affidavit sokongan (notis usul perlanjutan masa)

11
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN NO. B-02(A)-1193-07/2015 ANTARA 1. NG KONG NGAI (NO. K/P. 761115-10-5379) …. PERAYU/PEMOHON DAN 1. AUTO EMASJAYA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 333015-K) 2. LOW CHEE SANG (NO.K/P. 781219-14-5445) .... RESPONDEN [Dalam Perkara Saman Pemula No. 24-1304-11/2014 Mahkamah Tinggi Di Shah Alam Dalam Perkara mengenai syarikat JC Asia MotorSports (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 706249-D) Dan Dalam Perkara Seksyen 304(1) Akta Syarikat 1965 Dan Dalam Perkara Aturan 5 Kaedah 3, dan Aturan 88 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam Perkara mengenai Penghakiman bertarikh 4hb Mei 2011 yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Puan Syafeera Binti Mohd Said, di Mahkamah Sesyen Shah Alam dalam Guaman

Upload: adidaya

Post on 08-Jul-2016

304 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Sworn Statements

TRANSCRIPT

Page 1: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN NO. B-02(A)-1193-07/2015

ANTARA1. NG KONG NGAI

(NO. K/P. 761115-10-5379) …. PERAYU/PEMOHONDAN

1. AUTO EMASJAYA SDN BHD(NO. SYARIKAT: 333015-K)

2. LOW CHEE SANG(NO.K/P. 781219-14-5445) .... RESPONDEN

[Dalam Perkara Saman Pemula No. 24-1304-11/2014 Mahkamah Tinggi Di Shah Alam

Dalam Perkara mengenai syarikat JC Asia MotorSports (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 706249-D)

Dan

Dalam Perkara Seksyen 304(1) Akta Syarikat 1965

Dan

Dalam Perkara Aturan 5 Kaedah 3, dan Aturan 88 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Dan

Dalam Perkara mengenai Penghakiman bertarikh 4hb Mei 2011 yang diberikan oleh Hakim Mahkamah

Sesyen Puan Syafeera Binti Mohd Said, di Mahkamah Sesyen Shah Alam

dalam Guaman No. 52-2261-2008

ANTARA1. AUTO EMASJAYA SDN BHD

(NO. SYARIKAT: 333015-K)

2. LOW CHEE SANG(NO.K/P. 781219-14-5445) .... PLAINTIF-PLAINTIF

DANNG KONG NGAI (NO. K/P. 761115-10-5379) …. DEFENDAN

diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azimah binti Omar pada 22 haribulan Jun 2015]

Page 2: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

AFIDAVIT SOKONGAN

[Notis Usul Memohon Perlanjutan Masa]

Saya, Ng Kong Ngai [No. KP. 761115-10-5379] seorang warganegara Malaysia

yang cukup umur dan beralamat di No.2, Jalan 11/14B, 46200, Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan dengan sucihati mengikrarkan seperti berikut:-

1. Saya adalah seorang peniaga sebagai profession.

2. Segala fakta yang dideposkan di sini adalah benar dalam pengetahuan

peribadi saya dan maklumat yang saya perolehi dari rekod-rekod di dalam

pegangan di nama saya mempunyai akses kepadanya melainkan jika

dinyatakan sebaliknya.

3. Saya meminta kebenaran Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk

kepada kertas kausa yang berikut:-

(a) Notis Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh 16.7.2015;

(b) Notis Usul Meminta Kebenaran Memfailkan suatu Notis Rayuan

kepada Mahkamah Rayuan yang telah difailkan di sini dan Afidavit

Sokongan Ng Kong Ngai yang difailkan bersamanya;

4. Saya mengikrarkan affidavit ini sebagai menyokong notis usul saya untuk

melanjutkan masa bagi memfailkan Notis Usul Meminta Kebenaran

memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan, terhadap suatu

keputusan yang diberi oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azimah binti

Omar (“Keputusan tersebut”) pada 22 Jun 2015 di Mahkamah Tinggi

Saman Pemula No: 24-1304-11/2014 (“Saman Pemula tersebut”)

