adam hawa 2

15
1.0 PENGENALAN Sebuah novel karangan Aisya Sofea mempunyai jalan cerita dan konteks tersendiri dalam penyampaian mesej kepada pembacanya. Novel Adam dan Hawa menceritakan kisah kekeluargaan, kehidupan sosial serta konflik dalam persahabatan dan rumahtangga. Novel ditulis oleh penulis berdasarkan realiti sebenar dalam kehidupan. Aspek kehidupan selalu dijadikan sebagai rujukan utama dan ditekankan dalam penghasilan sebuah novel. Aspek kehidupan diterapkan oleh penulis dalam penulisan kerana apek ini mampu menghidupkan watak-watak yang terdapat dalam novel. Namun, aspek lain juga turut memainkan peranan dalam sebuah novel. Sebagai contoh, aspek tanggungjawab dalam kehidupan. Setiap watak dalam sebuah novel perlu mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Setiap watak ada peranan masing-masing dalam menjalankan tanggumgjawab yang berbeza. Lantaran itu, penangguhan tanggungjawab dijadikan sebagai persoalan utama dalam novel ini melalui watak utama mahupun watak sampingan. Persoalan ini dipilih kerana perkara tersebut mampu menimbulkan konflik yang besar dalam kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan (2000), tanggungjawab didefinisikan sebagai kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Walau bagaimanapun, kita juga boleh menafsir tanggungjawab itu sebagai peranan dan tugas. Tanggungjawab bukan sahaja dicabangkan kepada tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Malah, masyarakat boleh memecahkan pembahagian tanggungjawab kepada watak-watak kecil seperti tanggungjawab terhadap Tuhan, ibu bapa, suami, isteri, dan juga sesama manusia. Hal ini demikian adalah untuk memudahkan proses penganalisian secara terperinci terhadap tajuk kajian. 2.0 SINOPSIS 1

Upload: farisya-ajis

Post on 14-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contents

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sebuah novel karangan Aisya Sofea mempunyai jalan cerita dan konteks tersendiri dalam penyampaian mesej kepada pembacanya. Novel Adam dan Hawa menceritakan kisah kekeluargaan, kehidupan sosial serta konflik dalam persahabatan dan rumahtangga.

Novel ditulis oleh penulis berdasarkan realiti sebenar dalam kehidupan. Aspek kehidupan selalu dijadikan sebagai rujukan utama dan ditekankan dalam penghasilan sebuah novel. Aspek kehidupan diterapkan oleh penulis dalam penulisan kerana apek ini mampu menghidupkan watak-watak yang terdapat dalam novel.

Namun, aspek lain juga turut memainkan peranan dalam sebuah novel. Sebagai contoh, aspek tanggungjawab dalam kehidupan. Setiap watak dalam sebuah novel perlu mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Setiap watak ada peranan masing-masing dalam menjalankan tanggumgjawab yang berbeza. Lantaran itu, penangguhan tanggungjawab dijadikan sebagai persoalan utama dalam novel ini melalui watak utama mahupun watak sampingan. Persoalan ini dipilih kerana perkara tersebut mampu menimbulkan konflik yang besar dalam kehidupan seharian.

Menurut Kamus Dewan (2000), tanggungjawab didefinisikan sebagai kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Walau bagaimanapun, kita juga boleh menafsir tanggungjawab itu sebagai peranan dan tugas. Tanggungjawab bukan sahaja dicabangkan kepada tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Malah, masyarakat boleh memecahkan pembahagian tanggungjawab kepada watak-watak kecil seperti tanggungjawab terhadap Tuhan, ibu bapa, suami, isteri, dan juga sesama manusia. Hal ini demikian adalah untuk memudahkan proses penganalisian secara terperinci terhadap tajuk kajian.

