abu nasr muhammad ibn tarkhan ibn awzalagh al

5
Al-Farabi Abu Nasr Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh Al-Farabi, atau lebih dikenali dengan Al-Farabi, merupakan ahli falsafah Islam terulung, seorang ahli muzik, ahli logik, dan ahli saintis politik. Beliau dianggarkan lahir pada 870 Masihi ataupun 257 Hijrah, di Turkistan. Ayah beliau merupakan seorang anggota tentera yang tidak berkemampuan dari segi kewangan. Namun begitu, itu tidak menghalang Al-Farabi untuk menimba ilmu. Beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk mempelajari Bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy, dan dikatakan bahawa beliau menghasilkan kebanyakan karyanya di sana. Al-Farabi memperkembangkan ilmunya dengan berhijrah ke Damsyik, Mesir, Harran dan Aleppo, sebuah wilayah di Syria. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu ini haruslah dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar masa kini. Beliau telah menunjukkan bahawa dengan ketekunan dan keinginan yang kuat, sesiapa pun boleh mengubah nasib mereka. Kesederhanaan tokoh tamadun ini dapat dilihat semasa beliau bekerja di bawah Sayf Al-Dawla di Baghdad dengan gaji empat dirham sehari, walaupun beliau pernah ditawarkan lebih daripada itu oleh majikannya. Kezuhudan dan sifat beliau yang cintakan ilmu berbanding harta duniawi merupakan antara personaliti yang boleh diaplikasikan rakyat moden kita yang lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Keupayaan beliau dalam menjadi role-model masa kini dibuktikan dengan penguasaan beliau dalam pelbagai bidang melalui hasil karya-karya ulung beliau, seperti dalam bidang metafizik, muzik, epistemologi, pendidikan dan pelbagai bidang sains yang lain. Al-Farabi amat dikenali dengan gelarannya "guru kedua" selepas Aristotle oleh orang Arab. Majid Fakhry (1983) menerangkan bahawa Al- Farabi merupakan pelopor falsafah Neoplatonisme Arab (Netton, 1998). Desas- desus ada mengatakan bahawa beliau telah menelaah risalah Aristotle "On The Soul" sebanyak dua ratus kali dan membaca "the Physics" empat puluh kali. Antara keunikan Al-Farabi ialah beliau tidak mengabaikan ilmu-ilmu dan sumber dari tamadun sebelumnya. Karya-karya beliau banyak dipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah Plato dan Aristotle, dibuktikan melalui persamaan teori-teori beliau dengan tokoh-tokoh Tamadun Yunani tersebut. Namun begitu, bukan semua pendapat-pendapat Plato dan Aristotle dijamah oleh Al-Farabi begitu sahaja. Beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia (IslamGrid, n.d.). Selain itu, beliau juga menambah pandangan-pandangan beliau yang tersendiri dalam karyanya. Walaupun kita berada dalam kemelut pengaruh hegemoni Barat yang menyumbang kepada pelbagai keburukan, namun terdapat juga manfaat dari dominasi dunia Barat, terutamanya dari segi rujukan ilmu. Cara Al-Farabi dalam menggabungkan pengetahuan Yunani dan

Upload: fariz

Post on 20-Feb-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

study faris

TRANSCRIPT

Page 1: Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Awzalagh Al

Al-Farabi

Abu Nasr Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh Al-Farabi, atau lebih dikenali

dengan Al-Farabi, merupakan ahli falsafah Islam terulung, seorang ahli muzik, ahli logik, dan

ahli saintis politik. Beliau dianggarkan lahir pada 870 Masihi ataupun 257 Hijrah, di

Turkistan. Ayah beliau merupakan seorang anggota tentera yang tidak berkemampuan dari

segi kewangan. Namun begitu, itu tidak menghalang Al-Farabi untuk menimba ilmu. Beliau

telah berhijrah ke Baghdad untuk mempelajari Bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr

Muhammad ibn al-Sariy, dan dikatakan bahawa beliau menghasilkan kebanyakan karyanya

di sana. Al-Farabi memperkembangkan ilmunya dengan berhijrah ke Damsyik, Mesir,

Harran dan Aleppo, sebuah wilayah di Syria. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu ini

haruslah dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar masa kini. Beliau telah menunjukkan

bahawa dengan ketekunan dan keinginan yang kuat, sesiapa pun boleh mengubah nasib

mereka.

Kesederhanaan tokoh tamadun ini dapat dilihat semasa beliau bekerja di bawah Sayf

Al-Dawla di Baghdad dengan gaji empat dirham sehari, walaupun beliau pernah ditawarkan

lebih daripada itu oleh majikannya. Kezuhudan dan sifat beliau yang cintakan ilmu

berbanding harta duniawi merupakan antara personaliti yang boleh diaplikasikan rakyat

moden kita yang lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti dalam melakukan sesuatu

pekerjaan.

