73191095 isu tax gst brrr (real)

36
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 1.0) PENGENALAN Dalam percukaian, pembayar cukai dikenakan cukai dalam dua bentuk, sama ada melalui cukai langsung seperti cukai pendapatan dan cukai jalan atau melalui cukai-cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Bagi cukai langsung, pembayar cukai sudah tentu akan menyedari bahawa mereka sedang menghadapi beban cukai kerana pembayar cukai dikehendaki mengisytiharkan pendapatan mereka dan membayar cukai yang sewajarnya kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi cukai tidak langsung, pembayar cukai biasanya tidak sedar bahawa mereka telah dikenakan cukai bermula amaun cukai yang telah diambil kira dengan harga jualan. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan salah satu jenis cukai tidak langsung. GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT) (Behan & Jenkins, 2005). Walaupun GST dan VAT mempunyai nama yang berbeza, mereka mewakili sistem yang sama di mana kos cukai sebenarnya ditanggung oleh pengguna akhir. Walau bagaimanapun, setiap langkah dalam rantaian bekalan akan dikenakan cukai dan akan disalurkan kepada kerajaan. Rantaian bekalan juga boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke dalam produk yang dibeli. Menurut Singh (2007), ia adalah didokumenkan bahawa GST boleh menjadi satu bentuk cukai tidak langsung yang berkesan. Pada masa ini, banyak negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia dan Singapura telah melaksanakan GST. 1 No.Matrik: 215648

Upload: keihoo

Post on 04-Sep-2015

268 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

asd

TRANSCRIPT

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

1.0) PENGENALANDalam percukaian, pembayar cukai dikenakan cukai dalam dua bentuk, sama ada melalui cukai langsung seperti cukai pendapatan dan cukai jalan atau melalui cukai-cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Bagi cukai langsung, pembayar cukai sudah tentu akan menyedari bahawa mereka sedang menghadapi beban cukai kerana pembayar cukai dikehendaki mengisytiharkan pendapatan mereka dan membayar cukai yang sewajarnya kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi cukai tidak langsung, pembayar cukai biasanya tidak sedar bahawa mereka telah dikenakan cukai bermula amaun cukai yang telah diambil kira dengan harga jualan.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan salah satu jenis cukai tidak langsung. GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT) (Behan & Jenkins, 2005). Walaupun GST dan VAT mempunyai nama yang berbeza, mereka mewakili sistem yang sama di mana kos cukai sebenarnya ditanggung oleh pengguna akhir. Walau bagaimanapun, setiap langkah dalam rantaian bekalan akan dikenakan cukai dan akan disalurkan kepada kerajaan. Rantaian bekalan juga boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke dalam produk yang dibeli. Menurut Singh (2007), ia adalah didokumenkan bahawa GST boleh menjadi satu bentuk cukai tidak langsung yang berkesan. Pada masa ini, banyak negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia dan Singapura telah melaksanakan GST.Mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sepatutnya dilaksanakan pada 2007. Bagaimanapun, pelaksanaannya yang diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik. Malah cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, dimana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun 2010. Ini bermakna cukai itu akan berkuatkuasa sekitar Ogos atau September 2011.2.0 ) SEJARAHGST

Berdasarkan artikel The Impacs of Goods and Services Tax (GST) on Middle Income Earnes in Malaysia, cukai barangan dan perkhidmatan(GST) telah diperkenalkan di Perancis pada tahun 1950-an dan telah diterima olehlebih daripada 120negara,termasuk semuanegara-negara anggota Kesatuan Eropah(EU).Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ialah peratusan cukaiterhadap nilai yang ditambah di setiaptahap pengeluaran. Ia merupakan perbezaanantarajualandankos membeli bahan input .

Terdapat tiga jenis asas terhadap nilai yang ditambah cukai (GST)yang mana ianya bergantung kepada bagaimana pelaburan dijalankan dalam asas cukai iaitu jenis cukai barangan dan perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK),jenis penggunaan cukai barangan dan perkhidmatan, danjenis pendapatancukai barangan dan perkhidmatan (GST). Di bawahjenis SistemCukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK),tiada potongan dibenarkan untukpelaburan modaldan susut nilai modalapabilamengiraasas cukai.Cukai tersebut adalah bersamaan dengan cukaijualan yang mana boleh digunakanbagikedua-duapenggunadan barangan modal. Di bawah jenis Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap penggunaan, pelaburan modal ditolak dari nilai yang ditambah pada tahun pembelian dibuat.Cukai tersebut bersamaan dengan cukaijualanyang boleh digunakan untuk barang-barang pengguna. Di bawahjenis SistemCukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap pendapatan,asas cukaitidak termasuk dengansusut nilai modal.

