bahagian 2 sambungan ringkasan perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/ahmad ibn idris/biografi...

11
Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan Hidupnya Dari Mesir, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berpindah pula ke al-ÊijÁz (wilayah yang meliputi Makkah al-Mukarramah dan al-MadÏnah al-Munawwarah) pada penghujung tahun 1213 Hijrah, dan telah tinggal di situ untuk satu jangka masa yang agak lama, yakni lebih kurang 30 tahun. Namun, di dalam jangka waktu itu, beliau juga telah bertukar-tukar tempat tinggal, yakni kadangkala beliau akan tinggal di kota Makkah al-Mukarramah, dan kadangkala beliau akan tinggal di kota al-MadÏnah al-Munawwarah, atau di bandar aÇ-ÆÁ’if, atau di pendalaman negara Mesir. Ketika al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs mula-mula tinggal di Makkah, beliau telah dikurniakan sebuah tempat tinggal (yakni sebuah istana lama yang telah diberikan nama al-Ja‘fariyyah) oleh pemerintah al-ÊijÁz di waktu itu, yakni asy-SyarÏf GhÁlib ibn MusÁ‘id. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjalinkan hubungan yang baik dengan asy-SyarÏf GhÁlib ibn MusÁ‘id. Pada mulanya, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah mengajar di sebuah madrasah berdekatan dengan BÁb al-BÁsiÇiyyah (yakni nama salah sebuah pintu di Masjid al-ÊarÁm). Kemudian, beliau telah mengajar di Jabal AbÏ Qubais untuk beberapa waktu, sebelum mengajar pula di satu tempat bernama al-Ma‘Ábdah, di utara kota Makkah. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga merupakan seorang pembaharu agama (tetapi beliau sendiri tidak pernah mendakwa yang beliau adalah seorang mujaddid seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah ‘ulamÁ’ besar lain). Beliau telah bekerja keras dan berusaha untuk memurnikan kembali agama Islam, sama ada dari segi kepercayaan ataupun amalan. Sebagai satu contoh, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah mencela kelakuan kebanyakan golongan al-fuqahÁ’ di masa itu, yang lebih suka menggunakan qiyÁs dan ijmÁ‘ al-‘ulamÁ’ sahaja,

Upload: truongdiep

Post on 28-Jul-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

1

Disusun oleh Ibn Badawi

Bahagian 2

Sambungan Ringkasan Perjalanan Hidupnya

Dari Mesir, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berpindah pula ke al-ÊijÁz (wilayah yang meliputi Makkah al-Mukarramah dan al-MadÏnah al-Munawwarah) pada penghujung tahun 1213 Hijrah, dan telah tinggal di situ untuk satu jangka masa yang agak lama, yakni lebih kurang 30 tahun. Namun, di dalam jangka waktu itu, beliau juga telah bertukar-tukar tempat tinggal, yakni kadangkala beliau akan tinggal di kota Makkah al-Mukarramah, dan kadangkala beliau akan tinggal di kota al-MadÏnah al-Munawwarah, atau di bandar aÇ-ÆÁ’if, atau di pendalaman negara Mesir.

Ketika al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs mula-mula tinggal di Makkah, beliau telah dikurniakan sebuah tempat tinggal (yakni sebuah istana lama yang telah diberikan nama al-Ja‘fariyyah) oleh pemerintah al-ÊijÁz di waktu itu, yakni asy-SyarÏf GhÁlib ibn MusÁ‘id. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjalinkan hubungan yang baik dengan asy-SyarÏf GhÁlib ibn MusÁ‘id.

Pada mulanya, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah mengajar di sebuah madrasah berdekatan dengan BÁb al-BÁsiÇiyyah (yakni nama salah sebuah pintu di Masjid al-ÊarÁm). Kemudian, beliau telah mengajar di Jabal AbÏ Qubais untuk beberapa waktu, sebelum mengajar pula di satu tempat bernama al-Ma‘Ábdah, di utara kota Makkah.

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga merupakan seorang pembaharu agama (tetapi beliau sendiri tidak pernah mendakwa yang beliau adalah seorang mujaddid seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah ‘ulamÁ’ besar lain). Beliau telah bekerja keras dan berusaha untuk memurnikan kembali agama Islam, sama ada dari segi kepercayaan ataupun amalan.

