afidavit sokongan variatino order

34
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO: 24- -2012 Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 Dan Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980 Dan Dalam perkara penjagaan, pengawalan dan kustodi Davion Wong Xiang Zhe (L) Dan Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011 Antara Lew Yee Sing [No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif Dan Wong Wei Yee [No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan AFIDAVIT SOKONGAN

Upload: nanthini-rajarethinam

Post on 18-Jan-2017

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24- -2012

Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

Dan

Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980

Dan

Dalam perkara penjagaan, pengawalan dan kustodi Davion Wong Xiang Zhe (L)

Dan

Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011

Antara

Lew Yee Sing[No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif

Dan

Wong Wei Yee[No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, LEW YEE SING [NO.K.P: 780514-07-5086] seorang

warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No.

56, Jalan Teratai 3, Taman Seri Teratai, 13400 Butterworth,

Page 2: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Pulau Pinang dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan

seperti berikut:-

1. Saya adalah Plaintif yang dinamakan di atas.

2. Kecuali dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang

dideposkan dalam Afidavit ini adalah dalam pengetahuan

peribadi saya, dan/atau diperolehi dari rekod-rekod

saya yang mana saya mempunyai akses dan adalah benar

dalam semua butir-butir yang material.

3. Saya juga mengikrarkan Afidavit ini bagi menyokong

permohonan saya, untuk antara lainnya, hak penjagaan,

kawalan dan kustodi anak saya yang bernama Davion Wong

Xiang Zhe (L) dan akses munasabah diberikan kepada

Defendan.

4. Saya dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya

mempercayai dan mengatakan seperti berikut:-

(a) Menerusi Perintah bertarikh 19.8.2011, ianya telah

diperintahkan bahawa saya dan Defendan telah

diberi hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan

bersama “joint custody” terhadap anak yang bernama

Davion Wong Xiang Zhe (L) [“anak tersebut”].

2

Page 3: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Sesalinan Perintah bertarikh 19.8.2011 dan Dekri

Nisi untuk pembubaran perkahwinan bertarikh

19.8.2011 adalah dikemukakan dan ditunjukkan

kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “LYS-

1”.

(b) Semasa Perintah bertarikh 19.8.2011 tersebut

diberikan, saya sedang bekerja di Heritage Wealth

Management Pte Ltd sebagai Pengurus Perhubungan

Anaguaman [“Client Relationship Manager”] tetapi

Defendan tidak mempunyai sebarang sumber

pendapatan mahupun pekerjaan untuk menyara anak

tersebut. Atas dasar ini, saya telah menyara

kedua-dua Defendan sebelum dan sejak Perintah

bertarikh 19.8.2011 diperintahkan sehingga kini;

contohnya premium insurans Defendan telah dibayar

oleh saya sekian lama dan ini terbukti menerusi

salah satu pembayaran yang dibuat oleh saya

menerusi akaun Hong Leong Bank saya.

Sesalinan Penyata Akaun UOB Bank masing-masingnya

bagi tempoh 1.1.2012 ke 31.1.2012, 1.11.2011 ke

30.11.2011 dan 1.12.2011 ke 31.12.2011 dan Hong

Leong Bank bertarikh 9.5.2011 adalah dikemukakan

dan ditunjukkan kepada saya dan ditandakan sebagai

ekshibit “LYS-2”.

3

Page 4: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

(c) Baru-baru ini, terdapat perubahan di dalam keadaan

yang timbul daripada bukti yang diperolehi oleh

saya bahawa Defendan telah mengabaikan anak

tersebut.

(d) Pengetua daripada pusat pembelajaran Smart Reader

Kids telah mengeluarkan surat kepada saya yang

menyatakan berhubung ketidakhadiran anak tersebut

daripada pusat pembelajaran pada masa-masa

tertentu.

Sesalinan surat daripada Pusat Pembelajaran Smart

Reader Kids kepada Pempetisyen Pertama bertarikh

22.3.2012 adalah dikemukakan dan ditunjukkan

kepada saya dan ditandakan sebagai ekshibit “LYS-

3”.

