pemb21321entukan alam semesta dari perspektif al

37
“PEMBENTUKAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF ISLAM & SAINS” ALIS 41 PENSYARAH: USTAZ MOHD DANIAL BIN MOHD RAZALI@ BUSU PROGRAM: A-LEVEL KELAS: 10SC1 (EDINBURGH) AHLI KUMPULAN: NAMA SID DINA ILIA BT MD SUKOR 2012230612 MUAZMEERA BINTI MUSA 2012472842 SYARIFAH HANI YASMIN SYED ABDULLAH 2012231414

Upload: muhammad-bukhori

Post on 16-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

2132131

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN ALAM SEMESTA DARIPERSPEKTIF ISLAM & SAINSALIS 41

PENSYARAH:USTAZ MOHD DANIAL BIN MOHD RAZALI@ BUSU

PROGRAM:A-LEVEL

KELAS:10SC1 (EDINBURGH)

AHLI KUMPULAN:

NAMASIDDINA ILIA BT MD SUKOR 2012230612MUAZMEERA BINTI MUSA 2012472842SYARIFAH HANI YASMIN SYED ABDULLAH 2012231414SITI NORSHAHRIZAH ABDUL RAHMAN 2012843284BALQIS BINTI MD RUSLAN 2012849126

TARIKH HANTAR:19 MAC 2014KANDUNGANMuka suratPengenalan1Tujuan kajian2Bab 1Alam Semesta: Permulaan segalanya31.1 Teori Big Bang31.2 Teknologi Terkini dan Penemuan NASA5Bab 2Penciptaan Bumi dan Langit72.1 Penciptaan Langit dan Bumi dalam 6 Hari72.2 Enam atau Lapan hari?82.3 Hikmah Penciptaan Langit dan Bumi Selama 6 Hari10Bab 3Nebula Ros113.1 Nebula Ros dan Sejarah Penemuannya113.2 Nebula Ros mengikut Al-Quran13Bab 4Pandangan Barat dan Agama lain 154.1: Pandangan Barat154.2: Pandangan Yunani164.3: Pandangan Hindu184.4: Pandangan Buddha19Penutup21Rujukan23

PENGENALANSains dan Islam ibarat dua paksi yang saling bergantungan antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana Islam amat menggalakkan umatnya untuk mengkaji secara sistematik melalui sains mengenai alam sekelilingnya. Sains juga diperlukan bagi menerokai dan mengeluarkan bukti dari alam ini sepertimana dalam surah Fussilat ayat 53 yang menyatakan bahawa Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu benar. Ayat ini menerangkan bahawa kejadian yang berlaku di segenap alam dan pada diri kita ini telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan dibuktikan dengan melalui penemuan sains masa kini.Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita hendaklah mengetahui bagaimana alam ini diciptakan kerana tanpanya, kita tidak mempunyai kediaman untuk hidup. Alam semestaboleh ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang dianggap ada secara fizikal, seluruhruangdanwaktu, dan segala bentukbahansertatenaga. Ia berkait rapat dengan agama dan falsafah yang dihubungkaitkan dengan fahaman ketauhidan yang semuanya dikuasai oleh satu kekuasaan yang wajib wujudnya. Kosmos terbentuk melalui beberapa fasa bermula dengan ledakan yang kuat (big bang) yang berkembang, seterusnya sehingga terciptanya langit dan bumi dan akhirnya kepulan gas nebula ros. Ia adalah fakta kejadian alam yang sangat menakjubkan dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan tanpa kekuasaan Allah S.W.T.

11Justeru, kami akan membincangkan dan menghuraikan proses pembentukan alam semesta melalui teori big bang, pembentukan nebula ros dan penciptaan langit dan bumi dari kedua-dua sudut sains dan Islam. Di samping itu, kami juga turut menyelitkan pandangan-pandangan barat serta agama lain bagi mengukuhkan bukti Al-Quran dan Islam dalam menerangkan sains dalam kehidupan.TUJUAN KAJIANObjektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengukuhkan kefahaman mengenai bagaimana terciptanya alam ini melalui bukti Al-Quran dan sains dan menghubungkaitkannya dengan kuasa Allah S.W.T sebagai pencipta dan pemilik alam ini. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi dalam menjadi khalifah Allah yang berilmu pengetahuan serta mewujudkan toleransi antara kaum dan agama dengan memahami fahaman mereka mengenai alam semesta dalam mentauhidkan Allah S.W.T.

