akta pendidikan 1996

12
Akta Pendidikan 1996 GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3109 HAFIZ HAKIM WAN NAIM

Upload: memerang16

Post on 26-Jul-2015

446 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3109

HAFIZHAKIM WAN NAIM

Page 2: Akta Pendidikan 1996

Pengenalan• merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran

1961.

• bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan

sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk

menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu

tinggi dan bertaraf dunia.

• Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama 

Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan

kebangsaan.

• Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang

masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Page 3: Akta Pendidikan 1996

Tujuan Penggubalan Akta Pendidikan 1996

• memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan

mengenai pendidikan.

• Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi

generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang

bermutu tinggi.

• Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan

bidang pendidikan.

• mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga

tahap pendidikan tinggi  termasuk kerajaan dan sawasta.

• memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama.

Page 4: Akta Pendidikan 1996

• penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah

melalui kurikulum kebangsaan.

• menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang

sama.

• Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

• memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

• mempertingkatkan pendidikan teknikal.

• memperkukuhan latihan perguruan.

• pendidikan swasta yang lebih sistematik.

• memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

Page 5: Akta Pendidikan 1996

Kandungan Akta Pendidikan 1996

• Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di

Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan

swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas

tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

• Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai

mata pelajaran wajib di semua sekolah.

• seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu

mengikut kurikulum kebangsaanmelainkan yang dikecualikan.

• Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar

untuk PeperiksaanAwam, melainkan yang dikecualikan.

Page 6: Akta Pendidikan 1996

• Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk

menubuh dan menyenggara tadika.

• Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik

mengadakan kursus pengajian atau program latihan

bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan

mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

• seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab

pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma

atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan

universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.

• seksyen 40, yang membolehkan Menteri

mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau

di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Page 7: Akta Pendidikan 1996

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan Prasekolah-pendidikan bagi murid dari umur empat hingga enam tahun

Pendidikan Rendah-kursus pengajian peringkat rendah selama enam tahun.

Pendidikan Tinggi-Pendidikan yang disediakan oleh institut pendidikan tinggi untuk diploma dan ijazah.

Pendidikan Menengah-Terbahagi kepada menengah rendah dan menengah tinggi.

Pendidikan Lepas Menengah-Pendidikan selepas tamat menengah tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

Page 8: Akta Pendidikan 1996

SEKOLAH

Sekolah Kerajaan- Sekolah yang ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan

Sekolah Bantuan Kerajaan-Sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.

Sekolah Swasta- Sekolah persendirian di mana pembiayaan sepenuhnya dilakukan oleh pihak persedirian

Sekolah Kebangsaan-Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.-Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.-Kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil perlu diadakan jika ada permintaan ibu bapa lima belas orang murid sekolah tersebut.

Sekolah Jenis Kebangsaan-Menggunakan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. -Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

Page 9: Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Khas-Tempoh untuk murid dalam program Pendidikan Khas tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan menengah.- Kurikulum perlu mematuhi kehendak Kurikulum Kerajaan

Pengajaran Agama Islam-Sekiranya terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberi pengajaran Agama Islam.

Pengajaran Agama Selain Agama Islam-Boleh melaksanakan pengajaran agama selain agama Islam untuk murid tatapi peruntukan itu tidak dibiayai kerajaan.- Tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan keizinan ibu bapa secara bertulis.

Page 10: Akta Pendidikan 1996

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama-Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan.

Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah-Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.- Telah ditetapkan bahawa murid akan memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan nilai pada akhir tempoh persekolahan masing-masing.

Page 11: Akta Pendidikan 1996

Peraturan – PeraturanPendidikan

Kurikulum Kebangsaan, 1997• Menggariskan matapelajaran teras,wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan Tingkatan 6.• Ketua Pendaftar berkuasa meminda jadual waktu dan sukatan pelajaran.

Pendidikan Khas, 1997• Program pendidikan untuk pelajar kecacatan pendengaran atau penglihatan atau masalah pembelajaran.

Penilaian dan Peperiksaan, 1997Fungsi Lembaga Peperiksaan• Memantau, menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)•Mengendalikan peperiksaan.

Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998• Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran majalah sekolah dan bahan multimedia.•Kuasa dan fungsi jawatankuasa.

Persatuan Sekolah, 1998• Kelulusan Pengetua/ Guru Besar untuk menubuhkan persatuan.• Kategori persatuan.• Penasihat persatuan dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar.

Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998• Diguna pakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.• Anak warganegara dan bukan warganegara•Pertukaran sekolah dengan kebenaran Pengarah Pendidikan.

Page 12: Akta Pendidikan 1996

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan• Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan akta.• Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat

persekolahan.• Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh.• Kurikulum diselaraskan.• Peperiksaan yang sama.• Pendidikan Islam diperluas.• Pendidikan prasekolah diperluas.• Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah.• Pendidikan guru diperkukuh.• Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih

sistematik.• Pendidikan khas diberi tumpuan.