(e) Selanjutnya Defendan telah didapati berada di

dalam masalah kewangan dan ini terbukti menerusi

beberapa orang yang dikenali sebagai “ah long”

yang telah mengugut saya di kediamannya dan saya

juga telah memperolehi bukti daripada salah

seorang daripada “ah long” tersebut berkenaan

dengan pinjaman yang masih terhutang kepada “ah

long” yang berkenaan di mana segala pembayaran

4

Page 5: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

yang dibuat oleh Defendan menerusi cek akaun

Maybank telah dikembalikan kerana ketiadaan sumber

kewangan di dalam akaun Defendan di dalam akaun

Maybank tersebut.

Sesalinan cek Maybank yang telah dikembalikan

masing-masingnya bernombor 181886, 181866, 181867,

181864, 181865 dan 181885 bertarikh 27.11.2007

adalah dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan

ditandakan sebagai ekshibit “LYS-4”.

(f) Tambahan pula, fakta bahawa saya telah memberikan

wang perbelanjaan kepada Defendan untuk menjaga

anak tersebut sekian lama bagi pelajaran anak

tersebut dan perbelanjaan lain memandangkan

Defendan tidak mempunyai sebarang pekerjaan

sehingga kini dan ini adalah ketara menerusi

resit-resit seperti berikut:-

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK BUTTERWORTH

NO. RESIT NO. TARIKH JUMLAH (RM)

1. No. 26547 15.1.2011 RM 78.00

2. No. 26780 29.1.2011 RM 58.003. No. 30992 5.2.2011 RM 69.00

4. No. 27175 28.2.2011 RM 13.00

5. No. 27776 13.4.2011 RM102.00

5

Page 6: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

6. No. 27277 8.3.2011 RM 68.00

7. No. 78586 21.7.2011 RM 44.00

8. No. 28984 16.7.2011 RM 50.00

9. No. 22785 11.9.2011 RM 39.00

10. No. 29478 21.8.2011 RM 74.00

11. No. 23436 25.10.2011 RM 38.00

12. No. 23397 22.10.2011 RM 48.00

13. No. 30036 2.12.2011 RM 94.00

14. No. 31919 16.4.2012 RM 54.00

15. No. 31959 19.4.2012 RM184.00

16. No. 32205 5.5.2012 RM 92.00

SMART READER KIDS (KULIM) CENTRE

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. 16803 4.4.2011 RM 270.00

2. 16936 4.5.2011 RM 270.00

3. 16995 15.6.2011 RM 270.00

4. 17603 14.11.2011 RM 270.00

3. 17075 6.7.2011 RM 270.00

4. 17174 12.7.2011 RM 137.00

5. 17224 2.8.2011 RM 270.006. 17301 5.9.2011 RM 270.00

7. 17502 10.10.2011 RM 270.00

8. 17645 29.11.2011 RM 45.00

6

Page 7: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

9. 17975 17.1.2012 RM1138.00

10. 18062 21.3.2012 RM 615.00

Little Kingdom [Cawangan Raja Uda]

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. 1172 5.4.2012 RM 836.00

2. 305306 Mei 2012 RM 400.00

3. 306306 Jun 2012 RM 620.00

Vital Years Centre [Butterworth]

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. OR_SEP001378 11.12.2011 RM 310.00

2. OR_SEP001596 20.3.2012 RM 125.00

3. OR_SEP001682 16.4.2012 RM 115.00

4. OR_SEP001744 12.5.2012 RM 115.00

5. OR_SEP001836 16.6.2012 RM 115.00

Sesalinan resit-resit daripada klinik Pakar Kanak-

kanak Butterworth, resit-resit daripada Smart

Reader Kids (Kulim) Centre, resit-resit daripada

Little Kingdom [Cawangan Raja Uda] dan resit-resit

Vital Years Centre [Butterworth] adalah

dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dalam satu

ikatan dan ditandakan sebagai ekshibit “LYS-5”.

7

Page 8: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

(g) Tambahan pula, fakta bahawa Defendan sememangnya

tidak berkeupayaan dari segi kewangan untuk

memnbiayai anak tersebut adalah ketara menerusi

perbualan SMS di antara Plaintif dan Defendan yang

mana adalah seperti berikut:-

“Sept 14, 2011 8.22 p.m.

