aktiviti 3

2
NAMA : LIM LEI SUAN OPSYEN : 4 PISMP BK/BC/BT/PM MINGGU : 9 ____________________________________________________________________ _____Aktiviti 3 Bincangkan bagaimana teknologi dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana pula untuk melakukan integrasi office dalam sesuatu P&P subjek anda. INTEGRASI TMK DALAM P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMKbegitu pantas, sehinggakan kita rasa tidak mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik Integrasi teknologi atau TMKdalam P&P tidak semestinya berkehendakkankita menguasi kemahiran TMKtahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimanakita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu yang penting kita harus menguasi kemahiran pedagogi disamping konten dan teknologi.ia kini merupakan kemahiran asas bagi seorang guru) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya. Bagi menghasilkan media P&P (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami dan berkemahiran dalam aspek-aspek rancangan pengajaran(instructional planning), rekabentuk pengajaran(instructional design) dan yang pentingdan utamaialah teori pembelajaran(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi atau TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita sama sekali tidak mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu

Upload: skymilo90

Post on 12-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: AKTIVITI 3

NAMA : LIM LEI SUAN

OPSYEN : 4 PISMP BK/BC/BT/PM

MINGGU : 9

________________________________________________________________________

_Aktiviti 3

Bincangkan bagaimana teknologi dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan bagaimana pula untuk melakukan integrasi office dalam sesuatu

P&P subjek anda.

INTEGRASI TMK DALAM P&P

Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin harian

sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMKbegitu pantas, sehinggakan kita rasa tidak

mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu

tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan

sebagai seorang pendidik

Integrasi teknologi atau TMKdalam P&P tidak semestinya berkehendakkankita

menguasi kemahiran TMKtahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah

bagaimanakita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan

keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu yang penting kita harus menguasi kemahiran

pedagogi disamping konten dan teknologi.ia kini merupakan kemahiran asas bagi seorang

guru) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan

integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya.

Bagi menghasilkan media P&P (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian dan

keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami dan berkemahiran

dalam aspek-aspek rancangan pengajaran(instructional planning), rekabentuk

pengajaran(instructional design) dan yang pentingdan utamaialah teori

pembelajaran(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu

diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi atau TMK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, kita sama sekali tidak mengajar bagaimana menggunakan

teknologi tersebut –apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu

Page 2: AKTIVITI 3

yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar

untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

Integrasi Aplikasi Office

Terdapat tiga situasi bagaimana aplikasi office boleh digunakan dalam persekitaran

pendidikan di sekolah iaitu pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh guru

boleh menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, guru dan

pihak pengurusan sekolah boleh mengunakannya dalam aspek pengurusan data, kewangan

, penilaian, capaian dan penghantaran maklumat yang lebih efisyen.

Prasarana teknologi maklumat dan komunikasi juga menjadikan proses

pembelajaran pelajar lebih menarik dan berkesan serta tiada sempadan.Sebelum ini, dalam

persekitaran pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi lebih memberi tumpuan dan

penekanan pendedahan guru terhadap bagaimana menggunakan sesuatu aplikasi (teaching

the tools) bukan bagaimana menggunakan aplikasi tersebut untuk pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Integrasi TMK tidak bermaksud guru perlu menguasai kemahiran TMK yang tinggi,

tetapi bagaimanakita dapat menghasilkan bahan atau media yang berkesan bagi memenuhi

keperluan dan kesesuaian pembelajaran pelajar. Oleh itu sebagai seorang guru, kemahiran

pedagogi, konten dan psikologi serta TMK perlu seiring bagi mempastikan terhasilnya

pengajaran dan pembelajaran berkesan.Sudah sampai masanya guru memanipulasikan

dengan maksima aplikasi office bagi membantu menjadikan proses pengajaran lebih

berkesan, disamping memudahkan proses pembelajaran murid memahami dan membina

ilmu pengetahuannya.

Untuk tujuan itu, guru perlu tahu apa yang ingin dicapai dalam kurikulum. Guru perlu

bijak memilih aplikasi yang mudah, tepat dan berkesan supaya sesuai dengan hasil

pembelajaran yang hendak dicapai. Bagi menyahut perkembangan TMK yang begitu

pantas,seorang guru perlu tahu akan keperluannya terhadap TMK