Sebagai satu contoh, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah mencela kelakuan kebanyakan golongan al-fuqahÁ’ di masa itu, yang lebih suka menggunakan qiyÁs dan ijmÁ‘ al-‘ulamÁ’ sahaja,

Page 2: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

2

Disusun oleh Ibn Badawi

tanpa merujuk dengan lebih teliti kepada nas-nas yang sahih dari al- Quran ataupun dari hadis-hadis RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam.

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

As-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berkata, “Kitab-kitab ilmu fiqh itu tidak terpelihara daripada kesalahan dan mungkin juga mengandungi ajaran-ajaran yang berbeza daripada hadis-hadis yang sahih. Kenapakah engkau harus meninggalkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, lalu mengikuti pula para imam di dalam ijtihad mereka, [yakni manusia-manusia] yang tidak dijamin daripada membuat kesilapan?”

Dan beliau juga telah berkata kepada mereka yang telah mengikuti [secara taklid] kata-kata para imam dan meniru-niru pula mereka, “Aku katakan kepada engkau sekelian, “Telah difirmankan oleh AllÁh sekian- sekian . . . . ” dan “Telah disabdakan oleh RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam sekian-sekian . . . . ”, sedangkan mereka pula mengatakan, “Telah berkata MÁlik [b. Anas] sekian-sekian . . . . ” atau “Telah berkata KhalÏl [b. IsËÁq] sekian-sekian . . . . ”

Beliau juga pernah berkata, “Engkau sekelian telah menolak kata- kata daripada si pembawa syariat (yakni baginda RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam), yang telah dipelihara daripada membuat dosa (ma‘ÃÍm), dan engkau ikuti pula kata-kata mereka yang tidak dijamin daripada membuat kesilapan.”

Telah diriwayatkan pula oleh asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn ibn MuËammad Abu Bakr al-MÏrghanÏ (yakni seorang anak murid kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) bahawa al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs pernah berkata:

Dan asas perkara ini ialah ilmu itu, pada sisi kami, bermakna, “Telah difirmankan oleh AllÁh sekian-sekian . . . ” dan “Telah disabdakan oleh rasulNya sekian-sekian . . . ” yakni tiada lain melainkan adalah al-KitÁb dan as-Sunnah . . . .

Segala usaha-usaha gigih al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs ini untuk memurnikan kembali agama Islam, dari segi kepercayaan dan juga amalan, walau bagaimanapun, telah membuatkan orang-orang

Page 3: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

3

Disusun oleh Ibn Badawi

lain merasa curiga terhadap beliau, dan beberapa orang ‘ulamÁ’ zahir telah bergabung tenaga untuk menentang beliau.

Telah bercerita asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ:

Belum pun dua tahun beliau (yakni al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) tinggal di Makkah, beberapa orang penduduk Makkah telah menentangnya. Sebab utama mereka menentang beliau ialah kerana beliau lebih suka bergantung kepada as-Sunnah di dalam segala amalannya. Ini adalah kerana beliau tidak mengikuti sebarang mazhab, dan telah bergantung langsung kepada al-KitÁb dan as-Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa ramai fuqahÁ’ di kota Makkah di masa itu yang telah terjatuh ke dalam fanatisisme di dalam hal bermazhab (ta‘aÃÃub al-madhÁhib, yakni merasa terlalu fanatik dengan mazhab yang dipegangnya). Ini adalah satu perkara yang tidak disukai oleh al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, kerana beliau juga telah berusaha untuk menyedarkan umat Islam agar tidak berpecah-belah di atas perkara-perkara kecil yang tidak menjadi pokok (yakni asas atau dasar utama) di dalam agama Islam.

Untuk meredakan suasana tidak tenteram hasil dari perasaan iri hati golongan al-fuqahÁ’, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berpindah pula ke aÇ-ÆÁ’if pada tahun 1215 Hijrah, dan telah tinggal di sana selama dua tahun.

Pohon anggur yang terdapat di kota aÇ-ÆÁ’if. Jika dibandingkan dengan kota

Makkah, udara di kota aÇ-ÆÁ’if adalah jauh lebih sejuk. Ia juga dianggap sebagai sebuah tempat peranginan bagi para penduduk kota Makkah al-Mukarramah

pada hari ini.

