6 langkah hasilkan gambar panorama

22
E-Book Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds) Pengasas NahamPhoto.com E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini. NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com . Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau perubahan, sila emelkan ke [email protected] untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.

Upload: azman-hj-ayup

Post on 12-Apr-2017

250 views

Category:

Art & Photos


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

E-Book

Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds)

Pengasas NahamPhoto.com

E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada

rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini.

NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini

tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau

perubahan, sila emelkan ke [email protected] untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.

Page 2: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

1

KANDUNGAN

Kandungan

Pengenalan : M/s : 2

LANGKAH 1 : M/s : 3

LANGKAH 2 : M/s : 3

LANGKAH 3 : M/s : 4

LANGKAH 4 : M/s : 5

LANGKAH 5 : M/s : 6

LANGKAH 6 : M/s : 7

BONUS : M/s : 11

Page 3: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

2

Apakah itu Panorama?

Ada pelbagai istilah yang boleh dijelaskan mengenai gambar panorama dimana selalunya dihuraikan sebagai satu gambar yang tidak

terjangkau oleh mata manusia. Panorama dihasilkan dengan cantuman beberapa keeping gambar dan selalunya menghasilkan satu gambar

yang panjang tidak kira melintang atau menegak.

Kamera-kamera compact baru sekarang telah banyak menyediakan fungsi untuk menggabungkan gambar menjadi panorama. Namun anda

juga boleh menggunakan kamera DSLR yang mana jurufoto boleh lebih menumpukan kualiti serta setting yang mereka inginkan. Berikut

merupakan tips-tips sebelum mengambil panorama.

Pilih scene atau lokasi yang betul-betul akan memberikan satu pemandangan yang menarik atau boleh menceritakan sesuatu.

Panorama yang hanya menunjukkan sebaris pokok yang sama jenis tanpa sebarang subjek tarikan mungkin agak membosankan.

Jika anda tidak yakin dengan kemampuan gegaran tangan anda, guna tripod.

Panorama bukan sahaja untuk satu scene yang luas namun boleh juga dicuba ditempat/ ruang yang sempit dan kecil.

Page 4: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

3

Berikut merupakan cara-cara mengambil gambar panorama;

1) Gunakan setting MANUAL.

Disebabkan anda ingin mengambil beberapa keping gambar yang akan dicantum nanti,

pastikan anda menggunakan setting manual pada shutter, aperture & ISO agar anda

mendapat gambar yang sama exposure. Cari exposure yang sesuai ketika itu dan

gunakan untuk semua gambar.

2) KECILKAN saiz gambar anda.

Memandangkan anda ingin mencantumkan beberapa keping gambar, anda boleh

mengecilkan sedikit saiz gambar anda dikamera agar proses cantuman nanti tidak

mengambil masa yang lama. Tetapi anda juga boleh mengecilkan saiz gambar anda

kemudian menggunakan perisian dikomputer.

Page 5: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

4

3) Ambil guna format PORTRAIT.

Jika anda menggunakan format portrait, panorama yang akan dihasilkan nanti akan nampak lebih luas daripada menggunakan format

landscape. Pastikan juga anda menggunakan lensa dengan focal lengh yang agak luas seperti 12mm-18mm untuk menampakkan lebih

impak.

Portrait

Landscape

Page 6: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

5

4) Ambil lebih dari 7 KEPING gambar.

Tidak semestinya lebih 7 keping tetapi 7-10 keping gambar yang diambil dengan format portrait sudah boleh menghasilkan panorama

yang tidak terlalu panjang. Namun ia mengikut keselesaan & idea jurufoto itu sendiri bagaimana mereka inginkan gambar panorama

mereka terhasil.

Page 7: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

6

5) Setiap gambar ada KESINAMBUNGAN.

Jika anda mengambil gambar dari sebelah kiri ke kanan, pastikan disebelah kanan gambar pertama ada kesinambungan di sebelah kiri

gambar kedua dan begitulah seterusnya. Kesinambungan adalah lenih kurang 30% dan ini penting untuk cantuman menjadikan

panorama nanti.