2.0 SINOPSIS Novel Adam dan Hawa mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang bernama Ain Hawani. Pertemuan pertama Ain dengan Adam Mukhriz adalah ketika Ain bekerja sebagai cikgu sementara selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adam berusaha untuk mendekati Ain kerana dia berasakan suatu kelainan dalam diri Ain Hawani. Ain pula yang pada mulanya hanya buat tidak endah terhadap kehadiran Adam mula terpikat dengannya lebih-lebih lagi apabila Adam memberi anak patung yang besar kepada Ain. Namun kemesraan yang ditonjolkan oleh Adam kepada Ain memanaskan hati Dee yang pada ketika itu menjadi teman rapat kepada Adam. Justeru, perangkap dipasang. Ain dan Adam ditangkap khalwat. Akhirnya, lafaz ijab dan kabul dilafazkan bersama dendam yang tersemat di hati Ain lantaran tiada sebarang penjelasan daripada Adam untuk menyelamatkan keadaan. Peluang melanjutkan pelajaran ke Australia diambil untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Suami yang baru dinikahi ditingalkan tanpa pamitan. Namun, sampai bila Ain harus bersembunyi? Ain abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sepanjang berada di Australia Ain tidak pernah berhubung dengan suaminya. Ain berasakan bahawa dirinya telah terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang apabila dia lari daripada masalah.Ketika berada di Australia muncul pula Johan sebagai pendamping dalam kehidupan Ain. Kepada Johan, Ain memberi harapan walaupun ketika itu Ain masih ragu-ragu mengenai status dirinya. Apabila pulang ke tanah air, Ain masih menafikan hak Adam sebagai seorang suami. Namun ketika mama Adan mengadakan majlis doa selamat untuk Ain dan Adam, Ain telah jatuh cinta kepada Adam ketika Adam mengimamkan solat maghrib mereka, hati Ain tersentuh dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkannyaketika itu, Ain terpukul dan berasakan satu bebanan dosa yang besar kerana telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk jangka masa yang lama.

3.0 TUJUAN KAJIANTujuan utama novel Adam dan Hawa ini dikaji adalah untuk menilai pelaksanaan tanggungjawab yang tertangguh oleh watak-watak yang ditonjolkan dalam novel ini. Kajian novel ini diberi penekanan terhadap faktor-faktor yang mendorong kepada penangguhan tanggungjawab yang digalas oleh watak. Hal ini demikian kerana, faktor-faktor ini yang menjadi tunjang utama kepada pelbagai konflik dan masalah yang dicetuskan oleh penulis dalam novel yang dikarang.Tambahan pula, pembaca memerlukan sesuatu yang dapat memuaskan hati mereka. Justeru, tajuk kajian ini adalah bertepatan dengan kehendak pembaca yang memerlukan suatu solusi terhadap konflik yang timbul. Hal ini demikian kerana, efek yang dihadapi oleh watak menjadi satu beban emosi yang mengganggu jiwa para pembaca.

4.0 SKOP KAJIANKajian bagi ulasan novel Adam dan Hawa ini dibataskan terhadap penangguhan tanggungjawab yang digalas oleh watak. Watak-watak yang terlibat dalam novel ini adalah termasuk watak utama dan juga watak sampingan. Namun, tidak semua watak yang terlibat kerana tajuk kajian yang sedang dikupas hanyalah melibatkan watak-watak yang menyebabkan konflik tersebut berlaku.

5.0 KAEDAH KAJIANSemasa menjalankan kajian ini, kami memilih untuk menggunakan kaedah resensi kepustakaan. Hal ini merujuk kepada keseluruhan teks yang digunakan sebagai panduan untuk menterjemah mesej yang cuba disampaikan oleh penulis.Selain itu, kami juga membuat rujukan melalui sumber internet dalam usaha mendalami karakter watak dan juga plot cerita.