Page 4: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

4

Disusun oleh Ibn Badawi

Pada tahun 1217 Hijrah, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berpindah semula ke Makkah al-Mukarramah, walaupun asy- SyarÏf GhÁlib ibn MusÁ‘id telah merasa agak khuatir mengenai keselamatan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, takut-takut nanti dia dibunuh orang.

Telah bercerita asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ:

Seorang utusan daripada asy-SyarÏf GhÁlib telah berjumpa dengan beliau (yakni al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) yang sedang bertawaf. Utusan itu telah menyampaikan pelawaan daripada asy-SyarÏf GhÁlib, yang telah menjanjikan sebuah rumah dan juga madrasah untuk kegunaan as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs dan murid-muridnya.

As-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjawab, “Adapun bagi kami, kami tidak memerlukan rumahnya ataupun perbelanjaannya. AllÁh telah mengkayakan kami dengan diriNya dan milik kepunyaanNya.”

Pada tahun 1218 Hijrah, tentera-tentera golongan WahhÁbÏ di bawah pimpinan Sa‘Íd ibn ‘Abdul ‘AzÏz dari Najd, telah menakluk kota Makkah. Ini telah menyebabkan beberapa orang pengikut ilmu tarekat melarikan diri mereka dari kota Makkah, kerana golongan WahhÁbÏ ini sangat memusuhi ajaran-ajaran ilmu tarekat (kerana tidak difahami dengan baik oleh golongan WahhÁbÏ).

Golongan WahhÁbÏ ini juga dengan sewenang-wenangnya telah membunuh ramai manusia yang mereka anggap telah sesat. Perbuatan ini sebenarnya ada kaitan dengan tujuan-tujuan pengukuhan kekuatan politik dan juga kuasa pemerintahan, kerana golongan WahhÁbÏ telah sering membunuh musuh-musuh politik mereka, tetapi dengan liciknya telah berselindung di bawah alasan yang kononnya mereka hanya ingin membasmi kesesatan.

Pernah seorang mufti Makkah (dari mazhab asy-SyÁfi‘Ï) yang bernama as-Saiyid AËmad ibn ZainÏ DaËlÁn menulis sebuah kitab yang telah menceritakan tentang pembohongan dan penzaliman yang telah dilakukan oleh golongan WahhÁbÏ itu. Kitab ini bernama Fitnah al-WahhÁbiyyah.

Page 5: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

5

Disusun oleh Ibn Badawi

Seorang murid kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs yang bernama asy-Syaikh ‘Abdul MajÏd, pada mula-mulanya telah merancang untuk melarikan dirinya dari kota Makkah. Tetapi, setelah dinasihatkan oleh gurunya itu, dia telah membatalkan niatnya dan telah tinggal terus di kota Makkah.

Telah bercerita asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ:

Pada suatu hari, as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah memasuki majlis Sa‘Íd. Keadaannya (yakni al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) adalah seperti seekor singa yang diliputi kekuatan rohani, dan dipakaikan mahkota kemuliaan. Dia telah mengucapkan salam. Suaranya kedengaran seperti bunyi halilintar.

Sa‘Íd telah mempelawanya duduk di sisinya. As-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menunjuk ke arah asy-Syaikh ‘Abdul MajÏd.

Sa‘Íd telah mengatakan bahawa dia (yakni asy-Syaikh ‘Abdul MajÏd) telah diberikan keampunan.

Kemudian, as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah memarahi Sa‘Íd. Ini telah menyebabkan Sa‘Íd dan para pembesarnya merasa terperanjat. Mereka telah terkejut dengan keberanian as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs. Dan mereka tidak melakukan apa-apa pun kepadanya, pada hal mereka (yakni golongan WahhÁbÏ) sendiri tidak mempercayai tentang karÁmÁt para wali AllÁh.

Akhirnya di majlis itu, para pengikut al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs yang pernah mengkritik ajaran-ajaran asy-Syaikh MuËammad ibn ‘Abdul WahhÁb (yakni pengasas fahaman WahhÁbÏ) telah diberikan keampunan secara am oleh Sa‘Íd.

Semasa mereka berkuasa di Makkah, golongan WahhÁbÏ suka mengadakan majlis-majlis umum di dalam kawasan Masjid al- ÊarÁm untuk mempropagandakan ajaran-ajaran WahhÁbÏ, dan telah memaksa orang ramai menghadiri majlis-majlis mereka itu.

