7.cd - skill ( jemputan ) johan:sarawak …

18
Keputusan Pertandingan Kemahiran bagi pertandingan adalah seperti berikut : 1.KEBUDAYAAN JOHAN:WP N.JOHAN:TERENGGANU KETIGA:SARAWAK 2.MELAWAN KEBAKARAN ( C-DERT ) JOHAN:PERLIS - UNIMAP N.JOHAN:KEDAH - BERNAS KETIGA:WPKL - PANA- SONIC 3.MELAWAN KEBAKARAN ( ANGKATAN ) JOHAN:PERAK N.JOHAN:JOHOR KETIGA:SARAWAK 4.ROAD ACCIDENT MANAGEMENT (RAM) JOHAN:MELAKA N.JOHAN:PERAK KETIGA:SARAWAK 5.KAWAD KAKI JOHAN:SELANGOR N.JOHAN:P.PINANG KETIGA:TERENGGANU 6.CD - SKILL ( ANGKATAN ) JOHAN:SARAWAK N.JOHAN:WP KETIGA:TERENGGANU 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:DELTA N.JOHAN:ALPHA KETIGA:BRAVO 8.CD - SKILL ( INDIVIDU ) JOHAN:SELANGOR N.JOHAN:SABAH KETIGA:P.PINANG 9.PENGENDALIAN BOT JOHAN:SARAWAK N.JOHAN:JOHOR KETIGA:MELAKA 10.KETUA PLATUN TERBAIK SJN.(PA) JUMAAH BT. ABD RASUL,SELANGOR E DISI KE LAPAN BELAS B IL 18(KHAS) / FEB 2014 11.JUARA KESELURUHAN JOHAN:SARAWAK N.JOHAN:SELANGOR KETIGA:PERAK

Upload: others

Post on 10-Nov-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

Keputusan PertandinganKemahiran bagi pertandinganadalah seperti berikut :

1.KEBUDAYAANJOHAN:WPN.JOHAN:TERENGGANUKETIGA:SARAWAK

2.MELAWAN KEBAKARAN( C-DERT )JOHAN:PERLIS - UNIMAPN.JOHAN:KEDAH - BERNASKETIGA:WPKL - PANA-SONIC

3.MELAWAN KEBAKARAN( ANGKATAN )JOHAN:PERAKN.JOHAN:JOHORKETIGA:SARAWAK

4.ROAD ACCIDENTMANAGEMENT (RAM)JOHAN:MELAKAN.JOHAN:PERAKKETIGA:SARAWAK

5.KAWAD KAKIJOHAN:SELANGORN.JOHAN:P.PINANGKETIGA:TERENGGANU

6.CD - SKILL ( ANGKATAN )JOHAN:SARAWAKN.JOHAN:WPKETIGA:TERENGGANU

7.CD - SKILL ( JEMPUTAN )JOHAN:DELTAN.JOHAN:ALPHAKETIGA:BRAVO

8.CD - SKILL ( INDIVIDU )JOHAN:SELANGORN.JOHAN:SABAHKETIGA:P.PINANG

9.PENGENDALIAN BOTJOHAN:SARAWAKN.JOHAN:JOHORKETIGA:MELAKA

10.KETUA PLATUN TERBAIKSJN.(PA) JUMAAH BT. ABDRASUL,SELANGOR

ED

ISI

KE

LA

PA

NB

EL

AS

BIL

18

(KH

AS

)/

FE

B2

01

4

11.JUARA KESELURUHANJOHAN:SARAWAKN.JOHAN:SELANGORKETIGA:PERAK

Page 2: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 2

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Prof. Dr. Wahid bin RazzalyKomandan SISPA/

Timb. Naib Canselor (Penyelidikan danInovasi)

PENASIHATKol. Kehormat (PA) Prof Dr Jailani Mohd

YunosLt. Kol. Bersekutu (PA) PM Dr Ishak Baba

KETUA EDITORMej. Bersekutu (PA) NorzaIskandar Helmi Abdullah

EDITORKapt. Bersekutu (PA) Ng We Fern

BAHAN FOTOGRAFI & GRAFIKBPA IPPA

Facebook JPAMFacebook JPAM Johor

Facebook SISPA UTHM

RENUNGAN

“Let our advance worrying become advancethinking and planning. ”