Page 8: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

7

6) Cantum menggunakan ADOBE PHOTOSHOP

Simpan koleksi gambar-gambar yang diambil tadi dalam satu folder khas untuk memudahkan proses cantuman. Sila ikut langkah-

langkah seperti dibawah;

a) Klik FILE -> AUTOMATE -> PHOTOMERGE

b) Klik BROWSE dan pilih semua gambar yang telah diletakkan dalam folder (CTRL + A). Klik OK.

Page 9: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

8

c) Tandakan pada kotak BLEND IMAGES TOGETHER & VIGNETTE REMOVAL. Klik OK.

d) Tunggu sehingga proses selesai. Ia bergantung kepada kelajuan pemproses komputer anda.

Page 10: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

9

e) Jika telah selesai, ambil CROP TOOLS dan potong mengikut saiz yang anda inginkan. Jangan lupa merge (CTRL + SHIFT + E) semua

layer sebelum anda menyimpan (SAVE) gambar anda.

Page 11: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

10

Antara hasil gambar panorama yang telah berjaya dicantum;

Page 12: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

11

BONUS! - Editing Gambar Panorama Menjadi ‘Little Planet’

Apakah itu ‘Little Planet’?

Gambar little planet adalah effect gambar menarik & comel dimana seakan-akan dunia kecil yang ada beberapa subjek sahaja didalamnya.

Untuk membuat gambar effect little planet, ada beberapa tips yang boleh digunakan namun bergantung kepada kreativiti anda. Antaranya;

1) Menggunakan gambar panorama iaitu gambar yang bersaiz panjang yang selalunya dicantum dari beberapa keping gambar.

2) Gambar yang digunakan mestilah mempunyai bahagian langit yang sempurna tanpa sebarang gangguan objek lain.

3) Bahagian penjuru kiri dan kanan gambar sebaik-baiknya mempunyai satu kesinambungan yang elok untuk cantuman.

Page 13: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

12

Langkah-langkah

Pilih gambar yang ingin dijadikan little planet berdasarkan tip-tip diatas. Contoh seperti dibawah. Perhatikan bahagian langit (potongan

atas sekali) tiada apa-apa gangguan yang mengganggu potongan gambar. Hujung kanan dan kiri gambar pula adalah pokok yang hampir

sama warna dan saiznya.

Page 14: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

13

Buka gambar dalam Adobe Photoshop. Anda boleh membuat sedikit perubahan pada hujung gambar terlebih dahulu seperti dibawah

dimana sebahagian gambar disebelah kiri dipilih dan disalin (copy).

Page 15: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

14

Bahagian yang disalin akan dipusingkan secara horizontal.

Page 16: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

15

Setelah dipusingkan, ia dimasukkan dihujung sebelah kanan supaya kelihatan sama dengan sebelah kiri. Ini akan membuatkan

cantuman lebih kemas untuk langkah seterusnya. Anda boleh juga membuat trick ini dihujung langkah nanti. Ia terpulang kepada anda.

Page 17: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

16

Klik menu IMAGE dan klik IMAGE SIZE. Tukarkan saiz imej anda dalam pixel dimana saiz width dan height adalah SAMA. Klik OK

Page 18: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

17

Pusingkan keseluruhan gambar anda terbalik secara 180 darjah. Klik menu IMAGE dan klik INAGE ROTATION. Pilih 180 darjah.

Page 19: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

18

Apabila gambar telah dipusingkan, pilih menu FILTER -> DISTORT -> POLAR COORDINATES..

Page 20: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

19

Tandakan pada bulatan RECTANGULAR TO POLAR. Klik OK.

Page 21: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

20

Little planet anda telah terhasil! Selalunya ada terdapat sedikit kecacatan dibahagian sambungan gambar. Anda boleh menggunakan

PACTH TOOL atau CLONE STAMP untuk memperbaiki kecacatan tersebut. Hanya pilih kawasan yang cacat dan seretkan ke kawasan

yang anda ingin campurkan (blend).

Page 22: 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama

Ebook 6 Langkah Hasilkan Gambar Panorama Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

21

Simpan (SAVE) gambar anda seperti biasa. Semoga berjaya!

Disediakan Oleh :

Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds)

Pengasas/ Jurugambar

NahamPhoto

013-7443734

[email protected]

www.nahamphoto.com

www.nahamphoto.com/blog

www.facebook.com/NahamPhoto