21

1: ALAM SEMESTA: PERMULAAN SEGALANYA1.1: TEORI BIG BANG'Big Bang'[footnoteRef:2] ialah satu teori tentang bagaimana alam semesta mula-mula dicipta oleh Allah s.w.t. dan terus mengembang hingga ke hari ini. Allah menerangkan kejadian ini di dalam Al-Quran dalam Surah az-Zariyat ayat 47, 1400 tahun yang lalu. [2: http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%208%20190705%20Teori%20Big%20Bang%20Dalam%20Al-Quran.pdf 8.2.2014]

dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). Dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga (Surah Az-Zariyat: 47)Dalam ayat ini Allah mneggunakan perkataan muusiuun. Dalam bahasa Arab perkataan muusiuun berasal daripada perkataan wasa-a. Hans Wehr A dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud menjadi besar, luas. Justeru, Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim menyatakan, ayat ini bermaksud, Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan Kami meninggikannya tanpa tiang.

31Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. Beliau berkata , Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan in luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia juga menunjukkan ilmu Quran jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan Quran kerana sombong dengan sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.[footnoteRef:3] Allah S.W.T. turut menerangkan kejadian ini dalam Surah Al-Anbiya ayat ke-30. [3: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 27.]

dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah Al- Anbiya: 30)

41Perkataan "ratq" dalam Surat Al-Anbiya: 30 diterjemahkan sebagai "suatu yang padu" digunakan untuk merujuk pada dua zat berbeza yang membentuk suatu kesatuan. Ungkapan "Kami pisahkan antara keduanya" adalah terjemahan kata Arab "fataqa", dan bermakna bahawa sesuatu muncul menjadi ada melalui peristiwa pemisahan atau pemecahan struktur dari "ratq".2 Percambahan biji dan munculnya tunas dari dalam tanah adalah salah satu peristiwa yang diungkapkan dengan menggunakan perkataan ini. Dalam ayat tersebut, langit dan bumi adalah subjek dari kata sifat "fatq". Keduanya lalu terpisah ("fataqa") satu sama lain. Menariknya, ketika mengingat kembali tahap-tahap awal peristiwa Big Bang, kita pahami bahawa satu titik tunggal berisi seluruh materi di alam semesta. Dengan kata lain, segala sesuatu, termasuk "langit dan bumi" yang saat itu belumlah diciptakan, juga terkandung dalam titik tunggal yang masih berada pada keadaan "ratq" ini. Titik tunggal ini meledak sangat dahsyat, sehingga menyebabkan materi-materi yang dikandungnya untuk "fataqa" (terpisah), dan dalam rangkaian peristiwa tersebut, bangunan dan tatanan keseluruhan alam semesta terbentuk.[footnoteRef:4] [4: http://www.artikelislami.com/2010/06/teori-big-bang-tercantum-dalam-al-quran.html 8.2.2014]

Satu di antara versi teori Big Bang yang diterima oleh umum dan pakar-pakar sains hari ini adalah konsep pengembangan alam. Mengikut teori ini, di peringkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10^50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses pengembangan ini menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. Teori ini pada asalnya diutarakan oleh seorang pakar kosmologi dari Amerika, Alan Guth dan kemudiannya diperkembangkan oleh pakar astronomi Britain, Andreas Albrecht, dan pakar sains Rusia- Amerika, Andre Linde. Hal ini dilaporkan di dalam Encarta Encyclopedia (CD) segmen Big Bang Theory, The Theory. 1.2: TEKNOLOGI TERKINI DAN PENEMUAN NASA

51Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, dengan menggunakan alat yang canggih, iaitu setelit Hubble (rajah 1) mengesahkan alam ini sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi, semakin laju proses pengembangannya. Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan NASA berhubung dengan teori ini. Dua kumpulan pakar sains mengesahkan alam ini sememangnya sedang mengembang. Malah mereka mereka hampir dapat menentukan kelajuan pengembangan ala mini. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan The Hubble Space Telescope Key Project Team, dianggotai oleh 20 orang pakar astronomi. Kumpulan ini mendapati alam ini mengembang dengan kelajuan 80 km sesaat sepermegapersaat (km/sec/Mpc). Kumpulan kedua pula mendapati pengmbangannya berlaku dengan kelajuan 57 km/secMpc. Kenyataan ini dilaporkan di http/;//spacelink.nasa.gov, di bawah tajuk Press Release No. STScl-PR96-21 (1996), Hubble Space Telescope On Track For Measuring The Expansion Rate Of The Universe; 9 Mei, 1996.[footnoteRef:5] [5: Hubble Space Telescope On Track For Measuring The Expansion Rate Of The Universe. http://spacelink.nasa.gov 9.2.2014]

Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan ala mini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk Astronomers Detect First Split-Second of The Universe, Space.com melaporkan pakar-pakar astronomi NASA menemui bukti-bukti baru yang mengukuhkan lagi teori Big Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmos ala mini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Penemuan ini dilaporkan berdasarkan data yag disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP (rajah 1). Ia mengukuhkan teori alam mengembang sekaligus menampakkan kebenaran Quran.a) b)

61Rajah 1: a) Teleskop Hubble[footnoteRef:6] b) Satelit WMAP5 [6: http://wmap.gsfc.nasa.gov/ 9.2.2014]

2: PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI2.1: PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM HARI?Kejadian langit dan bumi melalui fasa-fasa tertentu. Dalam surah Hud ayat 7, Allah berkata, Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara. Pertama, ia menjelaskan kejadian langit dan bumi melalui pelbagai peringkat. Kedua, proses kejadian langit dan bumi melahirkan air dan Arasy Allah berada di atas air.Semasa menjelaskan mengenai masa yang diambil bagi proses kejadian langit dan bumi (iaitu enam hari), Allah menggunakan perkataan ayyaam. Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan, perkataan ayyaam bermaksud age, era, time iaitu umur, era, masa.[footnoteRef:7] Justeru ungkapan enam hari yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud enam hari seperti yang kita fahami pada hari ini. Sebaliknya ia bermaksud enam masa ataupun enam peringkat masa. Hal ini mudah kita fahami apabila kita mengetahui hari-hari di sisi Allah adalah berbeza mengikut dimensi yang berbeza. Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia.6 Sebagai contoh, dalam surah al-Maarij, ayat 4 Allah menyatakan, Malaikat-malaikat dan Jibrail naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun yang selari dengan konsep Pengembangan Masa yang dikaitkan dengan Teori Relativiti Albert Einstein.6 [7: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 36.]

71Justeru, hari mengikut kiraan manusia di bumi adalah berbeza dengan hari di dalam Fi Zilal al-Quran berkata, Tidak syak lagi yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah, dia sahaja yang tahu kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia di bumi ini. 2.2: ENAM ATAUPUN LAPAN HARI?Kenyataan berkenaan kejadian langit dan bumi melalui enam masa ataupun peringkat kejadian dinyatakan di beberapa tempat di dalam Quran. Sebagai contoh, dalam surah Hud ayat 7, surah al-Araaf ayat 54, surah Yunus ayat 3 dan surah al-Furqan ayat 59.

81Walau bagaimanapun dalam surah Fussilat ayat 9 hingga 12, Allah menjelaskan, Sesungguhnya patutkah kau kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam masa dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu baginya. Yang (bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam. Dan dia menjadikan di bumi itu gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan dia menentukan bahan-bahan keperluan hidup penghuninya dalam masa empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian dia menuju ke arah langit sedangkan langit masih merupakan asap. Lalu dia menjelaskan kepadanya dan kepada bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahku sama ada dengan suka hati ataupun dengan terpaksa. Keduanya menjawab, Kami berdua datang dengan suka hati. Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta kami memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah yang maha perkasa, lagi maha mengetahui.[footnoteRef:8] [8: Penciptaan Langit dan Bumi (2009), http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/penciptaan-bumi.htm#.Uvi-jPmSw9s , 12.2.2014]

Sekiranya kita mengamati ayat-ayat ini sepintas lalu, ia seolah-olah menunjukkan proses kejadian langit dan bumi melalui lapan masa (dan bukannya enam), iaitu, Dia menciptakan bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari. Dia menjadikan tujuh langit dalam dua hari. Musuh-musuh Islam suka menjadikan ayat ini sebagai bukti Quran tidak autentik. Mereka sebenarnya yang tersilap dan bukannya Quran.Sebenarnya bahagian satu dan dua iaitu, Dia menciptakan bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari, adalah episod-episod bertindih yang berkaitan dengan proses yang sama iaitu proses kejadian bumi.[footnoteRef:9] Ia dapat dikiaskan dengan kenyataan seseorang iaitu, Saya membuat asas rumah ini dalam masa dua hari. Kamu tidak percayakah? Saya bina dan lengkapkan rumah ini dengan segala kelengkapannya dalam masa empat hari.7 Berdasarkan kenyataan ini anda dapat mengatakan rumah ini dibina dalam masa enam hari. Namun, kenyataan ini juga dapat ditafsirkan bagi membawa maksud pembinaan rumah ini memakan masa empat hari, iaitu dua hari bagi membuat asas rumah dan baki dua hari lagi bagi menyempurnakannya kerana terdapat pertindihan antara proses pertama dan kedua. [9: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 37.]

