agment kesalahn penggunaan papan tanda

23
PENGENALAN Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.

Upload: cikgu-iqa

Post on 21-May-2017

285 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

PENGENALAN

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan

amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa

dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa

Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu

entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini

menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai

bangsa dan budaya.

Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu

perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya)

ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa

Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin

memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris,

dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan

menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan

Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba

untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami

antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,

yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu

yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak.

Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom

Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering

diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk

memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara

khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempakdan Kreko menggunakan bahasa yang

lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak

Page 2: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

LOKASI KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekitar kawasan Pulau Pinang. Ini kerana, tugasan ini

saya laksanakan semasa saya pergi bercuti ke pulau mutiara tersebut sewaktu cuti sekolah yang

lalu.

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Page 3: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

ANALISIS KAJIAN

Contoh Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia

Page 4: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek

tatabahasa. Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan

iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau

pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap

mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan

menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau

salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi

pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa

yang  digunakan pada  papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,

terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.

Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin

berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa

dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang

betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga

sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda

perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa

Page 5: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga

dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB.

Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan

mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan

pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan

pengesahan bahasa daripada DBPWS.

Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi

meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri

pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan

papan iklan.

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul. 

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan

masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau

pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap

mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan

menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau

salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi

pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa

Page 6: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,

terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.

Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:

i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”

ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “

iii. “Perlantikan” sepatutnya “Pelantikan “

iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “

Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa

Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam

buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian

banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda,

Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu

kerana umum sudah pun tahu.

Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna

bahasa Melayu.Contohnya kesalahan penggunaan kata “di” sebagai kata sendi nama dan

penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata “di”

sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:- 

1) Kerja pembersihan sedang di jalankan.

2) Di larang masuk 

3) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat… 

4) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini. 

Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama.

Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya

perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara

Page 7: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui

di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar

papan tanda di bawah. 

Gambar1 

Gambar 2 

Page 8: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Gambar 3 

Gambar 4 

Page 9: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Kata “di” dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja

namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Bagi kesalahan penggunaan “di” sebagai kata

sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai

makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney

ialah dalam ayat berikut: 

a) Kari kepala ikan ada dijual disini. 

Dalam ayat di atas penggunaan kata “di” ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk

menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata

“di” dieja secara rapat dengan perkataan “sini” yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga

dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan

gambar di bawah :

a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi. 

b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.

c) Menjadi yang pertama di kalangan…

Page 10: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Gambar5 

Gambar 6 

Gambar 7 

Page 11: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya

dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat. Selain itu, saya turut menemui kesalahan

ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja

perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan

kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat

dalam gambar di bawah : 

Gambar 8 

Page 12: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat

dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah: 

a) Happy hair is beautiful hair 

Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “ rambut yang sihat ialah rambut yang

cantik”. Penggunaan kata “happy” dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya. 

Gambar 9 

Page 13: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan

bahasa Melayu yang disertakan.Antaranya ialah perkataan ‘masuk’ dan “way in”.“Way in” jika

diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”. Selain itu, dalam ayat “kawalan

sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler control valves and pumps”

menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris “sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu.

Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan

lain yang boleh dilihat ialah: 

a) Ayat sumber, 

TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN 

Ayat sasaran, 

PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON 

b) Ayat sumber 

Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld.

Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada

tahun 1880an. 

Ayat sasaran 

Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used

to have sea frontage until land reclamation in 1880’s move. 

Gambar 10 

Page 14: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Gambar 11 

Gambar12 

Page 15: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Gambar 13 

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu

papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada

perkataan “SALE” di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang

menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat

dalam perkataan dan gambar di bawah : 

Page 16: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Gambar 14 

Gambar 15 

Page 17: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya,

kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif

dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina.Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih

Page 18: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan

Melayu. Saya mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka

bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila saya memasuki kedai, mereka

menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa

Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu. 

KESIMPULAN

Page 19: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda

Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini.

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah

dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan

yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada

pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat

awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam.

Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu

di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Negara kita. Kerajaan juga

perlu peka dengan aspek kesalahan ejaan serta bahasa yang terdapat pada setiap papapn tanda

yang terdapat di Negara kita. Ini kerana bahasa melambangkan bangsa. Kerajaan juga boleh

mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi

masalah.

Page 20: Agment Kesalahn Penggunaan Papan Tanda