Hampir semua Negara yang telahmenubuhkanCukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)sistem menggunakanjenis SistemCukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap penggunaan di mana semuabelian barangan modaldarifirma lainboleh dipotongdari jualansebuah syarikat (Shoup, 1990).Bagaimanapun,sesetengah negaraseperti Argentina, PerudanTurkitelah menggunakan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap pendapatan, dannegara-negaraseperti China,Finland,MaghribidanSenegal menggunakan SistemCukai Barangan dan Perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK).

3.0) APA ITU GST?Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris:goods and services tax, GST) ataucukai nilai tambah(bahasa Inggeris:value added tax, VAT) ialah sejeniscukai penggunaan(CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengancukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejeniscukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai.GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

GST adalah merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. Diperhatikan GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada. Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self policing. Selain daripada itu, pihak peniaga hanya perlu mengemukakan penyata cukai yang ringkas mengikut format yang disediakan, manakala semua rekod dan dokumen berhubung dengan transaksi yang berkaitan hanya perlu disimpan di premis syarikat untuk diaudit oleh juruaudit GST di kemudian hari.VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Laur, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan. Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.4.0) KADAR GSTAsas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem percukaian ini. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.Kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai semasa bagi tujuan mengimbangi impak GST terhadap rakyat dan pengguna supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah, dijangka pengguna akan mendapat manfaat daripadanya oleh kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.Cukai hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan atau ke atas pengimportan barang dengan merujuk kepada nilai pembekalan atau pengimportan sebagaimana yang ditentukan. Menteri boleh mengenakan cukai melalui perintah yang disiarkan dalam Warta iaitu menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan atau ke atas pengimportan barang dan mengubah atau meminda kadar cukai, apa-apa perintah yang dibuat. 5.0) SEBAB GST PERLU DILAKSANAKAN.Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987.Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada sektor minyak dan gas. Keadaan ini menunjukkan sumber pendapatan negara yang agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang. Keadaan di peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak langsung.GST juga dipandang bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan.6.0) PELAKSANAAN GSTGST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran.Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk memungut cukai daripada pembayar cukai. Salah satu kaedah ialah dengan menggunakan cukai pegangan di mana jumlah yang dibayar kepada seseorang individu telah di ambil bahagian cukainya oleh pembayar yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa, penggunaan cukai pegangan boleh memastikan kutipan cukai dan pematuhan bagi pihak pembayar cukai. Namun, jenis aktiviti yang boleh menggunakan cukai pegangan adalah terhad kepada apa yang telah dibenarkan oleh akta tertentu. Kaedah lain yang boleh di gunakan ialah yang dikenali sebagai pay-as-you-earn (PAYE). Mengikut kaedah ini, pembayaran upah atau gaji individu hanya dibuat selepas ditolak jumlah cukai yang ditanggungnya. Oleh itu, individu itu hanya menerima gaji bersih selepas dipotong cukai.

Pekerja di Malaysia terutamanya yang terdapat dalam sektor awam juga tertakluk kepada PAYE melalui sistem potongan cukai berjadual. Sejumlah cukai yang dikira benar berdasarkan jadual yang telah ditetapkan ditolak terlebiah dahulu dari gaji atau upah yang dibayar. Namun begitu, jumlah cukai yang dipotong bukan jumlah tanggungan cukai yang sebenar kerana potongan itu dibuat berdasarka anggaran sahaja. Isu pematuhan cukai timbul apabila pembayar cukai berkenaan perlu memfailkan borang cukai pendapatannya, mengira semula jumlah sebenar tanggungan cukainya dan membayar perbezaan antara cukai sebenarnya dengan cukai yang telah dibayar.

