abstrak - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-mohd-zamro-muda.pdf ·...

15
342 Signifikan Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Orang Islam Di Malaysia 1 Mohd Zamro bin Muda & Noor Lizza binti Mohamed Said Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan harta semasa hidup yang diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, selain dari hibah terdapat beberapa instrumen lain dalam perancangan harta semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai signifikannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain, lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji signifikan hibah sebagai salah satu produk atau instrumen perancangan harta orang Islam di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Di samping itu pendekatan komparatif juga digunakan iaitu membuat perbandingan di antara konsep hibah dan amalan perundangan di Malaysia. Hasil kajian mendapati instrumen hibah amat signifikan untuk diamalkan oleh masyarakat Islam dalam perancangan harta. Kajian ini memberi implikasi penting ke atas agensi atau syarikat yang terlibat dengan urusan perancangan harta dalam menerangkan kepada masyarakat Islam mengenai instrumen hibah yang bertepatan dengan prinsip syarak. Pengenalan Merancang harta dalam Islam bukan sahaja terhad pada kaedah dan tatacara menguruskan perbelanjaan individu atau keluarga bagi kepentingan hidup di dunia sahaja, bahkan merangkumi bagaimana cara seseorang menguruskan harta dengan cara membuat perancangan yang teratur untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Perancangan harta yang dilakukan semasa hidup pemiliknya secara tepat dan menepati hukum syarak amat digalakkan oleh Islam. Dalam membuat perancangan harta, Islam menyediakan pelbagai instrumen yang boleh digunakan seperti hibah, wasiat, sedekah, wakaf, hadiah, nazar dan lain-lain. Justeru, pertimbangan yang sewajarkan perlu diberikan perhatian kepada instrumen manakah yang paling sesuai berdasarkan kepada situasi dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Sekiranya ruang dan peluang yang ada semasa hayat pemilik harta tidak digunakan sepenuhnya dalam membuat perancangan harta maka harta yang ditinggalkan itu akan menjadi harta pusaka dan hukum faraid akan diguna pakai dalam pengagihan harta berkenaan kepada waris-waris. 1 Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan Geran Galakan Penyelidik Muda GGPM-2015- 024

Upload: hacong

Post on 31-Jan-2018

252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

342

Signifikan Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Orang Islam Di Malaysia1

Mohd Zamro bin Muda & Noor Lizza binti Mohamed Said

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan harta semasa hidup yang

diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, selain dari hibah terdapat beberapa

instrumen lain dalam perancangan harta semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah,

hadiah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai

signifikannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza

dengan instrumen-intrumen lain, lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini.

Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji signifikan hibah sebagai salah satu

produk atau instrumen perancangan harta orang Islam di Malaysia. Kajian ini merupakan

kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen

dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui

pendekatan deskriptif. Di samping itu pendekatan komparatif juga digunakan iaitu

membuat perbandingan di antara konsep hibah dan amalan perundangan di Malaysia.

Hasil kajian mendapati instrumen hibah amat signifikan untuk diamalkan oleh

masyarakat Islam dalam perancangan harta. Kajian ini memberi implikasi penting ke atas

agensi atau syarikat yang terlibat dengan urusan perancangan harta dalam menerangkan

kepada masyarakat Islam mengenai instrumen hibah yang bertepatan dengan prinsip

syarak.

Pengenalan

Merancang harta dalam Islam bukan sahaja terhad pada kaedah dan tatacara

menguruskan perbelanjaan individu atau keluarga bagi kepentingan hidup di dunia

sahaja, bahkan merangkumi bagaimana cara seseorang menguruskan harta dengan cara

membuat perancangan yang teratur untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Perancangan harta yang dilakukan semasa hidup pemiliknya secara tepat dan menepati

hukum syarak amat digalakkan oleh Islam. Dalam membuat perancangan harta, Islam

menyediakan pelbagai instrumen yang boleh digunakan seperti hibah, wasiat, sedekah,

wakaf, hadiah, nazar dan lain-lain. Justeru, pertimbangan yang sewajarkan perlu

diberikan perhatian kepada instrumen manakah yang paling sesuai berdasarkan kepada

situasi dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Sekiranya ruang dan peluang yang ada

semasa hayat pemilik harta tidak digunakan sepenuhnya dalam membuat perancangan

harta maka harta yang ditinggalkan itu akan menjadi harta pusaka dan hukum faraid akan

diguna pakai dalam pengagihan harta berkenaan kepada waris-waris.

