al quran adalah satu

19

Click here to load reader

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

109 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al quran adalah satu

1.0 Pengenalan

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. Ianya diturnkan secara mutawatir atau secara beransur-ansur

yang diturun melalui Malaikat Jibril. Allah S.W.T. juga telah menentukan kaedah-

kaedah tertentu membentuk kalimah al-Quran. Di dalam hal ini, para ulama’ telah

mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah

tersebut yang juga dinamakan kaedah Resm Qiyasi atau Imlai ( القياسى ,(الرسم

Rasm A’rudi ( العروضي ,(الرسم dan Resm Uthmani  ( العثمان Penulisan .(الرسم

(Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma'

(kesepakatan) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk

tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali

dengan adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan

khat. Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan

tentang kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau

asalnya samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl.

Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan

pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan

dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian

dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail

memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf

pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat

yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini

kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi

kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan

didalam penulisan al-Quran ketika itu.

1

Page 2: Al quran adalah satu

Resm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan

yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu saiddina Uthman Ibn Affan

r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap

kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran

atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang

memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut

bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.

Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah

menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan

al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu

tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman

ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau

bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam

terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain.

2.0 Resm al-Quran

Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali dengan

adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan khat.

Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang

kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau asalnya

samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl.

Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan

pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan

dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian

dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail

memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf

pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat

2

Page 3: Al quran adalah satu

yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini

kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi

kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan

didalam penulisan al-Quran ketika itu.

2.1 Resm Uthmani

Resm Uthmani, merupakan ilmu yang membincangkan kaedah penulisan ayat-ayat al-

Quran yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Othman ketika penyalinan dan

penulisan al-Quran. Pembentukan (taswir) lafaz pada huruf-huruf Hijaiyah atau Resm

tergambarnya kalimah dan seterusnya dapat disebut atau resm menunjukan adanya

lafaz, Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan Khat.

Resm Uthmani, Jika ianya bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu

kaedah ini tidak digunapakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat.

Dsini kita boleh membuat rumusan bahawa kaedah tersebut amat unik dan yang jelas

banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan

sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya.

Allah S.W.T. telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya

yang bermaksud: Sesungguhnua Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan

Kamilah yang menjanganya. (Surah al-Hijr:9) Ulama mentaksirkan bahawa penjagaan

ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.

Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan

semasa beliau telah menjawab mesti di tulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah

S.A.W. lagi. Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut

pendengaran para sahabat dari bacaan Rasulullah S.A.W.

Berdasarkan dari petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang sangat

kuat kepada kita bahawa penulisan resm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat

Islam dan wajib dikekalkan, bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn

3

Page 4: Al quran adalah satu

Hambal telah menjelaskan haram menyalahi resm al-Quran walaupun pada alif atau

wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah mengawasan

Rasulullah S.A.W bukannya mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap

perkataan al-Quran. Proses penulisan di hadapan Rasulullah S.A.W dan dibaca semula

bukti ianya adalah tauqifi. Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh

Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah

satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat. Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama

ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun

iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati resm mushaf.

Menepati resm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan

perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan qiraat tersebut ditolak dan

tidak dibenarkan membacanya di dalam sembahyang. Sheikh Ali Dabba’ melalui

kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenaraikan lebih daripada 10 pandangan ulama

bahawa wajib menulis al-Quran dengan resm Uthmani. Antaranya adalah pendapat al-

Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus

mengikuti selain Rems Uthmani. Jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya

orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahn bacaan jika

ditulis dengan resm Uthmani atau memebri alasan-alasan yang lain. Ini kerana semua

adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui resm Uthmani, wajib kepada

mereka mempelajarinya sbelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu

sesungguhnya mereka telah menyalahi ijma’. Kerosakan sebegini telah menyerap di

kalangan umat Islam pada masa kini. Justeru itu, hendaklah menjaganya untuk

kemaslahatan semua umat Islam.

2.2 Resm Imlai’

Manakala, Rasmul Imla’i adalah penulisan menurut kelaziman pengucapan atau

pertuturan. Ada pendapat yang mengatakan  bahawa al-Quran dengan resm imla’I  dapat

dibenarkan, tetapi khusus bagi orang awam. Bagi para ulama atau yang

4

Page 5: Al quran adalah satu

memahami resm Uthmani  tetap wajib mempertahankan keaslian resm Uthmani.

Berdasarkan pendapat di atas diperkuatkan lagi oleh Al-Zarqani  dengan mengatakan

bahawa resm imla’I   diperlukan untuk menghindarkan ummat dari kesalahan membaca

al-Quran, sedangkan resm Uthmani di perlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-

Quran. Bahkan, pendapat ini lebih moden dan lebih sesuai dengan ummat pada masa

kini, disatu pihak lagi mereka ingin melestarikan resm Uthmani, sementara dipihak lain

mereka menghendaki dilakukannya penulisan al-Quran dengan resm Imla’I untuk

memberikan kemudahan bagi kaum muslimin yang kemungkinan mendapat kesulitan

membaca  al-Quran dengan resm Uthmani.