GST adalah dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dikeluarkan di dalam negara termasuk yang diimport. GST hanya boleh dicaj serta dipungut oleh peniaga yang telah berdaftar di bawah GST. GST yang dipungut ke atas output perlu diremitkan kepada Kerajaan. Walaupun bagitu, pihak peniaga adalah dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai input melalui mekanisme dan kaedah seperti berikut:i. GST yang dipungut ke atas output (cukai output) tolak GST yang telah dibayar ke atas input (cukai input).

ii. Jika terdapat lebihan, amaun tersebut hendaklah diremitkan kepada Kerajaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

iii. Jika terdapat kekurangan, pihak peniaga boleh menuntut pembayaran balik (refund) daripada Kerajaan.

7.0) BARANGAN DAN PERKHIDMATAN GST

Terdapat beberapa barangan dan perkhimatan yang berbeza akan dikenakan cukai oleh pihak yang berkuasa mengikut kadar yang ditetepkan.7.1) SENARAI BARANG YANG DIKENAKAN GSTSemua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

7.2)SENARAI BARANG YANG TIDAK DIKENAKAN GSTHampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar). Rujuk jadual dibawah :KategoriDeskripsi

Barang makanan

1. Beras & padi

2. Gula

3. Tepung

4. Minyakmasak

5. Garam

6. Sayuran

7. Rempah ratus

Semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang dan beras hancur

Semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising

Tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar,tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan sepertinya. Semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari,minyak jagung, minyak bijan dan minyak zaitun

Garam makan termasuk garam bukit

Semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato, bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu, jagung dan lain-lain. Termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam jawa, serbuk kari.

Binatang hidup,daging binatang dan

organ dalaman

binatang Seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam, itik dan lain-lain.

Ikan dan isi ikan Semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan

Semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering) kecuali sirip yu

Kerang Termasuk udang kara, ketam dan udang

Molluscs Termasuk sotong, siput

Telur burung Ayam dan itik

Lain-lain Anak ayam, anak lembu, anak khinzir and jejari ikan kecuali benih sayur

Bekalan elektrik Bekalan elektrik kepada pengguna domestik untuk 200 KWH yang pertama

Bekalan air Bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised water dan air mineral

Barangan yang

dibekal di bawah

Skim PengilangTol

Diluluskan Barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta skim tersebut

Kawasan Yang

Ditetapkan Bekalan barang ke Kawasan Yang Ditetapkan (Langkawi,Labuan dan Tioman)

Eksport Semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan dan lapangan terbang

Deemed export Barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di luar pelabuhan dan lapangan terbang

Barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah skim Skim PengilangTol Diluluskan

Ship stores Semua jenis barang untuk tujuan ship stores

Semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang

digunakan di dalam pelayaran dan penerbangan

7.3)SENARAI PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GSTPerkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk jadual di bawah.KategoriDeskripsi

Pengangkutan penumpang (tempatan) Pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)

Kapal, bot dan feri

Bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan bas feeder

Teksi dan kereta sewa

Perkhidmatan ambulan

Perkhidmatan kesihatan Perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta

Perkhidmatan pendidikan Aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan swasta

Kantin di sekolah rendah dan menengah

Bekalan tanah dan rumah kediaman Pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri

Jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumah kos rendah dan sederhana

Jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian

Tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan kerajaan atau tanah kubur

Bekalanemas Bekalan emas untuk tujuan pelaburan

Bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan

Perkhidmatan

kewangan

Bank

-Pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman, pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit

-pulangan dari urusniaga pelaburan seperti dividen kasar dan keuntungan dari pelupusan aset kewangan

Syarikat insurans

- Premium insuran nyawa dan keluarga

Firma Broker Saham

-Penjualan semula share buy back programme

Eksport Perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia

Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa pembaikan yang terletak diluar Malaysia

Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport

Perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di luar Malaysia

Perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ

Pengangkutan

Antarabangsa dan

ancillary services Pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal atau kappal terbang (keluar atau kedalam negara termasuk peringkat domestik)

Pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (keluar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)

Ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding

KawasanDitetapkan Perkhidmatan dibekalkan ke Kawasan Ditetapkan

Perkhidmatan pelabuhan dan lapanganterbang Perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan

Telekomunikasi Perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar Malaysia

Perkhidmatan roaming antarabangsa

Agen Skim Bayar Balik Pelancong Perkhidmatan yang disediakan oleh agen Skim Bayar Balik Pelancong.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan dan lain-lain Kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan, kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka

8.0)KESAN-KESAN

KESAN PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kesan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat.KESAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIMATAN KE ATAS PENGGUNA. Pengguna merupakan pihak yang berkepentingna terlibat secara tak langsung dalam aktiviti ini. Ekoran daripada itu, ia memberikesan kepada pengguna itu sendiri samada kesan buruk mahupun baik.Komponen Indek Harga Pengguna: Kadar GST 4%

Terdapat penurunan dalam lapan komponen indek harga pengguna. Contohnya seperti pakaian dan kasut yang mengalami penurunan tertinggi di dalam indek harga pengguna sebanyak 2.71%. Manakala komunikasi mengalami penurunan kedua tertinggi iaitu sebanyak 1.86%. Berbeza pula dengan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan yang mengalami kenaikan yang tertinggi iaitu sebanyak 2.21%. Selain itu, indek harga pengguna juga turut mengalami penurunan sebanyak 0.10%.

Cukai barangan dan perkhidmatan ini dilaksanakan bagi mengganti cukai jualan dan perkhidmatan. Kadar cukai barangan dan perkhidmatan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan( SST ). Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan yang dibayar ke atas input perniagaan boleh di tuntut kembali. Ini kerana cukai jualan dan perkhidmatan bukan lagi merupakan kos ke atas perniagaan.

Beban cukai dan perbelanjaan berdasarkan kumpulan pendapatan

Kumpulan PendapatanPurata

perbelanjaan

bulanan

(RM)SST

Beban cukai ( % )SST

Cukai dibayar ( RM )GST

Beban cukai ( % )GST

Cukai dibayar ( RM )

Miskin5702.3813.572.1712.37

Rendah1 8562.7551.042.4345.10

Pertengahan3 7672.94110.752.5796.81

Tinggi7 2113.13225.702.74197.58

Purata2 0412.8858.782.5351.64

Bebanan cukai bagi cukai barangan dan perkhidmatan pada kadar 4% adalah lebih rendah dari SST

Berdasarkan model yang dibentuk, cukai barangan dan perkhidmatan merupakan cukai yang progresif dan bukannya cukai yang regresif. Selaras dengan penurunan sebanyak 0. 10% ke atas indek harga pengguna jika cukai barangan dan perkhidmatan dikenakan pada kadar 4%.Beban cukai berdasarkan kepada kawasan dan strata

Berdasarkan jadual, peratusan cukai jualan dan perkhidmatan tetap tinggi berbanding dengan cukai barangan dan perkhidmatan.KESAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KE ATAS INDUSTRITerdapat pelbagai kesan cukai barangan dan perkhidmatan ke atas industri. Kesan pertama yang dapat dilihat adalah dari segi aliran tunai. Ini kerana beban aliran tunai dapat dikurangkan kerana cukai barangan dan perkhidmatan tetap boleh dituntut walaupun pembayaran untuk belian masih belum dibuat. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kaedah perakaunan berasaskan invois dan peruntukan tempoh bercukai setiap bulan. Selain itu, tiada pemadanan antara input dan output. Ini kerana semua pembelian dan perolehan boleh dituntut pada bila-bila masa.Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan. Selain itu, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. KESAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KE ATAS EKONOMI.Terdapat pelbagai kesan ke atas ekonomi akibat daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan. Antaranya ialah peningkatan daya saing di pasaran eksport. Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia akan menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Jadi, ia akan menyebabkan jumlah eksport negara akan meningkat. Selain itu, kesan yang dapat dilihat adalah peningkatan aktiviti ekonomi melalui pelancongan seperti skim bayaran balik pelancong (tourist refund scheme) di semua pintu keluar di lapangan terbang antarabangsa dan status pulau bebas cukai barangan dan perkhidmatan bagi Labuan, Langkawi dan Tioman dikekalkan.KESAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KEPADA KERAJAAN. Kerajaan adalah merujuk kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, agensi kerajaan iaitu badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Bagi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, pembekalan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak termasuk di dalam skop pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan kecuali yang diarahkan oleh Menteri Kewangan melalui Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Bekalan Bercukai Kerajaan). Contohnya adalah seperti bekalan air dirawat dan bekalan yang dibuat oleh RTM.

