pandangan semesta islam

Upload: lezawati-yusoff

Post on 04-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    1/51

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    2/51

    Ibn Khaldun menyatakan bahawa suasana persekitaran

    merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan

    semesta sesebuah masyarakat.

    Lucien Goldmann mengatakan bahawa unsur utama yang

    membezakan antara sesebuah tamadun ialah pandangan

    semesta.

    Syed Naquibb al-Attas menyatakan bahawa pandangan

    semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat iaitu dunia

    merupakan persediaan untuk akhirat.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    3/51

    Kesimpulannya pandangan semesta Islam ialah pandangan

    tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati

    manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

    Secara umumnya ia merupakan satu konsep mengenai alam

    semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu

    sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu. Aqidah merupakan asas dan teras bagi tamadun Islam.Allah

    S.W.T. pula ialah Pencipta & Pentadbir alam ini.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    4/51

    Elemen-Elemen Asas Pandangan

    Semesta Islam

    1. Hak Allah S.W.T.

    2. Konsep Manusia & Hak sebagai Hamba Allah

    3. Hak Alam

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    5/51

    Hak Allah S.W.T.

    Konsep huquq dalam Islam menjalinkan hubungan antara manusia

    dan manusia, alam dan Tuhan secara teratur dan adil.

    Hak tersebut dapat dibahagikan pula kepada hak2 Allah , hak2

    hamba Allah dan hak2 alam.

    Allah S.W.T. mempunyai hak bagi diriNya dan juga ke atasdiriNya . Bagi dirinya bermaksud penunaian hak oleh Allah

    berdasarkan kehendak dan kuasaNya.Manakala ke atas diriNya

    pula bermaksud hak-hak Allah yang mesti ditunaikan oleh

    manusia.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    6/51

    Hak-hak Allah bagi diriNya kepada manusia dapat dilihat dalam

    aspek-aspek berikut:-

    1) Mencipta manusia.

    2) Menetapkan peraturan dan perundangan.

    3) Memberi kebebasan memilih kepada manusia.

    Hak-hak Allah S.W.T. bagi diriNya ke atas alam pula dapatdijelaskan melalui aspek-aspek:-

    1) Mencipta alam

    2) Mengatur perjalanan alam

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    7/51

    Konsep Manusia

    Menurut Islam, persoalan tentang hakikat manusia dilihat melaluidua sumber iaitu naqli dan aqli.

    Naqli ialah keterangan berdasarkan wahyu yang memberi

    kebenaran secara langsung kerana proses penyempurnaan teori

    sains yang pelbagai akan mendekati kebenaran yang dinyatakanoleh wahyu.

    Aqli ialah rungkaian kepada segala persoalan yang datang

    daripada manusia sendiri iaitu daripada pengalaman manusia dan

    penyelidikan sains.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    8/51

    NUTFAH

    Surah Al-Insan : 2

    Nutfah lelaki : benih lelaki

    Nutfah wanita : benih wanita

    ALAQAH

    Surah Al-mukminun : 14

    Segumpal darah

    MUDGHAH

    Surah Al-mukminun : 14

    Seketul daging (pembentukan otak,saraf tunjang,sistempernafasan,saluran darah.

    IZHOM&LAHM

    Surah al-mukminun : 14

    Pembentukan tulang mendahului pembentukan otot-otot dandaging yang menyaluti tulang.

    NASYAN

    KHALQANAKHAR

    Terbentuk menjadi janin

    NAFKHUR-RUH

    Peniupan ruh

    Sepakat ulama : ruh ditiup 40 hari selepas pembentukan organ-organ

    PROSES KEJADIAN MANUSIA

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    9/51

    PROSES KEJADIAN MANUSIA

    Asal kejadian manusia (Adam) daripada tanah hitam.

    Kemudian ditiupkan roh. Surah al-Hijr: (ayat 28-29)

    bermaksud Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para

    malaikat; akanKu ciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat

    yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang diberikan

    bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya

    dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaanKu, maka

    tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    10/51

    Firman Allah lagi dalam Surah an-nisaa ayat 1.

