666 integration2010 proceedings

8
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 666 APLIKASI MULTIMEDIA UNTUK PEMBELAJARAN ASAS MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH FONETIK : REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP Farah Nadia Azman, Mohamad Lutfi Dolhalit, Ibrahim Ahmad Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka. [email protected], [email protected], [email protected] Abstrak Di Malaysia, seorang kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran membaca dalam lingkungan 7 tahun ataupun sebelum mereka memasuki alam persekolahan formal. Ini memberi petunjuk jelas bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif harus diaplikasikan dalam membimbing kemahiran asas membaca yang dijalankan di peringkat pra-sekolah. Antara pendekatan yang pernah diambil adalah dengan memanafaatkan penggunaan aplikasi multimedia dalam proses pengajaran. Walaupun ini dilihat sebagai pencapaian yang positif, satu kaedah berprinsip perlu dikenalpasti dalam membangunkan aplikasi pendidikan multimedia interaktif bagi membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. Dalam kertas ini, kaedah fonetik disarankan dalam menyampaikan pengajaran kemahiran membaca dibantu dengan persembahan dan rekabentuk multimedia yang kukuh. Ini dilaksanakan dengan membuat pemantauan terhadap media bercetak yang dijual seluruh negara yang berpandukan pendekatan fonetik secara umum. Kajian ini meminjam idea-idea asas daripada pemerhatian bahan-bahan tersebut dan membuat klasifikasi dari segi kesetaraan kandungan. Jika ilmu fonetik difahami dengan tepat dan diaplikasikan dengan berkesan, satu impak yang mantap boleh dicapai bagi pengajaran membaca berbantukan aplikasi multimedia dalam persekitaran bilik darjah. Kata Kunci: Aplikasi Interaktif, Rekabentuk Berarahan Multimedia, Fonetik, Alat Bantuan Pembelajaran 1. Pengenalan Statistik rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin (2005) bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau mengira. Perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus harus dititiberatkan dalam mengatasi masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Ab. Ghani et al (2009), dengan transformasi sistem pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, integrasi antara teknologi multimedia dan pendidikan adalah satu prospek yang kian berkembang dan terus diterokai. Perisian CD dan alatan pengajaran multimedia jelas memberi tarikan kepada pelajar dari segi visual dan penyampaian yang menarik. Walau bagaimanapun, menurut Howles dan Pettengill (1993), satu proses pembelajaran berkesan menggunakan teknologi komputer sukar dijayakan tanpa keupayaan untuk mengintegrasikan unsur pedagogi secara sistematik. Bagi memastikan keberkesanan rekabentuk aplikasi multimedia untuk pembelajaran Bahasa Melayu, satu orientasi teori yang sistematik perlu digunakan dalam mendidik kemahiran mengenal abjad dan mengeja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan satu prototaip perisian khusus interaktif berasaskan ilmu fonetik secara umum. Pendekatan ini dipilih kerana strategi pengajarannya yang dinamik berbanding dengan kaedah mengajar

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 16-Apr-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 666

APLIKASI MULTIMEDIA UNTUK PEMBELAJARAN ASAS MEMBACA

BERDASARKAN KAEDAH FONETIK : REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN

PROTOTAIP

Farah Nadia Azman, Mohamad Lutfi Dolhalit, Ibrahim Ahmad

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.

[email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak

Di Malaysia, seorang kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran membaca dalam lingkungan

7 tahun ataupun sebelum mereka memasuki alam persekolahan formal. Ini memberi petunjuk

jelas bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif harus diaplikasikan dalam

membimbing kemahiran asas membaca yang dijalankan di peringkat pra-sekolah. Antara

pendekatan yang pernah diambil adalah dengan memanafaatkan penggunaan aplikasi

multimedia dalam proses pengajaran. Walaupun ini dilihat sebagai pencapaian yang positif,

satu kaedah berprinsip perlu dikenalpasti dalam membangunkan aplikasi pendidikan

multimedia interaktif bagi membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. Dalam kertas

ini, kaedah fonetik disarankan dalam menyampaikan pengajaran kemahiran membaca

dibantu dengan persembahan dan rekabentuk multimedia yang kukuh. Ini dilaksanakan

dengan membuat pemantauan terhadap media bercetak yang dijual seluruh negara yang

berpandukan pendekatan fonetik secara umum. Kajian ini meminjam idea-idea asas daripada

pemerhatian bahan-bahan tersebut dan membuat klasifikasi dari segi kesetaraan kandungan.

