akta-pendidikan-1996

Upload: fatenamirah

Post on 08-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AKTA-PENDIDIKAN-1996

TRANSCRIPT

2

1. Pendahuluan.Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang diguna pakai dalam sistem pendidikan masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem pendidikan dan menjadikan sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu. Ini boleh dibuktikan dengan menyingkap sejarah perundangan dalam pendidikan negara serta huraian sebahagian daripada akta-akta yang telah dilaksanakan.

2. Perundangan Dalam Bidang Pendidikan. Menurut Tie Fatt Hee (2002), kemampuan menyediakan suatu sistem pendidikan yang berkualiti dalam sesebuah masyarakat majmuk bergantung pada rangka perundangan pendidikan negara tersebut. Di Malaysia, dasar pendidikan yang disarankan dalam Akta Pelajaran 1961 berusaha untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak Negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

3. Perubahan Rangka Perundangan Malaysia.Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negar telah melalui beberapa fasa perkembangan. Secara umumnya, perkembangan rangka perundangan pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:a) fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris;b) fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan;c) fasa perlaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dand) fasa perlaksanaan Akta Pendidikan 1996.(Tie, F. H. 2002)

3.1 Fasa Pentadbiran InggerisPada fasa pertama, pendorong terpenting dalam reformasi pendidikan ialah usaha pembentukan satu identiti kebangsaan (common nationality). Ini digalakkan melalui semangat nasionalisme, proses Malaysianisasi, dan kepentingan pendidikan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan. Ini bermakna, langkah awal untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan yang bersepadu telah bermula. (Tie, F. H. 2002)

3.2 Fasa Selepas Perang Dunia KeduaSelepas Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme yang semakin membara telah membawa perubahan dalam arena politik negara. Keadaan ini meninggalkan kesan tertentu terhadap dasar pendidikan negara.Proses pembentukan semula sistem pendidikan bermatlamat untuk manyatupadukan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia Kedua yang menekankan pendidikan kepada pelajar berdasarkan kaum telah membawa kepada satu masalah yang serius kerana dasar tersebut telah mewujudkan unsur perkauman di sekolah. (Tie, F. H. 2002)Bagi mengatasi masalah tersebut,pelbagai laporan kajian seperti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dibentangkan. Cadangan dalam kedua-dua laporan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh kerajaan dan hasilnya, Ordinan Pelajaran 1952 telah diperkenalkan. Walaubagaimanapun, masalah peruntukan kewangan yang sangat terhad pada masa itu telah menghalang pelaksanaan Ordinan Pelajaran 1952 dengan sepenuhnya. Pada tahun 1957, Cadangan laporan jawatankuasa yang diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Dato Hussein yang juga dikenali sebagai Laporan Razak telah diterima oleh Majlis Perundangan dan diterbitkan. Akhirnya, cadangan Laporan Razak telah di luluskan dan diimplimentasikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.

3.3 Akta Pelajaran 1961Dasar pelajaran di negara kita sekarang berasaskan pada pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 seperti berikut : Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan suatu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi , dan politiknya : dengan dasar itu , dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awalan yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibu bapa mereka. (Hasan, A. F. 2003).Walaubagaimanapun, selepas 35 tahun sistem pendidikan kebangsaan ditadbir dibawah peruntukan Akta Pelajaran 1961, ia tidak lagi dipandang relevan bagi menghadapi proses perubahan yang pesat dan dinamik. Oleh itu Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.

3.4 Akta Pendidikan 1996Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996 )Akta Pendidikan 1996 merupakan salah satu daripada akta yang telah diluluskan oleh Parlimen untuk menstrukturkan semula sistam pendidikan Negara. Akta ini menyediakan satu rangka perundangan yang sesuai untuk sistem pendidikan kebangsaan, rangka kurikulum untuk pengajaran dan menetapkan suatu standard yang sesuai untuk pendidikan guru. Dasar pendidikan lama seperti yang dinyatakan dalam akta pelajaran 1961 adalah untuk membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang memfokuskan kepada pembangunan Negara. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, fokus ini telah bertukar kepada perkembagan potensi individu. (Tie, F. H. 2002)

4. Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996.Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeriPendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. (http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html#_Toc456785593) Menurut Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu (2001), Datuk Dr.Syed Othman Al-Habshi juga dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk Dasar dan Perlaksanaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di dalam Kongres Pendidikan Melayu 2001 telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang terlaksana dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu : a) Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara; b) Sisitem Pendidikan Kebangsaan Didefinisikan secara jelas yang meliputi semua peringkat termasuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan pasca menengah dan pendidikan tinggi;c) Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam system pendidikan kebangsaan ;d) Pendidikan swasta dikawal selia melalui akta lain;e) Kurikulum kebangsaan diperuntukkan;f) Peruntukan peperiksaan awam perlu dipatuhi;g) Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib;h) Peruntukan bahasa Cina, Tamil, dan Bahasa Orang Asli;i) Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun;j) Pendidikan lepas menengah;k) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan;l) Peruntukan pendidikan khas;m) Maktab-maktab perguruan;n) Pengajaran Agama Islam dan Moral.Secara kesimpulannya Akta Pendidikan yang dilaksanakan telah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dinikmati bukan sahaja kepada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi juga kepada semua kaum yang ada di Malaysia. Kurikulum yang telah diselaraskan juga menjadikan sistem pendidikan negara lebih sistematik dan seragam. Akta ini juga memberi peluang kepada peningkatan dan memantapkan program lepasan sekolah seperti di polteknik dan maktab-maktab perguruan.

5. Akta Pendidikan yang berkaitan dengan Teknik dan Vokasional.Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2003), menyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), akta-akta mengenai Pendidikan Teknik dan Vokasional boleh didapati di Bahagian IV, Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Bab 4 - Pendidikan Menengah

Seksyen 30. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut: (a) sekolah menengah akademik; (b) sekolah menengah teknik; dan (c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.

Bab 6 - Institusi Pendidikan Lain

Seksyen 34. Institusi pendidikan lain.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut:(a) maktab-maktab, selain daripada maktab-maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; (b) sekolah khas; (c) politeknik, dan (d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

(3) Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang Tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).

Bab 7Pendidikan Teknik dan Politeknik

Seksyen 35. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain.

(1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik di (a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau (b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan teknik termasuklah penyediaan (a) latihan kemahiran; (b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; (c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan (d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.

Seksyen 36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri.

Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(c) boleh(a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan(b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.

Seksyen 37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional.

(1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud (a) melaksanakan pemindahan teknologi; (b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru, pekerja- pekerja dan murid-murid politeknik itu; dan (c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru-gurunya.(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa Terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.

Seksyen 38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.

(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.

Seksyen 39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik.

Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpamenjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi

(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;

(b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik;

(c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain;

(d) disiplin murid;

(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana- mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan

(f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

Kesimpulannya, Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dimantapkan dengan adanya perlaksanaan Akta Pendidikan 1996. Kementerian telah diberi tanggungjawab untuk membantu pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah mahupun pasca sekolah. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan dan juga penubuhan serta penyelenggaraan institusi pendidikan. Menteri juga diberikuasa untuk meluluskan dan memastikan program yang disediakan oleh politeknik adalah bersesuaian.

6. Rujukan

Dato Abdul Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTOR SDN. BHD. 2003.

Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu, Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1-2 September 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, 2001.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan- peraturan terpilih, International Law Book Services, 2003.

Tie Fatt Hee, Undang-undang Pendidikan di Malaysia, Fajar Bakti SDN. BHD. 2002.

Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996.

http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html#_Toc456785593.