abstrak - fp.utm.my · ... (mechanical engineering). value of alpha ... 2.1 . konsep dan ... mitos...

17
ABSTRAK Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0). Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

Upload: vuongkhue

Post on 20-Aug-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar

tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek

yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta

penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah

kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden

kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan

menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian

rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi

bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0).

Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar

juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri

dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian

tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka

mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula

berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

Page 2: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

ii

ABSTRACT

This research is conducted to determine entrepreneurship profile among forth year

Bachelor of Technology and Education (Electrical Engineering). An aspect surveyed is

entrepreneurship characteristic, entrepreneurship skills as well as students involvement

in entrepreneurship related activities. This research is in descriptive form which involved

30 respondents to represent all population. Questionnaire using Likert scale is use as

research instrument. Pilot study was carried out for seven students from Bachelor of

Technology and Education (Civil Engineering) and eight students from Bachelor of

Technology and Education (Mechanical Engineering). Value of Alpha Cronbach for part

B is high (0.911) and for part C which is 0.936. Research was analyzed using SPSS

(SPSS for WindowsVersion 12.0). The outcome of the research (1) show that the student

have characteristics of enterpreneurship (2) furthermore student also have

enterprebeuship and (3) they participate in enterpreneuship activities. All the research

question shows that students have the profile as an entrepreneur. They have the

characteristic and skills in entrepreneurship and have involved in entrepreneurship.

Page 3: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

iii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

Page 4: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

iv

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Profil 8

1.8.2 Ciri 9

1.8.3 Kemahiran 9

1.8.4 Penglibatan 9

1.8.5 Keusahawanan 10

1.9 Penutup

10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Konsep dan Teori

2.1.1 Definasi Konsep

2.1.1.1 Definasi Usahawan

2.1.1.2 Definasi Keusahawanan

13

13

15

2.2 Mitos Mengenai Keusahawanan 20

2.3 Evolusi Keusahawanan 22

2.4 Kefahaman Tentang Ciri Usahawan 25

2.5 Kefahaman Tentang Kemahiran Yang Diperlukan

Oleh Usahawan

30

2.6 Kefahaman Penglibatan Pelajar Dalam Bidang

Keusahawanan

32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Tempat Kajian 36

Page 5: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

v

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Kajian Rintis 40

3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 41

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 41

3.7 Prosedur Kajian 42

3.8 Analisis Data 43

3.9 Kesimpulan 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.1 Analisis Data Bahagian A – Latar Belakang

Responden

48

4.1.1 Jantina

4.1.2 Umur

4.1.3 Kaum

4.1.4 Kedudukan CPA

48

49

49

50

4.2 Analisis Data Bahagian B : Ciri-Ciri Seorang

Usahawan

51

4.3 Keputusan Analisis Data Bahagian C:

Kemahiaran Dalam Bidang Keusahawanan

53

4.4 Keputusan Analisis Data Bahagian D :

Penglibatan Dalam Kegiatan Berasaskan

Keusahawanan

55

4.5 Penutup 58

Page 6: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

vi

BAB V PERBINCANGAN ,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 59

5.1 Perbincangan 60

5.1.1 Ciri-Ciri Seorang Usahawan 60

5.1.2 Kemahiran Dalam Bidang

Keusahawanan

62

5.1.3 Pembabitan Diri Dengan Sebarang

Aktiviti Berasaskan Keusahawanan

63

5.2 Rumusan 66

5.3 Cadangan 67

5.3.1 Cadangan Dapatan Kajian 67

5.3.1.1 Pelajar 68

5.3.1.2 Pihak Pentadbiran Hak Ehwal

Pelajar (HEP)

69

5.3.1.3 Fakulti Pendidikan 69

5.3.1.4 Cadangan Kajian Akan Datang 70

5.4 Kesimpulan 71

5.5 Penutup 72

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN 78

Page 7: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

vii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Definasi Keusahawanan Dan Usahawan Mengikut

Tahun

19

3.1 Taburan Kandungan Soal Selidik 38

3.2 Cara Pemarkatan Aspek Ciri 38

3.3 Cara Pemarkatan Aspek Kemahiran 39

3.4 Cara Pemarkatan Aspek Penglibatan Dalam

Aktiviti Keusahawanan.