PENGENALAN

TAHUN BIL JUMLAH

2012 17 Kuala Kubu Bharu ,Selangor

2011 16 Pantai Putri, Melaka

2010 15 Telok Batik, Perak

2009 14 Stadium Sultan Mizan,Terengganu

2008 13 Kuantan, Pahang

2007 12 Danga Bay, Johor

1997 3 KUSZA, Terengganu

1996 2 Bangi UKM

1995 1 ITM Arau, Perlis

2013 18 Batu 1, Jalan Pantai, PortDickson, Negeri Sembilan

Darul Khusus

SEJARAH PENGANJURAN

Page 3: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 3SEKAPUR SIRIH

Bil Kategori Bil. Peserta J/K Tindakan

1 Pertandingan Kawad Kaki 31 BALING

2 Pertandingan Pengendalian Bot Menyelamat 4 BALING

3 Pertandingan Pengurusan Kemalangan Jalan-raya (RAM)

5 BALING

4 Pertandingan Melawan Kebakaran (Angkatan) 8 JENGKA

5 Pertandingan Melawan Kebakaran (CDERT) 8 JENGKA

6 Pertandingan CD Skill Challenge Berpasukan JPAM Individu Inter– Agensi

1016

ALHPA

7 Pertandingan Persembahan Kesenian 8– 15 BALING

UJIAN KEMAHIRAN & KECEKAPAN

Hari ini semakin ramai pihak mengakui bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysiamempunyai peranan yang penting dan utama bagi memberi perlindungan kepadapenduduk awam di negara ini khususnya apabila negara semakin gah meniti di bibirrakyat sebagai agensi yang pantas di dalam memberi bantuan. Namun begitu, tidakramai yang mengetahui bahawa JPAM juga terlibat secara langsung di dalamsuasana krisis dan peperangan.

Timbalan Ketua Kesetiausaha Kanan KDNDATO’ DAUD BIN TAHIR

Himpunan selama empat (4) hari yang bermula pada malam ini sehingga 10November 2013, sudah pasti dapat memantapkan dan memperkemaskanilmu Pertahanan Awam serta gerak kerja yang lebih efisyen dan tersusun dikalangan anggota di samping dapat mengukuhkan kesiapsiagaan anggotaJPAM di dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan danbencana.

Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan AwamDATO’ SULAIMAN B. KELING

Himpunan seperti ini akan meningkatkan keupayaan pasukan masing-masing dalammencapai objektif Jabatan seterusnya menggalakkan lebih banyak penyelesaian ke-pada permasalahan kerja yang berlaku dalam rutin tugasan harian.

Yang Setia Pengarah Pertahanan Awam Negeri JohorKOL. (PA) Ghazali Bin Abdul Rahman

APA KATA MEREKA

Page 4: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 4CORETAN AKTIVITI

ATUCARA MAJLIS PERASMIANPEMBUKAAN

ATUCARA MAJLIS PERASMIANPENUTUP

Page 5: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 5

1. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

yang sudi hadir walaupun dalam kepadatan jadual dan kesibukan dengan pelbagai tugasan

rasmi ketika ini. Dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri sudah pasti dapat memberi

sentuhan dan pembakar semangat kepada seluruh warga JPAM. Saya merasa bangga dengan

kehadiran seluruh kontinjen yang dilihat penuh bersemangat dan berkobar - kobar di dalam

menyertai himpunan pada kali ini. Ini menunjukkan kesungguhan setiap warga kerja JPAM di

dalam memberi komitmen terbaik tanpa berbelah bahagi di dalam melibatkan diri bukan sahaja pada himpunan kali ini,

malahan pada setiap tugasan dan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Himpunan selama

empat (4) hari yang bermula pada malam ini sehingga 10 November 2013, sudah pasti dapat memantapkan dan

memperkemaskan ilmu Pertahanan Awam serta gerak kerja yang lebih efisyen dan tersusun di kalangan anggota di

samping dapat mengukuhkan kesiapsiagaan anggota JPAM di dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan

dan bencana. Selain daripada itu, himpunan ini juga menjadi medan kepada persepakatan dan dan jalinan kerjasama

yang utuh bukan sahaja kepada anggota malahan dengan agensi penyelamat yang lain seperti pasukan Bomba &

