aa211 hospitaliti dan pelancongan dalam islam

92
HOSPITALITI DAN PELANCONGAN DALAM ISLAM Nor Azmin Mohamed Salleh Wan Mohd Zul Wan Yusuf Mohd Toha Rulam Ahmad Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Upload: asnuurien-najma

Post on 12-May-2015

1.636 views

Category:

Education


16 download

DESCRIPTION

membincangkan mengenai konsep hospitaliti dan pelancongan dalam Islam dari aspek etika dan lain-lain

TRANSCRIPT

Page 1: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

HOSPITALITI DAN PELANCONGAN DALAM ISLAM Nor Azmin Mohamed Salleh Wan Mohd Zul Wan Yusuf Mohd Toha Rulam Ahmad

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Page 2: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any

retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical,

photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :

Curriculum Development and Assessment Section,

Curriculum Development and Career Training Division

Department of Polytechnic Education, MOHE

Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Cataloguing –in-Publication Data

Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam – Nor Azmin Mohamed Salleh, Wan Mohd Zul Wan Yusuf, Mohd Taha Rulam Ahmad ISBN

1. Islam

2. Hospitaliti Islam

3. Pelancongan Islam

Page 3: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

Editorial

Editor

Pn. Yusma bt. Yusof

Ketua Penolong Pengarah

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. Mohamad Yusak

Penolong Pengarah Kanan

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar

Penolong Pengarah

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya

Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

Pn. Nor Azmin bt. Mohamed Salleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

En. Wan Mohd Zul b. Wan Yusuf Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)

En.Mohd Taha b. Rulam ahmad Politeknik Muadzam Shah (PMS)

Page 4: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

Bab - 1 Konsep Hospitaliti Dalam Islam

Nor Azmin bt. Mohamed Salleh (PSA)

Page 5: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

5

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1 KONSEP HOSPITALITI DALAM ISLAM

KONSEP PENGURUSAN RUMAH PENGINAPAN

1.1.1.1. Definisi Konsep

PENGURUSAN RUMAH

PENGINAPAN Saidina Umar bin al-Khattab r.a : Melayani kehendak awam atau rakyat.

Satu bentuk pengurusan kemudahan tempat tinggal yang mana pelancong tinggal bersama keluarga

Wan Azmi : Satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Harold Koontz & Heinz Wiehrich Proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersamasama dalam kumpulan, mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Sebagai pengurus, manusia menjalankan fungsi pengurusan dalam perancangan, mengorganisasi, pengstafan, pemimpinan dan pengawalan

Jadual: Definisi Konsep

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini?

1.1.1 Menerangkan konsep rumah pengurusan rumah penginapan

1.1.2 Menerangkan konsep halalan toyyiban (halal dan berkualiti) dalam

pemakanan

1.1.3 Menjelaskan cara sembelihan mengikut hokum syarak

1.1.4 Membincangkan adab dalam perkhidmatan pelanggan

Page 6: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

6

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.1.2. Prinsip Rumah Penginapan Menurut Perspektif Islam

Rasulullah SAW meriwayatkan yang diceritakan oleh Salman RA : “Rasullulah SAW sesungguhnya telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil atau beristinjak dengan tangan kanan, atau beristinjak dengan batu kurang daripada tiga biji atau beristinjak dengan kotoran haiwan atau dengan tulang (Hadith Riwayat Muslim) Baginda bersabda lagi: “ Janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat” (Riwayat Bukhari, an-Nasai, Malik)

Kedudukan

tandas tidak

mengadap

kiblat

1) REKA BENTUK DAN RUANG

a) Bilik Air/ Tandas

Contoh menyediakan kain basahan dan kelengkapan seperti

ubat dan berus gigi yang halal.

Rasullulah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah adalah pemalu dan suka menutupi. Dia menyukai seseorang yang tahu malu dan menutupi dirinya. Oleh itu, apabila seseorang daripada kamu mandi, bertutuplah (berlindung).(Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Hakim)

Kelengkapan mandian

Kemudahan beristinjak

Menyediakan kemudahan saluran paip untuk mencuci najis ketika qada’ hajat.

Tidak hanya menyediakan tisu semata-mata.

Page 7: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

7

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

b) Ruang Bilik

Hiasan Bilik Bebas dari gambar haiwan, patung atau lukisan menjolok mata Rasulullah SAW bersabda:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar (patung)” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi, al-Nasai, Ibn. Majah)

Meletakkan arah kiblat

c) Ruang Ibadat/ Solat

Surau atau

Musolla

Menyediakan surau atau bilik khas untuk dijadikan musolla yang

lengkap dengan tempat berwuduk.

Kedudukan surau strategik dan mudah dituju.

Menyediakan imam, bilal dan siak yang bertugas secara tetap.

Laungan azan dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat

d) Ruang Dapur, Makanan Dan Restoran

Ruang

Dapur

Ruang dapur mestilah bersih, makanannya berkualiti, material dan

sumbernya halal.

Restoran

atau ruang

makanan

Restoran atau ruang makanan seperti di koridor bilik seminar atau

dewan disyor mempunyai kerusi yang memadai untuk pelanggan.

Ini untuk menggalakkan pelanggan daripada makan atau minum

secara berdiri. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang

daripada kami minum berdiri’.(Riwayat Muslim)

Bentuk

Makanan

Menyediakan minuman dan pencucui mulut yang disebut dalam

Quran dan Hadith seperti madu, zaitun, delima, tin, kuma, kismis

dan habbatul sauda’.

Galakan ini ditegaskan dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh

Aisyah RA:

“Wahai Aisyah, rumah yang tiada padanya kurma seperti rumah yang

tiada makanan”

Makanan yang haram juga tidak disajikan kepada pelanggan tanpa

mengira muslim atau sebaliknya.

Page 8: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

8

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

4. KEMUDAHAN UMUM

Kemudahan-kemudahan sampingan perlu diberi pertimbangan mengikut hukum syarak. Contohnya, televisyen sewajarnya mempunyai saluran informasi Islam dan bermanfaat.

Kelab, pusat hiburan, pusat urut, kolam renang dan sebagainya dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Pengguna kolam renang diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai dengan syarak. Risalah, pelekat atau papan tanda sama ada peringatan dan nasihat diperbanyakkan dan diberi perhatian. Ini bersesuaian dengan pesanan Rasulullah SAW:

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat ”. (Riwayat Bukhari) “ Siapa yang menunjukkan (menggalakkan) ke arah kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya”. (Riwayat Muslim)

2. ORGANISASI & PEKERJA RUMAH PENGINAPAN

Para pekerja hotel dan rumah penginapan perlu: menjaga etika ketika bertugas Mengawal pergaulan Menjaga personaliti Prihatin dan jujur terhadap pelanggan.

3. PELANGGAN

Memastikan pasangan lelaki dan perempuan yang menginap merupakan pelanggan yang sah dari segi syarak. Rasullullah SAW bersabda:“ Janganlah seorang wanita bermusafir kecuali bersama mahram” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda bersabda lagi: “ Janganlah seseorang kamu bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan bersama-sama mahram ”.

Kawasan premis hotel jauh daripada lokasi yang memungkinkan

berlakunya pergaulan bebas dan berdua-duaan. Rasullullah SAW berpesan dalam hadisnya : “ Tidak boleh bersunyian seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, sesungguhnya yang ketiga adalah syaitan”. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Menyekat aktiviti terlarang di kalangan pelanggan dengan menyediakan

pamplet, risalah, papan tanda, mengharamkan kemasukkan arak dan sebagainya.

Page 9: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

9

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.1 MENERANGKAN KONSEP HALALAN TOYYIBA [HALAL DAN BERKUALITI]

DALAM PEMAKANAN

1.1.1.1 Pendahuluan

Penentuan halal dan haram dalam Islam bukanlah suatu yang direka oleh akal

manusia atau daripada Rasulullah SAW, malah ia merupakan ketetapan mutlak

daripada Allah SWT yang tidak boleh dipinda. Rasulullah SAW bersabda yang

diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah bermaksud:

“ Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW ditanya tentang hukum

lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa apa

yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkanNya

adalah haram, manakala apa yang didiamkan adalah kemaafan bagi kamu”.

1.1.1.2 Definisi Halalan Toyyiban

Perkataan halal berasal daripada bahasa Arab halla, yahillu, hillan yang

membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan

membolehkan.

Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa

maksud:

1) Segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika

menggunakannya.

2) Sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan

maksud:

1) Merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang

diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan,

minuman dan ubat-ubatan.

2) Bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum

dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Page 10: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

10

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Manakala Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuba sebagai jamak) dari segi

makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang

buruk. Justeru itu, apabila disebut halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu

yang halal yang bersifat baik atau elok.

1.1.1.3 Konsep Halal dalam Pemakanan

Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada

terhadap hasutan syaitan dalam apa jua ibadah yang dilakukan

termasuklah dalam bab pemakanan. Lantaran itu, umat Islam perlu

mengikut garis panduan syariat dalam menentukan halal dan haramnya

sesuatu makanan bukannya mengikut hawa nafsu. Allah SWT berfirman

yang mafhumnya:

“ Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi

ini yang halal lagi bermutu dan janganlah kamu mengikut jejak langkah

syaitan kerana kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Surah al-

Baqarah: 168)

Allah berfirman lagi:

يأطان إنه لكمأ ض حللا طيباا ول تتبعوا خطوات الش رأ ا في الأ أيها الناس كلوا مم

عدو مبين Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda yang baik

(halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kamu kepada

Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah ” (Surah al-Baqarah: 168)

Menurut JAKIM perkataan ‘halalan’ adalah merujuk ‘makanan orang

Islam’ atau ‘makanan yang ditanggung halal’ yang merangkumi aspek

(Zainal Abidin: 1993):

a) Kandungan:

Kandungan makanan hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang halal

dimakan atau digunakan oleh orang Islam dan tidak bercampur dengan

bahan-bahan yang tidak halal atau najis.

Page 11: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

11

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

b) Peralatan:

Peralatan yang digunakan untuk menyedia, memproses, mengilang dan

sebagainya perlulah bebas daripada benda-benda yang bernajis.

c) Pengendalian:

Pengendalian makanan sama ada pengangkutan, penyimpanan,

menghidang dan selainnya hendaklah tidak berhampiran atau

bersentuhan dengan benda-benda yang diharamkan.

Persatuan pengguna Pulau Pinang (2006) pula menyatakan bahawa

sesuatu makanan itu dikatakan halal jika memenuhi syarat berikut:

1. Tidak memudaratkan atau mengganggu fungsi normal tubuh dan

fikiran.

2. Bebas daripada najis dan bukan produk yang diperolehi daripada

sumber babi atau binatang yang tidak disembelih atau diburu

mengikut hukum syarak.

3. Bebas daripada produk yang diambil daripada babi, anjing atau lain -

lain binatang yang haram.

4. Sumber dan cara perolehan yang halal, berpunca daripada sumber

rezeki halal yang dibenarkan syarak.

5. Peralatan bersih dan suci daripada najis sama ada semasa

penyediaan, pemprosesan, pengilangan, pembungkusan atau

pemasaran.

Manakala Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975,

menjelaskan perkataan halal adalah ‘makanan orang Islam’ atau

‘makanan ditanggung halal’ atau ‘halal’ dengan definisi seperti berikut:

1- Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau

benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak

memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

2- Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis

mengikut syarak.

Page 12: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

12

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3- Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa

alat yang tidak bebas daripada najis mengikut syarak.

4- Tidak dalam masa menyedia, memproses atau meyimpannya tidak

berdekatan atau bersentuhan dengan makanan yang tidak

memenuhi kehendak perenggan (1), (2) dan (3) atau apa-apa yang

dihukumkan sebagai najis mengikut syarak.

1.1.1.4 Konsep Toyyiban Dalam Pemakanan.

Perkataan Toyyib telah disebut sebanyak 13 kali di dalam al-Quran iaitu

(Zulkifli et al:2009):

SURAH AYAT SURAH AYAT

1 al-Baqarah 168 6 al-Anfal 37 dan 69

2 ali- Imram 179 7 al-Nahl 114

3 al-Nisa’ 2 dan 43 8 al-Hajj 24

4 al-Maidah 6, 88 dan 100 9 al-Fathir 10

5 al-A’raf 58

Perkataan toyyiban bermakna baik iaitu makanan itu mestilah baik untuk

dimakan dan diperolehi daripada sumber yang asli. Makanan tersebut

juga mestilah suci, bersih dan menyihatkan badan serta membolehkan

seseorang muslim itu melaksanakan ibadah kepada Allah.

Muhammad Quraish Shihab menyatakan bahawa pakar-pakar tafsir ketika

menjelaskan lafaz toyyib dalam konteks perintah makan ia bererti

makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak atau dicampuri

najis (Zulkifli et.al:2009).

Zulkifli et.al(2009) menjelaskan bahawa perkataan toyyib memberi

makna:

1) Sihat

Makanan yang memiliki zat yang cukup dan seimbang baik untuk

kesihatan jasmani dan rohani seperti madu, kurma, susu dan sebagainya.

Page 13: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

13

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

2) Professional

Iaitu sesuai dengan keperluan pemakanan, tidak lebih dan tidak kurang.

Berdisiplin ketika makan dan minum serta bersikap sederhana dalam

pemakanan. Hadis Riwayat Ahmad bermaksud:

“ Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji

daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan

yang membetulkan tulang belakangnya. Sekiranya ia terpaksa

melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu

pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”.

3) Selamat

Bererti mengambil kira konsep takwa dengan menghindari segala yang

mengakibatkan seksa dan terganggunya rasa aman. Ia juga mengambil

kira kualiti makanan yang baik dan halal serta tidak memudaratkan

kesihatan dan membawa seseorang kepada dosa dan maksiat.

Firman Allah SWT:

إنأ كنأتمأ إياه كروا لل يا أيها الذين آمنوا كلوا منأ طيبات ما رزقأناكمأ واشأ

تعأبدون Maksudnya: “Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda

yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan

bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”.

(Surah al-Baqarah: 172)

Ibn. Kathir berkata, ayat ini merupakan perintah bagi orang mukmin

supaya makan daripada makanan yang halal dan baik daripada rezeki

yang dikurniakan oleh Allah SWT. Beliau juga menyatakan bahawa

makanan yang baik adalah makanan yang sesuai dengan selera di

samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.

1.1.1.5 Makanan Dan Minuman Berkhasiat Menurut Al-Qur’an & As-

Sunnah

Pembahagian makanan berkhasiat atau berkualiti menurut al-Quran dan

as-Sunnah terdiri daripada:

Page 14: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

14

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1) Buah-buahan.

Al-Quran menyebutkan sejumlah buah-buahan yang diakui ilmu

pengetahuan moden memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis

penyakit dan member manfaat kepada tubuh manusia dengan pelbagai

cara.

Contohnya pisang, mentimun, zaitun, labu, anggur, delima, kurma, lim au

tembikai dan buah tin. Al-Quran juga telah menyebut salah satu buah di

syurga adalah pisang. Allah berfirman dalam surah al-Waaqi’ah: 28-33

ضود ر مخأ دود * وطلأح منأضود * في سدأ كوب * وظل ممأ وفاكهة * وماء مسأ

نوعة * كثيرة ل مقأطوعة ول ممأMaksudnya: “Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri,

dan pohon-pohon pisang yang bersusun(buahnya), dan naungan yang

terbentang luas, air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak,

yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya”.

