aktiviti 3 (minggu 1)

3
TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN KEPENTINGANYA DALAM PROSES PdP Teknologi Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organis yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga merupakan satu bidang yang berkaita dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti-aktiviti seperti me pasti semua sumber pendidikan dan sumber manusia untuk pengajaran dan pembelajaran, membangun, menghasil,mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta mengurus proses, mengenal pasti,membangun, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik pencapaian P&P yang berkesan (BTP, !!".#enurut$obleyer (% '" pula, teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperlu masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini komputer dan teknologi yang berkaitan. #anakala )*+T (% ", pula mengatakan baha a tek pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcar meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai Terdapat banyak peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pdp yang kini banyak digunakan di keseluruhan sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tujuan teknologi pendidikan ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran Selain me ujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan pelaja memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu me ujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasa hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positi Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. #urid-murid perlu diba a keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-

Upload: thillai-malar

Post on 03-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN KEPENTINGANYA DALAM PROSES PdP

Teknologi Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.Selain itu, ia juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengenal pasti semua sumber pendidikan dan sumber manusia untuk pengajaran dan pembelajaran, membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran serta mengurus proses, mengenal pasti, membangun, mengelola dan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991).Menurut Robleyer (2003) pula, teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan. Manakala AECT (2004), pula mengatakan bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai Terdapat banyak peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pdp yang kini banyak digunakan di keseluruhan sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tujuan teknologi pendidikan ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif

Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.

Di samping itu kesan teknologi pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi pendidikan guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Melalui penggunaan alat teknologi pendidikan guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan teknologi pendidikan, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi pendidikan tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.