power point akta 1996

Upload: rohana-abdul-hamid

Post on 17-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

akta 1996

TRANSCRIPT

  • Pendidikan Wajib Untuk Semua ( Akta Pendidikan 1996 ) Dan Implikasi Pelaksanaan Pendidikan Wajib Melalui Akta Pendidikan 1996.

    Disediakan Oleh :Nik NabilaMohd Haikal

  • Pengenalan Akta Pendidikan 1996Suatu himpunan dasar-dasar legislatif yang berupa undang-undang dalam pelbagai dimensi dan perkara tentang sistem dan urusan pendidikan di Malaysia.

    Merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961.

  • Merupakan perundangan yang baru dan ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.

    Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

  • Matlamat Akta 1996

    Untuk mewujudkan kesejahteraan masyarakat dan negara.

  • Tujuan Akta 1996Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang agar sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

    Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

  • Fungsi Akta 1996Memelihara hak dan kepentingan awam.

    Mengagihkan sumber dengan saksama.

    Memelihara hak dan pembangunan individu.

  • Mendisiplinkan individu dan organisasi.

    Memastikan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

    Meningkatkan kualiti operasi dan pembangunan organisasi awam.

  • Akta 1996Falsafah Pendidikan Negara dijadikan sebagai landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambil kira pandangan dan aspirasi semua pihak.

    Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

  • Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

    Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

    Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

  • Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan diwajibkan mengambil peperiksaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dengan itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

    Pendidikan Islam akan diperluaskan meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan lagi dengan menjadikan pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

  • Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

    Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

  • Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik.

    Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukar taraf ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran.

  • Politeknik juga boleh mengadakan program berkembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

    Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

  • Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut.

    Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

  • Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

    Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta.

  • Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

    Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.

    Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

  • Surat Pekeliling Pendidikan Wajib

  • Akta Pendidikan 1996akta pendidikan 1996.pdf

  • Implikasi Pendidikan Wajib Melalui Akta Pendidikan 1996

  • Progam Pendemokrasian Pendidikan dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditentukan..

  • Setiap kanak-kanak yang cukup umur akan ke sekolah seterusnya tidak ketinggalan dalam peluang pendidikan yang disediakan

  • Matlamat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan akan direalisasikan mengikut program pendidikan yang dirancangkan.

  • Memastikan setiap orang dapat pendidikan yang sempurna,demi menjadi rakyat yang berguna dan sanggup memelihara kesejahteraan diri dan keluarganya,serta memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara.