlukanuntuk memulakan proses pengeluaran.

• Utilitidankeperluanlainsepertipengudaraan,salirandan sebagainya.

• Sumberbahanmentahdansyaratyangtelahdipersetujuibersama-sama dengan pihak pembekal.

• Pengawalaninventori.• Prototaipataupengujianproduk,

pengujian harga produk.• Pengawalankualiti.• Maklumatterperincilangkah-

langkah penghasilan produk.

Page 6: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan158

Pengawalan Inventori

Pengawalan inventori adalah membuat semakan dan merekod stok dalam satu tempoh untuk memenuhi keperluan perniagaan. Aktiviti ini bermula daripada fasa pengeluaran, pembelian, penghantaran dan pesanan semula. Pengawalan inventori yang baik akan memastikan pengeluaran anda berjalan mengikut jadual, mengelakkan berlaku masalah pada rantaian bekalan, mengawal kos perniagaan kerana nilai stok adalah sebahagian daripada proses perakaunan.

Penyimpan stok bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan. Jenis stok yang perlu disimpan bergantung kepada permintaan pelanggan, tempahan atau perancangan jualan anda. Pengawalan jumlah stok juga bergantung kepada jenis stok yang anda ada kerana ia akan mempengaruhi jualan dan kos penyimpanan.

Berapa banyak stok perlu disimpan dalam suatu tempoh?

Terdapat 5 jenis stok yang utama:a) Produk akhir yang sedia untuk dijualb) Bahan mentah dan komponen untuk kegunaan pengeluaranc) Bahan separa siap dan masih dalam proses pengeluarand) Stok penimbal atau stok simpanan untuk bahan mentah dan komponene) Bahan guna habis seperti minyak dan bahan pembungkusan

Kaedah pengawalan stokIni merupakan kaedah pengawalan stok disusun untuk mewujudkan sistem yang teratur bagi membantu membuat keputusan berkenaan apa, bila dan jumlah stok untuk di pesan. a) Paras stok minima; membuat pesanan apabila stok anda mencecah paras

tertentu.b) Kemaskini stok; membuat pesanan untuk memastikan stok berada di paras

yang diperlukan.c) Stok mencukupi pada masa dan ketika; hanya membuat pesanan apabila

anda memerlukannya dengan kadar segera.d) Kawalan kelompok; hanya membuat pesanan mengikut keperluan kelompok

pengeluaran.

First In, First OutInventori atau barang-barang yang paling lama direkodkan akan dikeluarkan untuk dijual terlebih dahulu

Last In, First OutInventori yang paling terbaru akan dijual terlebih dahulu

Page 7: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 159

Saluran Pembekalan dan Pengedaran

Saluran pembekalan dan pengedaran adalah satu rangkaian perniagaan untuk suatu produk atau perkhidmatan disampaikan kepada pengguna akhir. Proses ini termasuk pemborong, peruncit, pengedar dan juga internet. Saluran pengedaran terbahagi kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Saluran secara langsung membolehkan pengguna membeli produk terus daripada pengeluar manakala saluran secara tidak langsung membolehkan pengguna membeli produk sama ada daripada pemborong, peruncit atau melalui kedua-dua pihak.

Sistem pengawalan stok secara manualKaedah yang paling mudah ialah menggunakan Buku Stok, untuk merekod log keluar masuk barang dan catatan untuk membuat pesanan stok baru. Satu lagi sistem konvensional ialah menggunakan Kad Stok yang lebih terperinci dan kompleks di mana setiap kad adalah mewakili maklumat setiap jenis stok yang anda ada.

KAD STOK

TarikhInventori

NamaBarang

Keterangan HargaSeunit

KuantitiStok

KeperluanPesanan

Baru

KuantitiPesanan

Baru

Page 8: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan160

Pihak lain seperti agen, broker, penjual semula, francais, francaisi atau ahli gabungan dan ‘drop shipping’ bagi pemasaran internet juga dianggap sebagai perantara tetapi ia akan meningkatkan harga produk bagi menampung komisen pihak terlibat. Saluran pengedaran yang pendek adalah lebih sesuai dan kos efektif.