Keupayaan beliau dalam menjadi role-model masa kini dibuktikan dengan

penguasaan beliau dalam pelbagai bidang melalui hasil karya-karya ulung beliau, seperti

dalam bidang metafizik, muzik, epistemologi, pendidikan dan pelbagai bidang sains yang

lain. Al-Farabi amat dikenali dengan gelarannya "guru kedua" selepas Aristotle oleh orang

Arab. Majid Fakhry (1983) menerangkan bahawa Al-Farabi merupakan pelopor falsafah

Neoplatonisme Arab (Netton, 1998). Desas-desus ada mengatakan bahawa beliau telah

menelaah risalah Aristotle "On The Soul" sebanyak dua ratus kali dan membaca "the

Physics" empat puluh kali. Antara keunikan Al-Farabi ialah beliau tidak mengabaikan ilmu-

ilmu dan sumber dari tamadun sebelumnya.

Karya-karya beliau banyak dipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah Plato dan Aristotle,

dibuktikan melalui persamaan teori-teori beliau dengan tokoh-tokoh Tamadun Yunani

tersebut. Namun begitu, bukan semua pendapat-pendapat Plato dan Aristotle dijamah oleh

Al-Farabi begitu sahaja. Beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep

pemisahan dalam kehidupan manusia (IslamGrid, n.d.). Selain itu, beliau juga menambah

pandangan-pandangan beliau yang tersendiri dalam karyanya. Walaupun kita berada dalam

kemelut pengaruh hegemoni Barat yang menyumbang kepada pelbagai keburukan, namun

Page 2: Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Awzalagh Al

terdapat juga manfaat dari dominasi dunia Barat, terutamanya dari segi rujukan ilmu. Cara

Al-Farabi dalam menggabungkan pengetahuan Yunani dan Islam boleh diaplikasikan ke

dalam kaedah pembelajaran kita seperti menggabungkan idea Barat dan Timur untuk

menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

Dalam konteks metafizik, Menurut Netton (1983), Al-Farabi telah menyatakan

falsafah beliau tentang konsep Tuhan yang tidak mempunyai pasangan dan bersifat Esa.

Beliau juga telah mencipta satu hierarki kewujudan yang meletakkan Tuhan di tingkat

teratas piramid hierarki tersebut. Konsep kepercayaan kepada ketuhanan ini selari dengan

rukun negara pertama yang diamalkan di Malaysia, iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Pemikiran Al-Farabi dalam kewujudan Tuhan menunjukkan bahawa beliau mempercayai

adanya Tuhan dan beliau juga kerap menyatakan Tuhan ialah Allah dalam tulisan-

tulisannya. Pemikiran ini menunjukkan bahawa Al-Farabi boleh dicintohi oleh rakyat zaman

moden dari segi kerohanian.

Al-Farabi telah menghasilkan beberapa karya agung dalam bidang epistemologi

yang berkait dengan intelek manusia, iaitu Kitab Ihsa' al-'Ulum, Risala fi'l-'aql dan Kitab al-

Huruf. Penghasilan kitab-kitab ini telah membawa kepada pengenalan pertama pemikiran

logik kepada umat Islam dan penekanan terhadap pembelajaran Matematik. Dalam

terjemahan buku Al-Farabi oleh Ja'afar Al-Yasin pada tahun 1983, Al-Farabi menyatakan

bahawa kemahiran Matematik merupakan indikator kebijaksanaan seseorang (Muhammad

Rauf et al., 2013). Ideologi Al-Farabi untuk mempertingkatkan lagi perkembangan dalam

bidang intelek sangat relevan terhadap dunia masa kini.

Satu ciri lain yang dapat menjadikan Al-Farabi sebagai contoh sepanjang zaman

adalah semangat beliau dalam menimba segala jenis ilmu, berbanding hanya bertumpu

kepada satu bidang yang tetap. Telah dicatatkan bahawa Al-Farabi telah menghasilkan 117

karya yang terdiri daripada 43 karya mengenai pemikiran logik, 11 mengenai metafizik, 7

dalam etika dan sains politik, 17 tentang muzik, perubatan dan sosiologi manakala

selebihnya merupakan ulasan (Sawhney, 2003). Dalam usaha membangunkan sesebuah

negara, penyertaan rakyat amatlah penting dari segi keluasan pengetahuan dan pemikiran.