Penyelamat Malaysia, Airport Fire Rescue Services (AFRS) dan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL), membuktikan yang JPAM tidak hanya berada di silonya sendiri. Jadi sinonimnya, himpunan ini dianggap

sebagai sesuatu yang bernas dalam meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan disiplin serta dedikasi yang tinggi

untuk anggota Pertahanan Awam Malaysia dalam menjalankan tugas - tugas menyelamat semasa setiap operasi atau

bencana.

3. Himpunan pada kali ini mengetengahkan beberapa pertandingan kemahiran yang melibatkan : -

(I) Kemahiran Menyelamat Integrasi yang melibatkan agensi penyelamat utama negara iaitu daripada Pasukan

Khas Pertahanan Awam (PASPA), Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia, Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) dan Airport Fire Rescue Services (AFRS).

(II) Pengurusan Kemalangan Jalan Raya atau Road Accident Management (RAM) – berkaitan pengurusan mangsa

dan aliran trafik pada sesuatu insiden kemalangan jalan raya. (Elemen Kemahiran Perawatan Kecemasan)

(III) Kemahiran Melawan Kebakaran Bagi Kategori (Pasukan)

(IV) Kemahiran Melawan Kebakaran Bagi Kategori (Civil Defence Emergency Response Team (CDERT)

(V) Kemahiran Pengendalian Bot Penyelamat

(VI) Kawad Kaki

(VII) Pertandingan Acara Kesenian dan Kebudayaan

4. Mesej penting yang perlu diterokai dalam setiap pertandingan kemahiran adalah perubahan dalam cara kerja

ke arah yang lebih inovatif, dinamik dan berterusan. Dengan pelbagai kekangan yang bakal dihadapi ketika

melaksanakan tugasan sudah pasti terdapat kaedah alternatif dan penambahbaikan dari semasa ke semasa yang akan

memberi pengalaman yang sangat berharga kepada anggota JPAM. Halangan tidak dijadikan sebagai batu

penghalang, malahan mewujudkan pasukan yang kreatif dan inovatif tanpa meninggalkan aspek keselamatan ketika

bertugas. Saya yakin, kesungguhan dan komitmen dari setiap anggota Angkatan Pertahanan Awam dalam

melaksanakan tugas murni ini merupakan nadi kejayaan sesuatu operasi menyelamat.

Teks Ucapan Pembukaan YAS Dato’ KPHimpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 6: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 6

OBJEKTIF PROGRAM

5. Justeru itu, saya mengharapkan melalui himpunan seperti ini akan meningkatkan keupayaan pasukan masing - masing dalam

mencapai objektif Jabatan seterusnya menggalakkan lebih banyak penyelesaian kepada pemasalahan kerja yang berlaku dalam rutin

tugasan harian kita. Saya juga berharap agar semua peserta dapat menunjukkan semangat dan setiakawan serta kesungguhan yang

tinggi di setiap acara yang dipertandingkan serta mengekalkan persaingan sihat di dalam setiap acara yang dipertandingkan.

6. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mewakili semua warga JPAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri kerana sudi untuk hadir pada malam yang mulia ini bersama

dengan kita semua untuk merasmikan Majlis Pembukaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke-19 sebentar saja lagi. Tidak lupa

juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran Himpunan

Pertahanan Awam Malaysia kali ke-19 pada tahun ini.

7. Saya mengharapkan seluruh warga JPAM dapat memanfaatkan sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran dari himpunan ini dan

mempraktikkannya dalam tugas - tugas Pertahanan Awam.