91Berbalik kepada ayat-ayat dalam surah Fussilat ini, penciptaan bumi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kejadian gunung-ganang serta bahan-bahan keperluan hidup kerana semuanya berlaku serentak. Hal ini disebabkan gunung-ganang adalah sebahagian daripada muka bumi. Justeru hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian satu bertindih dengan hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian dua.82.3: Hikmah Diciptanya Langit Dan Bumi Selama 6 HariSyaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah menjelaskan: Allah S.W.T menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya dalam 6 hari. Sebagaimana dikabarkan oleh Allah sendiri dan Ia adalah Ash Shadiq. Ia juga Maha Kuasa menciptakan semua itu dalam sekejap mata. Sebagaimana firman-Nya: Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah! maka terjadilah ia (QS. Yasin: 82)Namun para ulama menjelaskan bahawa tujuan Allah menciptakan semua itu dalam 6 hari iaitu untuk mengajarkan hamba-Nya sikap tidak tergesa-gesa. Juga untuk mengabarkan bahawa Allahlah yang mengatur dan segala sesuatu di alam ini dan menghubungkan semuanya. Rabb semesta alam yang Maha Mengetahui segala sesuatu dan Rabb yang Maha Kuasa atas segala sesuatu tidak menjadikan langit dan bumi sekaligus, melainkan dalam 6 hari. Sebagaimana juga Allah menciptakan manusia tidak sebagaimana menciptakan makhluk yang lain. Allah menciptakan manusia dengan susunan dan pengaturan yang paling baik.[footnoteRef:10] Semua itu agar hamba-Nya belajar untuk menunggu dan belajar sikap tidak tergesa-gesa, juga untuk mengabarkan kepada mereka bahawa perkara mereka telah diatur sedemikian rupa dengan sempurnanya di atas ilmu yang sempurna tanpa ketergesa-gesaan dan tanpa gangguan. [10: http://www.binbaz.org.sa/mat/4109, 12.2.2014]

1013: NEBULA ROS3.1: NEBULA ROS DAN SEJARAH PENEMUANNYABintang-bintang di langit mempunyai jangka hayatnya dan hayatnya berakhir dengan pelbagai cara. Bagi bintang-bintang yang berganda-ganda beratnya berbanding matahari, kehancurannya berlaku melalui ledakan besar iaitu supernova dan menghasilkan black holes.[footnoteRef:11] Namun begitu, bagi kebanyakkan bintang yang beratnya tidak melebihi dua kali ganda berat matahari, hayatnya berakhir dengan menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang dikenali sebagai planetary nebula. Nebula (Awan dalam bahasa Latin) merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma.[footnoteRef:12] Kestabilan bintang-bintang dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang dihasilkan olehnya melalui proses reaksi nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam bintang.10 [11: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 55-56.] [12: Constellation Guide; Rosette Nebula (2013) http://www.constellation-guide.com/rosette-nebula/ , 14.2.2014]

111Namun setelah sekian lama, bintang tersebut akan mengalami ketidakstabilan oleh kerana kehabisan hidrogen menjadikan bahagian dalam bintang menguncup dan menghasilkan suhu yang tinggi. Peningkatan suhu sehingga ke 100 ribu juta Celcius membawa kepada pencantuman helium dan menghasilkan karbon dioksida dan oksigen menjadikan bahagian luar bintang menjadi gumpalan gas yang berpisah daripada bahagian dalamnya.10 Planetary nebula terhasil apabila gumpalan asap ini berinteraksi dengan foton ultra ungu dan mula menyinar.10 Salah satu daripadanya ialan Nebula Ros.Nebula Ros ataupun dikenali sebagai Nebula Mata Kucing (NGC 6543) merupakan sebuah nebula planet dalam buruj Draco. [footnoteRef:13]Ia merupakan salah satu nebula paling kompleks yang diketahui setakat ini dengan pemerhatian Teleskop Angkasa Hubble berketetapan tinggi yang mendedahkan struktur luar biasa seperti simpulan, jet dan menonjolkan ciri seakan-akan lengkok yang berserabut. [13: Nebula Mata Kucing, http://ms.wikipedia.org/wiki/Nebula_Mata_Kucing 14.2.2014]