Namun demikian, kesepakatan para penulis al-Quran dengan resm Uthmani

haruslah dijadikan sebagai rujukan yang tidak boleh hilang dari masyarakat Islam.

Dengan lingkugan jumlah ummat Islam yang cukup ramai yang tidak lagi

menguasai resm Uthmani. Bahkan, tidak sedikit jumlah ummat Islam mampu membaca

aksara arab. Mereka memerlukan tulisan lain untuk membantu mereka agar dapat

membaca ayat-ayat al-Quran, seperti tulisan latin.Namun demikian Resm Uthmani harus

dipelihara sebagai  standar rujukan ketika diperlukan. Demikian juga tulisan ayat-ayat

al-Quran dalam karya ilmiah, resm Uthmani mutlak diharuskan kerana statusnya sudah

masuk dalam kategori rujukan dan penulisannya tidak mempunyai alasan untuk

mengabaikannya. Dari sini kita dapat memahami bahwa menjaga keotentikan al-Qur’an

tetap merujuk kepada penulisan mushaf Uthmani. Akan tetapi segi pemahaman

membaca al-Quran boleh mengunakan penulisan yang lain berdasarkan tulisan yang

dalam proses penulisan al-Quran sejak dari Zaman Rasulullah, zaman khalifah Abu

Bakar sehingala zaman khalifah Utsman Bin Affan yang penulisnya tidak pernah lepas

dari Zaid Bin Tsabit yang merupakan pembantu Rasulullah SAW.

Kebanyakan para ulama samada salaf atau khalaf menjadikan fakta di atas

menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaanya, ia diyakini melalui pegangan

sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada

beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak

kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang

5

Page 6: Al quran adalah satu

mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepda al-Quran

pasti berlaku penyelewangan yang merosakan kefahaman terhadap al-Quran. Apa yang

perlu kita fahami bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersindiri dan

sentiasa dipelihara ileh Allah. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan atau

penambahan ianya akan mengurangkan keagungan dan kemukjizatan al-Quran

Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat.

Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia

memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada

guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan

dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam

penulisan al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan

kaedah bacaan al-Quran mengikut Qiraat Tujuh

3.0 Pengertian “Tauqifi” dan “Taufiqi”

Apa yang dimaksudkan dengan tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh

Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya

sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi

pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu

dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang

diterima dari pihak lain. Resm Uthmani bersifat tauqifi. Bersifat taufiqi Ia bermaksud

kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud

Resm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak

mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf

semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat

dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat

yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah

penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. 6

Page 7: Al quran adalah satu

Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti

berlaku penyelewengan yang merosakkan kefahaman al-Quran. Fakta yang perlu jelas

disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang

sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang

pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan

mukjizat al-Quran.

Manakala, taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut

pemahamannya terhadap al-Quran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan al-Quran

atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang

bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di

dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah

secara pasti. Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang

tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari

wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya.

Maksudnya “Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa

yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.”( An-

Najm: 3–4)

4.0 Perbahasan Pendapat Mengenai Isu “Tauqifi” dan “Taufiqi”

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama berkaitan dengan kedudukan

resm Uthman, apakah pola penulisan tersebut merupakan petunjuk Nabi (tauqifi) atau

hanya ijtihad kalangan sahabat. Jumhur ulama berpendapat bahwa pola resm Uthman

bersifat tauqifi dengan alasan bahwa para penulis wahyu adalah sahabat-sahabat yang

7

Page 8: Al quran adalah satu

ditunjuk dan di percaya Nabi SAW. Pola penulisan tersebut bukan merupakan ijtihad

para sahabat Nabi, dan para sahabat tidak mungkin melakukan (ijma’) dalam hal-hal

yang yang bertentangan dengan kehendak dan restu Nabi. Bentuk-bentuk struktur

standart di dalam penulisan al-Quran tidak boleh dilihat hanya berdasarkan standart

penulisan baku, tetapi di sebalik itu terdapat rahasia yang belum dapat terungkap secara

keseluruhan. Pola penulisan tersebut juga di pertahankan para sahabat dan tabi’in.

Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui

bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al Qardhawi

dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara panjang

lebar; 21

Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis ketika itu. Ia

ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. Umat Islam juga bersepakat mashaf

ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah atau ditukar meskipun cara penulisan

sekarang sudah berkembangdan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang

perlu yang tidak boleh mengubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi

titik-titik huruf dan baris-baris.

Bahkan, mushaf ini kekal sehingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah

sebagi langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan

yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan. Huruf-

huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-bunyi huruf

Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. Mungkin ada sebahagian orang

menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang

8

Page 9: Al quran adalah satu

diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak

mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada

orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat.

Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan

bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal)

dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin

dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan.

Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui

kenyataan di atas ialah pertubhan-pertubuhan tersebut ialah “majmak Buhuth Islamih” (Majlis

Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan keenam pada 30 Muharram 1391H,

“haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21

Syawal 1399H dan ketiga “Majmak FiqhIslami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam

Islami (Liga Islam sedunia)

Selain itu, terdapat juga sekelompok ulama berpendapat lain, bahawa pola

penulisan di dalam resm Uthmani tidak bersifat tauqifi, tetapi hanya ijtihad para sahabat.

Tidak pernah ditemukan riwayat Nabi mengenai ketentuan penulisan wahyu. Bahkan

sebuah riwayat ditulis oleh Rajab Farjani: “sesungguhnya Rasulullah SAW,

memerintahkan menulis al-Quran, tetapi tidak memberikan petunjuk atau teknik

penulisannya, dan tidak pula melarang menulisnya dengan pola-pola tertentu. Dengan

itu wujudnya perbezaan model-model penulisan al-Quran dalam mushaf-mushaf mereka.

Ada yang menulis suatu lafaz al-Quran sesuai dengan bunyi lafaz itu, ada juga di

kalangan mereka yang menambah atau menguranginya, kerana mereka tahu itu hanya

cara. Kerana itu dibenarkan menulis mushaf dengan pola-pola penulisan masa lalu atau

pada masa kini.”

Lagi pula, sekiranya itu adalah petunjuk Nabi, rasm itu akan disebut resm

Nabawi, bukannya resm Uthmani. Belum lagi kalau ummi Nabi diartikan sebagai buta

huruf, yang berarti tidak mungkin petunjuk atau teknik yang datangnya dari Nabi. Tidak

pernah ada suatu riwayat yang ditemui, baik dari Nabi mahu pun daripada para

sahabat  bahwaa pola penulisan al-Quran itu bersumber dari petunjuk Nabi. Dengan

demikian, kewajiban mengikuti pola penulisan al-Quran versi mushaf ‘Uthmani 9

Page 10: Al quran adalah satu

diperselisihkan para ulama. Ada yang mengatakan wajib, dengan alasan bahawa pola

tersebut merupakan petunjuk petunjuk Nabi (tauqifi). Pola itu harus dipertahankan

meskipun beberapa diantaranya menyalahai kaedah penulisan yang telah diperakui.

Bahkan Imam Ahmad Ibn Hambal dan Imam Malik berpendapat bahawa haram

hukumnya menulis al-Quran menyalahi resm Uthmani. Bagaimanapun pola tersebut

sudah merupakan kesepakatan ulama (jumhur ‘ulama).

Ulama yang tidak mengakui resm Uthmani sebagai rasm tauqifi, berpendapat

bahawa tidak ada masalah jika al-Quran ditulis dengan pola standart (resm

imla’i). Berkaitan dengan pola penulisan diserahkan kepada pembaca jikalau pembaca

merasa lebih mudah dengan resm imla’i, ia akan dapat menulisnya dengan pola tersebut,

ini kerana pola penulisan itu hanya simbol pembacaan, dan tidak mempengaruhi makna

al-Quran

Manakala, sebahagian ulama lain mengkompromikan kedua pendapat di atas

dengan mengatakan bahawa penulisan al-Quraan dengan resm imla’i dapat dibenarkan,

tetapi khusus bagi awam. Bagi para ulama atau yang memahami resm Uthmani, tetap

wajib mempertahnkan keaslian resm tersebut. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan

pendapat al-Zaqarani dengan mengatakan bahawa resm imla’I diperlukan untuk

menghindarkan umat dari kesalahan membaca, sedangkan dengan resm Uthmani

diperlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-Quran. Mazhab ini mengatakan harus

menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping

mengekalkan juga resm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya.

Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyi…al-

Burhan j 1 mk 379.

10

Page 11: Al quran adalah satu

5.0 Pentutup

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa resm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada

Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah

mengikut apa yang Baginda arahkan. Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Quran

sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman

Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al-

Quran bertepatan dengan resm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut

sebagai bacaan al-Qur’an.

Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas

penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan resm Uthmani,jangan diubah walau

sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar

kepada kanak-kanak agar mereka mengenali resm Uthmani dan kepada guru-guru al-

Quran ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh

membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban. 

( 2,568 Patah Perkatan )

11

Page 12: Al quran adalah satu

RUJUKAN

Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.

Ahmad, M.Y.(2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

 Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani. Meteor Doc. Sdn. Bhd.2.

Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi. al-Burhan fi Ulum al-Quran. Beirutdar al Makrifah.3.

Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran RasmUthmani dan Kelebihannya. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000). Thamar al-Jinan Fi AfnanMin Ulum al-Quran Egypt.

Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 

Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001). Al-Quranul Karim Terjemahan dan Huraian - Maksud Jilid 1. DBP Kuala Lumpur.

Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain.

12