aeea 2308 sistem politik dan perdagangan di asiatenggara

5
Soalan No 3 : Dasar Monopoli perdagangan merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi perkembangan aktiviti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) di Asia Tenggara. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? PENGENALAN Vereenigde Oostindische Compagnie atau (VOC) ditubuhkan pada tahun pada 20 Mac 1602. VOC yang ditubuhkan dengan gabungan syarikat dagang yang mewakili 6 buah Bandar seperti Amsterdam,Hoorn,Enkhuizen,Delf,Rotterdam dan Zeeland. JohanVan Oldenbarneveld memainkan peranan penting dalam penubuhan VOC. Tujuan orang-orang Belanda atau V.O.C datang ke Timur adalah kerana mereka ingin mencari pasaran baru .Hal ini kerana penutupan pusat perdagangan Lisbon telah berlaku terhadap semua pedagang-pedagang Belanda pada tahun 1580. ,Faktor terpenting kedatangan orang Belanda ke Timur adalah disebabkan kekayaan kawasan timur yang kaya dengan hasil rempah.Disebabkan kekayaan rempah inilah,maka ia telah menarik minat orang belanda untuk datang ke Timur.Tujuannya adalah semata-mata menguasai perdagangan rempah. V.O.C diberi hak istimewa iaitu dianggap sebagai wakil pemerintah Belanda di Asia, keistimewaan yang diberikan seperti monopoli perdagangan dan sebagainya.VOC terpaksa menghadapi persaingan daripada Portugis, Inggeris dan

Upload: khairul-anuar

Post on 03-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

Soalan No 3 : Dasar Monopoli perdagangan merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi perkembangan aktiviti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) di Asia Tenggara. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

PENGENALAN Vereenigde Oostindische Compagnie atau (VOC) ditubuhkan pada tahun pada 20 Mac 1602. VOC yang ditubuhkan dengan gabungan syarikat dagang yang mewakili 6 buah Bandar seperti Amsterdam,Hoorn,Enkhuizen,Delf,Rotterdam dan Zeeland. JohanVan Oldenbarneveld memainkan peranan penting dalam penubuhan VOC. Tujuan orang-orang Belanda atau V.O.C datang ke Timur adalah kerana mereka ingin mencari pasaran baru .Hal ini kerana penutupan pusat perdagangan Lisbon telah berlaku terhadap semua pedagang-pedagang Belanda pada tahun 1580. ,Faktor terpenting kedatangan orang Belanda ke Timur adalah disebabkan kekayaan kawasan timur yang kaya dengan hasil rempah.Disebabkan kekayaan rempah inilah,maka ia telah menarik minat orang belanda untuk datang ke Timur.Tujuannya adalah semata-mata menguasai perdagangan rempah. V.O.C diberi hak istimewa iaitu dianggap sebagai wakil pemerintah Belanda di Asia, keistimewaan yang diberikan seperti monopoli perdagangan dan sebagainya.VOC terpaksa menghadapi persaingan daripada Portugis, Inggeris dan pedagang asing yang lain ketika hendak menguasai perdagangan. Di Indonesia, VOC mula bertapak di Banten pada 1603 tetapi tidak berjaya kerana mendapat persaingan daripada pedagang dari China dan British. Pada februari 1605, armada VOC menyerang kubu pertahanan Portugis di Ambon dan menggantikan namanya menjadi Fort Victoria Saya bersetuju dasar monopoli perdagangan yang diamalkan oleh Voc merupakan faktor penting yang mempengaruhi perkembangan VOC.