1 Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan Geran Galakan Penyelidik Muda GGPM-2015-

024

Page 2: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

343

Hibah merupakan salah satu instrumen dalam perancangan harta semasa hayat dan ia

cukup signifikan untuk diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Justeru dalam kertas

kerja ini akan dibincangkan secara ringkas mengenai konsep hibah dalam Islam bagi

memberi gambaran awal berkaitan dengan instrumen hibah. Seterusnya, perbincangan

difokuskan kepada signifikan hibah sebagai salah satu instrumen perancangan harta umat

Islam terutamanya di Malaysia. Semoga kertas kerja ini memberi panduan kepada kita

semua dalam membuat perancangan harta dengan lebih terancang dan lebih memberi

manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat, di samping ianya menepati hukum syarak.

Konsep Hibah Dalam Islam

i. Pengertian Hibah

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini (hibah, hadiah dan sedekah)

mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian

itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di

akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah

pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu

perkara (Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 102).

Dalam konteks yang lain, perbezaan di antara hibah dengan hadiah dan sedekah ialah

dari segi lafaz di mana hibah memerlukan kepada lafaz ijab dan qabul, sedangkan hadiah

dan sedekah tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul (al-Jaziri 1998, 3: 330). Dengan ini

dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua

hibah adalah sedekah dan hadiah.

Perbezaan antara ketiga-tiga bentuk pemberian ini (hibah, hadiah dan sedekah) telah

dijalaskan secara terperinci di dalam kes Harun bin Muda dan Lain-lain lwn. Mandak

binti Mamat dan Lain-lain [1999] XIII(I) JH 63, di mana Mahkamah Tinggi Syariah

Kuala Terengganu membuat rumusan seperti berikut:

(i) Pemberian kepada seseorang yang berhajat tanpa lafaz ijab dan qabul ianya

adalah sedekah.

(ii) Pemberian kepada seseorang yang berhajat disertai lafaz ijab dan qabul, maka

ianya adalah sedekah dan hibah.

(iii) Pemberian kepada seseorang kerana memuliakan orang itu tanpa lafaz ijab dan

qabul ianya adalah hadiah.

(iv) Pemberian kepada seseorang kerana memuliakan orang itu dengan adanya lafaz

ijab dan qabul maka ianya adalah hadiah dan hibah.

(v) Pemberian bukan kerana untuk mendapatkan pahala dan bukan pula kerana

memuliakan orang yang diberi itu dengan disertai lafaz ijab dan qabul, maka

pemberian itu hanyalah hibah semata-mata.

Hibah pada istilah syarak pula ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh

seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa

hidupnya tanpa balasan (ciwad) (Muhammad Rawwas Qalcah Ji 1985: 492; al-Sharqawi

1997, 3: 245). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta

Page 3: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

344

daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (ciwad) semasa hidup secara

sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan

menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya (al-Khudrawi 1966: 113; Mohd

Ridzuan Awang 2003: 91).

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut

(Mohd Ridzuan Awang 2003: 91):

• Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

• Harta yang boleh dihibah ialah cayn (korpus) harta, bukannya hutang atau

manfaat.

• Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (ciwad).

• Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

• Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

• Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang

tertentu.

Dalam konteks perundangan di Malaysia, istilah ‘pemberian’, ‘alang’, ‘alang semasa

hidup’ dan ‘penyelesaian yang dibuat tanpa balasan’ adalah merujuk kepada hibah.

Contohnya, peruntukan Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan

Persekutuan yang menyatakan bahawa:

“...termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan mewarisi harta

berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas

kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak,

pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat...”.2

Manakala Seksyen 46(2)(b)(v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan:3

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam

dan yang berhubungan dengan-

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati

Islam;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa

balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh

seseorang Islam;

Penggunaan perkataan ‘alang’ sama ada semasa marad al-maut atau semasa hidup dan

“penyelesaian yang dibuat tanpa balasan” adalah merujuk kepada hibah atau pemberian.

Penggunaan perkataan yang sama dapat dilihat di negeri-negeri lain seperti Selangor,4

Melaka,5 Pulau Pinang,6 Johor,7 Perak,8 Kedah,9 Terengganu,10 Sabah11 dan Sarawak.12

2 Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. 3 Seksyen 46(2)(b)(v) & (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993 (Akta 505). 4 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 5 Seksyen 49(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. 6 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. 7 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. 8 Seksyen 50(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004. 9 Seksyen 13(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Kedah) 2008. 10 Seksyen 11(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

Page 4: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

345

Sementara itu, Negeri Sembilan13 menggunakan perkataan ‘hibah’, Pahang14 dan Perlis15

menggunakan perkataan ‘pemberian’ dan Kelantan16 menggunakan perkataan ‘alang

hayat’.

Daripada peruntukan di atas, didapati pelaksanaan hibah bukan sahaja diperuntukkan di

dalam undang-undang di Malaysia semasa hidup pemberi hibah, malah hibah semasa

marad al-mawt juga ada diperuntukkan. Didapati bahawa peruntukan-peruntukan

mengenai hibah ketika marad al-mawt dikombinasikan dengan peruntukan wasiat kerana

hibah ketika marad al-mawt adalah tertakluk kepada dua jenis undang-undang hukum

sama ada undang-undang wasiat atau undang-undang hibah bergantung kepada situasi

pemberi hibah.

ii. Hukum dan Pensyariatan Hibah

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam

terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada

al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah

ialah sebagaimana firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin

mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka

hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka

makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat,

lagi baik kesudahannya (Surah al-Nisa’ ayat 4).

