aktiviti 3 (t1a3)

17
HBEF3603 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEMESTER JANUARY 2014 HBEF3603: AKTIVITI 3 (T1A3) NAME : RANJEET KUMAR A/L NADESAN MATRICULATION NO : 830114065623 IDENTITY CARD NO. : 830114065623001 TELEPHONE NO. : 0149123616 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre

Upload: ranjeet-kumar

Post on 17-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penerangan refleksi pratikum

TRANSCRIPT

HBEF3603

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER JANUARY 2014

HBEF3603:

AKTIVITI 3 (T1A3)

NAME

:RANJEET KUMAR A/L NADESAN

MATRICULATION NO

: 830114065623IDENTITY CARD NO.

: 830114065623001TELEPHONE NO.

: 0149123616E-MAIL

: [email protected] CENTRE

: Batu Pahat Learning Centre

PENGENALAN

Negara kita berusaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan. Adalah menjadi tugas setiap guru di sekolah untuk melatih mereka dengan cara yang betul. Oleh yang demikian menjadi keutamaan kepada setiap guru untuk meningkatkan kecergasan supaya pelajar dapat meningkatkan kemampuan bersukan pada tahap fizikal yang tinggi. Oleh yang demikian, setiap program latihan yang dirancang di sekolah perlulah dengan teliti dan dijalankan mengikut urutan dan bersistematik oleh guru agar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dalam jangka masa yang dikehendaki..

Matlamat sangat penting bagi sesebuah program latihan. Matlamat tersebut mestilah jelas, ringkas, difahami dan boleh dicapai. Begitu juga dengan jangkamasa bagi setiap aktiviti,, ia perlulah bersesuaian dengan program latihan yang dijalankan. Seseorang guru yang merancang program perlu menetapkan tempoh latihan dan tempoh rehat yang mencukupi bagi murid.Ini kerana badan kita memerlukan tenaga dan rehat yang mencukupi untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya.Tambahan pula ia juga harus bersesuaian bagi setiap sesi. Tempoh latihan dan rehat adalah bergantung kepada jenis latihan dan jenis-jenis aktiviti yang dirancang oleh guru ataupun jurulatih.

Beberapa keperluan perlu disediakan terlebih dahulu ,iaitu seperti kemudahan peralatan, tempat, masa dan membuat satu perancangan jangka panjang bagi perancangan sedia ada dan merancang pencapaian secara berperingkat untuk memastikan program berjalan dengan teratur dan lancar. Selain itu, guru ataupun jurulatih perlu sentiasa mengekalkan dan menekankan keperluan utama dalam latihan. Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini Pendidikan Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas.Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan tubuh badan murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara terjalin. Dengan menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi kita, secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di kalangan murid-murid sekolah. Serentak itu, perkembangan berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga.

Kajian yang di lakukan ini atas dasar matlamat dan hala tuju kurikulum Pendidikan Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap murid menguasai setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan murid-murid Tahun 5 Kambar SJKT Cantuman Chaah yang terdiri daripada 14 lelaki dan 16 murid perempuan. Kemahiran permulaan larian pecut ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.Acara ini adalah antara acara yang paling diminati oleh semua orang.Acara ini juga dipertandingkan di peringkat Antarabangsa dan ramai pelari pelari dilahirkan melalui acara pecut ini.Acara larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik permulaan larian pecut.

Saya telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga.

1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 8 Mac 2014 bersamaan hari Selasa.Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 5 Kambar seramai 30 orang. Latar belakang murid ini adalah sederhana dimana kebanyakan ibubapanya adalah pekerja buruh yang bekerja di Estate.Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.

Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah kemahiran permulaan larian pecut. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah satu kemahiran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik permulaan larian pecut.

Semasa menjalankan set induksi, saya dapati tahap minat murid dalam tajuk ini tinggi .Ini disebabkan kerana murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama melakukan gaya permulaan yang baik dalam kemahiran yang ditunjukkan dalam sesi ini. Acara larian pecut ini biasanya memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik. Terdapat dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam.

Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana menunjukcara melakukan teknik permulaan dekam dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran Pendidikan Jasmani yang melibatkan kemahiran teknik, gaya, taktikal dan keupayaan individu. . Permulaan gaya dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. Oleh itu, tujuan pengajaran ini dibuat adalah untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam.

Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini , saya telah merancang untuk prngajaran dalam bentuk teori dan praktikal. Pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa penyampaian pengajaran teori saya.Malangnya pada hari tersebut, makmal computer digunakan untuk tujuan lain.Keadaan ini menyebabkan saya mengubah perancangan kepada pendekatan penerangan secara teori dan praktikal terus di padang dengan menggunakan peralatan sukan yang sesuai yang telah disediakan dari awal lagi.

Murid-murid sedia menerima apa jua penerangan yang diberi oleh saya..Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan dan melakukan contoh permulaan larian sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan dan tunjukcara yang disampaikan.Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa.Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.

Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas.Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.Semasa aktiviti praktikal secara kumpulan, saya dapati ada yang bersungguh-sungguh melakukan permulaan larian dekam dengan melakukan secara berulang-ulang dan ada yang berusaha melakukan sehingga betul-betul mencapai objektif.

Setelah mereka melakukan dalam kumpulan, saya meminta wakil dari kumpulan masing-masing menunjukkan teknik permulaan larian dekam dengan betul. Dari contoh yang ditunjukkan, saya dapati mereka faham dan tahu untuk melakukan permulaan dekam dengan baik walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam pergerakan ketika permulaan larian.Namun ini dapat disedari sendiri oleh muridkesilapan yang telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat secara berulang-ulang sehingga berjaya walaupun kelihatan mengambil masa yang panjang.

Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah keadaan padang yang lecak akibat hujan yang turun hampir setiap hari. Ini menyukarkan sedikit pergerakan guru dan pelajar sewaktu aktiviti tunjukcara dan praktikal yang dijalankan oleh pelajar. Sewaktu aktiviti permainan kecil dimana pertandingan larian 50 meter dijalankan hanya 80% sahaja yang dapat menyertai dan selebihnya tidak dapat dibuat akibat terbatasnya pergerakan di atas padang yang lecak dan masa yang tidak mencukupi. Dari segi penggunaan ruang sewaktu pengajaran dijalankan adalah terbatas kerana ruang padang menjadi semakin kecil kerana banyak ruang yang dipenuhi air yang bertakung. Suasana sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.

Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa aktiviti kumpulan dijalankan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektifyang diharapkan kerana semua murid dapat melakukan permulaan larian dekam dengan betul. Hal ini disokong dengan aktiviti pertandingan yang dibuat dalam permainan kecil dimana semua murid dalam melakukannya dengan baik.Daripada penilaian dan pengamatan saya sewaktu aktiviti dijlankan semua murid dapat melakukannya sekurang-kurangnya selepas 2 atau 3 kali percubaan.

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktifsemasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan lebih jelas.Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh yang demikian,pemilihan terhadap kaedah dan teknikyang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan.Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat.Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma untuk teori saya akan gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas teknik kemahiran yang diajar. Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logik dan kritikal.

2.0OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:2.1Objektif Am

Kajian ini bertujuan meningkatkan penglibatan diri murid di dalam aktiviti pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran teknik asas larian permulaan dekam.

2.2Objektif Khusus

Meningkatkan keyakinan diri murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran yang dijalankan.

Meningkatkan kemahiran sosial murid antara rakan-rakan di dalam aktiviti berkumpulan.

Meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P.

Membantu murid menguasai kemahiran membaca asas permulaan larian dengan betul.