6.0 PENANGGUHAN TANGGUNGJAWAB DALAM MASYARAKATSecara generalnya, tanggungjawab boleh difahami sebagai tugas atau peranan yang mesti dilaksanakan berdasarkan identiti masyarakat yang dipikul. Masyarakat sering didedahkan dengan tanggungjawab dalam kelompok kecil, iaitu keluarga sahaja. Namun, aspek tanggungjawab ini sangat luas perlaksanaannya. Tanggungjawab umum yang biasa kedengaran adalah tanggungjawab sebagai ibu bapa, anak, hamba kepada Penciptanya dan juga sebagai seorang pelajar. Namun sebenarnya, tanggungjawab itu juga tergalas adalah bergantung kepada jawatan yang dipegang dalam masyarakat. Contohnya, sekiranya individu itu bekerja sebagai seorang kerani, maka tanggungjawabnya bukan sekadar di rumah, malah juga di tempat kerja.Pengabaian tanggungjawab dan penangguhan tanggungjawab adalah dua perkara yang berbeza. Pengabaian tanggungjawab beerti bahawa peranan yang seharusnya dipikul itu tidak langsung dilaksanakan dalam sisa-sisa hidup seseorang individu tersebut. Manakala penangguhan tanggungjawab pula bermakna tugas dan peranan yang dipikul itu masih belum dijalankan atapun tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna lagi. Hal ini tidak bermakna bahawa tanggungjawab tersebut terus diabaikan begitu sahaja. Tanggungjawab tersebut tetap akan dilaksanakan di kemudian hari. Cuma, masa yang menentukan perlaksanaan tanggungjawab tersebut.Kajian mengenai penangguhan tanggungjawab dalam novel Adam dan Hawa ini adalah kebanyakannya berkisarkan watak utama, Ain Hawani bersama suaminya, Adam Mukhriz. Faktor utama yang mendorong hal ini terjadi adalah kerana sikap ego dan tidak mahu mengalah terhadap kesilapan lampau yang menimpa diri watak. Walau bagaimanapun, usaha untuk menjalankan tanggungjawab tersebut masih dapat dilihat dalam diri watak demi memperbaiki hubungan kekeluargaan yang sedikit renggang.

6.1 Tanggungjawab terhadap TuhanManusia adalah khalifah yang dicipta untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan juga memakmurkan alam ini. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)." (Surah az-Zarriyat, ayat 56).Ayat al-Quran di atas sudah jelas menerangkan tugas-tugas utama manusia sebagai seorang khalifah yang meliputi pengibadatan kepada Tuhan, menjaga hubungan sesama manusia dan juga alam sekitar (Abu Bakar Bin Yang, 2013). Penangguhan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Penciptanya dapat dilihat melalui watak Ain. Situasi ini dapat dilihat apabilaAin merehatkan tubuhnya terlebih dahulu sebelum menghubungi Adam untuk membatalkan temu janji yang telah dibuat. Walau bagaimanapun, masa rehat yang diambil menyebabkan Ain terlajak menunaikan solat Maghrib kerana terlalu penat dan seterusnya tertidur. Mujur sahaja Adam menelefon Ain untuk bertanyakan mengenai temu janji mereka dan seterusnya mengingatkan Ain mengenai solatnya yang tertangguh.Am ketawa. Penat sangat ke sampai tak sembahyang maghrib?Okeylah ya. Ain nak mandi ni.Belum sempat aku mematikan talian, suara Am memanggilku.Kita tak jadi keluar makan malam ke, Ain?Dah pukul Sembilan. Nak makan apa lagi? Ain pun belum sembahyang, belum mandi! Am tak faham ke?(Aisya Sofea, 2006; hal. 308)Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diingatkan bahawa solat itu merupakan tiang agama. Sebagaimana rumah yang dibina berasaskan tiang yang kukuh, begitu juga dengan agama. Jika cacat tiang itu, maka rosaklah perpaduan dalam kalangan umat manusia. Justeru, Ain seharusnya peka dengan kewajipannya sebagai seorang muslimah terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara lain. Malah, orang yang sakit juga diwajibkan untuk menunaikan solat, hatta secara baring sekali pun. Melalui watak Ain juga, unsur penangguhan tanggungjawab kepada Tuhan dapat digambarkan melalui situasi Ain sebagai wanita muslimah. Sebagaimana yang disyariatkan di dalam Islam, menjadi fardu ain bagi seorang wanita muslimah untuk menutup dan memelihara setiap inci tubuhnya, kecuali muka dan pergelangan tangan daripada tatapan insan yang bukan muhrim (Mohamad, A. M., Radzi, M., & Azura, N. B., 2011). Hal ini dapat digambarkan melalui petikan di bawah,Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku masih berdiri di depan cermin hias, melihat penampilanku. Baju kurung kain kapas warna hijau muda itu menampakkan aku kelihatan lebih remaja. Ditambah pula dengan rambut panjang yang lurus yang aku ikat seperti ekor kuda. Cukup! Aku sudah bersedia untuk menghadiri sesi temu duga.(Aisya Sofea, 2006; hal. 4)Petikan di atas jelas menggambarkan bahawa Ain masih belum menutup aurat dengan sempurna dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Tambahan pula, pada waktu itu usia Ain masih terlalu muda dan baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Justeru, kehidupan dan jiwa remaja yang dirasai oleh Ain membuatkan beliau alpa dan masih menangguhkan tanggungjawabnya yang satu itu. Namun demikian, setelah menamatkan pengajian dan sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Ain telah terbuka hati untuk menutup auratnya dengan sempurna, seperti yang digambarkan dalam dialog di bawah.