11 Seksyen 11(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Sabah) 2004. 12 Seksyen 10(3)(b)(v) & (vi) Ordinan Mahkamah Syariah (Negeri Sarawak) 2001. 13 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003. 14 Seksyen 47(2)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991. 15 Seksyen 8(2)(vi) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Perlis) 1991. 16 Seksyen 9(2)(vi) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.

Page 5: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

346

Maksudnya:

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur

dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari

akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan

mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum

kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar

dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk

memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan

sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang

menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan

orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan

juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang

demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan

mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

(Surah al-Baqarah ayat 177).

Di samping itu terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menggalakkan hibah,

antaranya sabda Rasulullah s.a.w:

يي صلى هللا عليه وسلم قال : ت هادوا تابوا (رواه البخاريي ) وعن أبي هري رة رضي هللا عنه عني النبي

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi

hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai” (Hadis riwayat al-

Bukhari).

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

عليهي وسلم قال لو د أبي هري رة عن يي صلى الل عنه عن النبي ي الل عييت إيل ذيراع أو كراع لجبت رضي )رواه البخاريي( ولو أهديي إيل ذيراع أو كراع لقبيلت

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya aku

dijemput untuk dijamu dengan peha atau betis (tulang kering) kambing nescaya

aku akan memenuhi jemputan tersebut, dan sekiranya diberikan hadiah kepadaku

Page 6: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

347

peha atau betis (tulang kering) kambing nescaya aku menerimanya” (Hadis

riwayat al-Bukhari).

iii. Rukun dan Syarat Hibah

Dalam Islam, sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi

rukun dan syarat seperti berikut (al-Zuhayli 1989, 5: 7-17; Sayyid Sabiq 1998, 3: 276-

277; Mohd. Ridzuan Awang 2003: 92-93; Ahmad Hidayat Buang 2007: 331-338):

(i) Pemberi hibah (wahib) – hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna

akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang

dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya,

hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya

termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum

syarak.

(ii) Penerima hibah (al-mawhub lahu) – boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan

dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan

mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil

baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang

amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan

dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap

harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub) – perlu memenuhi syarat-syarat

berikut:

Ia hendaklah barang atau harta yang halal.

Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.

Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

Ia boleh diserah milikkan.

Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah

barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih

dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih

belum berbuah dan sebagainya.

Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh

dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak

termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Shafi’i dan Hanbali, hibah

terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah

hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh

dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan qabul – lafaz atau perbuatan yang membawa makna

pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.

Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.

Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan

dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-cumra dan al-ruqba

adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

Page 7: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

348

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan

barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan

hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz

qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul

dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa

balasan (ciwad). Mengikut mazhab Maliki dan Shafi’i, penerimaan (qabul) itu hendaklah

diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan

Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya

sesuatu hibah itu (al-Jaziri 1998, 3: 233; Sayyid Sabiq 1998, 3: 276; Mohd Ridzuan

Awang 1994: 368).

Dalam kes Harun bin Muda dan Lain-lain lwn. Mandak binti Mamat dan Lain-lain

1999] XIII(I) JH 63, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berpendapat bahawa

berlakunya hibah walaupun qabul berlaku secara perbuatan iaitu selepas berlakunya ijab

harta itu telah dimajukan atau diusahakan atau dimanfaatkan oleh defendan. Keadaan ini

sama dengan pandangan sebahagian ulama yang mengatakan sah sesuatu hibah hanya

melalui perbuatan atau mucatah tanpa lafaz. Manakala dalam kes Muhammad bin Awang

dan Lain-lain lwn. Awang bin Deraman dan Lain-lain [2001] XIV(II) JH 165, Lembaga

Rayuan Syariah Kelantan berpendapat ketiadaan lafaz ijab dan qabul tidak membatalkan

sesuatu pemberian kerana ia boleh dianggap sebagai hadiah (Ahmad Hidayat Buang

2007: 332).