3.0KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 5 di SJKT Cantuman Chaah,Johor.Sampel terdiri daripada murid-murid di tahap dua iaitu murid-murid di tahun 4 dan 5.Untuk tujuan kajian ini,saya membuat keputusan untuk mengambil sampel dari kelas tahun 5 Kambar yang merupakan kelas ke terakhir daripada 2 kelas tersebut.Ini adalah kerana,saya diberikan amanah untuk mengajar murid di kelas ini sepanjang sesi praktikum dan juga internship berlangsung sepanjang tempoh 4 bulan.Ini adalah faktor bagi saya memilih sampel tersebut agar mudah untuk berurusan dengan pihak sekolah dan dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran terutamanya kepada kajian yang dilaksanakan ini.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 30 orang murid dari kelas 5 Kambar yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah ini memerlukan penyelidik mengumpul data dan menganalisa data. Instrumen kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu pra penilaian dan pos penilaian. Dalam melakukan kajian ini Sampel Kawalan dan Sampel Eksperimen akan melakukan ujian jangkauan pertama dalam permulaan larian pecut iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos di mana setiap jangkauan akan direkodkan. Kemudian, jarak jangkauan akan dibuat perbandingkan di antara kedua-dua sampel.

4.0PELAKSANAAN INOVASI P&P

4.1Tinjaun masalahProses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Bagi membolehkan objektif-objektif di atas dapat dicapai, kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

a. Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan untuk meningkatkan lonjakan permulaan larian pecut?

b. Adakah pelajar - pelajar Tahun 5 Kambar mampu melakukan penambahbaikan lonjakan permulaan larian pecut?

c. Adakah lonjakan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 5 Kambar bertambah baik?

Acara larian pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik Saya telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Terdapat dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam.

Teknik mulaan yang paling popular ialah mulaan dekam. Mulaan dekam pula mempunyai tiga posisi iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Permulaan gaya dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. . Oleh itu, tujuan kajian ini dibuat untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam4.2( Melaksanakan rancangan )Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.Tindakan Yang Dijalankan

Untuk kajian ini langkah-langkah yang akan digunakan ialah kaedah ansur maju. Sebagaimana yang kita tahu kaedah ini biasa digunakan dan ianya amat praktikal dan berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Pada prinsipnya ansur maju merupakan elemen yang paling penting dalam merancang program latihan yang melibatkan pergerakan. Latihan mestilah secara progresif. Jika beban latihan ditambahkan dengan cepat, badan tidak dapat menyesuaikan dirinya menyebabkan individu jatuh sakit/cedera. Beban latihan yang terkawal akan mempastikan kadar ansur maju yang berterusun akan dapat mengelakkan bahaya daripada latihan yang berlebihan.

Saya akan membuat dua garisan selepas garisan pemulaan larian pecut yang merupakan sebagai penanda. Garisan di bahagian hadapan adalah untuk kedudukan bahagian kepala pelari. Garisan yang kedua adalah untuk kedudukan bahagian bahu pelari.

Selain itu, saya juga akan membuat empat garisan sebelum garisan permulaan larian pecut. Keempat-empat garisan ini digunakan sebagai penanda bagi kaki kiri dan kaki kanan pelari. Garisan yang pertama adalah kedudukan lutut pelari manakala garisan yang kedua adalah untuk kedudukan hujung kaki di bahagian belakang. Begitu juga bagi garisan yang ketiga dan keempat untuk kaki yang satu lagi.

Saya juga akan menggunakan bebanan (bungkusan pasir) yang dipasang di pergelangan kaki setiap Sampel Eksperimen. Mereka akan berlari beberapa pusingan sambil memakai bebanan tersebut. Selain itu, Sampel Eksperimen juga akan melakukan aktiviti melangkah dengan menarik beban menggunakan tiub basikal yang diikat dengan beban (karung pasir) seberat dua kilo. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan seterusnya meringankan kaki ketika membuat jangkauan pertama semasa permulaan larian pecut. Untuk kekuatan otot tangan pula, Sampel Eksperimen akan melakukan aktiviti menarik beban yang terdiri dari tiub yang diikat di tiang bendera. Selain itu, mereka akan melakukan aktiviti tekan tubi berulang-ulang.