9.0)TINDAKAN KE ATAS AKTIVITI PENGAMBILAN KEUNTUNGAN BERLEBIHAN.

Jika berlakunya aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan akibat perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, ianya boleh ditangani dengan cara menggunakan strategi komunikasi yang berkesan. Selain itu, penguatkuasaan dan pemantauan yang berkesan perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Di samping itu, pasaraya besar juga boleh dijadikan sebagai penentu harga bagi pasaraya kecil dan kedai runcit. Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga. Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011

Bermula pada1 April 2011, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dikuatkuasakan. Akta ini menggantikan Akta Kawalan Harga yang telah wujud semenjak tahun 1946. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini merupakan akta yang amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah , dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Dalam akta ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melantik seorang pengawal harga, timbalan pengawal harga dan pegawai-pegawai lain dilantik untuk melaksanakan peraturan yang terdapat di bawah akta ini.Pengawal harga, dengan kelulusan Menteri ( KPDNKK ), diberi kuasa untuk menentukan harga dan caj maksimum, minimum atau tetap dan perkhidmatan bagi setiap rangkaian pembekalan daripada peringkat pengeluar sehingga peruncit. Akta ini juga meneruskan peraturan dalam akta sebelum ini, iaitu penjual barang dan perkhidmatan hendaklah mempamerkan senarai harga barang dan perkhidmatan di tempat yang mudah untuk dilihat oleh pelanggan. Kepentingan utama akta ini adalah untuk menetapkan peraturan bagi memastikan tidak ada peniaga menjual barang atau perkhidmatan dengan harga yang tidak munasabah. Akta ini memberi kuasa kepada Menteri PDNKK untuk menetapkan satu mekanisme penetapan harga yang munasabah berdasarkan elemen-elemen dalam penetapan harga, seperti cukai, kos pembekal, keadaan penawaran dan permintaan, keadaan geografi dan pasaran serta faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kedudukan harga.Bagi membantu dalam pelaksanaan akta ini, sebuah Majlis Penasihat Harga ditubuhkan, Majlis ini berperanan untuk menasihatkan Menteri PDNKK berkaitan dengan perbuatan mengaut keuntungan yang berlebih-lebihan dan hal-hal lain yang berkenaan dengan harga serta caj barang dan perkhidmatan. Majlis Penasihat Harga ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha KPDNKK atau wakilnya dan 10 orang ahli lain, yang terdiri daripada empat orang wakil daripada kerajaan dan enam orang daripada orang awam, industri dan pertubuhan bukan kerajaan.Peniaga atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan. Bagi individu yang melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Bagi syarikat pula, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta.10)LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL KE ATAS AKTIVITI KEUNTUNGAN BERLEBIHAN.

Dalam menangani masalah ini, beberapa pihak berkepentingan seperti kerajaan dan pengguna haruslah mengambil beberapa alternatif supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi bersama.

10.1)LANGKAH YANG AKAN DIAMBIL OLEH KERAJAAN

Kerajaan sedar bahawa terdapat peniaga-peniaga yang tidak beretika akan menaikkan harga apabila GST dilaksanakan. Alasan yang akan diberikan oleh mereka ialah kerajaan telah mengenakan cukai baru sebanyak 4%.

Dalam memastikan kepentingan pengguna terjamin, kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut untuk menangani aktiviti yang tidak beretika tersebut:

1. Menggubal peraturan untuk mengawal aktiviti pengambilan untung berlebihan (profiteering) dalam Akta Kawalan Harga 1946.

2. Menubuhkan Majlis Kawalan Harga

3. Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan tegas serta hukuman yang berat4. Panduan Harga Pengguna akan dikeluarkan secara berjadual.

Kerajaan juga perlu menggiatkan lagi aktiviti kebajikan untuk rakyat bagi mengimbangi beban cukai yang bakal mereka tanggung. Contohnya menaikan jumlah biasiswa kecil persekutuan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan atau menambah peruntukan. Ini bagi membolehkan lebih ramai dapat menikmatinya memandangkan cukai ini ditanggung oleh semua individu yang berbelanja termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Selain itu, perlu juga ada keseimbangan antara faedah kepada golongan berpendapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah. Ini kerana tambah definisi pengurangan pendapatan kepada golongan kaya dan miskin amat berbeza. Bagi golongan berpendapatan tinggi, pengurangan pendapatan bermaksud mereka kini hanya boleh melancong dalam negeri berbanding luar negara seperti sebelum ini.10.2)LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH PENGGUNA.Pengguna juga boleh memainkan peranan dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-1. Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.2. Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.3. Melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berkuasa atau persatuan pengguna.4. Berbelanja secara berhemat.11.0)KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN GSTKebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.

