akta taman asuhan kanak
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
1/22
(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308)
dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.
Definisi Akta 308
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) merupakan satu akta
untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan
pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak bagi maksud yang
berkaitan dengannya yang digazetkan dalam tahun 1984.
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak adalah termaktub didalamundang-undang Malaysia.
Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi samada
untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan.
Semua Taman asuhan kanak-kanak samada di tempat kerja,
persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta.
Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti
perkhidmatan kanak-kanak.
Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah
ditetapkan boleh akan didakwa di mahkamah.
4
Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu
diketahui dan dititkberatkan.
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
2/22
Seksyen 2 Taman asuhan kanak-kanak sekurang-
kurangnya terdapat 4 orang kanak-kanak di
bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga
kanak-kanak dibayar upah.
Seksyen 3 Akta ini dikecualikan untuk hospital, tadika
dan rumah kanak-kanak yang dikendalikanoleh kerajaan.
Seksyen 4 Semua taman asuhan kanak-kanak mesti
didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat.
Seksyen 5 Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-
kanak: (a) Taman asuhan kanak-kanak di
rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada
10 orang; (b) Taman asuhan kanak-kanak di
institusi bilangan 10 orang atau lebih.
Seksyen 6 (2) Denda kali pertama tidak melebihi RM
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
3/22
1000.00. Kesalahan bagi kedua dan
seterusnya dikenakan denda tidak melebihi
RM 2000.00.
Seksyen 11 (3) Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang
dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini
adalah sah selama dua belas bulan kalendar.
Seksyen 12 Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika
tidak mematuhi peraturan, tidak
memaklumkan perubahan terkini, dan
pemilik taska yang melibatkan
keburukan akhlak.
Seksyen 14 Pegawai yang diberi kuasa berhak
memeriksa taska dari segi kesihatan,
pengurusan, peralatan, persekitaran dan
kecemasan.
Seksyen 15 dan 16 Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara
bertulis untuk menutup sementara taman
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
4/22
asuhan jika didapati membahayakan kanak-
kanak.
Seksyen 24 Permohonan boleh dibuat untuk menerima
kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan
syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa.
7
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
5/22
(b)Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang
diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan
ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik.
Syarat kelayakan adalah mesti mengikut Peraturan Taman AsuhanKanak-Kanak di I nstitusi (1985)merupakan lanjutan daripada Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang dapat diberikanpenerangan secara umum seperti berikut:
Kumpulan
Umur
Bilangan
kanak-kanak
Bilangan Penjaga
Kanak-kanak
Bawah
3 tahun
Tiap-tiap 5 orang
kanak-kanak atau
kurang
Seorang
Antara 3
dengan 4 tahun
Tiap-tiap 10 orang
kanak-kanak atau
kurang
Seorang
Di bawah
4 tahun
Tiap-taip 4 orang
kanak-kanak
bekeperluan atau
kurang
Seorang
8
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
6/22
Pengasuh taska adalah dilantik oleh pengusaha.
Syarat kelayakan bagi penjaga Taska adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Mesti berumur 18 tahun ke atas.
Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM.
Mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-
kanak dan wajib menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak
(KAAK) dan lulus kursus.
Mempunyai sifat sahsiah diri yang tinggi dan mampu memberi
asuhan berkualiti.
Berkebolehan untuk berkomunikasi dan memahami keperluan
kanak-kanak.
Sihat dan berupaya menjalankan tugas sebagai pengasuh.
Mendaftar sebagai pengasuh untuk bekerja di taska tempat
kerja, komuniti dan institusi.
Berkeupayaan dan berkebolehan menjaga kanak-kanak.
9
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
7/22
(c)Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada di dalam
bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu
ada.
Keperluan Tandas
Tandas mesti mempunyai ciri-ciri keselamatan yang berikut:
o Tandas yang berasingan bagi kanak-kanak lelaki dan
perempuan
o
Peralatan dan rekabentuk tandas mesti mempunyai elbow tapbagi kemudahan bersuci.
o Lantai hendaklah bersih , tidak licin dan tidak bertakung
o Mempunyai tempat pemegang (railing) khusus untuk murid
cacat.
o Mangkuk tandas tidak melebihi 6 inci tinggi dari lantai.
o Besin atau tempat mencuci tangan hendaklah rendah supaya
dapat dicapai oleh murid-murid.
Mempuyai ruang kemudahan belajar dan rekreasi
Ciri-ciri keselamatannya adalah seperti berikut:
o Hendaklah kedua-duanya berasingan.
o Mempunyai ruang perpustakaan.
o Menyediakan kawasan permainan yang lengkap dengan barang-
barang permainan yang tidak merbahaya.
10
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
8/22
Mempuyai ruang tempat rehat kanak-kanak sakit
Ciri-ciri keselamatanya adalah seperti berikut:
o Ruang yang berasingan untuk menempatkan kanak-kanak sakit
berasingan dari kanak-kanak sihat.
o Menyediakan kotak perubahan kecemasan
o Kotak pertolongan cemas hendaklah diletakkan di tempat yang
tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Kemudahan dapur dan tempat penyediaan makanan
Ciri-ciri keselamatan adalah seperti berikut:o Mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak.
o Peralatan penyediaan makanan hendaklah bersih.
o Dapur hendaklah terpisah daripada bilik darjah atau kawasan
aktiviti kanak-kanak.
o Tempat stor bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
Bekalan air yang mencukupi
Ciri-ciri keselamatan adalah seperti berikut:
Mempunyai bekalan air yang bersih dan tidak tercemar.
Bekalan elektrik.
Ciri-ciri keselamatan adalah seperti berikut:
Mempunyai alat pemadam api.
Punca kuasa (power point) hendaklah dipasang dengan plug kosong pada
kedudukan yang tinggi.
11
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
9/22
Kemudahan kecemasan/keselamatan
Dua pintu yang berasingan (satu dihadapan dan satu dibelakang) hendaklah
disediakan.
Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan tidak boleh dipasang
dengan pagar besi (grills).
Tingkat jenis louvres tidak dibenarkan.
Tangga hendaklah selamat untuk kegunaan taska yang berada di bangunan
atas (hendaklah dipasang dengan pemegang (railing) yang tingginya sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak.
Telefon
Tiap-tiap taska hendaklah mempunyai kemudahan telefon untuk kegunaan
harian dan masa kecemasan.
12
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
10/22
(d)Cadangkan program aktiviti harian di taska.
Bagi memperkayakan perkembangan intelektual dan psikologi kanak-kanak,
beberapa pendekatan pengajaran haruslah dilaksanakan melalui aktiviti
harian.. Aktiviti yang dijalankan di taska turut mengambil kita faktor umur
dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.
Bagi kanak-kanak 3 12 bulan akan melakukan aktiviti seperti mendengar
muzik, menggenggam jari, sentuhan, main alat yang mengeluarkan bunyi
atau tindak balas cermin .
Kanak-kanak 24 tahun pula lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti
mengenal warna, saiz, melukis, menghasilkan kraftangan, menyanyi,
berdrama dan menari.
Antara program aktiviti harian yang boleh dijalankan di taska adalah seperti
aktiviti bercerita. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan buku-
buku cerita ataupun daripada vedio. Ini secara tidak langsung dapat
memupuk minat membaca sejak dari kecil walaupun mereka belum
mengenal huruf dan membaca perkataam. Mereka akan tertarik apabila
melihat buku-buku yang mengandungi gambar yang berwarna-warni.
Menulis juga boleh dijadikan aktiviti harian mereka. Kanakkanak haruslah
dibiasakan memegang alat tulis dengan pengawasan penjaga. Jadi, secara
tidak langsung penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mewarna
berjalan serentak.