Rajah 2: Penemuan Nebula Ros12Nebula Ros, imej berdasarkan data yang diperolehi sebagai sebahagian daripada Penyiasatan INT fotometri H- Alpha Utara Galactic Plane, yang disediakan oleh Nick Wright, University College London, dengan pihak kerjasama IPHAS.[footnoteRef:14] [14: Constellation Guide; Rosette Nebula (2013) http://www.constellation-guide.com/rosette-nebula/ , 14.2.2014]

Ia adalah kira-kira 65 radius, lebih besar daripada Orion Nebula yang terkenal di Orion, yang hanya 12 light years dalam radius, tetapi lebih dekat dengan bumi (1,344 light years).12 Nebula merupakan pembentukan bintang yang intens. Gas sekitar bintang-bintang ini mempunyai suhu sebanyak 6 juta unit Kelvin dan hasilnya bintang mengeluarkan sejumlah sengit radiasi sinar-X.12

121Anggaran jisim nebula adalah kira-kira 10,000 rakyat jelata solar , yang menjadikan Nebula Ros salah satu nebula pelepasan yang paling besar. Nebula Ros dinyalakan oleh bintang muda yang terletak di rantau ini dan cahayanya samar. Nebula Ros ditemui dalam jangka masa yang lama kerana ia adalah objek sukar untuk dilihat , walaupun menggunakan teleskop yang berskop tinggi.3.2: NEBULA ROS MENGIKUT AL-QURANApa yang menakjubkan di sini adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini yang telah pun dinyatakan oleh Quran. Dalam surah ar-Rahman ayat 37, Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingin dustakan?" (Surah Ar-Rahman: 37)Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang menyinar. Salah satu jenis nebula dikenal sebagai "Rosette Nebula" iaitu nebula ros kerana kemiripannya dengan mawar . Penemuan sains pada hari ini menunjukkan apabila bintang-bintang kebanyakkan melalui proses kehancuran, ia bertukar menjadi gumpalan gas yang terpisah daripada bahagian dalamnya. Fenomena ini adalah selari dengan penjelasan Allah yang bermaksud Maka apabila langit terbelah.[footnoteRef:15] [15: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 56.]

131Sebuah kumpulan yang dipimpin oleh Leisa Townsley, seorang peneliti senior di bidang astronomi dan astrofisika di Penn State University, meneliti Nebula Rosette menggunakan Chandra X-ray teleskop bagi melihat ratusan bintang di Nebula Rosette dan menentukan bahawa dengan salah satu bintang menghasilkan gas pada suhu 6 juta derajat. Townsley menggambarkan apa yang dia lihat:Sebuah sinar memancarkan emisi X ray meliputi Nebula Rosette dan mungkin banyak daerah pembentuk bintang lainnya di seluruh Galaxy. Kami sekarang memiliki pandangan baru dari akan pencahayaan Nebula Rosette. "Justeru, kejaiban ini haruslah mendorong manusia untuk mendekatkan dirinya kepada Allah yang Maha Berkuasa kerana kebijaksanaan dan kekuasaan yang dipunyai Allah tidak terhingga dan meliputi seluruh alam semesta. Jika difikirkan secara mendalam, terdapat satu aspek persamaan antara insiden kelahiran nebula ros ini dengan kejadian Hari Kiamat. Kedua-duanya berkait rapat dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang.[footnoteRef:16] Justeru, ayat Al-Quran ini menceritakan dengan jelas keadaan yang boleh dan mungkin berlaku apabila bintang-bintang melalui proses kehancuran pada Hari Kiamat nanti. Hanya Allah yang mengetahui segala benda dan keajaibanNya telahpun tercatat dalam Al-Quran, yang hanya dapat dibuktikan oleh para saintis setelah sekian lama. [16: Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama, hal 57.]

