5.panduan pelaksanaan bahasa arab

5
! " #$%&’’() ! * +,+-.-/#%012""+#$. $’ 3 &’’(. 4 5 +". , 6 , ,7 " 3 ) (# (& ($ (( 8 ( (9

Upload: mohd-hilmi

Post on 23-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sh

TRANSCRIPT

1

PANDUAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB TAHUN 5

1. PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model Perluasan Bahasa Arab

untuk Tahun 5 di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini

menerangkan tentang takrif, matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan model ini.

2. TAKRIF

Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata pelajaran bahasa

Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-

QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di

Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status mata

pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid (Islam)

hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidak mengambil mata pelajaran

Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan

sama ada ingin mengambil Bahasa Arab atau tidak.

3. MATLAMAT

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat menanam minat

mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan

murid berkomunikasi dengan mudah.

4. OBJEKTIF

Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:

4.1 mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya.4.2 menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.4.3 bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya.4.4 membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab.4.5 menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya.4.6 menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan

memahaminya.

2

5. STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan menggunakan

peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah kebangsaan iaitu 60 minit

seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran

Mata Pelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

5.2 Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi persekolahan. Lihat

Contoh Jadual Waktu seperti di Lampiran 1.

5.3 Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topik yang terkandung

dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5 Edisi 2006. Penerbitan pakej buku ini

terdiri daripada Buku Teks dan Buku Panduan Guru yang dibina berdasarkan Sukatan

Pelajaran Bahasa Arab dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 5. Buku

Latihan Aktiviti hanya disediakan untuk setiap murid tahap 1 sahaja melalui Skim

Pinjaman Buku Teks (SPBT).

5.4 Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atas adalah seperti berikut :

a. Unit / Topik Pertama : ��� ���� ��� ��b. Unit / Topik Kedua : ��� ��� �!c. Unit / Topik Ketiga : ����� ��d. Unit / Topik Keempat : ������� �� !"� #e. Unit / Topik Kelima : $��%�&���'( %� )f. Unit / Topik Keenam : ��*+�*,-.-���/�g. Unit / Topik Ketujuh : 012)%� 34 ���%� �3� 5�'�h. Unit / Topik Kelapan : 6.�789:�7 ;���2%� <�� =i. Unit / Topik Kesembilan : >?@ ...+1B7..j. Unit / Topik Kesepuluh : �!7 C�! 3�

5.5 Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam Buku

Teks mengikut agihan masa seperti berikut:

Bil. Aktiviti Jumlah Waktu

1. Aktiviti 1 2 waktu (30 minit x 2 = 60 minit)2. Aktiviti 2 1 waktu (30 minit)3. Aktiviti 3 1 waktu (30 minit)4. Aktiviti 4 1 waktu (30 minit)5. Aktiviti 5 1 waktu (30 minit)

3

Bil. Aktiviti Jumlah Waktu

6. Aktiviti 6 1 waktu (30 minit)

7. Aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan 1 waktu (30 minit)

JUMLAH 8 waktu (240 minit)

5.6 Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (5'� %� D - ) yang dicadangkan seperti di

dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).

5.7 Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru

disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke sekolah-sekolah.

5.7.1 Kad Imbasan

a. Kad imbasan yang dibekalkan adalah sebagai bahan bantuan guru dan

murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.

b. Kad imbasan yang dibekalkan adalah mengikut tajuk-tajuk yang terdapat

dalam buku teks. Ia mengandungi 10 tajuk dan satu tajuk mengenai

bilangan.

c. Kad imbasan disusun berdasarkan topik dalam buku teks Bahasa Arab

Tahun 5.

a. Guru-guru hendaklah menggunakan kad imbasan ini sewaktu

memperkenalkan perkataan-perkataan kepada murid mengikut tajuk-tajuk

tertentu. Kad imbasan boleh juga digunakan ketika membuat sesuatu

latihan atau aktiviti sebagai pengukuhan sesuatu perkataan yang telah

dipelajari.

5.7.2 Buku Latih Tubi

a. Buku Latih Tubi Bahasa Arab untuk Tahun 5 disediakan untuk membantu

guru Bahasa Arab memberi pengukuhan dan pengayaan kepada murid.

b. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan latihan- latihan di dalam

buku tersebut sebagai instrumen untuk penilaian kepada murid.

6. AGIHAN TUGAS

4

6.1 Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Pendidikan

Islam dan Moral / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah / Gabungan

bertanggungjawab :

a. memberi taklimat pelaksanaan model . dan

b. memantau pelaksanaan model.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab :

a. memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.

b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Unit Pendidikan

Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Gabungan

(Sabah/Sarawak) dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan

Pelajaran Negeri.

6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.

b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan

model.

c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru Besar.

6.4 Guru Bahasa Arab bertanggungjawab:

a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan bahan bantu

mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

bermakna.

c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.

d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan.

f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran.

g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.

7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.1 Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di

sekolah. Namun begitu, pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di

sekolah kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.

7.2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan kaedah-kaedah

berikut iaitu :

5

a. Kaedah Tematik. )�������� ��� ��(

b. Kaedah Ajuk-Hafaz. )����������� �������(

c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus. )���� ��� �����(

d. Kaedah Latih Tubi. ) ��������� ����������(

e. Kaedah Eklektik. )�� ��!"� ��� ��(

8. PENILAIAN

8.1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian

merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1.

8.2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan dan penilaian

tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran. Walau bagaimanapun penilaian

yang perlu dilaporkan kepada JAPIM untuk tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) ialah

penilaian sumatif yang akan dibekal ke sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.

8.3. Penilaian bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah mempunyai

prinsip-prinsip berikut :

a. bersifat formatif.

b. mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani dan

jasmani).

c. sistematik dan berterusan.

d. menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan).

e. berasaskan kriteria.

f. dikendalikan oleh guru.

g. membolehkan tindakan susulan.