alam belajar nota ringkas

Upload: nurul-husna-zulkifli

Post on 04-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Alam Belajar Nota Ringkas

    1/5

    Alam Belajar - Bermain

    Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli danpergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini,

    1995)

    Kepentingan bermain:

    Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

    Meluahkan idea, perasaan dan emosi

    Tenang dan beriadah

    Menggunakan tenaga yang berlebihan

    Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa

    Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yangmenyumbang kepada perkembangan intelek

    Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial

    Membudayakan proses pembelajaran

    Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

    Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:

    Menggerakkan psikomotor

    Meningkatkan kemahiran fizikalberlari, melompat, memanjat

    Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh

    Meningkatkan kemahiran manipulatif

    mencantum, melukis, menampal

    Meningkatkan kemahiran mengimbangrenang, kawal pernafasan

    Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:

  • 7/31/2019 Alam Belajar Nota Ringkas

    2/5

    Belajar berinteraksi secara positif

    Belajar menghormati hak orang lain

    Menghargai alam sekitar

    Menghormati nilai budaya

    Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:

    Mendengar

    Berbahasa

    Membaca

    Berbincang

    Berlakon

    Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :

    Belajar konsep

    Meningkatkan keupayaan kognitif

    Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif

    Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan

    Membantu dalam menyelesaikan masalah

    Membina kemahiran sosial

    Memahami dunia sekeliling

    Mempelajari bahasa

    Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan

    Membina kemahiran kendiri yang positif

    Memupuk sikap tanggungjawab

  • 7/31/2019 Alam Belajar Nota Ringkas

    3/5

    Mempelajari peranan orang dewasa

    Kategori Main:

    Permainan Sosial:

    Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan

    Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapaikematangan bermasyarakat

    Permainan Sosial

    Jenis-jenis :

    Main Unoccupied

    tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalamkawasan permainan

    Main Solitarybermain seorang diri tanpa menghirau orang lain

    Main Onlookermemerhati rakan-rakan bermain

    Main Parallel bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakanserta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

    Main Associative bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan

    dengan rakan

    Main Cooperativebermain dan bekerjasama dalam kumpulan

    Jenis permainan kognitif :

    Main simbolik

    - menggunakan imaginasi dan main peranan

    - gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentangperanan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

    Main berfungsi

    - melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk

    - menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola

    - mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

  • 7/31/2019 Alam Belajar Nota Ringkas

    4/5

    Main konstruktif

    - melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia

    - guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti

    - alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain

    Main berperaturan

    - permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan

    - peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama

    - peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah- memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan,

    mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.

    Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :

    Penglibatan aktif

    Motivasi intrinsik

    Bebas untuk memilih

    Menyeronokkan

    Melibatkan proses penyesuaian

    Penerokaan

    Simulasi

    Rujukan :http://notapismp.blogspot.com/2009/11/alam-belajar-bermain.html

    http://notapismp.blogspot.com/2009/11/alam-belajar-bermain.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/11/alam-belajar-bermain.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/11/alam-belajar-bermain.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/11/alam-belajar-bermain.html
  • 7/31/2019 Alam Belajar Nota Ringkas

    5/5

    2 contoh soalan ulangkaji: EDU 3013

    1. A) Skinner telah mengemukakan teori pelaziman operan beliau telah melakukankajian ke atas tikus, burung merpati dan manusia. Berdasarkan hasil kajian, Skinner

    membuat beberapa rumusan ke atas pembelajaran manusia. Berdasarkan rumusanskinner, berikan 5 cara pembelajaran manusia.Jawapan :1. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara sendiri. ( huraikan ) 2. Peneguhan positif adalah rangsangan yang penting untuk menambahkankebarangkalian gerakbalas pelajar. ( huraikan )3. Peneguhan negatif diberikan untuk memberikan kesan yang tidak menyeronokkan. (huraikan )4. Penghapusan sesuatu tingkahlaku operan yang dihasilkan akan berlaku jikapeneguhan tidak diberikan. (huraikan )5. Dalam proses P & P , konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

    ( huraikan )

    B) Teori pembelajaran cerdik akal menyatakan dalam P & P , murid perlu disediakanpembelajaran celik akal agar mereka dapat menenyelesaikan tugasan tanpamengharapkan guru. Nyatakan 5 cara bagaimana guru boleh menggunakan teori inikepada murid.1. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan teori ini dalam menyelesaikanmasalah mereka.2. Guru boleh menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutanyang sesuai.3. Guru menggunakan contoh yang khusus untuk membimbing murid supayamenggunakan cerdik akal bagi mendapatkan kesimpulan / generasasi.4. Guru mengajar murid dengan pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan danpengalaman lepas mereka.5. Guru perlu membekalkan bahan pembelajaran yang lengkap supaya bolehmenggalakkan mereka untuk menyelesaikan masalah.

    http://mayadiana82.blogspot.com/2012/04/nota-study-for-edu3103-exam.html

    Bab 4 :http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-4.html

    http://mayadiana82.blogspot.com/2012/04/nota-study-for-edu3103-exam.htmlhttp://mayadiana82.blogspot.com/2012/04/nota-study-for-edu3103-exam.htmlhttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-4.htmlhttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-4.htmlhttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-4.htmlhttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-4.htmlhttp://mayadiana82.blogspot.com/2012/04/nota-study-for-edu3103-exam.html