Lew Yee Sing : Sudah tengok doktor belum? Macam mana

dia sekarang?

Wong Wei Yee : Selsema sikit, kahak banyak, beli ubat

makan.

Lew Yee Sing : Jangan bagi dia minum vitagen, kenapa

tak bawa dia tengok doktor, kahak akan

menyebabkan sakit paru-paru.

Wong Wei Yee : hari ini makan ubat tengok macam mana,

esok kalau kahak lagi baru tengok

doktor, pinjam RM5200 untuk saya, kalau

boleh pinjam, lusa saya akan ikut Ah

Huat pergi Sabah tengok kayu.

Lew Yee Sing : Saya nak bayar hutang, tak mampu.

Sep 17, 2011 1.22 p.m.

Wong Wei Yee : Saya suruh awak tolong punya hal boleh

tak boleh, orang bagi saya peluang

8

Page 9: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

bangkit semula, esok saya perlu guna

RM2500, mereka nak beli tiket

penerbangan dan tempah hotel, baki hari

jumaat baru ambil.

Lew Yee Sing : Tak mampu

Wong Wei Yee : Tolong saya cari ikthiar

Lew Yee Sing : Setiap dua bulan mesti ada peluang,

sudah berapa puluh kali, setiap kali pun

tak ada berita! Saya yang hutang bayar

tak habis habis! Jikalau hayat sebelum

hutang awak, hayat ini sepatutnya sudah

bayar habis! Kalau kamu betul betul

serius, hari ini awak tak akan jadi

begini! Tanya diri kami sendiri Cuma

masa minta duit saya tak perlu tengok

muka masam awak! Saya nak jumpa anak

beberapa hari pun awak tak bagi!

Sekarang saya Cuma fakir pasal anak!

Kamu minta kakak awak tolong!

Wong Wei Yee : Ada cara saya pun tak ingin minta tolong

awak, kalau boleh awak tolong.

Wong Wei Yee : Saya juga demi masa depan anak, harap

boleh bangkit secepat mungkin.

Sep 20, 2011 9.14 a.m.

9

Page 10: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Wong Wei Yee : Saya lagi kurang RM4200, kalau boleh

awak pinjam saya, hari ini pakai RM1500,

kalau tak boleh tak apa

Lew Yee Sing : tak mampu.

Oct 6, 2011 9.25 a.m.

Wong Wei Yee : Pinjam saya RM3700 dulu, saya nak tukar

ceiling rumah, bilik masuk air

Oct 6, 2011 9.59 a.m.

Lew Yee Sing : Saya betul tak mampu

Oct 6, 2011 10.33 a.m.

Wong Wei Yee : RM2000 ada tak, baki saya pinjam dengan

orang lain

Oct 9, 2011 11.18 a.m.

Wong Wei Yee : Nanti pinjam saya RM250, saya nak beli

mesin mandi air panas, sudah rosak

Oct 17, 2011 10.32 a.m.

Wong Wei Yee : Tolong pinjam saya RM4000, RM1000 tengah

hari nak, kalau boleh masuk akaun kakak

saya, esok dia nak bawa ayah pergi

10

Page 11: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

hospital tengok mata, RM3000 hari

Jumaat.

Lew Yee Sing : Saya tak ada tunai, kalau ayah betul nak

guna untuk matanya saya boleh pergi

bayar guna kad kredit saya, suruh kakak

awak telefon saya.

Wong Wei Yee: Tolong cari.

Oct 17, 2011 5.00 p.m.

Lew Yee Sing: Tak boleh

Wong Wei Yee: tak boleh tak apa, jangan ada satu hari

awak minta saya tolong, hak penjagaan

sudah bagi awak 50%, anak awak kurang

jenguk, tak perlu berhubung, awak nak

anak sendiri pergi luar beranak

Oct 17, 2011 5.15 p.m.

Lew Yee Sing : Tak pinjam duit, awak mengguna anak

menggugut saya! Tak bagi duit apa pun

boleh cakap!

