83322777 kepentingan penglibatan industri dalam ptv

Upload: ismail-hamzah

Post on 22-Jul-2015

328 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Fakulti PendidikanJabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

KEPENTINGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTVMOHD ZULFADLY BIN OTHMAN WAN AHMAD KHAIRUN NASRI B WAN OMAR MUHAMAD AFZAMIMAN BIN ARIPIN

Selasa, 10 Mac 2009

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

KANDUNGANPenghargaan Pendahuluan i ii

BAB 1: ISU DAN KEPENTINGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTV 1.1 Pengenalan 1.2 Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV 1.3 Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV BAB 2: PERKEMBANGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTV 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Perkembangan Industri Dalam PTV Perkembangan Industri Dalam PTV Di Malaysia Perlaksanaan PTV Di Malaysia Pada Masa Kini

1 2 11

12 14 18 20

BAB 3: TINJAUAN JENIS PROGRAM PTV DALAM DAN LUAR NEGARA 3.1 3.2 3.3 3.4 Pengenalan Pelaksanaan PTV dibeberapa Negara Situasi di Malaysia Sekilas Tinjau-Situasi di Luar Negara 22 23 27 30

BAB 4: CADANGAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN PROGRAM USAHA SAMA PTV 4.1 Pengenalan 4.2 Cadangan kepada Pembentukan Program PTV yang Berkesan KESIMPULAN

31 31

36

Bibliografi Lampiran

v vi

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pn. Rohana Binti Hamzah selaku pensyarah bagi subjek Industri dan PTV ini di atas segala bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses menghasilkannya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga semua rakan yang terlibat dalam kajian ini. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan telah banyak memudahkan penghasilan tugasan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman seperjuangan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu dan mendorong dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Segala jasa baik, budi bicara serta pengorbanan semua pihak tetap dikenang dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Sekian, terima kasih.

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN WAN AHMAD KHAIRUN NASRI B WAN OMAR MUHAMAD AFZAMIMAN BIN ARIPIN

i

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

PENDAHULUANPendidikan teknik dan vokasional (PTV) didefinisikan sebagai Formal education designed to prepare for skilled occupation in industry, agriculture and commerce, generally at secondary level atau Formal education designed to provide knowledge and skills underlying production process with a wider connotation then vocational education at secondary or higher level (Ishak Yusuf & Rahmah Ismail,1997). 1

Menurut Kamus Dewan (2000), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.

International Dictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai providing skills and education that prepare you for a job sementara teknik having or needing special usually learned, skill or knowledge.

Rumusnya pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolah-sekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata pelajaran vokasional tetapi ditawarkan secara elektif.

1

Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

ii

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TERHADAP INDUSTRI

Rancangan Malaysia Keenam mengandungi tahap pertama mengenai Rangka Kedua Perancangan Prospektif di mana ia menekankan kepada Pembangunan Sumber Manusia, di mana aspek ini amat penting di dalam membantu Malaysia mencapai tahap negara perindustrian. Ianya meliputi pembangunan polisi untuk mempelbagaikan asas industri, menambahkan pembangunan sumber manusia, mempromosikan teknologi dan meningkatkan serta mengimbangi sektor-sektor yang ada di setiap negeri.

Perancangan

tersebut

juga

memfokuskan

kepada

keperluan

untuk

mengembangkan pendidikan vokasional bagi menambahkah bekalan tenaga buruh yang mahir serta tenaga kerja berkualiti bagi memenuhi pembangunan ekonomi negara yang sedang pesat berkembang.

Dalam tahun 1980-an, Malaysia telah melabur dengan banyak ke atas pendidikan vokasinal samada berbentuk kualitatif mahupun kuantitatif. Langkah ini juga merupakan turutan daripada cadangan yang telah dikemukakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan yang juga dikenali sebagai Laporan Mahathir (Kementerian Pendidikan, 1980). Sebagai hasilnya, bilangan sekolah vokasional peringkat menengah telah meningkat daripada 29 buah pada tahun 1982 kepada 70 buah pada tahun 1993.

Sementara itu pada tahun 1987, kursus-kursus dan kurikulum bagi sekolahsekolah ini telah diperbaharui. Ini menjadikan sekolah vokasional sebagai sebuah tempat yang amat sesuai bagi para pelajar untuk meneruskan pendidikan peringkat tinggi mereka. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan mengenai pendidikan vokasional ini, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pendidikan ini semakin penting.

iii

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Ia juga telah menjadi satu keperluan yang mendesak bagi melahirkan tenaga kerja yang benar-benar berkemahiran . Ini secara tidak langsung dapat memenuhi sasaran Malaysia bagi menyediakan tenaga kerja ini menjelang Tahun 2020. (Mohamad, 1991). Pada masa yang sama, Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Latihan (Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Pendidikan, 1991) telah mencadangkan tentang keperluan mengenai kawalan serta pengurusan pendidikan vokasional yang baik dan sistematik. Langkah ini amat penting bagi mengurangkan pembaziran yang berlaku hasil daripada kecelaruan yang timbul akibat daripada ketidakseimbangan antara ouput pendidikan dan peluang-peluang pekerjaan.

Pembangunan mengenai pembuatan polisi serta mekanisme pengurusan yang mengawal sistem pendidikan vokasional merupakan sesuatu yang amat penting. Semakan dari masa ke semasa adalah amat perlu bagi membantu serta memberi fokus kepada proses untuk memastikan perancangan pendidikan vokasional sesuai dengan matlamat pembangunan negara; sistem tersebut dapat disesuaikan dengan keperluan terhadap pekerja dan majikan; sistem yang fleksibel dan bertanggungjawab; pembangunan yang berterusan dan mana-mana peningkatan atau pembaharuan terhadap sistem tersebut dapat berkekalan. Penyelidikan harus dilakukan untuk melihat pengaruh dan cabaran yang dihadapi oleh pendidikan vokasional di dalam konteks ekonomi baru dan persekitaran sosial yang wujud di Malaysia.

iv

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

BAB 1:

ISU DAN KEPENTINGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTVoleh Mohd Zulfadly Bin Othman

1.1 Pengenalan________________________________________Bagi merealisasikan visi negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, kerajaan telah berusaha meningkat dan memperbanyakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang lebih berkonsepkan teknikal dan vokasional.

Permintaan terhadap pekerja profesional, teknik dan yang berkaitan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Pada tahun 1980 didapati 6.7% pekerja adalah di dalam kategori ini. Pada tahun 1990, permintaan terhadap pekerja profesional dan teknik mengalami peningkatan kepada 7.8%. Peningkatan ini di jangka akan terus berlaku dimasa hadapan memandangkan penglibatan negara di dalam industri pembuatan yang kian berkembang dengan pesat menyebabkan pekerja profesional dan teknik diperlukan. 1

Dengan perkembangan yang pesat sektor industri ini menyebabkan permintaan terhadap pekerja teknikal dalam beberapa tahun lepas jauh lebih tinggi berbanding tenaga kerja yang dapat dikeluarkan oleh di dua sektor awam dan swasta. Peningkatan ini akan terus bertambah sejajar dengan perubahan dari segi teknologi, terutama sektor pembuatan dari penggunaan Automasi dan robot yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan fleksible. 2

1 2

Laporan tahunan Jabatan Tenaga Buruh, Kem. Sumber Manusia 1995 Laporan status JPT; Profiles of Technical and Vocational Education Malaysia June 1998

1

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

1.2 Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV_________________Matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian berteknologi tinggi perlu menekankan beberapa perkara terutamanya persediaan terhadap gunatenaga daripada lulusan pendidikan teknik dan vokasional. Lulusan dari pendidikan teknik dan vokasional seharusnya dipertingkatkan dimana bidang sains dan teknologi merupakan bidang besar yang diberikan penekanan dan dipertingkatkan kadar penyertaannya (Ishak Yusuf & Rahmah Ismail 1997, 84). 3

Di negara kita, aliran pendidikan vokasional masih dianggap sebagai pendidikan pilihan kedua. Langkah kerajaan menaikkan taraf sekolah vokasional ke sekolah teknik mungkin dapat menggurangkan tanggapan tersebut. Di kebanyakkan negara yang mencapai taraf negara perindustrian, enrolmen pelajar aliran vokasional melebihi 60 peratus sedangkan di Malaysia ia tidak sampai pun 10 peratus.