Permainan minda juga boleh dijadikan sebagai aktiviti harian. Kaedah ini
boleh dibuat melalui permainan puzzle dan lego. Aktiviti ini dapat melatih
13
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
11/22
kanak-kanak membina diri dan minda mereka untuk penghayatan sepanjang
hidup.
Nyanyian juga boleh dijadikan sebagai aktiviti harian. Aktiviti ini
merangkumi nyanyian, nasyid, muzik dan menari. Kanak-kanak perlu diberi
peluang untuk mengambil bahagian dan menunjukkan bakat dan kebolehan
diri.
Asas ibadah seperti doa dan bersolat juga boleh dijadikan sebagai aktiviti
harian. Sekiranya amalan ini dijadikan rutin harian kepada kanak-kanak,
nescaya mereka dapat membezakan antara dosa dan pahala sejak kecil.
Aktiviti outdoor seperti permainan fizikal di luar bilik darjah juga boleh
dijadikan aktiviti harian. Sudah menjadi lumrah kanak-kanak suka bermain.
Mereka akan berasa gembira dan tidak tertekan apabila berpeluang bermain
di ruang yang berbeza setiap hari.
14
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
12/22
(e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu
berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.
Suasana persekitaran taska hendaklah disusun kemas dan rapi supaya
dapat mengalakan interaksi positif dan dapat memenuhi keperluan
individu dan kumpulan kanak-kanak dalam taska.
Kelengkapan bahan-bahan dan alat-alat yang digunakan dalam
pembelajaran mesti dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dengan
sentiasa membuat pertukaran agar dapat mengekalkan minat kanak-
kanak dan dapat menghilanhkan kebosanan kerana melihat suatu jenis
permainan atau alat pembelajaran yang sama. Yang paling baikbahan-bahan daan alat-alat yang digunakan adalah memenuhi cita rasa
kanak-kanak mengikut kategori umur.
Struktur program yang tersusun yang dapat menunjukkan dengan jelas
aktiviti-aktiviti atau program-program yang hendak dijalankan atau
yang hendak dijalankan.
Aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan mestilah berpandukan kepada
cara bagaimana kanak-kanak itu belajar.
Guru yang mengajar mesti mempunyai ketenangan yang terdiri dari
sifat kerohanian yang merendah diri dan kemurnian intelektual.
Guru mesti mengunakan panduan mengajar yang mudah dan terkini
dan mengadoptasikan cara pengajaran yang betul.
Bahasa yang diajar tidak hanya terhad kepada Bahasa Malaysia
sahaja, tetapi meliputi bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan
India.
15
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
13/22
BIBLIOGRAFI
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak TeoriDan Amali.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years.
Routledge-Falmer-Taylor&FrancisGroupPub.
Duke Amiene Rev (September 9, 2008).Prasekolah - Sekolah - Tadika - Tabika -
Sejarah. [On-line]. Diperoleh pada September 2, 2010 daripada
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-
tabika.html
Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early
Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning
Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.
Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah : Cabaran Kualiti. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia..
19
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlhttp://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.html -
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
14/22
Undang-undang Malaysia (2004). Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan.
Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.
Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. (5 April 2010). [On-line].
Prasekolah. Diperoleh pada September 8, 2010 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/ Prasekolah
Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan.
MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm
20
http://ms.wikipedia.org/wiki/http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htmhttp://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htmhttp://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/ -
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
15/22
BIODATA DIRI
NAMA : JARIDAH BT OTHMAN
UMUR : 44 TAHUN
I/C NO : 670820-09-5096
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING, 02500 MATA AYER, PERLIS
STATUS : BERKAHWIN
ALAMAT : NO. 55, TAMAN SENA INDAH, 01000 KANGAR, PERLIS.
HOBI : MELANCONG DAN MEMBACA
PRINSIP HIDUP: SENTIASA IKHLAS DALAM SEMUA PERKARA.
