papan tanda (for blog)

17
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412 Papan Tanda (Signboard) Pengenalan Papan tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis. Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dan sebagainya. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk. Menggabungkan bentuk, warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan. Sejarah Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberitahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada adab ke 19, sesetengah pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Kegunaan dan Fungsi i) Penunjuk arah ii) Penunjuk lokasi iii) Menyampaikan maklumat iv) Memudahkan atau melancarkan perjalanan 1

Upload: casirlyn-lie

Post on 06-Aug-2015

811 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Papan Tanda (Signboard)

Pengenalan

Papan tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis. Kebiasaannya

papan tanda digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dan

sebagainya. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk

pendidikan.

Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk.

Menggabungkan bentuk, warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan.

Sejarah

Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberitahu

pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada adab ke 19, sesetengah

pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan

tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan

papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan

tanda dengan menggunakan media mereka sendiri.

Kegunaan dan Fungsi

i) Penunjuk arah

ii) Penunjuk lokasi

iii) Menyampaikan maklumat

iv) Memudahkan atau melancarkan perjalanan

v) Mempromosikan sesuatu produk

1

Page 2: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Jenis-jenis Papan Tanda

i) Industri / Syarikat

ii) Pendidikan

iii) Lokasi

iv) Jalan

v) Banner syarikat

vi) Keselamatan

vii) Notis

viii) Iklan

Jenis-jenis seni reka papan tanda

i) Seni reka papan tanda tempat

Signboard ialah papan tanda yang menunjukkan sesuatu tempat

Signboard lokasi biasanya menunjukkan lokasi tersebut sudah semakin hampir

Untuk mempromosikan syarikat mereka

Merupakan signboard yang mempunyai tanda korporat

Penggunaan jenis tipografi yang jelas

Mudah dilihat dan dibaca

Penggunaan warna yang kontra supaya mudah dilihat

ii) Seni reka papan tanda industri atau syarikat

Merupakan papan tanda yang digunakan oleh syarikat-syarikat atau kilang.

Menggunakan papan tanda untuk mempromosikan nama produk mereka. Seperti

Toyota, Honda, Panasonic dan sebagainya.

Ciri-ciri Papan Tanda

2

Page 3: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

i) Biasanya papan tanda ini diletakkan pada hadapan bangunan milik mereka.

ii) Penghasilan papan tandanya ialah menggunakan tipografi dan ilustrasi yang telah

dipermudahkan.

iii) Seni Reka Papan Tanda Pendidikan merupakan papan tanda yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan

Golongan sasarannya ialah murid, guru, dan ibu bapa.

Ciri-ciri- Berunsurkan ilmiah- Memberi pengetahuan yang berguna.

Mesej yang ingin disampaikan tepat dan ringkas

Biasanya terdapat di kawasan sekolah

iv) Seni Reka Papan Tanda Jalan

Papan tanda jalan merupakan tanda yang berada di tepi jalan.

Papan tanda ini juga dikenali sebagai perabot jalan.

Memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya.

Menunjukkan arah dan jarak kejauhan sesuatu tempat.

Menggunakan simbol, anak patah atau tipografi.

5 Jenis Papan Tanda Syarikat yang Memikat Tetamu

3

Page 4: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

1) Papan tanda 3D

Logo 3D dan huruf yang menghasilkan kesan timbul, ketebalan dan dalam bentuk tiga

dimensi merupakan pilihan semua jenis perniagaan, dari sekecil-kecil kedai sehingga sebesar-

besar syarikat korporat. Pelbagai kemasan papan tanda yang boleh dihasilkan iaitu dari

kemasan brushed stainless steel, kayu, akrilik atau cermin.

2) Akrilik atau kaca

Papan tanda jenis akrilik atau kaca adalah pilihan kedua bagi syarikat-syarikat profesional.

Papan tanda jenis akrilik banyak digunakan berbanding kaca kerana bahannya yang ringan.

Memerlukan empat buah bolt dan nut dari bahan krom atau keluli tahan karat (stainless

steel), untuk mengikatnya bagi papan tanda bersaiz kecil dan sederhana.

3) Filem vinil

4

Page 5: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Papan tanda jenis filem vinil (frosted etch vinyl film) adalah alternatif kepada sand blasted

glass. Boleh digunakan untuk logo jenama syarikat atau sekadar dekorasi di dinding kaca

pejabat anda. Asasnya berwarna kelabu ais dan daripada bahan vinil. Selalu diaplikasikan di

pintu kaca utama pejabat. Papan tanda frosted yang tidak berwarna memberikan nilai

profesional, kemas, moden dan sofistikated.

4) Grafik digital

Jika logo jenis rumit dan terdapat banyak perincian. Pilihan papan tanda yang sesuai adalah

jenis grafik digital, yang boleh direka khas dan mengikut spesifikasi logo syarikat anda. Ia

boleh digunakan di pelbagai permukaan. Merupakan papan tanda yang kos efektif selain

mudah dipasang. Kemasan vinil digunakan kerana tahan lama dan kalis air.

5) Logo mural

5

Page 6: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Logo yang dicat atau disembur juga merupakan papan tanda yang berkos rendah. Papan tanda

jenis ini sesuai jika logo syarikat anda berciri asas dan berbentuk ringkas. Jika logo syarikat

anda mempunyai dua atau tiga tone warna lebih baik kerana nampak lebih kemas.

Pencahayaan Membantu Menyerlahkan Papan Tanda Syarikat

Bagi menyerlahkan lagi papan tanda, pencahayaan yang tepat dapat membantu. Lampu jenis

trek lampu dengan lampu sorot yang boleh diubah dan dialihkan darjah kedudukan lampunya

adalah pilihan yang sesuai.

Jenis-Jenis Papan Tanda Yang Lain

6

Page 7: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Langkah–langkah menghasilkan Papan Tanda

7

Page 8: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

1) Sediakan alat dan bahan

Pisau, Pembaris keluli, Papan Perspek dan Cat Sembur

Guna Hot Wire Strip Heater atau Plastik Strip Heater

2) Mengukur perspek dengan ukuran yang dikehendaki

8

Page 9: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

3) Memotong Perspek dengan menggunakan pisau dengan teliti.

4) Tulisan yang hendak ditetapkan pada papan perspek dicetak dahulu. Potong

9

Page 10: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

dengan pisau.

5) Letakkan perkataan di belakang papan perspek.

6) Bengkokkan tepi papan perspek

sebanyak 90 darjah.

a b

10

Page 11: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

c d

7) Letakkan suratkhabar di atas lantai.

11

Page 12: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

Gunakan cat sembur semburkan bahagian papan perspek yang diperlukan.

Yang lain ditutup dengan kertas.

Setiap warna yang digunakan perlu disembur lebih kurang 3 lapisan untuk

mendapatkan hasil yang lebih cantik dan jelas.

Setiap lapisan yang disembur perlu dibiarkan kering dahulu sebelum

disembur kali kedua dan ketiga.

Apabila satu warna telah siap, bolehlah buka kertas bahagian lain yang

perlu diwarnakan.

Proses yang sama dilakukan sehingga siap.

Contoh Hasil Papan Perspek Yang Telah Siap

12

Page 13: Papan Tanda (for Blog)

APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412

13