Walaupun pada masa ini usaha telah dijalankan untuk meningkatkan enrolmen pendidikan teknik dan vokasional ianya jauh lebih rendah berbanding dengan negara maju. Contohnya, nisbah enrolmen pendidikan vokasional di Jerman ialah 60 peratus, Jepun 28 peratus dan Taiwan 70 peratus (Ishak Yusuf & Rahmah Ismail 1997, 85). 4

Jadual menunjukkan nisbah enrolmen pelajar teknik dan vokasional yang masih rendah

1985 Jumlah Pelajar Teknik dan Vokasional. (% daripada pelajar menengah atas) 6.1%

1990 8.1%

1993 9.6%

1995 9.7%

3

Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. 4 Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia.

2

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Senario ini ada kaitannya dengan beberapa perkara seperti: 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 Kekurangan Infrastruktur Pendidikan Teknik dan Vokasional Peluang yang terhad untuk memasuki Sekolah Teknik Kesesuaian kurikulum yang diajar Kurang Kerjasama daripada Industri Persepsi negatif masyarakat

1.2.1

Kekurangan Infrastruktur Pendidikan Teknik dan Vokasional Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh (1997) 5 menyatakan, kos untuk membiayai

pendidikan teknik dan vokasional memanglah tinggi. Contohnya kos untuk pengurusan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Semenanjung Malaysia ialah RM21,239,514 (1983) berbanding RM98,131,886 (1992).

Kos pelaburan dalam bidang pendidikan yang tinggi terutama dalam bidang pendidikan menengah teknik dan vokasional berbanding dengan menengah kebangsaan biasa menyebabkan peluang untuk pelajar mengikuti aliran pendidikan teknik dan vokasional ini terlalu kecil. Dengan itu ia menjadi salah satu daripada dasar kerajaan yang utama melalui Dasar Pendidikan Negara. Ini diperjelaskan lagi dengan peningkatan peruntukan belanjawan pendidikan setiap tahun.

Kos bagi membiayai seorang pelajar lepasan sekolah menengah teknik, anggaran purata kos yang diperlukan RM 2,342 berbanding sekolah menengah kebangsaan RM 1,168 tahun 1990. Bagi tahun 1995, seorang pelajar lepasan sekolah menengah teknik purata kos yang diperlukan RM 3,419 berbanding sekolah menengah kebangsaan RM 1,489. 6

5

Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh. 1997. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas 6 Sumber: Belanjawan Persekutuan, 1990&1995

3

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Daripada jadual 1, diapati kos untuk melahirkan seorang pelajar sekolah menengah teknik dalam tahun 1997 purata kos sekitar RM 5,641 berbanding pelajar sekolah aliran biasa RM 1,814. Jadi, terdapat perbezaan kos purata bagi pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional berbanding sekolah menengah biasa.Jadual 1: Purata Perbelanjaan Perkapita Pendidikan di Malaysia 1980 1999 (RM) 7

Tahun

Sek. Men Teknik (Vokasional)

Sek. Men Keb dan Sek. Rendah 638 1,177 1,379 1,830 1,814

1980 1985 1990 1995 1997

1,6543, 564 3,953 5,239 5,461

Pelaburan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan amat diberikan perhatian yang besar melalui belanjawan negara setiap tahun misalnya dalam tahun l99l kerajaan telah memperuntukan lebih RM 5.782 billion belanjawan negara untuk sektor pendidikan. Sementara dalam tahun l996 peningkatan ketara dalam belanjawan negara bagi tujuan yang sama iaitu berjumlah RM 9.232 billion daripada RM 54.776 billion perbelanjaan negara keseluruhan.

Dalam tahun l997 peruntukan ini terus bertambah menjadi RM l0.124 billion iaitu 22.9% daripada belanjawan mengurus kerajaan. Walaupun kegawatan ekonomi negara berlaku pada tahun l998 kerajaan tidak pernah mengabaikan sektor pendidikan. Belanjawan pendidikan tidak dikurangkan berbanding sektor-sektor lain di mana RMl0.323 billion ataupun 24.3% belanjawan mengurus diperuntukan bagi sektor pendidikan (Laporan Ekonomi 1990-2000).

7

Sumber: Laporan Ekonomi & Belanjawan Persekutuan 1980-1998, Buku Tahunan Perangkaan 1998, Jabatan Perangkaan Malaysia.

4

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Jika dibandingkan dengan negara maju nisbah perbelanjaan pendidikan di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan negara maju. Contohnya Britain 11.9%, Amerika Syarikat 12.9% dan Australia 13.6% daripada perbelanjaan negara (Abdul Samad Mat Isa, 2004).Rajah 1: Purata Perbelanjaan Perkapita Pendidikan di Malaysia 8

8

Abdul Samad Mat Isa (Jun, 2004). Prospek Pelaburan Pendidikan Sekolah Menengah Teknik Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia

5

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Hasil analisis trend yang dibuat oleh Abdul Samad (Jun 2004) di antara perbelanjaan pengurusan dan bilangan pelajar dalam Rajah 1 dan 2 dapatlah disimpulkan perbelanjaan pendidikan menengah dan rendah akan terus meningkat sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar.

Rajah 2: Trend Pembiayaan Pendidikan Rendah & Menengah di Malaysia

Rajah 3: Trend Pembiayaan Pendidikan Teknik dan vokasional di Malaysia

Namun begitu terdapat sedikit perbezaan dalam trend pembiayaan untuk sistem persekolahan teknik dan vokasional di mana perbelanjaan pendidikan perkapita per pelajar masih boleh diturunkan apabila bilangan pelajar bertambah di setiap buah sekolah. Jelas di sini kapasiti kemasukan pelajar di 84 sekolah teknik masih boleh dipertingkatkan kerana masih belum mencapai tahap optima berasaskan infrastruktur yang sedia ada.

6

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

1.2.2

Peluang yang Terhad untuk Memasuki Sekolah Teknik

Pemerhatian dari data-data empirikal telah menunjukkan bahawa orang yang menerima pendidikan menengah teknik memperolehi pendapatan yang lebih berbanding pendidikan menengah akademik. Kajian yang dijalankan di Britain dan Scotland majikan cenderung menetapkan kouta di syarikat mereka sekitar 27% untuk lepasan pendidikan teknik dan vokasional selebihnya untuk lain-lain aliran (Canning & Martin, 2002). Justeru itu ibu bapa berlumba-lumba menempatkan anak-anak mereka di sekolah jenis tersebut, walaupun tempat terhad.

Kejayaan menamatkan pendidikan di sekolah jenis teknikal biasanya membawa kejayaan dalam kehidupan seseorang pelajar, itulah persepsi ibu-bapa ketika ini. Tetapi persepsi ini seharusnya diterima secara terus kerana pada awal tahun 2003, daripada 48,360 tawaran dikeluarkan kepada pelajar tingkatan 4, terdapat sebilangan kecil pelajar menolak tawaran ini.

Desakan semakin hebat di kalangan ibu bapa dan masyarakat bagi menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik kepada generasi muda, dengan pembinaan sekolahsekolah menengah teknik dan vokasional. Namun kemampuan negara amat terhad bagi membiayai persekolahan jenis tersebut oleh itu sebahagian kecil sahaja pelajar yang bekesempatan memasukinya. Contohnya dalam tahun 2000 cuma 60,425 (8.6%) orang sahaja pelajar yang mengikuti pendidikan menengah teknik dan vokasional di 84 buah sekolah seluruh negara berbanding dengan pendidikan menengah kebangsaan berjumlah 693,880 (91.4%) orang pelajar di 1,561 buah sekolah menengah.

7

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

1.2.3

Kesesuaian Kurikulum yang Diajar

Terdapat beberapa persoalan yang timbul mengenai ketepatan dan kesesuaian kurikulum yang diajar mengikut kehendak pasaran kerjaya semasa dan masa depan. Menerusi Forum Pendidikan yang dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia pada 6.8.2001, Pengarah Bahagian Teknik Vokasional Kementerian Pendidikan mengunjurkan lebih 30% pelajar lepasan sekolah teknik gagal bersaing dalam pasaran pekerjaan. Ini kerana mereka memerlukan latihan tambahan selepas tamat persekolahan. Salah satunya ialah kursus-kursus yang dianjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Fenomena ini disebabkan oleh kurikulum yang diajar tidak bersesuaian dengan kehendak semasa, malah tidak ada penyelarasan piawai seperti yang dikehendaki oleh majikan. Menurut laporan yang dinyatakan dalam laporan Mahathir, beliau ada mencadangkan agar kurikulum sekolah teknik perlu diimbas balik agar bersesuaian dengan kehendak atau permintaan indutri."the existing curriculum of the secondary vocational schools (SVSs) to be reviewed and revamped, appropriate to the pressing demand of rapid industrialisation. It is an appropriate measure to raise the image and the status of the schools." 9

Di dalam laporan Mahathir ini lagi melihat perlu adanya latihan in-plant atau industri berbanding latihan berasaskan sekolah. Beliau mencadangkan;"....vocational students to undergo on the job practical training in industry. This will significantly enable them to have more practical exposure and adaptability to industrial practices and procedures." 10

9

10

Ministry of Education, 1980 para.209.1 Ministry of Education, 1980 para.70

8

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Ini membolehkan pembentukan kurikulum baru yang lebih berteraskan kepada kehendak industri secara tak lansung memberi pendedahan kepada pelajar dunia pekerjaan yang sebenar dan juga kepada teknologi semasa. Namun perlaksanaan masih lagi pada peringkat perancangan yang mana perlukan komitmen dari semua pihak kecuali pada peringkat institut pengajian tinggi perlaksanaanya telah dijalankan.