1414: PANDANGAN BARAT DAN AGAMA LAIN TEORI FORMASI ALAM SEMESTA SELAIN MENURUT ISLAMPada umumnya, teori pembentukan alam adalah sama atau sekurang-kurangnya berkonsep hampir sama walaupun menurut pandangan yang berlainan. Doktrin ketuhanan difahamkan oleh pihak Islam, Kristian, Yahudi, Hindu dan juga Buddha.Pada pandangan agama Hindu dan Buddha wujud jurangperbezaanantara teori formasi alamyang menjadisesuatu aspek kepercayaan yang unik dalam agamatersebut.Ahli sains lebih menumpukan kepada teori yang berpaksikan astronomi dan fizik seperti teoriledakanbesar.Justeru,bebagai-bagaiformula penciptaantelah diwujudkanyang berasaskan konsepcreation ex nihilo,nihilodan sebagainyayang bermula dengan satu pertanyaan penting,Bagaimana kita bermula?4.1: PANDANGAN BARATPemikiran tentang cakerawala yang dinamik tercetus oleh teori kerelatifan umum yang dipostulat oleh Eistein dan telah membawa kepada pencetusan teori formasi alam semesta. Pada mulanya, ahli astronomi awal abad ini bersependapat bahawa kesemua bintang di alam semesta dikumpulkan dalam satu gugusan besar dinamakan 'pulau alam semesta.'Namun, penemuan gugusan bintang atau galaksi lain yang terletak jauh dari 'pulau alam semesta'yang 'asal' telah menjatuhkan kepercayaan kebanyakan pihak kepada idea 'pulau' ini. Doktrin utama yang agak dominan dan sering dibincangkan oleh para sarjana terdapat empat iaitu: teori keadaan tunak, teori ledakan besar, teori lantunan besar dan teori ayunan.[footnoteRef:17] [17: Aminuddin Ruskam Al Dawany (1999), 'Konsep Kosmologi',Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta'zim.]

1514.2: PANDANGAN YUNANIPakar pemikir-pemikir dan ahli kosmologi Yunani telah menumpukan perhatian mereka kepada satu soalan yang asas, iaitu 'Apa asal alam ini?' dan menggunakan pengalaman dan perspektif sendiri untuk membuat rumusan yang memuaskan.Kebanyakan pendeta ini telah sampai kepada konklusi bahawa satu anasir asas merupakan pendorong kepada alam ini. Thales melihat air laut sebagai sumber kehidupan. Nasib rakyat Mesir bergantung kepada air sungai Nil yang menyuburkan tanah di sepanjang sungai sehingga didiami manusia. Sebagai seorang saudagar dan ahli pelayar, beliau takjub melihat kemegahan air laut yang menyebarkan benih ke seluruh dunia, menjadi dasar kehidupan. Baginya, air adalah unsur utama dan sebab kewujudan segalanya. Segala bermula dengan asalnya air dan akhirnya juga ke air dan idea inilah menjadi teori formasi alam. Pendapat Anaximes menumpukan udara sebagai unsur satu dan tidak terhingga. [footnoteRef:18] [18: Aminuddin Ruskam Al Dawany (1999), 'Konsep Kosmologi',Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta'zim.]

161Beliau telah mengekumakan satu persoalan baru: Gerakan apakah yang menjadi sebab terjadinya dengan berbagai-bagai ragam? Unsur utama bagi Herecleitus ialah api kerana sifatnya yang mudah bergerak dan bertukar rupa dapat dilihat dengan mata kasar. Semua benda bertukar menjadi api dan api bertukar menjadi semua benda. Kepanasan matahari menjadi syarat untuk manusia dan makluk lain hidup. Selain itu, beliau percaya segala perubahan dikuasai hukum dunia satu yang dipanggilnya 'logos',iaitu fikiran yang benar. 'Logos'merupakan bukti yang tidak perlu dicari kebenarannya lalu tiada gunanya mencari asal segalanya seperti asal alam ini. Empedocles percaya bahawa alam disatukan oleh cinta dan kebencian yang memisahkan alam. Manusia baginya berasal daripada Tuhan dan akhirnya akan kembali kepada Tuhan. Prinsipnya berkaitan alam ialah alam tersusun daripada anasir yang asal iaitu seperti yang dikatakan, air, udara, api dan tanah. Unsur akhir ini ditambah oleh Empedocles bersama dengan unsur-unsur yang asal.[footnoteRef:19] [19: Aminuddin Ruskam Al Dawany (1999), 'Konsep Kosmologi',Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta'zim.]

Leucippus dan Democritus mempunyai teori yang agak moden pada masa mereka tentang pembentukan alam ini iaitu tentang atom. Atom berasal dari perkataan Yunani, a= tidak dan toom= terbagi digabungkan menjadi tidak terbahagi. Atom yang bertubuh kecil dikatakan penuh dan berperanan mengisi ruang. Daripada yang penuh dan kosong alam terjadi. 18Berguru dengan Leucippus, Democritus telah memetik prinsip alam yang sama iaitu alam tidak lain daripada atom dan gerakannya. Antara kenyataan penting mengenai ideanya telah dikemukakan 18:1) Pergerakan berkehendakan ruang kosong kerana yang penuh tidak lagi boleh memuatkan yang lain dalamnya.2) Sesuatu barang boleh mengembang atau memadat dengan terdapatnya ruang kosong di antaranya.3) Hidup daripada kecil menjadi besar berpunca daripada makanan yang dapat masuk ke dalam ruang yang kosong dalam badan.