Wong Wei Yee: Sudah berapa kali saya suruh awak

tolong, bumbung rumah masuk air pinjam

dari awak, awak cakap tak mampu, tak

apa, anak bagi semut gigit di tilam,

awak tahu tak, itu RM680 adalah untuk

11

Page 12: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

sekolah Han Lin, kalau saya mampu bagi

duit ayah saya tak akan minta awak

tolong, lagi telefon orang kenal pasti,

awak membangkitkan kemarahan saya, saya

akan ambil balik hak penjagaan.

Oct 22, 2011 9.05 a.m.

Lew Yee Sing: Sudah sampai

Wong Wei Yee: Siapa panggil awak datang

Lew Yee Sing: Saya tak mahu gaduh dengan awak, hal

orang dewasa jangan melibatkan anak

Wong Wei Yee: Awak balik sendiri

Lew Yee Sing: Awak boleh rasional tak

Wong Wei Yee: Saya penggil awak pergi, tak perlu cakap

banyak

Oct 24, 2011 7.37 p.m.

Wong Wei Yee: Anak tengok doktor agak-agak berapa

duit?

Lew Yee Sing: Lebih kurang RM50

Wong Wei Yee: Klinik itu mana ada begitu murah, ambil

dua jenis ubat tujuh puluh lebih

Lew Yee Sing: Hari itu RM48, empat jenis ubat

Wong Wei Yee: Sini tengok lebih baik, sana sikit sikit

seratus lebih

12

Page 13: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Lew Yee Sing: Ikut balik doktor yang dia tengok,

selalu tukar doktor, ubat lagi tak sama!

Esok masuk akuan awak RM100

Oct 27, 2011 11.14 a.m.

Wong Wei Yee: Pinjam RM1500, nak bayar ansuran kereta,

beli tepung susu

Oct 27, 2011 2.32 p.m.

Wong Wei Yee: Macam mana, tepung susu anak macam mana

Lew Yee Sing: Saya dalam latihan, awak betul tak

betul, sikit tepung susu pun tak adakah?

Wong Wei Yee: Hari akan habis, sepuluh hari dia minum

1.7kg, satu jam sekali, selalu lapar

Lew Yee Sing: Nanti saya masuk RM100 beli tepung susu,

tak ada tunai

Oct 29, 2011 10.06 a.m.

Wong Wei Yee: Pinjam RM1500 macam mana, kalau tak

boleh saya rancang jual, sudah tiga

ansuran kereta tak bayar

Lew Yee Sing: Saya cari orang beli, bila awak boleh

bagi kereta

Wong Wei Yee: Awak nak ambil pergi, saya boleh pakai

motor bawa anak

13

Page 14: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Oct 29, 2011 10.51 a.m.

Lew Yee Sing: Setiap kali awak juga cakap kali

terakhir, lepas tu lain cerita lagi!

Hari Isnin saya pergi bayar dua bulan

ansuran, ini kali terakhir!

Wong Wei Yee: Sudah tiga bulan ansuran tak sempat,

baki saya nak bayar bil air dan elektrik

Lew Yee Sing: ini kali terakhir!

Wong Wei Yee: Nanti awak masuk akaun saya, saya pergi

mesin bayar

Lew Yee Sing: Malam

Oct 29, 2011 3.26 p.m.

Wong Wei Yee: Nanti yuran sekolah anak masuk akaun

sekali

Oct 29, 2011 5.29 p.m.

Lew Yee Sing: Sudah masuk akuan

Nov 7, 2011 1.24 p.m.

Wong Wei Yee: Nanti pinjam RM500, saya suruh ayah beli

bahan dan ajar saya cara baiki bumbung

rumah

14

Page 15: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Lew Yee Sing: Saya tak mampu, awak sila pergi kerja

kalau tidak macam mana awak nak

membiayai anak! Hari itu RM1500 adalah

kali terakhir

Wong Wei Ye: Sekarang tiap-tiap hari hujan masuk air,

anak tak payah tidurkah

Nov 7, 2011 1.47 p.m.

