6 berita harian setempat barisan daya usaha pemerintah · pdf filedengan rancangan mahu...

1
SYARIKAT pengeluar pes rempah ratus, Asyura Paste Pte Ltd, kini menjalin kerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) di bawah Politeknik Singapura untuk menghasilkan produk sejukbeku yang boleh dieksport. Buat masa ini, syarikat tersebut menghasilkan produk sejukbeku hanya buat penggunaan dalam negeri. Produk itu tidak sesuai dieksport. Menurut pemiliknya, Cik Nurhuda Rabbani, kerjasama itu sejajar dengan rancangan mahu meluaskan perniagaan sejak membuka kilang syarikat pada 2011. Projek setahun itu menelan pelaburan lebih $20,000. Syarikat itu akan memanfaatkan Geran Pembangunan Keupayaan (CDG) Spring Singapore, yang menyediakan biaya sehingga 70 peratus. “Kami sudah bekerjasama dengan FIRC sejak awal tahun ini untuk menguji dan menghasilkan jenis produk yang kami ada sekarang seperti rempah ayam lemak cili padi, tetapi dalam bentuk bukan beku. “Ini disebabkan kami mahu menembusi pasaran luar negara pada 2018. Jadi, kami perlu membuat persiapan dengan memastikan kami dapat menawarkan produk yang tepat,” katanya, yang menggajikan sembilan pekerja. Faktor utama yang mendorongnya melakukan usaha itu adalah permintaan dari luar negara. “Sudah ada pelanggan yang berminat menjual produk kami di Australia, Brunei dan Dubai sebelum ini. Namun, kerana produk yang ada tidak sesuai buat pasaran luar negara, kami terpaksa menolak. Kini kami lihat betapa pentingnya membuat perancangan ini kerana pasaran domestik kecil, justeru tidak dapat beri banyak ruang bagi kami berkembang,” tambahnya. Syarikat itu menjangka produk bukan beku syarikat akan diperkenal seawal tahun depan. Sebuah lagi syarikat yang baru bekerjasama dengan FIRC sejak dua bulan lalu ialah Wahyu Delicacies Rempeyek Trading, yang dimiliki Encik Nor Hashim Hassan. Pengalaman membeli produk makanan basi menyedarkan Encik Hashim bahawa nasib yang sama juga boleh berlaku pada produknya seperti sambal belacan. “Memandangkan saya ada rancangan mahu mengembangkan perniagaan ke luar negara, saya rasa perlu meningkatkan jangka hayat produk sambal belacan saya sehingga setahun berbanding kurang enam bulan sekarang,” katanya, yang telah melabur $8,000 bagi usaha tersebut. EATIYYAH MOHD SAID EATIYYAH MOHD SAID [email protected] BEBERAPA syarikat pengeluar makanan Melayu/Islam berkata da- ya usaha yang diumum pemerintah di bawah Peta Transformasi Industri (ITM) Pengilangan Makanan ba- ru-baru ini membantu meningkat dan mengembangkan perniagaan. Daya usaha ITM sektor makanan itu, seperti menubuhkan kemuda- han berkongsi pemprosesan dan pro- gram peningkatan daya penghasilan boleh meningkatkan perniagaan. Sesetengahnya berkata bantuan pemerintah itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan perni- agaan dalam mengharungi pasaran lembap sekarang, persaingan yang semakin sengit dan kos niaga yang meningkat – faktor-faktor yang sering menghambat rancangan mem- perluas niaga dalam dan luar negeri. Bagi pemilik Asyura Paste Pte Ltd, Cik Nurhuda Rabbani, kos perniagaan yang melambung saban tahun membuatnya fikir dua kali un- tuk meluaskan perniagaan. Menu- rutnya, sejak membuka kilang pada 2011, kos bahan mentah dan lain-lain telah meningkat. Walaupun hasil pengeluaran ber- ganda setiap tahun, pihaknya harus mengimbangi kenaikan itu dengan kos niaga yang tinggi. “Ini bermakna kami harus memikirkan bagaimana meningkat- kan penjualan dan pengeluaran. Na- mun usaha kami terbatas kerana ru- ang kilang kecil dan tidak membole- hkan kami mempunyai lebih bany- ak mesin automasi. “Justeru, kami gembira dengan daya usaha pemerintah mahu menubuhkan kemudahan pempros- esan tekanan tinggi yang