2) Gizi daripada Haiwan.

Manusia mendapat makanan dalam jumlah besar dari sumber haiwan.

Gizi haiwan yang disebut di dalam al-Quran adalah susu, madu, daging,

ikan dan unggas. Al-Quran menyebut tentang susu di beberapa tempat.

Antaranya dalam surah al-Nahl Allah SWT berfirman:

ا ث ودم لبناا خالصا ا في بطونه منأ بيأن فرأ قيكمأ مم نأعام لعبأرةا نسأ وإن لكمأ في الأ

اربين سائغاا للشMaksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-

benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum

daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih

antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang

meminumnya”. (Surah al-Nahl; 66)

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“ Bahawasanya Nabi SAW minum susu, kemudian ia meminta air, lalu

ia berkumur-kumur dan bersabda: Sesungguhnya susu itu

mengandungi lemak ”.

Page 15: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

15

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Ibn Qayyim al Jauziyyah dalam Kitab Tib al-Nabawi ada menjelaskan

bahawa susu dapat menghilangkan perasaan was-was dan penyakit

hati dan amat baik bagi orang yang kurus. Jika susu diminum dengan

madu dapat menyejukkan badan yang panas (Ibn. Qayyim:1999).

1.1.1.6 Kriteria Makanan Dan Minuman Halal Menurut Syarak

Kaedah syarak dalam menentukan makanan dan minuman yang

diharamkan dan dihalalkan adalah bertitik tolak daripada firman Allah

SWT antaranya :

1) Surah al-An’am: 145

ا ا على طاعم يطأعمه إل أنأ يكون ميأتةا أوأ دما ما قلأ ل أجد في ما أوحي إلي محر

طر غيأر به فمن اضأ قاا أهل لغيأر للا س أوأ فسأ م خنأزير فإنه رجأ ا أوأ لحأ فوحا مسأ

ربك غفور رحيم باغ ول عاد فإن Maksudnya: Katakan (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam

apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi

orang yang hendak memakannya melainkan kalau ianya bangkai atau

darah yang mengalir atau babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor,

atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang

disembelih atas nama yang lain dari Allah ”. Kemudian sesiapa yang

terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak

mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya

Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2) Surah al-A’raf: 157

م عليأهم الأخبائث ويحل لهم الطيبات ويحرMaksudnya: “Dan menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik,

dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

3) Surah al-Maidah : 4

ألونك ماذا أحل لهمأ قلأ أح ل لكم الطيبات يسأ

Page 16: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

16

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):

“Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah :

“Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik…”

Berdasarkan firman –firman Allah SWT di atas, hukum berkenaan

makanan adalah seperti berikut (Dr. Mustofa al-Khin et. al,2005):

KATEGORI CONTOH

1)HAIWAN DARAT (Semua haiwan darat halal dimakan kecuali: Haiwan yang tidak disembelih

mengikut hukum syarak

Babi dan keturunannya Anjing dan keturunannya

Haiwan bertaring yang digunakan untuk membunuh

Harimau, beruang, kucing, kera dan sebagainya.

Burung yang mempunyai kuku pencakar atau menyambar

Helang,

Haiwan yang dibenarkan oleh syarak untuk dibunuh

Tikus, kala, ular, gagak, lipan

Haiwan yang dilarang dibunuh oleh syarak

Semut, lebah, burung belatuk

Haiwan yang dipandang jijik dan keji

Kutu, lalat, ulat (kecuali ulat buah yang termakan dengan buahnya serentak)

Haiwan yang hidup di darat dan air Katak, buaya, penyu

2)HAIWAN AIR

Haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di air sahaja.

Ikan, sotong, udang, ketam, cengkerang, siput sedut dan seumpamanya.

Tidak beracun, memabukkan dan memudaratkan.

Ikan buntal.

3)TUMBUHAN (Semua jenis tumbuhan halal kecuali:

Memabukkan Beracun Memudaratkan

Ganja, buah hutan dan lain-lain.

4)MINUMAN (Semua jenis air adalah halal kecuali:

Beracun Peluntur, racun dan sebagainya.

Memabukkan Arak, air daun ketum dan tuak. Memudaratkan tubuh Bercampur dengan najis Cuka yang termasuk bangkai di

dalamnya dan seumpamanya.

Page 17: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

17

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Yang pada pandangannya menjijikkan

Hingus, air mani, kahak dan seumpamnya.

Najis Air kencing, darah kecuali hati, muntah dan lain-lain.

Susu haiwan yang haram dimakan dagingnya

Jadual: Jenis Makanan Halal Dan Haram Menurut Islam

1.1.1.7 Penyediaan Makanan Berkualiti Menurut Syarak

Penyediaan makanan berkualiti adalah merangkumi:

1) Cara pemprosesan makanan dan masakan.

Semua makanan yang diproses adalah halal sekiranya bahan yang

digunakan halal dan suci daripada najis seperti:

a) Bebas daripada bahagian-bahagian haiwan yang dilarang oleh

syarak dari memakannya.

b) Tidak disembelih mengikut hukum syarak

c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa

alat yang tidak bebas daripada najis seperti alat dan tempat

pemotong, kualiti, sudu, periut dan lain-lain.

d) Hendaklah dalam masa menyedia dan memproses diawasi oleh

orang Islam.

e) Makanan dan masakan yang disediakan dari bahan-bahan berkualiti

dan kekal dalam keadaan baik.

2) Kebersihan makanan

Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran, kuman,

benda yang haram. Kebersihan dalam menyediakan makanan

merangkumi aspek:

a) Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan bersih

daripada gejala yang boleh membawa kemudaratan seperti habuk,

tikus, cicak, kutu dan binatang yang membawa penyakit.

b) Pekerja di premis makanan dilarang:

i) Merokok semasa menyediakan makanan

ii) Bersin dan batuk berdekatan makanan.

Page 18: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

18

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

iii) Menyediakan makanan jika mempunyai luka yang tidak

berbalut.

iv) Membawa makan yang haram ke premis.

c) Tandas dan bilik air sentiasa dibersihkan

d) Peralatan kerap dicuci menggunakan air bersih.

3) Penyimpanan dan penghidangan.

Semua makanan yang disimpan, dipamer dan dihidangkan hendaklah

dipisahkan dan diberi tanda dalam setiap keadaan antara halal dan tidak

halal untuk menghindarkan percampuran dan terkena najis antara bahan

halal dan tidak halal

1.1.1.8 Kesan Makanan Halal Terhadap Pembentukan Jiwa Dan Akhlak

Menjana hati dan perbuatan manusia ke arah kebaikan.

•Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya di dalam badan anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bukti bahawa agama Islam, agama yang bersesuaian dengan tabiat manusia yang sukakan kesucian dan kebersihan

•Daripada Abi Malik al-Asy'ari r.a. Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci (membersihkan diri itu setengah daripada iman..)"

•Daripada Ibn Mas'ud r.a Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu indah dan suka keindahan'.

Page 19: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

19

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.2 MENJELASKAN CARA SEMBELIHAN MENGIKUT SYARAK

1.1.2.1 Definisi & Hukum Sembelihan

Definisi: Sembelihan dalam bahasa arab disebut sebagai zabihah iaitu

sembelihan terhadap binatang yang halal dimakan mengikut hukum

syarak dan syarat-syarat tertentu.

Hukum : Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya. Binatang yang

mati tanpa sembelihan atau sembelihan yang tidak mengikut syarak

adalah haram dimakan dan ia dikira sebagai bangkai dan najis.

1.1.2.2 Hikmah Disyariatkan Sembelihan.

Sembelihan dan bangkai merupakan dua perkara berbeza dari sudut

hukum memakannya. Justeru sembelihan pembeza mutlak antara

keduanya.

Menyucikan binatang sembelihan daripada najis darah bagi menjamin

kesihatan orang yang memakannya. Binatang yang mati kerana tercekik

atau dilanggar akan mengakibatkan berlakunya pembekuan darah dalam

tubuh haiwan tersebut yang boleh menyebabkan orang yang memakan

bangkai tersebut mendapat penyakit.

Page 20: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

20

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.2.3 Kaedah Sembelihan

Jadual: Kaedah Sembelihan Dalam Islam

1.1.2.4 Syarat Sah Sembelihan.

al- Zabhu

• Memotong al-halqu (leher sebelah atas) haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.

Al-Nahru:

• Memotong labbah (leher sebelah bawah) haiwan. Cara ini disunatkan untuk menyembelih unta.

Al-‘Aqru:

• Sembelihan yang dilakukan kerana darurat.

•Caranya ialah dengan mencederakan mana-mana bahagian tubuh haiwan yang boleh membawa kepada kematian.

• Kaedah ini sesuai bagi haiwan yang tidak boleh ditangkap atau dikuasai oleh manusia seperti binatang liar. Contohnya rusa, pelanduk, arnab dan lain-lain.

SYARAT SAH SEMBELIHAN

SYARAT PENYEMBELIH BINATANG SEMBELIHAN ALAT SEMBELIHAN

Islam @ ahli kitab.

Niat kerana Allah @

dengan nama Allah

Haiwan dapat dikuasai

@ ditangkap dan

masih mempunyai

hayat mustaqirrah.

Putus halkum dan urat

merih.

Memotong dengan

cepat dan sekali gus.

Tajam dan diperbuat

daripada besi,

tembaga, timah, kaca,

batu dan

seumpamanya.

Tidak menggunakan

gigi @ kuku.

Berhubung sembelihan kaedah al-‘Aqru, baginda menjelaskan dalam satu peristiwa ketika seorang lelaki memanah binatang liar lalu mati. Lalu baginda bersabda: “ Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Page 21: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

21

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.2.5 Sunat Sembelihan.

Memotong urat al-Wajdaini iaitu urat yang mengelilingi halkum.

Menajamkan alat sembelihan

Mengadap kiblat Haiwan sembelihan dibaringkan sebelah rusuk kiri, dan dibebaskan kakinya kanannya selepas sembelihan kecuali unta

PERHATIAN:

Bukti haiwan itu mempunyai hayat mustaqirrah ialah ia meronta dengan kuat dan darahnya menyembur ketikadipotong urat halkum dan marihnya. Sekiranya haiwan tersebut tidak meronta selepas sembelihan kerana dilakukan sembelihan dengan perlahan di tambah pula pemotongan halkum dan urat merih dilambatkan, ia menunjukkan haiwan tersebut tidak mempunyai hayat mustaqirrah. Dengan ini, ia tidak halal dimakan kerana ia bukan mati kerana sembelihan. Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila haiwan tersebut mati disebabkan hentakan benda berat seperti batu tidak tajam.

Gambar: Urat Sembelihan

Page 22: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

22

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.1.2.6 Anak Dalam Kandungan

Sekiranya haiwan yang disembelih itu mempunyai anak dalam kandungan, halal

dimakan daging anak tersebut dengan syarat anak itu mati disebabkan oleh

ibunya. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang

diriwayatkan oloeh Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya:

“ Kami bertanyakan Rasullulah SAW tentang janin, jawab Baginda SAW :

Makanlah ia jika kamu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan

ibunya”.

1.1.2.7 Anggota Haiwan Terpotong

Hukum anggota haiwan yang terpotong daripada haiwan hidup adalah najis

kerana ia dianggap bangkai. Hukum memakannya adalah haram kecuali ikan.

Rasulullah SAW ditanya tentang potongan lemak bonggol unta dan potongan

lemak kambing, jawab Baginda:

“ Bahagian yang dipotong daripada binatang hidup adalah sama seperti

bangkai.” (Riwayat al-Mustadrak)

1.1.3 ADAB DALAM PERKHIDMATAN PELANGGAN

1.1.4.1 Definisi Adab

Ia berasal daripada istilah bahasa Arab yang bererti adat kebiasaan. Kata ini

menunjukkan kepada suatu kebiasaan, etiket atau pola tingkah laku yang

dianggap sebagai model atau ikutan.

Selama dua abad pertama setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa

implikasi makna etika dan sosial. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata

Aktiviti kendiri: Bincangkan keunggulan cara sembelihan Islam berbanding sembelihan bukan Islam atau barat.

Page 23: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

23

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Latin urbanitas, kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat

kota.

Dengan demikian perkataan adab dapat diertikan sebagai sikap dan perilaku

baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-ajarannya.

1.1.4.2 Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu

Seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kiamat akan

memuliakan tetamunya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW

dalam hadisnya yang bermaksud:

"Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata

dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa

beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan

barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan

tetamu". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa memuliakan tetamu adalah perkara yang

terakhir dihuraikan selepas dua perkara pertama iaitu berkata yang baik atau

diam dan memuliakan jiran. Ketiga-tiga perkara tersebut saling berkait dalam

membentuk kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

i) Adab Meraikan Tetamu

Definisi tetamu: Tetamu ialah sesiapa saja yang datang dan menempati

rumah saudaranya (yang didatangi), sama ada mereka itu terdiri dari

keluarga atau orang asing, mereka datang dari luar atau berada di dalam

satu kampung (balad). Mereka yang mendapat layanan itu disebut juga

sebagai pengunjung, pelancong, pelawat, penziarah, pelanggan atau

dif.(Abd Aziz Harjin:2012)

Berikut adalah antara adab meraikan tetamu yang diajar oleh Islam:

Jadual: Adab Meraikan tetamu

Memberi salam kepada tetamu

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Umamah berkata, Rasulullah SAW ditanya, Wahai Rasulullah; apabila dua orang bertemu siapakah di

Page 24: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

24

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

antara mereka yang mendahului salam?. Baginda bersabda: Orang yang lebih dekat terhadap (rahmat) Allah itulah orang memulai salam. (Hadith Riwayatkan al-Tirmidzi & Ista’dhan)

Berjabat tangan.

Rasulullah SAW bersabda: Dua orang Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan, maka Allah mengampuni keduanya sebelum mereka berpisah) (Hadis Riwayat Ahmad Ibn Hambal

Anjuran berjabat tangan dalam hadis di atas adalah merujuk kepada kaum sejenis sahaja. Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulluh SAW dalam hadisnya yang bermaksud : Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan orang-orang perempuan.(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’i & Ibn Majah)

Bangun untuk mendapat tetamu.

Maksud bangun ialah pergi ke arah tetamu untuk menjemput kehadiran mereka. Jika seseorang itu berdiri sebagai menghormati kedatangan tetamu seperti meraikan orang kenamaan, maka hal ini adalah dilarang oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW pernah menegah para sahabat bangun bagi menghormati kedatangannya. Ini kerana tindakan tersebut adalah budaya orang ‘ajam (bukan arab) yang bangun untuk menghormati antara satu sama lain sedangkan Islam tidak mengajar penganutnya supaya membesar-besarkan antara satu sama lain.

Sabda baginda SAW dari Abu Umamah (RA) katanya: "Rasulullah SAW telah keluar untuk menemui kami dengan bertongkat, lalu kami bangun untuk menyambutnya. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bangun sebagaimana orang-orang ‘ajam membesar-besarkan antara satu sama lain".(Hadith Riwayat Ibn Jarir).