Sekian, terima kasih.

Teks Ucapan Pembukaan YAS Dato’ KPHimpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 7: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 7

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya

dapat kita bersama - sama menzahirkan Majlis Perasmian Penutup Himpunan

Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke–19 Tahun 2013. Di kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang sudi

menjemput saya untuk hadir dan merasmikan majlis penutup pada petang yang mulia ini.

Penganjuran Majlis Himpunan Pertahanan Awam Malaysia telah terbukti berjaya

mencapai objektif dan matlamatnya. Sejak dilaksanakan mulai sekitar tahun 1995,

program yang berlandaskan unsur bina upaya dan jati diri ini merupakan usaha berterusan untuk

merealisasikan gerakan transformasi dalam gelombang himpunan kesukarelaan demi memanfaatkan diri,

organisasi dan masyarakat.

Kepada semua warga kerja JPAM yang telah berjaya mengikuti Himpunan Pertahanan Awam Malaysia yang

berlangsung selama empat (4) hari, bersama – sama dengan peserta - peserta jemputan khas iaitu yang

melibatkan tiga (3) pasukan penyelamat utama daripada pelbagai agensi di negara ini, yang mana julung –

julung kali dijemput untuk menyertai dalam acara pertandingan Kemahiran Menyelamat Integrasi bagi

mewakili agensi masing – masing, dengan kehadiran mereka tersebut maka dapatlah menghangatkan lagi

bahang suasana pada hari kemuncak pertandingan yang telah pun selesai dipertandingkan. tahniah dan

syabas saya ucapkan kerana mampu mengharungi cabaran - cabaran berupa fizikal dan teknikal. Saya

dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur dan juga daripada pemerhatian saya sendiri, setiap peserta

telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, yang mana hasilnya pada ketika ini, anda semua kelihatan

segak beruniform, tampak yakin, bersemangat, komited dan berdisiplin. Tahniah dan syabas sekali lagi

diucapkan. Penerapan ilmu kecemasan dan bencana dengan disulami komponen pembentukan esprit de

corpe, kepimpinan serta pembentukan ketahanan mental dan fizikal ini amat bersesuaian dengan matlamat

mencungkil ciri - ciri kepimpinan serta kemampuan individu dan pasukan membuat keputusan dan bertindak

pantas dalam keadaan kecemasan. Namun begitu, bidang Pertahanan Awam amat luas dan sewajarnya kita

terbuka untuk menawarkan apa jua modul latihan baru untuk membentuk satu pasukan yang lebih mantap dan

berkesan.

Peranan JPAM bukan hanya terhad kepada menyelamat nyawa dan harta benda penduduk awam sahaja.

Objektif yang lebih luas adalah untuk memastikan penglibatan orang awam dalam sama - sama menjaga

keselamatan nyawa dan harta benda ketika berlakunya kecemasan atau bencana alam. Ini dapat dilihat

melalui peranan sukarelawan JPAM yang dilatih hingga mampu melatih orang awam yang lain. Secara tidak

langsung penganjuran himpunan seperti ini juga akan dapat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan

ilmu Pertahanan Awam dan seterusnya melonjakkan kesungguhan untuk diri, organisasi dan masyarakat

sama - sama bergerak seiring dengan JPAM dalam meledakkan semangat dan institusi kesukarelaan

Pertahanan Awam.

Teks Ucapan Aluan Penutup YAS Dato’ KPHimpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul

Khusus

Page 8: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 8

JPAM sentiasa berusaha memastikan ilmu Pertahanan Awam dapat disebarkan di kalangan masyarakat

bermula daripada peringkat paling awal. Penubuhan pasukan Pertahanan Awam di sekolah - sekolah, institusi

pengajian tinggi dan di premis - premis membuktikan bahawa kesedaran dan latihan pertahanan awam sentiasa

diterapkan kepada anggota masyarakat. Ini terbukti dengan penubuhan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) di

sekolah - sekolah, Kor Siswa -Siswi Pertahanan Awam (SISPA) di institusi pengajian tinggi awam/swasta, Unit

Pelatih Institusi Latihan Kemahiran Pertahanan Awam (PISPA) di institusi kemahiran dan Civil Defence

Emergency Response Team (CDERT) di premis - premis atau kawasan yang berisiko.