Lew Yee Sing: Bumbung masuk air, tandas sumbat, pintu

rosak semua pinjam begitu senang, dunia

ini siapa nak pergi buat kerja! Kalau

awak pergi kerja semua ini bukan

masalah! Saya cakap kalu terakhir, sus

tepung dan barang kegunaan anak saya

boleh beli tapi tak akan bagi awak tunai

lagi! Kalau nak hantar anak ke kelas

belajar bahasa Inggeris, yuran saya

bayar, awak pergi kerja, lepas kerja

sambut anak

Wong Wei Yee: Tak mahu pinjam taka pa, tak payah

alasan banyak, paling teruk tidur di

ruang tamu, cakap saja senang, ambil

cagaran marilah, suruh tanya kawan ubat

cina, tapi bermusuhan

15

Page 16: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Nov 9, 2011 8.48 a.m.

Wong Wei Yee: Masuk yuran buku RM153, petang senang

pergi tengok satu sekolah D monte, Tama

Segar cari Ms. Ho, nombor telefon 04-

3315119

Nov 9, 2011 9.05 a.m.

Lew Yee Sing: Bulan tujuh sudah bayar, sudah nak cuti

panjang lagi nak bayar apa, yuran,

sekolah apa ini, nombor telefon bagi

saya

Wong Wei Yee: Sebelum itu bayar untuk penggal pertama,

ini untuk penggal kedua, awak tak nak

bayar

Lew Yee Sing: Saya cari sendiri, jangan

Nov 9, 2011 9.16 a.m.

Lew Yee Sing: Yuran penggal pertama sudah bayar semasa

pendaftaran, penggal kedua bulan tujuh

sudah bayar! Kalau tak faham kena tanya

cikgu, bukannya nak marah, kalau kerana

ini dia buli anak, sayua pasti dia yang

susah. Dulu resit ada nombor telefon,

nanti saya balik cari tengok

16

Page 17: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Wong Wei Yee: Awak menyusahkan anak, saya pasti awak

yang bermasalah, saya sendiri cari

ikhtiar, tak payah susahkan awak

Lew Yee Sing: Awak ada masalahkan? Yuran bulan selepas

sudah bayar belum

Wong Wei Yee: Anak guru besar pembedahan, tak datang

sekolah, boleh telefon tanya sama ada

anak perempuan dia jalani pembedahan,

ramai juga yang belum bayar, hari Jumaat

dia baru ke sekolah, awak menyebabkan

anak dibuli di sekolah, awak akan tahu

apa yang akan berlaku, awak tak bagi,

tak apa, saya sendiri cari.

Nov 9, 2011 9.39 a.m.

Lew Yee Sing: Jangan-jangan RM270 sudah guna jadi tak

cukup bayar yuran! Ada apa-apa tak

beritahu saya, kenapa tak bagi saya

tanya sekolah, awak sendiri bermasalah!

Sebelum 12 tengah hari saya akan letak

cek di peti surat!

Wong Wei Yee: Tak payah, saya sendiri cari, tak payah

menyusahkan awak, yuran sekolah lain

kali saya sendiri bayar

17

Page 18: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Nov 13, 2011 1.11 p.m.

Wong Wei Yee: Nanti masa bawa anak pulang, tolong buka

cek bayar yuran sekolah bulan ini, esok

ayah saya pergi hospital jalani

pembedahan mata, saya ambil RM200

untuknya

Lew Yee Sing: Bulan depan saya sudah bagi awak, awak

cakap sudah bayar, sekarang baru cakap

macam ini

Wong Wei Yee: Anak perempuan guru besar jalani

pembedahan, hari Jumaat baru pergi

sekolah, saya cakap Jumaat baru bayar,

Jumaat bawa anak pergi sekolah baru,

macam mana nak bayar, awak fakir sendiri

ada mesej ini tak

Lew Yee Sing: Hari Jumaat bayar kenapa suruh saya buka

cek lagi

Wong Wei Yee: Hari Jumaat bayar yuran buku penggal

kedua, sendiri fikir tengok, ini saya

sendiri bayar

Nov 16, 2011 10.07 a.m.