40

3.5 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian B) 44

3.6 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian C) 44

3.7 Markat Skala Likert 3 mata (Bahagian B dan C) 45

3.8 Markat Bahagian D 45

3.9 Taburan Persoalan Kajian, Nombor Item dan

Bentuk Statistik.

46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 50

4.4 Taburan Responden Mengikut Kedudukan CPA 50

4.5 Taburan Responden Mengikut Ciri-Ciri Seorang

Usahawan

52

4.6 Taburan Responden Mengikut Kemahiran Dalam

Bidang Keusahawanan

54

Page 8: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

viii

4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam

Kegiatan Keusahawanan

57

Page 9: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Model Penyelesaian Masalah 31

Page 10: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

x

SENARAI SINGKATAN

AM - Amat Mahir

AS - Amat Setuju

ATM - Amat Tidak Mahir

ATS - Amat Tidak Setuju

DEB - Dasar Ekonomi Baru

HEP - Hal Ehwal Pelajar

IPTA - Iinstitusi Pengajian Tinggi Awam

PUM - Persatuan Usahawan Muda

M - Mahir

MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

P - Pernah

PUM - Persatuan Usahawan Muda

S - Setuju

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

SM - Sederhana Mahir

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

TM - Tidak Mahir

TP - Tidak Pernah

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 11: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 78

B Kajian Rintis (Nilai Alpha) 85

C Analisis SPSS 86

Page 12: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan

masyarakat yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling

dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan

melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Semangat ini telah

menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkayakinan untuk

merebut peluang berkenaan. Oleh itu usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang

baru bagi meningkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada

masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000).

Usahawan seringkali dikaitkan dengan individu yang menubuhkan perniagaan

baru. Ada juga yang menganggap apa saja aktiviti kretiviti yang dilaksanakan oleh

seseorang dikenali sebagai usahawan. Disamping itu ada pula pandangan yang

menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak, bijak mencari

Page 13: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

peluang baru sentiasa membawa perubahan dan modal, sumber dan usaha dalam

keadaan yang baru dan lebih inivatif. Usahawan dikatakan tidak mempunyai banyak

masa rehat, sentiasa berkemampuan menghadapi sebarang kemungkinan (Zaidatol,

1997).

Perkataan usahawan di Malaysia mula menjadi sebutan ramai pada 1970 iaitu

setelah pengubahan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun begitu

peraturan dan sifat keusahawanan yang dijalankan jauh berbeza berbanding dengan

aktiviti yang dijalankan pada zaman awal ia diperkenalkan. Para usahawan di zaman

awal hanya mengejar gaya penciptaan kekayaan (modes of wealth creation) dan

pembangunan perindustrian. Pada zaman Rom purba terdapat tiga cara yang diterima

untuk memperolehi “kekayaan” dan “kuasa”. Cara-cara ini ialah:

i. Pemilikan tanah

ii. Amalan peminjaman wang secara ribab

iii. Pembayaran politik iaitu rasuah kepada pegawai

Pada zaman awal, kebanyakan usahawan adalah terdiri daripada saudagar yang

juga merupakan pengembara. Marco Polo merupakan seorang pengembara yang telah

memperkenalkan istilah “go - between”. Pada zaman ini, pemodal mengaut keuntungan

yang melampau daripada sistem riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga yang

menjalankan perniagaan dengan cara menandatangani kontrak dengan pemilik wang

bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000).

Pada zaman pertengahan pula, konsep keusahawanan boleh dirungkai sebagai

individu yang menguruskan projek pengeluaran yang besar tetapi invidu yang tidak

menanggung apa-apa risiko dalam projek pengeluaran yang besar (Ab. Aziz, 2000).

Page 14: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

Pada pertengahan abad ke-20, usahawan telah dianggap sebagai egen yang

membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk, proses

atau sistem. Usahawan pada masa itu merupakan invidu yang akan memualakan sesuatu

yang baru dan diperkenalkannya kepada masyarakat (Ab. Aziz, 2000).

Keusahawanan pada abad ke-21 sudah semestinya lebih mencabar di mana

teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit damasalah dan

tuntutan pekerja lebih kompleks. Para pekerja akan lebih mendesak sekiranya tuntutan

mereka tidak dipenuhi oleh pihak usahawan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Ini menyebabkan

ia memerlukan bilangan usahawan yang ramai dan berkualiti. Melalui keusahawanan

dapat meningkatkan taraf kehidupan sesebuah masyarakat dan pada masa yang sama

dapat meningkatkan pembangunan negara.