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
16/22
2
BORANG KOLABORASI
Tarikh Perkara yang dibincang Tandatangan
NAMA : JARIDAH BT OTHMAN
MATAPELAJARAN: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PRA3101
PENSYARAH : PN INTAN AZLINA BT ABDULLAH
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
17/22
21
SURAT AKUAN
Saya seperti nama di bawah mengaku dan mengesahkan bahawa segala bahan
dan maklumat di dalam tugasan ini adalah asli dan kerja kursus ini dihasilkan
oleh saya sendiri. Kerja kursus ini tidak ditiru atau diplagiat daripada mana-mana
kerja kursus yang lain.
Saya faham bahawa sekiranya semua perkara di atas tidak benar, pihak Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darul Aman berkuasa penuh untuk
mengambil tindakan disiplin ke atas saya seperti yang termaktub di dalam buku
Peraturan Institut. ( Peraturan-peraturan bagi pelajar Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Kampus Darul Aman) ).
Yang benar,
.......................................
Tandatangan
NAMA : JARIDAH BT OTHMAN
KAD PENGENALAN : 670820-09-5096
TARIKH : 12 OGOS 2011
1
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
18/22
Soalan Tugasan Kerja Kursus:
Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan
perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda
dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta membantu dalam
penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin
keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.
Anda perlu memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda
tentang perkara berikut:
a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308)
dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.
b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang
diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan
ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik.
c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam
bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu
ada.
d) Cadangkan program aktiviti harian di taska.
e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang
diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan
kanak-kanak.
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
19/22
i
ISI KANDUNGAN
Bil. Isi kandungan m/s
1. Soalan Tugasan i
2. Isi Kandungan ii
3. Surat Akuan 1
4. Biodata 2
5.
PengenalanHuraian
3
4-15
.6. Kesimpulan 16
7. Refleksi 17-18
8. Bibliografi 19-20
9. Borang Kolaborasi 21
10. Lampiran 23
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
20/22
ii
Pengenalan
Taman asuhan kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana
empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga
dengan upah. Sebelum menubuhkan sebuah taska, pengusaha perlulah
mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan
Penubuhan TASKA berharga RM 10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau pun
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya,
menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis
Berkuasa Tempatan, jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
Sekiranya masih terdapat kekeliruan, pemohon boleh berhubung terus dengan
mana-mana pegawai Taska di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang
berkaitan kerana mereka lebih mahir dengan kehendak 3 agensi teknikal
setempat.
Pemohon akan mendaftarkan operasi Taskanya samada dengan Pejabat
Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. Pemohon perlulah mengemukakan
permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya
dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen
sokongan yang lengkap.
Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti
harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan
melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2). Pemohon mengemukakan
permohonan pendaftaran Taska ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
21/22
Semua Taska adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan Akta yang
diperuntukkan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman
Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
3
Kesimpulan
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah
Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4
tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun. Oleh itu,Taska adalah tempat yang memberi
perkhidmatan awal kanak-kanak secara tidak formal. Kanak-kanak yang berumur
4 tahun ke bawah akan di beri pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan
usia dan kebolehan mereka. Ini adalah sebagai persediaan kepada mereka
sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan pendidikan Prasekolah yang
lebih formal.
Di Malaysia, agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-
kanak. Berbagai agensi swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan
Taska di pejabat, kilang-kilang dan badan-badan korporat.
Penubuhan Taska di tempat kerja ini bertujuan untuk memberi kemudahan
penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja. Manakala pengusaha
persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di persekitaran
kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.
Ibubapa akan berasa lebih yakin akan keselamatan anak-anak mereka
sepanjang mereka di tempat kerja dengan jagaan yang diberikan oleh pengasuh-
pengasuh di taska. Ini adalah kerana pihak taska adalah tertakluk kepada Akta
dan peraturan yang wajib dipatuhi dalam memastikan hak kanak-kanak
dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.
-
7/30/2019 Akta Taman Asuhan Kanak
22/22
16
.