Wong Wei Yee: Tolong saya pergi TNB bayar bil elektrik

RM200, hutang sebulan kalau tak bayar

18

Page 19: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

lagi, Minggu ini potong elektrik, saya

belum dapat cari duit

Lew Yee Sing: Saya tak ada bil macam mana nak bayar

Wong Wei Yee: TNB akaun (2810-00858472-08)

Wong Wei Yee: Tadi Smart reader tanya tahun depan ada

sambung pelajaran atau tidak, nak daftar

D’monte kena bayar RM100/RM200 deposit,

baki awak boleh bayar dengan cek, satu

bulan sebelum buka sekolah tak mahu

boleh ambil balik duit

Nov 16, 2011 10.42 a.m.

Lew Yee Sing: Awak fakir baik-baik, kalau pasti hari

isnin saya bayar deposit, petang nanti

saya pergi Singapore! Smart tak mahu

Wong Wei Yee: Awak pergi bayar bil elektrik dulu

Nov 17, 2011 1.23 p.m.

Wong Wei Yee: Boleh tak boleh TT RM100 masuk akaun,

anak kaki macam ada bintik merah, sudah

bubuh ubat, kalau lewat petang tak

sembuh bawa dia tengok doktor

Lew Yee Sing: Kenapa dengan awak, awak terus begini

macam mana? Awak ada beli nasi bagi dia

makan tak?

19

Page 20: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Wong Wei Yee: Setiap hari ada nasi makan, tak percaya

boleh tanya dia, tak payah, saya cari

orang lain ambil

Nov 17, 2011 2.13 p.m.

Lew Yee Sing: Lewat petang ada orang masuk akaun awak

Nov 29, 2011 9.23 p.m.

Wong Wei Yee: Hari Khamis lepas sekolah awak pergi

sekolah bawa dia balik rumah saya

Lew Yee Sing: Awak suruh saya pergi sekolah bawa dia

balik ke rumah awak kah?

Wong Wei Yee: Betul, saya suruh James tolong saya

bayar ansuran, petang telefon bank

tetapi dia belum pergi bayar, nanti saya

pergi bawa anak balik sekolah tiba-tiba

kereta kena tarik lagi teruk

Lew Yee Sing: Awak terus macam ini macam mana nak

biayai anak!

Wong Wei Yee: Kalau dia sudah bayar ansuran tiada

masalah lagi, kalau tidak saya masak sup

di rumah

Dec 7, 2011 8.15 p.m.

Wong Wei Yee: Kalau boleh tolong pinjam saya RM650,

tak boleh tak apa

20

Page 21: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Dec 13, 2011 9.23 a.m.

Wong Wei Yee: Nanti beli nasi untuk anak makan, saya

tak ada duit

Lew Yee Sing: Sebelum sekolah atau selepas

Wong Wei Yee: Sebelum

Dec 13, 2011 9.50 a.m.

Lew Yee Sing: Sekarang cuti sekolah saya jaga dia,

awak pergi cari kerja

Wong Wei Yee: Kereta tak ada petrol macam mana nak

cari, semalam beli botol susu, putting

sus sudah bayar lebih kurang seratus

ringgit

Dec 13, 2011 10.03 a.m.

Lew Yee Sing: Nanti saya bagi awak RM300, awak pergi

cari kerja, sementara saya jaga anak dan

bagi dia belajar bahasa Inggeris, kalau

awak dapat cari kerja baru tukar balik!

Awak tak ada pekerjaan yang stabil macam

mana nak jaga anak? Awak fikir baik

baik.

Wong Wei Yee: Awak pinjam saya RM3000, saya nak pergi

KL cari itu orang China, tengok dia ada

21

Page 22: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

kerja bagi saya tak, saya nak selesai

sikit hutang dahulu.

Dec 16, 2011 7.51 p.m.

Lew Yee Sing: Masuk RM1200

Lew Yee Sing: Hanya ini sahaja

Dec 23, 2011 7.42 p.m.

Wong Wei Yee : Bijirin beli belum, sudah habis.

Lew Yee Sing : Sudah beli.

Dec 24, 2011 8.21 a.m.