boleh dikongsi bagi meningkatkan jangka hayat produk. Kami merancang ingin memanfaatkannya,” ujarnya. Dengan keadaan ekonomi yang muram sekarang, sesetengah penia- ga juga tidak berpeluk tubuh, malah cuba meninjau pasaran luar negara sebagai alternatif mengembangkan perniagaan. Misalnya, syarikat Pondok Abang kini memohon mendaftar- kan jenamanya di bawah Tasty Sin- gapore, yakni daya usaha penje- namaan industri oleh International Enterprise (IE) Singapore bagi mem- promosi mutu tinggi dan kecemer- langan syarikat setempat kepada ra- kan niaga luar negara. “Wawasan kami adalah mengek- sport produk kami ke luar negara. Kami percaya dengan langkah ini, ia akan menempatkan kami dalam kedudukan lebih baik apabila produk dipasarkan ke luar negara,” ujar pemilik bersama syarikat pro- duk beku Pondok Abang, Encik Mo- hd Hasan Basri Abdul Rahman. Menurut beliau, usaha tambahan itu penting memandangkan kini ter- dapat golongan peniaga yang bukan pengilang atau bukan pengeluar, ter- masuk yang berjualan dalam talian, juga menjual produk serupa. “Ini sedikit sebanyak menjejas syarikat pengilang seperti kami yang harus menanggung kos pernia- gaan tinggi,” ujar beliau. Persaingan niaga lebih sengit tu- rut menggugat pemilik syarikat Wahyu Delicacies Rempeyek Trad- ing, Encik Nor Hashim Hassan, yang menghasilkan produk makan- an seperti sambal belacan, rempah segera dan rempeyek. Menurut Encik Hashim, tempah- an bagi produknya merosot sekitar 30 hingga 40 peratus pada tahun ini. “Keadaan ekonomi lembap se- hingga menyebabkan pasaran niaga kami lebih perlahan, apatah lagi kini kami melihat lebih ramai pesaing be- rani berjualan dalam talian. “Pendatang baru, khususnya pe- niaga muda, kini lebih inovatif dan merupakan cabaran bagi peniaga la- ma seperti saya yang kini harus leb- ih tangkas memikirkan idea lebih menarik untuk berkembang,” ujarn- ya. Justeru, Encik Hashim sangat mengalu-alukan daya usaha yang di- umumkan pemerintah di bawah Pe- ta Transformasi Industri bagi Pengi- langan Makanan baru-baru ini, bagi membantu golongan peniaga seperti dirinya. Barisan daya usaha pemerintah bantu syarikat atasi cabaran niaga, tembusi pasaran moden Sambal Sejagat SEBAR RASA ASIA: Pemilik Asyura Paste, Cik Nurhuda Rabbani (kanan), bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) di bawah Politeknik Singapura bagi menghasilkan makanan yang boleh dieksport. E Kemudahan Perkongsian Sumber Pemprosesan Tekanan Tinggi: Dijangka dilancarkan separuh kedua 2017. E Program pendekatan ‘hands-on’ dan interaktif membincangkan cabaran operasi dan melaksanakan operasi tertentu: Bermula suku pertama 2017 dan disokong Tenaga Kerja Singapura dan Spring Singapore. E Program diagnostik kilang oleh pakar daya penghasilan Jepun. E Penjenamaan Tasty Singapore, yang membolehkan syarikat setempat bergabung dan perluas niaga ke luar negara. EKONIAGA: PETA TRANSFORMASI INDUSTRI (ITM) PENGILANGAN MAKANAN PERKASA SYARIKAT SETEMPAT: Pemilik bersama syarikat produk beku Pondok Abang, Encik Mohd Hasan Basri Abdul Rahman, mengalu-alukan daya usaha penjenamaan industri oleh International Enterprise (IE) Singapore bagi mempromosi mutu tinggi dan kecemerlangan syarikat setempat kepada rakan niaga luar negara. Ini menepati azamnya mahu mengeksport produknya ke luar negara. – Foto-foto M.O. SALLEH ANTARA DAYA USAHA ITM PENGILANGAN MAKANAN “Namun, kerana produk yang ada tidak sesuai buat pasaran luar negara, kami terpaksa menolak. Kini kami lihat betapa pentingnya membuat perancangan ini kerana pasaran domestik kecil, justeru tidak dapat beri banyak ruang bagi kami berkembang.” – Pemilik Asyura Paste, Cik Nurhuda Rabbani. 6 Berita Harian | Sabtu, 26 November 2016 Berita SETEMPAT

