abselling satu
DESCRIPTION
sacxzczcascaTRANSCRIPT
JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN LUAR
UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)
KPLI AMBILAN JANUARI 2009
JAWATANKUASA ABSEILLING
AJK
FAIROL HISYAM BIN MUHAMMAD
AJK
SAMHOIROLAZLIN MOHD YUSOF
PENSYARAH PENASIHAT
EN. JALIL BIN OSMAN
PENGERUSI
HAMIDI BIN MUHAMAD
SETIAUSAHA
NORHANA BT ZULKIPLY
1.0 PENDAHULUAN
Abseiling merupakan satu aktiviti yang menarik bagi mereka yang suka cabaran.
Abseiling dikategorikan sebagai latihan outdoor. Latihan outdoor ini telah diasaskan
oleh seorang ahli falsafah dan guru warga Jerman iaitu Dr. Kurt Hunt pada tahun 1937
setelah mendapati ramai kelasi muda terkorban berbanding dengan kelasi yang lama
ketika berlaku perlanggaran di lautan sewaktu dalam pelayaran.
Jesteru, Dr. Kurt Hunt telah mencipta satu system cabaran penggunaan tali
tinggi dan tali rendah mercu kabel khusus untuk kelasi muda dengan menggunakan
kapal dagang pada tahun 1937 iaitu kapal Laurence Holt dari System Educational
Outdoor.
Dengan adanya system ini kelasi- kelasi muda telah berjaya menyelamatkan diri
dalam perlanggaran yang berlaku.
2.0 OBJEKTIF
i. Untuk memberi kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal
ii. Memberi keyakinan diri yang tinggi
iii. Memberikan pengalaman yang baru
iv. Memberikan keseronokan dan kepuasan diri
3.0 MATLAMAT
i. Mewujudkan semangat kerjasama di antara ahli-ahli kumpulan dengan
jawatankuasa yang lain.
ii. Melahirkan bakal-bakal guru yang berani dan berkeyakinan.
4.0 PENGENALAN
Untuk melakukan aktiviti ini, perkara yang perlu di ambil kira ialah dari segi
tempat atau lokasi untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kebiasaannya pemilihan tempat
untuk melakukan abseiling adalah di kawasan yang berbukit, tanah tinggi, tembok tinggi
berbatu dan gunung. Tempat- tempat sebeginilah menjadi pilihan utama bagi individu
yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar ini.
Ketinggian yang biasa untuk melakukan aktiviti ini adalah lebih kurang 30meter.
Selain itu, kecerunan sesuatu tempat turut di ambil kira. Seboleh- bolehnya kecerunan
sesuatu tempat untuk melakukan abseiling ini adalah 90 darjah dan yang paling penting
adalah jalan untuk mendaki senang dan mudah.
Aktiviti ini mengkehendaki penurun berhati –hati dan mengikut prosedur dengan
teliti, ambil masa, dan sediakan ikatan rappelling yang betul, abah- abah (harness), tali
rappelling dan peralatan yang bersesuaian. Sebagai langkah berjaga- jaga, sebelum
memulakan aktiviti ini, petugas yang terlibat perlu melakukan ikatan yang betul ke atas
penurun pada tali rappelling. Ianya sangat penting untuk mengelakkan kecederaan.
5.0 PELAN PELAKSANAAN
Terdapat 4 pelan pelaksanaan yang harus dipatuhi bagi mereka yang melakukan aktiviti
ini. Empat pelan pelaksanaan tersebut adalah seperti:
1. Sebelum abseiling
2. Semasa abseiling
3. Semasa pergerakan turun
4. Selepas abseiling
Sebelum Abseilling
i. Menentukan jalan naik atau mendaki ke tempat permulaan
ii. Tali harus dipasang terlebih dahulu bagi memudahkan peserta mendaki
iii. Pemilihan pokok yang akan digunakan untuk mengikat tali tersebut seelok-
eloknya pilih jarak kedua-duanya berdekatan
iv. Tali di bawah bukit tidak terlalu panjang (1-2 meter sahaja)
v. Tali karmental perlu diikat pada pokok atau pasak dengan 1 lilitan dan
membentuk “V” dengan ikatan tidih kasih
vi. Hujung tali dilapik dengan tali guni bagi mengelakkan kerosakan pada tali
vii. Tali karmental yang sudah siap dipasang haruslah diuji terlebih dahulu
sebelum digunakan
viii.Cara menguji kekuatan tali adalah dengan cara 3-10 orang dewasa bergayut
tanpa menyentuh bumi selama 10saat.
Semasa Abseilling
i. Individu perlu memasang ikatan “harness” atau “bulfer seat”.
ii. Pasang helmet dan sarung tangan
iii. Pasang tali pinggang keselamatan di pinggang dengan menggunakan ikatan
tindih kasih.
iv. Pasang “carabiner” pada “harness”
v. Pasang “figure of eight” dengan menggunakan skru yang disediakan
vi. Periksa kunci atau skru, pastikan sekali lagi skru atau kunci tersebut
berfungsi dengan baik.
vii. Individu yang ingin membuat penurunan perlu meminta kebenaran turun
dengan menyebut “on belay”
viii.Jurulatih di bawah akan mengatakan “belay”bermakna jurulatih telah
bersedia.
Teknik penurunan
i. Satu tangan di pegang pada tali utama (tali hadapan) dan satu lagi tangan
dipegang pada tali anchor (tali bahagian belakang)
ii. Badan perlu dicondongkan dan kaki perlu dibuka sedikit dengan mengendur
atau membengkokkan sedikit lutut. Keseluruhan tapak kaki perlu didakapkan
ke tanah atau dinding. Tujuan utama lutut dibengkokkan adalah bertujuan
untuk memudahkan membuat lonjakan dan melakukan penurunan
iii. Tangan di hadapan bertindak mengawal pergerakan dan tangan di belakang
bertindak sebagai kunci dengan memaut tali ke belakang.
iv. Penurun perlu memastikan kecondongan badan adalah 45 darjah dari bukit
atau dinding
v. Berat badan perlu sentiasa ke belakang, ia bertujuan memudahkan
pergerakan
vi. Kaki digunakan untuk melompat/ melonjak. Kedua-dua kaki memainkan
peranan dengan cara membengkokkan lutut (sedikit sahaja)
vii. Seandainya berlaku kecemasan, penurun perlu menjerit dengan kata kunci
“fall in” dan dengan serta- merta jurulatih di bawah akan menarik hujung tali.
Selepas Abseilling
i. Penurun yang baru selesai melakukan aktiviti ini perlu membuka tali
keselamatan di badan
ii. Carabiner boleh dibuka dengan menyelaras skru yang menyambungkannya
dengan figure eight
iii. Setelah carabiner dan figure eight dipisahkan, keluarkan figure of eight dari
caramental
iv. Tindakan seterusnya ialah mengeluarkan carabiner dari harness
v. Membuka harness
Teknik –teknik Penurunan Abseilling
a. Teknik Dulfer
Cara klasik dalam turun tebing. Hanya menggunakan tali luncur (abseiling rope)
yang diletakkan diantara dua kaki lalu menyilang dada dan melalui bahu. Laju turun
ditahan dengan satu tangan.
b. Teknik Modified Dulfer
Teknik semi klasik. Menggunakan karabiner tersebut tali luncur menyilang ke salah
satu bahu lalu dipegang oleh satu tangan untuk kontrol.
c. Teknik Komando
Di Indonesia, cara ini sering dipakai oleh para komando. Caranya dengan melilitkan
karabiner dengan tali sebanyak dua kali, dan dengan melewati antara kaki maka laju
badan dikontrol dengan gerakan tali luncur tersebut pada salah satu tangan.
Adakalanya tali luncur tersebut tidak melalui dua kaki tetapi hanya satu paha, lalu
gerakan friksinya diatur oleh tangan yang sejajar dengan paha tersebut.
d. Teknik Brake Bar
Empat buah karabiner disusun melintang sedemikian rupa sehingga merupakan
sistem friksi (lihat kembali: descendeur), lalu tali luncur melewatinya dengan
dikontrol oleh satu tangan pendaki. Sistem friksi kemudian dikembangkan dengan
sistem descendeur khusus yang disebut bar crab.
Abseiling dengan penggunaan karabiner atau tanpa karabiner dilakukan pada tebing
batu yang tidak terlalu tinggi. Bila kita berhadapan dengan satu tebing yang panjang
atau tinggi, maka cara ini tidak dianjurkan.Untuk kasus seperti itu dapat
menggunakan descendeur, seperti figure of eight, bobbin atau brake bar.
Karena abseiling sangat tergantung pada alat yang dipakai maka persiapan
penggunaanya harus betul-betul diperhatikan. Pastikan bahwa ikatan pada anchor
benar-benar kuat. Periksa kembali apakah ujung tali telah disimpul. Sebaiknya
selain abseile rope persiapkan juga safety rope yang diamankan oleh pendaki
kedua.
Dengan memasang karabiner untuk meluncur, mutlak diperhatikan arah pintu (gate)
karabiner tersebut. Ingat prinsip friksinya jangan sampai terbalik tetap gate
karabiner. Kalau perlu screw gate karabiner.Tangan yang mengontrol laju tidak
boleh dilepas, karena luncuran yang tidak terkontrol dapat berakibat fatal.
Jangan memaksa untuk melakukan lompatan pada abseiling, kecuali pada tebing
yang menggantung (overhang). Turunlah perlahan-lahan, lompatan akan memberi
tekanan pada tali sehingga kemungkinan tali lepas atau aus lebih besar. Lagi pula,
lompatan sering membuat pendaki lepas kontrol dan mendarat kurang tepat.
6.0 SENARAI PERALATAN
Antara alatan yang perlu digunakan untuk aktiviti abseiling adalah seperti berikut:
i. Tali Kernmantel (statik) - 100 meter
ii. Tali Kernmantel (Dinamik) - 100meter
iii. Karabiner - 10 buah
iv. Figure of eight - 10 buah
v. Harness (half) - 10 buah
vi. Helmet - 10 buah
vii. Glove - 10 buah
7.0 PERALATAN ABSEILLING
Pengurusan Tali
A. Tali Kernmantel
- Tali kernmantle terdiri dari dua lapisan : kern (core) – iaitu pintalan beberapa
serat tali kecil yang membentuk satu teras yang kuat dan mantle(shealth) –
selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk membentuk satu lapisan kulit luar.
- Tali yang boleh meregang kira-kira 2% adalah bagus untuk aktiviti abseilling. Tali
jenis ini merupakan tali yang boleh dilakukan pelbagai ikatan (multi standart) dan
tali regangan rendah.
- Tali jenis ini dapat mengurangkan lantunan dan menambah kawalan pada aktiviti
abseilling.
B.Tali penurun
- Ianya bersambung terus dengan locking carabiner dan kepada harness. Tali
penurun bertindak mencipta geseran ke atas tali rappelling untuk
memperlahankan penurun melakukan penurunan.
- Tali penurun diselaraskan oleh penurun sewaktu melakukan abseilling . melalui
kawalan tekanan tali, geseran dapat dipertambah atau dikurangkan seterusnya
mengubah kelajuan aktiviti penurunan.
1) Karabiner
- Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek seperti harness, figure of eight,
kenmantle dan sebagainya dan diperbuat dari logam (alloy). Terdapat dua jenis
yang biasa digunkan iaitu screw gates (mempunyai pengunci berskrew ) dan
snap ( tanpa screw )
- Carabiner yang sering digunakan dan agak popular adalah Asymmetrical D yang
menyediakan ruang kosong untuk tali rappelling yang hanya setebal 12mm.
2) Figure of eight
Merupakan salah satu ”alat decender” yang diperbuat dari logam (alloy). Digunakan
sebagai perintang kelajuan semasa menuruni tali.
3) Harness
a) Half Harness ( Seat harness)
Alat untuk menyokong dan menampung beban badan. Half harness hanya
menyokong pada bahagian pinggang dan pinggul sahaja.
b) Full Harness
Full harness pula dapat menyokong keseluruhan badan pelaku.
4) Helmet
- Buatan negara Korea.
- Diperbuat daripada ”fibre glass” yang tahan lasak.
- Digunakan untuk melindung kepala dari terhantuk ke batu dan ditimpa batu.
5) Glove
Aksesori untuk menahan geseran pada tangan semasa menuruni tali dan penebat
haba.
6) But
Bergantung kepada jenis batu atau dinding, but sangat penting untuk perlindungan.
Walau begitupun, tidak semua keadaan memerlukan pemakaian but dan ianya
bergantung kepada situasi.
PENJAGAAN ALATAN
Umum
- Pastikan semua peralatan bersih sebelum dan selepas digunakan
- Jurulatih hendaklah memeriksa dan membuat ujian ke atas semua peralatan
mengikut piawaian dan tempoh jangka hayat atau lebih mudah merekodkan
dalam buku log
- Jangan dedahkan peralatan pada suhu yang panas atau sejuk seperti hujan atau
cahaya matahari yang terik
- Jangan jatuh semua peralatan pada ketinggian 7 kaki. Sekiranya perkara ini
terjadi, peralatan tersebut hendaklah ditanda dan diasingkan
- Jangan mencampak semua peralatan sesuka hati sebelum dan selspas
digunakan.
- Tentukan semua peralatan disusun atau digantung (tali sahaja) di tempat atau di
stor yang disediakan yang mana mempunyai pengudaraan bebas masuk dan
keluar.