Ain! Johan dah sampai! Suara Azie kedengaran lantang dari luar bilikku.Suruh dia tunggu kejap. Aku nak pakai tudung ni!(Aisya Sofea, 2006; hal. 215 & 216)Selain watak Ain, bingkisan novel ini juga sarat dengan pengajaran mengenai keterlanjuran Adam Mukhriz sebagai seorang muslim yang lalai dalam menjaga batas pergaulannya dengan wanita. Islam telah menetapkan bahawa pergaulan antara lelaki dengan perempuan adalah terbatas dan diharamkan persentuhan kulit antara kedua-duanya. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan berikut. Tiba-tiba gelagat gadis di sebelahnya menganggu lamunanku. Betapa terkejutnya aku apabila melihat gadis itu mencium pipi lelaki itu tanpa segan silu. Kemudian mereka ketawa. Tak malukah perempuan itu? Biarpun lelaki itu mungkin suaminya, tetapi di mana adab sopannya sebagai perempuan Melayu? Tapi dari pandangan mataku, mereka tidak kelihatan seperti suami isteri tetapi lebih sebagai pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta.(Aisya Sofea, 2006; hal. 5)

6.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapaSeorang anak yang bertanggungjawab dan mengikut ajaran Islam adalah wajib mentaati suruhan ibu bapanya selagi arahan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Malah, kisah Adam dan Hawa ini tidak menggambarkan bahawa emak Ain meminta Ain untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan agama. Emaknya hanya meminta supaya Ain dan Adam berbaik-baik sebagai suami isteri. Namun, Ain masih enggan menerima Adam sebagai seorang suami.Ain tak boleh terima Am, mak. Macam mana dia baik dengan Ain pun, Ain tak boleh terima dia. Ain tak boleh terima dia lepas apa yang dia buat pada Ain!Ain boleh terima Am semula kalau Ain buang perasaan benci Ain itu. Buang sikap sombong Ain tu. Jangan jadikan hal lama tu sebagai alasan Ain tak boleh terima Am.Aku menggeleng.(Aisya Sofea, 2006; hal. 227)Melalui dialog di atas, permintaan emak Ain tidak dilihat sebagai sesuatu yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana Adam bukanlah seorang suami yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada isterinya. Malah, Adam telah berubah daripada kesilapan lalu dan setia menunggu isterinya. Tambahan pula, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Hal ini dapat digambarkan seperti dialog di bawah.Am tak mahu sia-siakan Ain. Dia tak pernah lupakan Ain. Dia tahu tanggungjawabnya. Selama ini, duit yang mak hulurkan pada Ain adalah duit nafkah daripada Am. Am terlalu banyak berkorban untuk Ain selama ini. Tapi dia tahu, ain tak akan nak jumpa lagi. Dia tahu Ain marah sangat kat dia, cerita emak yang entah bila sudah berada di sebelahku, mengusap rambutku dengan penuh kasih sayang.(Aisya Sofea, 2006; hal. 226)Jadi, tiada sebab yang munasabah untuk Ain menjauhkan diri dan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, melainkan hatinya tidak lagi menginginkan Adam sebagai suami. Walau bagaimanapun, Ain masih menyimpan perasaan terhadap Adam, cuma hatinya ego untuk menerima perubahan baik dalam diri Adam, seolah-olah suaminya itu tidak layak untuk diberi peluang kedua.Selain itu, emak Ain sentiasa mengingatkannya supaya tidak terlalu rapat dan menemui Johan tanpa pengetahuan Adam. Hal ini demikian kerana, emaknya mahu Ain sentiasa menjaga kehormatan diri dan tatacara pergaulannya serta menjaga maruah suami. Justeru, pertemuan Ain dengan Johan ibarat melanggar kehendak emaknya, sekali gus, Ain dianggap telah melanggar batas-batasnya sebagai seorang isteri. Situasi tersebut dapat digambarkan seperti dalam petikan di bawah.Tak boleh macam tu Ain. Suka atau tak, Allah dah tetapkan dia suami Ain. Jodoh maut tu kan ketentuan Allah. Sekarang Ain dah tahu yang Ain masih isteri orang. Mak harap Ain jangan keluar lagi dengan Johan. Selama ni pun, mak tak sedap hati bila tengok hubungan Ain dengan Johan sedangkan mak tahu yang Ain masih isteri Am.(Aisya Sofea, 2006; hal. 276)Al-Quran juga ada menekankan bahawa mentaati ibu bapa adalah suatu tuntutan. Hal ini adalah berdasarkan potongan ayat berikut,Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. (Surah al-Isra, ayat 36)Walau bagaimanapun, keinginan dan kehendak emak Ain hanyalah suatu permintaan yang tertangguh kerana pada pengakhiran kisah ini menunjukkan bahawa Ain bersedia sepenuhnya menjadi isteri kepada Adam Mukhriz dalam erti kata yang sebenar.