    Menunjukkan kejadian manusia kedua iaitu Hawa adalah daripadaAdam. Ada riwayat yang mengatakan daripada tulang rusuk Adam yangpaling atas.

    Setelah itu diciptakan anak daripada kedua-duanya melalui setitis airmani.

    Kemudian berkembangbiak menjadi suku dan bangsa-bangsa sehingga

    hari ini. Surah al-mukminun ayat 12-14 bermaksud sesungguhnya Kami

    menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusiadaripada saripati air mani (nutfah) di dalam tempat yang kukuh(rahim). Dari (nutfah) Kami proses menjadi alaqah(segumpal darah),

    dari alaqah menjadi mudghah(segumpal daging), kemudian darisegumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami

    balut pula dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yangberbentuk lain. Maka Maha Suci Allah PenciptaYang Paling Baik.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    11/51

    Makhluk baru yang dimaksudkan ialah janin di dalam kandungan.

    Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj ayat 5 bermaksud dan

    setelah sempurna proses kejadian itu Kami tempatkan makhlukbaru itu dalam rahim dengan kadar masa yang Kami kehendaki

    sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan

    (zahir) kamu selaku bayi.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    12/51

    Carta Proses Kejadian Manusia Menurut

    Al-Quran dan al-Hadith

    Air mani(lelaki) + Telur(benih wanita)

    40 hari

    Segumpal darah(Alaqah)

    40 hari

    Seketul Daging(Mudghah)

    40 hariDitiupkan Roh

    Dicatatkan 4perkara:

    1. Rezeki

    2. Umur

    3. Amalan

    4.Celaka/Bahagia

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    13/51

    Hadith riwayat Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Masud yangbermaksud Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan

    kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani(nutfah) selama

    40 hari sehingga menjadi segumpal darah (alaqah).

    Kemudian setelah itu dijadikan pula seketul daging(mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari. Kemudian barulah

    diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh. Setelah itu

    barulah dicatatkan 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya,

    kecelakaannya atau bahagianya..

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    14/51

    Kejadian Manusia Dari Segi Sains

    Dari segi Embriologi, suatu sperma ataugamet jantan (separuh sel) bercantum

    dengan telur atau gamet betina (separuhsel) untuk menghasilkan satu zigot (sellengkap) yang akan berubah menjadi

    embrio dan berpindah kepada uterusdan berkembang menjadi janin.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    15/51

    Dalam penemuan sains terdapat 3 peringkat perkembangan

    sepanjang tempoh kehamilan iaitu trimester pertama ataukegelapan pertama(bagi 3 bulan pertama), trimester kedua atau

    kegelapan kedua (6 bulan berikutnya) dan trimester ketiga atau

    kegelapan ketiga (tempoh 7 hingga 9 bulan).

    Allah s.w.t telah menjelaskan dalam al-Quran surah 39 ayat 6yang bermaksud Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu

    kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    16/51

    Kejadian manusia berunsurkan tanah dan ruh sebagaimana dinyatakan

    di dalam al-Quran dan hadith. Unsur tanah menandakan ciri fizikal/jasmani manakala unsur ruh

    menandakan ciri rohani.

    Kedua-dua unsur ini menjadikan struktur diri manusia memiliki sifat

    yang sempurna di mana sebahagian darinya merujuk pada aspekmateri, sebahagian yang lain menunjuk pada unsur rohani dansebahagian yang lain bergabung dalam diri manusia yang dikenalisebagai kecenderungan atau dorongan dan keinginan atau dipanggilsebagai FITRAH (yang merangkumi tiga unsur).

    Contohnya manusia akan merasa putus asa apabila ditimpa kesusahanmanakala mereka akan bergembira jika diberikan kebaikan. Contoh inimenunjukkan tindakbalas diri manusia secara fitrah apabila ia tidak

    bersandarkan kepada akidah dan nilai yang mantap.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    17/51

    Bertitik tolak daripada 3 unsur tadi manusia perlu meneruskan

    kehidupan duniawi dengan mendidik perasaan bertanggungjawab. Ini kerana kebahagiaan anak Adam adalah kebahagiaan di dunia &

    di akhirat.