Sebaliknya, dalam kes Salmiah binti Che Mat lwn. Zakaria bin Hashim [2001] XIV JH

79, Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam Pulau Pinang berpendapat bahawa hibah

tidak sah walaupun qabul kepada ijab sudah berlaku secara perbuatan. Dalam

penghakiman kes ini, Mahkamah telah mengemukakan beberapa soalan. Isu pertama

yang dibangkitkan ialah apakah dalam kes ini telah terlaksana dengan sempurna rukun-

rukun hibah. Mahkamah mendapati bahawa rukun pemberi hibah, penerima hibah dan

barang yang dihibahkan telah mencukupi syarat-syarat yang telah dikehendaki oleh

hukum syarak. Namun demikian, bagi rukun sighah pula Mahkamah mendapati bahawa

ia belum terlaksana dan belum sempurna, yang berlaku hanyalah ijab daripada Che Mat

(pemberi hibah) sahaja dan tidak ada qabul daripada defendan sama ada secara lisan atau

tulisan. Dengan demikian, Mahkamah berpendapat hibah Che Mat kepada defendan

tidak sah oleh sebab rukun sighah belum terlaksana dan belum sempurna. Dalam kes ini,

jelas bahawa Mahkamah tidak mengiktiraf penggunaan dan pembangunan yang telah

diusahakan ke atas tanah tersebut oleh defendan dengan mendirikan sebuah rumah

sebagai qabul.

iv. Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah

Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan

boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali

dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai

dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah

satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang,

maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Shafi’i,

Page 8: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

349

penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku

kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal

(Sayyid Sabiq 1998, 3: 278; al-Jaziri 1998, 3: 233-239; al-Zuhayli 1989, 5: 19-21).

Dalam mazhab Shafi’i, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak

sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas

al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak

mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana

harta berkenaan berada dalam pemilikannya (Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 112).

Bagi mempastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-

qabd tertakluk kepada syarat-syarat berikut (Mohd. Ridzuan Awang 2003: 94; Mustafa

al-Khin et al. 2003, 3: 113-114):

Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.

Harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.

Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang

gila (atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah boleh

menerima harta hibah bagi pihaknya.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada

harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara

mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut

seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh

berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut

dengan harta-harta lain (Mohd. Ridzuan Awang 2003: 94).

Penerimaan barang (al-qabd) juga boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Secara langsung ialah dengan memiliki secara terus kerana penerima hibah merupakan

seorang yang berkeahlian dalam menguruskan harta tersebut. Manakala secara tidak

langsung ialah menerusi kuasa ganti, di mana wali atau wakil boleh menerima hibah

tersebut bagi pihak penerima yang tidak berkeahlian seperti kanak-kanak, orang kurang

siuman dan sebagainya (al-Zuhayli 1989, 5: 24; Ismail Mohd @ Abu Hassan 2009: 107).

Namun begitu, kegagalan menyempurnakan qabd selepas sempurna lafaz ijab dan qabul

tidaklah menyebabkan hibah tersebut batal. Syarat qabd ialah bertujuan

menyempurnakan akad hibah. Oleh itu, pemberi hibah boleh menangguh atau

melewatkan penyerahan harta hibah kepada penerima hibah. Walau bagaimanapun,

syarat untuk menangguh atau melewatkan penyerahan harta hibah tidak boleh

bercanggah dengan hukum wasiat iaitu sehingga kematian pemberi hibah. Hibah yang

tidak disempurnakan sehingga kematian pemberi hibah adalah terbatal dan tidak boleh

dikuatkuasakan. Dalam hal ini, penerima hibah tidak boleh membuat tindakan

mahkamah menuntut supaya pemberi hibah menyerahkan harta yang dihibahkan itu. Ini

kerana penerima hibah boleh mengambil harta tersebut dengan keizinan pemberi hibah.

Namun begitu, jika hibah itu disertakan dengan syarat balasan, penerima hibah boleh

menuntut di mahkamah supaya harta hibah itu diserahkan kepadanya (Ahmad Hidayat

Buang 2007: 335).

Dalam kes Salmiah binti Che Mat lwn. Zakaria bin Hashim [2001] XIV JH 79, antara

alasan mengapa Mahkamah tidak mengesahkan hibah yang dibuat oleh Che Mat ialah

kerana penggunaan dan pembangunan yang diusahakan ke atas tanah tersebut dilakukan

Page 9: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

350

sebelum keizinan diberi oleh pemberi hibah. Ini kerana menurut pendapat mazhab Shafi’i

dan Hanbali, syarat pengambilan barang atau harta yang dihibahkan adalah dengan

keizinan pemberi hibah.

v. Penarikan Balik Hibah atau Pembatalan Hibah

Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta

berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik

penerima hibah sekalipun tanpa balasan (ciwad). Namun demikian, adakah hibah

berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti

berikut (al-Jaziri 1998, 3: 241-246; al-Zuhayli 1989, 5: 26-28):

(i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik

balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut

walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan

balasan (ciwad).

(ii) Menurut pendapat mazhab Shafi’i, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab

Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul.

Tetapi apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd)

maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh

bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya

selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

(iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh

(haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga

ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya.

Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah

sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau

melalui keputusan hakim.

Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk

juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan

syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya).

Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti

telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh

penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi

(Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 116).