Wong Wei Yee : Pinjam saya sedikit duit, boleh pinjam,

tak boleh tak payah.

Dec 25, 2011 1.10 p.m.

Wong Wei Yee: Nanti semasa bawa anak pulang, beli nasi

untuknya

Dec 25, 2011 9.06 p.m.

Wong Wei Yee : Esok awak bungkus nasi untuk anak, saya

tengah cari duit untuk yuran pembedahan

ayah saya dan ansuran kereta.

Lew Yee Sing : Awak rasa macam ini betulkah? Saya boleh

jaga anak, awak pergi kerja sudah stabil

22

Page 23: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

boleh jaga anak, awak ada masalah tak

selesai sebaliknya kurung anak tak bagi

saya jaga, adakah ini perbuatan betul

sebagai seorang ayah!

Dec 27, 2011 5.06 p.m.

Lew Yee Sing : Anak makan apa.

Lew Yee Sing : Nak saya bungkus untuk anak tak.

Wong Wei Yee : Nasi campur.

Wong Wei Yee : Anak mahu nasi campur.

Wong Wei Yee : Awak nak tanya dia telefon mari, telefon

saya tak ada duit sudah.

Dec 28, 2011 4.05 p.m.

Wong Wei Yee : Ada bungkus nasi untuk anak tak, kalau

tidak saya masak mee segera untuk dia.

Dec 28, 2011 5.52 p.m.

Lew Yee Sing: Di luar

Dec 29, 2011 5.26 p.m.

Lew Yee Sing: Di luar

Dec 30, 2011 5.46 p.m.

Lew Yee Sing: Di luar

23

Page 24: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Dec 31, 2011 9.05 a.m.

Lew Yee Sing: Di luar

Jan 7, 2012 2.28 p.m.

Wong Wei Yee : Tepung susu, bijirin.

Jan 13, 2012 9.04 p.m.

Wong Wei Yee : Yuran sekolah anak saya tak mampu bayar,

esok awak buka cek bayar.

Jan 28, 2012 2.00 p.m.

Wong Wei Yee : Tepung susu, bijirin.

Lew Yee Sing : Bila perlu.

Wong Wei Yee : Sebelum hari Isnin atau Selasa.

Feb 2, 2012 12.40 p.m.

Wong Wei Yee: Kalau ada datang kulim, tolong pergi

beli ubat selsema untuk anak

Feb 17, 2012 2.39 p.m.

Lew Yee Sing : Insuran ayah saya yang bayar ansuran,

awak batalkan ambil duit keluar pakai,

mana boleh macam ini?

24

Page 25: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Wong Wei Yee : Satu, saya tak tahu awak ada bayar

ansuran lagi, saya menerima surat

beritahu boleh ambil balik duit, jadi

saya pergi batalkan.

Lew Yee Sing : Insuran jenis ini tidak akan menyuruh

pelanggan ambil duit keluar, kalau saya

tak bayar ansuran, awal awal sudah

lupus. Awak tipu ayah tandatangan, kalau

tidak awak tak akan dapat duit itu.

Wong Wei Yee : Saya suruh dia tandatangan, kalau tak

percaya awak pergi hong leong tengok

siapa yang tandatangan.

Feb 17, 2012 3.05 p.m.

Lew Yee Sing : Ayah mana tahu dia tandatangan apa, awak

cakap sebarang sebab jadi dia

tandatangan.

Mar 3, 2012 2.18 p.m.

Wong Wei Yee : Bijirin.

Mar 4, 2012 4.42 p.m.

Wong Wei Yee : Yuran sekolah dan yuran pergi zoo.

Lew Yee Sing : Yuran minggu depan, yuran zoo malam ini

saya masuk akaun.

25

Page 26: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Mar 4, 2012 8.04 p.m.

Lew Yee Sing : Masuk RM 80.

Mar 13, 2012 2.02 p.m.

Lew Yee Sing : Saya akan bagi dia pergi kelas sampai

hari khamis.

Wong Wei Yee : Hari ini juga awak bawa dia balik.

