akta oku

23
AKTA OKU 2008 Oleh: JACQUAN BINTI TANIUS KARTINI BINTI JAPAR SITI KHODIJAH BINTI AHMAD ROSLAN

Upload: kartini-japar

Post on 06-Sep-2015

364 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Akta OKU

TRANSCRIPT

AKTA OKU 2008

AKTA OKU2008Oleh:JACQUAN BINTI TANIUSKARTINI BINTI JAPARSITI KHODIJAH BINTI AHMAD ROSLANMenurut World Health Organization (WHO) (2011) Orang Kurang Upaya (OKU) dianggap sebagai Orang Kurang Upaya yang memenuhi kriteria dalam takrif seperti mempunyai kecacatan fizikal atau mental, jangka panjang atau pendek dan tidak mempunyai hak yang sama di dalam bidang kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan.

Di Malaysia, menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 Orang Kurang Upaya (OKU) didefinasikan sebagai "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".DEFINISI ORANG KURANG UPAYA (OKU)Berbeza dengan undang-undang bertulis atau lebih spesifik disebut statut, Akta ini telah dimulakan dengan satu bahagian Mukadimah. Tidak semua akta-akta yang digubal dan diluluskan di Parlimen Malaysia mempunyai mukadimah sepertimana Akta ini dan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Secara umumnya, sesuatu Mukadimah pada awal statut tidaklah menjadi suatu yang mengikat atau punyai kuatkuasa yang tersendiri. Namun sistem perundangan termasuklah di Malaysia mengiktiraf bahawa mukadimah dalam sesuatu statut amat penting bagi menafsir dan menentukan niat penggubal perundangan kepada statut tersebut.PENGENALAN : AKTA OKU 2008 (685)Akta Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditubuhkan setelah mendapat kelulusan daripada Parlimen Malaysia maka tertubuhlah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) di bawah undang-undang Malaysia.

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) telah mendapat perkenan Diraja pada 9 Januari 2008 dan telah diisytihar dalam Warta pada 24 Januari 2008.

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) telah merangkumi kesemua keperluan yang diperlukan, bermanfaat serta menjadi rujukan utama kepada Orang Kurang Upaya (OKU). PENGENALAN : AKTA OKU 2008 (685)Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 mengiktiraf bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara Orang Kurang Upaya (OKU) dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan mereka dalam masyarakat. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh Orang Kurang Upaya (OKU) kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya. Selain itu, Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat. PENGENALAN : AKTA OKU 2008 (685)Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) adalah berhak kepada peluang dan perlindungan serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Justeru itu, Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 mengiktiraf kepentingan kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat.PENGENALAN : AKTA OKU 2008 (685)Terdapat lima bahagian utama dan 46 seksyen dalam Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) iaitu :1)Bahagian I PermulaanSeksyen 1 : Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasaSeksyen 2 : Tafsiran

2)Bahagian II Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang UpayaSeksyen 3 : Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang UpayaSeksyen 4 : Anggota silih gantiSeksyen 5 : Pembatalan pelantikanSeksyen 6 : Keterhentian keanggotaanSeksyen 7 : Mesyuarat MajlisSeksyen 8 : Setiausaha MajlisBAHAGIAN & SEKSYEN : AKTA OKU 2008 (685)Seksyen 9 : Fungsi MajlisSeksyen 10 : Majlis hendaklah dibantu oleh JabatanSeksyen 11 : Penubuhan JawatankuasaSeksyen 12 : Pewakilan fungsi dan kuasaSeksyen 13 : Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undangSeksyen 14 : Tanggungjawab KerajaanSeksyen 15 : Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dan lain-lainSeksyen 16 : Tanggungjawab sektor swasta dan penubuhan bukan kerajaanSeksyen 17 : Tindakan susulanSeksyen 18 : DanaSeksyen 19 : Laporan tahunanBAHAGIAN & SEKSYEN : AKTA OKU 2008 (685)3) Bahagian III Pelantikan Ketua Pendaftar, dan lain-lain dan Pendaftaran Orang Kurang UpayaSeksyen 20 : Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan PendaftarSeksyen 21 : Daftar Orang Kurang UpayaSeksyen 22 : Permohonan bagi PendaftaranSeksyen 23 : Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat tambahanSeksyen 24 : Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftarSeksyen 25 : Pengeluaran Kad OKU4)Bahagian IV : Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Orang Kurang UpayaBab 1 : KebolehaksesanSeksyen 26 : Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awamBAHAGIAN & SEKSYEN : AKTA OKU 2008 (685)Seksyen 27 : Akses kepada kemudahan pengangkutan awamSeksyen 28 : Akses kepada pendidikanSeksyen 29 : Akses kepada pekerjaanSeksyen 30 : Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologiSeksyen 31 : Akses kepada kehidupan berbudayaSeksyen 32 : Akses kepada rekreasi, santai dan sukanBab 2 : Habilitasi dan rehabilitasiSeksyen 33 : Habilitasi dan rehabilitasiSeksyen 34 : Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lainBab 3 : KesihatanSeksyen 35 : Akses kepada kesihatanSeksyen 36 : Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnyaSeksyen 37 : Pengadaan personel kesihatanBAHAGIAN & SEKSYEN : AKTA OKU 2008 (685)Bab 4 : Perlindungan orang dengan ketidakupayaan terukSeksyen 38 : Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosialSeksyen 39 : Pengertian orang dengan ketidakupayaan terukBab 5 : Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaanSeksyen 40 : Akses kepada bantuan5)Bahagian V AmSeksyen 41 : Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undangSeksyen 42 : Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948Seksyen 43 : Kuasa membuat peraturan-peraturanSeksyen 44 : Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuatSeksyen 45 : Kecualian dan peralihanSeksyen 46 : Pencegahan anomaliBAHAGIAN & SEKSYEN : AKTA OKU 2008 (685)Terdapat pelbagai kategori yang diberikan oleh pelbagai pihak. Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) menurut American with Disabilities Act 1990 terdapat lima aspek Orang Kurang Upaya iaitu :1)Aspek mental2)Aspek fizikal3)Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)4)HIV/AIDS5)Kumpulan Orang Kurang Upaya yang minoriti KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)menurut WHO (2011) Orang Kurang Upaya (OKU) terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu :Kecacatan fizikal iaitu seseorang terhalang yang disebabkan oleh keadaan fizikal dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi dan vokasional. Contohnya ialah autism, musculor dystropy, spina bifida, kecacatan anggota kongenital, lelangit dan bibir

2) Kecacatan mental iaitu keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas. Contohnya ialah down syndrome

3) Kecacatan sensor melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contohnya ialah pekak dan buta.KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)konteks Malaysia menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada tujuh kategori iaitu :1)Kurang upaya pendengaran iaitu individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran iaitu :a)Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)b)Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)c)Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)d)Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)2) Kurang upaya penglihatan iaitu individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan terbahagi kepada dua iaitu :

Buta (blind) iaitu penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation

b) Penglihatan terhad (low vision/partially sighted) iaitu penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)3) Kurang upaya fizikal iaitu seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini menjejaskan keupayaannya. Kategori ini termasuklah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, musculor dystropyn dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)4) Masalah pembelajaran iaitu seseorang yang mengalami masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).

5) Kurang upaya pertuturan iaitu individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar

6) Kurang upaya mental iaitu seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah skizofrenia, mood disorder dan organic mental disorder yang serius dan kronik.

7) Kurang upaya pelbagai iaitu individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima kategori lain yang sedia ada. Contohnya seseorang individu mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan kebajikan Masyarakat dan menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 adalah bertujuan untuk :1)Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini2)Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis- jenis kecatatan3)Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya4)Untuk menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.5)Warna Kad Kenal Diri OKU a)Fizikal Hijaub)Pendengaran Unguc)Penglihatan Birud)Masalah Pembelajaran Kuninge)Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambuf)Lain - lain - Coklat / OrenKEISTIMEWAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MALAYSIASetelah pendaftaran dilakukan, terdapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia yang menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 iaitu :1) Kemudahan pendidikana)Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengahb)Elaun RM300 bagi pelajar IPTc)Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran kementerian pelajarand)OUM ; Potongan 75% yuran pengajian2)Pengecualian bayaran rawatan perubatan di Hospital Kerajaana)Bayaran wad Kelas 3b)Bayaran pakarc)Bayaran ubatKATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)3) Pelepasan cukai pendapatana)Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKUb)Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yang OKUc)Pelepasan cukai sehingga RM5000 bagi membeli alat-alat khas OKUd)Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT)4)Pengecualian cukai jalan; Dengan Syarat;a)Kereta, van dan motosikal nasional sahajab)Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakatc)Pengecualian kepada pemohon sahajad)Sebuah kenderaan dalam satu masae)Memiliki lesen memandu yang sahKATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)5)Kemudahan pengangkutan iaitu tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)

6)Pengecualian bayaran untuk dokumen perjalanan dan kad pengenalan

7)Pengecualian duti import dan cukai jualan bagi semua peralatan yang direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dan sebagainya

8)Jagaan dan pemulihan di institusi seperti :a)Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan, Tawau dan Sandakan di Sabahb)Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU), Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)9)Telekomunikasi (Telekom Berhad) iaitu :a)Bayaran sewa bulanan dikecualikanb)Panggilan menunggu atau indaan secara percumac)Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj

10) Kemudahan asas seperti :a)kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan merekab)tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperti bas dan kereta api

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)