Dalam kes Eshah bt Abdul Rahman lwn. Azuhar bin Ismail [1997] XI(II) JH 219,

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menolak permohonan plaintif untuk

menarik balik hibah iaitu sebidang tanah kepada defenden. Ini kerana semua rukun dan

syarat hibah telah dipenuhi dan menepati hukum syarak. Selain itu juga, hubungan antara

plaintif dan defenden hanyalah anak angkat, sedangkan hukum syarak membenarkan

hibah ditarik balik oleh ibu atau bapa sebenar dan tidak termasuk anak angkat.

Sementara dalam kes Eshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn. Che Aminah binti

Abdul Razak dan Dua Yang Lain [2004] XVIII(I) JH 47, isu yang timbul ialah adakah

qabul disyaratkan secara terang dan jelas selepas pemberian atau cukup dengan qarinah-

Page 10: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

351

qarinah lain yang membuktikan adanya penerimaan. Dalam kes ini, pemberi hibah telah

meninggal dunia dan tidak ada penarikan balik hibah. Hibah tersebut juga telah

disaksikan oleh saksi-saksi, namun bangunan yang dipertikaikan sebagai harta hibah

masih menggunakan nama si mati. Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu telah

menerima rayuan yang dibuat oleh perayu-perayu berdasarkan kepada qarinah

penerimaan daripada penerima, di mana ketiga-tiga penerima hibah mengaku bahawa

mereka telah menerima hasil sewaan bangunan tersebut sejak si mati masih hidup. Apa

yang menarik dalam kes ini ialah pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu

iaitu:

“Diandaikan jika pemberian tersebut telah bertukar kepada nama penerima-

penerima, kemungkinan kes ini tidak lagi perlu dibawa kepada mahkamah,

kerana segala-galanya telah jelas dan tercatat dalam dokumen”.

vi. Takat atau Kadar Harta yang Boleh Dihibahkan

Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini

kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka

terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang

ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil,

lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak.

Jumhur ulama’ (Hanafi, Maliki dan Shafi’i) berpendapat bahawa sunat menyamakan

pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada

mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf,

melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu

bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa

berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut.

Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak

merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi

hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain.

Menurut pendapat Hanafi, Shafi’i, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang

adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut

tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan

Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang

dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta

pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan (al-Zuhayli

1989, 5: 34-36).

Dalam kes Muhammad bin Awang dan Lain-lain lwn. Awang bin Deraman dan Lain-

lain [2001] XIV(II) JH 165, Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan memutuskan bahawa

hibah kepada anak-anak adalah sah walaupun terdapat sebahagian daripada mereka tidak

mendapat hibah. Dalam kes ini, Panel Rayuan berpendapat bahawa hukum

menyamaratakan pemberian kepada anak-anak adalah sunat (digalakkan) sahaja dan

tidak menyebabkan hibah terbatal jika terdapat sebahagian anak-anak tidak mendapat

hibah.

Manakala dalam kes Harun bin Muda dan Lain-lain lwn. Mandak binti Mamat dan Lain-

lain [1999] XIII(I) JH 63 melibatkan kes pertikaian takat hibah yang dikemukakan oleh

Page 11: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

352

plaintif ke atas sebidang tanah. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh plaintif adalah antara

lain, untuk mengesahkan bahawa tanah tersebut sebagai pemberian hibah si mati (Muda

bin Tahir) kepada mereka. Di samping itu, tuntutan juga dibuat supaya mahkamah

mensabitkan bahawa tanah itu menjadi milik sah plaintif-plaintif berdasarkan takat yang

telah disebutkan. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah memutuskan bahawa

tuntutan plaintif-plaintif mengenai takat keluasan masing-masing yang dinyatakan di atas

tanah tersebut adalah benar dan berpuashati di atas kebenaran tuntutan itu lalu

memberikan keputusan bahawa telah sabit hibah si mati kepada plaintif-plaintif.

Signifikan Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Orang Islam Di Malaysia

Setelah dipaparkan secara ringkas mengenai konsep hibah sebagaimana perbincangan di

atas maka kita dapati bahawa hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan

harta semasa hidup yang diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, perlu diingat

bahawa selain dari hibah terdapat beberapa instrumen lain dalam perancangan harta

semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sebagai

instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain,

lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini. Antara kelebihan, kepentingan dan

kewajaran mengapa instrumen hibah dilihat sebagai satu instrumen yang perlu diberi

perhatian semasa membuat perancangan harta adalah seperti berikut:

(a) Pemberian harta secara hibah dianjurkan oleh Islam

Sebagaimana perbincangan yang dipaparkan sebelum ini didapati bahawa hibah

merupakan suatu yang dianjurkan oleh Islam sama ada anjuran itu melalui ayat-ayat al-

Quran atau hadis. Justeru pandangan sinis sebahagian masyarakat Islam bahawa

pemberian harta secara hibah bertujuan mengelakkan pembahagian harta secara faraid

adalah tidak tepat berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan. Ini kerana Islam telah

memberi peluang kepada pemilik harta semasa hidupnya melakukan apa-apa bentuk

perancangan harta selama mana tidak bercanggah dengan hukum syarak. Perlu diingat

bahawa pembahagian harta secara faraid hanya berlaku jika si mati ada meninggalkan

harta yang bakal diwarisi oleh waris-warisnya. Jika si mati tidak meninggalkan harta

disebabkan hartanya telah dilupuskan semasa hayatnya maka hukum hakam berkaitan

pusaka mempusakai tidak akan berlaku.