Jika ilmu fonetik difahami dengan tepat dan diaplikasikan dengan berkesan, satu impak yang

mantap boleh dicapai bagi pengajaran membaca berbantukan aplikasi multimedia dalam

persekitaran bilik darjah.

Kata Kunci: Aplikasi Interaktif, Rekabentuk Berarahan Multimedia, Fonetik, Alat Bantuan

Pembelajaran

1. Pengenalan

Statistik rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin

(2005) bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau

mengira. Perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus harus dititiberatkan dalam

mengatasi masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak. Sebagaimana yang dihuraikan oleh

Ab. Ghani et al (2009), dengan transformasi sistem pendidikan Malaysia yang memberi

penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, integrasi antara

teknologi multimedia dan pendidikan adalah satu prospek yang kian berkembang dan terus

diterokai. Perisian CD dan alatan pengajaran multimedia jelas memberi tarikan kepada

pelajar dari segi visual dan penyampaian yang menarik. Walau bagaimanapun, menurut

Howles dan Pettengill (1993), satu proses pembelajaran berkesan menggunakan teknologi

komputer sukar dijayakan tanpa keupayaan untuk mengintegrasikan unsur pedagogi secara

sistematik.

Bagi memastikan keberkesanan rekabentuk aplikasi multimedia untuk pembelajaran Bahasa

Melayu, satu orientasi teori yang sistematik perlu digunakan dalam mendidik kemahiran

mengenal abjad dan mengeja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan satu

prototaip perisian khusus interaktif berasaskan ilmu fonetik secara umum. Pendekatan ini

dipilih kerana strategi pengajarannya yang dinamik berbanding dengan kaedah mengajar

Page 2: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 667

membaca tradisional seperti menghafal senarai suku kata sebagimana yang dibincangkan oleh

Yee(2007).

Oleh itu, dengan berdasarkan fahaman kepada teori fonetik, pengajaran dalam prototaip

perisian khusus ini mampu mengurangkan kesukaran pelajar membezakan bunyi bahagian

huruf gabungan atau secara individu. Ini diatasi dengan membataskan pelajar untuk hanya

fokus pada bunyi simbol huruf tanpa menghafal nama huruf. Aplikasi multimedia interaktif

ini boleh juga dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai alat bantuan mengajar elektronik

bagi guru Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini hanya akan bertumpu pada

―asas‖ sebutan seperti yang diamalkan dalam program bacaan fonik.

2. Kaedah Fonetik

Teori atau ilmu fonetik tulen dan fonemik adalah dua bidang yang berkait rapat dan

dibicarakan bersama dalam kajian ini. Ia bertujuan mendapat gambaran tepat bagaimana

kaedah fonetik boleh diaplikasikan dalam mengajar kemahiran asas membaca. Secara

ammnya, ilmu fonetik adalah satu disiplin linguistik yang berpusat kepada penyelidikan

bagaimana bunyi dihasilkan dan digunakan dalam pertuturan manusia. Fonem pula merujuk

prosidur pendengaran yang mengkategorikan bunyi dengan memadankan huruf bercetak

dengan bunyi yang betul. Dalam kertas ini, fonem dipamerkan dengan menggunakan baris

slash / / bagi pengasingan simbol-simbol. Menurut Samsudin (2007), dengan menyusun

inventori dan struktur bunyi suatu bahasa, transkripsi fonemik boleh dibentuk bagi

mengklasifikasi bunyi sebutan secara menyeluruh.

Dalam bahasa Melayu, analisis segmental telah mengenalpasti bahawa terdapat 24 fonem

tulen dan 10 fonem pinjaman. Sepertimana yang dimaklumkan oleh Zahid et al (2006),

daripada 24 fonem tulen, terdapat 6 fonem vocal (/a, e, ə, i, o/) dan fonem 18 fonem

konsonan (/p, t k, b, d, g, c, j, s, h, 1, r, m, n, ɲ , ŋ , w, y/) dalam bahasa Melayu. Fonem-

fonem ini telah diberikan huruf simbolik dalam ejaan rumi termasuk huruf gabungan seperti

/kh/, /gh/, /ng/, /ny/, /sy/ dan satu fonem bagi setiap huruf masing-masing. Menurut sistem

ejaan baru yang diperkenalkan oleh jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka huruf ‗e'

melambangkan dua fonem yang berlainan iaitu /e/ dan /ə/. Berpandukan statistik yang telah

dibuktikan oleh Yopp (1995), faedah maksimum diperoleh dengan wujudnya kesedaran

fonemik dalam amalan membaca. Penyelidikan ini bergantung kepada peraturan umum

fonem Bahasa Melayu dalam proses rekabentuk dan pembangunan kandungan aplikasi

multimedia. Dengan menggunakan huruf simbolik dalam sistem tulisan abjad Melayu

moden, perkataan dihasilkan oleh suku kata yang dibentuk oleh segmen-segmen fonem

konsonan dan vokal.

3. Kajian Bahan Pengajaran Sedia Ada

Pemerhatian telah dilaksanakan ke atas sekelompok bahan bercetak yang memanafaatkan

kaedah fonetik sebagai asas pengajaran pembacaan Bahasa Melayu bagi kanak-kanak

prasekolah. Beberapa buku bersiri ini digunakan secara meluas dalam kelas-kelas bahasa di

prasekolah di seluruh negara. Tujuan tinjauan dijalankan adalah untuk mengkategori dan

mengenalpasi persamaan utama dari segi kandungan buku-buku bersiri tersebut. Judul buku

bersiri yang dipilih disenaraikan seperti berikut:

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku Kaedah Fonetik (9 buku)

Pakej Cepat Baca Kaedah Fonemik (2 buku)

Buku Besar Pantas Membaca(8 buku)

Page 3: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 668

Siri Bistari Pantas Membaca(8 buku)

Siri Pintar Membaca(8 buku)

Kaedah Mudah Membaca Adikku Bijak Membaca(1 buku)

Analisa terhadap kandungan buku menemui bahawa kebanyakan daripada siri tersebut

menggunakan dua warna utama yang berlainan bagi membezakan antara bunyi vokal dan

konsonan iaitu merah dan hitam. Dua warna tersebut turut digunakan bagi mengasingkan dua

atau tiga pasangan suku kata dalam sepatah perkataan.

Dua daripada buku bersiri tersebut menyediakan panduan kepada ibu bapa bagi membantu

melatih kanak-kanak supaya memberi penekanan terhadap bunyi abjad dan sebutan gabungan

huruf dan suku kata. Berbeza dengan kaedah hafalan tradisional yang mengulang suku kata

yang jarang digunakan seperti ‗va, ve, vo, vi, vu' , pengajaran fonetik merangsang suku kata

lazim dalam perkataan Melayu. Kanak-kanak tidak perlu menghafal nama-nama abjad itu

tetapi sebaliknya bunyi simbol huruf itu sahaja.

Pengajaran biasanya bermula dengan pengenalan kepada kesemua 6 vokal fonem.

Kemudian, pengajaran akan fokus pada fonem vokal sering digunakan Melayu yang iaitu /a/,

/i/ dan /u/. Kemudian, sejumlah fonem konsonan diperkenalkan kepada pembaca secara

berperingkat seperti /m/ dan /n/ atau /b/ serta /k/ dan seterusnya. Dengan bilangan bunyi

huruf yang terhad, ia mengurangkan beban pelajar untuk menstruktur suku kata dengan huruf

yang sedia ada. Sebelum konsonan dan vokal yang belum digunapakai diperkenalkan,

selanjutnya pengajaran akan membimbing kanak-kanak tentang bagaimana membina satu

perkataan yang secara purata terdiri daripada dua hingga tiga suku kata. Suku kata yang

dipelajari ialah gabungan satu huruf konsonan dan satu huruf vokal bagi suku kata terbuka.

manakala suku kata tertutup ialah gabungan satu huruf konsonan, satu huruf vokal bagi dan

satu lagi huruf konsonan di hujungnya.

Pengajaran diteruskan di mana pelajar dibimbing membaca ayat–ayat pendek yang bermakna

yang juga terhad kepada dua hinga empat patah perkataan. Setelah pelajar menunjukkan

prestasi yang positif kepada abjad-abjad yang sedia ada, mereka akan maju ke modul

berikutnya dengan pengenalan kepada konsonan baru yang tidak ditemui daripada pelajaran-

pelajaran sebelumnya. Proses ini berulang dengan menstrukturkan suku kata menggunakan

fonem konsonan, fonem vokal dan diftong sehingga selesai.

Selepas menamatkan siri pengajaran, pelajar dijangka dapat menguasai kemahiran mengeja

perkataan mudah dan membaca ayat-ayat pendek. Namun begitu, pengajaran dalam buku-

buku bersiri yang ditinjau tidak meliputi tatabahasa Melayu lanjutan seperti imbuhan, kata

sendi dan sebagainya.