1.2.4

Kurang Kerjasama daripada Industri

Kurikulum yang ditawarkan di sekolah teknik dan vokasional sekiranya tidak mengikut permintaan pasaran industri menyebabkan lepasan tidak memenuhi keperluan industri. Ini adalah kerana lepasan pelajar tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaan. Di Britain, pihak industri berpendapat sekolah perlu memasukkan unsur vokasional di dalam kurikulumnya tetapi tidaklan ditahap sehingga pelajar-pelajarnya boleh bekerja dengan kemahiran yang diperolehi tanpa sebarang latihan. Ini memandangkan, pihak industri lebih suka memberi latihan di tempat kerja dan pihak institusi vokasional memberikan latihan asas. Kurikulumnya meliputi pengetahuan asas, kemahiran komunikasi, kemahiran teknikal serta etika kerja (Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh 1997, 103). 11

Namun begitu, wujud masalah dalam mencari pengusaha yang sanggup menyediakan program pengalaman kerja sedemikian rupa. Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh The Organization for Economic Cooperation and Development menunjukkan kurangnya penglibatan pengusaha industri dalam menyediakan program sedemikian rupa.

Ini adalah persoalan yang berterusan ditujukan kepada penggubal kurikulum pendidikan teknik dan vokasional dalam memberi kepercayaan kepada perniagaan dan industri untuk menyumbangkan sumber bagi mereka menyediakan industrial-based learning experience.

11

Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh. 1997. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas

9

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

1.2.5

Persepsi Negatif Masyarakat

Anggapan negatif mengenai Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mana ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV itu sendiri.

Menyedari tanggapan masyarakat terhadap kelemahan Pendidikan Teknik dan Vokasional inilah, maka Kementerian Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT.

10

Bab 1: Isu dan Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

1.3 Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV_______1.3.1 Potensi pekerjaan masa hadapan

Kajian yang dijalankan oleh Canning & Martin (2002), di Britain berhubung pencapaian akademik dan kerjaya, telah menunjukkan pelajar yang memiliki pendidikan teknik cenderung lebih berdaya maju. Mereka cenderung memperolehi pendapatan yang agak tinggi berbanding lain-lain lepasan disiplin pendidikan.

Namun begitu disebabkan oleh masalah ekonomi dan mutu kurikulum, potensi bagi lepasan pendidikan teknik di Scotland agak kurang baik dari segi peluang pekerjaan walaupun pencapaian mereka dalam peperiksaan agak cemerlang. Pada keseluruhannya dalam jangka panjang potensi mereka pada masa depan dikatakan agak cerah disebabkan oleh perkembangan pesat sektor pembuatan.

1.3.2

Mencapai kemajuan industri pada tahun 2020

Sejak kebelakangan ini, lebih banyak sekolah teknik dan vokasional, politeknik dan kolej komuniti ditubuhkan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai meminati PTV. Ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk mencapai kemajuan negara pada tahun 2020 dalam bidang perindustrian, perdagangan dan pertanian. Jika diamati PTV mampu menyediakan diri individu memasuki sesuatu pekerjaan atau

mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran mereka.

Di samping perancangan sistem pendidikan dan latihan, satu perkembangan baru yang meyakinkan aspek latihan kemahiran ialah dari segi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang disediakan kepada semua pelajar di institusi latihan kemahiran.

11

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

BAB 2:

PERKEMBANGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTVOleh Wan Ahmad Khairun Nasri B Wan Omar

2.1 PengenalanPendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dan seterusnya kepada bangsa dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan. 1

Dalam usaha negara kita untuk mencapai tahap negara perindustrian, kerajaan perlu lebih ramai guru-guru terlatih dalam bidang Sains Teknikal dan Vokasional. Penambahan bilangan guru Sains Teknikal dan Vokasional diperlukan lanjutan daripada penambahan bilangan pelajar yang berminat dengan pelajaran berkaitan serta dengan penawaran mata pelajaran Sains Teknikal di sekolah berasrama penuh dan sekolah harian yang dipilih. 2 Peningkatan bilangan pelajar ini berlaku disebabkan perubahan tanggapan masyarakat, ibu bapa dan pelajar sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan pasaran industri yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara. 3

1

Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othmam. Program Pendidikan Guru Teknik dan Vokasional Yang Cemerlang 2 Falsafah Pendidikan Negara 3 Menteri Pendidikan Malaysia. Forum Pendidikan di Pulau Pinang (2003)

12

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Kerajaan juga telah melakukan pembangunan polisi untuk mempelbagaikan asas industri, menambahkan pembangunan sumber manusia, mempromosikan teknologi dan meningkatkan serta mengimbangi sektor-sektor yang ada di setiap negeri. Dasar Pendidikan negara telah menjadi alat yang berkesan menjana perubahan dalam masyarakat dan sebagai satu daripada polisi sosial yang boleh membawa pelbagai harapan negara (Ibrahim, 1980; Mook, 1991). 4

Perancangan

tersebut

juga

memfokuskan

kepada

keperluan

untuk

mengembangkan pendidikan vokasional bagi menambahkan bekalan tenaga buruh yang mahir serta tenaga kerja berkualiti bagi memenuhi pembangunan ekonomi negara yang sedang pesat berkembang. 5

4

Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman Program Pendidikan Guru Teknik dan Vokasional Yang Cemerlang 5 Falsafah Pendidikan Negara

13

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

2.2 Perkembangan Industri Dalam PTV_____________________

Jadual Perkembangan Industri Dalam PTV 6 TAHUN 1562 1771 1868 1872 Konsep Aperentis Pendidikan Industri Pestalozzi Imperial Technical School di Moscow, Rusia Pendidikan Sloyd di Sweden Bermulanya Arts and Craft 1888 1880 1892 1905 Pendidikan Sloyd di bawa ke Boston, Amerika Manual Training School Manual Art School Industrial Arts School PENDIDIKAN

Perkembangan industri dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional melibatkan beberapa pecahan yang berkaitan dengan industri seperti Seni Perusahaan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Teknikal, Pendidikan Industri dan Pendidikan Kerjaya. Sejarah Pendidikan Vokasional bermula dengan konsep aperentis. Aperentis bermaksud, pendidikan berkonsepkan keluarga, one-to-one, secara kontrak dan turun temurun. Sebagai contohnya, zaman dahulu sebelum berkembangnya pendidikan teknik vokasional, jika bapa bekerja sebagai mekanik, kemahiran itu secara automatik akan diturunkan kepada anaknya juga supaya menjadi mekanik.

6

Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM skudai.

14

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Pendidikan ini biasanya dalam tempoh 2-3 tahun. Sebagai bukti wujudnya aperentis ialah Code of Hammurabi (2250 B.C).Tujuan utama aperentis ini adalah untuk memberi pelajaran kepada kanak-kanak miskin. Pengganti kepada sistem pendidikan aperentis seperti: 7

i.

Sunday School (Robert Raikes) Bersekolah hanya pada hari Ahad. Anak ke sekolah manakala bapa ke gereja.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

Infant School (Robert Owens) Sekolah tadika atau sekolah kanak-kanak. Ragged School (John Pound) Ketukangan seperti membaiki kasut Half-time School di England Waktu pagi belajar manakala petang bekerja. Continuation School - Habis kerja terus sambung belajar. Trade School di Jerman Sekolah Ketukangan. Mechanic Institute di USA (George Birbeck) Penghijrahan manusia dengan manflower( kapal). Pendidikannya berunsurkan teknologi (Matematik / Sains / Kemahiran Manipulatif). Dijalankan di Lyceum ( balai raya).

viii.

Manual Labor Movement (1825-1850) Bertujuan membangunkan negara baru (USA). Sistem ini menjalankan aktiviti ketukangan.

Kehilangan sistem aperentis disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya: i. ii. iii. Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1700-1750. Perancis menghapuskan sistem aperentis pada 1791. First Factory Act di England iaitu menghadkan umur kanak-kanak sebagai pekerja di indusri.

Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM Skudai.

7

15

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Pendidikan Industri Pestalozzi telah wujud pada tahun 1771. Pendidikan ini betujuan untuk mempraktikan pendidikan praktikal. Asas teori pengajaran melibatkan perkembangan individu dengan memantau secara individu (one-to-one). Selain itu, teori yang diserapkan ialah konsep senang kepada susah (concrete to abstract). Kemahiran membuat objek sebenar (object method) juga ditekankan seperti membuat kasut. Selepas itu muncul kaedah Pendidikan Fellenberg iaitu pengikut Pestalozzi dengan menubuhkan beberapa sekolah iaitu: 8

i. ii.

The Academy Sekolah ini dibina khas untuk orang-orang kaya dan berada. The Farm and Trade School Dibina untuk orang-orang miskin seperti petani. Konsep sekolah ini lebih kepada ketukangan, iaitu untuk menghasilkan produk yang sebenar seperti ukir-ukiran.

iii. iv. v.

Applied Science School Untuk orang yang pandai dan pintar. Schools for the Girls Normal Schools

Pada tahun 1868, Imperial Technical School telah ditubuhkan di Moscow, Rusia oleh Victor Della Vos. Sistem Pendidikan Rusia berkonsepkan kaedah pengajaran di dalam kelas yang besar dan menggunakan sistem penilaian. Kaedah pengajarannya juga lebih tersusun. Kaedah praktikal (practicing) juga diperkenalkan seperti membuat latihan ketukangan.

Selepas itu muncul pula pendidikan Sloyd pada tahun 1872 di Sweden yang diasaskan oleh Otto Solomon. Pendidikan ini lebih kepada pengajaran individu dan mengkaji balik proses terhasilnya sesuatu objek. Pada tahun 1888, pendidikan ini telah di bawa ke Boston, Amerika oleh Gustaf Larson. Di sini lah bermulanya Arts and Craft di USA.

Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM skudai.

8

16

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Latihan bercorak manual (ketukangan) bermula pada tahun 1880 dengan munculnya Manual Training School yang ditubuhkan oleh Calvin Woodward. Sekolah ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran mekanik asas bagi jurusan kejuruteraan. Selain itu, penubuhan sekolah ini juga bertujuan untuk mengetahui penggunaan alat kerja. Manual Training School mendapat idea daripada Russian System. Selepas itu istilah Manual Training telah ditukarkan kepada Manual Arts oleh Charles Bennet pada 1892 dengan menambah nilai aestetik dalam ketukangan. Beliau mengatakan setiap projek itu mempunyai rekabentuk dan bukan sebagai latihan. Pada tahun 1905, Charles R. Richard telah memasukkan pengetahuan industri dalam Manual Arts seterusnya memperkenalkan Industrial Arts. 9

Manual Training

Manual Arts

Industrial Arts

9

Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM skudai.

17

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

2.3 Perkembangan Industri Dalam PTV Di Malaysia__________Sejarah sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara terbahagi kepada dua iaitu: 1. Tidak formal Pendidikan aperentis Melayu Islam (Pekebun kecil / nelayan) Cina Menjalankan perniagaan dan lombong bijih timah. India kebun getah / tembaga / emas

2. Formal Sekolah Pondok Ada penilaian Tiada polisi dan objektif tertentu.

Bermula dengan Sekolah Tukang (Trade School) pada tahun 1918 di Kuala Lumpur kemudian di beberapa sekolah di negeri melayu bersekutu. Sekolah Tukang ini merupakan pendidikan yang khas pertama yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan ini bertujuan untuk menolong orang melayu menjadi mekanik dan penggegas (fitters). 10

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik yang tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai "The Federated Malay State Trade School" oleh En. Noel Leembruggent, seorang jurutera dan En. Geary, seorang Superitenden. Lokasi pertama sekolah ini ialah di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Pada tahun 1929, nama sekolah telah ditukarkan kepada "Junior Technical Trade School".

10

Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM skudai.

18

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Sekolah Lanjutan Kampung (Continuation Schools) diperkenalkan pada tahun 1960. Pendidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan mata pelajaran pendidikan perusahaan dan vokasional. Menurut Laporan Rahman Talib (1961), murid-murid yang gagal melanjutkan pelajaran diperingkat akademik ditawarkan tempat ke Sekolah Lanjutan yang menawarkan kursus-kursus vokasional selama 3 tahun. 11 Dalam tahun 1964, Bahagian Teknik dan Vokasional ditubuhkan di Kementerian Pendidikan bagi merancang dan melaksanakan semua dasar-dasar perancangan teknik dan vokasional untuk sekolah-sekolah.

Sistem Anika Jurusan mula diperkenalkan pada tahun 1965 dengan mata pelajaran seni perusahaan, perdagangan, sains rumah tangga dan pertanian. Sistem ini telah digantikan dengan Kemahiran Hidup setelah dimansuhkan. 12

Dalam tahun-tahun 1970an penubuhan sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah berkembang dengan pesatnya. Di antara objektif penubuhan tersebut adalah untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir bagi memenuhi perkembangan ekonomi negara. Melalui ilmu pendidikan ini, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkahlaku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mook, 1991). Pelbagai kursus kemahiran diajar di sekolah berkenaan dan ditambah dari semasa ke semasa. 13 Dalam tahun 1980-an, Malaysia telah melabur dengan banyak ke atas pendidikan vokasional samada berbentuk kualitatif mahupun kuantitatif. Sebagai hasilnya, bilangan sekolah vokasional peringkat menengah telah meningkat daripada 29 buah pada tahun 1982 kepada 70 buah pada tahun 1993. 14

Sumber: Laporan Rahman Talib (1961) Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin 2007, Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM skudai. 13 Abdul Samad B Mat Isa. Prospek Pelaburan Pendidikan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. 14 Sumber:Laporan Mahathir (Kementerian Pendidikan, 1980)12

11

19

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

2.4 Perlaksanaan PTV Di Malaysia Pada Masa Kini___________Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik (MPV) pada tahun 2002 di sekolah-sekolah akademik menengah atas merupakan satu inovasi besar Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau pun ianya dikonsepsikan sebagai Teknologi Perindustrian (TP), dan pada peringkat kelahirannya diberi timangan sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI) tetapi didaftarkan sebagai Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Sebagai satu kesinambungan atau kelangsungan, MPV adalah peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan.

Matlamat mata pelajaran vokasional dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih tinggi 15. Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional menghasratkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti hands-on yang berguna dalam kehidupan harian dan alam pekerjaan.

Program MPV ditawarkan secara berperingkat sehingga 22 mata pelajaran kemahiran dalam lima bidang usaha dilaksanakan berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005

15

(PPK - Edisi 2, Oktober 2001)

20

Bab 2: Perkembangan Penglibatan Industri dalam PTV

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional

Tahun Perlaksanaan Tahun 2002 (Fasa 1)

Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik 1. Pembinaan Domestik 2. Membuat Perabot 3. Seni Reka Tanda 4. Menservis Peralatan Elektrik Domestik 5. Rekaan dan Jahitan Pakaian 6. Katering dan Penyajian 7. Landskap dan Nurseri 8. Tanaman Makanan 9. Produksi Multimedia 10. Grafik Berkomputer

Bidang Usaha

Pembinaan Pembinaan Pembinaan Kejuruteraan/Perkhidmatan Ekonomi Rumah Tangga Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Pertanian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kejuruteraan/Perkhidmatan Kejuruteraan/Perkhidmatan Kejuruteraan/Perkhidmatan Ekonomi Rumah Tangga Ekonomi Rumah Tangga Ekonomi Rumah Tangga Ekonomi Rumah Tangga Pertanian Kejuruteraan/Perkhidmatan Kejuruteraan/Perkhidmatan Kejuruteraan/Perkhidmatan Pembinaan

Tahun 2003 (Fasa 2)

Tahun 2004 (Fasa 3)

Tahun 2005 (Fasa 4)

11. Pendawaian Domestik 12. Menservis Automobil 13. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara 14. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanankanak 15. Hiasan Dalaman Asas 16. Penjagaan Muka dan Dandanan 17. Pemerosesan Makanan 18. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi 19. Menservis Motosikal 20. Perkhidmatan Penjagaan Geriatik 21. Kimpalan Gas dan Arka 22. Kerja Paip Domestik

Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan mengenai pendidikan vokasional ini, ia telah menjadi satu keperluan yang mendesak bagi melahirkan tenaga kerja yang benar-benar berkemahiran. Ini secara tidak langsung dapat memenuhi sasaran Malaysia bagi menyediakan tenaga kerja ini menjelang Tahun 2020.