6.3 Tanggungjawab terhadap suamiTanggungjawab sebagai seorang isteri meliputi ketaatan terhadap suami, memberi layanan mesra, menjaga rumah tangga dan anak-anak, beroleh kebenaran sekiranya ingin keluar rumah, serta menjaga kehormatan diri, maruah suami dan hartanya (Muhammad, A. & Jasmi, 2004). Penangguhan tanggungjawab terhadap seorang suami dapat digambarkan melalui watak Ain, iaitu isteri kepada seorang lelaki bernama Adam. Hal ini bermula sejak Ain membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya setelah mendapat tawaran belajar ke Murdoch, Australia. Keputusan yang dibuat oleh Ain memperlihatkan bahawa beliau ingin melarikan diri daripada masalah yang tercipta tanpa berusaha untuk menjernihkan keadaan. Hal ini dapat digambarkan seperti dalam petikan di bawah.Enggan berfikir panjang, aku terus menerima tawaran itu walaupun terpaksa mengikuti program persediaan sebelum berangkat nanti. Puas emak memujuk agar aku menerima tawaran ke universiti tempatan, tetapi aku nekad untuk meninggalkan segala kenangan hitamku. Seandainya aku terus berada di sini, aku akan memikirkan betapa dekatnya diriku dengan Am, dan betapa mudahnya untuknya bertemu denganku. Walhal, perkara itulah yang ingin aku buang jauh dari ingatan.(Aisya Sofea, 2006; hal. 114)Petikan di atas jelas menggambarkan tahap kematangan Ain yang masih rendah kerana pemergiannya ke luar negara langsung tidak mendapat keizinan daripada suami yang baru dinikahi. Pemergian Ain ini adalah atas beberapa faktor, seperti rasa marah yang tersisa terhadap Adam kerana bertindak berdiam diri dan tidak bercerita tentang hal yang sebenar ketika mereka ditangkap basah. Beliau beranggapan bahawa masalah akan selesai dengan tindakan sedemikian, walhal perasaan dendamnya terhadap Adam masih berbaki, hatta sekembalinya daripada luar negara.Selain itu, sikap lemah lembut, bertoleransi dan melayan suami dengan penuh kasih sayang merupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri (Redzwan, Mohd, et al., 2008). Walau bagaimanapun, bayangan silam membuatkan Ain bersikap kasar dan panas baran terhadap suaminya. Malah, tutur katanya sering kali digunakan dalam intonasi yang tinggi, seperti dalam dialog di bawah.Kita tak jadi keluar makan malam ke, Ain?Dah pukul sembilan. Nak makan apa lagi? Ain pun belum sembahyang, belum mandi! Am tak faham ke? Suaraku agak meninggi. Tidak mengerti lagikah dia selepas mengetahui keadaanku? Aku segera mematikan talian. Bodoh! Dengusku dalam hati.(Aisya Sofea, 2006; hal. 308 & 309)Walau dalam keadaan marah sekali pun, seorang isteri dilarang untuk meninggikan suara terhadap suaminya. Dialog di atas sahaja sudah menggambarkan bahawa Ain mudah kalah dengan ketidakstabilan emosi, terutamanya apabila hal tersebut bersangkut-paut dengan Adam Mukhriz.Seterusnya, seorang isteri juga bertanggungjawab untuk mentaati setiap arahan suami, selagi perkara tersebut tidak bercanggah dengan hukum syara (Redzwan, Mohd, et al., 2008). Namun begitu, sikap Ain sebagai seorang isteri tidak menggambarkan perkara yang sewajibnya dilakukan. Sikap ketidakpercayaan Ain terhadap Adam masih belum terhakis lantas membuatkan egonya semakin memuncak sehingga mencabar perasaan Adam.Okey, Am nak ajak Ain keluar. Nak bawak Ain pergi mana? aku segera menukar topik perbualan agar aku dapat melupakan marahku terhadapnya.Nak bawak pergi shopping sikit.Ain sibuk esok.Lusa?Aku mendengus. Lusa lagilah sibuk.Ain cuba larikan diri daripada Am ke?Kalau ya pun, kenapa?Nak ke Am tunggu kat depan rumah Ain sampai Ain balik? Kalau orang tanya siapa Am, Am boleh beritahu apa sebenarnya hubungan kita. Tak susah kalau nak dapatkan pertolongan terutamanya daripada Azie kalau dia tahu yang Am ni suami Ain.(Aisya Sofea, 2006; hal. 313 & 314)Melalui dialog di atas, Ain sentiasa mencari idea dan berusaha untuk menjauhkan dirinya daripada Adam. Malah, untuk berjumpa dengan isterinya sahaja, Adam terpaksa mengugut agar Ain menurut perintahnya. Jadi, Adam dapat meluangkan masa bersama-sama dengan isteri yang masih belum dapat ditawan hatinya.Tidak dinafikan bahawa seorang isteri bertanggungjawab dan wajib meminta kebenaran suami terlebih dahulu sekiranya ingin keluar daripada rumah (Muhammad, A. & Jasmi, 2004). Walau bagaimanapun, hal ini dianggap remeh bagi Ain Hawani kerana perasaannya masih terbeban dengan peristiwa lampau. Hatta, pergerakan Ain jarang diketahui oleh Adam. Hal ini dapat digambarkan seperti dalam petikan di bawah.Aku sedikit tidak memberitahu Am yang aku akan pulang ke kampung. Untuk apa aku memberitahunya sedangkan selama ini aku tidak pernah melaporkan padanya tentang kehidupan seharianku. Apatah lagi sejak kebelakangan ini dia begitu sepi daripadaku.(Aisya Sofea, 2006; hal. 279)Tindakan yang diambil oleh Ain seperti dalam petikan di atas hanya mengeruhkan keadaan dan tidak membawa sebarang perubahan positif dalam perhubungan mereka. Ain lebih senang membuat kesimpulan sendiri terhadap kesepian Adam tanpa menyiasat terlebih dahulu. Hasilnya, hanya Adam yang berusaha memperbaiki rumah tangga mereka, sedangkan Ain berada dalam dunianya dan membuat haluan sendiri.

