aduan sarang tebuan

2
Penguasa, JABATAN BOMBA & PENYELAMAT, Jln. Bagan Jermal, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang. 8 NOVEMBER 2011 Tuan, Aduan Kewujudan Sarang Tebuan dan Lebah di Kompaun Sekolah Merujuk kepada perkara di atas, saya telah diamanahkan untuk memaklumkan pihak tuan tentang keadaan tersebut. 2. Kewujudan dua sarang serangga berbisa ini dalam kawasan sekolah memberi ancaman keselamatan murid-murid dan petugas- petugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga. Pihak sekolah khuatir seandainya sarang ini gugur sekaligus menyebabkan serangan ke atas individu yang boleh mengakibatkan kecederaan yang serius. 3. Adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak sekolah bagi melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang dirasakan wajar supaya dapat menggelakkan pekara yang tidak diingini daripada berlaku. 4. Untuk makluman tambahan, peperiksaan SPM bakal berlangsung di kompaun sekolah mulai 14 November. Hal yang demikian menggusarkan pihak sekolah kerana hujan dan angin kuat kebelakangan ini membawa risiko yang tinggi untuk sarang tersebut gugur serta menjejaskan tumpuan calon peperiksaan. 5. Segala tindakan susulan dan pemantauan daripada pihak tuan amatlah dialu-alukan. Pihak sekolah mendahulukan ucapan

Upload: mohd-fazli

Post on 14-Apr-2016

262 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Aduan Sarang Tebuan

Penguasa,JABATAN BOMBA & PENYELAMAT,Jln. Bagan Jermal,11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang. 8 NOVEMBER 2011

Tuan,

Aduan Kewujudan Sarang Tebuan dan Lebah di Kompaun Sekolah

Merujuk kepada perkara di atas, saya telah diamanahkan untuk memaklumkan pihak tuan tentang keadaan tersebut.

2. Kewujudan dua sarang serangga berbisa ini dalam kawasan sekolah memberi ancaman keselamatan murid-murid dan petugas- petugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga. Pihak sekolah khuatir seandainya sarang ini gugur sekaligus menyebabkan serangan ke atas individu yang boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.

3. Adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak sekolah bagi melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang dirasakan wajar supaya dapat menggelakkan pekara yang tidak diingini daripada berlaku.

4. Untuk makluman tambahan, peperiksaan SPM bakal berlangsung di kompaun sekolah mulai 14 November. Hal yang demikian menggusarkan pihak sekolah kerana hujan dan angin kuat kebelakangan ini membawa risiko yang tinggi untuk sarang tersebut gugur serta menjejaskan tumpuan calon peperiksaan.

5. Segala tindakan susulan dan pemantauan daripada pihak tuan amatlah dialu-alukan. Pihak sekolah mendahulukan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan Jabatan Bomba & Penyelamat bagi mengatasi perkara ini.

Yang menurut perintah,

……………………….

Shahril Bin Salleh(Ahli Jawatankuasa Keselamatan, Sekolah Menengah KebangsaanTanjong Bunga)

Page 2: Aduan Sarang Tebuan