(b) Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan

mengeratkan hubungan silaturrahim

Jaminan bahawa pemberian harta secara hibah boleh memupuk kasih sayang antara

pemberi dan penerima telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat

dalam hadis yang dinyatakan sebelum ini. Justeru pemilik harta boleh memberikan

hartanya secara hibah kepada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang dekat hubungan

dengan pemberi hibah seperti anak, isteri atau suami, ibu bapa, anak angkat dan lain-lain

bagi menzahirkan lagi kasih sayang antara mereka. Apa yang penting, kezahiran kasih

sayang ini dapat dipupuk samasa pemberi dan penerima hibah masih hidup lagi tidak

sebagaimana wasiat.

(c) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja

Hibah berbeza dengan pembahagian harta secara faraid kerana yang layak mendapat

harta pusaka adalah waris-waris si mati sahaja. Begitu juga hibah berbeza dengan wasiat

Page 12: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

353

kerana wasiat hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun hibah boleh

diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia

merupakan waris atau bukan waris. Selain itu hibah juga boleh diberikan kepada non

Muslim bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan bukan untuk tujuan maksiat.

(d) Kadar harta yang dihibahkan tiada had

Kadar harta yang hendak dihibahkan kepada penerima hibah tiada had atau terpulang

kepada pemberi hibah bergantung kepada kemampuan dan kehendaknya. Hal ini tidak

sama dengan wasiat, di mana harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3

harta pusaka. Manakala pembahagian harta mengikut faraid pula adalah berdasarkan

ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Justeru, kita dapati

bahawa hibah memberi kebebasan kepada pemilik harta untuk menentukan kadar atau

bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada

keperluan hidup dan kehendak semasa penerima hibah.

(e) Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin

Islam membenarkan umatnya memiliki harta kekayaan bagi tujuan memakmurkan bumi

Allah dengan cara yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Namun

demikian, manfaat sesuatu harta yang dimiliki tidak boleh digunakan semaksimum

mungkin apabila harta itu hanya dikumpulkan dan tidak dimanfaatkan secara total

disebabkan faktor usia, kesibukan dan penyakit. Justeru, instrumen hibah boleh

menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus

dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Jika pemilik harta

membuat wasiat atau hanya menunggu hartanya difaraidkan selepas kematian maka

pemanfaatan harta secara terus belum tentu dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti

karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan di

kalangan waris, kesahan wasiat dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan sesuatu

harta itu terbiar.

(f) Pemberian harta secara hibah mengikut kesesuaian status penerima hibah

Walaupun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olen pemberi

hibah, namun jika dilihat dari sudut perancangan harta secara terancang maka wajar

mengambil kira status penerima hibah dari segi ekonomi atau sosial. Dengan ini,

pemberi hibah berhak menentukan sendiri kepada siapa hartanya hendak dihibahkan dan

berapa kadar yang sesuai untuk dihibahkan dengan mengambil kira status ekonomi dan

keperluan semasa penerima hibah. Di samping itu, faktor tanggungjawab, peranan dan

sumbangan juga boleh diberi pertimbangan dalam menentukan penerima hibah dan kadar

atau bahagian harta yang hendak dihibahkan.

Merujuk kepada fakta kes Muhammad Awang & yang lain lwn Awang Deraman & yang

lain [2004] CLJ (Sya) 139, si mati, iaitu responden pertama semasa hayatnya telah

menghibahkan dua bidang tanah miliknya kepada responden kedua dan ketiga, iaitu

anak-anaknya. Selepas kematian responden, perayu-perayu, yang merupakan anak-anak

si mati yang lain telah mempertikaikan kesahan hibah tersebut atas alasan antaranya

pembahagian tersebut tidak adil kerana dibuat secara tidak sama rata. Mahkamah Rayuan

memutuskan bahawa pemberian tersebut walaupun kelihatan tidak adil tetapi merupakan

sesuatu yang sah hukumnya. Hakim Daud Muhammad dalam menyampaikan

penghakiman mahkamah berkata (Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad

2013: 100):

Page 13: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

354

“Pada zahirnya, hibah yang dilakukan oleh gemulah (si mati) menempatkan

sesuatu tindakan yang kurang adil kerana mengetepikan kepentingan sebahagian

anaknya. Tetapi pada hakikatnya mungkin ada sebab-sebab yang munasabah,

gemulah (si mati) dan Allah sahaja yang lebih mengetahui”.