Perolehan Perolehan adalah sistem yang merujuk kepada prosedur dan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk membuat pembelian barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Antara aktiviti dalam perolehan adalah pembiayaan pembelian,

SEBUTHARGA

a) Sebutharga atau anggaran harga yang dikeluarkan oleh pengeluar atau penjual untuk ditawarkan kepada bakal pelanggan apabila diminta.

b) Pesanan Belian, dokumen untuk pembelian barang daripada pembekal.

c) Pesanan Penghantaran, dokumen yang ditunjukkan ketika penghantaran produk atau perkhidmatan dan perlu ditandatangani ketika penerimaan.

d) Inbois iaitu dokumen yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar.

e) Resit iaitu dokumen yang menyatakan jumlah yang telah dibayar oleh pelanggan.

Proses perolehan akan tamat apabila anda atau perniagaan anda telah memiliki barangan tersebut. Untuk membuat keuntungan, kos perolehan mestilah lebih rendah daripada jumlah harga yang akan dijual, setelah mengambilkira kos-kos berkaitan dengan pemprosesan dan jualan tersebut.

rundingan harga, pembelian produk atau barangan, penghantaran dan pengawalan inventori. Semua aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan dokumen perolehan seperti berikut:

Page 9: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 161

KILANG SUSU

susu

susu

susu

KEDAI SUSU

KEDAI SUSUSUSU

SUSU

Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap individu yang terlibat dalam memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan atau stok dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan, serta sumber.

PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN

Pengurusan rantaian bekalan adalah

pengurusan produk atau perkhidmatan daripada

permulaan hingga kepada pengguna akhir.

TIPS

Dari segi operasi pengurusan sebuah syarikat perniagaan baru, anda perlu menghasilkan produk dengan kos aliran tunai yang paling minima. Proses ini melibatkan penyumberan luar bagi sebahagian besar daripada pengeluaran awal dan ini akan memastikan kos anda kekal berubah.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 161

Page 10: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan162

Mempiawaikan Kawalan Kualiti dengan ProsesKaedah paling mudah untuk mengendalikan kawalan kualiti adalah dengan mempiawaikan semua proses dari awal hingga akhir. Salah satu cara untuk mempiawaikan ialah dengan mewujudkan satu dokumen bertulis berkaitan proses kerja dan diedarkan kepada setiap pekerja yang bertanggungjawab terhadap kawalan kualiti berkenaan.

Mewujudkan Lokasi PemeriksaanOleh kerana QC merupakan aktiviti yang berulang, pekerja yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ini perlu menyemak dengan seorang pengurus projek sepanjang proses QC. Pengurus ini boleh membantu memperbaiki dan membetulkan kesilapan sewaktu proses tersebut dijalankan untuk meminimumkan masa yang diperlukan bagi proses pencarisilapan di kemudian hari.

Mengekalkan Fleksibiliti Fleksibiliti adalah kunci utama dalam QC. Bagi usahawan syarikat kecil, proses dan prosedur yang terlibat memerlukan penelitian dan penambahbaikan. Kebolehan untuk menggabungkan maklum balas daripada pekerja kepada proses QC adalah penting.

“Setiap syarikat, tidak kira betapa kecilnya anda atau jenis industri, anda boleh mendapat manfaat daripada Kawalan Kualiti (QC). Bagaimana anda boleh mula melaksanakan Inisiatif QCdi syarikat kecil anda?”

Petikan daripada Adam Malden, ChooseWhat.com Research Analyst and Quality Control (QC) master

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan162

Page 11: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 163

Prinsip Peruntukan Ruang7 Petikan daripada Retail Business

start-up guide, SmallBizBooks.com

1. Mempamerkan semua produk jualan kepada pelanggan

Semakin banyak barang jualan yang dipamerkan, semakin tinggi peratusan pembelian daripada pelanggan. Anda mestilah mereka bentuk kedai untuk menarik perhatian pelanggan supaya mereka melawat semua bahagian atau sekurang-kurangnya melihat apa yang anda tawarkan dan kembalikan semula pada masa akan datang. Anda boleh mencapai objektif ini dengan cara meletakkan tanda pada tempat yang strategik, nilai tambah, eskalator, tangga, bilik persalinan dan barangan tertentu. (Kebanyakan pasaraya besar menyediakan produk popular seperti roti dan susu di bahagian belakang kedai untuk menggalakkan pelanggan melalui keseluruhan kedai).