Untuk pengetahuan hadirin, secara dasarnya JPAM terlibat secara total kepada konsep Pertahanan Menyeluruh

(HANRUH) di bawah Komponen Kesiapsiagaan Awam dan ia merupakan satu elemen penting di dalam

menyediakan rakyat di negara ini yang mempunyai ilmu, kemahiran dan peka terhadap sebarang kecemasan

mahupun bencana. Hadirin haruslah sedar, betapa peripentingnya setiap masa berdetik di saat berhadapan

dengan suasana cemas. Tempoh 4 minit akan membezakan antara orang yang berilmu dan dapat melakukan

sekurang – kurangnya bantuan perawatan awalan kepada mangsa, yang boleh jadi mungkin insan yang kita

sayangi.

Sekiranya ilmu ini dapat dimanfaatkan sebaik - baiknya, saya percaya kita dapat membentuk satu organisasi

dan komuniti yang mampu memberi respon terhadap kecemasan dan bencana dengan lebih cepat dan efisien.

Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan satu negara yang bersiap sedia di dalam menghadapi apa sahaja

kecemasan dan bencana.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mewakili seluruh warga kerja JPAM di bawah payung

pimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN), ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat bersama di sepanjang empat (4) hari himpunan ini dijalankan, baik secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Penutup Himpunan Pertahanan Awam Malaysia kita pada petang

yang indah ini. Selamat maju jaya dan selamat kembali bertugas dengan penuh keazaman dan tekad kepada

para peserta sekalian.

Teks Ucapan Aluan Penutup YAS Dato’ KPHimpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 9: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 9

1.Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T

kerana kita semua dapat berhimpun pada malam yang penuh keberkatan di dalam Majlis

Perasmian Pembukaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2013 ini. Tema

sambutan himpunan pada kali ini adalah “JPAM Transformasi 61 Tahun Ke Arah Gelombang

Himpunan Kesukarelaan”. Sesungguhnya majlis ini amat penting bukan sahaja untuk

memperlihatkan kecekapan kemahiran Angkatan Pertahanan Awam semata – mata, tetapi apa

yang lebih penting adalah ia menjadi medan untuk menzahirkan semangat kesukarelaan yang

telah sekian lama wujud di negara ini melalui Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

(JPAM).

2.Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam Dato’ Sulaiman Bin Haji Keling

Kerana di atas kepimpinan beliau, pasukan JPAM dapat melaksanakan sejumlah transformasi dan proses

penjenamaan semula sebagai sebuah Jabatan yang mempunyai peranan yang dirasai di dalam pengurusan bencana

kecemasan di dalam negara. Pada waktu yang sama, selain memainkan peranan aktif di dalam negara, JPAM juga

telah mengorak langkah untuk menyahut cabaran bagi menempatkan organisasi ini di peringkat antarabangsa.

3.Himpunan Pertahanan Awam yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai medan memperkasakan kemahiran dan

kerja berpasukan yang utuh dan profesional. Himpunan ini juga dilihat bukan sahaja sebagai satu bentuk

pertandingan kecekapan pasukan penyelamat JPAM, malahan sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia terutama

golongan Generasi Y, yang seperti kita sedia maklum merupakan pecahan majoriti di dalam Angkatan Pertahanan

Awam Malaysia, sebenarnya sangat komited di dalam memastikan kesiapsiagaan awam di dalam menghadapi

kecemasan dan bencana. Impak terhadap himpunan ini bukan setakat menguji kemahiran anggota – anggota

pertahanan awam sahaja, tetapi juga dalam maksud yang lebih besar adalah untuk membentuk perwatakan positif

dan jati diri unggul kepada anggota JPAM yang kompetensi.