21

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

BAB 3:

MENINJAU JENIS PROGRAM DI DALAM DAN DI LUAR NEGARAoleh Muhamad Afzamiman bin Aripin

3.1 Pengenalan________________________________________Dalam latar belakang ekonomi dan sosial yang jauh berbeza, kini kebanyakan negara sedang melalui proses transformasi teknologi dan pembangunan industri yang semakin pesat. Dengan matlamat yang sama iaitu meningkatkan produktiviti, pendapatan dan kebajikan bersama, teknologi telah diperkenalkan dalam segenap bidang seperti pertanian, pembuatan dan sektor perkhidmatan.

Sejajar dengan matlamat tersebut, sumber manusia yang berkemahiran terutamanya apabila melibatkan teknologi adalah sangat diperlukan. Maka dengan itu wujudlah sekolah-sekolah, institusi-institusi dan pusat-pusat latihan hampir di setiap negara. Mereka bekerja keras menyediakan tenaga manusia yang mencukupi dan berkemahiran dalam bidang yang memerlukan.

Maka dengan itu wujudlah apa yang kita gelar sebagai PTV, TVET dan sebagainya. PTV atau Pendidikan Teknikal dan Vokasional itu sendiri telah didefinisikan sebagai, suatu sistem yang memastikan sumber tenaga manusia mahir adalah mencukupi bagi menapung persaingan perusahaan dan industri antarabangsa serta bertujuan untuk mengoptimakan segala potensi yang ada.

Secara keseluruhannya Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan suatu bidang yang menyediakan pelajar untuk bidang pekerjaan berasaskan kemahiran dan aktiviti praktikal. Manakala kandungan pelajarannya mempunyai kaitan yang rapat dengan pekerjaan atau industri bedasarkan bidang-bidang yang diceburi oleh para pelajar. Memandangkan terdapat perkaitan yang ketara antara industri dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, penulisan ini akan membawa kita meninjau jenis-jenis program PTV dan program-program usaha sama di dalam dan di luar negara. 22

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.2 Pelaksanaan PTV di Beberapa Negara _________________Seperti yang telah diterangkan, latar belakang ekonomi dan sosial banyak mencorak dan membezakan PTV antara negara. Jenis Industri yang terlibat dalam program PTV yang ditawarkan dan cara pelaksanaan juga kadangkala mempunyai perbezaan. Berikut merupakan program Pendidikan Teknik dan Vokasional di beberapa negara.

3.2.1

Finland

Di Finland, Pendidikan Vokasional di letakkaan sebagai salah satu aliran dalam pendidikan sekolah menengah. Selepas sembilan tahun dalam sistem pendidikan persekolahan biasa, semua para pelajar boleh memilih antara lukio iaitu institusi pendidikan tertier, atau pendidikan vokasional. Pengajian bagi kedua-dua sistem ini adalah selama tiga tahun, yang mana menyediakan sijil kelayakan untuk memasuki universiti atau ammattikorkeakoulus. Dalam sesetengah kursus pula seperti bidang kawalan lalulintas udara, sekolah vokasional turut mengeluarkan lukio sebagai syarat kemasukan, menjadikan pelajar yang terlibat menyelesikan pendidikan menengah sebanyak dua kali.

Pendidikan Vokasional adalah percuma, dan para pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberikan bantuan keewangan. Pembelajaran akademik hanya di masukkan pada kursus-kursus yang berkenaan sahaja.

Oleh kerana sistem Vokasional di Finland lebih menumpukan kepada pasaran kerja. Para pelajar menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebiih tinggi.

23

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.2.2

Jerman

Di Jerman, satu rang undang-undang (Berufsausbildungsgesetz) telah diluluskan pada tahun 1969 yang mana mewujudkan satu sistem latihan yang melibatkan tanggungjawab bersama antara kerajaan, kesatuan, persatuan dan badan-badan industri. Sistem ini sangat terkenal dalam sistem Jerman Moden hari ini. Sejak 2001, dua daripada tiga pemuda pemudi berusia 22 tahun kebawah memulakan program perintis dan 78% daripada mereka berjaya menghabiskan program. Satu per tiga syarikat menyediakan sistem perintis pada tahun 2003. Pada tahun 2004 kerajaan Jerman telah meletakkan semua syarikat mewujudkan sistem perintis kecuali bagi syarikat-syarikat yang kecil.

3.2.3

New Zealand

Terdapat 41 Organisasi Latihan Industri (Industry Training Organisations or ITO) di New Zealand. Apa yang menarik ITO menyediakan latihan berlandaskan keperluan dan kehendak industri terhadap kemahiran dan pasaran kerja. Latihan Industri seperti mana yaang dijalankan di ITO telah diperluaskan dari sistem perintis kepada sistem yang dinamakan life long learning. Sebagai contoh, lebih 10% pelatih berusia 50 tahun ke atas. Tambahan pula, kebanyakan latihan lebih bersifat generic. Sistem yang dijalankan merupakan sistem yang berbeza dari sistem tradisional yang berbentuk perintis. Selain daripada ITO, beberapa tempat lagi turut menyediakan latihan vokasional seperti Polytechnics, Private Training Establishments, Wananga dan sebagainya.

3.2.4

India

Pendidikan Vokasional di India menyediakan pengajian sepenuh masa dan juga separuh masa. Program sepenuh masa ditawarkan melalui Industrial Training Institutes (ITI). Badan yang mengiktiraf ITI adalah NCVT yang berada di bawah Kementerian Buruh Kerajaan India. Program separuh masa pula ditawarkan melalui Badan Pendidikan Teknikal Negeri atau universiti yang mana turut menawarkan program sepenuh masa. Latihan Vokasional di India hanya berjaya di bawah ITI dan bidang kejuruteraan.

24

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

Terdapat banyak institusi swasta yang menyediakan latihan vokasional namun tidak diiktiraf kerajaan. Perkara yang menarik tentang India ialah, ia merupakan negara yang menjadi peneraju latihan vokasional dalam Filem dan Television, dan Teknologi Informasi.

3.2.5

United Kingdom

Sistem Pendidikan Vokasional di UK pada awalnya dibangunkan secara bersendirian oleh negeri-negeri dengan badan-badan seperti RSA dan City and Guildspula menyediakan peperiksaan untuk matapelajaran teknik. Akta Pendidikan 1944 telah menetapkan Sistem Tripartite atau tiga pihak antara grammar school, secondary technical school dan secondary modern school. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1975, hanya 0.5% pelajar senior British berada dalam sekolah aliran teknikal berbanding dua per tiga kumpulan pelajar Jerman dalam usia yang sama.

Pada tahun 1970, kerajaan British telah berusaha membawa penjenamaan semula sistem pendidikan vokasional dengan menubuhkan Business & Technician Education Council bagi menyediakan medium melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi terutamanya ke politeknik. Dalam tahun 1980 dan 1990, Kerajaaan Konservatif telah memperkenalkan Youth Training Scheme, National Vocational Qualifications dan General National Vocational Qualifications. Walau bagaimanapun, kebanyakannya di penuhi golongan muda yang mengambil kursus sepenuh masa.

Pada tahun 1994, Modern Apprenticeships diperkenalkan. Bilangan perintis meningkat dari tahun ke tahun dan Department of Schools and Families telah menyatakan minat untuk menjadikan sistem apperintis sebagai salah satu cabang arus utama dalam sistem pendidikan England.

25

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.2.6

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, pendidikan vokasional berbeza dari satu negeri ke satu negeri. Secara kasar, 70% pusat latihan teknik dan vokasional disediakan oleh pihak swasta. Baki 30% lagi kebanyakannya disediakan oleh kolej komuniti bagi tempoh dua tahun pengajian, yang mana turut menawarkan tempat melanjutkan pengajian ke universiti, latihan teknikal ketenteraan, dan pusat pengajian dewasa yang dioperasikan oleh kerajaan. Sesetengah negeri pula menoperasikan sendiri institusi teknologi yang setaraf dengan universiti-universiti tempatan.

Demikianlah tadi, beberapa contoh program pendidikan teknik dan vokasional yang terdapat di 6 buah negara. Jika diperhatikan, negara negara seperti New Zealand dan Jerman contohnya menjalinkan hubungan yang sangat erat dengan industri dengan mewujudkan sistem perintis. Negara-negara lain seperti India sebagai contoh, menerajui sistem pendidikan vokasional berdasarkan industri yang berkembang pesat seperti telivision dan perfileman.