(g) Harta yang dihibahkan oleh ibu bapa (termasuk datuk dan nenek) kepada

anak-anak boleh ditarik balik atau dibatalkan

Sesuatu pemberian harta secara hibah secara umumnya tidak boleh ditarik balik atau

dibatalkan setelah ia memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah sebagaimana sabda

Rasulullah s.a.w:

بتيهي في العائيد )عليه متفق( ق يئيهي في ي عود ث يقيئ كالكلبي هيMaksudnya:

“Orang yang menarik kembali hibahnya adalah sama seperti seekor anjing yang

muntah kemudian ia menjilat kembali muntahnya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan

Muslim).

Namun demikian, pemberian harta secara hibah oleh ibu bapa kepada anak-anak atau

datuk dan nenek kepada cucu-cucu boleh ditarik balik sebagaimana sabda Rasulullah

s.a.w:

بة ي هب أو عطيية ي عطيى أن مسليم ليرجل الييل ع هي ليولديهي ي عطيى فييما الواليدي إيال هافيي ف ي رجي

Maksudnya:

“Tidak halal seseorang lelaki muslim yang memberi sesuatu pemberian atau

hibah maka ditarik kembali pemberian atau hibah tersebut kecuali pemberian atau

hibah seorang bapa kepada anaknya” (Hadis riwayat Abu Dawud).

Dari hadis ini, ulama’ memperluaskan maksud bapa di mana sebarang hibah atau

pemberian usul kepada furuc boleh ditarik balik. Usul termasuk ibu, bapa, datuk dan

nenek ke atas, sementara furuc termasuk anak dan cucu ke bawah. Kebenaran penarikan

balik hibah yang dibuat oleh usul kepada furuc merupakan suatu keistimewaan yang

diberikan oleh Islam. Ini kerana ibu bapa lebih memahami situasi dan perkembangan

anak-anak mereka.

(h) Pemberian harta secara hibah boleh dilakukan tanpa pindah milik harta

dalam dokumen hakmilik (geran)

Sesuatu hibah dianggap sah jika telah memenuhi rukun dan syaratnya. Justeru perlu

dibezakan antara al-qabd dan pindah milik harta atau pertukaran nama pada dokumen

hakmilik (geran). Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa sesuatu pemberian harta

secara hibah tidak sah jika pertukaran nama pada dokumen hakmilik tidak dilakukan.

Keadaan ini disebabkan mereka tidak dapat membezakan antara al-qabd dan pindah

milik harta atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Al-Qabd ialah

penyerahan harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah. Dengan

berlakunya al-qabd, maka penerima hibah boleh menguasai dan menguruskan harta

berkenaan setelah diizinkan oleh pemberi hibah. Oleh yang demikian, pindah milik harta

atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran) adalah pilihan kepada pemberi

hibah dan bukannya syarat untuk mengesahkan sesuatu hibah.

Page 14: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

355

Dalam situasi sekarang di mana keperluan harta semakin mendesak dan kepercayaan

semakin terhakis, maka adalah wajar sesuatu pemberian harta secara hibah tidak disusuli

dengan pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Pertukaran nama atau pindah

milik boleh dilakukan selepas kematian pemberi hibah semasa pembahagian harta

pusaka dilakukan. Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau

bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah.

Selain itu, penyediaan dokumen hibah lebih menjimatkan kos berbanding dengan

pertukaran nama atau pindah milik harta yang dibuat semasa pemberi hibah masih hidup.

Ini kerana kos pindah milik harta yang dibuat semasa hidup lebih tinggi berbanding

dengan kos turun milik (pembahagian harta selepas kematian). Di samping itu, proses

penarikan balik hibah yang dibuat oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah lebih mudah

jika namanya masih kekal pada dokumen hakmilik. Jika pindah milik harta atau

pertukaran nama telah berlaku maka penarikan balik hibah perlu melalui Mahkamah

Syariah bagi tujuan mendapatkan perintah penarikan balik hibah supaya pihak

pentadbiran seperti pejabat tanah menukar kembali nama pada dokumen hakmilik

berkenaan. Keadaan lebih menyukarkan terutamanya apabila harta telah dilupuskan oleh

penerima hibah seperti penerima hibah telah memberi atau menjual harta berkenaan

kepada pihak lain. Di samping itu, proses mahkamah juga mengambil masa dan orang

awam biasanya kurang memahami prosedurnya.