4.Aktiviti seumpama ini mampu mewujudkan keseragaman dalam sistem dan corak latihan yang pratikal selanjutnya

menjadi panduan kepada para anggota JPAM untuk bertindak di waktu kecemasan dan bencana. Di samping itu juga

ia dapat memberi sedikit sebanyak input kepada orang awam dan masyarakat sekeliling yang hadir sepanjang

tempoh himpunan ini berlangsung berhubung ilmu pertahanan awam.

5.Pelaksanaan Himpunan Pertahanan Awam Malaysia yang telah memasuki tahun ke-19 penganjurannya ini adalah

sebagai pelabuh tirai takwim latihan tahun 2013, di samping itu, ianya bertujuan untuk mengkoordinasikan gerak

kerja menyelamat sekiranya melibatkan Bencana Tahap 3 dengan lebih sistematik dan berkesan. Saya yakin,

kesungguhan dan komitmen dari setiap anggota Angkatan Pertahanan Awam dalam melaksanakan tugas murni ini

merupakan nadi kejayaan sesuatu operasi menyelamat. Paling penting, di negara ini semuanya ini dilakukan bukan

oleh anggota tetap sebuah jabatan kerajaan semata – mata, tetapi dibantu dan disokong melalui gerakan

sukarelawan yang melibatkan rakyat. Gerakan sukarelawan rakyat inilah yang menjadi nadi utama keamanan dan

kesejahteraan negara.

6.Hari ini semakin ramai pihak mengakui bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai peranan yang

penting dan utama bagi memberi perlindungan kepada penduduk awam di negara ini khususnya apabila negara

semakin gah meniti di bibir rakyat sebagai agensi yang pantas di dalam memberi bantuan. Namun begitu, tidak ramai

yang mengetahui bahawa JPAM juga terlibat secara langsung di dalam suasana krisis dan peperangan.

Teks Ucapan Rasmi Timbalan Ketua Kesetiausaha Kanan KDN Wakil Resmi YBMDN

Himpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Timbalan Ketua Kesetiausaha KananKDNDATO’ DAUD BIN TAHIR

Page 10: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 10Teks Ucapan Rasmi YBMDN

Himpunan PA Ke-19 Tahun 2013 – Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

7.Walaupun negara kita bebas daripada ancaman peperangan, tragedi berdarah di Lahad Datu telah

membuktikan kemampuan dan dan kesiapsiagaan JPAM di dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan melalui Akta yang dibekalkan. Ops Daulat membuka lembaran baru

bagi JPAM yang dilihat sentiasa bersedia dan mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab

dengan baik. JPAM dilihat telah berjaya di dalam mengetuai dan mengurus tadbir pusat penempatan

sementara, mengorganisasi serta mengagihkan kekuatan seluruh jentera dan sumbangan bantuan

sama ada daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Saya dapat melihat bagaimana para

petugas dari pelbagai organisasi melaksanakan peranan dan tugas dengan tersusun dan harmoni di

dalam memberi khidmat kepada rakyat dan negara. Saya amat bangga dan kagum dengan Pasukan

Pertahanan Awam yang berkhidmat dengan cekap dan cemerlang. Petunjuk ini membuktikan bahawa

JPAM telah bersedia dari segi penyediaan latihan dan mendisiplin orang awam agar dapat memberi

khidmat kepada rakyat. Dan saya melihat JPAM sudah berupaya untuk digemblengkan sebagai barisan

hadapan di dalam memberi khidmat dari rakyat untuk rakyat.

8.JPAM secara langsung telah terlibat dalam Komitmen Utama KDN untuk Menggerakkan Gelombang

Kesukarelaan. JPAM telah diberikan cabaran agar warga JPAM dapat memastikan khidmat mereka

benar – benar dirasai oleh rakyat dan mereka dijadikan penggerak paling utama dalam sebarang

operasi menyelamat, kecemasan, krisis dan bencana. Bagi melaksanakan ini, JPAM perlu

meningkatkan penglibatan seramai mungkin stakeholders dan 3rd party validators bukan sahaja di

kalangan agensi, tetapi lebih penting lagi di kalangan rakyat.

