pengenalan akta taman asuhan kanak-kanak …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/taska_jkm.pdf · minimum...

12
TASKA PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308] Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan. DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR “Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Upload: ledieu

Post on 01-Feb-2018

591 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

TASKA

PENGENALAN

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana

premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur

empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang

didaftarkan di bawah seksyen 7.

Page 2: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil

bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan

dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang

melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan

KATEGORI TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

1. TASKA Di Institusi

Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan

Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2. TASKA Di Tempat Kerja

Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan

Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA Komuniti

Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan

Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang

berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4. TASKA Di Rumah

Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan

Dijalankan di kediaman sendiri

Page 3: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar

Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.

2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti

berikut :

Pihak Berkuasa Tempatan

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Kesihatan

Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

LANGKAH MEMPERMUDAHKAN PENDAFTARAN

JKM telah mengambil langkah mempermudahkan proses pendaftaran TASKA bagi

memenuhi keperluan selaras dengan peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan

TASKA. Langkah ini membolehkan TASKA sedia ada yang telah memenuhi standard

minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi

teknikal yang berkaitan.

STANDARD MINIMUM JKM

Page 4: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual

berikut;

2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;

3. Sekurang-kurangnya salah seorang pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh

kanak-kanak di TASKA hendaklah mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas

Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf oleh

JKM (*);

4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi

seorang kanak-kanak di TASKA Rumah atau 3.5 meter persegi bagi seorang

kanak-kanak di TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti;

5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual

aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;

6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat

dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;

Page 5: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;

8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA;

9. Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.

(*) Semua Pengusaha, Pengurus, Penyelia dan Pengasuh di TASKA wajib hadir dan

lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak atau Kursus Asuhan PERMATA selewat-

lewatnya dalam tempoh 1 tahun bekerja di TASKA.

PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

1. Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan.

2. Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari

bekerja.

3. Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA Di Rumah

dan RM250.00 bagi TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.

4. Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah

Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan

terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.

5. Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).

6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.

Page 6: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL

Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak

mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA

(Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak

2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

1. Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan

2. Pembatalan Pendaftaran

3. Arahan TASKA ditutup sementara

4. Lak (seal)

5. Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh :

a) didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak

melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;

b) bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM

20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau

kedua-duanya.

SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA INSTITUSI SEKTOR

SWASTA

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan kelangsungan

daripada inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan

Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) yang diumumkan dalam pembentangan

Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 oleh YAB Perdana Menteri.

Objektif utama:

Page 7: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

(i) Meringankan beban ibubapa atau penjaga yang berpendapatan rendah dan

sederhana bagi menampung kos yuran pengasuhan TASKA.

(ii) Meningkatkan enrolmen dan peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk

mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti di TASKA yang berdaftar

dengan JKM.

(iii) Menyokong penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan dengan penyediaan

sistem sokongan bagi asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

Kriteria kelayakan:

(i) Kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun yang mendapat asuhan di TASKA

berdaftar dengan JKM. Pemberian insentif terhad untuk 2 orang kanak-kanak

bagi setiap ibu bapa atau penjaga.

(ii) Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berpendapatan perkapita RM900 sebulan

ke bawah. Salah seorang ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.

(iii) Kanak-kanak hendaklah dihantar ke TASKA Institusi yang berdaftar dengan

JKM. Pengusaha TASKA adalah warganegara Malaysia dan memiliki akaun

semasa atau simpanan atas nama TASKA.

Borang Permohonan:

(i) Ibubapa atau penjaga boleh memuat turunkan borang permohonan yuran

asuhan di laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my)

(ii) Pengusaha TASKA perlu menyemak permohonan ibu bapa atau penjaga dan

merujuk kepada Senarai Semak Pengusaha.

Page 8: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

(iii) Permohonan tersebut kemudian boleh di emel kepada

[email protected] atau pos ke alamat Bahagian Kanak-Kanak.