Terdapat dalam masyarakat kini yang masih menghormati tetamunya dengan membongkokkan badan mereka. Keadaan ini juga ditegah dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Anas (RA) katanya: "Ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh…” (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)

Page 25: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

25

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Larangan Mencium atau Memeluk.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Anas (RA) katanya: "Ada seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium tubuhnya?" Beliau SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu berkata lagi: "Apakah boleh ia mengambil tangan saudara atau sahabatnya itu lalu berjabat tangan dengannya?" Beliau SAW menjawab: "Ya, boleh." (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)

Namun begitu, adalah diharuskan memeluk tetamu sekiranya tetamu yang datang itu adalah saudara terdekat, sudah lama tidak bertemu atau baru pulang dari musafir. Perkara ini diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA katanya: “Zaid bin Harithah datang di Madinah dan beliau SAW sedang ada dalam rumahku. Zaid mendatanginya lalu mengetuk pintu, kemudian Nabi SAW berdiri untuk menyambutnya (kerana Zaid baru datang dari berpergian) lalu beliau SAW menarik bajunya terus merangkul serta menciumnya.” (Hadith Riwayat al-Tirmidzi).

Melayan tetamu dengan wajah yang ceria , mengucapkan kata-kata yang baik serta mempersilakan tempat duduk.

Menyampaikan maklumat yang benar

Segala jawapan yang diberikan oleh tuan rumah hendaklah sentiasa menepati keadaan yang sebenarnya. Islam melarang menyatakan sesuatu itu secara rambang, sebaliknya hendaklah memberi maklumat itu berdasarkan jawapan betul dan tepat. Firman Allah SWT:

ع والأبصر والأفؤاد كل أولئك كان عنأه مأ ول تقأف ما ليأس لك به علأم إن الس

ئولا مسأ

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Isra’ : 36).

Sentiasa memelihara aurat dan menjaga kebersihan diri.

Tuan rumah sewajarnya memakai pakaian yang tidak mendedahkan aurat mereka menurut syarak.

Selain itu, memakai pakaian yang bersih dan sederhana yang tidak melambangkan ciri-ciri kesombongan atau riya’ seperti memakai hiasan yang berlebihan.

Menuturkan kata-kata dan menunjukkan tingkahlaku sopan.

Menjadi tanggungjawab tuan rumah memahami keadaan tetamu seperti menguasai bahasa tetamu, menuturkan kata-kata dengan jelas, tidak berbisik-bisik, bercakap sesuatu yang baik, tidak meninggi diri,

Page 26: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

26

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

bersabar menghadapi kerenah tetamu, tidak ketawa berlebihan dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ramah-tamah (lemah-lembut) di dalam segala urusan akan menjadikan urusan itu indah. Tanpa sikap lemah lembut pastilah semua urusan akan menjadi buruk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi yang maksudnya:

“Janganlah kamu meremehkan perbuatan makruf sedikit pun, walau pun sekadar menunjukkan wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudaramu”. (Hadis Riwayat Muslim)

Tidak memaksa tetamu menghabiskan makanan

Rasulullah SAW tidak pernah mendesak tetamunya menghabiskan makanan, sebaliknya baginda menyediakan makan yang sederhana untuk tetamunya. Sekiranya tetamu masih memerlukan makanan tambahan, baginda akan melayan dengan sopan. Hal ini disebut dalam hadis baginda yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Aisyah (RA) isteri Nabi SAW katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menyediakan makanan berkualiti kepada tetamu

Makanan yang dihidangkan biarlah berkualiti dan menyenangkan semua pihak untuk menjamahnya, dengan ini terlaksanalah hospitaliti Islam dalam Islam

Mengiringi ketika pulang

Adalah menjadi budaya bagi Rasulullah SAW dengan mengiringi tetamu dan membuka pintu untuk tetamu ketika mereka hendak pulang. Pertemuan diakhiri dengan berjabat tangan dan mengucapkan salam. Jika tetamu itu ingin berjalan jauh, tuan rumah dibenarkan memeluknya dan mengucup pada dahinya sebagai hadiah yang terakhir untuk mereka berjalan pulang. Begitulah jika tetamu itu terdiri daripada ibu bapa atau anak sendiri, sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka digalakkan memeluk.

Page 27: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

27

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

ii) Adab Sebagai Tetamu

Adab sebagai

tetamu

Memberi salam terlebih

dahulu sebelum masuk rumah

penginapan

Menghormati tuan rumah

dalam semua perkara

Berkunjung pada waktu

yang sesuai

Tidak melakukan perkara

yang menyinggung

perasan tuan rumah

Mengunjungi rumh kawan

dengan niat yang baik dan

ikhlas

Bersalaman dan berjabat tangan

dengan tuan rumah

Page 28: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

28

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.2 MEMBINCANGKAN PELANCONGAN ISLAM

1.2.1 Pelancongan Sebagai Ibadah

1.2.1.1 Definisi Pelancongan

Islam mengungkapkan pengertian melancong dengan pelbagai istilah.

Antaranya (Dr. Hasan Bahrom et. al: 2010):

1) Musafir

Berasal daripada perkataan Arab ‘safara’ yang bermaksud pergi,

berjalan dan mengembara.

Kamus Dewan: Orang yang masih dalam perjalanan, orang yang

berpergian dan mengembara.

Firman Allah SWT Maksudnya:

“ Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau sedang bermusafir,

atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau

kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk

berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan

tanah debu yang bersih ” (Surah al-Maidah: 6)

2) Ziarah

Berasal dari kata Arab ‘Zara” yang bermaksud menziarahi, melawat

dan bertandang.

Ia juga bermaksud lawatan, kunjungan sama ada ke rumah kawan

atau ke sesuatu tempat.

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini?

1.2.1 menghuraikan pelancongan sebagai ibadah 1.2.2 menghuraikan etika pelancong Islam 1.2.3 menghuraikan gambaran alam sekitar di dalam al-Quran & al-Sunnah 1.2.4 Membincangkan tanggungjawab pelancong terhadap alam sekitar.

Page 29: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

29

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3) Rehlah

Berasal dari kata arab ‘rahala’ yang bermaksud berjalan daripada

tempat. Rehlah pula adalah berjalan dan berlalu (walk and go)

(Mu’jam al-Wasit, 1972).

Iaitu manusia keluar dari tempat tinggal atau kampung halaman

menuju ke tempat lain dengan tujuan tertentu.

Firman Allah SWT:

يأف تاء والص لة الش إيلفهمأ رحأMaksudnya: “(iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka

(menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (kenegeri Yaman), dan

pada masa musim pansa (ke negeri Sham)”. (Surah al Quraish: 2)

4) Siyahah

Berasal dari kata Arab ‘saha’ iaitu mengembara di bumi.

Siyahah pula diertikan sebagai pengembaraan dan pelancongan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah: 112

التائبون الأعابدون الأحامدون السائحون Maksudnya: “ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat,

beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dab

mengembangkan Islam)....”

5) Umrah dan Haji

Umrah berasal dari kata Arab yang bermaksud Ibadat yang

mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, said an tahalul)

tanpa wukuf dan wajib haji.

Haji pula adalah pergi ke Mekah untuk menunaikan beberapa ibadah

dengan syarat-syarat tertentu.

1.2.1.2 Tujuan Pelancongan Dalam Islam.

Islam mengharuskan penganutnya melancong bukanlah hanya untuk

berhibur semata-mata. Sebaliknya mengembara dalam Islam ianya

Page 30: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

30

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaimana yang telah dinyatakan

oleh al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya ialah:

1) Menambah iman dan beribadah kepada Allah SWT.

Keimanan dalam aspek pelancongan dapat ditingkatkan melalui

pemerhatian alam serta keajaiban penciptaanya. Contohnya firman

Allah dalam surah al-A’raaf ayat : 57:

مته ا بيأن يديأ رحأ را ياح بشأ سل الر حتى إذا أقلتأ سحاباا ثقالا وهو الذي يرأ

رج نا به منأ كل الثمرات كذلك نخأ رجأ سقأناه لبلد ميت فأنأزلأنا به الأماء فأخأ

تى لعلكمأ تذكرون الأموأ Maksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai

pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya

(iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami

halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami

turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air

hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami

mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati,

supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Mengabdikan diri kepada Allah SWT seperti menunaikan haji, ziarah,

berjihad, berdakwah, menziarahi makam para nabi dan rasul dan

sebagainya adalah di antara dorongan umat Islam melancong.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj: 27:

نأ في الناس بالأحج يأأتوك رجالا وعلى كل ضامر ي أأتين منأ كل فج عميق وأذMaksudnya: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat

Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan

kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang

datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

2) Mengambil pengajaran daripada kesan bencana umat terdahulu.

Allah SWT mendorong manusia melakukan pengembaraan di muka

bumi adalah untuk mengambil iktibar daripada kesan-kesan

peninggalan umat terdahulu yang ingkar.

Page 31: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

31

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Firman Allah SWT :

معون بها ض فتكون لهمأ قلوب يعأقلون بها أوأ آذان يسأ رأ أفلمأ يسيروا في الأ

دور بأصار ولكنأ تعأمى الأقلوب التي في الص فإنها ل تعأمى الأMaksudnya: “ Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi

supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi

orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau

ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah

mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala

yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

(Surah al-Hajj: 46)

Firman Allah lagi dalam surah al-An’am: 1

ض وجعل الظلمات والنور ثم الذين رأ ماوات والأ الذي خلق الس د لل الأحمأ

دلون كفروا بربهمأ يعأMaksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan

bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir

menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka”.

3) Mengingati perjuangan para nabi dan pengikutnya

Dengan menziarahi kota-kota yang pernah didiami oleh para nabi

dan pengikutnya akan mengingatkan umat Islam tentang perjuangan

dan pengorbanan mereka dalam menegakkan syiar Allah SWT.

Contohnya Kota Mekah dan Madinah akan mengingatkan kita

tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya,

Semenanjung Sinai tentang perjuangan Nabi Musa dan Harun

berhadapan dengan kaum yang ingkar manakal Mesir tentang

perjuangan nabi Isa menghadapi Firaun.

Page 32: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

32

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

4) Mencari ilmu atau pendidikan.

Al-Quran menggesa umat manusia agar mengembara untuk mencari

ilmu samada ilmu Fardu Ain ataupun ilmu Fardu Kifayah. Allah

berfirman

خرة إن قلأ سيروا ف أة الأ ينأشئ النشأ ض فانأظروا كيأف بدأ الأخلأق ثم للا رأ ي الأ

ء قدير على كل شيأ للاMaksudnya: Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta

lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari

asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada

hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah

Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ankabut: 20)

Dalil ini di atas menggalakkan agar manusia mengembara bagi

meluaskan pengetahuan dan meningkatkan keimanan. Ia

dikukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengikuti satu perjalanan dengan tujuan mendapatkan

ilmu pengetahuan, Allah akan permudahkan baginya jalan ke Syurga”

(Riwayat Muslim)

5) Mengeratkan silatiurrahim.

Islam amat menggalakkan umatnya saling kunjung-mengunjungi

untuk mengeratkan silaturrahim.

Firman Allah dalam Surah al-Hujurat: 13:

اكمأ شعوباا وقبائل لتعارفوا إن يا أيها الناس إنا خلقأناكمأ منأ ذكر وأنأثى وجعلأن

عليم خبير أتأقاكمأ إن للا رمكمأ عنأد للا أكأMaksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan

kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu

berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan

beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-

mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,

(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Page 33: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

33

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan

amalan kamu).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah, umurnya

dipanjangkan, hendaklah ia menghubungi rahimnya (menziarahi

saudara maranya)” (Riwayat Bukhari)

1.2.1.3 Kategori Pelancongan Menurut Islam

Menurut Dr. Hasan Bahrom et. al: (2010) di dalam kajiannya yang

bertajuk Pelancongan Dari Perspektif Islam: Analisi Pendekatan Fiqh

mengkategorikan pelancongan seperti jadual berikut:

1) Wajib

Ialah pelancongan yang bertujuan memenuhi tuntutan agama dan ibadah.

Contohnya menunaikan Haji dan Umrah pertama serta berjihad.

2) Sunat

Iaitu yang melibatkan aktiviti yang amat digalakkan menurut syarak atau

ke tempat yang sunat dilawati.

Contohnya melancong kerana menziarahi saudara, berdakwah, menuntut

ilmu, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah, menzirahi

masjid atau tempat bersejarah dan sebgainya.

3) Harus

Iaitu aktiviti yang berkaitan dengan melancong dan berdagang.

Contohnya melancong kerana urusan perniagaan, urusan kerajaan,

bersukan dan rekreasi secara individu atau mewakili negara, percutian

PELANCONGAN

HARAM WAJIB SUNAT HARUS MAKRUH

Page 34: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

34

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

bersama keluarga, melihat keindahan alam semulajadi , mencari

ketenangan dan sebagainya.

4) Makruh

Iaitu aktiviti pelancongan yang dilakukan tanpa tujuan, melancong secara

bersendirian, melancong ketika tidak berkemampuan sama ada dari sudut

fizikal atau kewangan, tidak menunaikan tanggungjawab kepada yang

berhak, mengabaikan tugasan yang diamanahkan atau pelancongan yang

mengakibatkan beban kepada diri atau pihak lain.

5) Haram

Iaitu melancong atas tujuan untuk melakukan maksiat dan kemungkaran

seperti mengunjungi pusat pelacuran, kelab, berjudi dan sebagainya.

Ia juga melibatkan pelancongan yang menggunakan sumber yang haram

seperti hasil judi, rasuah, curi dan lain-lain.

1.2.1.4 Rukhsah Seorang Musafir.

Sesuai dengan galakan melancong, Islam telah menganugerahkan

beberapa rukhsah kepada para musafir agar mereka tidak lalai terhadap

tanggungjawab sebagai hamba. Rukhsah dari sudut bahasa bermaksud

kemudahan dan keringanan. Menurut istilah, rukhsah ialah hukum yang

berlawanan dengan hukum asal yang disebabkan oleh keuzuran tertentu.

Contoh rukhsah bagi golongan musafir ialah menunaikan solat qasar dan

jamak serta keharusan berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Allah SWT

berfirman :

ين منأ حرج وما جعل عليأكمأ في الدMaksudnya : Dan Allah tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu

kepayahan dalam urusan agama. (Surah al-Hajj: 78)

Perkara ini turut dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh

Imam Muslim:

Page 35: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

35

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Daripada Ya’ala bin Umaiyah dan berkata : “ Aku berkata kepada Umar al-

Khatab r.a. : Allah berfirman: Maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan

dari sembahyang kamu jika kamu takut berlaku fitnah (diserang) oleh

orang kafir (al-Nisa’:101), sedang manusia telah berada dalam aman?