6.4 Tanggungjawab terhadap isteriSeorang suami bertanggungjawab terhadap isterinya dalam hal-hal rumahtangga seperti nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir meliputi tempat tinggal, makan, minum, pakaian , pendidikan, kesihatan dan keperluan-keperluan asas yang lain. Nafkah batin pula meliputi hal-hal seperti memberikan kasih sayang, belas kasihan dan juga layanan seksual. Secara zahir atau fizikalnya, Adam hanya mampu memberikan sebahagian daripada nafkah zahir tersebut, seperti pembiayaan pendidikan dan kos sara hidup sepanjang pengajian Ain di Australia. Nafkah yang disalurkan oleh Adam terhadap isterinya dapat dibuktikan menerusi petikan di bawah.Duit yang mak bagi Ain setiap bulan sebenarnya duit nafkah daripada Am. Duit daripada dia, tanggungjawab dia sebagai suami pada Ain.(Aisya Sofea, 2006; hal. 226)Melalui dialog di atas, tidak dapat dinafikan bahawa Adam memberikan nafkah terhadap Ain yang ketika itu berada di Australia secara rahsia melalui perantaraan emak Ain. Hal ini demikian kerana, sekiranya Ain mengetahui tentang perkara ini, sudah tentu beliau akan menentang habis-habisan. Dari segi nafkah batin pula, Adam dianggap memberikan kasih sayang kepada Ain melalui tutur katanya yang baik dan sentiasa ingin mengambil hati Ain. Contohnya adalah seperti dalam petikan di bawah.You dont look like a lecturer today, Ain. But you look like you belong to a corporate world.(Aisya Sofea, 2006; hal. 322)Manakala, tanggungjawab selebihnya belum dapat dilaksanakan oleh Adam kerana keengganan Ain yang masih belum mahu menerima Adam sebagai suaminya secara realiti. Walau bagaimanapun, Adam sentiasa berusaha untuk memenangi dan memujuk hati Ain seperti dalam dialog di bawah.I need you Ain, ucap Am perlahan. Cubalah buka hati Ain sekali lagi untuk Am. Am janji takkan hancurkan hati Ain lagi. Am janji akan bahagiakan Ain sampai Ain lupa macam mana rasa sakit yang Am buat pada Ain dulu. Sekali saja... pintanya.(Aisya Sofea, 2006; hal. 327)Dialog di atas adalah antara usaha yang dilakukan oleh Adam untuk memenangi hati isterinya. Sekiranya hati Ain terbuka untuk kembali ke pangkuan Adam, maka tanggungjawab Adam sebagai seorang suami tidak akan tertangguh. Walau bagaimanapun, usaha Adam ini tidak dilihat berlandaskan tanggungjawab semata-mata, malah lebih kepada rasa cinta terhadap isterinya, Ain Hawani.

