abstrak thesis ijazah sarjana muda

1
ABSTRAK IMPLIKASI PENGGUNAAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP PROSES MENGINGAT Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti implikasi penggunaan teknik mnemonik terhadap proses mengingat. Kajian ini melibatkan 32 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran Sabah. Kajian kuantitatif ini diukur dengan menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca. Data yang diperoleh berdasarkan markah dan julat markah telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 21.0). Dapatan kajian daripada analisis ujian- t mendapati bahawa nilai signifikan yang tercatat ialah sig = 0.000, iaitu lebih kecil daripada 0.05 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan teknik mnemonik terhadap proses mengingat.

Upload: amir-izzuddin

Post on 12-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

abstrak untuk thesis program ijazah sarjana muda di universiti di Malaysia dalam bahasa melayu

TRANSCRIPT

ABSTRAK

IMPLIKASI PENGGUNAAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP PROSES MENGINGAT

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti implikasi penggunaan teknik mnemonik terhadap proses mengingat. Kajian ini melibatkan 32 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran Sabah. Kajian kuantitatif ini diukur dengan menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca. Data yang diperoleh berdasarkan markah dan julat markah telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 21.0). Dapatan kajian daripada analisis ujian- t mendapati bahawa nilai signifikan yang tercatat ialah sig = 0.000, iaitu lebih kecil daripada 0.05 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan teknik mnemonik terhadap proses mengingat.