al wala’ dalam membentuk kesatuan amal · pdf fileprosiding seminar pengurusan islam: ke...

11
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar danZulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL JAMA’IE Nurul Islam Mohd Isa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK: al-Wala’ antara faktor pengawalan yang sangat penting oleh setiap organisasi Islam bagi membentuk kesepaduan dalam kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi . Dewasa kini, banyak kecelaruan fikiran yang berlaku dalam jemaah atau organisasi Islam dalam memahami keutamaan al-waladalam organisasi Islam akibat serangan pemikiran yang sangat hebat oleh golongan anti organisasi Islam. Objektif perbincangan ini adalah untuk menganalisis hubungan dan kepentingan al-wala’ dalam membentuk kesatuan amal jama’ie dalam jemaah atau organisasi Islam dari aspek ketaatan, kepimpinan, syura, kefahaman petugas dan kesatuan fikrah mereka . Metodologi yang digunakan adalah dengan menganalisis konsep al-waladan konsep amal jamaie. Seterusnya konsep al- waladan konsep amal jamaie dihubungkan bagi mengenal pasti keutamaan a-waladalam amal jamaie berdasarkan aspek pengurusan Islam. Hasil analisis yang dibuat, al- wala’ sangat penting dalam membentuk amal jama’ie kerana antara sifatnya ialah membawa kefahaman, kesatuan fikrah dan perpaduan anggota jemaah. Kata Kunci: al-Wala’, Amal Jama’ie, al-Wala’ dalam Kesatuan Amal Jama’ie Pengenalan Dalam hendak mencapai kejayaan dan melaksankan gerak kerja, setiap organisasi terutamanya organisasi Islam amat perlu kepada garis-garis panduan yang jelas dan sistem yang tersusun serta terkawal. Dalam kontek pengawalan anggota, aspek al-wala’ adalah merupakan antara bentuk pengawalan yang amat perlu diberi perhatian oleh setiap barisan pimpinan dan anggota organisasi itu sendiri kerana al-wala’ merupakan agen kepada penggerak dan kesatuan amal jama’ie dalam memastikan gerak kerja berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, dalam perbincangan ini didatangkan penjelasan tentang pengenalan, definisi al-wala’ dan definisi amal jama’ie, Analisis al -wala’ dalam kesatuan amal jama’ie bagi merungkaikan kedudukan al-wala’ dalam membentuk kesatuan amal jama’ie dalam organisasi Islam serta kesimpulan. Definisi al-Wala’ Perkataan al-wala’ boleh diterjemahkan kepada pelbagai makna berdasarkan aspek tertentu. Terdapat pandangan yang mendefinisikan al- wala’ menurut bahasa iaitu sebagai kasih, teman, pertolongan, sumpah setia, yang mengikut dan juga lain-lain yang berkaitan perbuatan (Sa’id Hawwa 1994:175). Selain itu, Dr Muhammad Saeed Al Qahtaani menambah maksud al-wala’ sebagai berpaling dan dengan lebih terperinci, beliau menjelaskan al-wala’ juga sebagai satu pertolongan, kecintaan atau kasih, kemuliaan, penghormatan dan segala bentuk kasih sayang secara fizikal dan juga dalaman (1991:87-90). Selain itu, Razaleigh Muhamat (2015:90) menjelaskan al-wala’ sebagai kepatuhan, ketaatan dan keakuran di dalam melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah organisasi atau di dalam melakukan perkerjaan yang melibatkan hubungan dua hala dalam kontek pengurusan.

Upload: danglien

Post on 23-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar danZulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL JAMA’IE

Nurul Islam Mohd Isa

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK:

al-Wala’ antara faktor pengawalan yang sangat penting oleh setiap organisasi Islam bagi

membentuk kesepaduan dalam kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi . Dewasa kini,

banyak kecelaruan fikiran yang berlaku dalam jemaah atau organisasi Islam dalam

memahami keutamaan al-wala’ dalam organisasi Islam akibat serangan pemikiran yang

sangat hebat oleh golongan anti organisasi Islam. Objektif perbincangan ini adalah untuk

menganalisis hubungan dan kepentingan al-wala’ dalam membentuk kesatuan amal

jama’ie dalam jemaah atau organisasi Islam dari aspek ketaatan, kepimpinan, syura,

kefahaman petugas dan kesatuan fikrah mereka . Metodologi yang digunakan adalah

dengan menganalisis konsep al-wala’ dan konsep amal jama’ie. Seterusnya konsep al-

wala’ dan konsep amal jama’ie dihubungkan bagi mengenal pasti keutamaan a-wala’

dalam amal jama’ie berdasarkan aspek pengurusan Islam. Hasil analisis yang dibuat, al-

wala’ sangat penting dalam membentuk amal jama’ie kerana antara sifatnya ialah

membawa kefahaman, kesatuan fikrah dan perpaduan anggota jemaah.

Kata Kunci: al-Wala’, Amal Jama’ie, al-Wala’ dalam Kesatuan Amal Jama’ie

Pengenalan

Dalam hendak mencapai kejayaan dan

melaksankan gerak kerja, setiap organisasi

terutamanya organisasi Islam amat perlu kepada

garis-garis panduan yang jelas dan sistem yang

tersusun serta terkawal. Dalam kontek

pengawalan anggota, aspek al-wala’ adalah

merupakan antara bentuk pengawalan yang amat

perlu diberi perhatian oleh setiap barisan

pimpinan dan anggota organisasi itu sendiri

kerana al-wala’ merupakan agen kepada

penggerak dan kesatuan amal jama’ie dalam

memastikan gerak kerja berjalan lancar dan

mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh

itu, dalam perbincangan ini didatangkan

penjelasan tentang pengenalan, definisi al-wala’

dan definisi amal jama’ie, Analisis al -wala’

dalam kesatuan amal jama’ie bagi merungkaikan

kedudukan al-wala’ dalam membentuk kesatuan

amal jama’ie dalam organisasi Islam serta

kesimpulan.