2. Meletakkan produk yang paling menguntungkan di beberapa pilihan lokasi yang mempunyai tumpuan pelanggan

Barang yang mempunyai harga tinggi hendaklah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan dicapai.

4. Eksperimen untuk terus kekal menarik

Sekiranya anda kerap membuat pengubahsuaian terhadap susun atur kedai dan barang-barang jualan, anda hendaklah menggunakan perabot yang boleh mudah alih. Jadi ingatlah ini apabila anda membeli kabinet, rak, lampu dan kelengkapan lain.

3. Membendung Kecurian

Simpan produk yang kecil dan mahal di ruangan simpanan berkunci. Anda boleh menggunakan cermin cembung untuk bahagian sisi yang tidak boleh dilihat dari jauh untuk mengurangkan titik buta penglihatan anda dan menggunakan video kamera. Melalui ini, pekerja anda akan boleh memerhatikan segala kegiatan di dalam kedai.

5. Meletakkan produk yang berkaitan berdekatan

Sebagai contoh, tali leher hendaklah diletakkan berhampiran baju, mesin pencetak berhampiran dengan komputer, pasu bunga berdekatan dengan bunga dan sebagainya.

6. Menyusun bahagian berkaitan secara berdekatan antara satu sama lain.

Bahagian fesyen melengkapi antara satu sama lain. Kosmetik, aksesori dan barang kemas juga adalah di kawasan yang sama. Buku resepi dan peralatan memasak juga akan menarik perhatian pelanggan. Bahagian dan kategori barangan sepatutnya diselaraskan seberapa banyak yang mungkin untuk kemudahan pelanggan.

7. Beri keutamaan kepada produk yang menguntungkan di lokasi terbaik kedai anda

Produk yang paling laris hendaklah dieksploitasi bagi meningkatkan jualan di kedai anda.

Page 12: MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN - smecorp.gov.my · “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan ... • Kaedah pembayaran tunai atau

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan164

MemenuhiKeperluanPerniagaanDalam Talian

Anda perlulah merancang untuk memenuhi keperluan perniagaan dalam talian bermula dari awal perniagaan. Anda mungkin mempunyai produk yang hebat, tetapi sekiranya proses penghantaran adalah lemah dan mahal, ini akan menjejaskan perniagaan anda. Terdapat beberapa pilihan bagi usahawan yang mahu memberi fokus kepada operasi perniagaan berbanding urusan logistik. Antaranya ialah memanfaatkan pilihan penghantaran secara terus dari kilang, di mana pengeluar akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Kaedah kedua ialah dengan melantik satu pihak lagi untuk menguruskan penghantaran, termasuk urusan pembungkusan, perkhidmatan kurier, pengesanan penghantaran, insurans atau mewujudkan satu aplikasi telefon untuk memudahkan perniagaan atas talian.

Memenuhi keperluan adalah satu peranan yang penting dalam perniagaan dalam talian. Pelaksanaan yang baik akan membezakan andadaripada pesaing-pesaing lain dan menarik pembelian berulang daripada pelanggan. Antara ciri-ciri memenuhi keperluan ialah penerimaan, penyimpanan inventori, perkhidmatan pembungkusan, penghantaran produk serta proses pemulangan produk. Jika jumlah yang diuruskan adalah mudah dikawal, anda boleh membuat penghantaran sendiri menggunakan kurier tempatan atau rakan kongsi penghantaran. Apabila perniagaan anda mula berkembang dan melibatkan jumlah yang lebih besar, anda mungkin memerlukan bantuan tambahan.

TAHUKAH ANDA?

Pos Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan e-keperluan (e-fulfilment) yang menyeluruh dan komprehensif, bermula dari titik jualan sehingga penghantaran produk kepada pelanggan. Ini merangkumi pergudangan, penghantaran jarak jauh, perkhidmatan nilai tambah serta perkhidmatan logistik lain kepada usahawan dalam talian.

STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan164