akk01- prosedur pengendalian ibu hamil di klinik kesihatan

12
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR PROSEDUR PENGENDALIAN IBU HAMIL DI KLINIK KESIHATAN NO KELUARAN : 04 NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01 NO PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014 PROSEDUR PENGENDALIAN IBU HAMIL DI KLINIK KESIHATAN NAMA TANDATANGAN DISEDIAKAN OLEH Dr Nur Syuhada bt Mohd Jaafar Pegawai Perubatan UD48 Cetakan komputer DISEMAK OLEH Dr Fazilahton Binti Rajulin Pegawai Perubatan UD54 Ketua Pengawal Dokumen Cetakan komputer DILULUSKAN OLEH Dr Hjh Hanihaselah bt Mohd Salleh Pakar Perubatan Keluarga UD54 Wakil Pengurusan Cetakan komputer

Upload: ija-irwan

Post on 08-Dec-2015

140 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

prosedur

TRANSCRIPT

Page 1: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR

PROSEDUR PENGENDALIAN IBU HAMIL DI KLINIK KESIHATAN

NO KELUARAN : 04

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01 NO PINDAAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 1 MAC 2014

PROSEDUR PENGENDALIAN IBU

HAMIL DI KLINIK KESIHATAN

NAMA TANDATANGAN

DISEDIAKAN OLEH

Dr Nur Syuhada bt Mohd Jaafar Pegawai Perubatan UD48

Cetakan komputer

DISEMAK OLEH Dr Fazilahton Binti Rajulin Pegawai Perubatan UD54 Ketua Pengawal Dokumen

Cetakan komputer

DILULUSKAN OLEH

Dr Hjh Hanihaselah bt Mohd Salleh Pakar Perubatan Keluarga UD54 Wakil Pengurusan

Cetakan komputer

Page 2: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 2 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menjalankan Klinik Ibu Hamil untuk mengesan dan mengenalpasti masalah bagi mengurangkan berlakunya mobiditi dan mortality bagi ibu dan bayi yang dikandungnya.

2.0 SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh petugas-pertugas kesihatan bagi menjalankan klinik antenatal di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Klinik Kesihatan Bandar Tenggara, Klinik Kesihatan Bandar Mas, Klinik Kesihatan Sening, Klinik Kesihatan Tanjung Sedili, Klinik Kesihatan Air Tawar 2, Klinik Kesihatan Bukit Besar,Klinik Kesihatan Lok Heng, Klinik Kesihatan Bukit Waha, Klinik Kesihatan Sungai Rengit, Klinik Desa Pasir Raja, Klinik Desa Batu 4, Klinik Desa Sibol / Pengeli, Klinik Desa Air Tawar 4, Klinik Desa Air Tawar 3, Klinik Desa Aping Timur serta Klinik Desa Teluk Ramunia.

3.0 RUJUKAN 3.1 : Manual Kualiti Pejabat Daerah Kota Tinggi 3.2 : Protokol Pengendalian Kes Ibu Hamil yang berisiko di PeringkatKlinik

Kesihatan bagi Negeri Johor (pindaan 2005)

3.3 : Prosedur kerja pengendalian ujian makmal 3.4 : Buku Garispanduan Cara Mengambil Dan Mentafsir

UkuranAntropometri, Klinikal Dan Biokimia 3.5 : Buku Protokol Garispanduan ’Homebased Card” 3.6 : Buku Senarai Semak Audit Klinikal Kejururawatan DalamPenjagaan

Kesihatan Primer Jilid 1 3.7 : Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu & Kanak-kanak untuk

Jururawat Kesihatan Edisi Ke 2. 3.8 : Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu & Kanak-kanak untuk

Jururawat Masyarakat Edisi Ke 2. 3.9 : Buku Panduan Untuk Rancangan Imunisasi Edisi Ke Tiga. 3.10 : Buku Panduan Sistem Maklumat Kesihatan Keluarga (HMIS) 3.11 : Buku Panduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna

Penjagaan Ibu Dan Anak (KKM) – 2003 3.12 : Buku Jadual Pelupusan Rekod Perubatan

Page 3: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 3 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

4.0 TERMINOLOGI

4.1 Antenatal : Ibu hamil 4.2 POG : Usia kandungan 4.3 HIV : Human Immunodeficiency Virus 4.4 VDRL : Venereal Diseases Reactive Lupus 4.5 RPR : Rapid Plasma Reagent 4.6 ABO & RH : Kumpulan darah dan faktor Rhesus 4.7 Antropometri : Pengambilan berat badan dan ukur tinggi 4.8 FKC : Fetal Kick Chart 4.9 FMS : Pakar Perubatan Keluarga 4.10 M&HO : Pegawai Perubatan dan Kesihatan 4.11 PP : Pegawai Pergigian 4.12 KJK : Ketua Jururawat Kesihatan 4.13 JK : Jururawat Kesihatan 4.14 JTMP : Juruteknologi Makmal Perubatan 4.15 PPF : Penolong Pegawai Farmasi 4.16 JM : Jururawat Masyarakat 4.17 PPK : Pembantu Perawatan Kesihatan 4.18 TPC : Teleprimary care 4.19 PZM : Pegawai Zat Makanan

Page 4: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 4 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

5.0 TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

5.1 Pendaftaran Terima pelanggan dan minta Kad RekodKesihatan KIK/1(a)/96 kandungan sebelumnya dan dokumen pengenalan diri.

JM / JK / PPK

5.2 Kenalpasti pelanggan Kenalpasti pelanggan baru, ulangan atau pindah masuk dan beri/ambil nombor giliran.Seterusnya pelanggan akan dikenakan caj rawatan mengikut kategori.

JM / JK / PPK

5.2.1 Bagi kes baru a) Temubual pelanggan dan dapatkan maklumat

seperti di dalam kad Rekod Kesihatan Ibu KIK / 1(a) / 96 danKIK / 1(b) / 96 .

b) Catat maklumat tersebut di dalam kad KIK / 1(a) / 96 dan KIK / 1(b) / 96. Atau rekod dalam TPC.

c) Isikan borang kebenaran untuk mengambil darah bagi ujian saringanantenatal .

d) Semua kes didaftarkan dan direkodke dalam Buku Daftar KIB 101, mengikut nombor siri contoh 1/2012.

e) Bagi kes yang bermasalah daftarkandibuku HRM lekatkan tagging di kad KIK/1(a) /96 dan KIK /1(b)/96 mengikut masalah yang sesuai dan kemaskini senarai semak

JM / JK / PPK

5.2.2 Bagi kes ulangan a) Cari kad KIK/1(b) /96 dan rekodkan dalam buku

Temujanji, Buku Daftar KIB 101 atau rekod dalam TPC.

JK / JM

5.2.3 Bagi kes dari luar kawasan yang telah didaftarkan dan berpindah masuk.

b) Temubual pelanggan dan dapatkanmaklumat seperti didalam kad rekod kesihatan ibu KIK/1(a)/96 dan dapatkan alamat serta nombor telefonterkini.

JK / JM

Page 5: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 5 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

c) Buatkan kad KIK/1(b) /96 yang baru dancatatkan maklumat ke dalam kad tersebut.

d) Daftarkan dan rekod kes ke dalam BukuDaftar KIB 101 dan bulatkannombor siri dengan dakwat merah.

5.3 Pemeriksaan Makmal

5.3.1 Pemeriksaan makmal akan dilakukanoleh- JTMP/ JK/JM untuk ujian air kencing (albumin dan gula pada setiap lawatan)

JTMP / JK / JM

5.3.2 Selain itu Ujian darah seperti di bawah: a) Haemoglobin :

Setiap bulan dan mengikut keperluan b) Kumpulan darah / rhesus :

Lawatan pertama bagi kes baru. c) VDRL/RPR :

Lawatan pertama bagi kes baru d) Saringan HIV :

Lawatan pertama bagi kes baru e) BFMP :

Bagi kes baru warga asing dan jikaperlu. f) RBS :Dari 24/52 -26/52minggu

5.4 Pemeriksaan anthropomentri dan vital sign

5.4.1 Pelanggan yang telah selesai ujianmakmal di panggil nama/ nombor giliranke bilik pemeriksaan oleh pemeriksa (KJK/JK/JM/PPK) untuk menjalani pemeriksaan anthropometri dan vital sign seperti berikut:

a) Pengambilan berat badan Timbang berat badan setiap kali lawatan ke klinik.

b) Ukuran tinggi Hanya di buat pada lawatan pertama bagi setiap ibu mengandung baru yang didaftar.

c) Tekanan darah Pemeriksaan ini di buat ke ataspelanggan pada tiap-tiap lawatan keklinik. Apabila keabnormalan dikesanperlu ditulis dengan dakwat merah

KJK / JK / JM

Page 6: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 6 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

5.4.2 BMI dikira untuk lawatan pertama jika usia kandungan bawah 12 mingguRekodkan hasil pemeriksaan dalam Kad KIK/1(a)/96 dan KIK/ 1(b)/96/atau rekod dalam TPC Pemeriksa mengira usia kandungan dengan menggunakan kalender gestasi dan dicatitkan dalam ruang POA yangdisediakan dalam KIK /1(a) /96 dan KIK / 1(b)/96 atau rekod dalam TPC .

KJK / JK / JM / PPK

5.5 Pemeriksaan am dan pemerhatian fizikal

Pemeriksaan am dan pemerhatian fizikal ibu hamil perlu dilakukan setiap kali lawatanSemua maklumat hasil pemeriksaan akan dicatatkan di dalam ruangan buku rekodkesihatan Ibu KIK /1(a)/96 dan KIK /1(b)/96 atau rekod dalam TPC

KJK / JK / JM

5.6 Membuat diagnosa dan tentukan jenis rawatan.

5.6.1 Pemeriksa seterusnya perlu mengisi senarai semak mengikut minggu kehamilan yang berkaitan dalam buku Rekod Kesihatan Ibu KIK /1(a)/96 danKIK 1/(b)/96

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.6.2 Pemeriksa perlu mencatatkan senarai faktor risiko yang dikesan.

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.6.3 Nasihat akan diberikan mengikut masalah semasa berdasarkan senarai semak pendidikan kesihatan ibu hamil.

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.6.4 Carta gerak anak (FKC) diterangkankepada ibu pada usia kandungan 28minggu ke atas

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.6.5 Rawatan hematinik diberikan kepada semua ibu hamil

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.6.6 Suntikan ATT akan diberikan kepada ibu hamil yang layak dan direkodkan Rekod Kesihatan Ibu KIK /1(a)/96 danKIK 1/(b)/96/ Buku Rekod ATT atau rekod DalamTPC

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.7 Rujukan

5.7.1 Pelanggan akan dirujuk ke M&HO untuk pemeriksaan mengikut faktor risiko

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.7.2 M&HO akan merujuk pelanggan kepada FMS sekiranya perlu

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

Page 7: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 7 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

5.7.3 Pelanggan akan dirujuk ke Pegawai Pergigian sekali sepanjang kelahiran dan direkodkan

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.8 Rawatan Rawatan diberi mengikut keperluan:

a) Pelanggan diberi suntikan ATT b) Pelanggan mengambil ubatan yang diarahkan di

unit Farmasi

FMS/M&HO / KJK / JK / JM

5.9 Temujanji Temujanji diberikan kepada klien dan direkodkan dalam Rekod Kesihatan Ibu KIK /1(a)/96 dan KIK /1(b)/96 /TPCRekod semua maklumat dalam KIB 101 dan buku Temujanji.

FMS/M&HO/KJK / JK / JM/PPK

Page 8: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 8 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

6.0 CARTA ALIR PENGENDALIAN IBU HAMIL DI KLINIK KESIHATAN

PEMERIKSAAN DAN PEMERHATIAN FIZIKAL

MEMBUAT DIAGNOSA DAN MENENTUKAN JENIS RAWATAN

RAWATAN

TEMUBUAL CARI KAD

TERIMA PELANGGAN

PENDAFTARAN

KENALPASTI PELANGGAN

PEMERIKSAAN

MAKMAL

PEMERIKSAAN ANTROPOMETRI DAN VITAL SIGN

M&HO/FMS/PEGAWAI PERGIGIAN/

PEGAWAI ZAT MAKANAN/KLINIK

PAKAR/HOSPITAL

TEMUJANJI

BALIK

RUJUKAN

JK / JM / PPK

JK / JM / PPK

JK / JM

JTMP / JK / JM

KJK / JK / JM

KJK/ JK / JM

KJK / JK / JM

FMS / M&HO / KJK / JK / JM

FMS / M&HO / KJK / JK / JM

FMS / M&HO / KJK / JK / JM

Page 9: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 9 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

7.0 REKOD KUALITI

BIL REKOD TEMPOH

PENYIMPANAN LOKASI

7.1 Rekod Kesihatan Ibu KIK1 /(a)/96

Bersama Pelanggan Pegangan Pelanggan

7.2 Rekod Kesihatan Ibu KIK1/ (b)/96

7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.3 Buku Daftar Jagaan Ibu Dan Bayi Baru Lahir KIB 101 Pind.2/2007

7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.4 Buku temujanji 7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.5 Rekod kedatangan ibu antenatal , suntikan tetanus toxoid dan pemantauan paras haemoglobin KIB 107 Pind 2/2007

7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.6

Buku Daftar Rujukan Komplikasi KIB 102

7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.7 Buku Pendaftaran HRM 7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.8 Borang KIB 201 A

3 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.9 Borang KIB 203 A

3 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.10 Borang KIB 206 A

3 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.11 Borang Preskripsi 6A.pin.3/96

5 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

7.12 Senarai Semak Pengendalian Ibu Hamil

7 tahun Klinik Kesihatan/Klinik Desa

Page 10: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 10 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

8.0 INPUT

8.1 SUMBER MANUSIA

Pakar Perubatan Keluarga

Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Pegawai Pergigian

Pegawai Sains Pemakanan

Pegawai Farmasi

Ketua Jururawat

Jururawat Kesihatan

Jururawat Masyarakat

Penolong Pegawai Farmasi

Juruteknologi Makmal Perubatan

Pembantu Perawatan Kesihatan 8.2 DATA / MAKLUMAT

Rekod Kesihatan Ibu KIK /1(a)/96

Rekod Kesihatan Ibu KIK /1(b)/96

8.3 PERALATAN

9.0 OBJEKTIF PROSES

9.1 OBJEKTIF KESELURUHAN Untuk menentukan ibu hamil berada dalam keadaan kesihatan yang

optima.

9.2 OBJEKTIF SUB PROSES 9.2.1 80% ibu hamil mempunyai paras Hemoglobin melebihi

11.0gm% pada 36 minggu kehamilan (kecuali kes Haemoglobinopathy) 9.2.2 80% ibu hamil dapat didaftarkan difasiliti kesihatan sebelum 12 mingguKehamilan 9.2.3 80% ibu hamil dilakukan lawatan kerumah sekurang kurangnya 3 kali sepanjang kehamilan.

Page 11: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 11 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

10.0 KLAUSA YANG BERKAITAN

4.2 Keperluan Dokumentasi 4.22 Manual Kualiti 4.2.3 Kawalan Dokumen 4.2.4 Kawalan Rekod 5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan 7.2 Proses-Proses Yang Berkaitan Dengan Pelanggan 7.5.1 Kawalan Pengeluaran Dan Penyediaan Perkhidmatan 7.5.3 Identifikasi Dan Kemudah kesanan

Page 12: Akk01- Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKK01

Page | 12 MS ISO 9001:2008

Prosedur Pengendalian Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan

REKOD PINDAAN

Adalah menjadi tanggungjawab pemegang dokumen ini untuk memastikan salinan dokumen terkawal ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan-pindaan yang dinyatakan di dalam Rekod Pindaan

TARIKH

HALAMAN DIPINDAAN

BUTIR-BUTIR PINDAAN DILULUSKAN NO KELUARAN

NO PINDAAN

M/S

01.03.2013 03 00 Keseluruhan Pindaan melebihi 50% dan

perubahan mukasurat daripada awal ke akhir

01.01.2014

04

00

Keseluruhan

Perubahan / Penambahbaikan format Dokumen mengikut keperluan yang lebih mudah Terdapat 50% pemegang prosedur telah bertukar dan terdapat cadangan pindaan dilakukan Terdapat perubahan sasaran dan KPI yang ditetapkan oleh JKNJ / KKM.