Jawab Saidina Umar:aku juga merasa hairan sebagaimana yang telah

engkau rasai, lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan

dengannya. Rasulullah SAW menjawab: Ia merupakan satu sedekah yang

dikurniakan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekah itu”

Sehubungan itu, hukum melaksanakan rukhsah adalah harus manakala

hukum menolaknya adalah berdosa. Hal ini telah diperingatkan oleh

Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menerima rukhsah Allah, maka ditimpakan ke atasnya

dosa sebesar Bukit Arafah” (Riwayat Ahmad)

i) Solat Qasar

Solat Qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR LAFAZ NIAT SOLAT QASAR

Musafirnya tidak bertujuan maksiat. Perjalanan melebihi 2 marhalah. Diniatkan qasar solat ketika

takbiratul ihram. Tidak boleh mengikut imam yang

sedang solat sempurna (Tamam). Mengetahui solat qasar itu menjadi

harus baginya. Mengetahui tempat yang hendak

dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat. yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'.

Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya.

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

Gambar: Solat wajib dilakukan

walau dalam musafir.

ii) Solat Jamak

Page 36: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

36

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

PENGERTIAN SOLAT JAMAK **************

Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; contohnya mengumpulkan solat Zuhur kepada Asar atau Maghrib kepada Isyak dengan syarat tertentu.

PEMBAHAGIAN SOLAT JAMAK

SOLAT JAMAK TAKDIM

PENGERTIAN: Iaitu menghimpun dua solat fardu dan menunaikannya dalam waktu solat yang pertama.

SOLAT JAMAK TAKHIR PENGERTIAN: Iaitu menghimpun dua solat fardu dan menunaikannya dalam waktu solat yang kedua.

SYARAT: 1) Dimulai solat pada waktunya

yang terdahulu. Asar dilaksanakan pada waktu

Zuhur atau Isyak dilakukan pada waktu Maghrib.

2) Niat Jamak pada solat yang

pertama pada permulaan takbiratulihram atau di tengah selagi mana ia belum memberi salam.

3) Berturut-turut antara solat pertama dan kedua.

Tidak diselangi antara keduanya oleh sesuatu perbuatan lain.

Sekiranya ia diselangi dengan perbuatan lain yang jaraknya selama dua rakaat, maka solat kedua hendaklah dilakukan pada waktunya nanti.

Tidak batal solat jika diselangi dengan iqamah atau berwuduk.

4) Berkekalan musafirnya hingga takbir solat kedua.

SYARAT: 1) Berniat untuk mentakhirkan

solat pertama pada waktu solat kedua ketika masuk waktu solat pertama.

2) Berkekalan musafirnya

sehingga selesai kedua-dua solat.

Tidak disyaratkan tertib. (Iaitu antara solat yang perlu didahulukan dan solat yang dikemudiankan). Namun mendahulukan solat Asar atau Isyak lebih digalakkan.

LAFAZ NIAT SOLAT: i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala. Setelah memberi salam kemudian

LAFAZ NIAT SOLAT: i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Page 37: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

37

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala Setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Rajah: Persoalan Aplikasi Solat Jamak & Qasar

ANGGARAN DUA

MARHALAH

PERKIRAAN SEBAGAI

MUSAFIR

81 km(1) / 89 km(2)

1) Mustafa al-khin, Mustafa al-Bugha, Ali a-Syarbanji, al-Fiqh al Manhaj

2) Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu

Apabila melepasi sempadan kawasan bermukim orang yang bermusafir.

HAD MAKSIMUM

DIHARUSKAN JAMAK

& QASAR

3 hari = jika pasti tempoh menetap adalah 3 hari (tidak termasuk perjalanan pergi & balik)

18 hari – jika tidak pasti tempoh menetap kerana urusan yang tidak pasti selesainya.

Page 38: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

38

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3) Keharusan Berbuka Puasa Pada Bulan Ramadan

Orang yang bermusafir dibolehkan berbuka puasa sesuai dengan keringanan

yang diperuntukkan oleh syarak dalam surah al-Baqarah ayat 185.

Maksudnya: maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,

(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang

dibuka) itu pada hari-hari yang lain.

Berdasarkan ayat di atas,orang yang bermusafir lebih dari 2 marhalah atau

bersamaan 81km/89km adalah dibenarkan untuk berbuka puasa dan

seterusnya menggantikan puasa yang ditinggalkan di luar bulan Ramadan.

1.2.2 ETIKA PELANCONGAN

Sebagaimana yang kita ketahui, Islam menggalakkan penganutnya bebas

mengembara atau melancong demi mencari ilmu, pengalaman, berjihad

atau menghayati keagungan Allah. Namun adakah pelancongan atau

pengembaraan tersebut menepati dengan apa yang dianjurkan oleh Islam

atau ia sekadar menjadi suatu aktiviti bersantai tanpa mendapat

keredhaan Allah SWT? Ini selaras dengan firman Allah SWT:

نأس إل ليعأبدون وما خلقأت الأجن والأ Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia

melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu. (Surah al-Dzaariyat: 56)

dan firman Allah SWT lagi:

ا وعلى جن ا وقعودا قياما كرون للا ماوات الذين يذأ وبهمأ ويتفكرون في خلأق الس

ض ربنا ما خلقأت هذا باطلا سبأحانك فقنا عذاب النار رأ والأMaksudnya: “ (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa

mereka berdiri dan duduk dan masa mereka berbaring mengiring, dan

mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumu (sambil

berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda -benda

ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab

neraka” (Surah Ali- Imran: 191)

Page 39: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

39

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Sehubungan itu, etika pelancongan yang diatur oleh Islam wajar dipatuhi

bagi memastikan aktiviti pelancongan tersebut mendapat kerahmatan

Allah SWT.

1) Etika Dengan Allah

i) Tujuan yang baik.

Segala amalan yang dilakukan oleh manusia dinilai berdasarkan

niatnya. Rasullullah SAW bersabdaa yang bermaksud: “ Sesungguhnya

setiap amalan itu berdasarkan niat ”

Justeru, setiap aktiviti pelancongan yang dilakukan mestilah

berpaksikan kepada Allah SWT dan tujuan pelncongan pula bukanlah

sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak.

Contohnya melancong kerana untuk mencuri, sekadar bersuka-suka,

membazir wang dan sebagainya.

ii) Bersyukur atas nikmatNya.

Kewujudan alam membolehkan manusia menggunakannya untuk

tujuan ibadah, beristirehat, belajar, melancong dan sebagainya.

Akal kurniaan Allah SWT sewajarnya digunakan untuk mentafsir

kejadian alam dan menginsafi diri manakala nikmat anggota badan

pula untuk memanfaatkan sumber yang ada dengan cara yang terbaik

sebagai tanda syukur keatas segala nikmat yang diberikan oleh

pencipta kepada hambanya.

iii) Menjaga Ibadah

ETIKA DENGAN

ALAM

ETIKA DENGAN MANUSIA

ETIKA DENGAN

ALLAH SWT

Rajah: Etika Seorang Pelancong Islam

Page 40: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

40

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Hubungan dengan Allah wajib dipelihara khususnya yang berkaitan

dengan ibadah khusus.

Selain itu juga ibadah-ibadah sunat dan umum juga sebaiknya

ditunaikan agar aktiviti bermusafir tidaklah sia-sia.

2) Etika Dengan Manusia

i) Penampilan.

Rasulullah SAW sewajarnya menjadi contoh dan ikutan dalam

membentuk akhlak dan keterampilan apabila bergaul sesama manusia.

Hukum dan peraturan berhubung aurat dan batasan pergaulan

sewajarnya menjadi pertimbangan utama dalam berhubungan sesama

manusia.

ii) Etika sebagai pelancong.

Pakaian bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan dan menutup

aurat.

Menjaga dan menggunakan bahasa pertuturan yang baik bersesuaian

dengan masyarakat tempat yang dilawati.

Mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan melakukan aktiviti yang

berfaedah menurut Islam.

Menepati masa setiap aktiviti yang disusun oleh pihak hotel atau

penganjur atau rakan.

iii) Masyarakat

Menghormati budaya, adat resam dan kepercayaan masyarakat

setempat yang dilawati.

Memelihara dan menunaikan hak untuk diri dan orang lain.

iv) Etika Dengan Alam

Mematuhi garis panduan yang telah al-Quran tetapkan berkenaan alam

sekitar:

a. Tegahan daripada berlaku zalim kepada makhluk ciptaan Allah

SWT seperti membunuh haiwan dan menebang pokok tanpa alasan.

Page 41: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

41

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

b. Menjaga kebersihan dan keindahan alam.

c. Menjaga adab muslim dengan alam sekitar yang telah dianjurkan

oleh Islam seperti tidak qada’ hajat di tempat air bertakung, di atas

batu atau di lubang-lubang yang tersembunyi.

1.2.3 Gambaran Alam Sekitar Berdasarkan Al-Qur’an Dan Sunah

Penciptaan alam merupakan nikmat Allah SWT yang tidak ternilai kepada

makhluk khususnya manusia . al-Quran dan hadis rasulullah SAW banyak

menceritakan tentang manfaat, keistimewaan dan rahsia alam samada yang

tersurat atau tersirat di antaranya:

i) Alam sebagai tanda kewujudan dan kebesaran Allah mentadbir alam.

Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah : 164

ري تلف الليأل والنهار والأفلأك التي تجأ ض واخأ رأ ماوات والأ إن في خلأق الس

ر بما ينأف ض في الأبحأ رأ يا به الأ ماء منأ ماء فأحأ من الس ع الناس وما أنأزل للا

ر بيأن حاب الأمسخ ياح والس ريف الر تها وبث فيها منأ كل دابة وتصأ د موأ بعأ

قلون م يعأ ض ليات لقوأ رأ ماء والأ السMaksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada)

pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut

dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;

demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah

hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia

biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)

peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-

apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)

ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,

kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)

menggunakan akal fikiran.

Ayat di atas menjelaskan bahawa kejadian alam sebagai lambang

kebesaran dan keagungan Allah. Segala yang ada di langit dan di bumi

adalah bukti kewujudan dan kekuasaanya yang tiada tandingan.

Page 42: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

42

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

ii) Sebagai amanah kepada manusia supaya memelihara dan mengurus

alam mengikut syariat Allah.

Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian berbanding makhluk

lain. Kesempurnaan fizikal dan spiritual termasuklah akal membolehkan

manusia dilantik sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk

memakmurkan alam dengan bijaksana dan makruf. Rasulullah SAW

bersabda:

“ Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhanmu telah melantik kamu sebagai

pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan” .

(Riwayat Muslim)

Justeru, dalam menguruskan alam manusia dilarang daripada melakukan

sesuatu tindakan yang boleh merosakkan alam seterusnya mewujudkan

suasana yang tidak harmoni, damai dan tenteram di kalangan manusia lain.

Larangan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang

bermaksud:

مت للا فاا وطمعاا إن رحأ عوه خوأ لحها وادأ د إصأ ض بعأ رأ ول تفأسدوا في الأ

سنين قريب م ن الأمحأMaksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah

menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah

kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan

juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).

Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang

memperbaiki amalannya. (Surah al-A’raaf: 56)

iii) Sebagai sumber makanan dan minuman makhluk Allah

Adalah fitrah manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup.

Kedua-dua keperluan ini hanya boleh diperolehi daripada bumi yang

sumbernya daripada haiwan, tumbuhan, dan air. Oleh itu, manusia

perlulah prihatin dan bertanggungjawab memelihara habitat dan populasi

tumbuhan dan haiwan ini daripada pupus supaya tidak mengalami

kemudaratan hidup. Firman Allah yang bermaksud:

Page 43: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

43

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

تها د موأ ض بعأ رأ يا به الأ ماء ماءا فأحأ أنأزل من الس وللا

Maksudnya: dan Allah menurunkan air hujan dari langit dan dihidupkannya

dengan air itu bumi yang sudah mati…” (Surah al- Nahl: 65)

FirmanNya lagi dalam surah al-An’am ayat 141:

تلفاا ع مخأ رأ ل والز وهو الذي أنأشأ جنات معأروشات وغيأر معأروشات والنخأ

ان متشابهاا وغيأر متشابه كلوا منأ ثمره إذا أثأ م يأتون والر مر وآتوا أكله والز

رفين رفوا إنه ل يحب الأمسأ م حصاده ول تسأ حقه يوأMaksudnya: Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-

kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-

pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa

dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau

daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia

berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau

menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu

makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-

orang yang melampau.

iv) Tempat perlindungan

Allah menjadikan gunung – ganang sebagai tempat berlindung. Ia telah

dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Nahl ayat 15:

ا وسبلا لعلكمأ تهأتدون ض رواسي أنأ تميد بكمأ وأنأهارا رأ وألأقى في الأMaksudnya: Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya

supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-

sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat

yang kamu tujuan.

Aktiviti kendiri: Kedudukan alam sekitar di dalam al-Quran telah pun anda ketahui. Bagaimana pula dengan al-Sunnah? Bincangkan.

Page 44: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

44

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

1.2.4 Tanggungjawab Pebaglancong Terhadap Alam

Menjaga kebersihan

alam

Memakmurkan sumber alam

dengan berhemah &

beretika

Meneroka

alam secara

berakhlak

Membaikpulih alam

Minimakan kesan

sampingan

Aktiviti kendiri: Berdasarkan rajah di atas, huraikan fakta tersebut di dalam kumpulan anda berdasarkan persepktif Islam. Lakarkan idea anda dalam bentuk carta minda. Cadangan aktiviti: Gallery Walk.

Page 45: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

45

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

AKTIVITI PENGUKUHAN

1- Sebuah rumah penginapan yang berkonsep Islam hendaklah

memastikan:

I- Kedudukan tandas : ______________________________

II- Hiasan bilik : ______________________________

III- Bentuk makanan : ______________________________

IV- Pelanggan : ______________________________

2- Pengertian perkataan ‘toyyib’ menurut Zulkifli adalah :

i- _____________ ii- ________________ iii- ______________

3- Berikan contoh bagi setiap kategori pelancongan berikut:

i- Wajib : __________________________________________________

ii- Sunat : __________________________________________________

iii- Makruh: __________________________________________________

iv- Haram : __________________________________________________

4- Lengkapkan rajah berikut:

RUKHSAH MUSAFIR

X Y Z

Page 46: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

46

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

RUJUKAN

Asmak Ali & Fatimah Salleh (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam;

Pelancongan

Dari Perspektif Islam. Shah Alam: UITM

Asmak Ali, Zulekha Yusoff & Che Hashim mat Said (2010). Prosiding Hospitaliti &

Pelancongan Dalam

Islam; Alam Sekitar Aset Industri Pelancongan. Shah Alam: UITM

Hassan Bahrom, Mohammad Mahyuddin Khalid, Mohd Ashrof Zaki Yaakob (2010).

Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam; Pelancongan Dari Perspektif

Islam,Analisis Pendekatan Fiqh. Shah Alam: UITM

Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009). Indahnya Hidup bersyariat..

Telaga Biru SDN. BHD.