26

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.3 Situasi di Malaysia__________________________________3.3.1 Jenis Penglibatan Industri dan Pendidikan

Terdapat pelbagai jenis program penglibatan industri dalam PTV di Malaysia. Secara umumnya bentuk kerjasama secara formal yang dijalinkan lebih tertumpu pada peringkat pengajian yang lebih tinggi berbanding PTV di peringkat sekolah menengah. Hubungan simbiosis ini lebih ketara dalam bentuk kerjasama R&D menerusi pembiayaan pihak industri sama ada sepenuhnya atau geran tambahan dan kerjasama industriakademia dalam bentuk pengembangan program pendidikan dan latihan professional. Dalam konteks Malaysia, hubungan yang biasa terjalin adalah lebih banyak menjurus kepada latihan industri oleh staf akademik dan para pelajar.

3.3.2

Program Usahasama Antara Institusi PTV di Malaysia Dengan Industri Dalam dan Luar Negara

Kerjasama yang dijalinkan kadangkala bukan sahaja tertumpu di dalam negara malah melangkau sehingga ke peringkat antarabangsa. Berikut merupakan contoh usahasama antara Industri dan Politeknik di Malaysia melalui Unit Perhubungan Industri institusi berkenaan.

3.3.2.1 Kerjasama Politeknik Dengan Pihak Industri di Malaysia

Untuk memenuhi keperluan industri dengan kursus dan latihan yang ditawarkan di politeknik, beberapa perkongsian pintar dengan pihak industri dan institusi pendidikan swasta telah dijalinkan melalui perjanjian persefahaman yang telah dimeterai . Antaranya;

27

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

Perjanjian Persetujuan (MoA) di antara JPPKK dengan INTEL Malaysia untuk membina modul elektif dalam complementary metal oxide semiconductor (CMOS)very large scale integrated circuit (VLSI) layout design. 20 September 2006 di JPPKK

Persetujuan tersebut ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato Hj. Imran bin Idris, KetuaPengarah (signatory bagi Politeknik KPTM) dengan En. Suresh Chandran, Site Finance Controller Intel Malaysia yang mewakili Intel Technology Sdn. Bhd. dan Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd. Ia disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Y. Bhg. Dato Dr. Mohd. Taib bin Hashim yang mewakili Y.B. Menteri Pengajian Tinggi sebagai Tetamu Kehormat KPT untuk MoA. Turut hadir untuk menyaksikan perjanjian tersebut ialah Y. Brs. Dr. Mohamed Rashid bin Navi Bax, Pengarah BPP, Pengarah BPKK, BPK, BLK, BKP dan Pengarah PUO, Timbalan Pengarah BPP bersama pegawai-pegawai JPPKK dan PUO serta pihak Intel yang terdiri daripada, En. Fong Swee Kiang, Pengarah Penang Design Centre, En. Mohd Radzi Alias, Dr. Siek Kah Hee, Ms. Jacinta Vythilingam dan En. Mohd Hasri Mohd Harizan

Dialog di antara Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dengan pihak Industri 19 September 2006 di Pan Pacific, KLIA

Bertujuan untuk menerima maklumbalas dan cadangan daripada pihak industri berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan termasuk kuaiti para graduan politeknik menjalin perkongsian pintar dan kerjasama yang berkesan di antara politeknik dan kolej komuniti dengan pihak Industri dalam mengeluarkan modal insan yang memenuhi keperluan industri dan negara, mengongsi pandangan, pengalaman dan maklumat terkini tentang pengantarabangsaan pengajian tinggi terutama berkaitan pengajian politeknik dan kolej komuniti.

28

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.3.2.2 Kerjasama Politeknik Dengan Pihak Industri dan Institusi Luar Negara

Kerjasama yang dijalinkan lebih kepada pembentukan hubungan antarabangsa dan mengembangkan rangkaian jaringan (networking) dengan industri di luar negara. Antara usaha-usaha yang dijalankan adalah dengan menerima siri lawatan delegasi dari beberapa negara seperti;

Jadual usahasama yang dijalankan antara Politeknik dan Industri serta institusi luar

19 Januari 2006

Lawatan kerja oleh delegasi Vietnam ke JPPKK untuk menanda aras pengurusan pendidikan teknik vokasional di Malaysia

6 Mac 2006

Lawatan kerja oleh En. Russell Langton dan Pn. Rosalind Young daripada Wellington Institute of Technology (WELTEC), New Zealand ke BPP dan kePoliteknik Johor Bahru pada 10 Mac 2006.

14 Mac 2006

Perjumpaan Ketua Pengarah dan Pengarah BPP dengan Dr. Hans Loeber, Ketua Jabatan, Carl Duisberg Centren (CDC), Germany.

14 Mac 2006

Lawatan kerja oleh delegasi lima orang daripada Vietnam National Administration of Tourism (VNAT). Perbincangan menyentuh dasar dan program dalam bidang pendidikan pelancongan dan sistem latihan yang berkaitan.

15 Mac 2006

Lawatan kerja oleh pihak Weltec ke Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

16 Jun 2006

Delegasi empat orang dari Kenya yang diketuai oleh En. David Gochoki Njoka, Duta Tinggi Kenya di Malaysia. Lawatan bertujuan menandaaras pengalaman Malaysia dalam pengurusan pendidikan dan latihan teknik vokasional.

29

Bab 3: Meninjau Jenis Program di Dalam dan di Luar Negara

3.4 Sekilas Tinjau-Situasi di luar Negara _________________Perusahaan, dan Industri mempunyai perkaitan yang kuat dalam membekalkan peralatan, teknologi dan latihan kepada system pendidikan teknik dan vokasional. Dalam mencapai matlamat yang sama, hubungan antara industri dan PTV telah terjalin erat di kebanyakan negara. 1. Laporan daripada European Communities meletakkan keperluan kerjasama dengan menempatkan hubungan tiga pihak antara kerajaaan, majikan dan

persatuan pertukangan dari semua ahli setiap negeri. 2. Di Australia pula suatu matlamat bersama sedang ditumpukan dalam konteks persekitaran industri dan dengan komitmen dan kerjasama dengan

kerajaan,majikan, masyarakat serta mereka yang menerima latihan. 3. Dual Sistem di Jerman dimana majikan menyediakan latihan dan pekerja mengenal pasti ruang latihan yang ada mungkin adalah contoh terbaik kerjasama industri dan PTV. 4. Di Jepun pula, sistem pendidikannya mempunyai landasan yang cukup luas. Latihan bermula dalam pekerjaan dan disediakan oleh majikan. Dalam firmafirma yang besar pula sistem latihan yang diberikan kadangkala menyamai sekolah, kolej dan universiti.

30

Bab 4: Cadangan Kepada Penambahbaikan Program Usaha Sama PTV

BAB 4:

CADANGAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN PROGRAM USAHA SAMA PTV

4.1 Pengenalan________________________________________Melalui isu dan kepentingan yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa perkara yang mampu dicadangkan untuk meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan terutamanya kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional.

4.2 Cadangan kepada Pembentukan Program PTV yang Berkesan______________________________________________Bagi menambahbaik program PTV ini, pandangan serta contoh-contoh Pendidikan Teknik dan Vokasional daripada luar negara perlu ditinjau untuk mengurangkan sebaran kelemahan yang wujud dalam sistem pedidikan kita pada amnya dan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional pada umumnya. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan begi memastikan keberkesanan program usahasama ini. Antaranya ialah:

4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4

Kejasama bersama dengan industri dan sektor-sektor swasta Pemantapan Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional Mewujudkan tabung kewangan khas Memantapkan Program Pendidikan Guru khasnya guru Pendidikan Teknik dan Vokasional.

31

Bab 4: Cadangan Kepada Penambahbaikan Program Usaha Sama PTV

4.2.1

Kejasama Bersama dengan Industri dan Sektor-Sektor Swasta

Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang imej institusi pendidikan itu sendiri perlu dijaga bukan sahaja tenaga pengajar yang berkualiti, kualiti pelajar yang diterima masuk juga perlu ditapis dan sistem merit yang betul-betul melambangkan kebolehan pelajar. Institusi pendidikan seharusnya tidak bergerak bersendirian, mereka hendaklah mempunyai rantaian dengan pihak luar lebih-lebih lagi pihak swasta seperti sektor industri yang bakal menerima produk keluaran mereka dari segi keperluan latihan semasa.

Menurut Dato Dr. Abdul Shukor (Ketua Pengarah Pendidikan, KPM), penglibatan industri di dalam pendidikan teknik khususnya adalah amat penting dan ia menentukan keberkesanan sistem pendidikan yang dijalankan . Kita sedia maklum PTV memerlukan input kewangan, alatan dan kepakaran yang tinggi dan konstan supaya wujud hubungan kewajaran antara pendidikan dan dunia pekerjaan.