4. Pembangunan Aplikasi Multimedia

Mengeksploitasi barisan idea daripada buku-buku bersiri yang ditinjau, kajian dibuat bagi

merekabantuk dan membangunkan prototaip perisian khusus berdasarkan pemahaman

bahawa segmentasi huruf konsonan dan vokal yang menghasilkan sesepatah perkataan.

Aplikasi multimedia yang dibangunkan direkakhas untuk platform Windows. Bersandarkan

keputusan kajian oleh Clark et al (2003), prototaip yang dibina mestilah memenuhi prinsip-

prinsip multimedia sebagimana yang dirumuskan oleh mereka. Isu dan pertimbangan

rekabentuk multimedia dibincang selaras dengan elemen berikut.

Page 4: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 669

4.1 Kandungan Pembelajaran

Abjad dan suku kata dipilih secara strategik sebagai item utama pengajaran. Perhatian

khusus diberikan kepada suku kata yang mengandungi konsonan-vokal mudah(KV, KVKV

atau KVKVK). Penilaian analisis meta kuantitatif yang dijalankan oleh Ehri et al (2001)

melaporkan bahawa dengan wujudnya kesedaran terhadap fonem, pengajaran membaca

meningkat dalam satu sesi yang tempohnya berlanjutan antara 5 hingga 18 jam atau lebih.

Lantaran itu, bagi memberi lebih pengalaman bermakna ketika sesi bacaan teks, suku kata

yang sama diguna semula dalam pembentukan ayat pendek. Huruf-huruf vokal yang pertama

kali dipilih ialah /a/, /i/ dan /u/ diikuti oleh konsonen /m/ /n/ atau /b/ dan /k/ serta selebihnya.

Fonem diftong yang digunapakai di peringkat permulaan ialah /ai/ dan /au/ manakala /ng/ dan

/ny/ ialah fonem gabungan dipilih dalam prototaip tersebut.

Rajah 1 : Sesi Pengajaran Huruf Tunggal

4.2 Rekabentuk Antaramuka

Aplikasi multimedia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu modul abjad tunggal (huruf-

huruf vokal dan konsonan) , suku kata terbuka dan bebas serta pembinaan perkataan dan

ayat-ayat pendek bersama dengan dua modul tambahan iaitu latihan pengukuhan dan

panduan ibu bapa. Pelajar akan melayar dan melengkapkan sesi pengajaran setiap modul

bergantung kepada kemajuan sendiri sehingga seluruh modul selesai. Modul latihan ialah satu

modul pilihan bagi menilai pelajar pencapaian masing-masing. Halaman panduan ibu bapa

menyenaraikan fungsi butang-butang yang disediakan dalam perisian khusus.

4.3 Teks

Elemen teks mempunyai peranan paling penting dalam pembelajaran asas membaca. Dalam

prototaip ini, font san erif yang konsisten digunakan untuk mengajar ejaan. Hanya huruf kecil

diskopkan untuk keseluruhan pengajaran. Kombinasi warna teks bagi setiap sesi diterangkan

seperti berikut:

Huruf tunggal: Setiap huruf dipapar dengan warna merah.

Suku kata tunggal: Huruf pertama dipapar dengan warna merah manakala huruf

kedua dipapar dengan warna hitam.

Pasangan dua suku kata(satu perkataan): Suku kata pertama dipapar dengan warna

merah manakala suku kata kedua dipapar dengan warna hitam.

Pasangan tiga suku kata(satu perkataan): Suku kata pertama dipapar dengan warna

merah, suku kata kedua dipapar dengan warna hitam manakala suku kata ketiga

dipapar dengan warna merah semula.

Page 5: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 670

Kepiawaian penggunaan warna teks juga diaplikasi untuk semua suku kata terbuka dan

tertutup.

Rajah 2 : Sesi Pengajaran Gabungan Suku Kata dan Ayat

4.5 Audio

Satu lagi media yang sangat penting dalam aplikasi ini ialah elemen audio. Segmen-segmen

suara telah dirakamkan terlebih dahulu diintegrasi dengan setiap fonem, suku kata, perkataan

dan ayat pendek yang dipamerkan dalam modul. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan

mengingati simbol huruf yang mereka pelajari sepanjang pengajaran. Arahan berbentuk audio

juga diperdengarkan bagi membimbing pelajar melayari seluruh proses pengajaran. Muzik

latar yang ceria hanya dimainkan semasa halaman pertama bagi menjana minat pelajar.