    Melalui perasaan tanggungjawab dan menyedari tentang adanya

    pembalasan dari Allah maka manusia mampu menjadi ketua yang

    boleh membimbing diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Manusia perlu menjaga ibadah dan akhlak yang telah ditentukan

    oleh Allah untuk mencapai keseimbangan tersebut.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    18/51

    Selaras dengan kejadiannya dalam bentuk kerohanian, tuntutan

    rohani manusia juga berkaitan dengan ketinggian dan kekudusan

    yang terangkum dalam Islam yang terkandung dalamnya aqidah,akhlak dan syariat.

    Unsur roh dalam diri manusia pula membolehkan manusia

    melihat, mendengar, merasa, berfikir, berperasaan. Oleh itu,

    tindakan jasmani seperti bergerak, berfikir, bercakap dan merasamerupakan akibat langsung kepada tindakan roh yang aktif dalam

    diri manusia.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    19/51

    Akal pula merupakan daya untuk memahami dan merasakan

    kebenaran yang bersifat mutlak(kebenaran Tuhan) dan kebenaran

    relatif(kebenaran pemahaman manusia berkenaan realitidisekitarnya)

    Manusia menggunakan akal untuk memahami proses kehidupan

    yang dinamik, memahami meyakini kitab suci Al-Quran,

    memahami hukum akhlak & ibadah dan memahami ketibaan hari

    akhirat dan pembalasan.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    20/51

    Fitrah manusia ialah tunduk & patuh kepada Allah. Fitrah manusia

    juga dilengkapi dengan kecenderungan melakukan kerosakan dan

    juga bersifat dengan sifat taqwa.Di dalam Al-Quran manusiaseringkali diangkat darjatnya dan berulangkali juga direndahkan

    darjatnya.

    Manusia diutuskan dibumi sebagai hamba Allah dan juga sebagai

    khalifah.

    Oleh itu,manusia perlu taat kepada Allah dan juga berperanan

    mewujudkan kemakmuran di bumi.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    21/51

    Allah S.W.T. telah menegaskan bahawa manusia ialah sebaik-baik

    dan seindah-indah kejadian iaitu unsur rohani dan jasmani.

    Keindahan jasmani manusia yang distilahkan sebagai al-Khalq

    tidak menepati keindahan sebenar tanpa keindahan rohani yang

    distilahkan oleh al-Quran sebagai al-Khuluq.

    Untuk mendapatkan keindahan rohani manusia diberikankebebasan berusaha dalam membentuk diri kerohanian atau

    keperibadiannya mengikut ajaran Islam yang sempurna.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    22/51

    Hak-Hak Allah S.W.T. daripada manusia yang telah dipertanggungjawabkanperlu ditunaikan oleh manusia. Hak-hak tersebut dapat dilihat dalam beberapaaspek iaitu:-

    1. Mengenal Pencipta

    2. Mengetahui dan mengamal peraturan serta perundangan yang telahdigariskan

    3. Memilih kebaikan

    Allah s.w.t. berfirman dalam surahYusuf:53 yang bermaksud Sesungguhnya

    nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang telahdiberi rahmat olehTuhanku(maka terselamatlah ia daripada daripada hasutan nafsuitu)

    4. Mengamalkan kebebasan terpimpinIslam mengiktiraf kebebasan aqidahdan pegangan, pemikiran serta kebebasan bersuara yang tidak dipandu olehtuntutan nafsu.

    5. Melaksanakan ibadah6. Akauntibiliti dan pembalasan pada Hari Akhiratbertanggungjawab terhadap

    pilihan manusia samada baik atau buruk.