Setiap tahun ramai siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi

awam atau swasta. Tentulah bilangan yang begitu ramai akan mencari pekerjaan dan

sudah tentu bukan semua akan mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan

bilangan yang mencari tidak sama banyak. Kepada mereka yang bertegas ingin makan

gaji walau susah mana sekalipun, mungkin terpaksa menggangur untuk beberapa tahun.

Page 15: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

Keinginan kuat untuk memakan gaji ini berpunca daripada cara anak-anak

dididik. Mereka disuruh belajar sampai masuk universiti dan lulus dengan pngkat

terbaik, kemudian cari kerja dengan gaji lumayan. Mentaliti masyarakat kini jarang-

jarang sekali menggalakkan anak menjadi majikan kerana tahap mengambil risiko pada

diri masyarakat kini adalah sangat rendah (Salleh,2003)

Kesukaran untuk mendapatkan sebarang pekerjaan merupakan faktor utama

masalah pengangguran di Malaysia. Semakin hari semakin ramai graduan dihasilkan dan

peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin tipis. Pada 2006 malaysia mempunyai

tenaga kerja sebanyak 10,727,000 iaitu 40.3 peratus daripada jumlah penduduk negara

yang berjumlah 26.64 juta. Jumlah yang bekerja ialah 10,408,000 dan selebihnya adalah

penganggur sebanyak 319,000 orang. Penangguran berada pada kadar 3.0 peratus

daripada tenaga kerja, iaitu menurun sebanyak 0.5 peratus dearipada 3.5 peratus pada

2005 (Utusan Malaysia, 4 Julai 2007). Walaupun ia menurun, akan tetapi jumlahnya

masih lagi tinggi dan membinbangkan. Sebahagian daripada jumlah pengangguran itu

adalah daripada golongan graduan.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan Malaysia telah menerapkan

beberapa program keusahawanan daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat

institusi pengajian tinggi (IPT). Ini bagi menyediakan para graduan dengan ilmu-ilmu

keusahawanan sebelum mereka keluar kelak dan bergelar seorang graduan. Menurut kata

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mulai pengambilan sesi 2007/2008

semua pelajar baru yang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan

mengambil mata pelajaran keusahawanan. Mata pelajaran ini hanya asas supaya minda

mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada dan tidak lagi

terlalu bergantung kepada kerajaan untu mencari kerja (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007).

Page 16: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

Merujuk pada penyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Kementeriaan

Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Hassan Shukri Ab Yazid, pelajar IPT perlu menukar

corak pemikiran yang sebelum ini tertumpu kepada mendapatkan pekerjaan makan gaji

kepada sesuatu berasaskan perniagaan (Harian Metro, 13 Julai 2007). Ini menunjukkan

masalah pengangguran dikalangan graduan boleh dikurangkan dengan cara

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Negara memerlukan lebih ramai

usahawan bagi meningkatkan kemajuan negara dan kerana itu budaya keusahawanan

perlu diterapkan dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi.

1.3 Penyataan Masalah

Masalah pengangguran dikalangan graduan telah menjadikan kemajuan dan

pembangunan negara terbantut. Ini kerana golongan graduan adalah golongan yang

terpelajar dan mampu melakukan sesuatu perubahan yang positif. Oleh yang demikian

pendedahan awal kepada keusahawanan perlu diberikan kepada para graduan supaya

mereka dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan

mengikut profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Tujuan kajian ini

adalah untuk melihat sejauh mana ciri keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan

dan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan semasa menuntut di universiti.

Page 17: ABSTRAK - fp.utm.my · ... (Mechanical Engineering). Value of Alpha ... 2.1 . Konsep dan ... Mitos Mengenai Keusahawanan . 20 . 2.3 . Evolusi Keusahawanan . 22 . 2.4 . Kefahaman Tentang

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah :

i. Mengenalpasti ciri pelajar dalam bidang keusahawanan

ii. Mengenalpasti kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan

iii. Menegenalpasti penglibatan pelajar dalam kegiatan berasaskan keusahawanan.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas beberapa

persoalan seperti yang berikut:

i. Apakah pelajar mempunyai ciri-ciri seorang usahawan?

ii. Apakah pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan?

iii. Apakah pelajar membabitkan diri dengan sebarang aktiviti yang berasaskan

keusahawanan?