4.6 Grafik dan Animasi

Grafik digunakan secara minimum dalam alikasi ini bagi membolehkan pelajar memberi

tumpuan penuh kepada sesi pengajaran tanpa gangguan animasi yang tidak berkaitan dengan

kandungan pembelajaran sepertimana yang disarankan oleh Sindhu et al (2006).

Bagaimanapun teks utama dipaparkan di dalam blok putih mirip kepada flash card. Simulasi

yang ringkas dipamerkan, menunjukkan bagaimana dua simbol huruf digabungkan yang

membentuk suku kata. Dalam animasi tersebut, kedua-dua blok abjad akan bergerak daripada

lokasi asal mereka (kiri dan kanan) sehingga blok-blok tersebut tersusun di sebelah

menyebelah. Animasi yang sama digunapakai dalam penggabungan pasangan suku kata yang

membentuk perkataan. Animasi montaj yang ceria dimainkan dalam halaman hadapan

perisian khusus.

4.7 Interaktiviti

Dalam modul-modul pengajaran, interaksi pelajar berlaku secara secara linear iaitu dari satu

muka ke halaman berikutnya. Pelajar boleh memainkan semula simulasi penghasilan suku

kata atau perkataan dan kembali untuk halaman utama dengan menekan butang-butang yang

disediakan. Pelajar dibenarkan untuk mengulang seberapa banyak siri pengajaran sehingga

mereka selesa untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Modul latihan dicipta untuk

menguji sama ada pelajar menguasai topik yang telah dipelajari dalam perisian aplikasi

multimedia. Pelajar dikehendaki memadankan abjad tunggal, diftong atau gabungan huruf

dengan bunyi yang betul. Latihan ini tidak termasuk gabungan lebih dari satu suku kata,

perkataan dan ayat.

Page 6: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 671

Rajah 3: Modul Latihan Pemadanan Suku Kata

5. Kesimpulan

Kertas kerja ini telah menerangkan kajian dan penerokaan bagaimana peraturan am fonetik

boleh digunakan dalam menghubungkan fonem konsonan dan vokal yang membentuk suku

kata. Penyelidikan ini turut mengaitkan unsur yang penting dalam meningkatkan kualiti

prototaip perisian khusus demi kajian masa depan. Salah satu daripada matlamat utama kajian

ini adalah untuk menstruktur dan memperkemas persembahan multimedia berasaskan

formula fonetik yang lebih. Penyelesaian lain termasuklah menambah teks bacaan dengan

gabungan huruf kecil dan huruf besar. Fasa yang seterusnya ialah untuk mengkaji

keberkesanan prototaip yang dibangunkan dalam kajian ini bagi melihat sejauh mana ia dapat

membantu pelajar mengenalpasti dan mentranskripsi barisan huruf dan suku kata dalam suatu

ayat. Harapannya, dengan integrasi prinsip rekabentuk multimedia dan strategi pengajaran

yang unggul, satu sumbangan yang optimum dapat dijana dalam melatih pelajar menguasai

kemahiran asas membaca dalam tempoh masa tertentu.

6. Rujukan

Ab. Ghani., A, Azmi. & Mohd Nor, H. (2009). ICT Literacy (ICTL) Programme : THE

MALAYSIAN EXPERIENCE. Proceedings of UNESCO- APEID International

Conference World Bank-KERIS High Level Seminar on ICT in Education: ICT

Transforming Education

Canapero, M. (2004). Connecting motivating and raising awareness via WELL Developing

elearning environments for science students. ReCALL,16/2, 330-344

Choi, S., Cairncross, S. & Kalganova, T. (2001). Use interactive multimedia to improve your

programming course. PROGRESS 2001

Clark, R.C., Mayer, R.E. (2002). e-Learning and the Science of Instruction: Proven

Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. Pfeiffer.

Clark R, Lyons C. (2004). Graphics for Learning: Proven Guidelines for Planning,

Designing and Evaluating Visuals in Training Materials. John Wiley & Sons.

Ehri, L., Nunes, S., Willows, D., Schuster, B., Yaghoub-Zadeh, Z., & Shanahan, T. (2001).

