abstrak+pengenalan.docx

4
ABSTRAK Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tanah melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negaradari zaman sebelum kewujudan kerajaan Melaka lagi. Antara penjajahialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila Portugis menghancurkan keagungan Empayar Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.Dasar kuasa asing telah mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu iaitu kehidupan tradisi masyarakat Melayu, struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam masyarakat. Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil dan keuntungan di negara ini. Sebelum mencapai kemerdekaan, Negara kita telah dijajah oleh pelbagaikuasa dari luar. Bermacam-macam cara telah dilakukan demi untuk menguasaiNegara kita pada masa dahulu. Terdapat faktor- faktor yang mempengaruhi kuasa penjajah barat untuk menjajah

Upload: komputershengal

Post on 15-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ABSTRAK+PENGENALAN

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK+PENGENALAN.docx

ABSTRAK

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya

melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini.

Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana

selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai

negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan

politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tanah melayu telah

diperintah atau dijajah oleh pelbagai negaradari zaman sebelum kewujudan kerajaan Melaka lagi.

Antara penjajahialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan oleh kuasa-

kuasa asing ke atas Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila Portugis

menghancurkan keagungan Empayar Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.Dasar

kuasa asing telah mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu iaitu kehidupan tradisi

masyarakat Melayu, struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam masyarakat. Perubahan ini

berlaku kerana ketamakan serta kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil dan keuntungan

di negara ini. Sebelum mencapai kemerdekaan, Negara kita telah dijajah oleh pelbagaikuasa dari

luar. Bermacam-macam cara telah dilakukan demi untuk menguasaiNegara kita pada masa

dahulu. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa penjajah barat untuk menjajah tanha

melayu.Salah satu faktor yang menyebabkan Negara kitadijajah adalah kerana kedudukannya

yang strategik. Penjajahan kuasa barat telah menyebabkan berlakunya perubahan pada konsep

kerajaan dan negeri masyarakat melayu tradisional.

Page 2: ABSTRAK+PENGENALAN.docx

PENGENALAN

Semua penjajahandibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara penjajah. banyak faktor

yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut untuk menjajah. Antara faktor-faktor

menagapa Malaysia dijajah oleh kuasa asing boleh dilihat dari segi kelemahan pemimpin itu

sendiri, kekayaan hasil bumi, kedudukan tanah melayu yang strategik dari segi geografi, faktor

ekonomi yang lemah, faktor sosial, faktor kepentingan politik, faktor rusuhan di negeri Melayu,

faktor kuasa residen, kegiatan perlanunan, perubahan dalam kakitangan pejabat tanah jajahan,

faktor hubungan British-Siam dan negeri-negeri melayu serta peranan Lord Kimberly dan Sir

Andrew. Apa yang dapat diringkaskan ialah, faktor penjajahan yang berlaku bukan sahaja

samada dari segi mendapatkan hasil bumi, memperluaskan pengaruh kuasa dan agama serta

ekonomi. Tetapi turut dipersoalkan ialah permasalahan sesebuah negara itu sendiri dimana

berlakunya perebutan kuasa dan sebagainya dan menarik minat kuasa-kuasa asing untuk campur

tangan di dalam permasalahan yang berlaku sekaligus mengambil kesempatan untuk

mendapatkan hasil pribumi di tanah melayu. Dari segi faktor ekonomi yang lemah di tanah

melayu, apa yang boleh diperkatakan ialah berkait rapat juga dengan kempimpinan pemimpin

yang lemah. Sistem pentadbiran pada zaman itu adalah kurang efektif dari pelbagai aspek

membolehkan pihak luar campur tangan di dalam menangani sesuatu masalah. Faktor yang

paling utama dapat dikemukakan ialah kekayaan hasil bumi dan kedudukannya yang strategik

dari segi geografi. Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah serta mempunyai tanah yang subur

sesuai dengan pelbagai tanaman. Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi

Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah. Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol

dan Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan mewah seperti teh dan rempah Sejak kurun

ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam kalangan negara-negara Eropah yang

membolehkan pengeluaran hasil perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan.

Faktor lain yang berkaitan dengan sosial dan sistem residen serta campur tangan pegwai inggeris

adalah di antara sebab tanah melayu di jajah di mana sistem residen bermula dari campur tangan

British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari

1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen British di Selangor (1874),

Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen

mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan,

memajukan ekonomi negeri, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada

Page 3: ABSTRAK+PENGENALAN.docx

hakikatnya, terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini

kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya. Terdapat pelbagai implikasi negatif dan

positif yang berlaku akibat daripada penjajahan yang berlaku di tanah melayu.