abstrak

Upload: ismi-siti-khadijah

Post on 10-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

study

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH CHUNKING DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN TAHIYAT AKHIROlehSiti Khadijah Binti HamzahABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan bacaan tahiyat akhir dalam kalangan murid. Disamping itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran menghafaz bacaan tahiyat akhir dalam kalangan murid. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat membaca dengan lancar bacaan tahiyat akhir serta tidak menghafaznya dengan baik. Kaedah chunking telah digunakan sebagai pendekatan dalam kajian tindakan ini. Kaedah chunking merupakan satu kaedah mencerakinkan ayat yang panjang kepada beberapa ayat yang pendek. Ayat-ayat di dalam tahiyat akhir telah dicerakinkan kepada beberapa kalimah bagi membantu murid membaca serta menghafaz tahiyat akhir dengan baik. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 4 Arif di salah sebuah sekolah di daerah Masjid Tanah, Melaka. Instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah ujian lisan dan ujian bertulis, soal selidik, temu bual serta pemerhatian. Data yang telah dikumpulkan dianalisis dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian kesemua peserta kajian dalam membaca dan menghafaz tahiyat akhir meningkat secara positif. Kesemua peserta kajian berjaya mendapatkan skor yang cemerlang iaitu dalam lingkungan 70% ke 74% (gred B) dalam ujian pasca yang telah dijalankan. Kajian ini turut membantu mengubah amalan pengajaran saya dan seterusnya membantu murid memperbaiki bacaan mereka dalam ibadah solat.

Kata kunci : tahiyat akhir, bacaan, hafazan, kaedah chunking, cerakin ayat