87520766 modul-kem-solat

11
Modul Kem Motivasi Solat Tajuk Modul : Ice-Breaking Masa : 1 jam ½ Objektif :- i. Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan dapat merasai kehadiran fasilitator sebagai umi bukan sebagai guru. ii. Mewujudkan sikap keterbukaan, saling percaya mempercayai dan mesra antara satu sama lain. iii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli. iv. Membina ikatan kumpulan. Langkah:- Pembahagian Kumpulan (My Family) – 30 minit 1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek beberapa warna mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk 2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah : biru merah hijau putih kuning 3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara rawak. 4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator yang juga mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang mempunyai lorekan warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan pencarian sehingga jumpa semua ‘family’-umi dan adik-beradik yang lain. 5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk membuat moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ bagi kumpulan mereka berdasarkan pemilihan rawak warna yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa mereka memilih moto tersebut.

Upload: mohd-rozeli-al-hafiz

Post on 28-Jul-2015

242 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 87520766 modul-kem-solat

Modul Kem Motivasi Solat

Tajuk Modul : Ice-Breaking

Masa : 1 jam ½

Objektif :-

i. Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan

dapat merasai kehadiran fasilitator sebagai umi bukan sebagai guru.

ii. Mewujudkan sikap keterbukaan, saling percaya mempercayai dan mesra antara satu sama

lain.

iii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.

iv. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Pembahagian Kumpulan (My Family) – 30 minit

1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek

beberapa warna mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas

bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk

2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah : biru merah hijau putih kuning

3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara

rawak.

4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator

yang juga mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang

mempunyai lorekan warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan

pencarian sehingga jumpa semua ‘family’-umi dan adik-beradik yang lain.

5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk

membuat moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ bagi kumpulan mereka berdasarkan

pemilihan rawak warna yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa

mereka memilih moto tersebut.

Page 2: 87520766 modul-kem-solat

Taaruf Mudah – 30 minit

1. Taaruf dengan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita, makanan

kesukaan, subjek kegemaran dan sebagainya mengikut kekreatifan fasilitator.

2. Fasilitator juga boleh melakukan permainan seperti menyuruh peserta menyusun barisan

mengikut negeri asal, berat badan dan sebagainya.

3. fasilitator akan meraikan hati peserta dan sentiasa merangsang peserta menghangatkan

suasana,fasilitator akan memperkenalkan diri seagai umi dan peserta mempunyai panggilan

dalam ‘family’ baru seperti Kak Long dan sebagainya.

Taaruf Perlembangaan – 30 minit

1. Peserta diminta berada di dalam satu bulatan. Fasilitator akan memberikan tempoh masa

yang sesuai kepada peserta untuk memilih nama panggilan atau singkatan dan memikirkan

suatu gaya atau isyarat yang sopan yang melambangkan dirinya.

2. Fasilitator akan mempersilakan peserta yang pertama memperkenalkan dirinya dengan

menggunakan gaya atau garisan yang dipilih diikuti dengan nama panggilan sebanyak 3 kali.

Seterusnya peserta kedua perlu mengulangi nama dan isyarat peserta pertama diikuti pula

dengan dirinya. Begitulah seterusnya. Lakukan sehingga selesai. Ulangi daripada perlahan

hingga beransur laju. Fasilitator boleh juga sekiranya ingin mengulangi aktivit ini dari arah

yang bertentangan

3. setiap ‘Family’ akan memperkenalkan moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ masing-

masing. Item ‘family’ tersebut akan menjadi barang amanah ‘family’ masing-masing

Tajuk Modul : ‘Subhanallah, Indahnya alam’

Masa : 1 jam ¼

Objektif :-

I. Untuk menghayati kebesaran Tuhan

II. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar

III. Merapatkan ukhwah

Page 3: 87520766 modul-kem-solat

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa

gerakan memanaskan badan

Jogging – 10 minit

Peserta dan fasilitator akan berlari anak di sekitar kawasan padang sambil menghayati alam

Fasilitator akan menceritakan tentang keagungan Allah melalui penciptaan alam secara santai.

Cari cucu – 25 minit

Objektif :-

Menilai sejauh mana peserta mengingati nama panggilan rakan mereka

Mengenali para peserta melalui aspek luaran seperti pakaian, bentuk badan

Material :-

Sapu tangan / kain penutup mata

Tongkat

1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk bulatan besar. Semua peserta akan

memberitahu nama panggilan atau singkatan masing-masing.

2. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Nenek akan

ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat

diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

3. Semua peserta akan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama

lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

4. Nyanyian :

Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucudimana

berada.Nenek kahwindengan anak raja.

5. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran

mendendangkan nyanyiannya.

Page 4: 87520766 modul-kem-solat

Cucu, cucutak dapat lari.Nenek tuabanyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.Siapa yang

kena,dia menjadi.

6. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan

diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan

tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya

menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama panggilan atau singkatan peserta tersebut

dengan betul.

7. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan

tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan

permainan diteruskan.

Teng teng – 25 minit

1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk dua buah kumpulan. Sebelum

permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan yang mana harus

memulakan permainan terlebih dahulu.

2. Bagi memulakan permainan, peserta hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak

pertama dengan cara membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang

ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Peserta lain mengambil giliran

pula.

3. peserta dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di

petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi peserta yang baru sahaja memulakan

permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka peserta hendaklah melompat terus ke

petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak,

seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih

permainan.

4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan

keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak

keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya

sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke

petak pertama dan terus ke garisan penamat.

5. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada

Page 5: 87520766 modul-kem-solat

kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya

mengambil alih permainan.

6. Setiap kumpulan akan bermain secara bergilir sehingga pemenang dikira berdasarkan

kumpulan yang paling ramai baki ahli yang tidak mati.

Tajuk Modul : ‘Tressure hunt’

Masa : 1 jam ¼

Material :-

Lampiran ‘ pekerja balak yang rajin’

Lampiran ‘kebakaran’

Lampiran ‘peta harta karun’

Telur

Kertas A4

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa

gerakan memanaskan badan. Fasilitator akan memberikan Peta harta karun dan seorang

fasilitator dari kumpulan lain (untuk memantau tugasan di setiap check point) kepada semua

kumpulan , semua peserta dikehendaki melalui semua check point untuk menyelesaikan

tugasan. Peserta yang sampai di check point terakhir akan menyerahkan semua barang dan

tugasan kepada pemantau.

Check point 1

Objektif :-

Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1

Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Untuk pergi ke check point seterusnya peserta hendaklah menjawab beberapa soalan akan

ditanya oleh Fasilitator berkaitan persediaan sebelum solat yang ditekankan dalam LDK1.

Page 6: 87520766 modul-kem-solat

Soalan yang diajukan berdasarkan kreativiti fasilitator

Check point 2

Objektif :-

Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1

Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Peserta diminta untuk mencari barang-barang yang tertera di atas kertas disekeliling mereka

dalam masa 5minit. Barang tersebut adalah getah dan marker pen. Kemudian pemantau akan

memeri arahan kepada mereka supaya menegakkan marker pen masing-masing dan dalam

masa 10minit mereka diminta untuk melastik marker pen tersebut dalam jarak tertentu.

Markah dikira berdasarkan bilangan marker pen yang berjaya dijatuhkan

Check point 3

Objektif :-

Menilai tahap kreativiti dan inovatif peserta dalam menyelesaikan masalah

Membina semangat kerjasama antara peserta dan mesyuwarah antara kumpulan

Sebiji telur diletakkan di hadapan peserta dan mereka dikehendaki mendirikan telur tersebut

dengan apa cara sekali pun dalam 5 minit.

Check point 4

Objektif :-

Untuk melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah

Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik

Merapatkan ukhwah antara ahli

Peserta akan dapat sehelai kertas A4. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas

tersebut agar semua ahli kumpulan dapat masuk dan memboloskan diri mereka. Caranya

Page 7: 87520766 modul-kem-solat

bebas. Pemberian kertas tidak boleh diulang.

Check point 5

Objektif :-

Menekan kepada peserta bahawa kejenuhan kita melakukan ibadah rutin kerana kurang

menghalusi ibadat kita

Peserta dikehendaki menghafal sebuah cerpen ‘pekerja balak yang rajin’. Ini bertujuan untuk

menguji daya ingatan para peserta dan mereka akan diuji pada check point terakhir.

Jawapan :-

Amien terlupa untuk mengasah kapak lantaran kerana sibuk bekerja.

Check point last

Objektif :-

Mendedahkan kepada peserta konsep perseimbangan dunia dan akhirat agar cemerlang dunia

akhirat

Menekankan kepada peserta kepentingan untuk kita berpegang kepada ajaran Quran

Peserta dikehendaki mencantumkan kepingan artikel yang terpisah dan tersembunyi di sebalik

task dan mungkin di sebalik barang amanah iaitu cerpen ‘kebakaran’

Jawapan :-

Marhani : adalah seorang penganut yang memahami dan mematuhi ajaran. Sedar akan akibat

yang di terima jika menyanggahi ajaran

Azra : bersikap materialistik dan memikirkan dunia semata-mata. Tidak menghiraukan akibat

yang diterima jika tidak mematuhi ajaran Islam

Aimi : ibarat seorang yang jahil tentang agama. Ini juga boleh ditujukan kepada mereka

yangmencari akhirat tanpa memikirkan alam sekeliling dan memikirkan tanggungjawab

Page 8: 87520766 modul-kem-solat

sosial. Contohnya, seorang yang tidak lekang ke masjid tetapi tidak mengajar adik solat dan

tidak mahu membantu adik-adik di rumah. Aimi akhirnya terperangkap dengan dunia kerana

tidak arif dengan dunia itu sendiri.