Kurangnya penyelidikan tentang bidang-bidang pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan adalah disebabkan oleh masalah dana yang tidak mencukupi, di sini pihak swasta memainkan peranan dengan membantu institusi pendidikan membuat penyelidikan supaya teknologi pendidikan selari dengan perkembangan sektor swasta.

Pihak industri juga seharusnya memberikan kerjasama dari segi pembentukan strategi latihan amali, kemahiran prasarana dan bantuan kewangan. Selain itu, kerjasama lain yang bolah diberikan adalah seperti: a) Pihak industri menghantar pegawai dan jurulatih yang berpengalaman dalam bidang masing-masing ke instituti latihan peguruan bagi membantu tugas juru-ajar dan pembaikpulihan jentera dan lain-lain. b) Institusi latihan perguruan diberi peluang oleh pihak industri menghantar guru-guru pelatih ke industri yang berhampiran bagi mendapatkan latihan industri sebenar dan latihan di tempat kerja.

32

Bab 4: Cadangan Kepada Penambahbaikan Program Usaha Sama PTV

c) Pihak industri membekalkan peralatan jentera, teknikal dan lain-lain kepada institusi latihan perguruan untuk kegiatan praktikal dalam peralatan sebenar (Kortea, 1977). 1

4.2.2

Pemantapan Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sistem pendidikan teknik dan vokasional perlu mengalami perubahan dari semasa ke semasa kerana tidak terdapat formula yang khusus bagi menyelesaikan masalah pendidikan vokasional untuk semua negara. Untuk memantapkan sistem pendidikan guru vokasional, kurikulum bagi guru-guru ini perlu diwujudkan sebagai mana yang telah dilakukan dalam melatih golongan professional seperti jurutera, akauntan, arkitek dan sebagainya. Disini dapat dilihat bahawa kursus-kursus perguruan perlu mengalami anjakan bagi memastikan pengajaran dan kaedah mengajar menjadi lebih berkesan.

Sistem penyampaian pendidikan dan kemahiran perlu dipertingkatkan dan diorientasi semula untuk memenuhi keperluan kemahiran yang kian meningkat. Bagi tujuan ini, kerajaan perlulah meneruskan reformasi pendidikan yang telahpun dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam. Reformasi ini termasuk penukaran secara berperingkat sekolah menengah vokasional kepada sekolah menengah teknik, penyusunan semula institusi-institusi pengajian tinggi termasuk mengkorporat dan memendekkan tempoh kursus tertentu. Pengajaran Bahasa Inggeris akan diberi penekanan yang lebih bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut dan seterusnya membantu dalam kemajuan kerjaya.

Dalam hal ini kerajaan menitikberatkan sains dan teknologi dalam pendidikan teknik dan vokasional yang bertujuan bagi mencapai negara yang maju dan berdaya saing dengan negara luar. Ini kerana kita memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang. Penggunaan sains dan teknologi di sekolah-sekolah teknik dan vokasional perlu sentiasa diterapkan agar pelajar dapat mengaplikasikan kaedah sains dan teknologi pada masa akan datang. Kurikulum yang berbentuk sains dan teknologi dapat1

Kortea. 1977. Educational Development in Korea, Republic of Korea Ministry of Education.

33

Bab 4: Cadangan Kepada Penambahbaikan Program Usaha Sama PTV

membuka peluang kepada para pelajar sebagai seorang pekerja yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang sains. Sebagai contoh, pengendalian mesin ataupun robotik diserapkan melalui pembelajaran.

Kecekapan para pelajar mengendalikan mesin serta dapat mencipta sesuatu alat yang abru akan memberi gambaran bahawa keperluan tenaga kerja di dalam bidang yang berteknologi tinggi adalah amat diharapkan. Penerapan sains dan teknologi bukan hanya kepada para pelajar tetapi juga kepada seluruh pentadbiran sekolah yang mana ia merupakan pengaruh yang besar dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Sekiranya guru-guru yang mengajar mempunyai kemahiran tinggi di dalam bidang sains dan teknologi ini akan memudahkan lagi proses pembentukan kurikulum PTV berlaku.

4.2.3

Tabung Kewangan Khas

Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh (1997) dengan cadangannya ialah supaya pendidikan vokasional seharusnya mempunyai tabung kewangan khas agar dapat menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat dan polisi kerajaan yang mewajibkan sektor swasta dan industri memperuntukkan latihan industri,

menyumbangkan beberapa peratus pendapatan dalam latihan pekerja, pengecualian pembayaran cukai untuk latihan dan pendidikan vokasional dijalankan secara comercial enterprise untuk mendapatkan wang. 2

2

Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh. 1997. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi.

34

Bab 4: Cadangan Kepada Penambahbaikan Program Usaha Sama PTV

4.2.4

Memantapkan Program Pendidikan (PPG) Guru khasnya guru Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, PPG adalah penting bagi membekalkan guru-guru dengan kemahiran profesional bagi membolehkan mereka mengajar dengan lebih berkesan.

Untuk itu, PPG perlu peka terhadap keperluan guru bagi memlengkapkan diri mereka melaksanakan tugas dengna jayanya seperti peka terhadap penawaran kursuskursus terkini dan latihan-latihan yang bersesuaian. Kursus-kursus yang relevan pada masa dahulu tetapi tidak diperlukan masa kini perlu dirombak atau dimansuhkan mengikut edaran semasa.

Selain daripada itu, nilai Islam perlu juga dipupuk kepada guru-guru bagi tujuan melahirkan guru yang bersepadu iaitu seorang pendidik yang berpengetahuan baik dari segi ilmu aqualiah dan ilmu naquliah serta memiliki sikap-sikap murni yang diredai Allah. Dalam usaha melahirkan guru-guru ini, universiti atan maktab perguruan memainkan peranan dalam membentuk kecemelangan guru melalui latihan yang diberikan.

35

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

KESIMPULAN

Oleh itu, pembangunan mengenai pembuatan polisi serta mekanisme pengurusan yang mengawal sistem pendidikan vokasional merupakan sesuatu yang amat penting. Semakan dari masa ke semasa adalah amat perlu bagi membantu serta memberi fokus kepada proses untuk memastikan perancangan pendidikan vokasional sesuai dengan matlamat pembangunan negara, sistem tersebut dapat disesuaikan dengan keperluan terhadap pekerja dan majikan, sistem yang fleksibel dan bertanggungjawab dan pembangunan yang berterusan.

Penyelidikan harus dilakukan dari semasa ke semasa secara berterusan untuk melihat pengaruh dan cabaran yang dihadapi oleh pendidikan vokasional di dalam konteks ekonomi baru dan persekitaran sosial yang wujud di Malaysia.

36

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Samad Mat Isa (Jun, 2004). Prospek Pelaburan Pendidikan Sekolah Menengah Teknik Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia. Petaling Jaya: Heinemann Edu. Books (Asia) Ltd. 2. Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Bangi: UKM 3. Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh. 1997. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPM Serdang, 10-11 Mei. 4. Kortea. 1977. Educational Development in Korea, Republic of Korea Ministry of Education. Proceeding International Conference of Education. Giveva. 5. Prof. J. M. David. (1997). Connecting Education and Careers: How Various Educational Systems Attempt to Prepare Youth for Work. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPM Serdang, 10-11 Mei. 6. Supian Ali, Ishak Yussof & Razak Dan 1997. Perbandingan Pengalaman Perancangan Tenaga Manusia Antarabangsa. Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Bangi: UKM 7. Prof. Dr. Muhd Rashid Rajuddin. 2007. Pengantar Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM Skudai. 8. Unit perhubungan Industri Politeknik (Sept 2007). Kerjasama Dengan Pihak Industri. Laporan tahunan BPP, Retrieved February 18, 2009, from

http://www.politeknik.edu.my 9. Delina R. Hickey.Vocational Education: An International Perspective.