Bagi pemerhati ekonomi, GST memberi kelebihan dari sudut memudahkan kerajaan mengutip cukai dengan jaminan ia berjalan lebih cekap. Dalam masa yang sama, pelaksanaannya juga dapat mengurangkan bebanan pembayar cukai pendapatan yang sebenarnya minoriti.

Bagaimanapun GST wajar bermula pada kadar yang rendah sebelum dinaikkan beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat dan perlu mengambil contoh Singapura yang mula memperkenalkan GST pada 1994 pada kadar sebanyak tiga peratus dan menaikkan kepada lima peratus selepas itu.

Kadar itu tidak jauh berbeza dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu berkisar antara tiga hingga empat peratus yang relevan dengan situasi semasa. Kadar yang rendah itu juga adalah komitmen kerajaan dalam mengimbangkan dengan kebajikan rakyat.

Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutansistem pengurusannyaadalah berasaskan kepada kaedah self policing. Pihak peniaga hanya perlu mengemukakan penyata cukai yang ringkas mengikut format yang disediakan, manakala semua rekod dan dokumen berhubung dengan transaksi yang berkaitan hanya perlu disimpan di premis syarikat untuk diaudit oleh juruaudit GST.Rakyat juga dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang. Rakyat hanya perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan.

Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas cukai barangan dan perkhidmatan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.

Datuk Kamariah Hussain berkata, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. Cukai barangan dan perkhidmatan akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas cukai barangan dan perkhidmatan dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain. Selain itu, bukan semua harga barang akan menurun selepas cukai barangan dan perkhidmatan diperkenalkan tetapi terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Di samping itu, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai. Selain itu, kerajaan pada masa yang sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas cukai barangan dan perkhidmatan diperkenalkan. Kerajaan juga turut meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan. Ia amat penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya masalah dalam menjana pendapatan negara.Cukai barangan dan perkhidmatan bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah membuat keputusan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak mendatangkan masalah dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.

Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.Kerajaan juga merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus dan sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST serta kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST. Kerajaan menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Berdasarkan jurnal yang dirujuk, sistem percukaian barangan dan perkhidmatan in juga memberi beberapa kelebihan kepada negara Singapura. Kewujudan kelebihan ini kepada negara Singapura menyebabkan mereka beranggapan bahawa rasionalnya mereka menjalankan sistem percukaian ke atas barangan dan perkhidmatan di negara mereka. Antara kelebihannya adalah :(1) Menggalakkan simpanan dan pelaburan, disamping dapat menjana ekonomi negara. GST tidak sama dengan cukai lain seperti cukai pendapatan korporat kerana tiada cukai dikenakan ke atas pelaburan dan simpanan. Ekoran daripada itu, ia dapat menggalakkkan lagi untuk melakukan aktiviti pelaburan dan penyimpanan.(2)Mengekalkan daya saing sesebuah negara. Ini kerana GST hanya penggunaan dalam negara dan proses menghasilkan eksport akan dikenalpasti terdahulu sebelum dilaksanakan.Oleh itu, daya saing sesebuah negara bolehdikekalkan.(3)GST adalah cukai yang cekap untuk mentadbir kerana ia menggunakan polisi sendiri. Jika dibandingkan dengan cukai pendapatan, ia tidak menggunakan polisi sendiri. Ekoran daripada itu, ramai pekerja yang bekerja sendiri untuk mengurangkan pembayaran ke atas cukai pendapatan mereka walaupun pekerja bergaji tidak dapat berbuat demikian.(4)GST merupakan sumber pendapatan yang lebih stabil untuk Perbendaharaan. Jika dibandingkan dengan cukai harta yang tertakluk kepada turun naik pasaran hartanah dan korporat serta cukai pendapatan peribadi yang berbeza-beza dengan kitaran ekonomi, GST adalah sumber pendapatan yang lebih stabil untuk Perbendaharaan.(5)Mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung.Akaun cukai langsung adalah 60 peratus hasil cukai di Singapura.Lebih 73 peratus daripada cukai langsung datang dari cukai pendapatan individu dan korporat.Cukai tidak langsung, yang membentuk 40 peratus daripada hasil cukai seperti kenderaan bermotor, petroleum, minuman keras dan tembakau.Selain daripada mendatangkan hasil, ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, tidak menggalakkan minum minuman keras yang berlebihan dan mengurangkan bilangan perokok.12.0)KESIMPULAN Dalammempertimbangkankesan-kesancukai barangan dan perkhidmatandi Malaysia, hampir kesemua rakyat Malaysia mengandaian harga barangan pengguna akan meningkat sebanyak 4%. Berdasarkan artikel The Impacs of Goods and Services Tax (GST) on Middle Income Earnes in Malaysia, kajianinimenyatakan bahawa kebanyakan respondenbimbang akankuasa belimereka terutama bagi golongan sederhana dan bahawan apabila berlaku peningkatan dalam harga barangan dan perkhdmatan. Pelaksanaancukai barangan dan perkhidmatan (GST)di Malaysiaadalah untuk meningkatkecekapan system kutipancukai kerana ia menjadi satu sumberutama pendapatantidak langsungbagi kerajaan.