Tajuk Modul : Senamrobik

Masa : 1 jam

Objektif :-

v. Untuk menghayati kebesaran Tuhan

vi. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar

vii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.

viii. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa

gerakan memanaskan badan

Senamrobik – 15 minit

Lagu Bumi suci palestina dimainkan dan fasilitator mengajarkan gerakan ringkas sambil

diikuti para peserta.

Senamrobik – 30 minit

Semua peserta akan mementuk bulatan besar

Sambil muzik dimainkan, seorang peserta akan dipilih untuk memulakan gerakan sendiri dan

gerakan tersebuta akan diikuti peserta yang lain

kemudian peserta yang lain akan meneruskan gerakan yang lain sambil peserta lain mengikut

pergerakan tersebut sehingga semua peserta berpeluang mencipta gerakan mereka sendiri

Tajuk Modul : Bina kubu kita!

Masa : 1 jam

Page 9: 87520766 modul-kem-solat

Objektif :-

· Untuk melatih kepekaan dan senstiviti peserta terhadap persekitan

· Menghilangkan garis pemisah antara ahli dan ikatan kumpulan

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa

gerakan memanaskan badan

Bina kubu kita! – 45 minit

Beberapa sandal peserta akan digunakan untuk membina kubu

Pihak lawan akan mengambil jarak dan memlontarkan sandal pada kubu sandal yang dibina

peserta dengan matlamat untuk menghancurkan kubu tersebut

tatkala sandal tersebut mengenai sasaran, serentak dengan itu peserta akan lari

menyelamatkan diri dari mengenai sasaran musuh.

dalam pada masa yang sama peserta akan mencuri-curi untuk menyusun semula sandal seperti

sedia kala.

Jika peserta terkena hantaran sandal dari pihak musuh, peserta tersebut akan terkeluar dari

permainan.

Peserta akan dikira menang jika peserta dapat membina kubu sempurna dan musuh dikira

menang jika semua peserta habis terkena hantaran sandal.

LAMPIRAN

KEBAKARAN

Page 10: 87520766 modul-kem-solat

Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara

penghuni yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.

Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus

menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di

dalam almari. Api telah merebak dan semakin marak. ‘Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih

penting’, fikirnya. Ketika dia bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang

wanita mengandung yang kepayahan menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun

memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.

Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang

meningkat maju. Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di

dalam almari. Begitu juga dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia

masih memunggah barang-barangnya....

Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari

pertama dia tiba di Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu

kerana anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor mendapat ‘on call’. Ketika mendengar

bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan

dia terkejut melihat penghuni kondominium tersebut bertempiaran lari sambil menjerit ‘api!

Api!’.’oh, kebakaran rupanya’. Dia cuba membuka pintu tetapi api semakin marak. Dia juga

tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban dalam nahas kebakaran

kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.

LAMPIRAN

PEKERJA BALAK YANG RAJIN

Page 11: 87520766 modul-kem-solat

Amien adalah seorang pemuda yang tampan dan gagah. Dia bercita-cita untuk menjadi

pekerja balak. Semasa menyambut jadinya yang ke-18, dia pun keluar dari rumahnya dan

menuju ke sebuah kilang memproses kayu balak yang terkenal di negeri itu. Amien terus

mendapatkan supervisor kilang dan terus memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Supervisor

itu amat sukacita melihat Amien yang tampan dan mempunyai susuk tebuh yang tegap lantas

dia pun menerima amien untuk bekerja sebagai pekerja balak.

Pada hari pertama, Amien telah berjaya menebang sebanyak 10 batang pokok balak.

Supervisor itu amat berpuas hati dengan prestasi kerja Amien. Pada hari yang berikutnya,

pemuda itu telah bekerja keras seperti biasa tetapi dia hanya dapat menebang 8 batang pokok

sahaja. Pada hari berikutnya lagi, Amien telah bekerja keras seperti biasa tetapi bilangan

pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurangan.

Pada hari jumaat, Supervisor itu telah memanggilAmien masuk ke pejabatnya kerana Amien

masih belum berjaya menumbangkan walau sebatang pokok pun sehingga matahari terbenam.

Amien merasa sangat sedih dan malu.

Amien Tuan, setiap hari saya telah bekerja keras daripada biasa tetapi dari hari ke hari

bilangan pokok yang berjaya saya tebang semakin berkurang dari hari ke hari.

Supervisor kenapa hari ini kamu tidak dapat menumbangkan sebatang pokok pun?

Amien saya telah cuba dengan bersungguh-sungguh Tuan

Kenapa Amien tidak berjaya menumbangkan sebatang pokok pun?