6.0 kemudahan & institusi

2
6.0 Kemudahan dan Institut Program inklusif adalah sebuah program yang digubal oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1987 selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, masa kini terdapat pelbagai pihak serta kementerian yang turut terlibat dalam pendidikan khas terutama di Malaysia. Antaranya ialah Kementerian Kesihatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyaring dan mengenal pasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Selain itu, kementerian ini juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemeriksaan dan menjalankan ujian diagnostik bagi mengenal pasti masalah atau kategori kanak-kanak khas dan seterusnya melaksanakan intervensi awal yang bersesuaian. Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula berperanan dalam menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan tertentu kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak spastik atau terencat. Kementerian ini juga turut memberikan pendidikan yang tidak formal supaya kanak- kanak berkeperluan khas ini mampu untuk berdikari. Seterusnya ialah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyedian peluang pendidikan kepada semua peringkat iaitu prasekolah, rendah dan menengah termasuk kepada murid-murid Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan Tinggi pula bertanggungjawab menyediakan peluang pendidikan pada tahap yang tinggi (tertiary education). Kesemua kementerian ini banyak membantu program pendidikan inklusif. Hal ini kerana, setiap kementerian memainkan peranan yang tersendiri. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan yang sering datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan murid-murid seperti kesihatan gigi, pengambilan suntikan dan sebagainya. Namun begitu, penglibatan badan-badan bukan berkanun juga turut memberi kesan terhadap pendidikan inklusif. Hal ini kerana, setiap pertubuhan mempunyai cara yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajar khas tersebut melalui intervensi yang sesuai dengan perkembangan mereka. Oleh hal yang demikian, pelajar berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan inklusif akan mengaplikasi pengetahuan mereka di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid- murid Pendidikan Khas terhadap NGO diberi galakkan supaya perkembangan mereka lebih teransang serta membantu mereka dalam membina kehidupan untuk berdikari.

Upload: sofiasaman

Post on 22-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pk

TRANSCRIPT

Page 1: 6.0 Kemudahan & Institusi

6.0 Kemudahan dan Institut

Program inklusif adalah sebuah program yang digubal oleh Kementerian

Pelajaran pada tahun 1987 selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Namun begitu, masa kini terdapat pelbagai pihak serta kementerian yang turut

terlibat dalam pendidikan khas terutama di Malaysia. Antaranya ialah Kementerian

Kesihatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyaring dan mengenal pasti

kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Selain itu, kementerian ini

juga dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemeriksaan dan menjalankan ujian

diagnostik bagi mengenal pasti masalah atau kategori kanak-kanak khas dan

seterusnya melaksanakan intervensi awal yang bersesuaian.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

pula berperanan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kepada

kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak

spastik atau terencat. Kementerian ini juga turut memberikan pendidikan yang tidak

formal supaya kanak-kanak berkeperluan khas ini mampu untuk berdikari.

Seterusnya ialah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyedian peluang

pendidikan kepada semua peringkat iaitu prasekolah, rendah dan menengah

termasuk kepada murid-murid Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan Tinggi

pula bertanggungjawab menyediakan peluang pendidikan pada tahap yang tinggi

(tertiary education).

Kesemua kementerian ini banyak membantu program pendidikan inklusif. Hal

ini kerana, setiap kementerian memainkan peranan yang tersendiri. Sebagai contoh,

Kementerian Kesihatan yang sering datang ke sekolah untuk melakukan

pemeriksaan kesihatan murid-murid seperti kesihatan gigi, pengambilan suntikan

dan sebagainya.

Namun begitu, penglibatan badan-badan bukan berkanun juga turut memberi

kesan terhadap pendidikan inklusif. Hal ini kerana, setiap pertubuhan mempunyai

cara yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajar khas tersebut melalui intervensi

yang sesuai dengan perkembangan mereka. Oleh hal yang demikian, pelajar

berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan inklusif akan mengaplikasi

pengetahuan mereka di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan murid-murid Pendidikan Khas terhadap NGO diberi galakkan supaya

perkembangan mereka lebih teransang serta membantu mereka dalam membina

kehidupan untuk berdikari.

Page 2: 6.0 Kemudahan & Institusi

Pelbagai pihak menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi

kanak-kanak dan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah

suatu bentuk diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa

pendidikan yang diberikan perlulah menyeluruh dan bersepadu bagi memenuhi

keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu

golongan berkeperluan khas juga harus diberi peluang untuk sama- sama menikmati

hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh

itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini

dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan dari semasa ke

semasa.