    Allah berfirman yang bermaksud Pada hari ini tiap-tiap diri di balas dengan apayang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini.Sesungguhnya Allah s.w.t. amat cepat hitungan hisabNya

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    23/51

    Manusia perlu menunaikan hak-hak alam yang telahdipertanggungjawabkan ke atas dirinya. Hak-hak tersebut dapat

    dilihat dalam beberapa aspek iaitu:-1. Alam sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t.

    Allah berfirman dalam surah al-Ghasyiah:17 yang bermaksudMaka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana iadiciptakan?Dan bagaimana gunung-gunung ia ditegakkan? Dan

    bagaimanakah bumi dihamparkan.2. Alam diciptakan untuk kepentingan manusia.

    Allah berfirman dalam surah Luqman :20 yang bermaksud Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah s.w.t. telah memudahkanuntuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi dan telah

    melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin3. Alam perlu dipelihara dan dipulihara.

    Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Rum :41 yang bermaksud telah berlaku kerosakan di muka bumi dan laut akibat tangan-tanganmanusia

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    24/51

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    25/51

    Definisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada perkataan arab

    alima yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengansebenar-benarnya.

    Definisi dari segi istilah:

    1) Al-Ghazali suatu kepastian secara demonstratif

    (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pastimestilah melalui pengalaman secara langsung.

    2)Confucius apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan

    yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu

    menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui sesuatu.Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan kebenaran.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    26/51

    3) Plato suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada

    cahaya 4) Syed Naquib al-Attas suatu kebenaran yang sampai ke

    dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia

    5) Kamus Mujam al-Wasit ilmu merupakan penghasilan yang

    menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah danprinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam

    (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi

    dan juga pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu

    yaqin

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    27/51

    MARTABAT ILMU DALAM ISLAM

    1) Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman bermaksud Allah meninggikan

    beberapa darjat (tingkatan) orang2 yang beriman di antara kamu danorang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahuiapa yang kamu kerjakan menjelaskan bahawa orang yang beriman danberilmu akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimananyang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang

    bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia disisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.

    2) Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman bermaksud Allah menerangkan(kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti), bahawasanya tiadaTuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan

    seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yangberilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), maka tiada yangberhak disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalamhal kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    28/51

    3) SurahThaha ayat 114 Allah berfirman bermaksud dan berkatalah,WahaiTuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmudengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahiilmu pengetahuan.

    4) Surah Al-Alaq ayat 1-5 Allah berfirman bermaksud Bacalah denganmenyebut namaTuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan

    kamu dari segumpal darah. Bacalah, danTuhanmu yang palingpemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Iamengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya wahyu pertamaditurunkan kepada Rasulullah adalah berkaitan ilmu iaitu suruhanmembaca.

    5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirmanbermaksudKatakanlah lagi(kepadanya); Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2yang tidak mengetahui

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    29/51

    1)

    Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud

    Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan,

    maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami

    olehNya kepandaian dalam perkara itu

    2)

    Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu

    Majah dan Ibnu Hibban bermaksud para alim ulama

    adalah pewaris para nabi

    3) Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud carilah ilmu walau ke negeriCina kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiapmuslim

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    30/51

    KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM

    Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut oleh setiap

    muslim?

    1) Pendapat Syech Zarnuji - sesungguhnya tidak wajib bagi

    setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi

    yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal)

    sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu

    perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan

    meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat

    & haji.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    31/51

    2) Pendapat Al-Ghazali ilmu boleh diklasifikasikan kepada ilmu

    fardhu ain dan juga ilmu fardhu kifayah Ilmu fardhu ain ialahilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama

    dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam.

    Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu yang tidak dapat dihindarkan

    dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh ilmu jualbeli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang

    perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    32/51

    3) Pendapat Ibnu Khaldun Ilmu boleh dibahagikan kepada Ilmu

    aqliyyah dan juga ilmu naqliyyahIlmu aqliyyah ialah ilmu yang merupakan sesuatu yang dialami

    pada manusia yang boleh dihasilkan melalui berfikir. Ia termasuk

    ilmu hikmah, falsafah yang terhasil daripada penelitian dan

    penyelidikan.Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang bersifat tradisional iaitu yang

    bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    33/51

    1) WAHYU

    Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya

    adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan

    paling penting kepada kehidupan manusia.

    Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah yangdisampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis

    panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang membekalkan

    asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalamlogik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat

    menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik semata-

    mata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara ghaib).

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    34/51

    2) AKAL & PANCAINDERA

    Akal merupakan elemen utama yang dapat memandu manusia

    kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada kebenaran yang

    bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu

    mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan.

    Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal untuk

    mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi2 akal.

    Menurut Imam al-Ghazalisemua ilmu bersifat hakiki dan

    bukannya buatan manusia. Mnusia hanya melakukan penemuanyang sememangnya telah wujud dan melalui akal inilah manusia

    mampu membezakan sesuatu yang benar dan palsu.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    35/51

    Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan

    sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etik. Statusilmu ini adalah sebagaimana berikut:

    1) Ilmu matematik(aritmetik, geometri, dan al-Jabar)disifatkan ilmu yang bersifat neutraltujuan dicipta ilmu ini

    bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan Allah s.w.t.Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia dansekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salahdan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkanhasil yang berguna kepada manusia.

    Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yangberkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadikegunaan umumdikenali sebagaiTeori Nombor.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    36/51

    Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu

    yang fizikal yang digambarkan oleh mental membawa kepada ideaawal penggunaan operasi matematik bercorak kiraan campur dan

    tolak tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu.

    Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam

    bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanyabertajuk al-Karki dan al-Fakhri.

    Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di

    Univ.Cambridge(1857) Algoritmi de Numero Indorum dari

    salinan teks al-Khawarizmi dalam abad ke-12 menjadialchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    37/51

    Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk

    analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagaisimbolnya. Ia adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan

    dari data-data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada

    data-data.

    Contohnya:

    Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan

    algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang

    nombor.

    Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaandengan menukar tempat sebutan-sebutannya.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    38/51

    Geometriialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruangdan pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataanYunani iaitugeobermaksud tanah dan metre iaitu pengukuran.

    Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haithamdalam bukunyaTeori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi danal-Kindi.

    2) Ilmu Logikiaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedahmendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkanpremis, syarat mendapatkan takrif yang betul dan cara2 menyusunnya.

    Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularanmelalui premis2 umum yang menghasilkan natijah khusus daripada

    premis umum tersebut.

    Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premisumum kepada khusus.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    39/51

    3) ALAM SEJAGAT

    Alam juga dikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada wahyudan akal.

    Platoberpendapat bahawa alam yang nyata yang dapat dirasai

    oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu

    kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam mayamencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan

    dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa.

    Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada 4 kategori utama

    iaitu:-

    i) ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau kebendaan.

    ii) ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau perbandingan.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    40/51

    iii) ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui pemahaman

    tentang perkara yang wajib dan mustahil. iv) Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan rasul atau

    kasyaf, dan mushahadah oleh para sufi.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    41/51

    Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa umatnyasupaya belajar , membuat renungan, dan menggunakan akaldengan sebaik2nya untuk mencari kebenaran. Contoh di dalamal-Quran dalam ayat 118 & 143 surah Ali Imran, surah at-Taubahayat 122.

    Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda

    bermaksud andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajarsatu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baikdaripada kamu brsolat seratus rakaat

    Ilmu menyumbang pada kegemilangan tamadun Islam di mana

    tokoh2 ilmuan dan ulama telah banyak memberikan sumbanganbermakna dalam tamadun umat Islam di dunia. Sebagai contoh:-

    i) Ibn Sina ii) Ibn Khaldun iii) al-Farabi iv) al-Haitham

    v) al-Biruni vi) Ibn Rusd vii) al-Khawarizmi dll.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    42/51

    Ilmu yang membezakan di antara manusia dan juga haiwan

    Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat. Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang individu atau

    masyarakat.

    Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah s.w.t.

    Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan dan harta akanhabis sekiranya digunakan.

    Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia.

    Ilmu dapat membezakan sesuatu yang halal dan haram.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    43/51

    Nilai merupakan elemen terpenting dalam kehidupan manusia.Perbincangan mengenai nilai bukan dalam bentuk betul atau salah tetapimengenai disenangi atau tidak berbeza dengan ilmu yang

    membincangkan mengenai benar atau salah. Aksiologi merupakan ilmu falsafah yang membincangkan tentang

    persoalan nilai. Ia mengkaji tentang perkara-perkara yang berguna danberfaedah baik yang bersifat material mahupun spiritual.

    Aksiologi berasal daripada perkataan Greek axios yangbermaksud

    bernilai atau worthy Nilai secara umumnya merupakan satu unsur yang terpancar daripada

    perlakuan manusia dan yang menentukan tindakan dan perlakuanmanusia itu.

    Nilai juga menggerakkan maklumat dan pengetahuan baru tentang duniaseharian dan membentuk kerangka rujukan yang membolehkan kita

    melihat diri kita , persekitaran, hubungan sesama makhluk dan Tuhandengan cara baru.

    Manakala aksiologi Islam menentukan nilai-nilai Islam pada masa dantempat berdasarkan konsep al-amr bil makruf wa nahyu an mungkar.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    44/51

    Terdapat 5 nilai yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia iaitu

    fardhu, sunat, harus, makruh dan haram. Nilai-nilai ini mendasari nilai-nilai lain seperti nilai moral dan

    etika, nilai estetika, nilai sosial dan budaya, nilai tradisi dan lain-lain.

    Al-Quran dan As-Sunnah merupakan 2 sumber nilai yang utamadalam Islam. Kandungan Al-Quran dan As-Sunnah banyakmemeberi garis panduan membentuk peribadi muslim ke arah rasa

    bertanggungjawab, kecintaan, keadilan, kemurahan, keikhlasan,kejujuran, amanah dan sebagainya.

    Kesepaduan nilai antara pencipta dengan hamba akan terpancardaripada rasa rendah diri dan ketaatan hamba kepadaTuhannyaiaitu Allah pada setiap masa dan situasi di samping menunaikantanggungjawab ke atas diri sendiri, masyarakat dan negara.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    45/51

    1. Al-Quran .

    al-Quran dari segi bahasa bermaksud bacaan manakala darisegi istilah ialah kalam Allah s.w.t. berupa mukjizat yangdikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dandikira ibadat bila membacanya dan disampaikan kepadaseluruh manusia secara mutawatir.

    Al-Quran abukan sahaja membicarakan tentang aqidah,ibadat dan akhlak tetapi juga bidang-bidang lain sepertipendidikan, ekonomi, sains, teknologi dan sebagainya.

    Bagi memperelokkan akhlak manusia, Allah s.w.t.

    menurunkan al-Quran kepada Rasulullah supayamembangunkan akhlak manusia agar mendapat keredhaanAllah s.w.t.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    46/51

    Al-Quran mengajar manusia beribadat dan ibadat dapatmembentuk akhlak mulia.Melalui ibadat tingkah laku kitaakan sentiasa di kawal dan dijaga daripada melakukan maksiatdan kemungkaran.

    Menurut al-Quran, akhlak mencerminkan kebersihan hati.Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur lagi bersihmanakala akhlak yang buruk menunjukkan jiwa yang kotor.

