81449783-pengaruh-siam-dalam-masyarakat-melayu.ppt

8
Pengaruh Siam Dalam Pengaruh Siam Dalam Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu Disediakan oleh: MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID

Upload: muhamad-ali

Post on 18-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Pengaruh Siam Dalam Masyarakat MelayuDisediakan oleh:MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID

  • Agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan islam.beberapa elemen hindu dan budha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang melayu.Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi keagamaan Buddha, sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada sistem kepercayaan orang Siam.Penyerapan kepercayaan ini, berpunca daripada pertembungan di antara budaya Siam dengan budaya Melayu, yang telah menghasilkan beberapa ciri budaya Sanskrit.

    KEPERCAYAAN

  • Sambungan.Kehadiran masyarakat Siam juga telah memberikan beberapa pilihan kepada masyarakat Melayu tempatan dalam penggunaan kaedah magis bagi menangani masalah dalam hidup seharian mereka.Penggunaan magis Siam oleh orang Melayu biasanya tidak dianggap bertentangan dengan prinsip Islam kerana langkah tersebut dikategorikan sebagai ``ikhtiar'', iaitu satu bentuk pewajaran sosial yang diterima umum di kalangan penduduk di Kelantan, biarpun ada di antara mereka yang mempunyai pendirian yang ortodoks. Beberapa buah perkampungan Siam telah lama dibangunkan di kawasan luar bandar di Kelantan semenjak lebih dari seratus tahun yang lepas. Masyarakat Siam dapat mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa diganggu oleh mana-mana pihak meskipun terdapat beberapa batasan tertentu.

  • KESENIANWAYANG KULITWayang kulit merupakan satu permainan rakyat yang menghiburkan dan kerap kali dimainkan dalam funfare di kampung-kampung sehingga awal tahun 80an terutamanya selepas musim menuai ataupun pada malam hari perkahwinan.Walaupun cerita dan karektor tertentu asalnya ada unsur-unsur pengaruh Hindu seperti Rama dan Sita dan kitab Mahabhrata dan Mahayana, tetapi pada zaman sekarang sudah banyak diubahsuai mengikut peredaran zaman dan persekitaran tempatan, isu-isu semasa dengan unsur-unsur nasihat dan lawak jenaka yang cukup menghiburkan.

  • SambunganKelantan mempunyai wayang kulit ini walaupun karektor utama seperti Ekheng dan Etong (nama Siam) telah bertukar menjadi Wak Long dan Wak Dogol.Di Kedah kumpulan wayang kulit yang masih aktif dan paling tersohor ialah wayang kulit Seri Asun, Jitra sementara yang lainnya seperti wayang kulit Kg. Nawa yang beberapa kali menjuarai Pesta Kedah sekitar tahun 70an dahulu.

  • Sambungankonteks wayang kulit Siam Kedah, ia lebih mirip kepada wayang kulit Kelantan.permainan hiburan rakyat Tajai (mungkin mirip makyung)dan Dikir (bukannya dikir barat Kelantan) yang sinonim dengan masyarakat Siam tetapi sudah pupus dan tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi lagi.

  • PERMAINANKUMBLOIKumbloi merupakan sejenis tanglung berbentuk cylinder lebih kurang 3 kaki garispusat dan 7 kaki tinggi dibuat rangka dengan buluh dan dikelilingi kertas putih yang sama dengan kertas wau. Menggunakan prinsip seperti belon panas, ada kepingan isi kelapa kering diikat pada bahagian bawah dan dibakar untuk memanaskan udara bagi mengapungkan kumbloi itu di udara dan perlahan-lahan terbang ke atas.

  • SambunganSalah satu acara keramaian ialah memasang kumbloi ini pada waktu malam.dahulu kumbloi ini memang menjadi kebiasaan disediakan dan dipasang untuk menyambut malam raya.