1714.3: PANDANGAN HINDUAsas penciptaan alam semesta menurut pandangan Hindu dikaitkan dengan triniti Hindu atauTrimurtiyang termasuk TuhanPencipta (Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu) dan Tuhan Pemusnah (Shiva).Formasi alam berasakan konsep ketuhanan Hindu berpaksikanpanteisme yang menyamakan Tuhan dengan kuasa dan hukum alam serta henoteisme, iaitu kepercayaan kekuasaan kepada Tuhan yang lain.[footnoteRef:20] [20: Norakmal Azraf Bin Awaluddin(2013), pg1369-1379,'ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA: KAJIAN PERBANDINGAN',Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net]

Bagi agama Hindu, tuhanBrahman bersifat Agung,kekal dan sifatnya tidak aktif (saguna)dan merupakan satu kekuasaan mutlak. Setiap kewujudan sama ada Tuhan, dewa-dewa dan makluk berpunca daripada Brahman. Kewujudan ini termasuk jugaTuhan Vishnu dan Tuhan Shiva.Menurut Hume, 1968:15, karya-karya agama Hindumemberi sifat Brahma sebagai asas alam semesta berkuasa untuk menciptakan dan menjaga alam semesta. Menurut Hindu, asas penciptaan mempunyai dua paksi teoriyang saling berkaitiaitu paksi penciptaan Tuhan sebagai Pencipta dan paksi penciptaan alam semesta yang diciptakan oleh Brahma. Dalam kitabBrihad-Aranyaka Upanishad(1.4.6):

181Kemudian Dia (Brahma) menggosok dan daripada mulutnya terjadi percikan api (yoni) dan gosokan di tangannya tadi menjadikan api (agni). Lalu apa-apa yang bersifat kelembapan suhu, dia menjadikan air mani dan itu adalahSoma iaitu makanan dan pemakan makanan. Oleh yang demikian, Brahma adalah pencipta yang berkuasa dengan menciptakan dewa-dewa, pembantunya. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang perlu diciptakan dalam tugasnya sebagai Pencipta alam semesta (Anandatirtha, 1916: 70)

4.4: PANDANGAN BUDDHAKepercayaan utama agama Buddha terhadap kejadian ini berasaskan konsep sebab dan akibat (patticasamupadda)sehingga menafikan kuasa ketuhanan dalam penciptaan alam semesta (ateisme).Tiada campur tangan ketuhananyang diserlahkan dalam teoriformasialam semesta agama Buddhaoleh kerana pandangan umum agama Buddha mengenainya.Menurut agama ini, alam dunia dianggap sebagai lokavaggoseperti yang tertulis dalam kitab Dhammapada.[footnoteRef:21] Keterangankepada konsep ini diterangkan dengan lebih lanjut: [21: Norakmal Azraf Bin Awaluddin(2013), pg1369-1379,'ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA: KAJIAN PERBANDINGAN',Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net]

Mari, lihat dunia ini ibarat kereta kuda diraja yang dicat cantik dan indah,Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan tenggelam dengan itu tetapi,bagi yang bijak tiada apa-apa sumbangan dari kereta kuda itu (dunia).(Radhakrishnan, 1968: 118)20

191Justeru, prinsip agama Buddha memandang alam semesta adalah sesuatu yang biasadansekadar tempat tinggalsehinggaagama Buddha tidak gemar untuk menyingkap perbincangan mengenai teori kejadian alam.Teori asas penciptaan agama Buddhalebih tertumpu kepada reformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta dan tidak meletakkan Tuhan sebagai kuasa penggerak tetapi sebab dan akibat. Berpandukan idea ini, agama Buddha tidak mengenali apa-apa doktrin yangmenjadiSebab Utama atau Tuhan yang bertindak memberikan kekuasaan-Nya untuk menghasilkan penciptaan alam semesta.Malah, setiap objek dan fenomena yang berlaku adalah hasil daripada kesan hubungan objek dan fenomena lainatausimbiosis antara objekyang akan sentiasa kekal selama-lamanya. Sebagai contoh, sebatang pokok tumbuh dengan adanya tanah, air dan udara yang mana kesemua ini adalah rantaian luar yang membantu proses pertumbuhan pokok tersebut.[footnoteRef:22]Formula sebab dan akibat(patticasamupadda)dengan lebih terperinci lagi seperti dalamAmes, 2003: 287adalah: [22: Norakmal Azraf Bin Awaluddin(2013), pg1369-1379,'ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA: KAJIAN PERBANDINGAN',Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net]

Apabila ini wujud, wujud juga yang lain kerana ia berasal daripada yang pertama dan menumbuhkan yang lain. Apabila ini tidak wujud, tiada juga wujud yang lain kerana berhentinya ia, berhenti juga yang lain.