Upload: vuongxuyen

Post on 13-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Berita Harian SETEMPAT Barisan daya usaha pemerintah · PDF filedengan rancangan mahu meluaskan perniagaan sejak membuka ... dan mengembangkan perniagaan. Daya usaha ITM sektor makanan

SYARIKAT pengeluar pes rempah ratus, Asyura Paste Pte Ltd, kini menjalin kerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) di bawah Politeknik Singapura untuk menghasilkan produk sejukbeku yang boleh dieksport.

Buat masa ini, syarikat tersebut menghasilkan produk sejukbeku hanya buat penggunaan dalam negeri. Produk itu tidak sesuai dieksport.

Menurut pemiliknya, Cik Nurhuda Rabbani, kerjasama itu sejajar dengan rancangan mahu meluaskan perniagaan sejak membuka kilang syarikat pada 2011. Projek setahun itu menelan pelaburan lebih $20,000. Syarikat itu akan memanfaatkan Geran Pembangunan Keupayaan (CDG) Spring Singapore, yang menyediakan biaya sehingga 70 peratus.

“Kami sudah bekerjasama dengan FIRC sejak awal tahun ini untuk menguji dan menghasilkan jenis produk yang kami ada sekarang seperti rempah ayam lemak cili padi, tetapi dalam bentuk bukan beku.

“Ini disebabkan kami mahu menembusi pasaran luar negara pada 2018. Jadi, kami perlu membuat persiapan dengan memastikan kami dapat menawarkan produk yang tepat,” katanya, yang menggajikan sembilan pekerja.

Faktor utama yang mendorongnya melakukan usaha itu adalah permintaan dari luar negara.

“Sudah ada pelanggan yang berminat menjual produk kami di Australia, Brunei dan Dubai sebelum ini. Namun, kerana produk yang ada tidak sesuai buat pasaran luar negara, kami terpaksa menolak. Kini kami lihat betapa pentingnya membuat perancangan ini kerana pasaran domestik kecil, justeru tidak dapat beri banyak ruang bagi kami berkembang,” tambahnya.

Syarikat itu menjangka produk bukan beku syarikat akan diperkenal seawal tahun depan.

Sebuah lagi syarikat yang baru bekerjasama dengan FIRC sejak dua bulan lalu ialah Wahyu Delicacies Rempeyek Trading, yang dimiliki Encik Nor Hashim Hassan. Pengalaman membeli produk makanan basi menyedarkan Encik Hashim bahawa nasib yang sama juga boleh berlaku pada produknya seperti sambal belacan.

“Memandangkan saya ada rancangan mahu mengembangkan perniagaan ke luar negara, saya rasa perlu meningkatkan jangka hayat produk sambal belacan saya sehingga setahun berbanding kurang enam bulan sekarang,” katanya, yang telah melabur $8,000 bagi usaha tersebut. EATIYYAH MOHD SAID

EATIYYAH MOHD [email protected]

BEBERAPA syarikat pengeluar makanan Melayu/Islam berkata da-ya usaha yang diumum pemerintah di bawah Peta Transformasi Industri (ITM) Pengilangan Makanan ba-ru-baru ini membantu meningkat dan mengembangkan perniagaan.

Daya usaha ITM sektor makanan itu, seperti menubuhkan kemuda-han berkongsi pemprosesan dan pro-gram peningkatan daya penghasilan boleh meningkatkan perniagaan.

Sesetengahnya berkata bantuan pemerintah itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan perni-agaan dalam mengharungi pasaran lembap sekarang, persaingan yang semakin sengit dan kos niaga yang meningkat – faktor-faktor yang sering menghambat rancangan mem-perluas niaga dalam dan luar negeri.

Bagi pemilik Asyura Paste Pte Ltd, Cik Nurhuda Rabbani, kos perniagaan yang melambung saban tahun membuatnya fikir dua kali un-tuk meluaskan perniagaan. Menu-rutnya, sejak membuka kilang pada 2011, kos bahan mentah dan lain-lain telah meningkat.

Walaupun hasil pengeluaran ber-ganda setiap tahun, pihaknya harus mengimbangi kenaikan itu dengan kos niaga yang tinggi.

“Ini bermakna kami harus memikirkan bagaimana meningkat-kan penjualan dan pengeluaran. Na-mun usaha kami terbatas kerana ru-ang kilang kecil dan tidak membole-hkan kami mempunyai lebih bany-ak mesin automasi.

“Justeru, kami gembira dengan daya usaha pemerintah mahu menubuhkan kemudahan pempros-esan tekanan tinggi yang boleh dikongsi bagi meningkatkan jangka hayat produk. Kami merancang ingin memanfaatkannya,” ujarnya.