Telah bercerita asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ:

Apabila mereka (yakni golongan WahhÁbÏ) menemui sesiapa [yang sedang berada di Masjid al-ÊarÁm], mereka akan memukul orang itu dan

Page 6: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

6

Disusun oleh Ibn Badawi

memaksanya menghadiri majlis mereka. Dia (yakni al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) tidak menghadiri majlis-majlis mereka itu.

Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk di dalam Êijr IsmÁ‘Ïl, ketua-ketua mereka telah melintasi kami, tetapi mereka tidak menegur kami sebagaimana mereka telah menegur orang lain. Tiba-tiba seorang daripada mereka telah datang dan berkata, “Pergilah engkau semua menghadiri kuliah-kuliah itu, supaya engkau semua mendapat hidayah AllÁh.” Dan dia telah mengulangi suruhannya itu.

Al-UstÁdh (yakni al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs) telah memandang ke arah orang itu dengan satu renungan tajam, dan berkata, “Kasihan si miskin ini (yakni miskin ilmu dan ‘irfÁn).” Tiada dia menambahkan kata-katanya itu.

Beberapa hari kemudian, orang itu telah dicabut nyawanya oleh AllÁh, dan tiadalah kami menerima gangguannya lagi.

Rajah yang menunjukkan kedudukan Êijr IsmÁ‘Ïl.

Page 7: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

7

Disusun oleh Ibn Badawi

Telah bercerita lagi asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ:

Pada suatu hari, as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menerima sepucuk surat daripada seorang kadi daripada golongan WahhÁbÏ yang telah menulis, di antara lain, “Kami telah mendapat tahu yang tuan guru telah mengajar isi kitab karangan asy-Syaikh Ibn al-‘ArabÏ.”

Kerana fahaman mereka yang sangat cetek, golongan WahhÁbÏ telah menganggap asy-Syaikh Ibn al-‘ArabÏ itu adalah seorang yang sesat (min ÅalÁl), dan telah menghukumnya sebagai seorang yang telah kafir, dan telah menghukum juga para pengikutnya dengan kekufuran.

Asy-SyarÏf GhÁlib telah menasihati as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs agar berhati-hati dengan golongan WahhÁbÏ itu. Tetapi, dengan berani as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah membalas surat itu, dan telah mematahkan pula segaja hujah-hujah mereka. Tiada apa-apa yang telah berlaku ke atas diri as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, tetapi beberapa waktu kemudian, golongan WahhÁbÏ itu telah dihalau keluar dari Makkah. Mereka telah menerima hukuman daripada AllÁh.

Sepuluh tahun setelah mereka menduduki Makkah, golongan WahhÁbÏ itu telah dihalau keluar oleh gabungan tentera-tentera Turki dan Mesir, di bawah pimpinan MuËammad ‘AlÏ PÁsyÁ (pemerintah Mesir di masa itu).

Menurut catitan seorang keturunannya, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah meninggalkan Makkah pada tahun 1228 Hijrah, dan pergi menyeberangi Laut Merah, disertai as-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn al-MÏrghanÏ, dan telah menetap pada mulanya di satu tempat di Mesir bernama QÍÃ.

Sesudah itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah melawat dan mengajar di beberapa tempat lain di Mesir, seperti ÊijÁzah, SyanhÍr, al-Jazbrah, IsnÁ, ÊumaithirÁ (di mana terdapat kubur asy- Syaikh AbÍ al-Êasan asy-SyÁdhilÏ), ManfalÍÇ dan AsyuÇ. Tetapi, pusat pergerakannya terletak di sebuah kampung bernama az- Zainiyyah, yang terletak tidak berapa jauh dari kota al-UqÃur (Luxor), dan berada lebing kurang 300 batu dari kota al-QÁhirah.

Page 8: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

8

Disusun oleh Ibn Badawi

Di daerah-daerah Hulu Sungai NÏl di Mesir (Upper Egypt), al- ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjadi terkenal sebagai seorang ‘Álim dan guru sufi yang mengajar orang ramai ilmu-ilmu agama.