Minah Dibok, Noraini Ismail. 2010. Prosiding Hospitaliti & Pelancongan Dalam Islam;

Konsep

Nor Azlina Wahab, Husnul Rita Aris (2010). Prosiding Hospitaliti & Pelancongan

Dalam Islam;

Makanan Berkualiti Menurut al-Quran dan as-Sunnah. Shah Alam: UITM

http://hospitaliti.blogspot.com/2012/05/konsep-hospitaliti-islam.html Abd Aziz bin

Harjin (2005). Konsep Hospitaliti Islam.

http://www.ikim.gov.my, Tuntutan halalan Toyyiban dalam memperkasakan

ekonomi ummah. 2009

http://agussyafii.blogspot.com/2009/02/pengertian-adab.html#ixzz20NMfeCGA

Page 47: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

47

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Bab - 2 Konsep Hospitaliti Dalam Islam

Wan Mohad Zul b. Wan Yusuf (POLIMAS)

Page 48: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

48

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Pengenalan

Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah SWT bersifat

syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat. Antara ciri

kesyumulan ajaran ini ialah ia mampu menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul

dan dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang

ditetapkan oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama silam

dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah dengan menggunakan

pendekatan kaedah fiqh.

3.1 PENGERTIAN KAEDAH FIQH

BIL PERKARA HURAIAN

1 Fiqh Bahasa: Ensiklopedia Fiqh: Mengetahui sesuatu dan

memahaminya dan pintar tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu ini.

Muhammad Mustafa Shalabi: al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.

Istilah:

al-Zarkhasi: Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.()

al-Amidi: Ialah ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far‘i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.

Kesimpulannya yang dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum-hukum Syarak yang berbentuk amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-lain berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini?

2.1 Menerangkan pengertian kaedah fiqh

2.2 Membincangkan peranan kaedah fiqh dalam bidang hospitaliti & pelancongan

2.3 Membincangkan konsep asas kaedah fiqh yang bertepatan dengan bidang hospitaliti

& pelancongan.

Page 49: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

49

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

ada dari al-Quran atau al-Sunnah

2 Kaedah Fiqh Bahasa: Perkataan ‘kaedah’ merupakan jamak bagi perkataan

qawaid. Ia membawa beberapa maksud seperti asas, dasar atau pun asal .

Perkataan qawaid dari sudut bahasa mempunyai beberapa sandaran daripada al-Quran antaranya: Firman Allah Taala:

ماعيل ربنا تقبلأ منا فع إبأراهيم الأقواعد من الأبيأت وإسأ وإذأ يرأ

ميع الأعليم إنك أنأت السMaksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (Surah al- Baqarah: 127)

FirmanNya lagi :

بنأيانهمأ من الأقواعد قدأ مكر الذين منأ قبألهمأ فأتى للاMaksudnya: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya. (Surah al-Nahl: 26)

Istilah:

Pelbagai pengertian kaedah fiqh yang diberikan oleh ulama antaranya ; i) Al-Jurjani: Persoalan umum yang boleh

diaplikasikan ke atas kesemua cabang. ii) Dr Mahmud Ismail: Hukum Fiqh yang berbentuk

umum yang dapat diketahui hukum darinya bagi persoalan-persoalan cabang dari pelbagai bab.

iii) Ibn al-Subki: Iaitu sesuatu yang kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada juzuk-juzuk yang banyak, serta dapat difahami hukum darinya.

iv) Al-Hamawi: Iaitu hukum akthari dan bukan kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan kepada kebanyakan juzuk-juzuk, untuk mengetahui hukum daripadanya.

Jadual: Definisi Fiqh Dan Kaedah Fiqh

Page 50: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

50

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM BIDANG HOSPITALITI DAN

PELANCONGAN

2.2.1 Membentuk Gambaran Umum Tentang Fiqh

Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak

sempat untuk diselesaikan. Dengan adanya pengajian kaedah fiqh ini, akan

membuka peluang kepada masyarakat awam untuk mendapat gambaran

umum tentang topik yang terkandung dalam ilmu fiqh.

2.2.2 Memudahkan Individu Memahami Hukum.

Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu pendekatan dalam memahami

hukum syarak dalam pelbagai bidang sama ada ibadat, muamalat ,

jenayah pentadbiran dan lain persoalan termasuklah hospitaliti dan juga

pelancongan.

2.2.3 Memandu Setiap Urusan Supaya Mencapai Maqasid Syariah

Undang –undang yang yang digubal oleh pemerintah dalam apa jua

bidang hendaklah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Justeru

dalam mengubal undang-undang tersebut al-quran dan al-Sunnah dan

juga kaedah–kaedah yang berdasarkan kepada sumber tersebut tidak

diabaikan agar ianya tidak bertentangan dengan maqasid (tujuan)

syarak.

2.2.4 Mengekalkan Fokus Industri Kepada Kejayaan Dunia dan Akhirat.

Islam adalah agama yang menitikberatkan keperluan untuk kehidupan

dunia dan juga akhirat. Oleh itu segala gerak kerja yang dilakukan mesti

mengambil kira untuk kemaslahatan kedua-dua kehidupan tersebut.

2.2.5 Menjadi Sumber Hujah Dalam Menangani Isu-Isu Yang Terbaru

Banyak persoalan yang timbul di kalangan masyarakat memerlukan

jawapan dan penyelesaian daripada cendikiwan Islam. Dengan mengusai

ilmu ini ianya mampu untuk menyelesaikan persoalan tersebut.

Page 51: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

51

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

2.2.6 Syariat Islam Sesuai Diamalkan

Sesuai dengan kedudukannya sebagai penutup segala syariat maka ianya

sesuai diamalkan sepanjang zaman dan masa.

2.2.7 Cara Mudah Dalam Mempelajari Fiqh

Topik yang banyak dan pelbagai persoalan yang dibincangkan

menyebabkan tempoh mempelajari ilmu fiqh memakan masa yang cukup

panjang untuk diselesaikan. Dengan mempelajari kaedah fiqh sekurang-

kurangnya seseorang dapat memahami sebahagian kecil daripada

kesemua bab fiqh.

3.3 SUMBER KAEDAH FIQH

3.3.1 Al-Quran

Al-quran merupakan sumber hukum utama dalam Islam yang sesuai

dipraktikkan untuk semua zaman dan masa. Ia menjadi panduan kepada

para ulama dalam melakukan ijtihad untuk mengeluarkan kaedah-kaedah

fiqh daripada isi kandungan.

3.3.2 Al-Hadis

Rasulullah dianugerahkan oleh Allah dengan keistimewaan “jawami al

Kalim” yang bermaksud ucapan yang ringkas tetapi mempunyai makna

yang mendalam.

Melalui penelitian mendalam yang dibuat oleh para ulama, banyak hadis

baginda yang mengandungi lafaz-lafaz yang boleh dijadikan sebagai lafaz

kepada kaedah-kaedah fiqh.

Antara lafaz hadis yang dijadikan sebagai lafaz kaedah antaranya al-din

al-nasihah, al Muslimun a’la syurutihim dan lain-lain lagi.

3.3.3 Athsar Sahabat (Pendapat Sahabat)

Para Sahabat merupakan insan yang bertuah kerana dapat hidup dan

menimba ilmu secara langsung daripada Rasulullah SAW.

Page 52: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

52

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Begitu juga dengan para tabieen yang dapat menimba ilmu daripada para

sahabat banyak terkesan dengan cara Rasulullah SAW dalam memahami

nas-nas syarak semasa menerangkan falsafah syariah Islamiah.

Lantaran itu banyak ucapan dan kata-kata sahabat dan para tabieen

yang mengandungi kaedah-kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan

dalam mengeluarkan hukum.

3.4 PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Secara umumnya ulama telah membahagikan kaedah fiqh kepada dua

bahagian utama iaitu:

Jadual: Pembahagian Kaedah Fiqh

IJTIHAD FUQAHA

Ditakrifkan sebagai usaha sepenuh daya dalam memahami hukum syarak. Amalan ijtihad

telah diamalkan oleh Rasulullah sendiri serta para Sahabat ketika berjauhan dengan

baginda s.a.w. Dalam konteks ijtihad sebagai sumber kaedah, para fuqaha berusaha

dengan mengerah segala kemampuan yang ada untuk mengeluarkan kaedah-kaedah fiqh

dari sumber-sumber syarak sama ada berdasarkan lafaz syarak atau lafaz yang dibentuk

oleh mereka sendiri.

KAEDAH FIQH

AL-KULIYYAH AL-KUBRA KAEDAH FIQH AL-SUGHRA

Iaitu kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi 5 kaedah. Keistimewaanya boleh diaplikasi: i- dalam semua bab fiqh bermula

dari bab taharah sehingga bab jihad.

ii- dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia seperti sains, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya. kaedah.

Iaitu himpunan sejumlah besar

kaedah-kaedah fiqh yang skop

aplikasinya lebih kecil berbanding

dengan kaedah fiqh al-kuliyyah al-

kubra.

Page 53: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

53

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.5 MEMBINCANGKAN KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN

DENGAN BIDANG HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

Pendahuluan

Unit ini akan membincangkan secara ringkas 5 kaedah kuliyyah al-kubra yang

merupakan kaedah asas dalam ilmu kaedah fiqh. Perbahasan ini akan

merangkumi lafaz kaedah, makna kaedah, dalil-dalilnya serta beberapa contoh

bagi setiap kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bidang hospitaliti dan

pelancongan.

KAEDAH PERTAMA:

Segala Urusan Berdasarkan Niat (االمور بمقاصده)

Maksud Kaedah

Penilaian terhadap perbuatan manusia sama ada baik atau buruk berbentuk

perkataan atau perbuatan penentuan dosa atau pahala berdasarkan niat orang

yang melakukannya.

Seseorang yang berniat melakukan sesuatu amalan baik seperti menziarahi orang

sakit tetapi tidak dapat ditunaikan kerana suatu halangan ianya tetap diberikan

ganjaran oleh Allah SWT.

Ganjaran juga akan diberikan kepada orang yang meninggalkan perbuatan yang

dilarang seperti berzina, minum arak kerana takutkan Allah SWT.

Sebaliknya seseorang yang meninggalkan sesutu larangan seperti yang

disebutkan di atas kerana tiada bekalan atau kerana tiada kesempatan

Segala Urusan Berdasarkan Niat (االمور بمقاصده)

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan (اليقين ال يزال بالشك)

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

(المشقة تجلب التيسير)

Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan (الضرر يزال)

Adat Sebagai Sumber Hukum (العادة محكمة)

Jadual: Asas Fiqh Dalam Kaedah Kuliyyah Al-Kubra

Page 54: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

54

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

melakukan perbuatan tersebut dia tidak akan diberikan ganjaran pahala oleh

Allah.

Dalil dan Sandaran Kaedah

Sandaran daripada al-Quran.

Allah SWT berfirman:

تهه منأهها نأيا نؤأ ث الهد ثهه ومهنأ كهان يريهد حهرأ خرة نزدأ لهه فهي حرأ ث الأ منأ كان يريد حرأ

خرة منأ نصيب وما له في الأMaksudnya: Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat

faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang

dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya)

kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu

(sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di

akhirat kelak. (Surah al-Syuura :20).

FirmanNya lagi:

لصين له الد مخأ ين حنفاء وما أمروا إل ليعأبدوا للاMaksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah

Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid

(Surah al-Bayyinah :5)

Sandaran daripada al-Sunnah

Daripada cUmar ibn al-Khattab: Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya setiap

amalan berdasarkan niat, dan hanyasanya setiap individu itu berdasarkan kepada

niat, sesiapa yang berhijrah kerana dunia, maka dia akan menperolehinya atau

kerana perempuan maka perempuan itu akan dinikahinya, maka hijrah seseorang

itu berdasar niat tersebut..

Dalam hadis lain pula diceritakan; Daripada Aisyah Rasulullah SAW telah

bersabda: Mereka dibangkitkan berdasarkan niatnya.

Page 55: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

55

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Kesimpulan

Ayat al-quran dan hadis di atas menjelaskan tentang kepentingan niat dalam

melakukan sesuatu amalan dikalangan manusia. Oleh itu setiap perbuatan baik

dan terpuji yang ingin dilakukan oleh seseorang hendaklah disertai dengan niat

ikhlas kerana Allah SWT agar ianya diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah

SWT

Antara tujuan disyariatkan niat ialah:

i. membezakan ibadat yang dilakukan seseorang sama ada kerana Allah atau

kerana adat kebiasaan, melakukan pekerjaan sama ada untuk mendapat

rezeki yang halal atau kerana memenuhi masa terluang dan lain-lain.

ii. membezakan taraf sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat atau nazar seperti

memberikan sesuatu kepada seseorang sama ada dengan tujuan sedekah

atau hibah.

Syarat Sah Niat:

i. Beragama Islam.

ii. Mumayyiz.

iii. Mengetahui bentuk perbuatan dan niat yang dilakukan.

iv. Ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana seseorang.

v. Tidak bertentangan dengan maqasid syarak. Jika sekiranya niat seseorang

bertentangan dengan maqasid syarak maka perbuatan yang dilakukan

terbatal.

vi. Niat dan perbuatan hendaklah dilakukan secara beriringan dari awal sampai

akhir.

vii. Tidak melakukan perbuatan yang boleh membatalkan atau menafikan niat

seperti murtad.

Aplikasi Kaedah Fiqh

Seseorang yang melancong atau melawat ke sesuatu tempat sekiranya bertujuan

untuk melihat ciptaan dan memikirkan keagungaan Allah SWT dibolehkan untuk

Page 56: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

56

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

jamak dan qasar. Sebaliknya seseorang yang melancong untuk melakukan

maksiat tidak diberikan kelonggaran untuknya qasar dan jamak.

Menunaikan ibadah haji atau umrah semata-mata bertujuan untuk melancong

bukan kerana ibadah tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Pembinaan hotel atau tempat penginapan sama ada untuk kemudahan pelanggan

akan diberikan ganjaran. Sebaliknya pembinaan untuk memberi peluang

seseorang melakukan maksiat akan diberikan dosa oleh Allah.

Harus membawa pelancong yang bergama Islam melawat rumah ibadah agama

lain bukan untuk membesarkan rumah badat tersebut.

Menyembelih binatang sekiranya kerana Allah halal dimakan, atau untuk

melepaskan sesuatu hajat haram untuk dimakan.

KAEDAH KEDUA

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan (اليقين ل يزال بالشك)

Maksud Kaedah

Maksud Yakin: Sesuatu yang pasti dengan berdasarkan kajian dan bukti.

Maksud Syak: Keraguan yang setaraf terhadap sesuatu perkara.

Maksud Kaedah: Suatu perkara yang telah diyakini ketetapan atau hukumnya.

Justeru, sebarang keraguan yang timbul untuk mengubah ketetapan tersebut

tidak boleh diambil kira. Dengan perkataan lain hukum yang telah tetap tidak

akan berubah semata-mata dengan adanya keraguan tersebut. Contoh seseorang

yang syak tentang pakaian yang dipakainya sama ada bersih atau sebaliknya.

Syak tersebut tidak mengubah status pakaian tersebut yang dalam keadaan

bersih.

Page 57: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

57

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Dalil dan Sandaran

Sandaran daripada al-Quran

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat: 12:

ا من الظن إن بعأض الظن إثأم تنبوا كثيرا يا أيها الذين آمنوا اجأMaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari

sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana

sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

FirmanNya lagi:

ني من الأحق شيأئاا ثرهمأ إل ظن اا إن الظن ل يغأ وما يتبع أكأMaksudnya : Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan

sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak

menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (Surah Yunus: 36)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memberi panduan kepada manusia mereka

tidak melakukan sesuatu perkara berdasarkan sangkaan atau syak semata-mata.

Sesuatu yang dibuat berdasarkan sangkaan atau syak adalah lemah dan tidak

boleh diterima pakai dalam apa jua bidang .

Sandaran daripada al- Sunnah

Daripada Ubbad Ibn Tamim dari bapa saudaranya bahawa beliau telah mengadu

kepada Rasulullah SAW; seorang laki-laki yang syak bahawa ada sesuatu ketika

sembahyang. Maka jawab Rasulullah: Jangan beredar sehinggalah ia mendengar

bunyi atau tercium bau.

Aplikasi Kaedah Fiqh

Dalam menyediakan makanan kepada tetamu, pengusaha hendaklah memastikan

ianya halal. Oleh itu tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah

cukup untuk diyakini akan status halalnya. Sebarang andaian atau syak yang

datang tidak dapat mengubah hukum.

Page 58: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

58

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Penentuan arah kiblah yang dilekatkan di bilik hotel atau rumah tumpangan

adalah memadai dijadikan sebagai panduan arah kiblat kepada tetamu yang

menginap.

Seseorang yang melancong ke negara bukan Islam, di bolehkan makan dan

minum di restoran yang dimiliki oleh orang Islam walaupun premis tersebut

tidak memaparkan tanda halal.

Pinggan atau bekas yang digunakan di hotel atau seumpamanya harus digunakan

oleh orang Islam walaupun ianya pernah digunakan oleh orang bukan Islam.

KAEDAH KETIGA

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

(المشقة تجلب التيسير)

Maksud Kaedah

Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan

yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk

mengatasi kesulitan yang dihadapi.

Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam

melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk

solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.

Dalil dan Sandaran

Sandaran daripada al-Quran

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 185

ر ر ول يريد بكم الأعسأ بكم الأيسأ يريد للاMaksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu

beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 286:

عهال ا إل وسأ نفأسا يكلف للاMaksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Page 59: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

59

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan

mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh

itu jika berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan

kesukaran tersebut.

Sandaran daripada al- Sunnah

Daripada cAisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua

perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.

Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud:

“ Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan

perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang”.

Perbincangan Kaedah

Sebab Diberikan Keringanan

i) Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan

kaedah yang paling cangggih diberikan beberapa keringanan seperti solat

jamak dan qasar.

ii) Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayammum, dibenarkan

solat dalam keadaan duduk, dibolehkan berubat dengan najis pada

pandangan sebahagian ulama mazhab Hanafi.

iii) Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaannya tidak

dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan yang dipaksa tersebut

seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati

beriman), membunuh dan lain-lain.

iv) Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa

seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan

terlupa disiang hari bulan ramadhan.

v) Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti

baru memeluk Islam.

vi) Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah

yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan

gempa.

Page 60: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

60

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

vii) Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba.

Bentuk Keringanan Syarak

Ulama telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian ;

i) Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib

menunaikan solat Jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada’ solat bagi

perempuan yang didatangi haid dan nifas.

ii) Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan

rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir.

iii) Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk

dan mandi dengan tayyamum.

iv) Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti

pensyariatan solat jamak taqdim.

v) Keringanan dengan melewatkan solat fardu seperti pensyariatan solat jamak

ta’khir.

vi) Kelonggaran dalam perkara-perkara tertentu seperti diberi maaf najis yang

tidak dapat dilihat.

Aplikasi Kaedah

Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan

untuk melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut

adanya kesukaran.

Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari

yang lain.

Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat

yang tertentu.

Page 61: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

61

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

KAEDAH KEEMPAT

Mudarat Mesti Dihilangkan (الضرر يزال)

Maksud Kaedah

Suatu perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana

pihak hendaklah dielakkan. Begitu juga apabila berlaku mudarat ke atas

seseorang, maka Islam memberi jalan keluar dan keizinan kepadanya untuk

menghilangkan mudarat yang menimpanya tersebut dengan syarat ianya tidak

memudaratkan pihak lain.

Dalil dan Sandaran

Sandaran daripada al-Quran

حوهن بمعأروف ول روف أوأ سر سكوهن بمعأ ن أجلهن فأمأ وإذا طلقأتم النساء فبلغأ

تدوا ا لتعأ سكوهن ضرارا تمأMaksudnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka

(hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk)

dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan

janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat

(Surah al-Baqarah :231)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Islam membenarkan seseorang suami yang telah

menceraikan isterinya untuk merujuk kembali isteri yang diceraikan bukan

bertujuan untuk menyakiti atau sengaja mendera isterinya.

FirmanNya lagi:

قريب من مت للا فاا وطمعاا إن رحأ عوه خوأ لحها وادأ د إصأ ض بعأ رأ ول تفأسدوا في الأ

سنين الأمحأMaksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah

menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya

dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan

Page 62: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

62

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat

kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Surah al-A’raaf: 56)

Ayat di atas merupakan petunjuk daripada Allah SWT kepada umat manusia

keseluruhannya agar mengelakkan dari melakukan kerosakan di atas muka bumi

kerana ia boleh memudaratkan pihak lain.

Sandaran daripada al- Sunnah

Hadis baginda yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah

SAW telah bersabda: Janganlah melakukan mudarat ke atas seseorang dan

janganlah memudaratkan.

Aplikasi Kaedah

Pemandu pelancong atau agensi yang terlibat dalam bidang pelancongan tidak

dibenarkan membawa pelancong ke tempat yang boleh membahayakan

pelancong.

Begitu juga dengan pelancong tidak boleh meminta pemandu pelancong untuk

membawa mereka ketempat yang membahayakan nyawa pemandu pelancong.

Tidak boleh menyediakan makanan yang memudaratkan.

Tidak boleh mengarahkan pekerja melakukan perbuatan yang berisiko.

Kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti tempat perkelahan hendaklah

disediakan kemudahan –kemudahan seperti tong sampah dan tandas supaya

kawasan tersebut terpelihara kebersihannya dan tidak mencemari alam sekitar

yang boleh memudaratkan manusia.

Pembinaan hotel atau rumah tumpangan di kawasan tanah tinggi atau lereng

bukit hendaklah dielakkan supaya ia tidak mendatangkan kerosakan kepada

alam sekitar dan juga penghuninya.

Page 63: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

63

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

KAEDAH KELIMA

Adat Sebagai Sumber Hukum (العادة محكمة)

Maksud Kaedah

Adat dapat diertikan sebagaimana berikut:

1. Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau sebahagian

daripada mereka.

2. Perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan serta

mengikut cara tertentu dan ianya diterima secara logik

Adat yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat, sama ada ianya berbentuk

umum atau khusus boleh menjadi sumber rujukan hukum apabila tidak ada

penjelasan yang berkaitan daripada syarak.

Contohnya darah yang sedikit terkena pada pakaian dibolehkan untuk bersolat,

penentuan sedikit atau banyak darah tersebut ditentukan oleh orang ramai.

Sandaran daripada al-Quran

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf : 199

رضأ عن الأجاهلين ف وأعأ خذ الأعفأو وأأمرأ بالأعرأMaksudnya: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan

perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil

(yang degil dengan kejahilannya).

FirmanNya lagi:

لود ضاعة وعلى الأموأ ليأن كامليأن لمنأ أراد أنأ يتم الر لدهن حوأ ن أوأ ضعأ والأوالدات يرأ

عها وتهن بالأمعأروف ل تكلف نفأس إل وسأ قهن وكسأ له رزأMaksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua

tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan

kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut

cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut

kemampuannya. (Surah al-Baqarah: 233)

Page 64: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

64

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Sandaran daripada al- Sunnah

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : Daripada cAisyah katanya: Hindun binti Atabah isteri kepada Abu

Sufian telah datang menemui Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah..

Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut, beliau tidak memberikan nafkah

yang cukup untukku dan anakku, oleh itu aku mengambil hartanya tanpa

pengetahuannya. Adakah itu merupakan suatu dosa? Maka Rasulullah SAW

bersabda : Ambillah harta suamimu sekadar cukup untuk kamu dan anak kamu.

Hadis di atas menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang tidak dijelaskan

hukumnya oleh syarak hendaklah dirujuk kepada uruf dan adat.

Kesimpulan

Syarat pengamalan adat sebagai sumber hukum

1. Adat tersebut merupakan suatu kebiasaan bagi penduduk sesebuah tempat

atau kawasan.

2. Tidak ada golongan yang menentang adat yang diamalkan tersebut.

3. Adat masih ada atau masih diamalkan sehingga sekarang.

4. Adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak seperti

menerangi rumah kediaman ketika mengadakan majlis perkahwinan dengan

tujuan untuk menunjukkan kegembiraan atau mengiklankan dengan

perkahwinan tersebut jika bukan bertujuan untuk membazir.

Aplikasi Kaedah

Para pelancong mesti meraikan dan menghormati kebiasaan dan adat yang

diamalkan oleh masyarakat setempat sama ada dari sudut cara berpakaian,

perbuatan atau makanan.

Dalam menentukan perkataaan yang baik dan buruk hendaklah dirujuk kepada

adat kebiasaaan masyarakat setempat.

Page 65: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

65

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Sebahagian perkataan yang digunakan dalam percakapan harian mempunyai

maksud yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. oleh itu

penggunaanya hendaklah disesuaikan dengan tempat tersebut.

Kos upah dalam sesuatu tugasan hendaklah diambil kira mengikut tempat dan

kawasan.

Page 66: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

66

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Berikan pengertian KaedaH Fiqh menurut bahasa dan Istilah.

Bahasa: _________________________________________________________

Istilah : _________________________________________________________

2. Huraikan peranan kaedah fiqh berikut:

ii- Memudahkan individu memahami hukum

iii- Mamandu setiap urusan agar mencapai Maqasid Syariah

iv- Menjadi sumber hujah dalam menangani isu semasa.

1. Lengkapkan jadual Kaedah Fiqh al- Kuliyyah al-Kubra berikut dan

contohnya dalam bidang hospitaliti dan pelancongan

Kaedah Fiqh al- Kuliyyah al-Kubra

KAEDAH FIQH CONTOH

A A

B B

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan

Keringanan

keharusan melaksanakan solat qasar

D C

E D

Page 67: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

67

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Rujukan

Al- Suyuti. Jalal al-Din Abdul Rahman.(1983). Al-Asbah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa

Furuk Fiqh al-Shafie. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Ali Ahmad al-Nadwi (1994) al-Qawaid AlFiqhiyyah .Damsyik . Dar al-Qalam .

Mahmud Ismail Muhammad Misy’al(2009). Asar al Khilaf al-Fiqhi Fi alQawaid al-

Fiqhiyyah. Kaherah Mesir.Dar al-Sallam

Muhammad Usman Syubair(2006). Al-Qawaid Al Kuliyyah Wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah

Fi al Syariah al-Islamiah. Jordan. Dar al-Nafais.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid(2004). Sejarah pembinaan hukum Islam Jabatan

Penerbitan USM.Cetakan

Page 68: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

Bab - 3 Konsep Hospitaliti Dalam Islam

Wan Mohd Zul b. Wan Yusuf (POLIMAS)

Page 69: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

69

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.1 KONSEP KEBERSIHAN MENURUT ISLAM

3.1.1 DEFINISI KEBERSIHAN

Kebersihan merupakan tuntutan agama. Seseorang yang hendak melaksana kan

ibadah perlulah membersihkan dirinya daripada sebarang kekotoran dan najis.

Kebersihan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan rohani dan jasmani

iaitu dalaman dan luaran.

Definisi kebersihan :

Bahasa ertinya “ bersih ”

Syara’ bererti bersih dari hadas dan najis . Bersuci kerana hadas hanya

dibahagian badan saja. Hadas ada dua iaitu hadas besar dan hadas kecil .

Ulama berbeza pendapat tentang makna kebersihan merupakan separuh dari

keimanan:

1. Kebersihan diertikan dengan suci dari najis maknawi

iaitu dosa-dosa, baik dosa dalaman atau batin mahupun dosa luaran atau

zahir. Kerana iman ada dua bentuk, iaitu meninggalkan dan melakukan, maka dikala

sudah meninggalkan dosa-dosa bererti sudah memenuhi separuh iman.

2. Bersih diertikan bersuci dengan air.

Bersuci dengan air ada dua macam, iaitu suci dari hadas kecil dan hadas besar.

Bila suci diertikan dengan suci dari hadas kecil dan hadas besar maka yang

dimaksudkan dengan iman adalah solat. Jadi bersih itu separuh dari kesucian solat.

Solat dikatakan sebagai iman kerana merupakan pokok amalan iman.

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini? 3.1.1 Menghuraikan definisi kebersihan. 3.1.2 Membezakan jenis najis dan cara membersihkannya. 3.1.3 Menghuraikan tanggungjawab menjaga kebersihan terhadap diri sendiri,

pemakanan, kediaman dan alam sekitar.

Page 70: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

70

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Dalam huraian lain berkaitan konsep kebersihan, Islam menetapkan beberapa

pengistilahan seperti tazkiyah, thaharah, nazhafah, dan fitrah.

Ssementara dalam konteks perilaku bersih ada istilah seperti ikhlas, thib al-

nafs, ketulusan kalbu, bersih dari dosa, taubat, dan lain-lain sehingga makna bersih

amat holistik karena ada hubungkait dengan berbagai persoalan kehidupan, baik

dunia dan akhirat.

Dalil berkaitan kebersihan :

Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy’ari radhiyallaahu ‘anhu, Dia

berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

“Kebersihan adalah separuh dari keimanan, ucapan ‘Alhamdulillah’ akan memenuhi

timbangan, ‘Subhanallah walhamdulillah’ akan memenuhi ruangan langit dan bumi,

solat adalah cahaya, dan sedekah itu merupakan bukti, kesabaran itu merupakan sinar,

dan Al Quran itu merupakan hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap jiwa

manusia melakukan amal untuk menjual dirinya, maka sebahagian mereka ada yang

membebaskannya (dari siksaan Allah) dan sebahagian lain ada yang

menjerumuskannya(dalam siksaan-Nya).” (Hadis Riwayat Muslim)

Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan

menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhu atau tayammum.

Bersuci dari najis berlaku pada badan , pakaian dan tempat . Cara menghilangkannya

hendaklah dengan air suci dan menyucikan.

Pembahagian Air:

Rajah: Kategori Air Menurut Islam

Air

Air Mustakmal

Air

Musyammas

Air Mutlak

Air Mutanajjis

Page 71: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

71

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Huraian kategori air:

Air Mutlak

Iaitu air yang suci lagi menyucikan

Air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda –benda lain sama ada yang bersih atau kotor

Apabila air tulen yang lebih daripada dua qullah (230 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai mutlak.

Tetapi sekiranya berubah sama ada bau, rasa atau warna , maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci. Sebagai contoh apabila air itu telah berubah menjadi air teh, air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.

Air Mustakmal

Air yang Suci tetapi tidak Menyucikan

Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib). Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah

Ia hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja. Begitu juga sekiranya baki air basuhan menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah , ia dikira sebagai mustakmal.

Air Musyammas

Air Mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

Hukum menggunakannya adalah makruh kerana boleh memudaratkan kulit.

