6.3 sejarah lukisan

4
6.3 Sejarah Lukisan Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu. Lukisan pada dinding gua di Gua Niah Sarawak Di barat, contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira, Sepanyol dan Lascaux, Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura.

Upload: cynthia-ting

Post on 02-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah lukisan

TRANSCRIPT

Page 1: 6.3 sejarah lukisan

6.3 Sejarah Lukisan

      Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah

ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Ianya berkisar

tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

      

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua

tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang

sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas

dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta

menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk

makanan mereka pada zaman dahulu.

Lukisan pada dinding gua 

di Gua Niah Sarawak

Di barat, contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira, Sepanyol dan Lascaux,

Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam

lukisan figura. Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail

impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada

penghujung kurun ke-19, Georges seurat telah menggunakan arang untuk

menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.