Definisi al-Wala’

Perkataan al-wala’ boleh diterjemahkan kepada

pelbagai makna berdasarkan aspek tertentu.

Terdapat pandangan yang mendefinisikan al-

wala’ menurut bahasa iaitu sebagai kasih, teman,

pertolongan, sumpah setia, yang mengikut dan

juga lain-lain yang berkaitan perbuatan (Sa’id

Hawwa 1994:175). Selain itu, Dr Muhammad

Saeed Al Qahtaani menambah maksud al-wala’

sebagai berpaling dan dengan lebih terperinci,

beliau menjelaskan al-wala’ juga sebagai satu

pertolongan, kecintaan atau kasih, kemuliaan,

penghormatan dan segala bentuk kasih sayang

secara fizikal dan juga dalaman (1991:87-90).

Selain itu, Razaleigh Muhamat (2015:90)

menjelaskan al-wala’ sebagai kepatuhan, ketaatan

dan keakuran di dalam melakukan sesuatu

tindakan di dalam sesebuah organisasi atau di

dalam melakukan perkerjaan yang melibatkan

hubungan dua hala dalam kontek pengurusan.

Page 2: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Definisi Amal Jama’ie

Berhanundin Abdullah (1997 dalam Masyhur

1985:11) mendefinisikan amal jama’ie sebagai

usaha-usaha atau kerja-kerja yang memberi kesan

serta faedah yang diputuskan oleh jemaah atau

organisasi Islam mengikut undang-undang yang

selaras dengan manhaj yang telah ditentukan,

bertujuan untuk mencapai matlamat yang tertentu.

Mustafa Masyhur (terj.Syed Abdurahman,

2007:7-8) menjelaskan bahawa gerak kerja bagi

membina kerajaan Islam sedunia adalah wajib

secara jamaah dan tersusun kerana matlamat ini

mustahil untuk dicapai jika dilakukan secara

berseorangan. Beliau menggunakan kaedah fiqh:

ما اليتم الواجب إالّ به فهو واجب

Sesuatu perkara yang tidak sempurna wajib

kecuali dengan adanya sesuatu perkara itu, maka

sesuatu perkara lain itu menjadi wajib.

Islam agama untuk semua bukan untuk

sesuatu individu sahaja yang menyeru kepada

perpaduan ummah dan menolak perpecahan.

Firman Allah SWT :

(‘ali Imran 3:103)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada

tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu

bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah

kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan

(semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan

di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-

padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah

kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam

Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada

di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran

kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan

kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam

juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada

kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu

mendapat petunjuk hidayahNya .

Tambahan lagi, amal jama’ie juga

disebut sebagai kegiatan atau gerak kerja yang

muncul melalui pertubuhan sesebuah organisasi

yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan

matlamat yang telah ditetapkan dan adakalanya

gerak kerja yang dilakukan adalah secara

perseorangan dengan persetujuan organisasi atau

jamaah (YPIEM 2005: 106) dan tugasan yang

diberi pula mestilah bersesuaian dengan

kemampuan ahli, masa dan tempat (Yahya

Othman 2012:45).

Secara ringkasnya amal jama’ie boleh

ditakrifkan sebagai kerja berpasukan yang

dilakukan bersama-sama secara tersusun atau

terancang demi mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Kerja berpasukan ini memerlukan

kesepaduan pemikiran serta kesepaduan dalam

perlaksanaan gerak kerja agar impian yang

hendak dicapai dapat direalisasikan. Oleh itu

pengurusan dalam menjalankan gerak kerja ini

mestilah strategik dan bersesuaian dengan

keadaan yang berlaku dengan menyerahkan

sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.

Keutamaan al-Wala’ dalam Membentuk

Kesatuan Amal Jama’ie

Hubungan dengan Ketaatan

Sebagai yang pernah disebutkan oleh

Sai’id Hawwa dan al Qahtani mengenai takrif al-

wala’, taat adalah sebahagian daripada maksud

al-wala’. Memberi al-wala’ samalah maksudnya

dengan memberi ketaatan. Fathi Yakan pula

(2010:231), mendefinisikan taat sebagai

mematuhi perintah dan menurut beliau jika tiada

ketaatan, maksiat dan fitnah boleh berlaku dan

perkara ini tidak akan difahami oleh mukmin

sehinggalah fitnah itu berlaku. Sebagai tambahan

lagi, jemaah Islam yang beriman mestilah

sentiasa mentaati Allah SWT dan Rasulullah

SAW secara praktikal dalam setiap urusan gerak

Page 3: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan

aspek halal dan haram dalam setiap gerak kerja

yang dilaksanakan supaya sentiasa berlandaskan

syariat Islam (Fathi Yakan 2010:149).

Selain itu, untuk menentukan kejayaan

amal jama’ie, kepatuhan oleh anggota dengan

penuh keyakinan sangat memainkan peranan

penting kerana tanpa ketaatan yang diberikan

kepada arahan jamaah yang disampaikan, boleh

menyebabkan gerak kerja jemaah yang hendak

dilaksanakan tergendala (Yahya Othman

2012,46-49). Taat yang dimaksudkan di sini

adalah lebih menumpukan kepada ketaatan

anggota dalam jemaah Islam kepada arahan-

arahan yang disampaikan oleh pimpinan dalam

menjalankan gerak kerja dakwah. Pengurusan al-

wala’ dalam aspek taat ini memerlukan kepada

kefahaman yang mendalam oleh para anggota

( Yahya Othman 2012:46) supaya tidak berlaku

kecelaruan dalam memberi al-wala’ atau

ketaatan. Perkara ini amat dituntut ke atas setiap

anggota agar resiko yang bakal dihadapi oleh

jemaah Islam berpunca daripada masalah

dalaman anggota itu sendiri pada masa akan

datang dapat dikurangkan.