Di antara tempat-tempat yang pernah dilawati oleh al-ImÁm as-Saiyid AËmad

ibn IdrÏs dan yang ada tertera di atas peta ini ialah ManfalÍÇ, QÍÃ, al-UqÃur (Luxor) dan IsnÁ.

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah pulang semula ke kota Makkah pada tahun 1233 Hijrah, dan telah menetap di situ untuk beberapa waktu, sebelum berangkat semula ke desa Zainiyyah pada

Page 9: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

9

Disusun oleh Ibn Badawi

tahun 1235 Hijrah. Setelah tinggal beberapa waktu di situ, dia telah pulang semula ke kota Makkah pada tahun 1240 Hijrah.

Ketika berada di Makkah, nama al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjadi bertambah masyhur sebagai seorang guru tempat merujuk dan juga sebagai seorang mursyid yang membimbing murid-murid di atas jalan kerohanian.

Jumlah murid-muridnya sangat besar, sehingga tiada terdapat guru agama lain di Makkah di masa itu yang mempunyai murid- murid seramai murid-muridnya.

Di antara murid-murid baru al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs di waktu itu ialah asy-Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ dan juga asy-Syaikh MuËammad ibn Êasan al-MadanÏ.

Manusia-manusia telah datang dari tempat-tempat yang jauh untuk berguru dengan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs. Mereka telah duduk menghadap ke

arahnya di dalam satu bulatan, sambil mendengar pelajaran-pelajaran daripadanya. Maka dari satu segi, beliau adalah “al-Qiblah” bagi para penuntut

ilmu.

Page 10: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

10

Disusun oleh Ibn Badawi

Ketika al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs berada semula di Makkah, telah berlaku sekali lagi rasa iri hati daripada pihak al- fuqahÁ’ di kota Makkah terhadap al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs. Mereka selalu mengajak beliau berdebat, dengan niat untuk menjatuhkan imej beliau.

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

Beberapa orang daripada ‘ulamÁ’ Makkah telah bersubahat untuk menjatuhkannya. Mereka telah mengumpulkan sekumpulan hadis-hadis yang bersambung (mauÃÍlah) dan yang terputus (maqÇÍ‘ah), yang sahih dan yang cacat, dan telah mencampuradukkan sanad-sanad periwayat. Mereka telah datang dan menanyakannya soalan-soalan mengenai beberapa ilmu yang seni-seni untuk mengujinya. Tetapi dia telah dapat menjawab semua soalan-soalan mereka itu, dan dia juga telah berjaya memberikan sanad-sanad yang tepat bagi hadis-hadis itu.

Usaha-usaha al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs memurnikan kembali ajaran-ajaran Islam dan menggalakkan kesatuan umat, telah tidak disenangi oleh beberapa golongan tertentu, termasuklah beberapa orang ‘ulamÁ’ rasmi yang berpengaruh. Mereka telah merasa sangat cemburu dengan kejayaan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, dan telah memusuhinya. Malah, ada yang telah menyebarkan berita palsu yang kononnya al-ImÁm as-Saiyid ibn IdrÏs itu mengajar ajaran-ajaran sesat.

Golongan al-‘ulamÁ’ yang iri hati ini, sebenarnya adalah hamba-hamba nafsu, yang lebih cenderung kepada kegiatan membesarkan diri mereka sendiri, daripada bekerjasama di dalam menegakkan kebenaran.

Pada mulanya, tentangan daripada golongan al-‘ulamÁ’ yang iri hati ini telah tidak dihiraukan oleh al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs. Tetapi, tentangan ini telah menjadi bertambah kuat dan telah mendatangkan fitnah dan suasana tidak tenteram kepada murid- muridnya dan juga kepada orang ramai.

Oleh itu, untuk menjaga kesejahteraan umat Islam, al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs pun berpindah ke negara Yemen pada tahun

Page 11: Bahagian 2 Sambungan Ringkasan Perjalanan …maktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad...Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

11

Disusun oleh Ibn Badawi

1243 Hijrah. Murid-murid beliau telah turut menemani beliau ke pelabuhan al-LÏth, yang terletak tidak berapa jauh dari kota Makkah.

Di situ, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah melantik asy- Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ sebagai khalifah beliau di Makkah al-Mukarramah.

Gambar asy-Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ, diambil ketika beliau berumur enam puluh lapan tahun.