2

Page 3: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

Sesalinan Perintah bertarikh 22 Jun 2015 kini ditunjukkan kepada saya

dan ditandakan sebagai ekshibit “A-1”

5. Saya adalah defendan di dalam Saman Pemula Mahkamah Tinggi Shah

Alam No. 24-1304-11/2014 yang dimulakan oleh Responden-Responden

di bawah Seksyen 304 (1) Akta Syarikat 1965. Responden-Responden

telah memperolehi Perintah bertarikh 22 Jun 2015 tersebut yang

memutuskan bahawa:-

(a) Satu deklarasi bahawa perniagaan JC Asia Motorsports (M) Sdn

Bhd telah dijalankan dengan niat untuk menipu pemiutang

JC Asia Motorsports (M) Sdn Bhd, secara khususnya

JC Asia Motorsports (M) Sdn Bhd tersebut telah dijalankan

untuk tujuan penipuan;

(b) Satu deklarasi bahawa saya telah menjalankan perniagaan JC

Asia Motorsports (M) Sdn Bhd dalam cara sedemikian dan

hendaklah bertanggungan secara peribadi, tanpa apa-apa had

liabiliti, terhadap keberhutangan atau apa-apa liabiliti JC Asia

Motorsports (M) Sdn Bhd kepada Responden-Responden;

(c) satu perintah bahawa saya membayar kepada Responden Pertama

jumlah tertunda di bawah penghakiman bertarikh 4.5.2011 yang

diperolehi oleh Plaintif terhadap JC Asia Motorsports (M) Sdn Bhd

melalui Mahkamah Sesyen Shah Alam Saman No. 52-2261-2008

dalam jumlah RM32,476.00 bersama faedah pada kadar lapan

peratus (8%) setahun dikira dari tarikh 4.5.2011 sehingga

penyelesaian penuh dan jumlah RM105,686.34 berserta faedah

pada kadar lapan peratus (8%) setahun ke atas jumlah

RM32,476.00 dari 4.5.2011 sehingga penyelesaian penuh dan kos

tindakan sebanyak RM8,815.00 kepada Responden Kedua;

3

Page 4: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

(d) Kos Saman Pemula ini sebanyak RM 10,000.00 dibayar oleh saya

kepada Responden Pertama, dan kos sebanyak RM10,000.00 di

bayar oleh saya kepada Responden Kedua.

Salinan-salinan Saman Pemula dan Saman Pemula Terpinda

tersebut dikemukakan kepada saya dan ditandakan secara kolektif

sebagai ekshibit “A-2”

6. Saya telah mengarahkan peguamcara saya untuk memfailkan suatu

rayuan terhadap keputusan tersebut dan peguamcara saya telah

memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 16 Julai 2015.

Sesalinan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan dilampirkan di sini sebagai

ekshibit “A-3”

7. Saya telah dimaklumi oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya

bahawa peguamcara saya tidak sedar akan keperluan untuk memohon

kebenaran untuk memfailkan Notis Rayuan disebabkan Perintah tersebut

4

Page 5: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

mengkehendaki saya membayar kepada Responden-Responden jumlah

yang kurang daripada RM250,000.00.

8. Saya telah dimaklumi oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya

bahawa mereka telah tersilap untuk memfailkan suatu Notis Usul ke

Mahkamah Rayuan untuk meminta kebenaran membuat Rayuan kerana

mereka menganggap perkara yang berikut:-

8.1 bahawa subjek utama Saman Pemula tersebut adalah untuk relif-

relif deklarasi dibawah seksyen 304(1) Akta Syarikat 1965 untuk

mengisytiharkan bahawa Syarikat JC Asia Motorsport Sdn Bhd

telah menjalankan perniagaan untuk menipu pemiutang-pemiutang

syarikat dan saya telah menjalankan perniagaan syarikat itu untuk

menipu pemiutang serta saya hendaklah secara peribadi

bertanggung ke atas segala liability dan terhadap segala

keberhutangan syarikat itu kepada Responden-Responden.

8.2 oleh kerana subjek utama Saman Pemula Responden-Responden

adalah untuk relif-relif deklarasi, maka peguamcara saya

menganggap kebenaran untuk merayu adalah tidak diperlukan.

