akta taman asuhan 308

12
PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA Baru/Pendaftaran Semula 1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM 2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan 3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan 4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia 5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD 6. Permohonan dikemukakan ke JKMN 7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN 8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat) 9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

Upload: siti-nooryahmilawatimah-yahaya

Post on 21-Jun-2015

312 views

Category:

Health & Medicine


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta taman asuhan 308

PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA Baru/Pendaftaran Semula

1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga

RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada

harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis

Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan

Kesihatan

4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang

berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua

Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

6. Permohonan dikemukakan ke JKMN

7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN

8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun

dikeluarkan

NOTA:

PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) 

Page 2: Akta taman asuhan 308

PERMOHONAN Latar Belakang

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah

Permohonan

1. Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses

Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu

Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan

Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

2. Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan

tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus

dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai

kehendak 3 agensi teknikal setempat.

3. Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat

Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan.

4. Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas

bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan

disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.

5. Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai

aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta

pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2).

Page 3: Akta taman asuhan 308

6. Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat

Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-

dokumen di bawah disertakan iaitu:

Jadual 2 yang telah dilengkapi

Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba

dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan)

Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter

(setiap ruang) beserta pengiraannya

Senarai aktiviti harian

Senarai menu

Senarai aktiviti bersama ibubapa

Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan

Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil)

Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun

Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap,

pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk

melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan.

Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah

berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum

dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta

dan Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh

Page 4: Akta taman asuhan 308

sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set

Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan

mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan

seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah berkaitan.

Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya

setelah permohonannya lengkap

PERANAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

1. Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan

penyiasatan.

Page 5: Akta taman asuhan 308

2. Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis

Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi

mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.

3. Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan

memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud

taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa:

kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya

adalah memuaskan;

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan

dengan sempurna;

alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-

apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan

kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

HUKUMAN KE ATAS TASKA YANG TIDAK BERDAFTAR Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

Page 6: Akta taman asuhan 308

KEMUDAHAN Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.Kemudahan

Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4

tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

semasa ibu bapa mereka di tempat kerja.

Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang

kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.

Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan,

kebersihan dan keselamatan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/165-akta-taman-asuhan-kanak-kanak-akta-308/988-kemudahan.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/165-akta-taman-asuhan-kanak-kanak-akta-308/988-kemudahan.html

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Akta Pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

Page 7: Akta taman asuhan 308

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan

dengannya.

[31hb Disember 1997]

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

BAHAGIAN IV SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan

15. Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada - (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

Bab 2 — Pendidikan Prasekolah 20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau pengurusan tadika. (1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

22. Kurikulum prasekolah.

Page 8: Akta taman asuhan 308

Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.

23. Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22)

22(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid- murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing. http://cikguani.blogspot.com/2009/03/akta-pendidikan-1996-akta-550.html

KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAHMengubah kedudukan rak tersebut dan letakkan di sebelah Pusat Kognitif.

Page 9: Akta taman asuhan 308

Rak buku di sebelah meja gurumengganggu pelajar untukberkomunikasi dengan guru.Rak buku. Meletakkan sebuah penghawa dingin didalam bangunan Prasekolah agar pelajarberasa selesa untuk belajar.Tiada penghawa dingin di dalam Prasekolah. Penghawa dingin. Mengubah susun atur rak buku tersebutdan pindahkan di sebelah PusatKeharmonian dan Moral.Rak buku yang diletakkan dihadapan televisyenmengganggu pelajar untukmenonton televisyen.Rak buku Sekurang-kurangnya sebuah katilharuslah diletakkan di dalam bangunanPrasekolah.Tiada katil di dalam Prasekolahyang digunakan untuk pelajarsakit.Katil. Mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah tingkap di dapur itu. Dapur tidak mempunyai tingkap. Dapur. PENAMBAHBAIKAN

Page 10: Akta taman asuhan 308

KELEMAHAN

CIRI-CIRI KESELAMATAN

LATIHANMENGHADAPIKEBAKARAN

PILI BOMBA PENGGERA KEBAKARAN ALAT PENGESAN KEBAKARAN PELAN LALUAN KECEMASAN PINTU KECEMASAN ALAT PEMADAM KEBAKARAN CIRI-CIRI KESELAMATAN