Ketaatan yang diberikan kepada jemaah

atau organisasi adalah untuk mendapat keredaan

Allah SWT dan kejayaan dalam perjuangan.

Antara tuntutan daripada ketaatan para amilin

atau petugas adalah supaya ikhlas melaksanakan

gerak kerja kerana Allah SWT, anggota bersikap

tekun dan sabar dalam menjalankan tugas

sehingga tercapai hasil yang diidamkan dan tidak

pemarah, pengasih dan lemah lembut serta tenang

dalam menghadapi mehnah dan tribulasi (Yahya

Othman 2012:46-48). Pandangan yang diberikan

ini seumpama alasan yang telah ditetapkan oleh

Hassan al Banna dalam rukun bai’ahnya.

Sebagai menggambarkan tentang kepentingan taat

oleh anggota dalam organisasi, Ashsyahid Imam

Hassan al Banna telah menetapkan rukun bai’ah

dalam organisasi atau jemaah Ikhwan al

Muslimun bagi mengikat para anggota dan

melahirkan para amilin atau pertugas yang benar-

benar ikhlas untuk berkhidmat pada jemaah ini.

Ketaatan amat penting dalam menentukan

kejayaan jemaah. Bai’ah yang dimaksudkan di

sini adalah perjanjian untuk memberi ketaatan

(‘Ali Abdul Halim Mahmud 2007:24) dan beliau

telah menetapkan rukun taat sebagai antara rukun

yang mesti dipatuhi oleh para anggota Ikhwan

dan perkara yang dituntut melalui rukun taat ini

adalah untuk menjunjung serta melaksanakan

perintah dengan segera, sama ada dalam keadaan

susah mahupun senang, suka mahupun terpaksa

(Sa’id Hawwa 2008:311; Berhanundin Abdullah

1997:130-131; Fathi Yakan 2010:239). Antara

alasan al Banna menetapkan rukun bai’ah adalah

supaya para anggota bersikap ikhlas, melakukan

amal yang memiliki permulaan dan kesudahan

yang jelas iaitu bukan kerja yang hanya separuh

jalan, berkorban untuk agama bagi mendapatkan

syurga Allah SWT, taat mengikut peringkat dan

keupayaan yang sedia ada, supaya pendirian para

ahli jemaah teguh setiap masa dan tempat,

menyerah diri secara mutlak kepada Allah SWT

dalam aspek dakwah dan untuk melahirkan

kepercayaan kepada barisan kepimpinan serta

memahami Islam dengan kefahaman yang

sebenar.

Amal jama’ie atau gerak kerja jemaah

tidak dapat dilaksanakan dengan lancar jika tidak

ada kesatuan kerja dalam jemaah. Maka ketaatan

atau kepatuhan sepenuhnya anggota adalah kunci

utama kepada kesatuan kerja atau kejayaan

jemaah (Yahya Othman 2012:45).

Hubungan al Wala’ dalam Syura

Gerak kerja berkumpulan atau amal jama’ie

dalam jemaah Islam sangat menuntut kepada

adanya syura atau pemesyuaratan kerana

mengikuti perbuatan Rasulullah SAW yang

melaksanakan syura bersama para sahabat dalam

melaksanakan gerak kerja Islam sebagai

melaksanakan perintah Allah SWT (Mustafa

Masyhur 2010:91).

Page 4: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Firman Allah SWT:

(asy Syura 42:38)

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-

orang yang menyahut dan menyambut perintah

Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan

sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara

bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula

mendermakan sebahagian dari apa yang kami

beri kepadanya.

al-Wala’ dalam syura adalah perkara

yang sangat dituntut daripada para anggota yang

terlibat bersama syura atau pun tidak. Keputusan

syura yang telah disepakati mestilah diikuti oleh

para anggota apabila arahan daripada pimpinan

jemaah atau organisasi tersebut telah dikeluarkan

kerana keputusan syura adalah berdasarkan

pandangan majoriti dan datang daripada pakar-

pakar yang benar-benar layak dalam memberi

pandangan seperti syarat yang telah ditetapkan

kepada ahli syura. Tambahan lagi pandangan

yang diberikan adalah dengan tujuan untuk

mencapai reda Allah (Mustafa Masyhur 2010:93)

dan bukanlah untuk kepentingan individu atau

kumpulan tertentu. Sirah dalam peristiwa

peperangan Uhud turut membuktikan bahawa

Rasulullullah S.A.W sendiri tidak mengubah

pandangannya untuk berperang di dalam kota

Madinah setelah diminta oleh segolongan sahabat

kerana keputusan syura yang telah diputuskan

sebelumnya melalui pandangan majoriti sahabat

yang terlibat dalam syura (al Buti 2008:352 ;

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri 2009:375-

377). Peristiwa ini menunjukkan para anggota

mestilah memberi ketaatan atau mengikuti

keputusan yang telah ditetapkan oleh syura walau

pun mereka tidak bersetuju. Menurut Sa’id

Hawwa (2006:106-107) ketaatan kepada syura

samalah juga ketaatan kepada jemaah dan

kehilangan taat dan patuh para anggota kepada

jemaah samalah dengan hilangnya jemaah. Sai’d

Hawwa (2006:107) menambah lagi, bahawa,

apabila seorang pemimpin mentaati syura, maka

secara langsung dapat melahirkan ketaatan para

anggota jemaah yang lain kepada pimpinan dan

jemaah dan ketaatan pada syura merupakan

tanggungjawab setiap anggota jemaah. Hal ini

menunjukkan ketaatan dan syura adalah dua

perkara yang saling berkait dan memberi kesan

kepada perlaksanaan amal Islami dalam amal

jama’ie.