5

Page 6: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

8.3 apabila mereka telah sedar bahawa Perintah tersebut telah

memerintahkan saya untuk membayar Responden Pertama jumlah

wang RM32,476.00 dan Responden Kedua Rm 105,686.34 iaitu

kedua-dua adalah kurang daripada RM 250,000.00, masa telah

luput untuk saya memfailkan suatu Notis Usul meminta

kebenaran rayuan ke Mahkamah Rayuan.

8.4 Ini kerana pihak Pesuruhjaya Kehakiman telah memaklumkan

kepada pegumacara saya bahwa pada hemat Mahkamah Tinggi

kebenaran Mahkamah Rayuan perlu diperolehi oleh saya sebelum

memfailkan Notis Rayuan.

9. Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya

bahawa suatu kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan

adalah tidak diperlukan untuk suatu Perintah yang pada substantifnya

adalah untuk relif-relif deklarasi, namun sebagai langkah berjaga-jaga

saya memfailkan Notis Usul untuk melanjutkan masa untuk memfailkan

Notis Usul Meminta kebenaran merayu terhadap keputusan itu.

10. Saya sesungguhnya percaya bahawa kesilapan peguamcara saya adalah

tidak disengajakan dan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

11. Saya sesungguhnya percaya bahawa Responden-Responden tidak akan

dimudaratkan sekiranya suatu perlanjutan masa diberi untuk memfailkan

Notis Usul Meminta Kebenaran Merayu dibenarkan, akan tetapi saya akan

dimudaratkan sekiranya permohonan perlanjutan masa ini tidak

dibenarkan kerana saya tidak dapat mengajukan rayuan saya terhadap

Keputusan tersebut.

12. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya mempunyai rayuan

bermerit dan isu-isu yang dirayu adalah terkandung dalam Memorandum

6

Page 7: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

Rayuan yang difailkan pada 4.9.2015. Secara ringkas saya mengatakan

bahwa:-

(a) Bahawa rayuan saya adalah berdasarkan kepada isu konsep keutuhan

perbadanan sebuah syarikat persendirian berhad atau konsep “

separate legal entiti’ iaitu permisahan identiti undang – undang syarikat

dari pemegang-pemegang sahamnya dan pengarah –pengarahnya.

(b) Pihak pengarah – pengarah dan pemegang saham adalah dilindungi

daripada liability syarikat kepada pihak lain seperti diperuntukkan

dalam Akta Syarikat 1965 melainkan dalam situasi di bawah Seksyen

304(1) Akta tersebut. Pengarah atau pemegang saham hanya boleh

dipertanggung –jawabkan dengan hutang syarikat jikalau pengarah

aatu pemegang saham telah melupuskan aset-aset syarikat sehingga

tidak boleh membayar balik hutang kepada pemiutang syarikat.

(c)

Salinan Memorandum Rayuan yang telah difailkan di sini dikemukakan

dan ditandakan di sini sebagai ekshibit “A-4”.

13. Oleh yang demikian, saya memohon agar suatu perintah seperti dipohon

dalam ini diberi.

Diikrarkan oleh deponen bernama )

Ng Kong Ngai )

(No K/P: 761115-10-5379) )

di pada )

pukul pagi / petang )

(Terjemahan tidak diperlukan) ) Di hadapan saya

7

Page 8: Affidavit Sokongan (Notis Usul Perlanjutan Masa)

_____________________

Pesuruhjaya Sumpah

Afidavit Sokongan ini (Notis Usul memohon perlanjutan masa memfailkan Notis Usul bertarikh memohon kebenaran merayu kepada Mahkamah Rayuan) daripada Ng Kong Ngai yang diikrarkan pada ………………. dan difailkan pada ……………………….oleh Tetuan Godfrey D'Cruz & Co, peguamcara bagi Pemohon yang mempunyai alamat penyampaian adalah Unit 721, Tingkat 7, Blok A, Lobby 6 Damansara Intan, No.1, Jalan SS 20/27 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

[Tel: 03-7710 5062/3 & Fax No: 7710 5069]

[Ref : 1.14.LD.051.NG.KN)

8