    Antara contoh akhlak yang diajar oleh Al-Quran ialah:-

    1. Berbuat baik kepada ibu bapa (suraj al-Isra ayat 23-24)

    2. Mensyukuri nikmat Allah (Surah Ibrahim ayat 7)

    3. Tidak mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain(surah al-Hujurat ayat 11)

    4. Tidak boros atau membazir (Surah al-Isra ayat 26-27)

    5. Bersangka baik (Surah al-Hujurat ayat 12)

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    47/51

    2. Hadis Qudsiialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakanAllah s.w.t. bertitah,disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan kepadanya. Lafaz & maknanyaadalah sepenuhnya daripada Allah. Contohnya ialah Hadis Abu Hurairah r.a. katanyaRasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat pencatat amalan apabilahambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalankejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan.Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan tetapi dia tidak lagi melakukannya makacatatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itusepuluh kali ganda

    3. As-Sunnah / Hadis merupakan dua lafaz berbeza yang mempunyai maksud yang sama. As-Sunnah dari segi etimologi ialah jalan manakala dari sudut istilah ialah sesuatu yangdisandarkan kepada Rasulullah seperti perkataan (qauliyyah), perbuatan(filiyyah),ketetapan dan persetujuan (taqririyyah).

    4. Urufiaitu landasan hukum dalam syariat Islam yang bersifat dinamik. Ia adalah sesuatuyang menjadi kebiasaan dan dilakukan oleh manusia samada perbuatan atau perkataan.Terdapat Uruf Sahih & Uruf Fasid.

    5. Adah iaitu satu kaedah fiqh iaitu al-adah muhakkamah. Adah merujuk kepada perkarayang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan mereka. Adat yang tidak

    bertentangan dengan syarak boleh diamalkan. Contohny adat merisik.Manakala adat yangbertentangan dengan syarak seperti pergaulan akrab antara lelaki dan perempuan bukanmuhrim walaupun sepupu tidak wajar diamalkan.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    48/51

    Perkiraan terhadap baik dan buruk perbuatan mereka itu

    diukur berdasarkan tahap-tahap nilai yang telah ditetapkan

    oleh Islam. Secara umunya ialah seperti berikut:-

    (a) Mahmudahbaik dan terpuji

    (b) Makruhahkurang baik dan kurang menyenangkan

    (c) Mazmumahburuk dan tercela Secara terperincinya hierarki nilai dari sudut baik dan

    buruknya dapat dikategorikan sebagai:-

    (a) nilai-nilai makruf iaitu:-

    i) Harus, Sunat & wajib

    (b) Nilai-nilai mungkar (buruk) iaitu:-

    i) Makruh & haram

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    49/51

    Al-Quran diturunkan kepada manusia dengan meletakkan garis panduantentang nilai yang sepatutnya ditaati dan dijauhi oleh umat Islam. FirmanAllah s.w.t. yang bermaksud dan Kami turunkan kepadamu wahaiMuhammad kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkanbenarnya Kitab-kitab mengawasinya. Maka jalankan hukum di antara mereka(ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepadamudan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan

    menyeleweng dengan apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagitiap-tiap umat yang ada ada di anatar kam, Kami jadikan suatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah s.w.t.menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat yang bersatu dalam agamayang satu tetapi Ia hendak menguji kamu dalam menjalankan apa yang telah

    disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuatkebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah s.w.t. jualah tempatkembali kamu semuanya maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamuberselisih padanya (al-Maidah ayat 48)

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    50/51

    Ayat Al-Quran tadi menjelaskan bahawa nilai dalam Islam tidak

    ditentukan berdasarkan akal manusia tetapi telah ditentukan oleh

    naqli.Islam tidak menerima penetapan nilai oleh majoriti manusiaatau kesesuaian berdasarkan keadaan dan masa tetapi nilai yang

    ditentukan oleh wahyu jauh lebih sesuai dengan fitrah manusia

    merentasi sempadan masa dan geografi.

    Manusia secara fitrahnya tidak dapat hidup bersendirian. Manusiaperlu berhubungan dengan manusia atau makhluk lain. Manusia

    juga secara semulajadi perlu kepadaTuhan. Islam datang dengan

    perundangan memberikan panduan tentang perjalanan

    perhubungan yang sepatutnya terjalin antara manusia, alam dan

    Tuhan. Keseimbangan antara semuanya perlu berlangsung.

    Kesemuanya tersedia dalam nilai-nilai akhlak Islam.

  • 7/31/2019 Pandangan Semesta Islam

    51/51

    SEKIAN WASSALAM.