Dokumen sokongan (Ibu bapa/Penjaga):

i) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga

ii) Salinan MyKid / sijil lahir kanak-kanak / sijil anak angkat/pelihara

iii) Salinan resit yuran bulanan TASKA

iv) Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU

v) Salinan sijil kematian/sijil cerai bagi ibu bapa/penjaga yang berkenaan

vi) Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata

pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau

pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/Penghulu/JKKK/ kakitangan

awam kumpulan Pengurusan dan Profesional

vii) Salinan sijil lahir / kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung

Dokumen sokongan (Pengusaha):

i) Salinan kad pengenalan pengusaha

ii) Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA

iii) Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan

iv) Surat akuan/pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun

pertubuhan atau perkongsian

Proses Permohonan dan Kelulusan:

Page 9: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal
Page 10: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

BANTUAN KHAS KANAK-KANAK TASKA SWASTA

Kerajaan telah menyediakan Bantuan Khas bagi kanak-kanak yang dihantar ke TASKA

swasta. Bantuan Khas “one off” sebanyak RM100 seorang kanak-kanak ini bertujuan

untuk meringankan beban ibu bapa/penjaga membuat persiapan keperluan bagi

menghantar kanka-kanak ke TASKA swasta. Pada masa yang sama menggalakkan

pengusaha TASKA swasta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada kanak-

kanak.

Syarat kelayakan:

(i) Tiada syarat kelayakan pendapatan ibu bapa/penjaga

(ii) Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun

(iii) Berada di TASKA berdaftar dengan JKM

Cara memohon:

(i) Ibu bapa/penjaga melengkapkan Borang Permohonan

(ii) Pengusaha TASKA melengkapi maklumat kanak-kanak dalam SMPK.

SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA TEMPAT KERJA

SEKTOR AWAM

Dalam Dasar Bajet 2014, Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi yuran

pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan

Awam yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. Pemberian subsidi

Page 11: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

yuran pengasuhan TASKA ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah empat

(4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA berdaftar dengan JKM.

Kadar subsidi yang diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum

RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha

TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi

RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

[Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008].

SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK TASKA TEMPAT KERJA

SEKTOR SWASTA

Dalam pembentangan bajet 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan insentif

bagi TASKA di Tempat Kerja Sektor Swasta iaitu :

i. insentif kepada majikan melalui pemotongan cukai sebanyak dua kali ke atas elaun

atau subsidi yang diberikan kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan

kemudahan TASKA dan pusat jagaan kanak-kanak; dan

ii. pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan

industri pada kadar 10% setahun turut diberikan kepada pengusaha TASKA dan

pusat jagaan kanak-kanak swasta.

[Sila rujuk Warta Kerajaaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan

(Elaun Bangunan Industri)(Taman Asuhan Kanak-Kanak) 2013 dan Warta

Kerajaaan Persekutuan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 2013.]

Page 12: PENGENALAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK …gissvr.mbi.gov.my/simap/fusion/TASKA_JKM.pdf · minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal

TASKA KOMUNITI (TASKA PENYAYANG 1MALAYSIA)

TASKA Komuniti adalah untuk menyediakan peluang pengasuhan dan pendidikan awal

kanak-kanak yang berkualiti, khususnya bagi keluarga yang berpendapatan rendah di

kawasan bandar dan luar bandar.

Konsep TASKA Komuniti 1Malaysia telah diumukan oleh YAB Perdana Menteri pada 15

Oktober 2010 adalah berteraskan setiap kanak-kanak di Malaysia perlu mendapat

pendedahan awal mengenai norma, budaya, kepercayaan, bahasa dan sifat

menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian nilai etnik di Malaysia boleh

diterapkan kepada kanak-kanak sejak awal usia agar perpaduan dapat diperkukuhkan

lagi. Peningkatan nilai 1Malaysia akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan

negara.

Untuk menyokong penubuhan TASKA Komuniti 1Malaysia, JKM menyediakan Geran

Penubuhan sebanyak RM55,000.00 sekaligus kepada pengusaha yang layak dan

geran operasi sebanyak RM64,000.00 setahun tertakluk kepada bilangan 30 orang

kanak-kanak yang layak menerima subsidi (pendapatan keluarga di bandar seisi rumah

RM2,000.00 dan di luar bandar RM1,200.00).