aktiviti kemasyarakatan

1
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/11/4/ mstar_berita/20121103202530&sec=mstar_berita Ahad November 4, 2012 Palanivel Gesa Syarikat Swasta Sokong Aktiviti Kemasyarakatan PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel menggesa syarikat swasta memberikan sokongan terhadap penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang dapat membantu mengukuhkan perpaduan. Beliau berkata sokongan itu juga perlu diberikan terhadap aktiviti kemasyarakatan yang diadakan menjelang perayaan sesuatu kaum di negara ini. Selain mengukuhkan perpaduan, aktiviti seumpama itu dapat memeriahkan danmenyemarakkan lagi semangat perayaan itu, kata Palanivel yang juga Presiden MIC kepada Bernama selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan seni diSekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda di sini. Pertandingan seni tahunan itu merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Syarikat Penerbitan Vanakkan Malaysia.Com (Vanakkan) dan syarikattelevisyen berbayar satelit, Astro. Editor Vanakkan, A. Moghana berkata, lebih 1,000 pelajar dan ibu bapa daripada 12 SJK(T) sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam pertandingan itu, antaranya acara tarik tali, membuat kolum, membuat kalungan bunga, pertandingan fesyen pakaian tradisional kaum India dan pertandingan mewarna. "Untuk tahun ini, kami juga membuat rakaman pertandingan itu yang akan disiarkan pada Hari Deepavali 13 November ini di Astro Vaanavil, saluran 201," katanya. BERNAMA

Upload: mei-jiun-chong

Post on 02-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/11/4/mstar_berita/20121103202530&sec=mstar_beritaAhad November 4, 2012Palanivel Gesa Syarikat Swasta Sokong Aktiviti KemasyarakatanPETALING JAYA:Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel menggesa syarikat swasta memberikan sokongan terhadap penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang dapat membantu mengukuhkan perpaduan.Beliau berkata sokongan itu juga perlu diberikan terhadap aktiviti kemasyarakatan yang diadakan menjelang perayaan sesuatu kaum di negara ini.Selain mengukuhkan perpaduan, aktiviti seumpama itu dapat memeriahkan danmenyemarakkan lagi semangat perayaan itu, kata Palanivel yang juga Presiden MIC kepada Bernama selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan seni diSekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda di sini.Pertandingan seni tahunan itu merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Syarikat Penerbitan Vanakkan Malaysia.Com (Vanakkan) dan syarikattelevisyen berbayar satelit, Astro.Editor Vanakkan, A. Moghana berkata, lebih 1,000 pelajar dan ibu bapa daripada 12 SJK(T) sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam pertandingan itu, antaranya acara tarik tali, membuat kolum, membuat kalungan bunga, pertandingan fesyen pakaian tradisional kaum India dan pertandingan mewarna."Untuk tahun ini, kami juga membuat rakaman pertandingan itu yang akan disiarkan pada Hari Deepavali 13 November ini di Astro Vaanavil, saluran 201," katanya.BERNAMA