9.Saya berkeyakinan, bahawa nilai kesukarelaan yang dipupuk menerusi program dan aktiviti

Pertahanan Awam selama ini amat bertepatan dan sehaluan dengan matlamat penubuhan JPAM, iaitu

bagi melibatkan penglibatan orang awam dalam melindungi nyawa dan harta benda penduduk. Bukan

sahaja peranan ini wajar dimainkan oleh setiap anggota sukarela JPAM yang dilatih, tetapi mereka juga

perlu meningkatkan kemampuan sehingga ke tahap jurulatih dan mampu melatih orang awam yang lain.

10.Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat bertanding dan maju jaya kepada semua kontinjen

negeri yang mengambil bahagian di dalam aktiviti sepanjang himpunan ini berjalan. Saya berharap

semangat kesukarelaan yang ditunjukkan melalui JPAM dapat mencapai meneruskan gelombang

kesukarelaan di dalam memacu pembangunan modal insan yang lebih kompetitif dan bersedia dengan

cabaran yang mendatang.

11.Dengan lafaz mulia “Bismillahhirrahmannirrahim” saya merasmikan Majlis Pembukaan Himpunan

Pertahanan Awam Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2013 dengan rasminya.

Page 11: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 11 GAMBAR AKTIVITI

Page 12: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 12CORETAN AKTIVITI

Page 13: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 13CORETAN AKTIVITI

Page 14: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

MUKASURAT 14CORETAN AKTIVITI

Page 15: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

FIRE FIGHTER ENDURANCE CDERT

CORETAN AKTIVITI

Page 16: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Page 17: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

PertandinganAcara

Kesenian danKebudayaan

Page 18: 7.CD - SKILL ( JEMPUTAN ) JOHAN:SARAWAK …

Left. Kol. (PA) Kamal Bin MokhtarPengarahEmail : [email protected]. (PA) Abdul Ba'ith Bin Abdul RahimTimbalan PengarahEmail : [email protected] Negeri Pertahanan Awam Negeri SembilanKementerian Dalam NegeriKM 5, Jalan Labu ,70200 Seremban,Negeri Sembilan Darul KhususTel : 06-7615587/6190Fax: 06-7642991

LT (PA) Md Fadir Bin Md NorPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Seremban,Kementerian Dalam Negeri,KM 5, Jalan Labu,70200 SerembanNegeri SembilanTel : 06-7672386/2385Fax : 06-7642991

SM (PA) Muhammad Muthalib Bin SatimanPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Gemas,D/A Balai Penghulu Gemas,73400 Gemas,Negeri Sembilan.Tel : 07-9482967Fax : 07-9483860

SK (PA) Mohd Aliff Bin Abd GhaniPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Port Dickson,D/A Pusat Penerbangan Pelancongan,Batu 6, Teluk Kemang,71009 Port Dickson,Negeri Sembilan.Tel : 06-6621584Fax : 06-6621581

MUKASURAT 18I N F O

KENALI Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan

http://www.civildefence.gov.my

SK (PA) Shahrulnizam B. Mohd ShahPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Tampin,No. 175, Jalan Cantik,73000 Tampin,Negeri Sembilan.Tel : 06-4416291Fax : 06-4416293

SM (PA) Noor Azizuazwan Bin Mohd NoorPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Jelebu,D/A Pejabat Daerah Jelebu, Jln Dato Menteri,71600 Kuala Klawang,Negeri Sembilan.Tel : 06-6134022Fax : 06-6134024

SM (PA) Abas Bin HussainPegawai Pertahanan Awam DaerahEmail: [email protected] Daerah Pertahanan Awam Kuala Pilah,D/A Pejabat Daerah Kuala Pilah,72000 Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Tel : 06-4815297Fax : 06-4811687

SK (PA) Kamarudin Bin SaadPegawai Penyelaras Unit USIMEmail: [email protected] Pembangunan Kemahiran Insaniah,Universiti Sains Islam Malaysia,Bandar Baru Nilai,71800 Nilai,