Oleh itu, kelahiran pakar dalam pelbagai bidang dapat menjadi pemangkin dalam

mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi

juga merupakan seorang yang berinovasi. Bukan sahaja penghasilan penulisan, malah

beliau juga terkenal dalam aspek ciptaan. Sumbangan beliau dalam bidang muzik ialah

melalui penciptaan Kitab al-Musiqa (Buku Muzik) dan alat-alat muzik, seperti gambus.

Al-Farabi telah mempengaruhi ramai ahli falsafah Islam yang muncul selepasnya.

Karya metafizik beliau telah banyak memberi impak kepada Ibnu Sina, tokoh perubatan

Page 3: Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Awzalagh Al

Islam tersohor, contohnya dalam asas pembinaan hierarki intelek beliau. Yahya ibn 'Adi,

anak murid Al-Farabi telah meneruskan legasi beliau dalam pengajian pemikiran logik.

Semangat inkuiri terhadap bidang logik ini diteruskan lagi oleh Abu Sulayman Al-Sijistani,

pewaris ilmu Yahya, sehingga beliau digelar al-Mantiqi ataupun "Ahli Logik". Perhubungan

Al-Sijistani dengan Al-Farabi dapat dikesan dalam penggunaan klasifikasi berunsurkan

falsafah Plato oleh Al-Sijistani. Kepentingan penggunaan logik juga pernah diutarakan oleh

Abu Hayyan Al-Tawhidi, juga merupakan pelajar Yahya dan Al-Sijistani. Namun begitu,

pengaruh Al-Farabi tidak terhenti di situ, malah ahli-ahli falsafah Yahudi juga pernah

mengkaji karya-karya Al-Farabi dan penulisan Al-Farabi juga dijadikan manuskrip dalam

bahasa Hebrew (Azimkhan, n.d. dalam Brusilovskaya, n.d.). Pengiktirafan ahli-ahli falsafah

Islam dan Yahudi menjadikan Al-Farabi sebagai sebuah contoh memberi bukti yang kukuh

bahawa Al-Farabi merupakan tokoh yang sesuai dijadikan contoh pada masa kini

disebabkan oleh cara pemikiran beliau yang bersifat terbuka dan usaha beliau yang

konsisten dalam bidang yang beliau telah kaji.

Anel Azimkhan (n.d.). telah menganggap Al-Farabi sebagai simbol Zaman

Kegemilangan Islam. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi dalam menyatukan Timur dan

Barat, seperti yang dapat dibuktikan melalui hasil karyanya yang berasaskan falsafah

Tamadun Yunani. Oleh itu, agak tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau

merupakan wahana kesatuan budaya dan masa pada waktu itu yang menyebabkan hasil

kerja beliau masih relevan dan boleh diterima sehingga hari ini. Tambah Azimkhan lagi, Al-

Farabi merupakan kunci untuk memahami keadaan pada zaman itu (Brusilovskaya, n.d.).

Kelebihan yang dapat dilihat pada Al-Farabi ialah kemahiran beliau dalam berfikir di luar

prospek dan lingkungan kawasan. Beliau berfikir tentang soalan-soalan yang

memperlihatkan isu-isu global tentang bidang falsafah seperti kedudukan manusia di dunia

ini.

Ibnu Sina

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina,

namun beliau lebih popular dengan nama samara Ibnu Sina, ataupun Avicenna di dunia

Barat. Lahir pada tahun 370 Hijrah, beliau mendapat pendidikan awal beliau di kampung

halaman, Afshana di Uzbekistan dalam pengajian Al-Quran dan sastera. Kehebatan Ibnu

Sina dapat dilihat sejak beliau berumur belasan tahun apabila beliau berjaya menghafaz Al-

Quran dan puisi-puisi Arab ketika berumur 10 tahun. Beliau mula menimba ilmu perubatan

semasa berusia 13 tahun, dan berjaya memahiri bidang tersebut dalam masa 3 tahun, iaitu

ketika beliau masih berumur 16 tahun dan telah mengaplikasikan pengetahuan beliau

dengan merawat pesakit. Kebolehan Ibnu Sina dalam mempelajari sesebuah bidang yang

Page 4: Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Awzalagh Al

agak sukar dalam masa yang singkat dan pada umur yang amat muda merupakan salah

satu sebab beliau dapat menjadi teladan sepanjang zaman kerana beliau telah

menunjukkan bahawa umur adalah halangan untuk menceburi minat pelajar zaman kini

cuma satu andaian yang tidak tepat.

Dalam usaha beliau mencari ilmu, Ibnu Sina telah berhijrah dari satu tempat

ke tempat yang lain. Kaedah pencarian ilmu beliau wajar dicontohi oleh pencinta ilmu zaman

moden kita dapat mencari pelbagai pendapat yang berbeza-beza dari ahli fikir yang

berlainan, seterusnya menjana pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam serta

memperoleh pengalaman yang bermanfaat. Ibnu Sina pernah berhijrah ke Jurjan, Rai dan

Hamadan. Di Hamadan, beliau telah mencipta karya unggul beliau iaitu Al-Qanun fi-Tibb

yang bermaksud The Canon of Medicine, selain daripada merawat Shams Al-Daulah,

pemerintah Hamadan pada waktu itu daripada penyakit kolik yang teruk.