6.5 Tanggungjawab sesama manusia Dalam hasil karya yang ditulis oleh Esa Khilid (2010), ada dinyatakan bahawa apabila membicarakan tentang manusia, ia tidak lepas daripada membincangkan aspek akal atau spiritual (termasuk jiwa) dan juga aspek material.Dalam novel Adam dan Hawa nilai tanggungjawab sesama manusia dapat dilihat menerusi watak Kak Zah. Walaupun hanya sebagai watak sampingan, Kak Zah tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai insan yang peka kepada keperluan insan yang lain. Nilai tanggungjawab sesama manusia dalam diri Kak Zah dapat dilihat menerusi perbualannya dengan Ain dan Cikgu Zaleha.Tak apa Ain. Anggap budak-budak ni macam anak-anak kita. Insya-ALLAH, semuanya pasti okey nanti. Cikgu Zaleha cuba untuk menentramkan perasaan dan mendorong semangatku.Kak Zah pula menambah. Tapi, setiap kali waktu pagi, ada seorang dua budak yang kita kena perhatikan. Nanti Kak Zah tunjukkan pada Ain.dia berdua ni, kena tackle mood mereka. Mood kadang-kadang main peranan juga. Bila dia masuk, memang muka selalu monyok. Ha kita kena puji-puji dulu, ampu-ampu sedikit sekadar nak naikkan mood dia tu. Kalau mood okey, okeylah hari tu. Kalau mood tak elok, dari pagi sampai balik pun susah kita dibuatnya. Nak dengar suara pun payah.( Aisya Sofea, 2006; hal 19 )Berdasarkan perbualan tersebut, dapat dilihat bahawa Kak Zaleha bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya kepada Ain tetapi dalam masa yang sama Kak Zah juga menyerlahkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang prihatin terhadap keadaan murid-muridnya.Watak Ain sebagai seorang sahabat yang bertanggungjawab boleh dikatakan agak lemah. Ain merupakan seorang yang sangat suka berahsia. Rahsia yang disimpannya menyebabkan kawannya, Azie menaruh harapan terhadap Adam yang ketika itu masih sah bergelar suami kepada Ain. Beberapa petikan di bawah membuktikan situasi di atas.Itu mama Am dah sampai. Tengok si Am tu cair aku dibuatnya, bisik Azie spontan. Dia tu memang single lagi ke, Ain? Kau tau tak pasal dia? Anything yang boleh buat dia syok kat aku? Kau dah ada pengalaman dengan Johan, kau mesti tau macam mana nak tackle lelaki. Dengan jubbah putih, pakai ketayap dia nampak hansome giler . Aku akan buat apa aje supaya dia syok kat aku sampai tua. Eei kalau aku dapat, sure aku ikat mamat ni kuat-kuat.( Aisya Sofea, 2006; hal. 185 )Dialog di atas dilontarkan oleh Azie, iaitu rakan baik Ain. Situasi di atas mungkin tidak akan terjadi sekiranya Ain menceritakan hal sebenar kepada Azie. Kerahsiaan Ain tentang hal ini bukan sahaja membuatkan Azie jatuh cinta kepada Adam, malah membuatkan Johan menaruh hati terhadap Ain yang merupakan isteri Adam secara sah. Hal ini membuatkan masalah bertambah rumit dan menimbulkan pelbagai spekulasi di kemudia hari.

