acar buah

6
ACAR BUAH Bahan-bahan: 1 kg buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll) 10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji 3 cm halia } dihiris nipis 20 biji cili kering + 1 labu bawang besar + 1 sudu kecil rempah kari ikan } dikisar 15 tangkai cili padi jeruk 3/4 botol cuka gula dan garam secukup rasa minyak untuk menumis sedikit bijan } disangai untuk hiasan Cara membuat: Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, kacau sampai wangi dan garing. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata. Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya. Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.

Upload: zaythe-saiman

Post on 15-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Resipi

TRANSCRIPT

Page 1: ACAR BUAH

ACAR BUAH Bahan-bahan: 1 kg buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll) 10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji 3 cm halia } dihiris nipis 20 biji cili kering + 1 labu bawang besar + 1 sudu kecil rempah kari ikan } dikisar 15 tangkai cili padi jeruk 3/4 botol cuka gula dan garam secukup rasa minyak untuk menumis sedikit bijan } disangai untuk hiasanCara membuat: Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, kacau sampai wangi dan garing. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata. Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya. Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udaraNota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.

Page 2: ACAR BUAH

Biskut Kacang Hijau 

Bahan-bahan: 

1 kg tepung kacang hijau 1 kg tepung gandum 500g gula icing 1 sudu kecil garam halus 650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut 

Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning 

Cara membuat: 

Gaulkan semua bahan kecuali minyak. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat. Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur. Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara. 

Page 3: ACAR BUAH

NASI BERIANI JOHOR 

Bahan-bahan: 

3 cawan beras basmathi

4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)

1/2 cawan susu cair

3 sudu besar minyak sapi

50 g gajus } digoreng

50 g kismis

1 sudu besar air mawar

sedikit pewarna kuning

1 sudu kecil rempah beriani

6 ulas bawang merah } dimayang

4 ulas bawang putih } dimayang

1 sm halia } dimayang

1 inci kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

4 kuntum bunga cengkih

2 helai daun pandan } disimpul

2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm

3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm

garam secukup rasa

sedikit bawang goreng } hiasan 

Cara membuat: 

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.

Masukkan bahan-bahan yg dimayang serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt

Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.

Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning

Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.

Page 4: ACAR BUAH

Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.

Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng

BISKUT DAHLIA Sumber : Norazie Rnet 

Bahan-bahan: 300 g mentega 160 g gula aising - akak guna 125g aje 2 kuning telur 1 camca teh esen vanilla 240 g tepung gandum* 100 g tepung jagung* 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak) Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 

Cara membuat: 

1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang. 2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit. 4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara 

Page 5: ACAR BUAH

Tat Nenas Gulung (180 biji tat ) (Sumber Maizana Forum Cari) 

Bahan-bahan: 

1 kg tepung gandum Cap Sauh 625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta 4 kuning telur 1 putih telur 1/4 sudu teh garam halus 15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap 1 sudu teh esen vanilla sket pewarna kuning 

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu) 

Sapuan: 

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati 

Cara membuat: 

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket. Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung. Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven) 

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut 

Page 6: ACAR BUAH