Terdapat 2 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu:

Instrumen yang pertama ialah Ujian Pra (Penilaian Satu). Ujian Pra (Penilaian Satu) dilakukan sebelum rawatan dilakukan untuk gaya permulaan larian pecut. Ujian Pra (Penilaian Satu) digunakan untuk merekod jangkauan pertama setiap responden. Unit yang digunakan untuk mengukur jangkauan pertama setiap responden ialah sentimeter. Instrumen yang kedua ialah Ujian Pos (Penilaian Dua). Ujian Pos (Penilaian Dua) dijalankan selepas rawatan dibuat.Ujian Pos (Penilaian Dua) dilakukan untuk melihat penambahbaikkan jangkauan pertama hasil daripada rawatan yang dilakukan. Ujian Pos (Penilaian Dua) yang direkod akan digunakan untuk membandingkan dengan data yang terdapat di dalam Ujian Pra (Penilaian Satu). Sebagaimana Ujian Pra (Penilaian Satu), Ujian Pos (Penilaian Dua) menggunakan unit sentimeter dalam membuat pengukuran jangkauan pertama setiap responden.

5.0LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKANData kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang mana pada akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, proses ini tidak boleh dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu atau beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian akan dibuat dengan menggunakan hubungan yang logik dan tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata untuk dilihat atau dibaca.

Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penghasilan data, memberikan penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

Larian pecut adalah satu acara yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan Sukan Kawasan, Daerah , Negeri dan Kebangsaan. Acara ini, sering dinanti nantikan oleh setiap penonton dalam sebarang kejohanan. Acara ini juga menaikkan nama seseorang dalam acara olahraga. Peserta peserta sekolah pengkaji sering ketinggalan dalam perlumbaan larian pecut di peringkat Majlis Sukan Sukan Peringkat Kawasan.

Oleh itu hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pihak-pihak tertentu terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih Olahraga sekolah untuk melahirkan peserta-peserta wakil rumah sukan dan wakil sekolah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji di masa akan datang sebagai panduan dan garis panduan atau boleh diubah suai untuk penambahbaikan bagi menghasilkan kajian yang lebih efektif bersesuaian dengan situasi, masa dan responden yang dipilih. 6.0LAMPIRAN

Jadual Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut

Sampel Kawalan

Bil.Nama MuridTahap Lonjakan

( cm )

P 1P 2P 3Jarak Terbaik

(cm)

1.Rani101107109109

2.Kaviya103110113113

3.Tanush112115111115

4.Ramesh112102105112

5.Kugentiran112116113116

6.Livanya Sree102100102102

7.Nurul Asikin10898100100

8.Shamini105100100105

9.Kayalvili9297100100

10.Negilah107109109109

Jadual Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut

Sampel Eksperimen

Tempat Pemerhatian : Padang SJKT Cantuman ChaahBil.Nama MuridTahap Lonjakan

(cm)

P 1P 2P 3Jarak Terbaik

1.Gayathri122130124130

2.Vasanthan112123115123

3.Prem123133135137

4.Ebenezer126132125132

5.Rechi113128132132

6.Letchumy112128122122

7.Santini119120126126

8.Nur Atirah111130127130

9.Kalaiarasi113129132132

10.Kanageswary119129120129

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos

Sampel Kawalan

Bil.Nama MuridJarak Jangkauan Ujian Pra (cm)Jarak Jangkauan Ujian Pos (cm)Perbezaan (cm)

1.Rani1091156

2.Kaviya1131152

3.Tanush1151172

4.Ramesh1121164

5.Kugentiran1161160

6.Livanya Sree10211412

7.Nurul Asikin100 11313

8.Shamini1051083

9.Kayalvili1001099

10.Negilah109107-2

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama, Sampel Eksperimen

Sebelum Dan Selepas Rawatan.

Bil.Nama MuridJarak Jangkauan sebelum rawatan (cm)Jarak Jangkauan selepas rawatan (cm)Perbezaan (cm)

1.Gayathri11413016

2.Vasanthan11012313

3.Prem10813729

4.Ebenezer11413218

5.Rechi11013222

6.Letchumy9812224

7.Santini10512621

8.Nur Atirah10213028

9.Kalaiarasi10813224

10.Kanageswary11112918