Page 72: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

72

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.1.2 PEMBAHAGIAN NAJIS

Jenis Huraian

Najis

Mughallazah

Pengertian:

Iaitu babi dan anjing dan segala perkara yang ada

hubungannya dengan kedua-dua tersebut seperti

tahi, kencing, daging, kulit dan keturunannya.

Cara menyucikannya :

i- Hendaklah dihilangkan ain najis itu terlebi dahulu

jika ada.

ii- Kemudian basuh tempat yang terkena najis

dengan air tanah sekali

iii- Dan selepas itu , basuh lagi tempat tersebut

dengan 6 kali air yang suci .

Najis

Mukhaffafah

Pengertian:

air kencing kanak-kanak lelaki yang masih belum

berumur 2 tahun yang tidak makan apa-apa

kecuali susu ibunya sahaja.

Cara menyucikannya :

i- Dilapkan terlebih dahulu ain najis.

ii- Kemudian direnjiskan air mutlak pada tempat

yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya

Air Mutanajjis

Air yang mengandungi najis. Iaitu air yang kurang daripada dua qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah aataupun tidak.

Sekiranya air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa, bau atau warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum, sekiranya tidak berubah ia dihukumkan suci.

Page 73: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

73

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

walaupun tidak mengalir.

Najis

Mutawassitah

Pengertian:

Iaitu selain daripada najis mukhaffafah dan

mughalazah

Contoh :

Darah, nanah, muntah, tahi, air kencing, wadi

(air yang keluar daripada kemaluan lelaki

mahupun wanita semasa naik syahwat, cecair

yang memabukkan, susu dan mani binatang yang

tidak halal dimakan

Jenis :

1. Najis Aini - ialah najis yang ada rupa atau warna,

bau dan rasa

Cara menyucikannya :

i- Hilangkan ‘zat ’ ain najis itu terlebih dahulu.

ii- Kemudian wajib basuh tempat yang terkena najis

itu sehingga hilang rasa , bau , dan warnanya .

2. Najis Hukmi - ialah najis yang tidak ada rupa ,

warna , bau dan rasa seperti kencing atau arak

yang sudah kering .

Cara menyucikannya:

i- Memadai dengan menjirus atau mengalirkan air ke

atas tempat yang terkena najis itu sehingga rata

ii- Kemudian `di lap dan dikeringkan.

Page 74: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

74

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Istinjak

Perkara Huraian

Pengertian Menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan

selepas membuang air kecil atau air besar.

Hukum wajib sama ada dengan air atau batu.

Syarat-syarat

beristinjak dengan

batu

Najis itu tidak beralih dari tempat asal

Najis masih belum kering

Tidak ada benda-benda asing yang melekat di

kemaluan

wajib dengan cara tiga kali sapuan. Sekiranya

masih belum bersih wajiblah diulang sehingga

benar-benar bersih.

Perkara sunat

beristinjak dengan

batu

dengan bilangan yang ganjil (3, 5, 7, 9 dan

seterusnya)

menggunakan tangan kiri

3.1.3 TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN TERHADAP DIRI

SENDIRI, PEMAKANAN, KEDIAMAN DAN ALAM SEKITAR.

Kebersihan diri dalam Islam:

1. Bersegera menyucikan diri dengan berwuduk dan bersolat setelah

bangun tidur atau ketika tubuh kotor.

2. Membasuh dan memberus gigi

3. Kemaskan tempat tidur sambil menyebut nama Allah

4. Sekurang-kurangnya mandi sekali sehari atau lebih.

5. Memotong kuku tangan dan kaki setiap minggu

6. Memotong rambut yang panjang dan tidak terurus

7. Tidak menghadap kiblat

8. Menutup mulut ketika menguap.

Page 75: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

75

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Kebersihan Makanan :

Makanan adalah nikmat yang besar dari Allah SWT. Al-Qur’an banyak

membicarakan tentang nikmat-nikmat ini supaya manusia merenung

dan menjadikannya iktibar supaya mereka mengetahui nilainya.

Adab-adab makan :

1. Membasuh makan sebelum dan selepas makan

2. Makanan itu dari sumber yang halal dan bersih

3. Makanan itu hendaklh bersih dari sebarang kekotoran serta segar

Etika makan

1. Peralatan makan

Tidak memasak dan makan menggunakan bekas makanan yang

digunakan oleh orang bukan Islam yang diyakini mengandungi

bahan-bahan makanan yang diharamkan seperti babi dan

sebagainya.

Sekiranya diyakini suci ia adalah dibenarkan sebagaimana dalam

sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Jabir : Sesungguhnya

ketika kami bersama dengan Rasulullah , apabila kami mendapati

periuk dan bekas minuman musyrikin, maka kami

menggunakannya dan Rasulullah tidak melarang kami.

Bekas yang digunakan itu juga hendaklah dalam keadaan baik dan

tidak rosak.

” Dari Abu Said al-Khudri Rh berkata , Rasulullah SAW melarang

minum dari bekas yang pecah ”. (Hadis Riwayat Abu Aaud).

Larangan ini adalah disebabkan bekas yang pecah itu dibimbangi

mengandungi bakteria dan membahayakan pengguna.

Dilarang makan dan minum dengan menggunakan bekas yang

diperbuat daripada emas dan perak.

Page 76: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

76

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :

” Janganlah minum dengan menggunakan bejana emas dan perak ,

dan jangan memakai pakaian sutra kerana yang demikian itu

untuk mereka (orang kafir) di dunia dan di akhirat (Hadis Riwayat

. Al-Bukhari)

Kebersihan Alam sekitar :

Tajuk ini telah pun dihurai dalam BAB 1: Etika Manusia dengan

Alam.

Bil Fokus Tanggungjawab

Huraian

1 Diri Sendiri Melahirkan personaliti dan keperibadiaan

yang bersih, sihat dan disenangi oleh semua

orang.

Kebersihan lahir juga membawa kepada

kebersihan jiwa seseorang .

2 Pemakanan Memilih pemakanan yang halal

Menjauhkan diri daripada sebarang

jangkitan penyakit.

3 Kediaman Menghilangkan najis dan kekotoran di

tempat kediaman

4 Alam Sekitar Menjaga dan memelihara alam sekitar

Rajah: Ringkasan tanggungjawab manusia

3.2 KONSEP NILAI ESTETIKA ISLAM

3.2.1.DEFINISI ESTETIKA :

ialah cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan

keindahan, cita rasa, dan lain-lain.

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini?

3.2.1 Menghuraikan definisi estetika. 3.2.2 Menghuraikan nilai tertib dan indah dalam aspek tingkahlaku, pakaian dan

tempat mengikut pandangan Islam.

Page 77: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

77

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Menurut Plato : sumber keindahan adalah cinta dan kasih. Keindahan

hendaklah didahului dengan cinta, cinta di sini adalah pengosongan diri

sehingga subjek benar-benar dapat mencintai benda yang indah.

Menurut Ibnu Arabi: estetika dalam ilmu Islam ialah sebagai kemampuan

berbahasa atas serapan pengalaman mistik (tradisi seni yang suci)

berdasarkan kepercayaan realistik yang mutlak ,tidak terbatas dan sempurna .

Dalam ertikata lain , ia adalah satu bentuk peraturan yang tidak terbatas untuk

mencapai kesempurnaan Ilahi.

Konsep estetika atau kesenian

Mengikut perspektif Islam, konsep estetika atau kesenian adalah untuk

membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada

Allah SWT. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik

dan beradab. Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat

positif dan tidak lari dari batas-batas syariat.

Konsep estetika atau kesenian menurut tamadun Barat, hanya menekankan

nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan

dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.

Persamaan :

Kedua-dua Tamadun melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik,

elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

Kedua-duanya mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui

penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yng sukakan

keindahan.

Kesimpulan :

Estetika atau Kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada

Allah SWT dan mencari keredhaanNya, manakalaestetika atau kesenian

barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan diri semata-mata. Ini

bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang bermoral

dan seimbang daripada segi jasmani dan rohani.

Page 78: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

78

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.2.2 NILAI TERTIB DAN INDAH DALAM ASPEK TINGKAHLAKU, PAKAIAN

DAN TEMPAT MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

1- Tingkahlaku :

ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi

oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan,

paksaan, dan/atau genetik. Menurut pandangan humanisme, setiap manusia

mempunyai tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia dikaji dalam

disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan

antropologi.

2- Pakaian :

Islam mengharuskan perhiasan dalam islam. Pakaian juga diharuskan

kepada umat manusia demi menjaga kesejahteraan diri dan kemakmuran

sesama manusia. Allah juga berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat : 29

“Dialah Allah yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi

kesemuanya”.

Firman Allah lagi dalam surah Ibrahim : 34

“Dan dia telah member kepada kamu dari setiap apa yang kamu

memintanya. Dan sekiranya kamu hendak menghitung nikmat Allah”.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa, segala nikmat yang ada di muka

bumi ini adalah dijadikan khusus untuk manusia termasuklah nikmat

memakai pakaian yang indah dan selesa. Namun begitu, bentuk, fesyen

dan tatatertib memilih pakaian perlulah mengikut adab Islam khususnya

dalam kerjaya perhotelan.

3- Tempat (persekitaran)

Pelancongan dalam Islam adalah bermatlamat memerhatikan alam dan

keajaibannya agar mengingatkan manusia kepada penciptaanNya.

Kejadian alam yang indah ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri

sebagaimana firman Allah SWT .

Page 79: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

79

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3. 3 APLIKASI KEBERSIHAN DAN NILAI ESTETIKA DALAM ASPEK

PENGURUSAN DIRI, TEMPAT DAN KEDIAMAN, MAKANAN DAN

MINUMAN.

PENGURUSAN DIRI :

Mohd Affendi Hassan (1990) mendefinisikan pengurusan dalam monteks

islam ialah pengurusan berteraskan kepada tauhid yang merujuk kepada

penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai

hamba dan khalifahNya di dunia dengan mengerjakan amal soleh secara

syura dalam organisasi.

Tujuan pengurusan dalam Islam ialah :

1. untuk membina peradaban yang diredhai Allah SWT berlandaskan

ajaran Tauhid

2. bertanggungjawab menghapuskan fasad

3. menegakkan keadilan dalam organisasi dan masyarakat

4. mencapai al-faalah iaitu keuntungan hakiki di dunia dan akhirat

Ciri-ciri pengurusan :

1. berpaksikan akidah tauhid yang membentuk sikap keterbukaan ,

broad mindedness , produktif dan pro aktif

2. menjadi wahana dan wadah untuk merealisasikan peranan

manusia selaku hamba dan khalifahnya

3. terikat dengan nilai-nilai akhlak murni dan hokum-hukum yang

membantu kea rah keikhlasan , kesungguhan bekerja dan

ketrampilan

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini?

Membincangkan aplikasi kebersihan dan nilai estetika dalam aspek: 3.3.1 pengurusan diri 3.3.2 tempat dan kediaman 3.3.3 makanan dan minuman

Page 80: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

80

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

4. bersifat komprohensif dan seimbang yang mementingkan

kemodenan peralat atau logistic , perancangan , penyuburan

potensi manusia dan standard moral

5. kerjasama yang erat di segenap organisasi dan berganding bahu

membina tamadun umat yang bakal diwarisi kepada generasi

mendatang.

TEMPAT & KEDIAMAN :

Bagi pelancong Muslim, tempat penginapan yang baik adalah sangat

penting. Tidak kira sama ada hotel mewah bertaraf lima bintang atau hotel

bajet menjadi pilihan , penginapan halal menjadi pokok utama percutian .

Selain pemilihan hotel halal, perkara perkara lain juga harus diambil kira.

Ciri-ciri kediaman yang menepati syariat ialah :

1. penyediaan surau di rumah penginapan

2. pemakaian yang menepati syarak oleh pekerja rumah penginapan

3. larangan penyediaan minuman keras kepada penyewa muslim

MAKANAN & MINUMAN :

Penyediaan makanan yang halal dan bersih adalah menjadi kewajipan

dan keutamaan kepada penyewa oleh tuan rumah. Pastikan makanan

yang disediakan menepati persijilan halal yang diiktiraf oleh pihak

berkaitan. Penggunaan logo halal adalah perlu bagi memastikan setiap

produk atau bahan makanan itu mengikut piawaian syarak.

Page 81: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

81

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Rujukan:

Muhammad Khair Fatimah (2002). Adab Dan Sopan Santun Dalam Islam. Selangor :

Pustaka Ilmi

Marwan Ibrahim al-Kaysi (1997). Adab Sopan Dan Budi Pekerti Dalam Islam- Panduan

Adab Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Samsudin Wahab (2009). Panduan Protokol Tatatertib Majlis . PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd

Zulkiple Abd. Ghani (2001). Islam , Komunikasi Dan Teknologi Maklumat . Utusan

Publications & Distributors

Mohd Janib Johari (2001) . Etika Profesional . Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Nuraisyah Chua Abdullah (2009). Undang-undang Rumah Penginapan . Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Page 82: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

Bab - 4 Isu-Isu Kontemporari

Mohd Taha b. Rulam Ahmad (PMS)

Page 83: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

4. 0 ISU-ISU KONTEMPORARI

4.1.1 Akhlak pekerja Islam

Pendahuluan

Dalam mencari rezeki untuk menyara diri dan keluraga serta memenuhi keperluan

kehidupan seseorang, hendaklah dipastikan bahawa rezeki tersebut dari sumber

yang halal dan berkat. Untuk mendapat keberkatan dalam pekerjaan hendaklah

dipastikan bahawa dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai seorang pekerja.

Diantara isu yang sering dibangkitkan tentang akhlak pekerja islam antaranya ialah;

Berpakaian Tidak Mengikut Syariat

Ramai dikalangan umat Islam pada hari ini yang tidak mengambil berat soal

berpakaian. Mereka yang mementingkan trend semata-mata tanpa mengambil kira

adakah ianya memenehui kehendak syarak atau sebaliknya. Islam tidak menghalang

orang Islam mengikuti trend semasa dalam berpakain tetapi yang penting hendaklah

memastikan pakaian yang dipakai memenuhi kehendak syarak iaitu tidak

menampakkan bentuk tubuh, warna kulit dan labuh. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT

(ayat quran: al-ahzab : 59)

Tutur kata Yang Kasar

Mulut merupakan satu anugerah Allah yang mesti digunakan dengan sebaik mungkin.

Kerana lidah banyak berrlaku putus hubungan sesama kawan dan keluarga. Pepatah

melayu ada menyebut ‘kerana mulut badan binasa’. Ini kerana percakapan seseorang

merupakan gambaran zahir terhadap akhlak dan kepribadian seseorang. .Tutur kata

yang lembut menggambarkan keperibadian yang mulia dan baik. Inilah yang

dikehendaki oleh Islam melalui penjelasan Rasulullah s.aw yang bermaksud:

Apa yang perlu anda kuasai di akhir topik ini? Menghuraikan isu semasa berkenaan bidang hospitaliti dan pelancongan. 4.1.1 Akhlak pekerja Islam 4.1.2 Penyajian makanan tidak halal 4.1.3 fasiliti rumah penginapan dan pelancongan yang tidak menepati syarak.

Page 84: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

84

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

“Orang muslim ialah sesiapa yang selamat orang lain daripada lidahnya dan

tangannya”.