International Conference on Recent Research and Development in Vocational Education.March 12-19, 1999. Adelaide. USA .TAFE National Centre for Research and Development. 1999. Page 65.

v

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

Perkembangan Penglibatan Industri

LAMPIRAN

dalam PTV

v

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTV

KERATAN AKHBAR VOKASIONAL

ISU

PENDIDIKAN

TEKNIK

DAN

vi

UTMUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KEPENTINGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTVISU DAN KEPENTINGAN DAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTV

Pengenalan Permintaan terhadap pekerja profesional, teknik dan yang berkaitan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Pada tahun 1980 didapati 6.7% pekerja adalah di dalam kategori ini. Pada tahun 1990, permintaan terhadap pekerja profesional dan teknik mengalami peningkatan kepada 7.8%. Peningkatan ini di jangka akan terus berlaku dimasa hadapan memandangkan penglibatan negara di dalam industri pembuatan yang kian berkembang dengan pesat menyebabkan pekerja profesional dan teknik diperlukan.[1][1]

Laporan tahunan Jabatan Tenaga Buruh, Kem. Sumber Manusia 19952

Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV Di negara kita, aliran pendidikan vokasional masih dianggap sebagai pendidikan pilihan kedua. Langkah kerajaan menaikkan taraf sekolah vokasional ke sekolah teknik mungkin dapat menggurangkan tanggapan tersebut. Di kebanyakkan negara yang mencapai taraf negara perindustrian, enrolmen pelajar aliran vokasional melebihi 60 peratus sedangkan di Malaysia ia tidak sampai pun 10 peratus.

Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV Walaupun pada masa ini usaha telah dijalankan untuk meningkatkan peranan pendidikan teknik dan vokasional ianya jauh lebih rendah berbanding dengan negara maju. Contohnya, nisbah enrolmen pendidikan vokasional di Jerman ialah 60 peratus, Jepun 28 peratus dan Taiwan 70 peratus(Ishak Yusuf & Rahmah Ismail 1997).

Jadual menunjukkan nisbah enrolmen pelajar teknik dan vokasional yang masih rendah

Tahun Jumlah Pelajar Teknik dan Vokasional. (% daripada pelajar menengah atas)

1985 1990 1993 1995 6.1% 8.1% 9.6% 9.7%

(Ishak Yusuf & Rahmah Ismail 1997, 85)

Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV

Berita harian 10 Disember 20067

Isu-isu Penglibatan Industri dalam PTV Senario ini ada kaitannya dengan beberapa perkara seperti:1. Kekurangan infrastruktur Pendidikan Teknik dan Vokasional 2. Peluang yang terhad untuk memasuki Sekolah Teknik 3. Kesesuaian kurikulum yang diajar 4. Kurang kerjasama daripada Industri 5. Persepsi negatif masyarakat

1. Kekurangan Infrastruktur Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kos pelaburan dalam bidang pendidikan yang tinggi terutama dalam bidang pendidikan menengah teknik dan vokasional

2. Peluang yang terhad untuk memasuki Sekolah Teknik Kajian yang dijalankan di Britain dan Scotland majikan cenderung menetapkan kouta di syarikat mereka sekitar 27% untuk lepasan pendidikan teknik dan vokasional selebihnya untuk lain-lain aliran (Canning & Martin, 2002). Justeru itu ibu bapa berlumba-lumba menempatkan anak-anak mereka di sekolah teknik, walaupun tempat terhad. Namun kemampuan negara amat terhad bagi membiayai persekolahan jenis tersebut oleh itu sebahagian kecil sahaja pelajar yang bekesempatan memasukinya.

3. Kesesuaian Kurikulum yang Diajar Menerusi Forum Pendidikan yang dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia pada 6.8.2001, Pengarah Bahagian Teknik Vokasional Kementerian Pendidikan mengunjurkan lebih 30% pelajar lepasan sekolah teknik gagal bersaing dalam pasaran pekerjaan. Ini kerana mereka memerlukan latihan tambahan selepas tamat persekolahan.

4. Kurang Kerjasama daripada Industri Di Britain, pihak industri berpendapat sekolah perlu memasukkan unsur vokasional di dalam kurikulumnya tetapi tidaklan ditahap sehingga pelajar-pelajarnya boleh bekerja dengan kemahiran yang diperolehi tanpa sebarang latihan. Ini memandangkan, pihak industri lebih suka memberi latihan di tempat kerja dan pihak institusi vokasional memberikan latihan asas. Namun begitu,di Malaysia, wujud masalah dalam mencari pengusaha yang sanggup menyediakan program pengalaman kerja sedemikian rupa. Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh The Organization for Economic Cooperation and Development menunjukkan kurangnya penglibatan pengusaha industri dalam menyediakan program latihan di tempat kerja sedemikian rupa.

5. Persepsi Negatif Masyarakat Anggapan negatif mengenai Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mana ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV itu sendiri. Menyedari tanggapan masyarakat terhadap kelemahan Pendidikan Teknik dan Vokasional inilah, maka Kementerian Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional.

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTVPotensi pekerjaan masa hadapan Kajian yang dijalankan oleh Canning & Martin (2002), di Britain berhubung pencapaian akademik dan kerjaya, telah menunjukkan pelajar yang memiliki pendidikan teknik cenderung lebih berdaya maju. Mereka cenderung memperolehi pendapatan yang agak tinggi berbanding lain-lain lepasan disiplin pendidikan.

Kepentingan Penglibatan Industri dalam PTVMencapai kemajuan industri pada tahun 2020 Sejak kebelakangan ini, lebih banyak sekolah teknik dan vokasional, politeknik dan kolej komuniti ditubuhkan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai meminati PTV. Ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk mencapai kemajuan negara pada tahun 2020 dalam bidang perindustrian, perdagangan dan pertanian. Jika diamati PTV mampu menyediakan diri individu memasuki sesuatu pekerjaan atau mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran mereka.

PERKEMBANGAN PENGLIBATAN INDUSTRI DALAM PTV Perkembangan secara umum

1562 Konsep Aperentis

Perkembangan Penglibatan Industri Dalam PTVPendidikan berkonsepkan keluarga, one-toone, secara kontrak dan turun temurun.

1771 Pendidikan Industri Pestalozzi Pengajaran melibatkan perkembangan individu dengan memantau secara individu (one-to-one).2

Perkembangan Penglibatan Industri Dalam PTV 1868 Imperial Technical School Kaedah pengajaran di dalam kelas yang besar dan menggunakan sistem penilaian. 1872 Pendidikan Sloyd Lebih kepada pengajaran individu dan mengkaji balik proses terhasilnya sesuatu objek.3

Perkembangan Penglibatan Industri Dalam PTV 1880 Manual Training School Ditubuhkan oleh Calvin Woodward 1892 Manual Arts School Ditubuhkan oleh Charles Bennet 1905 Industrial Arts School Ditubuhkan oleh Charles R. Richard

4

Perkembangan Di Malaysia 1918 Trade School Di Kuala Lumpur 1960 Sekolah Lanjutan Kampung Memperkenalkan mata pelajaran pendidikan perusahaan dan vokasional. 1965 Sistem Anika Jurusan Mata pelajaran seni perusahaan, perdagangan, sains rumah tangga dan pertanian5

Perkembangan Di Malaysia2009 Kurikulum PTV telah dirombak semula. Sekolah aliran teknik dan sekolah aliran vokasional telah diasingkan. Sijil Kemahiran Malaysia.

6

MENINJAU JENIS PROGRAM DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

Pendahuluan Terdapat perkaitan yang ketara antara industri dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, pembentangan ini akan membawa kita meninjau jenis-jenis program PTV dan program-program usaha sama di dalam dan di luar negara.

2

3

Jerman

Pelaksanaan PTV di beberapa negara Satu rang undang-undang (Berufsausbildungsgesetz) telah diluluskan pada tahun 1969 Sejak 2001 dua daripada tiga pemuda pemudi berusia 22 tahun kebawah memulakan program apperintis ,78% daripada mereka berjaya menghabiskan program Satu per tiga syarikat menyediakan sistem perintis pada tahun 2003, 2004 kerajaan Jerman telah meletakkan semua syarikat wajib mewujudkan sistem apperintis4

Antara negara-negara lain yang turut mengamalkan sistem apperantice: New Zealand UK

Pelaksanaan PTV di beberapa negara

5

Korea Selatan Menekankan keberkesanan PPG dalam menjalinkan hubungan dengan industri (latihan , prasarana, dan bantuan kewangan)

Pelaksanaan PTV di beberapa negara

6

India Perkara yang menarik tentang India ialah, ia merupakan negara yang menjadi peneraju latihan vokasional dalam Filem dan Television, dan Teknologi Informasi.

Pelaksanaan PTV di beberapa negara

7

8

Situasi di Malaysia Dalam konteks Malaysia, hubungan yang biasa terjalin adalah lebih banyak menjurus kepada latihan industri oleh staf akademik dan para pelajar. Institusi pengajian seperti Politeknik, sbg contoh menjalinkan hubungan erat dengan industri dari dalam dan luar negara. Diperingkat lebih tinggi, pengembangan program pendidikan dan latihan profesional.

9

CADANGAN Memantapkan lagi PPG Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia Mengkaji dan menyesuaikan pelaksanaan PTV bagi pihak Industri Menerapkan unsur life-long learning dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia Mewujudkan tabung dana khas untuk PTV

10