(i) Kepelbagaian produk hibah yang tidak terkeluar dari kehendak syarak

Hibah mempunyai pelbagai produk (jenis), antaranya adalah hibah mutlak, hibah cumra,

hibah ruqba, hibah bersyarat, hibah dengan syarat balasan dan hibah amanah. Selain dari

hibah mutlak, produk-produk hibah yang lain berlaku perselisihan pandangan di

kalangan fuqaha’ sunni. Namun ia masih tidak terkeluar dari kehendak syarak walaupun

sebahagian dari produk berkenaan tidak diterima oleh mazhab Shafi’i. Justeru, keadaan

ini memberi ruang pilihan secara lebih terbuka kepada pemilik harta bagi merancang

harta mereka dengan menggunakan mana-mana produk hibah yang paling sesuai dengan

situasi dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan salah faham di

kalangan umat Islam, maka adalah wajar pihak-pihak yang berautoriti menetapkan atau

memutuskan sama ada sesuatu produk berkenaan boleh diamalkan atau tidak di Malaysia

sekiranya ia bersalahan dengan pegangan mazhab Shafi’i. Pihak-pihak yang berautoriti

perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat penetapan berkenaan

dengan mengambilkira suasana yang berlaku di Malaysia dan kehendak umat Islam.

Kesimpulan

Instrumen hibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta umat Islam. Ia

mempunyai kedudukan yang tersendiri di dalam Islam dari segi hukum dan cara

pelaksanaannya. Sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati

kehendak syarak, maka nasib kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan akan

terbela. Begitu juga, instrumen ini boleh digunakan ke atas anak angkat, anak susuan,

bapa angkat, ibu angkat dan sebagainya yang mempunyai hubungan kasih sayang yang

rapat tapi tidak berhak mendapat harta pusaka.

Ketidakfahaman masyarakat mengenai instrumen hibah ini sering kali timbul

terutamanya apabila berlaku kematian pihak pemberi hibah. Pertikaian ini berlanjutan

sehingga menyukarkan penyelesaian harta pusaka dibuat. Justeru, hibah yang dibuat

semasa hidup perlu dilakukan secara jelas dan menepati hukum syarak. Keperluan

Page 15: ABSTRAK - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/28-Mohd-Zamro-Muda.pdf · Pengertian Hibah Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau

356

kepada dokumen hibah secara bertulis yang jelas menyatakan tentang kewujudan hibah

amat perlu pada zaman sekarang bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan proses

pembuktian menjadi lebih mudah.

Rujukan

Al- Quran al-Karim.

Ahmad Hidayat Buang. 2007. Prinsip dan pelaksanaan hibah. Dlm. Ahmad Hidayat

Buang (pnyt.). Undang-undang Islam di Malaysia: prinsip dan amalan, hlm.

329-350. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ismail Mohd @ Abu Hassan. 2009. Instrumen hibah: isu-isu dan cabaran. Dlm. Akmal

Hidayah Halim, Badruddin Hj Ibrahim & Farid Sufian Shuaib (pnyt.). Undang-

undang harta & amanah, hlm. 100 - 110. Gombak, Selangor: Jabatan Undang-

Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim & Pusat Undang-

Undang Harun M. Hashim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

al-Jaziri, cAbd al-Rahman. 1998. al-Fiqh cala al-madhahib al-arbacah. Juz. 3. Cet. ke-2.

Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi li al-Tibacah wa al-Tawzic.

al-Khudrawi, Muhammad. 1966. al-Maqasid fi al-fiqh cala madhhab al-Imam al-Shafici.

t.tp.: Sharikah al-Tibacah al-Fanniyyah al-Muttahidah.

Mohd Ridzuan Awang. 1994. Undang-undang tanah Islam: pendekatan perbandingan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Ridzuan Awang. 2003. Pelaksanaan harta hibah. Dlm. Mohamad Zaini Yahaya,

Abdul Basir Mohamad & Mohd. Nasran Mohamad (pnyt.). Isu Syariah dan

Undang-undang. Siri 12, hlm. 89-105. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Rawwas Qalcah Ji. 1985. Mucjam lughah al-fuqaha’. Beirut: Dar al-Nafa’is.

Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji. 2003. al-Fiqh al-manhaji cala

madhhab al-Imam al-Shafici. Jil. 3. Cet. ke-5. Damshiq: Dar al-Qalam.

Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad. 2013. Pengurusan harta melalui hibah:

kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah. Jurnal

Hadhari 5(1): 91-104.

Sayyid Sabiq, 1998. Fiqh al-sunnah. Juz. 3. Cet. ke-2. Beirut: Dar al-Fikr li al-Tabacah

wa al-Nashr wa al-Tawzic.

al-Sharqawi, cAbd Allah ibn Hijazi ibn Ibrahim al-Azhari. 1997. Hashiyah al-Sharqawi.

Jil. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-CIlmiyyah.

al-Zuhayli, Wahbah. 1989. al-Fiqh al-islami wa adillatuh. Jil. 5. Cet. ke-3. Damshiq:

Dar al-Fikr.