Personaliti Ibnu Sina juga merupakan sesuatu yang dapat diteladani oleh

rakyat zaman sekarang terutamanya dari aspek ketakwaan dan kesederhanaan beliau.

Pemerintah kerajaan Samaniyah pada waktu itu, Nooh Ibnu Mansoor, telah ditimpa sebuah

penyakit yang tidak dapat dirawat walaupun oleh pakar perubatan yang tersohor,

sehinggalah baginda bertemu dengan Ibnu Sina. Atas dasar terhutang budi, baginda ingin

membalas jasa beliau dengan memberi ganjaran kepadanya, namun ditolak oleh Ibnu Sina.

Sebaliknya, Ibnu Sina cuma meminta kebenaran menggunakan perpustakaan istana yang

sarat dengan beraneka jenis buku. Ini menunjukkan bahawa Ibnu Sina tidak peduli akan

kekayaan dan harta dunia, sebaliknya beliau cuma menumpukan perhatian terhadap

pencarian ilmu. Dalam erti kata lain, Ibnu Sina ikhlas dalam menimba ilmu dan dalam

menolong orang.

Encyclopaedia Brittanica telah menyatakan bahawa "... the power of

concentration and the intellectual prowess of [ibn Sina] was such that he was able to

continue his intellectual work with remarkable consistency and continuity and was not at all

influenced by the outward disturbances." Pergolakan kuasa dalam kerajaan Samaniyah dan

kewafatan ayahnya merupakan satu titik hitam dalam kehidupan beliau. Namun begitu,

beliau masih meneruskan perjalanan beliau merantau ke Khurasan, Gorgan, Khwarazm dan

Rey dan memberi tumpuan dalam menyebarkan ilmu kepada pelajar-pelajarnya serta

tanggungjawabnya sebagai seorang doktor dan pentadbir (O'Connor dan Robertson, 1999).

Walaupun bergolak dan bertarung dengan kehidupan beliau yang huru-hara, beliau masih

berupaya memberi sumbangan beliau secara konsisten tanpa dipengaruhi oleh persekitaran

beliau.

Page 5: Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Awzalagh Al

Kebijaksanaan Ibnu Sina tidak boleh disangkal, dibuktikan melalui hasil kerja

beliau yang dijadikan sumber rujukan oleh orang-orang selepas beliau dan terbukti masih

relevan sehingga masa kini. Menurut Zahoor (n.d.)., Qanun fi-Tibb telah diterjemahkan dan

diterbitkan semula kepada Bahasa Latin dan Ibrani. Ia juga telah diiktiraf sebagai buku teks

untuk sekolah-sekolah perubatan di Eropah pada waktu dahulu. Pengaruh kitab ini juga

tersebar hingga ke Barat apabila ia dijadikan tunjang utama panduan sains perubatan di

Barat. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa kebijaksanaan tokoh ini merentasi masa dan

budaya dan layak dijadikan tokoh sepanjang zaman.

Di samping Qanun fi-Tibb, O'Connor dan Robertson (1999) telah menyatakan

bahawa Ibnu Sina telah menulis sebanyak 450 karya, di mana hanya 240 hasil kerja

tersebut berjaya dikekalkan. Terkenal sebagai seorang yang berkebolehan dalam banyak

bidang, Ibnu Sina telah menghasilkan 150 karya tentang falsafah, 40 penulisan perubatan,

dan selebihnya berada dalam bidang psikologi, geologi, matematik, astronomi dan ilmu

mantik. Inovasi beliau juga telah memberi sumbangan yang besar kepada kita pada zaman

ini. Contohnya ialah penghasilan benang khusus untuk pembedahan dan penciptaan

picagari (Mahayudin Hj. Yahya et al., 2013), ubat-ubatan, mengesan punca-punca penyakit

dan kaedah rawatannya serta serta membina sebuah alat untuk menentukan koordinat dan

kedudukan bintang-bintang.

Ternyata Ibnu Sina merupakan seorang tokoh Islam yang bukan sahaja dapat

dicontohi oleh masyarakat pada zaman beliau, malah oleh masyarakat zaman ini, kerana

hasil kerja beliau relevan dengan perkembangan dunia semasa dan personaliti beliau yang

seimbang dari segi rohani dan intelek juga amat bermanfaat untuk diikuti oleh masyarakat

moden kita ini.