Monopoli penghasilan Rempah

Setelah hak monopoli dimiliki oleh pihak di Indonesia maka pihak V.O.C telah melaksanakan beberapa dasar monopoli perdagangan. Antaranya ialah memonopoli penghasilan rempah. Semua hasil rempah dan cengkih harus dijual kepada VOC . Harga yang yang dikenakan oleh VOC adalah mengikut perjanjian yang telah dimenterai. VOC telah menetapkan penanaman cengkih hanya di di Ambon dan kawasan sekitarnya serta penanaman buah pala hanya di Banda sahaja. Oleh itu, VOC dapat mengawasi penanaman cengkih dan juga buah pala.Monopoli Perdagangan Monopoli perdagangan rempah seperti cengkih dan buah pala hanya dipegang oleh pihak VOC. Rakyat hanya boleh membeli barangan yang telah dibawa masuk oleh VOC seperti beras yang sangat diperlukan oleh rakyat. Pedagang-pedagang dari Jawa yang menguasai perdagangan beras dengan masyarakat tempatan tidak dibenarkan berdagang dan akan dihalau.Beras yang diterima daripada VOC adalah tidak sepadan dengan harga cengkih yang ditetapkan oleh VOC. Hasil-hasil rempah dan semua barang import hanya boleh diangkut oleh kapal-kapal VOC. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pedagang tempatan.Pengerahan Tenaga Rakyat Tempatan VOC ingin menguasai dan mengatur jumlah hasil rempah di pasaran dunia. Penghasilan cengkih hanya di Ambon dan buah pala di Banda. Oleh itu, pokok- pokok cengkih dikawasan pulau berhampiran seperti di Hoamal dan sekitarnya harus dimusnahkan.Penduduk di Ambon dikerah untuk menanam pokok cengkih di daerah mereka. Pelayaran Hongi. Hongi adalah istilah rakyat bagi armada kora-kora mereka ketika mereka bergerak untuk berperang. Hongi ini mula dijalankan pada 1625. Cara ini digunakan oleh VOC secara paksa. Rakyat tempatan dikerah untuk mengayuh sejumlah besar kora-kora. Rakyat harus menyerah kora-kora mereka. Kora-kora ini digunakan untuk menebang pokok-pokok cengkih.. Sistem Ekstrpasi ini dapat dilihat apabila pokok pokok petani ditebang dan dibakar walaupun pokok sedang mengeluarkan hasil dan mengambil masa bertahun tahun untuk sesetengah pokok dibesarkan. Hal ini bertujuan untuk mengawal harga rempah agar tidak merosot apabila berlaku lebihan penawaran. Pada tahun 1656, pelayaran Hongi dilakukan untuk menghalau pedagang-pedagang Makassar dari perairan Maluku. Hal ini dapat mengukuhkan kekuasaan VOC kerana pedagang yang lain tidak dapat menguasai perdagangan rempah.Peranan pemimpin VOC Peranan utama yang dimainkan oleh pemimpin VOC seperti Jan Pieterszoon Coen, Beliau telah menjadikan Batavia sebagai pusat perdagangan VOC pada tahun 1619. Larangan berdagang dengan pedagang luar pada 1618 di Banda,Ambon, dan Maluku kepada pedagang Inggeris. Menyerang loji perdagangan Inggeris di Bantam dan membakar loji tersebut. Menyerang kapal inggeris dan kapal-kapal pedagang asing yang berdagang terus dengan Ambon. Beliau pernah menyatakan perniagaan V.O.C dengan pihak sebelah timur memang diperlukan. Hal ini bertujuan untuk menjaga kebajikan republik Belanda. Hujah yang diberikan oleh Coen itu diterima kerana pihak. Hal ini dapat dilihat apabila Sepanyol disekat daripada mendapat sebahagian daripada punca pendapatan V.O.C dan sekaligus berjaya membawa keuntungan kepada pihak Belanda. Coen turut menyatakan bahawa V.O.C mempunyai hak yang sah untuk berdagang di Indonesia yang mana beliau telah mendapatkan hak monopoli di Ternate, pulau Ambon dan pulau Banda.Hak-Hak Istimewa VOC Terkandung dalam charter atau piagam VOC. Artikel yang ke 34 yang paling penting kerana telah memberi hak untuk memonopoli perdagangan kepada VOC. Hak itu dikenali sebagai Hak Octroi. VOC diberikan hak untuk mengadakan pemerintahan sendiri, Menjalankan kehakiman, Pemungutan pajak, Memiliki angkatan perang tersendiri, Mencetak dan mengedarkan wang sendiri ,Mengadakan perjanjian.serta membentuk benteng pertahanan. Hak-hak ini penting untuk melindungi kepentingan perdagangan VOC.Kesimpulan Jelaslah bahawa dasar monopoli yang telah dilaksanakan oleh VOC telah berjaya mengembangkan lagi perdagangan terutama dalam perdagangan rempah. Terdapat lagi faktor lain yang telah mempengaruhi perkembangan aktiviti perdagangan VOC seperti hak istimewa yang diberikan oleh pemerintah Belanda serta peranan pemimpin VOC itu sendiri.