Selain itu, Berhanundin Abdullah

(1997:88-89) menjelaskan bahawa, fungsi syura

adalah untuk melicinkan gerak kerja jemaah

kerana keputusan yang terbina secara jemaah atau

berkumpulan ini dapat membantu bagi

mengukuhkan kedudukan dan kekuatan ummat

Islam. Keputusan syura yang dibuat juga mestilah

untuk kepentingan umum (Berhanundin

Abdullah 1997:89) dan menepati syariat Islam

(Berhanundin Abdullah 1997:89 dan Sa’id

Hawwa 2006:100). Gerak kerja jemaah Islam

mestilah berlandaskan syura kerana menurut

Sa’id Hawa tidak akan tertegaknya jemaah dan

sempurnanya perjalanan ummat Islam melainkan

dengan syura (2006: 103).

Hubungan al-Wala’ dengan Kepimpinan

Kepimpinan adalah perkara yang saling berkait

dengan ketaatan para anggota kerana tanpa

ketaatan maka tidak aka ada kepimpinan dan

tanpa kepimpinan tidak akan ada sesebuah

jemaah atau organisasi Jika ketiga-tiga perkara

ini tidak wujud, maka tiadalah amal Islami dan

amal jama’ie sedangkan amal jama’ie dalam

melaksanakan objektif Islam yang besar adalah

sesuatu yang wajib ke atas ummat Islam dan

gerak kerja ini tidak akan mampu dilaksanakan

secara individu melainkan dengan berjemaah atau

berkumpulan (Mustafa Masyhur 1985:9-10,

Berhanundin Abdullah 1997:77-78 ; Sa’id

Hawwa 2008: 29). Maka, taat, kepimpinan dan

organisasi atau jemaah merupakan tiga elemen

yang penting untuk membentuk sebuah gerak

kerja Islam secara berkumpulan yang mantap bagi

mencapai matlamat amal Islami.

Page 5: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Kepimpinan merupakan antara ciri-ciri

amal jama’ie yang utama, dalam hal al-wala’ ini.

Para pimpinan dan pengikut mestilah bersiap

sedia untuk menerima hukum Allah dan Rasulnya

tanpa sebarang keraguan atau dilekapi oleh sikap

angkuh (Mustafa Masyhur 2012:109).

al-Wala’ dalam aspek kepimpinan

terbentuk daripada sifat saling mempercayai

antara anggota jemaah dengan ahli yang lain iaitu

melalui kontek kepercayaan antara anggota

dengan pimpinan dan pimpinan sendiri kepada

anggota jemaah di samping faktor keikhlasan dan

pengorbanan yang tinggi oleh pemimpin yang

menjadi penguat ketaatan anggota kepada

pimpinan dalam segala keadaan yang berlaku

(Yahya Othman 2012:58-60) selagi pemimpin itu

tidak terlibat dengan perkara maksiat (Fathi

Yakan 2010:234) dan mengizinkan serta

mengarah kepada kemaksiatan dan kemungkaran

sehingga dapat melahirkan semangat

mempertahankan haq dari kebatilan serta keadilan

dari kezaliman (Berhanundin Abdullah1997: 86-

91). Ketaatan yang diberikan pula bukanlah

bersifat mutlak atau hakiki tetapi berdasarkan

syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam

dan sebagai tambahan, antara ciri-ciri pemimpin

yang layak diberi ketaatan tersebut adalah

(Muhammad Abdul Qadir Abu Fariz 2000: 46-

52) pemerintahan mestilah adil ke atas rakyat,

tidak menyuruh manusia melakukan maksiat dan

pemimpin yang komit dalam menerapkan syariat

Islam dalam kehidupan.

Hubungan al-Wala’ dengan Kefahaman Para

Petugas

Dalam setiap aspek gerak kerja yang dilakukan,

kefahaman yang mendalam terhadap tujuan kerja

dan aspek-aspek berkaitan gerak kerja adalah

sangat diperlukan supaya kerja yang dilakukan

dapat dilaksankan berlandaskan garis panduan

dan matlamat yang telah ditetapkan bukan

sekadar untuk menghabiskan kerja tetapi adalah

sehingga untuk mencapai tujuan gerak kerja

tersebut dengan tersusun, lancar dan berjaya.

Begitu juga dalam kontek pengurusan gerak kerja

secara berkumpulan atau amal jama’ie.

Kefahaman yang mendalam amat penting agar

kerja yang dilakukan tidak sia-sia dan dapat

membantu untuk mencapai matlamat yang

dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah

ditetapkan terutamanya dalam gerak kerja Islam.

Dengan adanya kefahaman ini, maka al-wala’

atau ketaatan yang sepenuhnya dapat dibentuk

dalam diri para anggota ke atas jemaah dan juga

dalam amal jama’ie. Hal ini menunjukkan al-

wala’ dengan kefahaman anggota adalah sesuatu

yang sangat berkait rapat untuk menentukan hala

tuju dan kejayaan amal jama’ie sesuatu jemaah

atau organisasi tersebut..

Untuk mendapatkan kefahaman, para

anggota mestilah memiliki ilmu tentang segala

aspek berkaitan jemaah kerana apabila semua

anggota sudah memiliki kefahaman, maka

kesatuan dari sudut pemikiran akan terbentuk.

