adab perbezaan pendapat

4

Click here to load reader

Upload: nor-azhar-aduka

Post on 21-Jun-2015

58 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

IPEM3307 KOMUNIKASI DALAM MUAMALAT

TRANSCRIPT

Page 1: Adab perbezaan pendapat

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MUAMALAT

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2012/2013

Page 2: Adab perbezaan pendapat

ISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PENGERTIAN IKHTILAF 1

3.0 IKHTILAF PARA IMAM MAZHAB 3

4.0 TAKLID DAN KESANNYA 4

5.0 KEADAAN UMAT ISLAM MASA KINI 5

6.0 SEBAB-SEBAB IKHTILAF PADA MASA SEKARANG 7

7.0 ADAB-ADAB IKHTILAF 8

7.1 Ikhlas

7.2 Tidak memenangkan diri

7.3 Tidak menonjolkan diri

7.4 Berlaku adil kepada orang yang tidak sehaluan

7.5 Bekerjasama di dalam perkara yang disepakati

7.6 Bertoleransi dalam perkara yang menimbulkan perbezaan pendapat

7.7 Berdialog dengan cara yang baik

7.8 Menunaikan solat di belakang orang yang tidak sehaluan

8.0 PENUTUP 15

9.0 RUJUKAN 16

Page 3: Adab perbezaan pendapat

1

1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini penyakit yang dihadapi umat Islam saat ini sangat kompleks, bercabang dan

menjalar kemana-mana. Penyakit tersebut telah menyerang pelbagai aspek kehidupan, baik

agama mahupun sosial.

Di antara penyakit berbahaya yang menimpa umat Islam saat ini adalah penyakit

ikhtilaf atau mukhalafah iaitu perbezaan pandangan. Penyakit ini berkembang semakin kronik

dan menular kemana-mana. Ia telah menyerang ke pelbagai wilayah, kota dan semua

tingkatan sosial. Penyakit ini telah merasuk ke dalam semua aspek kehidupan masyarakat

Islam ; fikiran, akidah, konsep, pandangan, perasaan, perilaku, moral, pola hidup, cara

berinteraksi, gaya berbicara, cita-cita, visi, jangka panjang mahupun jangka pendek, semua

telah terjangkit oleh penyakit ini.

Semua aspek kehidupan yang telah terjangkit penyakit ini bagai awan hitam yang

menyelubungi jiwa manusia. Kemudian memunculkan wap diiringi cucuran hujan lebat yang

menimpa setiap hati yang gersang, sehingga mekarlah beragam pertikaian dan perselisihan.

Seolah-olah segala sesuatu yang ada pada umat ini seperti pelbagai kewajipan, larangan dan

ajaran, mendorong pada munculnya ikhtilaf dan menyemarakkan permusuhan serta

perselisihan.1

Perbezaan pendapat atau ikhtilaf dalam kalangan manusia merupakan satu perkara

yang lumrah dalam realiti sejarah kehidupan mereka. Demikian juga dalam Islam, hal ini

menjadi satu aspek yang tidak mungkin dapat dipisahkan dari sifat tabie manusia. Bahkan

sebenarnya perbezaan pendapat itu menjadikan Islam itu agama yang dinamik dan fleksibel.2

2.0 PENGERTIAN IKHTILAF

Perkataan ikhtilaf dan khilaf yang terbit daripada perkataan akar yang sama iaitu خلف

mempunyai pengertian yang sama dari sudut etimologi. Kedua-duanya membawa maksud

perbezaan atau kepelbagaian (mughayara) dalam mana-mana (percakapan, pendapat, ciri-ciri,

amalan, etc). Di dalam kamus yang lain, ianya turut didefinisikan ketaksamaan, tidak

1 Thaha Jabir Fayyadh. (2001). Etika Berbeda Pendapat dalam Islam. Bandung : Pustaka Hidayah. Ms 9-10. 2 Saadan Man, Abdul Karim Ali, Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli & Inarah Ahmad Farid. (2009). Kesesuaian Pemikiran Dan Amalan Mazhab Selain Syafi`i dalam Masyarakat Islam Di Malaysia: Satu Analisis Awal. Jurnal Fiqh. No 6 (2009) 21-40. Ms 1-2.

Page 4: Adab perbezaan pendapat

2

konsisten, ketidakserasian, perpecahan, percanggahan, perselisihan, pertentangan, dan

perubahan.3

Ikhtilaf dalam istilah yang lain turut disebut mukhalafah (perbezaan), iaitu perbezaan

sudut pandang diantara satu pihak dengan pihak yang lain, baik dalam perbuatan mahupun

perkataan. Perkataan al-khilaf (berbeza) membawa makna yang lebih umum berbanding

perkataan adh-dhid (berlawanan). Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa dua

hal yang berlawanan semestinya berbeza, tetapi setiap yang berbeza belum tentu berlawanan.

Bilamana perbezaan masyarakat dalam pendapat telah mengarah kepada

pertengkaran, maka kata ikhtilaf dipinjam untuk makna munaza’ah (saling bertengkar) dan

mujadalah (berdebat). Allah SWT berfirman:

y#n=tG÷z$$sù Ü>#t“ ômF{ $# . ÏΒ öΝ ÎηÏΖ÷� t/ ( ∩⊂∠∪………

Maksudnya : Maka berselisihlah golongan-golongan yang ada di antara mereka (orang-

orang Yahudi dan Nasrani atau sesama Yahudi begitu juga sesama Nasrani).

(Surah Maryam : 37)

..... ¨β Î) y7 −/ u‘ ÅÓ ø)tƒ öΝ æηuΖ÷� t/ tΠ öθ tƒ Ïπ yϑ≈ uŠ É)ø9 $# $yϑŠÏù (#θçΡ% x. ϵŠ Ïù tβθ à�Î=tGøƒ s† ∩⊂∪

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan masalah yang mereka perselisihkan

pada hari kiamat.

(Surah Yunus : 93)

Bertepatan dengan pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa al-khilaf dan al-

ikhtilaf mempunyai makna yang sama, iaitu berbeza di dalam perkataan, pemikiran, keadaan,

situasi dan peranan.

3 A. Qodri Azizy. (2001). Juristic differences (Ikhtilaf) in Islamic Law: Its Meaning, Early Discussions, and Reasons (A Lesson for Contemporary Characteristics). Jurnal Al-Jami’ah. Jil. 39. Bil 2. Julai-Disember 2001. Ms 265.