7.0 KESIMPULAN

Penulis novel Adam dan Hawa, Aisya Sofea terbukti merupakan seorang penulis yang professional dalam setiap garapannya. Teknik penceritaannya digambarkan dengan penuh ketelitian untuk membangkitkan perasaan para pembaca. Plot penceritaannya juga disusun dengan sistematik agar jalan cerita yang cuba disampaikan kelihatan berlangsung secara natural tanpa ada nilai kaku dalam novel ini. Secara keseluruhannya, perlaksanaan tanggungjawab yang tertangguh dalam novel ini adalah kebanyakannya didominasi oleh watak utama, Ain Hawani. Faktor-faktor utama yang mendorong masalah ini terjadi adalah masa yang terlalu lama untuk memperbaiki keadaan, sikap ego dan perasaan buruk sangka yang bermaharajalela serta usaha yang minima oleh Ain Hawani, sedangkan Adam memberi sepenuh komitmen untuk memperbaiki keadaan. Namun, pada akhirnya, tanggungjawab-tanggungjawab yang tertangguh itu dapat dilaksanakan kerana faktor-faktor yang mendorong kepada terjadinya masalah ini dapat diatasi oleh watak. Kesimpulannya, permasalahan yang cuba dibangkitkan oleh penulis berjaya menimbulkan perasaan tidak puas hati dan meluat terhadap perwatakan yang dibawa oleh watak.

8.0 RUJUKAN

Aisya Sofea. 2006. Adam & Hawa. Shah Alam. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.Mohd Redwan Bin Abdul Mutalib, Mohd Hasbi Bin Mohd Yunus, Sulaiman Shakib Bin Mohd Noor. 2008. Panduan Kaunseling Keluarga: Teknik Penyampaian Pengetahuan Mengikut Pendekatan Islam: 63-75. Abu Bakar Bin Yang. 2013. Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah di Muka Bumi Besar, Berat. Muhammad, A & Jasmi, K. A. 2004. Pengabaian Tanggungjawab Suami Terhadap Hak Isteri di Kalangan Orang-orang Melayu: 1-8. Mohamad, A. M., Radzi, M., & Azura, N. B. 2011. Persepsi Pelajar Wanita Islam UTM Terhadap Fesyen Terkini dan Tuntutan Menutup Aurat: 1-9.

14