Melalui kesatuan fikiran ini, al-wala’ dapat

dibina dalam diri para anggota ke atas jemaah dan

gerak kerja jemaah. Dr. Ali Abdul Halim

Mahmud turut menyebut bahawa Islam juga

adalah fikrah iaitu fenomena pemikiran yang

terbentuk melalui proses berfikir yang berlaku

dengan tujuan untuk mengetahui, pemerincian

dan mengumumkan. Tambahan lagi, beliau

menyebut bahawa tindak balas pemikiran itu

adalah berdasarkan kecenderungan (2007:61-62).

Di samping itu, menurut pandangan Zahid Parvez

pula, orang yang memiliki pemikiran atau idea-

idea yang sama akan tertarik untuk bersama

dalam kumpulan, masyarakat, kelab atau

persatuan, sesuatu organisasi yang sama atau parti

politik yang sama (2000:6). Maka para anggota

mesti memiliki kefahaman pemikiran yang sama

bagi membentuk kesatuan al-wala’ dalam menuju

ke arah kesatuan amal jama’ie.

Kepentingan kefahaman turut

digambarkan dalam aspek al-wala’ apabila Ash

Syahid Imam Hassan al Banna turut meletakkan

rukun faham dalam gerakan Ikhwan al Muslimun

sebagai rukun yang paling awal iaitu rukun yang

pertama kepada para anggotanya supaya mereka

dapat membezakan antara yang benar dengan

Page 6: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

yang salah atau antara yang baik dengan yang

buruk (Sa’id Hawwa 2008:209).

Bagi memiliki sifat al-wala’, para

anggota mestilah dibentuk kefahamannya melalui

tarbiyyah atau dididik secara benar sehingga

melahirkan anggota yang benar-benar ikhlas

kepada gerakan jemaah atau organisasi tersebut

(Yahya Othman 2012:45). Aspek tarbiyah yang

mesti diterapkan adalah melalui pendidikan

rohani, kemasyarakatan, jihad dan sebagainya

yang merangkumi kesyumulan Islam berdasarkan

aqidah dan kaedah serta syariat dan nizam iaitu

sistem (Abdullah Hadi Awang 2010:207-208).

Firman Allah SWT al Quran yang menuntut

ketaatan kepada Allah, Rasul dan pemimpin-

peminpin yang mukmin. Firman Allah SWT:

(an Nisa 4:59)

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu

kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang

yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian

jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam

sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-

Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar

beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang

demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan

lebih elok pula kesudahannya

Antara perkara yang perlu difahami

secara mendalam dalam jemaah dan amal jama’ie

adalah matlamat perjuangan jemaah, dasar-

dasarnya, uslub atau pendekatan yang telah

ditetapkan, perlembagaan, undang-undang

jemaah dan mehnah serta tribulasi perjuangan di

samping mengenali kawan dan lawan. Selain itu,

memahami bahawa perjuangan ini adalah ujian

yang menuntut kesabaran dan penelitian atau

pengamatan yang mendalam (Yahya Othman

2012:45-46 dan 79-80).

al -Wala’ dan Hubungannya dengan Matlamat

Amal Jama’ie

Pengertian al-wala’ dalam kontek organisasi atau

jemaah Islam adalah lebih menjurus kepada

sumpah setia, ikutan dan ketaatan kerana ciri-ciri

pelaksanaan gerak kerjanya yang memerlukan

kepada pengarahan dan pengawalan. al-Wala’

amat penting bagi menyelaraskan arahan gerak

kerja agar tersusun dan terlaksana dengan lancar

di samping pengawalan kepada anggota agar

sentiasa berada dia atas perancangan dan

matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi

untuk mencapai objektif yang telah digariskan.

Matlamat utama organisasi Islam atau

jemaah Islam adalah untuk melahirkan individu

muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim

dan sehinggalah tercapai daulah Islam (Yahya

Othman 2012:37 ; Sa’id Hawwa 2008:60-67),

maka keutamaan al-wala’ mestilah diberikan

kepada jemaah dan ummat Islam dan bukan pula

kepada kaum, keluarga dan kabilah supaya tidak

timbol sifat egoisma dan asabiah atau

kekelompokan yang terpisah daripada induk

jemaah (Yusuf al Qaradhawi 2011: 22). Para

anggota mestilah bersikap adil dan amanah dalam

melakukan ketaatan supaya tercapai cita-cita

jemaah yang diidamkan.

Larangan al-Wala’ dan Hubungannya dengan

Amal Jama’ie

Islam sangat melarang para anggota jemaah Islam

memberi al-wala’ dalam kontek memberi

pertolongan kepada orang-orang kafir dan aethis

sama ada dalam bentuk secara individu,

kumpulan atau jemaah atau juga sebagai

pengikut. Begitu juga dalam aspek mendedahkan

rahsia mukmin kepada mereka sekali pun dengan

alasan hubungan kekeluargaan atau keeratan

antara anggota dengan mereka dengan sebab

kasih sayang kerana mereka tidak beriman kepada

Allah SWT dan Rasulullah SAW (2012:21-22

dan 1994:175-179). Peristiwa tentang larangan ini

Page 7: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

telah disebut dalam kisah Hatib Bin Abi Balta’ah

yang cuba membongkarkan rahsia perancangan

pembukaan Kota Makkah melalui utusan surat

kepada penduduk Makkah melalui seorang

perempuan Quraish supaya berhati-hati secara

sulit (Muhammad Sa’id Ramadan al Buti

2008:558-559 ; Fathi Yakan 2009:35-38) . Ibnu

Balta’ah ini adalah seorang ahli Badar dan

seorang muhajirin. Beliau memiliki keluarga dan

harta di Makkah. Namun perancangan ini

digagalkan oleh Allah S.W.T dengan

mengkabarkannya kepada Baginda S.A.W

melalui satu surah dalam al-Quran sebagai

peringatan dan pengajaran kepada orang-orang

mukmin (Sa’id Hawwa 1994:175-176). Perbuatan

yang dilakukan beliau ini adalah bertujuan untuk

melindungi keselamatan keluarga dan harta beliau

serta kaum muhajirin yang lain yang memiliki

permasalahan yang sama dengan beliau tetapi

ketaatan beliau tetap kepada Islam. Dalam

peristiwa ini, Rasulullah SAW telah mengutuskan

al Zubair dan Miqdad untuk mendapatkan surat

tersebut kembali. Perbuatan Ibnu Bata’ah

dimaafkan kerana kelebihan beliau sebagai ahli

Badar (Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti 2008:

558-559). Peristiwa ini telah dirakamkan dalam

Firman Allah S.W.T :

(al Mumtahanah 60 :1)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah

kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu

menjadi teman rapat, dengan cara kamu

sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia

orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan

baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu

dengan mereka, sedang mereka telah kufur

ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai

kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan

Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu

(dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu

beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah

kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar

untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari

keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya)

kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan

mereka secara rahsia, sedang Aku amat

mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan

apa yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa

di antara kamu yang melakukan perkara yang

demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia

dari jalan yang betul .

Sebagai pengajaran daripada peristiwa ini,

amatlah penting al-wala’ yang sepenuhnya oleh

anggota kepada jemaah Islam kerana jika

perbuatan Ibn Balta’ah tersebut tidak disekat atau

dilarang, maka perancangan pembukaan kota

Makkah pasti akan tergendala dan gerak kerja

jemaah Islam dalam memcapai matlamat

perancangan ini pasti akan menjadi sia-sia serta

Islam pasti tidak akan bersinar di bumi Makkah

dan sehingga kini. Pengajaran daripada peristiwa

ini sangat realistik untuk diaplikasikan dalam

gerak kerja jemaah supaya peristiwa yang sama

tidak berulang demi kejayaan gerak kerja Islam

dalam amal jama’ie. Larangan ini termaktub

dalam keadaan beliau beralasan, apatah lagi jika

tanpa sebarang alasan sebagaimana yang telah

disebut dalam firman Allah S.W.T:

(an-Nisa 3:140)

Page 8: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan

kepada kamu (perintahNya) di dalam kitab (Al-

Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-

ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek

(oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah

kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga

mereka masuk kepada memperkatakan soal Yang

lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan

yang demikian), tentulah kamu sama seperti

mereka. Sesungguhnya Allah akan

menghimpunkan sekalian orang manufik dan

orang kafir di dalam neraka jahannam.

al- Wala’ dan Hubungannya dengan Kesatuan

Fikrah Petugas Amal Jama’ie

Perselisihan dalam pengurusan sehingga

menyebabkan organisasi tidak terkawal dan

terurus dengan baik mestilah dielakkan kerana

pengurusan yang tidak terkawal akan

menyebabkan organisasi menjadi lemah. Maka

pihak pengurusan mestilah mengawal sistem

pengurusannya dengan cekal dan sabar (Hasan

Bahrom 2010: 33). Firman Allah SWT:

(al-Anfal 8:46)

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,

dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau

tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan

hilang kekuatan kamu, dan sabarlah

(menghadapi Segala kesukaran dengan cekal

hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang

Yang sabar.

Untuk mencapai kesatuan pemikiran,

ummat Islam atau para anggota jemaah mestilah

mempunyai kesatuan pembacaan iaitu pembacaan

berdasarkan sumber yang satu iaitu al Quran

(Yahya Othman 2012: 68-69). Firman Allah

SWT:

(an-Nahlu 16 :89)

Dan (ingatkanlah tentang) hari kami bangkitkan

dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi

terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri;

dan kami datangkanmu (wahai Muhammad)

untuk menjadi saksi terhadap mereka ini

(umatmu); dan kami turunkan kepadamu Al-

Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi

hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan

berita yang mengembirakan, bagi orang-orang

Islam.

Melalui pembacaan yang sama, satu kefahaman

yang sama dapat dibentuk yang akhirnya akan

membawa kepada kesatuan fikrah seperti yang

telah dinyatakan dalam tajuk berkaitan hubungan

al-wala’ dengan kefahaman anggota jemaah.

Topik kefahaman anggota dan kesatuan dalam

bentuk pemikiran adalah merupakan dua perkara

yang saling berkait rapat dalam membina al-

wala’ para anggota dalam amal jama’ie.

Kesatuan dalam pemikran akan

melahirkan para anggota yang memiliki

pemikiran berjemaah iaitu pemikiran untuk

bergerak kerja secara berkumpulan. Maka

daripada pemikiran ini, sikap mementingkan diri

dalam diri para anggota sendiri mungkin dapat

dibuang (Sa’id Hawwa 2006:51) melalui

kefahaman yang jelas yang terbentuk dalam

kesatuan fikri terhadap objektif jemaah tersebut

berlandaskan tarbiyah atau pendidikan yang telah

diberikan mengikut syariat Islam oleh jemaah

Islam. Hal ini, dapat membantu melahirkan para

anggota yang benar-benar patuh atau taat, ikhlas

dan rela berkorban demi jemaah.