Kebanyakan orang awam masihkurang yakintentang bagaimana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan.Kerajaan haruslah menggalakkancukai barangan dan perkhidmatan (GST) menerusimedia agar orangawam akan bersedia untukmenghadapi kesan-kesan yang akan berlaku disebabkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Tambahan pula, disebabkankekurangan maklumat terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), orang awam akan mengandaikan bahawa perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya akan memberikan keburukan sahaja kepada mereka berbanding kebaikan seperti kesan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Lantaran itu, kerajaan seharusnya memberi keyakinan kepada rakyatbahawa cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) tidak akan menaikkan hargabarangan dan perkhidmatan. Tetapi jika harga barangan dan perkhidmatan meningkat, sepatutnyamempunyai alternatif-alternatif lain untukmengurangkan beban terhadap golongan sederhana dan bawahan seperti mengurangkan kadar cukai pendapatan atau menambahkan lagi golongan yang pengecualian cukai. Selain itu, berdasarkan kajian di dalam artikel tersebut, dipercayai kebanyakan responden akan lebih bijak dalam membuat pembelian apabila cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) dilaksanakan.

Selain itu, apabila cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) dilaksanakan, pelbagai kebaikan yang diperolehi berbanding keburukan. Ia dapat di lihat di negara-negara majulainsepertiUnited Kingdom(17.5%) danNew Zealand (12.5%-15%),pengenalancukai barangan dan perkhidmatan ( GST )telah meningkatkanhasil cukai dan kecekapan mereka.RujukanBank Negara Malaysia. (2010). Laporan Tahun Bank Negara Malaysia, capaian

http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2010/ar2010_buku.pdf Behan, A., & Jenkins,P. (2005). The high costs of controlling GST and VATevasion.

Canadian Tax Journal, 53(3), 720-763.Singh, V. (2007). The truth about GST. Malaysian Bussines. Mohd Rizal Palil, Mohd Adha Ibrahim, 2011, World Review of Business Research, The Impacts Of Goods And Services Tax (GST) On Middle Income Earner in Malaysia, Vol 1(3), 192-206

Isu dan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Retrieved from Jabatan Penerangan Malaysia website: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-nasional/6017-isu-dan-perlaksanaan-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst-.htmlKamaruddin, S. B. (2013, November 20). The National University of Malaysia. Retrieved from the National University of Malaysia New Report: http://www.ukm.my/news/index/index.php/en/extras/1614-gst-needed-to-reduce-fiscal-deficit.html

1No.Matrik: 215648

Sheet1

KawasanStrataSSTGST ( 4 % )

Keseluruhan2.82.5

MalaysiaBandar2.632.32

luar Bandar2.772.49

Keseluruhan2.832.52

SemenanjungBandar2.832.51

luar Bandar2.812.53

Keseluruhan2.462.27

SabahBandar2.462.25

luar Bandar2.472.3

Keseluruhan2.812.47

SarawakBandar2.822.48

luar Bandar2.782.45