Phonemic awareness instruction helps children learn to read: Evidence from the

National Reading Panel's meta-analysis. Reading Research Quarterly, 36, 250-287

Howles, L. & Pettengill, C. (1993). Designing instructional multimedia presentations: A

seven-step process. T.H.E. Journal,20, 58-61

Page 7: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 672

Kutz, D.A. (2005) . The use of the Lexia Phonics computer software program for children in

kindergarten and first grade. Thesis, Widener University

Macchi, M. J. & Kahn, D.( 2005). A software tool for teaching reading based on text-to-

speech letter-to-phoneme rules. Proceedings of the Second Workshop on Building

Educational Applications Using NLP, 77-84.

Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press.

Musa, A. B (2002). Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat. Universiti Putra

Malaysia Serdang.

Mohler, J. L. (2001). Using interactive multimedia technologies to improve student

understanding of spatially-dependent engineering concepts. GraphiCon'2001.

Nakjan, S. (2002). A content analysis of reading software commercially available for pre-k to

3rd grade children. UNT Libraries, Retrieved April 18, 2010 from UNT Electronic

Theses and Dissertations on the World Wide Web:

http://digital.library.unt.edu/ark:/67531/metadc3124/

Nong , T. H., Yunus, J. & Salleh, S.H.(2001). Classification of Malay speech sounds based

on place of articulation and voicing using neural networks. Proceedings of IEEE

Electrical and Electronic Technology, TENCON. 170-173.

Omar, A .(1975). Essays on Malaysian Linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6,

8, 9.

Sampath, H., Sivaswamy, J. & Indurkhya, B. (2010). Assistive systems for children with

dyslexia and autism. SIGACCESS Access. Comput. , 96, 32-36.

Samsudin, N.H. (2007). Study on phonetic context of Malay syllables towards the

development of Malay speech synthesizer. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

Sapidin, A.M. (2005, October 12). 100,000 Murid Tahun 2 Hingga 6 Tidak Tahu Membaca.

Utusan Malaysia, Arkib

Sindhu, S. Manjit, S. & Ramesh, S. (2006). Multimedia Learning Packages: Design Issues

and Implementation Problems. Malaysian Online Journal of Instructional

Technology, 3 (1). 43-56.

Snape, L., Nicol, T. & MacFarlane, S. (2003). Phonics for young children: a computer

based approach. Proceedings of the 2003 Conference on interaction Design and

Children, 157-157

Petry B.A & Edwards M.L. (1984). Systematic development of an applied phonetics course.

Springer New York Journal of Instructional Development, 6-11

Wise, C.M. (1957). Applied phonetics. Prentice Hall. Mountain speech, 303-21.

Yang, J. C., Lin, Y. L., Wu, J. J. & Chien, K. H. (2008). Design and Evaluation of a Physical

Interactive Learning Environment for English Learning. Proceedings of the 2008

Second IEEE international Conference on Digital Game and intelligent Toy Enhanced

Learning DIGITEL, 36-43

Yee, W. (2007, October), Malay Phonics - Easy, Essential And Elusive, Retrieved April 19,

2010 from the World Wide Web: http://www.isnare.com/?aid=113213&ca=Education

Yopp, H. K. (1995). A test for assessing phonemic awareness in young children. The Reading

Teacher, 49(1), 20-29.

Zahid, I. & Omar, M.S. (2006). Fonetik dan Fonologi. Malaysia: PTS Professional

Authors Biography

Farah Nadia Azman

Farah Nadia Azman holds the position as a lecturer at the Department of Interactive Media,

Faculty of Information and Communication Technology(UTeM). She educationally received

Page 8: 666 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 673

her Masters of Information Technology at Universiti Kebangsaan Malaysia. Her major

interest is in the intersection between entertainment computing, e-learning, e-commerce,

multimedia courseware, web application, web based open source, applied game design, 2D &

3D animation and digital art.

Mohamad Lutfi Dolhalit

Mohamad Lutfi Dolhalit is an academician at the Department of Interactive Media, Faculty of

Information and Communication Technology(UTeM). He holds a Master of Information

Technology (Multimedia) at Universiti Sains Malaysia. His primary interests include virtual

reality, audio and video production, multimedia applications and multimedia networking.

Ibrahim Ahmad

Ibrahim Ahmad serves as a lecturer at the Department of Interactive Media, Faculty of

Information and Communication Technology(UTeM). His research interests include

Computer Scinece Education, Information & Multimedia Technology, Problem-Based

Learning, Design, Development and Evaluation of Mutlimedia & Internet-Based Learning,

Games-Based Learning and Mobile Learning.