Page 9: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Keutamaan al-Wala’ dalam Membentuk

Kesatuan Amal Jama’ie

Antara keutamaan al-wala’ dalam membentuk

kesatuan amal jama’ie berdasarkan ulasan-ulasan

al-wala’ dengan elemen-elemen dalam amal

jama’ie adalah:

a) Membentuk perpaduan anggota.

b) Membentuk ketaatan dan kesetiaan

anggota tanpa keraguan.

c) Membentuk kefahaman dan fikrah

sebenar tentang matlamat gerak kerja

anggota.

d) Menentukan kelancaraan dan kejayaan

bagi mencapai setiap matlamat

perancangan gerak kerja jemaah.

e) Menjaga rahsia jemaah.

f) Membuang sifat pentingkan diri dalam

kalangan anggota.

g) Menimbulkan perasaan ikhlas dan

sanggup berkorban untuh jemaah.

h) Menghalang daripada terjadinya fitnah.

i) Mengurangkan sifat ego yang ada dalam

diri individu dalam jemaah.

Kesan Ketiadaan al-Wala’ dalam Amal Jama’ie

Menurut Yahya Othman (2012:48 dan 60) kesan

ketiadaan al-wala’ pula boleh menyebabkan

perpecahan dalam jemaah, organisasi menjadi

tidak terurus dan bercelaru, tiada kesatuan fikrah,

anggota boleh bertindak sesuka hati, jatuhnya

organisasi Islam dan tiadanya perpaduan atau

kesatuan dan rahsia jemaah terdedah kepada

pihak musuh serta seumpamanya.

Islam mengajar ummatnya supaya

melaksanakan segala ajarannya dan bukan

sekadar mendengar atau mempelajarinya sahaja

kerana ajaran Islam adalah ajaran secara praktikal

bukan secara teori (Abdul Hadi Awang

2010:134). Pengajaran daripada tarbiyah Islam

boleh diambil daripada peristiwa-peristiwa lalu

yang pernah berlaku dalam sejarah Islam

terutamanya melalui sirah jujungan baginda

Muhammad S.A.W.

Dalam kontek al-wala’, peristiwa Uhud

adalah peristiwa yang sangat tepat untuk

dijadikan panduan dalam aspek taat bagi

kehidupan berorganisasi. Peristiwa ini amat

meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa

ummat Islam yang menghayati dan mengambil

iktibar daripadanya sahaja. Perang Uhud

menceritakan kepada kita kekalahan teruk yang

telah dihadapi oleh tentera mukmin akibat

pasukan Islam yang ditempatkan oleh

Rasululluah S.A.W di bukit yang strategik tidak

mematuhi arahan yang diberikan oleh Baginda

saw sebagai pemimpin kerana melihat kepada

harta rampasan perang yang terlalu banyak di

medan perang (Safiyyu al Rahman al

Mubarakfuri 2009:391-392 ; al Buti 2002: 355 ;

Abdul Hadi Awang 2010:134) sedangkan

Rasulullah S.A.W telah berpesan kepada

kumpulan pemanah tersebut untuk tidak

meninggalkan posisi mereka jika tentera di

bahagian bawah bukit tersebut kalah atau menang

(Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri 2009:391-

392 dan al Buti 2002: 353).

Begitu juga seperti peristiwa sebelum

pembukaan kota Makkah, sebagaimana yang

telah disebut dalam lipatan sejarah Islam

mengenai kisah Hatib Bin Abi Balta’ah. Dapat

dilihat melalui sirah ini, ummat Islam dahulu

sangat berdisiplin dan mentaati perintah Allah

S.W.T tetapi ada kalanya mereka turut melakukan

kesilapan kerana sifat manusia yang tidak

sempurna tetapi anggota jemaah atau ummat

Islam mestilah sentiasa mengambil pengajaran

daripadanya.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan-penjelasan yang telah

diberikan berkaiatan al-wala’, dapatlah

disimpulkan al-wala’ sebagai antara perkara

penting yang dimestikan ada pada setiap anggota.

Sebelum tercapainya al-wala’ ini, para anggota

dituntut untuk mempelajari ilmu tentang jemaah

atau organisasi dengan mendalam supaya tidak

berlaku kecelaruan dalam memberi ketaatan

kepada pimpinan dan jemaah Islam. Apabila

berlakunya kefahaman melalui ilmu yang

Page 10: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

dipelajari, maka akan terbentuklah kesatuan

fikiran dan daripada kesatuan fikiran akan

membentuk kesatuan al-wala’ dan kesatuan al-

wala’ pula akan membentuk kesatuan dalam amal

jama’ie.

Sebagai penyataannya kesan ketiadaan

al-wala’ boleh menyebabkan hancurnya sesebuat

organisasi yang dibina terutamanya bagi

organisasi Islam itu sendiri.

Secara kesimpulannya, untuk melahirkan

sifat al-wala’ yang sebenar-benarnya daripada

para anggota organisasi Islam, setiap organisasi

itu perlu kepada kesatuan dari fikrah yang jelas

terhadap keutamaan jemaah agar terbentuk

kesatuan amal dalam jemaah atau organisasi

Islam. Untuk membentuk kesatuan fikrah ini

memerlukan kepada organisasi yang ditubuhkan

memberi penerangan yang jelas dan benar serta

penuh keikhlasan dan tarbiyah ruhiyyah serta

jasmaniah yang mendalam, mantap dan tersusun

kepada anggota sebelum mereka dibenarkan

untuk berintima’ atau terlibat sepenuhnya dalam

gerak kerja jemaah kerana anggota jemaah itu

adalah penggerak utama kepada jatuh dan

bangunnya sesebuah jemaah atau organisasi.

Tanpa anggota yang taat maka tiadalah jemaah

yang baik dan tanpa jemaah yang baik maka akan

berlakulah kecelaruan dalam masyarakat kerana

antara matlamat jemaah atau organisasi Islam itu

adalah untuk mengurus dan membangunkan

masyarakat Islam kearah yang lebih positif dan

mempunyai kesedaran iman untuk mencapai

keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Oleh itu, perkara berkaitan al-wala’

dalam membina kesatuan amal jama’ie dalam

organisasi Islam mestilah diambil perhatian oleh

setiap organisasi yang ada terutamanya organisasi

Islam ke atas setiap anggota jemaah supaya

kecelaruan dalam jama’ah dan gerak kerja jemaah

dapat dielakkan atau dikurangkan sehingga tidak

wujud lagi kecelaruan yang berlaku berpunca

daripada ketiadaan al-wala’ dalam jemaah ini.