Sabdanya lagi yang bermaksud:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, turutilah kejahatan

yang kamu lakukan dengan melakukan kebaikan nescaya kebaikan tersebut akan

menghapuskan kejahatan dan bergaulah dengan manusia dengan akhlak yang baik”.

Pergaulan tanpa batasan

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki

dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak

menjaga batas-batas syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan

pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur untuk menarik

perhatian, fitnah dan tidak berkhalwat.

Pergaulan yang tidak menepati batas –bata syarak dan boleh menimbulkan

fitnah hendaklah dielakkan. Khalifah `Umar al-Khattab pernah melantik al-Syafi,

seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya

tidak berlaku penyelewengan dalaam melaksnakan urusan jualbeli. Tabiat

penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga dan

pembeli di pasar, sama ada lelaki atau perempuan. Sekiranya tidak dibenarkan

nescaya Khalifah Umar tidak aan melantik seorang perempuan untuk menjawat

jawatan tersebut.

Mendedahkan rahsia Syarkat kepada kaum keluarga

Rahsia adalah suatu amanah yang wajib dijaga oleh setiap pekerja. Apabila seseorang

diterima berkerja dimana –mana organisasi mereka akan berikrar tidak akan

menyebarkan perkara yang dianggap rahsia oleh syaraikat kepada orang luar. Oleh

itu orang yang menyebarkan rahsia syarikat dianggap pengkhianat terhadap amanah

yang diberikan kepadanya. Dia termasuk dalam salah satu golongan munafik yang

disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: "Tanda-

tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila

berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" (Hadith

Riwayat Muslim)

Page 85: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

85

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Dalam h adis Abdullah bin Amru r.a pula katanya: Rasulullah saw bersabda :

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia

merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya

bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila

bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila

berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith

Riwayat Muslim]

Membawa balik harta syarikat.

Antara perbuatan yang dianggap satu jenayah dalam sesebuah organisasi yang sering

berlaku ialah dengan membawa balik harta syarikat dan dijadikan sebagai harta diri

sendiri.

Mencuri harta pelanggan

Antara kejadian yang sering berlaku dalam industi perhotelan ialah tidak ada sifat

amanah dikalangan sebahagian pekerja. Sering berlaku kejadian pekerja mengambil

harta penghuni ketika ketidaan mereka dibilik. Oleh itu pihak majikan hendaklah

memastikan bahawa proses pengambilan pekerja yang ditugaskan untuk mengemas

bilik tetamu atau penginap ialah dikalangan orang yang ada sifat amanah.

4.1.2 Penyajian makanan tidak halal.

Pendahuluan

Ramai dikalangan umat Islam yang tidak mengambil berat soal makanan dan

minuman apabila makan direstoran atau dihotel. Sedangkan Islam amat mengambil

berat soal makanan dan minuman sehingga banyak ayat al-quran dan hadis yang

menekankan soal ini. Disamping itu juga persoalan yang berkaitan dengan

penyediaan makanan juga mesti diambil berat. Antara persoalan yang sering timbul

Dalam penyajian makanan ialah;

Page 86: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

86

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Pinggan mangkuk yang haram

Islam tidak hanya menitik beratkan soal pemakanan sahaja bahkan perkara yang

perlu diperhatikan semasa menghidangkan makanan ialah bekas yang digunakan

untuk menghidang makanan juga perlu diperhatikan. Bekas yang dibuat dari emas,

perak atau disalut dengan kedua-dua bahan tad hendaklah dielakkan. Penggunaan

kedua-dua bahan tadi sebagai bekas minuman atau makanan disalut dengan emas

dan perak dilarang untuk digunakan oleh orang Islam agar tidak menunjukkan

kemewahanyang melampau.

Dalam hal in Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jangan kamu minum dalam bekas emas dan perak, dan jangan makan dalam

pinggannya. Maka sesunggugnya ia untuk mereka di dunia, dan untuk kita di akhirat.”

(Hadis Riwayat Bukhari.)

Mencampur makanan haram dengan halal

Makanan yang dihidangkan kepada tetamu menjadi tanggungjawab pengusaha

memastikan ianya halal dan tidak memudaratkan pengguna atau pelanggan. Makanan

dan minuman yang haram akan menyebabkan pemakannya dicampak keneraka

sebagaimana dengan sabda Rasulullah s.a.w yang maksud:

“Setiap daging yang membesar dari pada perkara haram maka nerakalah yang layak

baginya”.

Mencampur bahan kimia yang boleh memudaratkan

Makanan bukan sekadar sedap untuk dimakan tetapi yang lebih penting memastikan

makanan yang disediakan sedap dimakan serta tidak member kesan sampingan sama

ada jangka pendek atau jangka panjang. Oleh itu bahan-bahan kimia yang boleh

memudaratkan pengguna hendaklah dielakkan sama asekali kerana ia bertentangan

dengan konsep “Halalan Toyyyiba” yang dikehendaki oleh Islam.

Dewan Makan Yang Tidak Bersih

Islam amat mengambil berat tentang kebersihan sehingga mengaitkan kebersihan

dengan keimanan. Ini bererti orang yang tidak mengamalkan sifat bersih

menggambarkan keimamnan yang tidak sempurna.

Page 87: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

87

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

Penyalahgunaan Logo Halal

4.1.3 Fasiliti Rumah Penginapan Dan Pelancongan Yang Tidak Menepati

Syariat Islam.

Sumber Pembinaan Hotel Yang Berlandaskan Riba.

Dua gambaran yang disebutkan oleh Allah terhadap orang yang memakan riba iaitu

dengan mengistiharkan perang dan dibangkitkan dalam keadaan seumpama orang

yang kerasukan. Oleh itu pengusaha yang ngin membangunan hotel atau

seumpamanya hendaklah memastikan sumber wang bagi pembinaan tersebut adalah

terdiri dari sumber yang halal dan diakui oleh Islam.

Tidak Menyediakan Kemudahan Untuk Melakukan Ibadah

Perkara pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW selepas melakukan hijrah

ke Madinah ialah dengan membangunkan sebuah tempat untuk melaksanakan ibadah

kepada Allah SWT atau lebih dikenali dengan masjid. Apa yang ditunjukkan oleh

Rasulullah SAW ini merupakan suatu isyarat yang jelas kepada orang Islam bahawa

dalam apa jua pembinaan dan pembangunaan penyediaan sebuah tempat untuk

melaksanakn ibadat tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan oleh orang Islam.

Hotel Yang Tidak Mesra Ibadah

Fenomena yang sering menimpa pelanggan yang menginap dihotel ialah tiada ruang

khusus untuk melaksanakan ibadah.

Kolam Mandi Yang Bercampur Lelaki Perempuan

Menyediakan Minuman Keras

Pusat Spa Dan Gim Yang Tidak Islamik

Page 88: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

88

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

4.1.4 Fasiliti rumah penginapan dan pelancongan yang tidak menepati syariat

Islam.

Syariah Compliant Dalam Industri Perhotelan

Salah satu produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan ialah hotel

patuh syariah (syariah-compliant hotels). Ianya merupakan konsep pengurusan

perhotelan yang semakin mendapat tempat di negara-negara Timur Tengah seperti di

UAE dan juga Arab Saudi. Konsep hotel patuh syariah ini masih di peringkat

pengenalan dan dibina bagi memenuhi permintaan kebanjiran pelancong-pelancong

yang beragama Islam yang semakin bertambah. Ianya semakin mendapat tempat di

kalangan masyarakat Arab.

Antara ciri-ciri patuh syariah ialah :

i. patuh syariah dari segi amalan pengurusan dan perniagaan.

ii. hotel yang tidak menyediakan minuman keras

iii. mempunyai peraturan yang ketat dari segi pergaulan beban di hotel.

iv. menyediakan restoran khusus dan juga perkhidmatan-perkhidmatan

lain yang menyediakan staf perempuan untuk melayan tetamu

perempuan sahaja.

Sebagai contohnya, Kumpulan Hotel De Palma yang dimiliki oleh PKNS

menyediakan pelbagai pelbagai perkhidmatan yang bercirikan mesra pelanggan

Muslim seperti seminar hotel bercirikan Islam dengan menyediakan buah kurma dan

kismis , perkhidmatan imam dan tazkirah semasa tempoh penginapan tetamu di hotel

tersebut. Hotel ini juga telah memamerkan tanda logo halal di laman sesawang dan

menyatakan ianya adalah pelopor hotel patuh syariah dalam negara. Perubahan yang

dilakukan oleh pengurusan kumpulan hotel De Palma dalam mengetengahkan konsep

hotel patuh shariah patut dipuji dan diberi sokongan sepenuhnya.

Page 89: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

89

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

CADANGAN RANCANGAN AKTIVITI P&P, BAHAN DAN PENTAKSIRAN

AA205 HOSPITALITI & PELANCONGAN ISLAM

CLO PERNYATAAN

1 Menjelaskan konsep hospitaliti dan pelancongan mengikut Islam.

2 Menghuraikan kaedah fiqh, konsep kebersihan dan nilai estetika Islam dalam industri hospitaliti dan pelancongan.

3 Membincangkan isu-isu semasa hospitaliti dan pelancongan dalam Islam.

BIL TOPIK/CLO/SLT CADANGAN AKTIVITI P&P/BAHAN PENTAKSIRAN CONTOH ITEM

1 CLO1

SLT P&P : 16 jam

1.0 HOSPITALITI DAN PELANCONGAN ISLAM

1.1 Menerangkan konsep hospitaliti dalam Islam.

1.1.1 Menerangkan konsep pengurusan rumah penginapan.

1.1.2 Menerangkan konsep halalan toyyiban (Halal dan Berkualiti) dalam pemakanan.

1.1.3 Menjelaskan cara sembelihan

OBE

PRA

1.Induksi set berkaitan dengan hospitaliti dan pelancongan melalui tayangan video/keratan akhbar/foto

SEMASA

1.Syarahan oleh pensyarah

2.Sumbangsaran antara pensyarah dan pelajar hospitaliti dan pelancongan

3.Pensyarah menggunakan kaedah CL-Collaborative Learning.

-Pensyarah mengedar artikel serta operasi

RUJUK LAMPIRAN 1

Syarahan interaktif, Perbincangan maya, e-Forum, e-Kuiz, e-Ujian

Demonstrasi,

Projek

Contoh. Soalan :

1. Berikan pengertian hospitality dalam Islam .

2. Huraikan kaedah/syarat sembelihan mengikut Islam .

Page 90: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

90

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

mengikut hukum syarak.

1.1.4 Membincangkan adab dalam perkhidmatan pelanggan.

1.2 Membincangkan Pelancongan Islam.

1.2.1 Menghuraikan pelancongan sebagai ibadah.

1.2.2 Membincangkan etika pelancongan.

1.2.3 Menghuraikan gambaran alam sekitar menurut al-Quran dan as-Sunnah.

1.2.4 Membincangkan tanggungjawab pelancong terhadap alam sekitar.

aktiviti P & P

-Pelajar membaca artikel dan berbincang dalam kumpulan

-Pelajar membentang hasil perbincangan dalam bentuk power point

3. Nyatakan 3 adab dalam perkhidmatan pelanggan mengikut Islam.

2 CLO 2

SLT P&P : 18 jam

2.0 KAEDAH FIQH DALAM BIDANG

HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

2.1 Memahami Kaedah Fiqh dalam bidang

hospitaliti dan pelancongan.

2.1.1 Menerangkan pengertian Kaedah Fiqh.

2.1.2 Membincangkan peranan Kaedah Fiqh

dalam bidang hospitaliti dan pelancongan.

2.1.3 Membincangkan konsep asas Kaedah

Fiqh yang bertepatan dengan bidang

hospitaliti dan pelancongan.

OBE

PRA

1.Induksi set berkaitan dengan hospitality dan pelncongan melalui tayangan video/keratan akhbar/foto

SEMASA

1.Syarahan oleh pensyarah

2.Sumbangsaran antara pensyarah dan pelajar , pelajar-pelajar hospitality dan pelancongan

3.Pensyarah menggunakan kaedah CL-Collaborative Learning.

-Pensyarah mengedar artikel serta operasi aktiviti P & P

-Pelajar membaca artikel dan berbincang dalam kumpulan

-Pelajar membentang hasil perbincangan dalam

RUJUK LAMPIRAN 1

Contoh soalan :

1. Huraikan 2 kaedah Fiqh dalam hospitaliti dan pelancongan

2. Jelaskan 3 peranan kaedah fiqh dalam memahami bidang hospitality dan pelancongan.

Page 91: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

91

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

bentuk power point

3 CLO 2

SLT P&P : 18 jam

3.0 KEBERSIHAN DAN NILAI ESTETIKA DALAM BIDANG HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

3.1 Menghuraikan konsep kebersihan menurut Islam.

3.1.1 Menghuraikan definisi kebersihan.

3.1.2 Membezakan jenis najis dan cara membersihkannya.

3.1.3 Menghuraikan tanggungjawab menjaga kebersihan terhadap diri sendiri, pemakanan, kediaman dan alam sekitar.

3.2 Konsep nilai estetika Islam.

3.2.1 Menghuraikan definisi estetika.

3.2.2 Menghuraikan nilai tertib dan indah dalam aspek tingkah laku, pakaian dan tempat mengikut pandangan Islam.

3.3 Membincangkan aplikasi kebersihan dan nilai estetika dalam aspek:

OBE

PRA

1.Induksi set berkaitan dengan hospitaliti dan pelancongan melalui tayangan video/keratan akhbar/foto

SEMASA

1.Syarahan oleh pensyarah

2.Sumbangsaran antara pensyarah dan pelajar hospitality, pelancongan

3.Pensyarah menggunakan kaedah CL-Collaborative Learning.

-Pensyarah mengedar artikel serta operasi aktiviti P & P

-Pelajar membaca artikel dan berbincang dalam kumpulan

-Pelajar membentang hasil perbincangan dalam bentuk power point/ flash/ video

RUJUK LAMPIRAN 1

Page 92: AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam

92

AA205 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam

3.3.1 Pengurusan diri.

3.3.2 Tempat dan kediaman.

3.3.3 Makanan dan minuman.

4

4.0 ISU-ISU KONTEMPORARI

CLO 3

SLT P&P : 28 jam

4.1 Membincangkan isu-isu semasa berkenaan bidang hospitaliti dan pelancongan.

4.1.1 Akhlak pekerja Islam.

4.1.2 Penyajian makanan tidak halal. 4.1.3 Fasiliti rumah penginapan dan pelancongan yang tidak menepati syariat Islam.

OBE

PRA

1.Induksi set berkaitan dengan hospitali & pelancongan melalui tayangan video/keratan akhbar/foto- gambar

SEMASA

1.Syarahan intraktif oleh pensyarah

2.Sumbangsaran antara pensyarah - pelajar , pelajar-pelajar hospitaliti dan pelancongan

3.Pensyarah menggunakan kaedah CL-Collaborative Learning.

-Pensyarah mengedar artikel serta operasi aktiviti P & P

-Pelajar membaca artikel dan berbincang dalam kumpulan

-Pelajar membentang hasil perbincangan dalam bentuk power point/flash/ video

Pembentangan dan Laporan