Dengan keadaan ekonomi yang muram sekarang, sesetengah penia-ga juga tidak berpeluk tubuh, malah cuba meninjau pasaran luar negara sebagai alternatif mengembangkan perniagaan.

Misalnya, syarikat Pondok Abang kini memohon mendaftar-kan jenamanya di bawah Tasty Sin-gapore, yakni daya usaha penje-namaan industri oleh International Enterprise (IE) Singapore bagi mem-promosi mutu tinggi dan kecemer-langan syarikat setempat kepada ra-kan niaga luar negara.

“Wawasan kami adalah mengek-sport produk kami ke luar negara. Kami percaya dengan langkah ini, ia akan menempatkan kami dalam kedudukan lebih baik apabila produk dipasarkan ke luar negara,” ujar pemilik bersama syarikat pro-duk beku Pondok Abang, Encik Mo-hd Hasan Basri Abdul Rahman.

Menurut beliau, usaha tambahan itu penting memandangkan kini ter-dapat golongan peniaga yang bukan pengilang atau bukan pengeluar, ter-masuk yang berjualan dalam talian, juga menjual produk serupa.

“Ini sedikit sebanyak menjejas syarikat pengilang seperti kami yang harus menanggung kos pernia-gaan tinggi,” ujar beliau.

Persaingan niaga lebih sengit tu-rut menggugat pemilik syarikat Wahyu Delicacies Rempeyek Trad-ing, Encik Nor Hashim Hassan, yang menghasilkan produk makan-an seperti sambal belacan, rempah segera dan rempeyek.

Menurut Encik Hashim, tempah-an bagi produknya merosot sekitar 30 hingga 40 peratus pada tahun ini.

“Keadaan ekonomi lembap se-hingga menyebabkan pasaran niaga kami lebih perlahan, apatah lagi kini kami melihat lebih ramai pesaing be-rani berjualan dalam talian.

“Pendatang baru, khususnya pe-niaga muda, kini lebih inovatif dan merupakan cabaran bagi peniaga la-ma seperti saya yang kini harus leb-ih tangkas memikirkan idea lebih menarik untuk berkembang,” ujarn-ya.

Justeru, Encik Hashim sangat mengalu-alukan daya usaha yang di-umumkan pemerintah di bawah Pe-ta Transformasi Industri bagi Pengi-langan Makanan baru-baru ini, bagi membantu golongan peniaga seperti dirinya.

Barisan daya usaha pemerintah bantu syarikat atasi cabaran niaga,

tembusi pasaran moden

Sambal Sejagat

SEBAR RASA ASIA: Pemilik Asyura Paste, Cik Nurhuda Rabbani (kanan), bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) di bawah Politeknik Singapura bagi menghasilkan makanan yang boleh dieksport.

E Kemudahan Perkongsian Sumber Pemprosesan Tekanan Tinggi: Dijangka dilancarkan separuh kedua 2017.E Program pendekatan ‘hands-on’ dan interaktif membincangkan cabaran operasi dan melaksanakan operasi tertentu: Bermula suku pertama 2017 dan disokong Tenaga Kerja Singapura dan Spring Singapore.E Program diagnostik kilang oleh pakar daya penghasilan Jepun.E Penjenamaan Tasty Singapore, yang membolehkan syarikat setempat bergabung dan perluas niaga ke luar negara.

EKONIAGA: PETA TRANSFORMASI INDUSTRI (ITM) PENGILANGAN MAKANAN

PERKASA SYARIKAT SETEMPAT:Pemilik bersama syarikat produk beku

Pondok Abang, Encik Mohd Hasan Basri Abdul Rahman, mengalu-alukan daya usaha penjenamaan industri oleh International Enterprise (IE) Singapore

bagi mempromosi mutu tinggi dan kecemerlangan syarikat setempat

kepada rakan niaga luar negara. Ini menepati azamnya mahu mengeksport

produknya ke luar negara. – Foto-foto M.O. SALLEH

ANTARA DAYA USAHA ITM PENGILANGAN MAKANAN

“Namun, kerana produk yang ada tidak sesuai buat pasaran luar negara, kami terpaksa menolak. Kini kami lihat betapa pentingnya membuat perancangan ini kerana pasaran domestik kecil, justeru tidak dapat beri banyak ruang bagi kami berkembang.”

– Pemilik Asyura Paste, Cik Nurhuda Rabbani.

6 Berita Harian | Sabtu, 26 November 2016

Berita SETEMPAT