- Pastikan semua jenis tali tidak digigit oleh tikus, lipas, semut dan lain- lain.
- Pemeriksaan peralatan bagi semua peralatan seelok-eloknya di buat seminggu
sekali.
Tali
- Jangan memijak atau berjalan di atas tali
- Gunakan pita pelekat untuk mengelakkan ia terburai di hujung tali
- Jauhi daripada asid dan solven seperti gasoline, thinner dan lain- lain
- Pancaran cahaya matahari secara terus menerus akan melemahkan nylon.
- Jauhi daripada api
- Seandainya basah ianya mestilah dikeringkan dalam kawasan yang redup
- Jangan menggunakan tali mendaki dan menurun untuk tujuan- tujuan lain
- Jika tali tersangkut atau terkena ketukan batu yang jatuh ke atasnya, tindakan
memeriksa perlu diambil
- Sebarang tali yang telah dipotong sedikit atau terburai dengan terlalu banyak
jangan digunakan lagi.
Harness
- Simpan harness dalam suhu yang sederhana
- Perlu dicuci dan di bersihkan selepas di gunakan, memadai mencuci dengan
menggunakan air biasa
- Sekiranya ingin menanggalkan kotoran dan kesan degil, harness boleh dicuci
dengan air sabun
- Bilaskan harness bagi memastikan kesan sabun dibersihkan sepenuhnya.
- Biarkan harness kering di tempat terbuka yang terlindung daripada cahaya
matahari sebelum ia disimpan
- Beri perhatian lebih kepada tanda jahitan dan tanda ikatan.
- Apabila tanda yang jelas dapat di kesan, ianya perlu diluntur dan digoreskan.
Carabiner
- Carabiner perlu disapukan minyak untuk mengelakkan dari berkarat
- Sebelum disimpan pastikan skru carabiner boleh berfungsi dengan baik dan
skrunya boleh ditutup rapat.
- Jaminan hayat carabiner adalah tiga tahun jika ianya kerap digunakan
- Carabiner yang telah jatuh daripada ketinggian 7 kaki akan diasingkan dari
carabiner yang lain.
- Carabiner yang jatuh ini akan dihantar kepada pembekal semula untuk di x- ray
- Ia bertujuan untuk melihat jika terdapat keretakan yang akan mengakibatkan
risiko kepada mereka yang melakukan aktiviti abseilling
- Alatan ini amat sensetif, oleh itu kepekaan pesrta abseilling terhadap alatan perlu
di berikan perhatian.
1) Cara mencuci alatan
i) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa
menggunakan sebarang bahan pencuci (mengelakkan tindakbalas kimia).
Tali yang kotor perlu direndam terlebih dahulu, kemudian dicuci secara
teliti dari hujung ke hujung tali.
ii) Bagi peralatan yang diperbuat dari bahan logam seperti karabiner, figure
of eight, ascender dan sebagainya, perlu dibilas dengan air tawar untuk
membuang kotoran, dilap dan kemudian disembur dengan cecair anti
karat seperti WD-40.
iii) Pada bahagian screw gate karabiner perlu disembur cecair anti karat dan
putar-putar screw tersebut sehingga putarannya lancar, dengan tujuan
menghancurkan benda asing seperti zarah pasir dan tanah yang terlekat
di bahagian tersebut.
2) Cara mengeringkan peralatan.
i) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang alik
pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah terus kepada
cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya tempat tersebut mestilah
mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah ini akan dapat mengekalkan
kualiti tali kernmantel.
ii) Peralatan logam seperti karabiner, F-O-8, ascender dan lain-lain yang
telah siap dicuci dan disembur dengan cecair anti karat, boleh dikeringkan
dengan cara menggantung peralatan tersebut dengan tali pada kitaran
udara.
iii) Bagi harness, glove dan sling tape perlu dijemur pada sinaran matahari
dengan kitaran udara yang baik untuk dikeringkan dengan kadar segera.
3) Cara menggulung tali kermantle
i) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan dengan baik.
Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar hendak digunakan di
masa hadapan.
ii) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan kaedah
i) Mountaineering
a) Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.
b) Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan
dominan.
c) Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
d) Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi
gelung.
e) Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati
satu gulungan tali yang besar.
f) Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat pada bahagian
tengah gulungan secara simpul manuk.
i) Butterfly
(1) Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis.
(2) Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5
meter.
(3) Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.
(4) Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke
bawah.
(5) Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali. Anda akan dapati satu
gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.
(6) Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.
4) Kaedah membawa tali.
i) Menggunakan beg khas.
Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.
ii) Menggalas di belakang.
Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di belakang.
iii) Menyilang di badan.
Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang ke badan untuk dibawa
ke lokasi.
iv) Menggalas di sisi.
Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkal beg tangan.
Ikatan dan Simpulan
Buku Sila.( Reef knot )
Tujuan:
Menyambung dua utas tali yang sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung tidak mudah terlerai. Simpulan ini kerapa digunakan terutama mengikat anduh.
Buku Sila : Langkah simpulan dan gambarajah
Silangkan kedua utas tali.
Belitkan kedua hujung tali. Tali Kanan melalui atas tali kiri, membelit ke bawah
dan melangkau atas tali kiri.
Temukan kedua hujung tali dan lakukan teknik belit-silang yang serupa.
Tarik kedua-dua hujung serentak untuk mengetatkan simpulan.
Ikatan dan Simpulan
Bunga Geti ( Sheet bend )
Tujuan:
Menyambung dua utas tali yang tidak sama saiz dan jenis. Kedua tali yang disambung tidak mudah terlerai.
Bunga Keti : Langkah simpulan dan gambarajah
Silangkan kedua utas tali.
Belitkan kedua hujung tali. Tali kecil melalui bawah tali besar, melangkau ke atas dan membelit ke bawah tali besar.
Kedua hujung ditemukan semula. Belitkan tali kecil kepada tali besar selari dengan
belitan pertama.
Tali kecil melangkau atas tali besar dan menyusup bawah tali kecil kemudian melangkau sekali lagi atas tali besar.
Tarik kedua-dua hujung serentak untuk mengetatkan simpulan.
Ikatan dan Simpulan
Simpul Manok ( Clove Hitch )
Tujuan:
Mengikat tali pada tiang /pokok /anggota tangan dan kaki. Simpul manok tidak mudah terurai kerana semakin kuat ditarik akan semakin ketat simpulannya.
Simpul Manok : Langkah simpulan dan gambarajah
Belitkan tali pada tiang dengan satu lilitan dan silangkan .
Belitkan untuk kali ke 2 dan bawa hujung tali ke tempat tali bersilang.
Susupkan tali ke bawah silangan tali dan susun bersebelahan.
Tarik hujung tali untuk mengetatkan simpulan dan susun kedudukan tali supaya
kelihatan rapi..
Ikatan dan Simpulan
Tindih Kasih ( Bowline )
Tujuan:
Ikatan atau simpulan untuk mengikat tali pada pada objek atau benda hidup tanpa menjerut objek tersebut seperti mengikat tali pada lubang cincin khemah.
Tindih Kasih : Langkah simpulan dan gambarajah
Buatkan satu gelung kecil.
Masukkan hujung tali ke dalam gelung. Pastikan arah masuk bertentangan dengan
arah punca tali.
Teruskan pergerakan hujung tali keluar dari gelung.
Bawa hujung tali melintas/menyusup atas/bawah tali utama.
Seterusnya masukkan kembali hujung tali ke gelung tadi dan tarik untuk
mengetatkan simpulan.
Gelung akan terbentuk tanpa menjerut objek.
Ikatan dan Simpulan
Simpulan Pengail ( Fisherman Knot )
Tujuan:
Ikatan atau simpulan untuk menyambung dua tali yang licin atau halus.
Simpulan Pengail : Langkah simpulan dan gambarajah
Susun kedua utas tali secara selari.
Belitkan kedua-hujung tali kepada tali yang bertentangan dan jadikan gelung ringkas.
Masukkan kedua hujung tali ke dalam gelung masing-masing dan ketatkan.
Tarik kedua tali sehingga kedua simpulan bertemu.
Ikatan dan Simpulan
Simpulan lapan dan ikut lajak ( Figure of eight knot and follow through )
Tujuan:
Simpulan lapan adalah bertujuan mematikan hujung tali manakala simpulan lapan berganda adalah untuk membentuk gelung seperti tindih kasih.
Simpulan lapan : Langkah simpulan dan gambarajah
Bentukkan gelung pertama dan diikuti gelung ke dua. Laluan gelung kedua
mestilah bertentangan laluan asal.
Bawa hujung tali masuk ke dalam gelung pertama.
Teruskan pergerakan untuk membentuk angka lapan.
Seterusnya, bawa hujung tali balik semula ke simpulan lapan. Susup ikut arah dating
tali. Pastikan gelung tidak terlucut.
Lilitkan tali mengikut susunan laluan asal.
Teruskan mengikut susunan asal.
Balit gelung dan ikut susunan asal dan susup masuk ke dalam lubang simpulan.
Tarik hujung tali dan kejapkan simpulan.