Permasalahan al-wala’ yang berpunca daripada

ketidak fahaman dan sikap ego dalam anggota

mestilah cuba diubati supaya penyakit ini tidak

terus menjadi waba yang membinasakan jemaah

pada akhirnya. Perlu kita fahami, untuk membina

sesebuah organisasi atau jemaah Islam itu

bukanlah sesuatu yang mudah tetapi amat mudah

untuk memusnahkannya jika penyakit yang

muncul daripada dalam tidak diambil peduli.

Rujukan

Al Quran

Auni Haji Abdullah (pnyt.).2010. Teras Utama

Sistem Pengurusan Islam. Kuala

Lumpur:Alam Raya Enterprise SDN

BHD

Berhanundin Abdullah. 1997. ‘Amal Jama’ie

Dalam Organisasi Islam. ZABIB

Dr. ‘Ali Abdul Halim Mahmud. 2007. Syarah

Usul 20 Al Imam Hasan al Banna (Rukun

Faham). , terj. Ahmad Hasan Mohd.

Nazam dan Mohd. Nizam Mohd Ali

Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Fathi Yakan. 2009. Golongan Yang Tercicir. terj.

Md. Akhir Yaacob. Selangor: Dewan

Pustaka Fajar.

Fathi Yakan. 2010. Tasawwur Asasi Gerakan

Islam. terj. Ibrahim Embong Selangor:

Dewan Pustaka Fajar.

Fathi Yakan. 2010. Apa Ertinya Saya Menganut

Islam?. terj.Alias Othman Pustaka Salam,

Kuala Lumpur

Hj. Abdul Hadi Awang, 2010, Islam: Fikrah,

Harakah dan Daulah, Selangor: Dewan

Pustaka Fajar.

Muhammad Abdul Qadir Abu Faris. 1982.

Analisis Aktual Perang Badar dan Uhud

Di Bawah Naungan Sirah Nabawiyah.

terj. Aunur Rafiq Shaleh Tamhid.

Jakarta: Robbani Press.

Muhammad Abdul Qadir Abu Fariz. 2000. Sistem

Politik Islam. Jakarta: Robbani Press.

Muhammad Ramadan al-Buti. 2008. Fiqh al-

Sirah 1,2 dan 3. terj. Mohd. Darus

Sanawi ‘Ali. Dewan Pustaka Fajar

Page 11: aL WALA’ DALAM MEMBENTUK KESATUAN AMAL · PDF filePROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015 kerja jemaah Islam iaitu dengan memastikan aspek halal dan haram

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH. 2015

Muhammad Sa’id al Qahthani . 2000. Al-Wala’

wal Bara’ : Loyalitas dan Antiloyalitas

dalam Islam. terj. Salafuddin Abu Sayid

Solo: Era Intermedia.

Muhammad Sa’id al Qahthani. 1991. al-Wala’

wal Bara’Fil Islam. Kaherah: Media

Arab al Fath.

Mustafa Masyhur. 1985. Hamid. ‘Amal Jama’iyy

Jld. 1. terj. Abdullah Abd. Kedah:

Pustaka Ikhwan.

Mustafa Masyhur. 2009. Kesatuan ‘Amal Islami

dalam Sebuah Negara. terj. Mansor

Yahya. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa Masyhur. 2010. Jalan Da’wah Antara

Keaslian dan Penyelewengan. terj. Mohd.

Yusuf Ismail. Selangor: Dewan Pustaka

Fajar.

Mustafa Masyhur. 2012. Jalan Da’wah Antara

Qiyadah dan Jundiyyah. terj. Syed

‘Abdurahman Syed Hussin. Selangor:

Dewan Pustaka Fajar.

Panel Akademi Pengurusan YPIEM. 2005.

Pengurusan Dalam Islam: Menghayati

Prinsip dan Nilai Qurani, Kuala

Lumpur: Akademi Pengurusan YPIEM.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2015.

Kepimpinan dan Pengurusan Islam:

Sejarah, Teori dan Pelaksanaan, Bangi:

Penerbitan Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Sa’id Hawwa. 1994. Jundullah Saqofatan wa

Akhlaqon. Darussalam.

Sa’id Hawwa. 2006. Memahami Prinsip-Prinsip

Amal Islami. terj. Mohd. Darus Sanawi.

Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Sa’id Hawwa. 2008. Pendidikan Harakah

Islamiyyah: Syarah Risalah al Ta’alim.

terj. Nor Hasanuddin. Selangor: dewan

Pustaka Fajar

Sa’id Hawwa. 2002. Jundullah Jld. 1: Tentara

Allah Dalam Intelektualitas dan

Moralitas. terj. Hamim Thohari, Yunan

Abduh dan Imam Fajarudin. Solo: Era

Intermedia.

Safiyyu al Rahman al Mubarakuri, 2009. Al-

Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah

SAW. terj. Muhammad Ramzi Omar,

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia.

Yahya Othman. 2012. Amal Jama’ie: Pengertian

dan Tuntutannya. Dewan Pustaka Fajar.

Yusuf al Qradhawi. 2011. Fiqh Keutamaan,

Thinker’s Library SDN.BHD.

Yusuf al Qradhawi. 2015. Fiqh Daulah Menurut

Perspektif Islam. Syabab Publishing.

Zahid Parvez, 2000, Building a New Society An

Islamic Approach to Social Change,

United Kingdom: Revival Publications.