201PENUTUP

Berdasarkan perbahasan yang telah dipaparkan, dapat disimpulkan bahawa pembentukan alam semesta terdiri daripada pelbagai peringkat penciptaan yang masih kompleks dan dapat diterokai oleh sains hanya pada abad ke-20 ini. Namun secara harfiahnya, Al-Quran telah pun menerangkan tentang pelbagai proses penciptaan alam semesta walaupun tanpa teknologi terkini. Persoalan yang tercetus daripada sifat ingin tahu yang menjadi fitrah manusia telah merevolusi bidang kosmologi dalam usaha mengetahui asal-usul kita serta alam yang kita duduki selama ini. Bukan sahaja pihak Islam yang termasuk sekali, malah kewujudan manusia sejagat di dunia ini telah melahirkan berbagai-bagi persepsi tentang formasi alam ini. Yang lebih diketahui dan dominan mungkin teori daripada pihak Barat, terutamanya teori ledakan besar yang manusia tanpa asas dalam sains pun tentu akan tahu berpandukan Al-Quran. Kebenaran hipotesis ini diperkukuhkan dengan usaha Barat untuk membuktikan idea mereka dengan eksperimen terperinci yang menggunakan instrumen canggih dan teknologi terkini.Teori-teori pihak lain juga terdapat kepentingannya tersendiri dalam rangkaian sejarah. Kebanyakan mereka mengaitkan asal alam kepada unsur-unsur yang senang untuk dilihat dan konsep-konsep yang terkandung dalam prinsip budaya mereka. Tanpa alatan moden dan bimbingan agama, pemikiran mereka agak terbatas kepada pengalaman dan tafsiran sendiri.Pada dasarnya, Islam tidak menghalang kita menerima teori-teori yang tidak tercetus oleh pihak kita sendiri. Nabi Muhammad telah bersabda berkenaan perkara ini dengan menerima pertanyaan sahabat mengenai berita daripada bukan Islam:

211

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Kaum Ahli Kitab membaca Taurat dalam bahasa Ibrani dan diterangkannya dalam bahasa Arab untuk pemeluk agamaIslam.Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Jangan kamu benarkan Ahli Kitab itu dan jangan pula kamu dustakan, melainkan ucapkanlah: "Kami percaya kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada kamu sampai akhir ayat. (Hadis Sahih Bukhari Jilid. Hadis nombor 1978)

Maksudnya,apabila memperolehsesuatu berita kita tidak harus memandang siapa yang memberikannya tetapi harus diselidiki kebenarannya dahulu. Walaupun bukan datangnya daripada Islam, apa-apa informasi boleh diterima jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetapi sebaliknya jika bertentangan.

221RUJUKANSurah dan Hadis:1. Surah Al-Fussilat: 53, 9-122. Surah Az-Zariyat: 473. Surah Al- Anbiya: 304. Surah Hud: 75. Surah Yasin: 826. Surah Ar- Rahman: 377. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1978Buku:1) Dr. Danial Zainal Abidin (2008), Quran Saitifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Selangor: PTS Litera Utama.2) Aminuddin Ruskam Al Dawany (1999), 'Konsep Kosmologi',Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta'zim.3) Norakmal Azraf Bin Awaluddin(2013), pg1369-1379,'ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA: KAJIAN PERBANDINGAN',Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net

231Internet:1. http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%208%20190705%20Teori%20Big%20Bang%20Dalam%20Al-Quran.pdf , 9 Februari 20142. http://wmap.gsfc.nasa.gov/ , 10 Februari 20143. http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/penciptaan-bumi.htm#.Uvi-jPmSw9s , 12 Februari 20144. http://www.binbaz.org.sa/mat/4109, 12 Februari 20145. http://www.answering-islam.org/Quran/Science/catseye.jpg , 14 Februari 20146. http://www.constellation-guide.com/rosette-nebula/ , 14 Februari 20147. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nebula_Mata_Kucing , 14 Februari 2014

241