Lew Yee Sing : Sekarang dia cuti, saya bagi dia belajar

bahasa inggeris, kenapa awak tak bagi

dia belajar, balik tiap-tiap hari duduk

di rumah, awak tak boleh pergi cari

kerjakah.

Wong Wei Yee : (Cakap kasar) Saya sudah dapat kerja,

pinjaman kereta tak lulus, awak ingat

saya hari-hari ada motor gunakah, awak

bawa dia balik, jangan rosakkan

peraturan.

Mar 13, 2012 2.15 p.m.

Lew Yee Sing : Saya akan bagi dia belajar habis sampai

hari khamis.

Wong Wei Yee : Awak cuba, tengok saya pergi rumah awak

tak.”

26

Page 27: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Sesalinan petikan-petikan SMS tersebut di atas

adalah dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan

ditandakan sebagai ekshibit “LYS-6”.

(h) Selanjutnya, bukti bahawa Defendan sememangnya

tidak berkeupayaan dari segi kewangan boleh

dilihat daripada Bil elektrik yang telah dibayar

oleh rakan saya, Cheang Siew Chee.

Sesalinan Bil Tenaga Nasional bertarikh 16.11.2011

dan sesalinan Bil Kad Kredit CitiBank Cheang Siew

Chee kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya

dan ditandakan sebagai ekshibit “LYS-7”.

(i) Tambahan pula, saya juga telah membuat Laporan

Polis pada 13.3.2012 apabila Defendan telah

mengugut saya bahawa beliau tidak akan membenarkan

saya mengambil anak saya sekiranya saya tidak

memberikan Defendan sejumlah wang RM3,000.00.

Sesalinan Laporan Polis Repot No. KULIM/002352/12

kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya dan

ditandakan sebagai ekshibit “LYS-8”.

(j) Ianya perlu diperhatikan bahawa meskipun Defendan

telah diberikan akses kepada anak tersebut sekian

lama, walaubagaimanapun, anak tersebut telah

27

Page 28: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

diabaikan oleh Defendan berdasarkan kepada alasan-

alasan yang dikemukakan di atas dan ianya adalah

jelas bahawa kebajikan [“welfare”] anak tersebut

tidak dipelihara dengan sewajarnya oleh Defendan.

(k) Justeru, dalam mengambilkira fakta bahawa

kebajikan anak tersebut adalah pertimbangan yang

utama [“paramount”], maka, Perintah bertarikh

19.8.2011 perlu diubah termanya agar hak

penjagaan, kawalan dan kustodi anak tersebut

diberikan secara sepenuhnya kepada saya dengan

akses munasabah diberikan kepada Pempetisyen

Kedua.

Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dihuraikan di atas,

saya dengan rendah diri memohon Perintah seperti dipohon

sepertimana yang dinyatakan di dalam Saman Dalam Kamar yang

difailkan bersama-sama ini.

Afidavit oleh seorang deponen –

Diikrarkan oleh Lew Yee Sing )di )pada )[dengan diterjemahkan oleh– )

28

Page 29: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

penterjemahan tidak diperlukan] )

Di hadapan saya,

..................PESURUHJAYA SUMPAH

Afidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan Presgrave & Matthews, Peguamcara Pempetisyen Pertama tersebut dan beralamat di Tingkat Satu, Kamar Standard Chartered Bank, No.2 Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang. (Ruj: KLAC/NR/20120309)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24- -2012

Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

Dan

Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980

Dan

29

Page 30: AFIDAVIT SOKONGAN VARIATINO ORDER

Dalam perkara penjagaan, pengawalan dan kustodi Davion Wong Xiang Zhe (L)

Dan

Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011

Antara

Lew Yee Sing[No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif

Dan

Wong Wei Yee[No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan

***********************************************************************

AFIDAVIT SOKONGAN

***********************************************************************

Peguamcara bagi pihak PlaintifTetuan Presgrave & MatthewsPeguambela & PeguamcaraTingkat 1, Kamar Standard Chartered BankNo. 2, Lebuh Pantai10300 Pulau Pinang.

[Ruj: KLAC/NR/20120309]

Difailkan pada haribulan 2012.

30